Anda di halaman 1dari 27

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

1.0 DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN 1.1 Definisi Utama: Merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira.

Beberapa pihak lain juga turut memberikan definisi mereka tentang pemulihan. Kebanyakan definisi yang diberikan merujuk pada satu maksud yang sama iaitu untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Antara definisi-definisi itu ialah: 1. Tansley(1967): ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.

2. Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975): ..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan pendidikan bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.

3. Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (1984): ...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas

membaca, menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.

4. Bahagian Sekolah-Sekolah, KPM(1986): ...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

1.2 Konsep: Pendidikan pemulihan berkonsepkan: - satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di Sekolah Rendah - ditumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira - dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini 1.3 Rasional: Rasional pendidikan pemulihan diwujudkan: 1. Dari sudut Falsafah: memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua.

tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa -

2. Dari sudut Teori Pendekatan pengajaran seperti Prescriptive-Diagnostic Teaching, Precision Teaching, dan Clinical Teaching telah terbukti berjaya - asas pelaksanaan program ini 3. Dari sudut Pencegahan - Masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

1.4 Punca dan Bidang Kuasa: Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan laporan dan pekeliling mengenai program pendidikan pemulihan ini dan pelaksanaan program ini serta garis panduan untuk menjalankan dan melicinkan program ini. Berikut ialah laporan yang menyasarkan tentang pendidikan pemulihan dan pelaksanaannya dan surat pekeliling:

1. Laporan

Jawatankuasa

Pelaksanaan

Dasar

Pelajaran

1979

(Perakuan 5): Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai, saiz kelas yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu.

2. Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran: Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985. Guru Khas Pendidikan Pemulihan. Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian

Pelajaran Malaysia, Januari 1986.

Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18

Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986. Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, 1989. Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di Sekolah-Sekolah Rendah. Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

1.5 Objektif Program Pemulihan Khas: Objektif Program Pemulihan Khas 1. membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka; 2. memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi

pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain; 3. memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin; 4. meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem

persekolahan biasa; 5. membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif terhadap pelajaran; 6. membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran; 7. menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi muridmurid yang datang daripada keluarga yang bermasalah; dan 8. memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

PENGURUSAN GRAFIK 1: DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN: - merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. Tansley(1967) : ..satu Persatuan Pendidikan bentuk pengajaran yang Pemulihan Kebangsaan mengutamakan langkah(NARE) UK (1975): langkah yang benar-benar ..satu program pengajaran teliti dan sistematik bagi khas yang dirangka bagi membolehkan pengajaran memenuhi keperluan pemulihan dijalankan dengan pendidikan bagi murid-murid yang menghadapi masalah tersusun. pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa. Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (1984): ...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira... hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.

Bahagian Sekolah-Sekolah, KPM(1986): ...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

KONSEP: - satu usaha dalam pendidikian untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di SR - ditumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira - dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

RUMUSAN BAB 1.0 Melalui definisi yang telah diberikan di atas pada awal bab, dapatlah di sini dirumuskan bahawa pemulihan menjurus kepada aktiviti untuk membaik pulih sesuatu perkara bagi memperbaiki taraf sesuatu atau seseorang. Manakala bagi pendidikan pemulihan, ia merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. Pendidikan pemulihan berobjektifkan untuk memulihkan murid-murid yang lemah dalam kemahiran asas pembelajaran, memberi khidmat layanan dan penumpuan kepada individu dalam pembelajaran, memperbaiki mentaliti murid dan

memperkembangkan potensi mereka serta membantu mereka meneruskan pelajaran dalam kelas harian seperti biasa.

Konsep pendidikan pemulihan ialah usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah. Selain dari yang dinyatakan, pendidikan pemulihan juga berkonsepkan penumpuan kepada kemahiran asas pembelajaran, iaitu 3M dan ia dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang menerima latihan khas dalam bidang ini. Rasional pendidikan pemulihan dipandang dari tiga aspek, iaitu aspek falsafah, teori dan pencegahan. Dari aspek falsafah, rasional pendidikan pemulihan adalah untuk memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Kenyataan ini selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua yang diuar-uarkan oleh Kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Di sudut teori pula, pendekatan pengajaran seperti Prescriptive-Diagnostic Teaching, Precision Teaching dan Clinical Teaching telah terbukti berjaya yang mana

pendekatan ini semua merupakan asas pelaksanaan program ini; manakala dari sudut pencegahan, masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera.

