Anda di halaman 1dari 44

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. Bersyukur ke hadrat Allah


s.w.t kerana dengan berkat taufik dan hidayah-Nya, tugasan Kerja Kursus
Pendek Bahasa Melayu 1 ini dapat disiapkan tepat pada waktunya.

Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada


semua pihak yang sudi dan telah memberikan kerjasama yang jitu dalam usaha
menyempurnakan tugasan ini, terutamanya kepada pensyarah pembimbing
kami, Encik Mohammad Shamsudin bin Jamiran kerana telah memberikan
teguran dan tunjuk ajar kepada kami untuk menghasilkan hasil tugasan yang
mantap dan sempurna. Tidak lupa kepada semua pensyarah di Jabatan
Pengajian Melayu yang turut membantu dalam melaksanakan tugasan ini.
Selain itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan atas
kerjasama dan tunjuk ajar sepanjang penyempurnaan kerja kursus ini.

Dalam usaha melaksanakan tugasan ini, sudah pasti setiap individu


menginginkan hasil yang terbaik. Kami juga tidak terkecuali dan kami telah
berusaha memberikan sepenuh komitmen dan dedekasi bagi memastikan
tugasan ini dapat dihasilkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Namun sebagai manusia biasa, kami tidak terlepas daripada melakukan


kesilapan, Kami memohon maaf di atas segala kecacatan ataupun
ketidaksempurnaan yang terdapat dalam ini. Insyaallah, segala teguran dan
kesilapan yang dilakukan akan kami jadikan pengajaran di masa hadapan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk itu dari diri
kami sendiri. Sekian, terima kasih.

1
.

BIL TARIKH TUGASAN

1 13.7.2008 Menerima soalan tugasan


Berbincang tentang skop soalan bersama pensyarah

2 15.7.2008 Mencari maklumat di pepustakaan dan internet

3 16.7.2008 Berbincang tentang sistem keselarasan vokal

4 19.7.2008 Bebincang tentang pengecualian keserasan vokal

5 20.7.2008 Berbincang tentang ejaan kata serapan

6 23.7.2008 Mencari teks

7 26.7.2008 Menaip tugasan

8 9.8.2008 Penyemakan terakhir tugasan

9 20.8.2008 Menyerah tugasan

2
PENGENALAN

3
SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU

Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan Rumi

Sistem ejaan bahasa Melayu telah diperkenalkan pada tahun 1904 dan
diumumkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah hasil
persetujuan dan kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia.
Sistem ejaan tersebut adalah seperti berikut:

(i) Huruf vokal: a, e, i, o, u


(ii) Huruf diftong: ai, au, oi
(iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal
(iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy

4
Huruf Vokal
Dalam bahasa Melayu terdapat enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-
huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u seperti yang
di senaraikan di dalam jadual di bawah.

Huruf Fonem di depan di tengah di belakang


a [a] api baldi alpa

e [ə] emak senak simile


[e] ekor ketak tauge

i [i] ini silap siri

o [o] orang kotak pidato

u [u] ular tuna buku

Huruf Konsonan

5
Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26
huruf, seperti rajah di bawah:

Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang


/b/ b budaya sabut biadab

/c/ c cukup baca Mac

/d/ d duda tiada abad

/f/ f fasik tafsir khilaf

/g/ g gula jaga ladung

/ğ/ gh ghaib maghrib mubaligh

/h/ h haruan baham buah

/j/ j jala puja kolaj

/k/ k kata siksa kotak

/x/ kh khusus akhlak tarikh


/l/ l lepas balas misal

/m/ m malam simili ladam

/n/ n nila hendak tahun

/ŋ/ ng ngilu tangan pusing

6
/ń/ ny nyala punya -

/p/ p palang bapa lap

/q/ q Qur’an wuquf buraq

/r/ r ramai berahi litar

/s/ s sumpah basi emas

/ś/ sy syarikat isytihar Quraisy

/t/ t tepi bata dekat

/v/ v vitamin universiti -

/w/ w walau bawa -

/y/ y yakni dayung -

/z/ (i) z zalim lazat lafaz


(ii) x xenon - -

Huruf Diftong

7
Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan
dua huruf seperti dalam rajah di bawah:

Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang


/ai/ ai aising ghairah pandai
trailer

/au/ au aurat saudara limau

/oi/ oi oidium boikot dodoi

Pola Suku Kata

Setiap suku kata bahasa Melayu dilambangkan oleh satu bunyi vokal. Vokal itu dapat
didahului atau diikuti oleh konsonan. Dari segi ejaan, terdapat sebelas pola suku kata dalam
8
bahasa Melayu seperti contoh dibawah :
i) Empat jenis pola umum suku kata yang terdapat pada kebanyakan
kata dasar bahasa Melayu.

