Anda di halaman 1dari 31

PENDAHULUAN

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan penduduknya dianggarkan berjumlah seramai 28.3 juta pada tahun 2012, yang terdiri daripada 66.7 peratus orang Melayu diikuti Cina 24.6 peratus dan India 7.4 peratus. Mereka hidup dalam keadaan suasana yang aman damai dalam pelbagai budaya, bahasa, adat resam serta mempunyai kestabilan politik dan ekonomi yang mantap. Kejayaan Malaysia dalam usaha membangunkan negara mengikut acuannya tersendiri sedikit sebanyak dipengaruhi oleh keberkesanan dasar luar negara yang diamalkan oleh negara ini. Ini terbukti apabila Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri. Ekonomi adalah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang individu dan masyarakat dalam membuat pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang terhad seperti tanah, buruh, modal dan usahawan dengan kehendak manusia yang tidak terhad. Ekonomi Malaysia terus berkembang seperti dibuktikan menerusi pendapatan per kapita yang meningkat dengan ketara sejak 1970. Menurut Tan Sri Nor Mohammed Yakcop, pendapatan per kapita Malaysia meningkat kepada lebih US$9,000 ( kira-kira RM 28,000) setahun pada akhir tahun lalu berbanding hanya US$376 (RM11159) pada tahun 1970. Sesuatu sistem ekonomi biasanya dibangunkan berdasarkan kepada falsafah sesuatu ideologi. Falsafah dan ideologi inilah yang memberikan sistem ekonomi tersebut asas-asas dan objektifnya di samping memberikannya prinsip-prinsip dan peraturan-peraturannya. Sistem ekonomi berkait rapai dengan sistem kewangan sesebuah negara. Kedua-duanya mat penting dalam membangun dan memperkukuhkan ekonomi dan kestabilan sesebuah negara.

1.0 DEFINISI SISTEM, EKONOMI DAN KEWANGAN 1.1 Definisi Sistem. Istilah sistem telah diberikan pelbagai definisi dan pengertian. Perkataan sistem awalnya berasal dari bahasa Yunani (sustma) dan bahasa Latin (systma). Menurut The Oxford English Dictionary, sistem bermaksud sekumpulan objek yang tersusun atau yang bersambungan, bersekutu, atau yang saling bergantung bagi membentuk satu kesatuan yang kompleks. Kesemua bahagian-bahagian yang teratur disusun mengikut susunan beberapa skim dan rancangan tertentu. 1 Websters Third New International Dictionary pula memberikan definisi sistem sebagai sejumlah atau sekumpulan subjek yang sama-sama berinteraksi atau yang saling bergantung antara satu sama lain. Satu set unit-unit yang bergabung secara semula jadi atau bertindak untuk membentuk satu kesatuan atau badan. Dalam definisi yang paling umum, sebuah sistem adalah sekumpulan objek/benda yang memiliki hubungan di antara mereka. Contohnya, organ-organ tubuh manusia yang membentuk beragam sistem seperti sistem pernafasan, sistem pencernaan, sistem eksresi, sistem saraf, sistem kerangka, dan lain. Contoh yang kedua pula komponen-komponen elektronik komputer yang membentuk sistem komunikasi, sistem perangkat lunak, sistem perangkat keras, sistem jaringan, dan lain-lain. Meskipun istilah sistem didefinisikan dengan pelbagai bentuk, tetapi secara mudahnya dapat dikatakan istilah sistem itu membawa erti sekumpulan prinsip dan peraturan yang teratur yang mana membolehkan dan memudahkan manusia mencapai matlamat yang dikehendaki. 2

http://staff.uny.ac.id/sites/default/files/pendidikan/Tejo%20Nurseto,%20M.Pd./BAB%20II_sistem%20ekonomi.p df 2 Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hal 6.