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

2.0 Pengayaan 2.1Konsep pengayaan Merupa sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar bertujuan memberi peluang kepada pelajar mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. Pengayaan dilaksanakan selepas mereka berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu

2.2 Rasional pengayaan Guru akan mengelaskan murid mereka dengan kumpulan-kumpulan sama ada secara diketahui umum ataupun hanya diketahui oleh guru sendiri sahaja. Murid dikelaskan mengikut tiga kategori iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Kumpulan cerdas dan kumpulan sederhana akan mudah bosan terhadap pelajaran kerana aktiviti pembelajaran tidak sejajar dengan minat dan perkembangan mental mereka. Aktiviti pengayaan memberi peluang murid-murid inimenikmati pelbagai pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka dalam proses pembelajaran.

2.3 Objektif-objektif pengayaan 2.3.1 Murid mampu menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran-pelajaran tertentu. 2.3.2 Murid menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk mempertingkatkan pencapaian mereka. 2.3.3 Murid menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka. 2.3.4 Memupuk tabiat membaca malalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan.

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

2.3.5 Menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya membolehkan merekan terus mencari ilmu pengetahuan sendiri dalam seumur hidup. 2.3.5 Memperkembangkan bakat-bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya. 2.3.6 Memperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi melalui cara kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.

2.4 Contoh-contoh Aktiviti Pengayaan Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya ditumpukan kepada: i. ii. iii. bacaan (membaca) tulisan (menulis) kiraan (mengira)

2.4.1 Aktiviti Pengayaan Bacaan (Membaca) i. Sumber bahan bacaan terdiri daripada kad-kad bacaan, buku-buku cerita, majalah-majalah berunsur pendidikan. ii. Kad-kad bacaan mengandungi unsur-unsur Sains, Pendidikan Moral, Hal-Ehwal Tempatan, Geografi dan Kesihatan. iii. Bahan bacaan yang sesuai digunakan ialah bentuk penerangan, pantun, teka-teki, dialog, cerita dan berita.

2.4.2 Aktiviti Pengayaan Tulisan (Menulis) Biasanya disediakan dalam bentuk lembaran kerja. Untuk menarik minat murid-murid mengeja dan menulis perkataan, biasanya disediakan dalam bentuk silang kata atau gambar-gambar yang menarik.

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

2.4.3 Aktiviti Pengayaan Matematik (Mengira) 1. Permainan - Ular dan tangga, domino,

cantuman nombor dengan bilangan benda, aktiviti juaI beli.

2. Teka-teki

- Meneka nombor, waktu, operasi.

3. Projek

- Melukis corak dan pola berdasarkan bentuk geometri

membina objek daripada tiga matra, melukis graf gambar, graf turus dan graf melintang 4. Pertandingan 5. Ujikaji penemuan. 6. Lembaran kerja - Menyelesaikan masalah yang menarik serta mencabar. - Kuiz matematik, petak ajaib. - Mencari rumus matematik melalui inkuri dan

2.5 Penyediaan Bahan Aktiviti Pengayaan i. Isi kandungan hendaklah sesuai dengan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai oleh murid-murid.Peringkat kesukaran hendaklah sesuari dengan kebolehan kumpulan masing-masing, tanpa memerlukan banyak bimbingan daripada guru. ii. iii. Bentuk aktiviti pengayaan haruslah menarik dan mencabar. Masa untuk menjalankan aktiviti pengayaan haruslah bersesuaian dengan bilangan soalan yang diberikan. iv. v. Arahan yang diberikan hendaklah tepat,ringkas dan jelas. Bahasa yang digunakan hendaklah sejajar dengan peringkat pencapaian pelajar. vi. Bentuk tulisan yang digunakan hendaklah jelas,terang dan tidak terlalu kecil.

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

vii.

Ilustrasi seelok-eloknya berwarna-warni dan bersesuaian dengan konsep dan maksud kandungan.Guru boleh melukis gambar sendiri atau menggunting gambar- gambar daripada majalah, komik atau suratkhabar.

viii.

Bagi kad bacaan, selain ilustrasi, soalan-soalan hendaklah dibina untuk menguji kefahaman.