Bil Pola Contoh Penggunaan


1 V i-bu, gu-a
2 VK er-ti, ma-in
3 KV ra-kit, ba-tu
4 KVK pin-tu, hi-lang

9
SISTEM KESELARASAN HURUF VOKAL
Keselarasan vokal bererti kesesuaian dua vokal yang membina dua suku kata
pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata pra-akhir
dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.
Pola Keselarasan Huruf Vokal
(i) Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar.
(ii) Kata dasar mestilah berakhir dengan suku kata tertutup.
(iii) Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang
terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata
terakhir sahaja.

10
Sistem keselarasan huruf vokal memberikan erti, antara lain, seperti yang
berikut:

(i) Huruf vokal e taling atau o di kata ekasuku tidak berubah apabila kata
tersebut diimbuhi awalan yang mengandungi huruf vokal e pepet.
Contohnya:
Bom: mengebom bukan mengebum
Syor: mengesyorkan bukan mengesyurkan

(ii) Huruf vokal e taling atau o dimana-mana suku kata terbuka tidak
berubah sekiranya digunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku
kata sebelumnya.
Contohnya:
belerang anggota selera
daerah gelora
semboyan
kaedah kelopak
temberang
kecewa kuno semoga
mereka pidato
pendekar sekolah

(iii) Huruf vokal a di suku kata akhir tidak mengubah atau mempengaruhi
huruf vokal e taling atau o di suku kata sebelumnya.
Contohnya:
e-a: beta cetak gelenggang

11
meja dewan selempang
reka dendang selendang
sewa semak seterendak

o-a: bola borang berontak


kota hormat gelombang
ronda johan keronsang
rongga rosak terompah

(iv) Huruf vokal e taling dan o yang membentuk pasangan keselarasan e-


e, e-o, o-e, dan o-o tidak berubah kerana tidak dapat dipengaruhi oleh
huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku kata sebelumnya.
Contohnya:
e-e: cerewek, kelengkeng, tempeleng
e-o: kerekot, pelecok, selekoh
o-e: celoreng, kerobek, temponek
o-o: ceroboh, kelompok, pelopor

12
Dalam sistem ejaan Rumi sekarang, terdapat 18 pola keselarasan vokal
mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu, iaitu:

Bil. Suku kata Suku kata Akhir Contoh Penggunaan


praakhir Tertutup
1. A a asal talak halaman
2. A i alih tarik parit
3. A u asuh batuk paruh
4. e (pepet) a emas kelam selam
5. e (pepet) i betik ketil lebih
6. e (pepet) u belut telur perut
7. e (taling) a elak dewan perang
8. e (taling) e (taling) belek gelek leceh
9. e (taling) o elok belok telor
10. I a bilah kilang selinap
11. I i intip pilih sisih
12. I u pikul ribut tidur
13. O a otak borang sekolah
14. O e (taling) oleh boleh celoteh
15. O o obor borong kelompok
16. U a ulat bulat ketupat
17. U i ulit kulit putih
18. U u untuk buluh seluruh

Daripada 18 pola itu, ada 8 pola yang berupa pola-pola yang berubah dari sitem
ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972). Dasar mengenai perubahan ini
menetapkan supaya digunakan huruf vokal i atau u di suku kata akhir tertutup
sekiranya digunakan huruf vokal a, e pepet, i, u di suku kata praakhir.