1.2 Definisi Ekonomi


Secara asasnya, ekonomi bermaksud satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang individu dan masyarakat dalam membuat pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang terhad seperti tanah, buruh, modal dan usahawan dengan kehendak manusia yang tidak terhad. Terdapat pelbagai pendapat dan pandangan mengenai definisi ekonomi daripada pakarpakar yang arif dalam bidang ekonomi. Menurut Adam Smith, beliau menganggap ekonomi sebagai penyelidikan mengenai keadaan dan sebab adanya kekayaan manusia. Alfred Marshall menyatakan bahawa ekonomi itu penggajian mengenai manusia dalam menjalankan kegiatan kehidupannya seharian. Samuelson pula mengatakan ekonomi itu sebagai satu kajian tentang bagaimana manusia dan masyarakat memilih untuk menggunakan penggunaan produktif yang terhad dan pula mempunyai penggunaan alternatif bagi mengeluarkan barangan dan perkhidmatan dan yang mana pada akhirnya mengagihkannya untuk penggunaan masa sekarang atau masa hadapan kepada kalangan bermacam-macam-macam kumpulan dalam masyarakat. 3 Ekonomi konvensional sekadar mengkaji tingkah laku manusia sebagai suatu hubungan di antara matlamat dan sumber terhad yang mempunyai pelbagai kegunaan. (L.Robbins, 1952). Definisi ini menyerahkan kepada kebijaksanaan manusia untuk menentukan matlamat hidupnya serta menguruskan sumber-sumbernya. Kebebasan ini telah melahirkan pelbagai sistem ekonomi dengan dasar dan polisi yang berbeza-beza mengikut fahaman politik atau pihak yang memerintah. 4 Secara kesimpulannya, dapat disimpulkan bahawa istilah ekonomi boleh didefinisikan sebagai satu kejian tentang bagaimana masyarakat menggunakan punca-punca yang terhad bagi mengeluarkan komoditi-komoditi yang bernilai dan mengagihkannya dalam kalangan kumpulan masyarakat yang berbeza dagi memenuhi kepuasan dan kehendak mereka.

Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysiahal 7-8. 4 Syed Mohd Ghazali Wafa, Hj Muhammad Nasri, Mohd Hizam Hanafiah (2005) , Pengantar Perniagaan Islam, Prentice Hall : Pearson Malaysia Sdn Bhd, hal 49-50.

1.3 Definisi Kewangan


Perkataan kewangan yang dikenali sebagai Finance dalam bahasa Inggeris secara tidak langsung ia berasal daripada perkataan Latin iaitu Finis. Ia diberi pengertian sebagai pengeluaran, pengagihan dan pembelian tuntutan-tuntutan ekuiti dan tanggungan (liability) yang dikeluarkan bagi tujuan memperoleh aset-aset yang menghasilkan perolehan. Websters dictionary mendefinisikan kewangan itu sebagai satu sistem yang mengandungi aliran pusingan wang, memberikan kredit, membuat pelaburan, dan membekalkan kemudahan-kemudahan bank. The Oxford English Dictionary pula memberikan maksud secara meluas iaitu kewangan itu berkaitan dengan wang dan secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai penyediaan peralatan bagi pembayaran. kewangan itu sebagai sains bagi menguruskan wang. Sesetengah ahli kewangan juga ada mengatakan kewangan itu berkaitan dengan prinsipprinsip, institusi, instrumen dan prosedur yang terlibat dengan semua jenis pembayaran dalam sesebuah ekonomi. Pembayaran ini termasuklah bagi semua barangan dan perkhidmatan yang dibeli sama ada secara tunai ataupun kredit yang akan dibayar kemudian. Ia mempunyai dua dimensi penting iaitu pulangan dan risiko kerugian. 5 Kewangan juga dikatakan mempunyai fungsi-fungsi berikut : Mencipta wang. Pemindahan wang Pengumpulan tabungan dalam institusi kewangan Meminjam dan melaburkan wang. Memasarkan tuntutan-tuntutan kekayaan yang timbul daripada proses meminjam dam melabur. Lain-lain aktiviti yang memudahkan proses meminjam dan melabur. Terdapat juga yang mengatakan bahawa

Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysiahal 10-11.