2.6 Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan tiga cara: 2.6.1 Aktiviti pengayaan untuk semua murid melalui kebolehan. 2.6.2 Aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan bersama masa dengan kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan. 2.6.3 Aktiviti pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan. kumpulan mengikut

10

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

3.0 PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS 3.1 definisi dan konsep 3.1.1 Definisi pendidikan khas Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknikteknik pengajaran, peralatan dan kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluankeperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatanperkhidmatan sekolah biasa.

3.1.2 Konsep pendidikan khas Boleh dirumuskan di sini bahawa pendidikan khas ialah satu program di mana ia adalah satu bentuk rancangan pengajaran khas yang diajar oleh guru yang mahir dalam bidang pendidikan khas. Alat-alat yang digunakan juga adalah alat-alat dan bahan-bahan khas serta guru mempunyai teknik khas untuk mengajar pelajar. Rancangan pembelajaran kanak-kanak khas bersifat individu dan tertumpu kepada seorang pelajar khas sahaja. 3.1.3 Definisi kanak-kanak berkeperluan khas

11

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

Kirk et al (1993) menjelaskan definisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan untuk berkomunikasi atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. 3.1.4 Konsep kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak berkeperluan khas juga dikenali sebagai kanak-kanak istimewa kerana keadaan mereka adalah berbeza disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, otak dan emosi mereka yang tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Justeru pertumbuhan dan perkembangan diri mereka- fizikal, otak emosi dan sosial tidak menyamai kanak-kanak biasa. Lazimnya keupayaan maksimum mereka dalam semua bidang jauh berkurangan daripada kanak-kanak biasa. Di samping itu tingkahlaku mereka juga adalah tersendiri dan berbeza mengikut jenis kecacatan atau masalah yang dialami.

3.2 sejarah pendidikan khas di Malaysia Pendidikan khas telah dimulakan di Malaysia sejak awal tahun 1920an lagi iaitu di dalam kalangan sukarelawan yang telah membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Tarikh-tarikh pentingnya adalah seperti di dalam jadual 1.2 berikut: TAHUN 1926 PERISTIWA PENTING Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di Melaka 1931 Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang 1948 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyrakat di Johor Bahru. 1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh

12

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

(JKM) 1954 Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah) di Pulau Pinang. 1958 Pembukaan Insitut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM). 1962 Rancangan Percatuman bagi Pendidkan Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah. 1963 Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan khas Masalah Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas. 1977 Pertubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu. 1978 Pembukaan Sekolah Menengah Berrama Kurang Upaya Penglihatan, Setapak. Pengenalan kaedah komunikasi dan penggubalan Sistem Kod Tangan Bhasa Melayu. Kelas pemulihan untuk pelajar yang lembam atau lemah dalam pelajaran. 1979 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan. 1983 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran. Pengambil alihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh. 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran. Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyelenggaraan alatan Braille. 1987 Pembukaan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional,

13

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

Shah Alam. 1988 Permulaan Kelas perintis untuk Pelajar Bermasalah Pembelajaran. 1994 1995 Pembukaan kelas-kelas program inkusif di 14 sekolah. Program Bermasalah Pembelajaran peringkat Menengah dimulakan.

Secara ringkasnya, jika kita lihat jadual 1.2 di atas, sekolah pendidikan khas yang paling awal ditubuhkan ialah pada tahun 1948 iaitu Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth iaitu di Johor bahru untuk kanak-kanak buta. Selain itu, pembukaan sekolah kanak-kanak Pekak Perseketuan pula dibuka untuk para pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah yang terletak di Pulau Pinang. Program untuk kanak-kanak lembam iaitu kanak yang lemah untuk menguasai kemahiran mengira, membaca dan menulis pada peringkat umurnya telah dimulakan pada tahun 1978. Dan pada tahun 1994, kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah telah ditubuhkan.

14

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

3.3 Perudangan berkaitan pendidikan khas

15

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

Deklarasi Hakhak Kemanusiaan Sejagat

ditubuhkan pada tahun 1948. Ia meliputi hak yang bagi individu untuk mendapatkan pendidikan. perkara ini telah ditegaskan dalam Persidangan Dunia bertemakan 'Pendidikan untuk Semua' di Jomtien, Thailand. Ia menekankan bahawa: 'keperluan-kepreluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian yang khusus. langkah-langkah ini perlu diambil untuk menyediakan perasamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.' [terjemahan]

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

PBB telah ditubuhkan pada tahun 1959. PBB telah megisytiharkan hari kanak-kank sedunia. perkara yang ditegaskan ialah kanak-kanak istimewa berhak mendapat penjagaan khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami seta peluang untuk menjadi sebarapa normal yang mungkin

Akta Pelajaran

akta ini telah ditubuhkan pada tahun 1961. dalam bahagian L, akta ini menytakan bahawa: 'sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid kurang upaya'.