13
Ejaan Rumi Lama Ejaan Rumi sekarang
Pola ejaan contoh Pola ejaan Contoh
BIL.
1. a – e taling aleh a–i Alih
2. a–o batok a–u Batuk
3. e pepet – e taling lebeh e–i Lebih
4. e pepet – o tempoh e–u Tempuh
5. i – e taling pileh i–i Pilih
6. i–o tidor i–u Tidur
7. u – e taling usek u–i Usik
8. u–o untong u–u Untung

Kata-kata yang mengalami perubahan tersebut biasanya mengandungi huruf


konsonan akhir h, k, ng atau r
Mengenai pola-pola keselarasan huruf vokal yang tidak berubah daripada sistem
ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal menetapkan supaya digunakan huruf
vokal e taling atau o di suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan huruf vokal
e taling atau o juga di suku kata praakhir.

BIL. Pola Ejaan Contoh


1. e taling – e taling leceh, gelek, teleng, keledek, selekeh
2. e taling – o tempoh, belok, telor, selekoh, kerekot
3. o – e taling oleh, boleh, ponteng, celoteh, celoreng
4. o–o obor, pokok, borong, kelompok, seloroh

KEKECUALIAN KESELARASAN HURUF VOKAL

Kekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya


bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal

14
sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang
dimaksudkan adalah seperti berikut:

Bil Pola Contoh Bahasa Contoh Bahasa


Vokal Nusantara Inggeris
1. a-e taling aneh kaget pamer kabaret panel
2. a-o calon lapor perabot atom faktor
3. e pepet – e taling gembleng
4. e pepet – o bendok jempol gabenor interkom
5. i-e taling imlek simen tiket
6. i-o ijon pilon diftong transistor
7. u-e taling tulen ulet subjek dokumen
8. u-o bunglon lelucon kupon konduktor
9. a-e pepet pakem teater
10. e taling hipotesis objektif
11. e taling-u petroleum spektrum
12. e pepet – e pepet demdem pepet
13. i-e pepet iseng artikel filem
14. o-i fosil hipokrit
15. o-u bonus forum
16. u-e pepet lumer skuter
17. e taling – e pepet meter
18. o-e pepet Oktober

PRINSIP KESELARASAN HURUF VOKAL

Prinsip keselarasan huruf vokal hanya berlaku pada kata dasar yang
berakhir dengan suku kata tertutup. Suku kata tertutup ialah suku kata akhir
dalam sesuatu kata dasar yang berakhr dengan huruf konsonan.

15
16
Bagi perkataan yang mendapat imbuhan (imbuhan awal, imbuhan akhir
atau imbuhan awal dan akhir) hanya kata dasar saja yang diambil kira (kata
dasar praakhir dan akhir).

17
Perkataan yang suku kata akhirnya adalah suku kata terbuka tidak tertakluk
kepada hukum keselarasan huruf vokal. Suku kata akhir terbuka ialah suku kata
akhir dalam dalam sesuatu kata dasar yang berakhir dengan huruf vokal (a, e, i,
o dan u ).

18
19
EJAAN KATA SERAPAN

Ejaan Kata Serapan Daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa-bahasa Eropah

Penyesuaian ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-
bahas Eropah yang lain yang ditulis dengan huruf Roman dibuat menurut
peraturan penyesuaian huruf seperti dalam daftar contoh yang di bawah:

BIL. BAHASA BAHASA CONTOH


INGGERIS MELAYU PENGGUNAAN
1. A a abstract: abstrak
plate: plat
2. Ae ae aerial: aerial
aerograph: aerograf
3. Ae e aesthetics: estetik
haematite: hematit
4. Ai ai aileron: aileron
trailer: trailer

5. Au au automatic: automatik

20
auditorium: auditorium
6. B, bb b barbecue: barbeku
lobby: lobi
7. C s cent: sen
cylinder: silinder
8. C, cc k carbon: karbon
classic: klasik
9. Cc ks accent; aksen
vaccin: vaksin
10. ch s echelon: eselon
machine: mesin
11. Ch, cch k cholera: kolera
technique: teknik
12. D, dd d dividend: dividen
13. e e effective: efektif
system: sistem
14. ea ea bearing: bearing
idealist: idealis
15. ea i beaker: bikar
grease: gris
16. ee i beer: bir
jamboree: jambori
17. ei ei atheist: ateis
protein: protein
18. eo eo geometry: geometri
stereo: stereo
19. eu eu europium: europium
petroleum: petroleum
20. F, ff f factor: faktor
traffik: trafik
21. G, gg g geology: geologi
aggressive: agresif
22. h h harmony: harmoni
hotel: hotel
23. i i identity: identiti
textile: tekstil
24. ia ia dialect: dialek