Kewangan adalah digunakan oleh individu (kewangan peribadi), oleh kerajaan (kewangan awam), oleh perniagaan (kewangan syarikat), dan sebagainya, serta oleh pelbagai organisasi termasuk sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan bukan berasaskan keuntungan. Secara umum, matlamat-matlamat setiap aktiviti-aktiviti di atas dicapai melalui penggunaan peralatan kewangan yang sesuai, dengan mempertimbangkan untuk persekitaran institusi mereka. Kewangan adalah satu aspek terpenting pengurusan perniagaan. Tanpa perancangan kewangan yang betul, sebuah organisasi baru tidak boleh dimulakan mahupun menjadi berjaya. Oleh kerana wang adalah salah satu aset paling berharga, pengurusan wang adalah penting bagi menjamin masa depan yang lebih terjamin, baik bagi seorang individu mahupun organisasi.

1.3.1 Definisi wang.


Wang didefinisikan sebagai barangan atau apa-apa benda yang diterima umun dengan meluas dalam pertukaran barangan dan perkhidmatan dan untuk pembayaran hutang. Terdapat juga yang menyatakan wang itu apa-apa benda yang kebiasaannya diterima umum apabila berlaku pemindahan kuasa beli.6 Secara umumnya , wang boleh diertikan sebagai apa sahaja barangan yang dapat diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran bagi mendapatkan barang, perkhidmatan atau untuk membayar hutang.

1.3.2 Ciri-ciri wang 7


Terdapat beberapa ciri-ciri wang perlu diketahui umum, antaranya8 : a. Diterima Umum - kerana nilainya yang hakiki atau kerana ditetapkan oleh undang-undang. b. Kekurangan Penawaran - menyebabkan wang mempunyai nilai yang mantap dan dihargai. Kekurangan terhad sama ada secara semula jadi atau melalui sekatan undang-undang. c. Mudah dikenali - untuk mengelakkan kekeliruan, tidak mudah dipalsukan.

Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia hal 11. 7 http://staf.uum.edu.my/aali/makro-nota-3.pdf 8 Pdf: Prof.Madya Dr.Asan Ali Golam Hassan, Makroekonomi Semester II Sesi 2007/08, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia.

d. Mudah dipecahkan - boleh dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa mengurangkan nilainya. e. Keseragaman - mempunyai nilai, berat dan kualiti yang serupa. f. Senang dibawa - tanpa melibatkan kos yang tinggi. g. Tahan lama - secara fizikal dan nilainya. h. Nilai tidak mudah berubah dengan cepat - nilai wang yang cepat berubah menyebabkan ia kurang dipercayai oleh masyarakat.

1.3.3 Fungsi-Fungsi Wang9


Wang melaksanakan empat fungsi khusus, setiap fungsi menghindarkan masalah dari sistem barter. Empat fungsi wang ialah; unit nilai, media pertukaran, piawai bayaran tertunda dan simpanan nilai. Fungsi pertama dan kedua disebut sebagai fungsi utama dan fungsi yang ketiga dan keempat sebagai fungsi terbitan (kerana ia terbit dari fungsi utama).10 1) Sebagai ukuran dan unit nilai Wang dapat dijadikan alat bagi mengukur nilai barang dan perkhidmatan. Barang dapat dinilai atau diberi harga dengan unit wang. Masyarakat tidak perlu menentukan nilai satu barang itu dengan membandingkannya dengan barangan lain. Pelbagai nama telah diberikan kepada fungsi pertama, yang paling lazim digunakan ialah unit nilai, nilai piawai, unit akaun, unit ukuran umum dan unit pembawah rata, kesemuanya mempunyai maksud yang umum iaitu unit kewangan yang berperanan sebagai unit mengukur dan menyatakan kesemua nilai barang dan perkhidmatan. Nilai setiap barang atau perkhidmatan boleh dinyatakan sebagai harga yang bermaksud jumlah unit wang yang dapat ditukarnya. 2) Sebagai alat perantaraan dan media pertukaran Terdapat beberapa nama yang diberi kepada fungsi wang kedua iaitu media pertukaran, media pembayaran, media pusingan dan alat pembayaran. Wang berfungsi sebagai kuasa beli umum untuk digunakan sebagai perantaraan pertukaran, pembeli tidak perlu mencari penjual
9