16

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

Laporan Jawatankuasa Kabinet

laporan ini telah dibuat pada tahun 1978. Ia mengkaji tentang Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 yang menjadi tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. perakuan itu menyebut 'Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendakl;ah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. di samping itu, penyertaan oleh badanbadan sukarela dalam memajukan pendidikan kanakkanak cacat hemndaklah terus digalakakkan.

Jawatankuasa perancangan pendidikan

mesyuarat jawatankuasa perancangan pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981. mereka memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai hak kanak-kanak kurang upaya. kementerian yang terlibat ialah Kementerian Pendidikan , Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan dan Msyarakat (kini Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. pada amnya jawatankuasa ini menetapkan: Tnggungjawab Kementerian Pendidkan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan, pendengaran, kanak bermasalah pembelajaran dan kerencatan akal yang boleh dididik

Akta Pelajaran 1961


17

akta ini telah disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. satu bab khusus tentang pendidikan khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa 'Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34 (1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

Terdapat dua seksyen dalam akta ini iaitu seksyen 40 dan seksyen 41. Di dalam akta 1996, ia dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam bidang pendidikan khas ini yang mengkehendaki untuk membuka kelas

sekiranya terdapat permintaan daripada masyarakat sekeliling. Selain itu, akta ini juga memperuntukkan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk

menentukan tempoh persekolah serta sukatan matapelajaran dan kandungan kurikulum keperluan pendidikan khas. Pada waktu ini, kanak-kanak ini bersekolah sehingga umur 19 tahun. Berdasarkan peta grafik di atas, jelaslah bahawa pendidikan khas merupakan satu cabang pendidikan yang penting dan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara. Persatuan Bangsabangsa Bersatu(PBB) misalnya telah mengisytiharkan satu hari untuk kanakkanak khas ini di mana di dalam pernyataan PBB kanak-kanak ini berhak mendapat penjagaan yang sewajarnya dan merima pendidikan senormal boleh. Selain itu, terdapat juga kementerian-keneterian di Malayisa yang begitu menitikberatkan pendidikan khas ini misalnya seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pendidikan dan sebagainya. kesemua kementerian ini bertanggungjawab dalam

membantu memelihara hak-hak kanak-kanak khas ini dan dan memberi satu bentuk persepsi positif kepada masyarakat bahawa kanak-kanak khas ini perlu dibentu dan bukannya disorok atau diabaikan. Terdapat juga beberapa peristiwa penting seperti di dalam peta grafik di atas. Tujuannya adalah sama iaitu ingin membela hak kanak-kanak khas di seluruh dunia. Terdapat Akta Orang Kurang Upaya 2008 di mana akta ini memperjuangkan hak-hak orang kurang upaya di Malaysia. akta ini mengandungi berpuluhpuluh seksyen iaitu sebanyak 46 seksyen. Di dalam seksyen-seksyen ini, orang kurang upaya diberi hak yang sama dengan hak masyarakat normal yang lain. Berikut di bawah merupakan beberapa seksyen yang ditekankan dalam hak orang kurang upaya. Seksyen 21: Daftar Orang Kurang Upaya

18

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

Iaitu orang kurang upaya haruslah mendaftar sebagai kurang upaya. Pendaftar haruslah menyenggara dan mengemaskini Daftar supaya butir-butir orang kurang upaya tidak tercicir. Seksyen 25: Pengeluaran Kad OKU Kad OKU ini dikeluarkan bagi OKU yang berdaftar. Dengan adanya pendaftaran dan kad OKU disediakan, hak OKU akan lebih terjamin khususnya kepada pelajar pendidikan khas. Segala butiran mereka akan dapat direkod dan ini akan membantu mereka untuk memiliki segala hak bagi orang kurang upaya. Seksyen 26: Akses kepada kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunawan Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada pelbagai kemudahan yang disediakan. Kerajaan dan penyedia haruslah mengambil langkah yang perlu untuk memastikan segala kemudahan ditambahbaik. Seksyen 27: Akses kepada kemudahan pengangkutan awam Orang kurang upaya haruslah mempunyai hak untuk akses kepada kemudahan yang dibuka kepada orang ramai dan OKU ini perlulah mendapat hak yang sama dengan masyarakat. Langkah keselamatan pengkutan awam haruslah selaras dengan OKU.