21
criteria: kriteria
25. ie i calorie: kalori
26. Ie ai pie: pai
27. Io io iodine: iodin
28. Ie ie diesel: diesel
tieceron: tieseron

29. Iu iu premium: premium


stadium: studium
30. J, jj j journal:jurnal
jury: juri
31. K, kk k kilo: kilo
32. Kh kh khaki: khaki
33. L, ll l liberalism: liberalisme
pill: pil
34. M, mm m mammal: mamalia
optimism: optimisme
35. N, nn n neon: neon
tennis: tenis
36. Ng ng congress: kongres
linguistick: linguistik
37. O o operator: operator
orthodox: ortodoks
38. Oa o cardboard: kadbod
coat: kot
39. Oe e foetus: fetus
gonorrhoea: gonorea
40. Oi oi alkaloid: alkaloid
duboisine: diboisin
41. Oo oo zoo: zoo
42. Oo u cartoon: kartun
kangaroo: kanggaru
43. Ou au accountant: akauntan
pound: paun
44. ou u coupon: kupon
45. P, pp p apple: epal
passport: pasport
46. ph f graph: graf

22
phoneme: fonem

47. q k quality: kualiti


technique: teknik
48. R, rr r lorry: lori
recruit: rekrut
49. rh r rhetoric: retorik
rhythm: ritma
50. S, ss s express: ekspres
status: status
51. sc s proscenium: prosenium
science: sains
52. sc sk scooter: skuter
telescope: teleskop
53. sch sk scheme: skim
scholastic: skolastik
54. T, tt t battery: bateri
tractor: traktor
55. th t anthropology: antropologi
theory: teori
56. u u republic: republik
unit: unit
57. ua ua aquarium: akuarium
dualism: dualisme
58. ue u accrue: akru
tissue: tisu
59. Ue digugurkan catalogue: katalog
cheque: cek
60. Ue ue duet: duet
61. Ui ui annuity: anuiti
equinox: ekuinoks
62. Uo uo quorum: kuorum
quota: kuota
63. Uu u continuum: kontinum
vacuum: vakum
64. V v novel: novel
university: universiti

23
65. W w kiwi: kiwi
wire: wayar
66. Wh w whisky: wiski
whistle: wisel
67. X ks express: ekspres
taxi: teksi
68. X x xenon: xenon
69. Y i dynasty: dinasti
psychology: psikologi
70. Y y royalty: royalti
yankee: yangki
71. Z,zz z jazz: jaz
zodiac: zodiak

Bagi penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah


lain yang ditulis dengan huruf Roman, yang dipentingkan ialah bentuk ejaan atau
bentuk visualnya. Oleh itu, perubahan fonem asing ke dalam bahasa Melayu
telah dilakukan apabila diperlukan sahaja. Contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


carbon jadi karbon bukan kaban
cartoon " kartun " katun
conductor " konduktor " kondakter
dialogue " dialog " dailog
institute " institut " institiut
structure " struktur " strakcer

Lebih-lebih lagi untuk menulis istilah seperti antropologi, sosialisme dan


psikologi.

24
Kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain
adalah dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan huruf vokal menurut
Sistem Ejaan Baru. Contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


atom tetap atom bukan atum
bonus " bonus " bonos, bunus
fossil jadi fosil " fosel, fusil
pistol tetap pistol " pestol, pistul

8.4 Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan bahasa-
bahasa Eropah yang lain diterima dan dikekalkan bentuknya ke dalam bahasa
Melayu dengan beberapa penyesuaian. Contohnya:

1. Penulisan gugus konsonan di awal kata (atau awal suku kata) seperti
contohnya yang berikut:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


bl- block jadi bl- blok
br- brake " br- brek
chl- chlorophyll " kl- klorofil
chr- chronology " kr- kronologi
cl- clinic " kl- klinik
cr- credit " kr- kredit
dr- drama " dr- drama
fl- flora " fl- flora
fr- franc " fr- franc
gl- glucose " gl- glukosa
gr- gravity " gr- grativi
kn- knot " kn- knot
kr- krone " kr- krone
pl- plumbum " pl- plumbum
pr- practical " pr- praktis
ps- psychology " ps- psikologi
pt- ptomaine " pt- ptomain
sc- scandal " sk- skandal
sch- scheme " sk- skim;skema

25
scr- script " skr- skrip
sk- ski " sk- ski
sl- slang " sl- slanga
sn- snooker " sn- snuker
sp- spectrum " sp- spektrum
sph- sphere " sf- sfera
spr- spring " spr- spring
sq- squadron " sk- skuadron
st- stable " st- stabil
str- structure " str- struktur
tr- tragedy " tr- tragedi
tz- tzar " tz- tzar

Catatan: Sebagai kekecualian bagi peraturan mengenai gugus konsonan


seperti yang disebut di atas, beberapa kata tertentu telah diterima menurut
ejaan lama yang menggunakan huruf e pepet. Kata-kata yang telah
ditetapkan ejaannya oleh Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia itu
termasuklah yang berikut:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


class jadi kelas bukan klas
club " kelab " klab, klub
glass " gelas " glas
grant " geran " gran
plan " pelan " plan
stamp " setem " stem

Penulisan huruf gugus konsonan di akhir kata (atau akhir suku kata) bagi kata
yang diterima bentuk gugus konsonannya seperti contohnya yang berikut:

26
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
-lf golf jadi -lf golf
-lt cobalt " -lt kobalt
-nce science " -ns sains
-nk bank " -nk bank
-ps forceps " -ps forseps
-rd standard " -rd standard
-rm chloroform " -rm kloroform
-rt consert " -rt konsert
-x complex " -ks kompleks
-xt text " -ks teks

1. Huruf gugus konsonan di akhir kata dalam bahasa Inggeris yang


disesuaikan dengan penambahan huruf vokal dalam bahasa Melayu
seperti contohnya yang berikut:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


-ct fact jadi -kta fakta
-gm paradigm " -gma paradigma
-ism nationalism " -isme nasionalisme
-sm plasm " -sma plasma

Kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain yang sudah
terserap dalam bahasa Melayu dikekalkan ejaannya menurut kaedah ejaan
bahasa Melayu itu. Contohnya:

Bahasa Bahasa Melayu


Inggeris
bureau jadi biro bukan bureau
custom " kastam " kustom
driver " drebar " driver, driber
modern " moden " modern
pension " pencen " pension
station " stesen " station, stasion, stesyen

Semua huruf g yang diucapkan [j] dalam kata atau istilah bahasa Inggeris tetap
diterima sebagai huruf g juga dalam bahasa Melayu. Contohnya:

27
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
agenda tetap agenda bukan ejenda
gymnasium jadi gimnasium " jimnasium
technology " teknologi " teknoloji
tragedy " tragedi " trajidi

Catatan: Sebagai kekecualian huruf g yang diucapkan [j] menurut sebutan dalam
bahasa Inggeris yang disesuaikan menjadi huruf j dalam bahasa Melayu
terdapat, antaranya, pada kata-kata yang berikut:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


agent jadi ejen
college " kolej
contingent " kontinjen
engine " enjin
garage " garaj
general " jeneral
image " imej
ledger " lejar
magistrate " majstret
margarine " marjerin
prestige " prestij
regime " rejim
regiment " rejimen
sabotage " sabotaj
sergeant " sarjan

Ejaan Kata Serapan Daripada Bahasa Arab

28
Kata umum daripada bahasaArab yang telah terserap dalam bahasa Melayu
dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa
Melayu. Contohnya:

BIL. EJAAN JAWI EJAAN RUMI


1. sahabat
2. darurat
3. hakim
4. izin
5. kubur
6. zat
7. zalim

Istilah dalam bidang khusus agama Islam boleh ditulis dengan menggunakan
kaedah transliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi seperti yang disenaraikan
dalam buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi ( terbitan DBP,
1984).
Contohnya:
BIL. EJAAN JAWI EJAAN RUMI
1. hadith
2. kidhid
3. isti’mal
4. qunut
5. riya’