http://staf.uum.edu.my/aali/makro-nota-3.pdf Pdf: Prof.Madya Dr.Asan Ali Golam Hassan, Makroekonomi Semester II Sesi 2007/08, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia.
10

yang memiliki barang yang dikehendakinya, menjimatkan masa dan tenaga serta melicinkan urus niaga. Sebarang jenis barangan dapat dibeli dengan wang malah wang juga dapat mengelakkan masalah kehendak kebetulan (serentak). Dengan menggunakan wang, proses menemukan pengguna yang mempunyai keinginan yang mempunyai sifat penerimaan umum. Wang sebagai media pertukaran adalah fungsi wang yang terpenting malah definisi wang juga dirujuk sebagai alat perantaraan dalam proses pertukaran barang. Yang membezakan wang dengan barang lain ialah, wang tidak mewujudkan permintaan terhadap dirinya sendiri sebaliknya wang diminta kerana dapat ditukar dengan barang yang lain. Wang juga perlu mempunyai sifat kecairan yang tinggi, iaitu keupayaan untuk ditukar pada sebarang masa dengan kos pertukaran yang minimum. Penyelesaian kepada masalah kehendak serentak bererti penggunaan wang dapat menjimatkan kos urus niaga. 3) Sebagai bayaran tertunda atau nilai bayaran masa depan Banyak urus niaga dilakukan secara kredit atau secara bayaran tertunda. Peniaga dan pembeli tidak perlu lagi memikirkan jenis barangan yang perlu digunakan untuk melakukan bayaran tertunda. Nilai wang perlulah stabil bagi membolehkan bayaran tertunda dijalankan untuk memastikan nilai benar pembayaran yang dibuat bersamaan dengan nilai benarnya ketika penjualan dilakukan. Contoh meminjam wang sebanyak RM10,000 dan akan dijelaskan selama dua tahun dengan kadar bunga 10%, oleh itu jumlah yang perlu dibayar setiap bulan kepada bank ialah; [(10,000 x 10% x 2)/24 + 10,000/24] sebulan = 500. Wang belum dipinjam sudah pun diketahui nilai yang semestinya dibayar. Wang menjadi piawai bayaran tertunda yang memuaskan kerana ia dapat mengekalkan kuasa beli yang malar mengikut masa. Jika ia berubah ia dapat dijangkakan. Jika berlaku deflasi ia akan menguntungkan orang yang memberi pinjaman sebaliknya jika berlaku inflasi ia menguntungkan orang yang meminjam. serentak tidak menjadi masalah kerana wang

4) Sebagai Alat Penyimpan Nilai Apabila wang sudah diterima oleh masyarakat sebagai media pertukaran maka dengan sendirinya wang dapat digunakan sebagai penyimpan nilai. Wang mempunyai kuasa beli umum yang dapat disimpan dan digunakan apabila perlu. Penggunaan wang membolehkan kekayaan di simpan dalam bentuk wang bukan dalam bentuk barangan. Dalam ekonomi yang maju, jenis wang yang penting adalah "wang bank" iaitu wang yang didepositkan dalam bank dan boleh diambil dengan menggunakan cek. Sebaliknya jika nilai wang sering merosot, masyarakat akan menggantikan yang berupa wang kepada kekayaan yang berbentuk barangan. Selagi wang dapat digunakan untuk menyimpan nilai, selagi itulah masyarakat akan memegang wang. Fungsi ini juga boleh dijalankan oleh aset yang bernilai, walau bagaimana pun ia mempunyai beberapa kelemahan iaitu; melibatkan kos simpanan, susut nilai dan tidak cair (darjah kecairan yang rendah - keupayaan untuk ditukar kepada bentuk wang).11 Sarjana Islam menganggap wang hanya berfungsi sebagai alat pertukaran, piawai bagi nilai dan unit akaun dengan menolak fungsinya sebagai penyimpan nilai.12

11

Pdf: Prof.Madya Dr.Asan Ali Golam Hassan, Makroekonomi Semester II Sesi 2007/08, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia. 12 http://staf.uum.edu.my/aali/makro-nota-3.pdf