Dengan

adanya

kemudahan

kepada

perkhidmatan

bangunan

dan

pengangkutan awam, para pelajar pendidikan khas akan dapat bergerak ke mana-mana tanpa sekatan dan ini memudahkan mereka sekirannya mereka mengikuti lawatan sambil belajar yang disediakan oleh pihak sekolah atau pergi melawat bangunan-bangunan serta tempat yang menarik.

Seksyen 28: Akses kepada pendidikan Kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan dalam mendapatkan pendidikan. Kerajaan haruslah menyediakan kemudahan sekolah yang sesuai, sukatan pelajaran serta kokurikulum yang selaras dengan pelajar OKU.

19

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

Di dalam seksyen ini, kanak-kanak khas boleh mendapat hak yang sama rata untuk belajar seperti dengan pelajar normal yang lain. Namun, mereka mempunyai sukatan pelajaran serta teknik khas untuk mengajar pelajar ini.

Seksyen 29: Akses kepada pekerjaan Majikan haruslah melindungi hak orang kurang upaya ini untuk mendapatkan suasana kerja yang adil dan baik termasuklah peluang sama rata dengan masyarakat lain. Bagi pelajar pendidikan khas ini mereka dapat bekerja selepas habis belajar di sekolah. jadi ini daapt membuatkan mereka berdikari dan mereka akan berasa dihargai.

Seksyen 32: Akses kepada rekreasi, santai dan sukan Seksyen ini menjelaskan bahawa OKU seharusnya diberi peluang untuk berekreasi serta bersukan dengan memastikan keselamatan mereka terjamin. Selain itu, OKU juga haruslah diberi peluang untuk menganjurkan, menyertai mana-mana aktiviti sukan tanpa rasa rendah diri. Dan jikalau kita lihat

kepada pelajar pendidikan khas pula, mereka akan dapat pendedahan dan pengalaman melalui aktiviti sukan yang mereka lakukan. Secara tidak langsung, pelajar ini akan dapat ilmu dan menguatkan fizikal mereka.

Seksyen 38: Perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosial Kerajaan haruslah memastikan kebajikan orang kurang upaya yang teruk terbela setelah kematian ahli keluarga mereka dan memberikan kehidupan yang berkualiti kepada mereka. Di dalam seksyen ini, para pelajar pendidikan khas yang kehilangan ibu bapa mereka atau waris akan terbela nasib mereka kerana adanya pihak untuk membantu. Jadi, mereka akan masih dapat belajar dengan berkesan dan baik.

3.4 Jenis-jenis kanak-kanak berkeperluan khas Menurut pakar-pakar pendidikan khas di serata dunia serta

berdasarkan Akta Individu Kurang Upaya yang telah dibentuk di Amerika Syarikat iaitu IDEA, mereka telah mengklasifikasikan kanak-kanak

berkeperluan khas (PL 105-117) yang mencadangkan 13 kategori kurang

20

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

upaya (diasability). Berdasarkan peta grafik di bawah, beberapa kategori telah disatukan dan menjadi 8 kategori sahaja.

cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi pintar dan cerdas cacat penglihatan

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

kecelaruan tingkah laku

kerencatan akal

bermasalah pembelajaran

cacat fizikal dan kesihatan

3.4.1 Kurang upaya mental (kerencatan akal) Kanak-kanak kerencatan akal merujuk kepada kanak-kanak yang mempunyai darjah kecerdasan (Intelligent Quetion, IQ) di antara 35 hingga 85. Biasanya, kanak-kanak dalam kategori ini menghadapi kerosakan sistem saraf akibat