ANALISIS POLA KESELARASAN VOKAL

POLA CONTOH PERKATAAN


KESELARASAN
VOKAL

29
a...a makan dapat Gagal

jalan panas Darat

alam amat darah

arab bahan dalam

tambah salah Antara

kawal anak Rawat

a…i Sakit ambil Masih

asing tarik Cantik

salin balik

a…u namun masuk Ratus

tahun

e(pepet)...a sejak telah Mental

lepas segar Kesan

Tekan

e(pepet)...i lebih Sedia

e(pepet)...u sembuh penuh Bentuk

Terus teruk Sejuk

e(taling)...a - - -

e(taling)...o - - -

e(taling)e - - -

i..a kitar tidak tingkat

30
sihat Hidap

i...i fizik sikit Lilit

i...u tikus

o...a Orang

o...e(taling) boleh moden Oleh

o...o - - -

u...a ubat Ubah

u…i murni Kulit

u…u tumbuh wujud turun

tunjuk rumus

Analisis Pembentukan perkataan

Kata Pemenggalan Suku Sebutan

Kata
V-KV ada a-da [a.da]

ibu i-bu [i.bu]

ini i-ni [i.ni]

31
itu i-tu [i.tu]
V-KVK alam a-lam [a.lam]

amat a-mat [a.mat]

anak a-nak [a.nak]

asal a-sal [a.sal]

atau a-tau [a.tau]

awet a-wet [a.wet]

orang o-rang [o.rang]

ubah u-bah [u.bah]

ubat u-bat [u.bat]


VK-KV - - -
VK-KVK aktif ak-tif [ak.tif]

ambil am-bil [am.bil]

untuk un-tuk [un.tuk]


KV-KV bagi ba-gi [ba.gi]

beri be-ri [be.ri]

beza be-za [be.za]

cara ca-ra [ca.ra]

cari ca-ri [ca.ri]

cuba cu-ba [cu.ba]

guna gu-na [gu.na]

hanya ha-nya [ha.nya]

hari ha-ri [ha.ri]

hulu hu-lu [hu.lu]

jaga ja-ga [ja.ga]

32
jaya ja-ya [ja.ya]

jika ji-ka [ji.ka]

juga ju-ga [ju.ga]

kala ka-la [ka.la]

kelamin ke-lamin [ke.la.min]

kena ke-na [ke.na]

lega le-ga [le.ga]

lelaki le-laki [le.la.ki]

muda mu-da [mu.da]

mula mu-la [mu.la]

pada pa-da [pa.da]

para pa-ra [pa.ra]

pola po-la [po.la]

pula pu-la [pu.la]

satu sa-tu [sa.tu]

susu su-su [su.su]

tapi ta-pi [ta.pi]

tuju tu-ju [tu.ju]


KV-KVK badan ba-dan [ba.dan]

bahan ba-han [ba.han]

balik ba-lik [ba.lik]

batang ba-tang [ba.tang]

berat be-rat [be.rat]

besar be-sar [be.sar]

33
bilang bi-lang [bi.lang]

boleh bo-leh [bo.leh]

buruk bu-ruk [bu.ruk]

cegah ce-gah [ce.gah]

dalam da-lam [da.lam]

dapat da-pat [da.pat]

darah da-rah [da.rah]

gagal ga-gal [ga.gal]

hadap ha-dap [ha.dap]

hidap hi-dap [hi.dap]

jarang ja-rang [ja.rang]

kesan ke-san [ke.san]

kitar ki-tar [ki.tar]

kulit ku-lit [ku.lit]

kurang ku-rang [ku.rang]

lilit li-lit [li.lit]

makan ma-kan [ma.kan]

misal mi-sal [mi.sal]

moden mo-den [mo.den]

namun na-mun [na.mun]

panas pa-nas [pa.nas]

penuh pe-nuh [pe.nuh]

ratus ra-tus [ra.tus]

34
rawat ra-wat [ra.wat]

rumus ru-mus [ru.mus]

sakit sa-kit [sa.kit]

salah sa-lah [sa.lah]

salin sa-lin [sa.lin]

segar se-gar [se.gar]

sejak se-jak [se.jak]

sejuk se-juk [se.juk]

sudah su-dah [su.dah]

tekan te-kan [te.kan]

telah te-lah [te.lah]

tidak ti-dak [ti.dak]

tikus ti-kus [ti.kus]

turun tu-run [tu.run]


KVK-KV dakwa dak-wa [dak.wa]

pasti pas-ti [pas.ti]


KVK-KVK banyak ban-yak [ban.yak]

bentuk ben-tuk [ben.tuk]

faktor fak-tor [fak.tor]

gantung gan-tung [gan.tung]

konsep kon-sep [kon.sep]

kumpul kum-pul [kum.pul]

lambat lam-bat [lam.bat]

langsing lang-sing [lang.sing]

35
mental men-tal [men.tal]

mungkin mung-kin [mung.kin]

pantang pan-tang [pan.tang]

penting pen-ting [pen.ting]

sembuh sem-buh [sem.buh]

tingkat ting-kat [ting.kat]

tinjau tin-jau [tin.jau]

tumbuh tum-buh [tum.buh]

cantik can-tik [can.tik]

Digraf

Jenis digraf Depan Tengah Belakang


/gh/ - - -
/kh/ - - -
/ny/ - banyak -

hanya

penyakit
/ng/ - dengan imbang

langsing jarang

langsung kurang

mungkin pantang

tingkat penting

36
samping

yang
/sy/ - - -

Kata serapan nusantara

Kata pinjaman dari bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu

Huruf
A antara amal
B bagi
C cara
D -
E -
F -
G guna
H -
I -
J -
K kala
L -
M mula manusia
N -
O -
P pada
Q -
R -
S -
T tetapi
U -
V -

37
W -
X -
Y -
Moden Z Fizikal -

Material medica Seks


Kata serapan Sains
Kimia Konsep

Colchicines Dioxin Aktif

Ephedrine Tinospora crispa


Ergot

Quinine Eurycoma longifolia

Morphine Reaksi

Mental Faktor

Kata serapan agama

Wujud Khasiat

38
Refleksi (Mohd Asrul Hafiz Bin Ali@Yusof)

Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Esa, selesai sudah saya
dan pasangan saya menyiapkan tugasan bahasa Melayu yang berkaitan dengan
Pembentukan suku kata dan juga analisis petikan.Semasa saya menerima
tugasan ini saya tidak tahu bagaimana hendak memulakanya seperti yang
dikehendaki oleh pensyarah penasihat.Namun,berkat usaha yang tidak pernah
padam saya berjaya menyiapkan tugasan ini seperti yang dikehendaki.
Semasa memulakan kelas bersama pensyarah penasihat, saya
menyangka bahawa ia satu pelajaran yang mudah,belajar berkenaan huruf
konsonan dan vokal, adalah asas yang saya telah pelajari semasa sekolah
rendah.Namun, setelah mempelajarinya, barulah kami menyedari bahawa
bahasa Melayu mempunyai satu sistem ejaan yang tersendiri dan bersistematik.
Daripada hasil rujukan dan perbincangan rakan seperjuangan saya
berjaya memahami sedikit sebanyak tentang asas binaan perkataan Bahasa
Melayu. Bermula daripada perkataan asas dan membentuk satu binaan
perkataan yang kompleks,walaupun begitu ianya masih mengekalkan bentuk
dan juga konsep asalnya.Pengenalan kata serapan dan kata pinjaman yang
memberikan kosa kata Bahasa Melayu semakin bertambah.Proses peminjaman
dan proses penyerapan juga dapat saya pelajari
Bagi mendapatkan bahan rujukan kami terpaksa meminjamnya dari
perpustakaan dan bahan rujukan tetap adalah sangat terhad. Namun bahan
rujukan yang lengkap seperti Tatabahasa Dewan,sudah memadai bagi
memahami konsep pembentukan suku kata dan pola keselarasan vokal.Begitu
juga dengan bahan rujukan yang lain seperti Pedoman Bahasa, ia juga
merupakan rujukan yang btepat serta mudah difahami.Buat pertama kalinya

39
kami melakukan tugasan ini, diharap agar segala kesilapan yang dilakukan dapat
dimaafkan.
Sesunguhnya bahasa Melayu mempunyai sistem yang tersendiri dan
bentuk yang tersendiri.Kita seharusnya menghargainya dan
memperjuangkannya.Setiap sesuatu yang kita miliki seharusnya kita pelihara
dan dijaga dengan baik.Oleh itu ingatlah cogan kata “Bahasa Jiwa Bangsa”.