21

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

masalah kederaan, kelahiran, warisan baka keluarga, kekurangan zat makanan, masalah hormon dan sebagainya. Terdapat tiga darjah kecerdasan kanak-kanak kerencatan mental yang pertama ialah antara 50-70. Ia merupakan kadar kecacatan yang sederhana dan mereka boleh dididik dan dilatih sekolah. kanak-kanak cacat ini tergolong dalam kumpulan pelajar yang lambat belajar(slow learners. Antara ciri-ciri yang dapat dilihat adalah seperti berikut:a) Kanak-kanak ini boleh mengikuti pelajaran hingga Darjah 4, sehingga mereka mencapai umur 16 tahun. b) Taraf pencapaian murid-murid ini adalah sebanyak setengah hingga tiga perempat dari kanak-kanak normal. c) Kanak-kanak ini hanya boleh membaca atau memhami konsep asas matematik apabila mencapai umur 9 hingga 12 tahun. d) Mereka cepat lupa dan ingatan tidak kekal. e) Mereka sukar untuk belajar konsep abstrak. f) Mereka juga lambat belajar dan perlukan banyak aktiviti pengukuhan untuk meningkatkan kemahiran mereka. Tahap kecerdasan yang kedua ialah di antara 35-49. Selalunya, kanak-kanak ini menghadapi masalah untuk menjaga diri mereka sendiri contohnya seperti membuka baju, makan, buang air dan sebagainya.

Kanak-kanak ini tidak dididik di sekolah kerana mereka tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk belajar dalam apa-apa matapelajaran pun. Tahap ketiga adalah di mana tahap kecerdasannya adalah yang paling teruk iaitu di bawah 35. Mereka tidak berupaya untuk melakukan sebarang kerja dan perlukan perhatian khusus dari orang dewasa untuk menjaga mereka termasuklah melakukan perkara yang mudah seperti memakai baju dan membuang air.

3.4.2 Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (learning disabilties) Kanak-kanak ini mempunyai masalah keran tidak berupaya untuk mengikuti kelas seperti biasa. Ini adalah kerana mereka mempunyai masalah peribadi atau peribadi atau kedua-duanya. Bagaimanapun,

22

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini tidak menghadapi sebarang masalah fizikal, emosi, penglihatan, pendengaran dan kecacatan

mental(kerencatan akal). Keadaan kanak-kanak bermasalah pembelajaran khusus dirujuk sebagai halangan psikologikal atau neurologikal terhadap gerakbalas bahasa, samada lisan atau tulisan, persepsi kognitif, atau aktiviti psikomotor. Ciri-ciri yang dirumuskan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah:a) Pencapaian memuaskan. b) Lemah dalam subjek Matematik dan Bahasa. c) Tidak menunjukkan minat dalam kelas. d) Hanya berupaya memberi perhatian atau tumpuan singkat terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. e) Masalahnya tidak dipedulikan atau tidak dapat dibantu oleh ahli keluarganya. f) Mereka juga sering mengantuk, mudah lupa seta mempunyai sifat malu dan segan untuk bertanya. akademik keseluruhannya tidak sampai tahap

3.4.3 Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku(behavioral disorders) Secara am, kanak-kanak kecelaruan tingkah laku mempunyai 4 kategori iaitu seperti berikut:a) Tingkah laku terbias: mempunyai tingkah laku yang menentang autoriti, tidak memenuhi peraturan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang. Kanak-kanak golongan ini adalah hiperaktif atau hiperkinetik. b) Sifat pengongkongan dalaman: kanak-kanak yang bersifat pemalu, pendiam, sensitif, pasif, tidak suka berkawan, dan mudah tersinggung. Mereka sering melakukan tindakan di luar dugaan. c) Tingkah laku ketidakmatangan: kanak-kanak yang kurang berupaya dalam menumpukan perhatian dalam pelajaran. Mereka tidak berminat belajar, sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri sendiri.

23

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

d) Tingkah laku antisosial: kanak-kanak sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah. contohnya seperti memeras ugut, mencuri, ponteng dan sebagainya.

3.4.4 Kanak-kanak cacat pendengaran dan bermasalah pendengaran Kanak-kanak cacat pendengaran sering menghadapi masalah

komunikasi dan mereka sukar untuk mempelajari sebutan perkatan-perkataan dengan jelas dan tepat. Kanak-kanak ini tergolong dalam dua kumpulan kanak-kanak cacat pendengaran pratutur (prelingual) dan kanak-kanak cacat pendengaran postutur (postlingual). Jadual 1.4.4 di bawah merupakan banding beza antara dua jenis kumpulan ini.

kanak-kanak cacat pendengaran pratutur (prelingual) kanak-kanak yang pekak sejak lahir. menghadapi masalah pembelajaran dan komunikasi yang lebih teruk dari postlingual.

kanak-kanak cacat pendengaran postutur (postlingual)

kanak-kanak cacat pendengaran separa atau sepenuhnya.