40
Refleksi (Mohamad Syafie Bin Samsir)

Alhamdulillah
Bersyukur saya kehadirat Ilahi kerana telah memberi peluang kepada
saya dan pasangan saya dalam menyiapkan tugasan Bahasa Melayu 1.Tajuk
tugasan berkenaan sistem ejaan merupakan satu bentuk tugasan yang pada
dasarnya dianggap mudah namun tidak seperti yang dikatakan.
Bermulanya penghasilan tugasan, kami diberikan taklimat tugasan oleh
Pensyarah penasihat kami Encik Mohammad Shamsudin, beliau menerangkan
cara dan perkara yang perlu dipenuhi dalam menghasilkan tugasan ini.Selepas
itu beliau menerangkan teknik untuk mengenalpasti teks serta rencana yang
sesuai untuk dianalisis.Perkara tersebut dapat kami selesaikan dengan mencari
bahan rujukan dan rencana di perpustakaan.Pada asalnya saya bercadang
untuk mencari rencana yang berkaitan dengan agama yang dimana ia
menggunakan kata pinjaman serta serapan agama dan Arab, namun saya
bertukar untuk mencari artikel berkenaan perubatan dimana laras bahasa
perubatan dan pinjaman bahasa Inggeris dapat dikenalpasti.
Apa yang saya dapat pelajari daripada tugasan ini ialah, sememangnya
Bahasa Melayu mempunyai sistem ejaan yang tersendiri serta ia bersifat
arbitari.Namun penggunaan kata serapan dan pinjaman dalam bahasa Melayu
menjadikan kosa kata bahasa Melayu itu luas serta dinamik.
Jika kita lihat bentuk – bentuk perkataan yang terhasil daripada kata
pinjaman ia agak berbeza konsepnya dari konsep sistem keselarasan vokal
bahasa Melayu. Saya ada melakukan rujukan berkenaan kata Pinjaman Sanskrit
,agak terkejut seketika dimana perkataan “amal” merupakan kata pinjaman
sanskrit begitu juga perkataan –perkataan lain.Sedikit sebanyak saya dapat

41
mengetahui bahawa Bahasa Melayu banyak menerima pinjaman dan serapan
dari perkataan bahasa lain.

Kesimpulannya,Bahasa Melayu merupakan bahasa yang unik serta


pelbagai.Hasil daripada perbincangan dan penyudahan hasil kerja,saya amat
berterima kasih kepada pihak-pihak yang membantu dalam menyudahkan
tugasan ini, terutamanya sekali, pensyarah pembimbing kami.Sekiranya hasil
tugasan yang kami hasilkan ini tidak mencapai kehendak soalan, kami sedia
menerima teguran. Sebarang kesulitan harap dimaafkan.

42
Bibilografi
Rujukan Buku

Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 1998. Bahasa Melayu Kertas 1& 2, Penerbit
Semai Bakti.
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1994). Panduan Ejaan Rumi, Kuala Lumpur :
Asmah Hj. Omar, 1980. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Goay Teck Chong, Choo Say Tee dan Zainuddin Ahmad, 2007. Longman Teks
PRA-U STPM Bahasa Melayu Kertas 1, Selangor: Pearson Malaysia Sdn.
Bhd.
Ismail Dahaman, (2000). Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin. 2002. Bahasa Melayu STPM (Kertas 2),
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad, 2006. Teks Bahasa Melayu STPM,
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood,
2006. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur,
Peter Newmark, Pendekatan Penterjemahan,1999,Dewan Bahasa dan
Pustaka,Kuala Lumpur.

Kamus Dewan (edisi ketiga) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan Internet
www.prpm.dbp.gov.my/
www.tutor.com.my

43
LAMPIRAN

44