Ciri-ciri kanak-kanak cacat pendengaran ialah seperti berikut:a) Terlalu pasif, tidak suka bergaul dengan rakan-rakan sebaya. b) Mereka juga menghadapi masalah memahami kata orang lain, pertuturan kurang lancar dan tersekat-sekat serta berulang-ulang. c) Kurang arif untuk meggunakan perkataan-perkataan tepat bagi menerangkan sesuatu perkara atau situasi. d) Sering membaca pergerakan bibir untuk untuk memahami apa yang diucapkan oleh orang sekeliling.

3.4.5 Kanak-kanak cacat penglihatan Kanak-kanak cacat penglihatan ialah kanak-kanak yang buta serta mempunyai kadar kecekapan penglihatan di antara 20/200 hingga 20/70 selepas pembetulan, berbanding dengan kanak-kanak penglihatan normal yang mempunyai kadar kecekapan penglihatan 20/20.

24

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

Terdapat beberapa jenis kanak-kanak bermasalah penglihatan ini antaranya ialah kanak-kanak rabun dekat, rabun jauh, rabun malam, rabun warna, astigmatisme, katarak, glukoma dan juling. Antara sebab-sebabnya ialah kesakitan mata, kekurangan zat makanan ataupun erosakan saraf optik atau menghidap penyakit seperti hypermetropia, myopia, dyslexia dan sebagainya. Antara ciri-ciri yang boleh dikenalpasti ialah:a) Kesukaran membaca tulisan dan ilustrasi dalam buku serta di papan kapur. b) Sering mengesat mata dan mata selalu kelihatan kemerah-merahan. c) Matanya juling, terpesong sedikit kedudukan mata hitamnya dan sering berasa penig kepala. d) Matanya amat sensitf terhadap cahaya dan mereka juga tidak dapat membaca dalam tempoh yang lama.

3.4.6 Kanak-kanak cacat fizikal Kanak-kanak cacat fizikal ialah kanak-kanak yang mempunyia kecacatan anggota badan ataupun ortopedik. Kecacatan ortopedik memepengaruhi funsi sendi atau otot, pinggang, tangan atau kakinya hingga lemah dan tidak berdaya dan sebagainya. Bagi pelajar yang menghadapi masalah ini, ia pasti akan menjejaskan prestasi akademik mereka kerana ketidakcekapan anggota badan mereka misalnya dalam seni lukis, muzik dan pendidikan jasmani.

3.4.7 Kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat Kebiasaaannya, kanak-kanak cerdik ini mempunyai darjah kecerdasan melebihi 120. Mereka biasanya dkategorikan dalam 3 kategori iaitu:a) Kanak-kanak yang mempunyai intelek yang tinggi. b) Kanak-kanak yang mempunyai bakat mencipta. c) Kanak-kanak yang mempunyai bakat mencipta. Ciri-ciri kanak-kanak pintar ini adalah seperti berikut:-

25

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

a) Mempunyai kemahiran kognitif dan sifat ingin tahu yang tinggi. b) Menunjukkan motivasi dan perasaan afektif yang tinggi serta ada potensi untuk menjadi kreatif dan sensitif. c) Dapat mengukuhkan dan mengekalkan dalam ingatan apa yang dipelajari tanpa latihan yang berulang-ulang. d) Cekap menyiasat, menjadual, mengelasifikasi, mengumpul, menginferensi dan melapor. e) Berminat terhadap alam sekitar dan persekitaran sekeliling dan ingin meneroka dengan lebih meluas.

26

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

RUJUKAN

------------------(2007). Open University; Pengenalan Pendidikan Khas. Kuala Lumpur; Meteor Doc Sdn. Bhd. 2. Warnocks Report. (n. d.). Diambil pada April 22, 2011, dari www.wikipedia.com/warnocks_report.html 3. Konsep Pendidikan Pemulihan. (n. d.). Diambil pada April 22, 2011, dari www.pemulihanduniaku.blogspot.com/konsep_pendidikan_pemulihan. html 4. Dr. Boon, K. B. (1980) Siapa dan Mengapa Dalam Pengajaran Pemulihan. Diambil pada April 22, 2011, dari laman web Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Sandakan, www.jabatanilmupendidikanipgsandakan.com/pemuliha_siapa _dan_mengapa.html Gardner, Howard. Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences. New York: Basic,1983

27