2.0 Sistem ekonomi


Pengertian sistem ekonomi ialah suatu proses yang menyebabkan pendapatan yang

berdampak pada kehidupan masyarakat baik dalam jangka panjang mahupun jangka pendek. Terdapat beberapa pendapat para ahli yang berkait dengan sistem ekonomi antara lain : 1. Chester A Bemand mengatakan bahawa : Sistem ekonomi adalah suatu kesatuan yang terpadu yang secara kolestik yang di dalamnya ada bahagian-bahagian setiap bahagian itu memiliki ciri dan batasnya yang tersendiri13 2. Gregory Grossman and M. Manu mengatakan bahawa :Sistem ekonomi adalah

sekumpulan komponen-komponen atau unsur-unsur yang terdiri dari atas unit-unit dan agen-agen ekonomi, serta lembaga-lembaga ekonomi yang bukan saja saling berhubungan dan berinteraksi melainkan juga sampai tingkat tertentu yang saling menopang dan mempengaruhi.
14

3. Menurut M. Hatta :Sistem ekonomi yang baik untuk diterapkan di Indonesia harus berdasarkan atas asas kekeluargaan Berdasarkan beberapa pendapat para ahli di atas dapat disimpulkan bahawa sistem ekonomi bukan hanya sebagai sekumpulan komponen atau unit perekonomian tetapi merupakan sebuah penerapan yang dikembangkan oleh sekumpulan masyarakat yang masing-masing memiliki ciri dan batas-batas tersendiri. Selain itu, sistem ekonomi juga biasa didefinisikan sebagai satu set prinsip-prinsip yang mengandungi kerangka organisasi bagi aktiviti ekonomi. Set prinsip ini pula adalah diasaskan kepada pandangan falsafah tentang aktiviti ekonomi tersebut. Sistem ekonomi menggambarkan interaksi dan partisipasi individu, organisasi dan institusi dalam proses pengeluaran, penggunaan, pertukaran dan pengagihan yang diikat oleh satu set peraturan dan undang-undang yang khusus bagi sistem tersebut. Fungsi asas sesebuah ekonomi ialah untuk memperuntukkan sumber-sumber yang terhad seperti tanah, buruh, pengurusan dan juga modal serta kemahiran bagi mengeluarkan barangan
13 14

http://www.sarjanaku.com/2011/03/sistem-ekonomi.html http://staff.uny.ac.id/sites/default/files/pendidikan/Tejo%20Nurseto,%20M.Pd./BAB%20II_sistem%20ekonomi.p df

atau perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat.

15

Akibat wujudnya ketidakseimbangan

antara kehendak masyarakat yang tidak terbatas dengan sumber yang terhad sifatnya, maka muncul apa yang dikenali sebagai masalah asas ekonomi bagi sesuatu masyarakat. Masalah asas ekonomi ini ialah : i. Apakah jenis barangan yang mesti dikeluarkan dan berapakah kuantitinya. Sebelum sesebuah organisasi atau firma memutuskan untuk membuka perniagaan, perkara pertama yang akan difikirkan ialah apakah barang yang akan dikeluarkan, sama ada barang tersebut berbentuk barangan asasi, keperluan ataupun barangan mewah, mahupun mengeluarkan perkhidmatan kepada isi rumah.

ii.

Bagaimanakah cara untuk mengeluarkan barangan tersebut. Masalah ini boleh diselesaikan dengan 2 cara iaitu, pengeluaran berintensifkan modal (mesin) atau pengeluaran berintensifkan buruh(pekerja). Pengeluaran berintensifkan modal ialah pengeluar menggunakan modal dalam proses pengeluaran barang yang ingin dipasarkan. Kaedah ini lebih mahal berbanding pengeluaran berintensifkan buruh kerana memerlukan sejumlah modal yang besar untuk membeli mesin.

iii.

Masalah mengapa barang tersebut dikeluarkan. Masalah ini merujuk kepada keperluan semasa dan pasaran terhadap sesuatu barangan

itu. Keperluan semasa bermakna, keperluan masyarakat akan mewujudkan permintaan. Jadi permintaan akan mendorong firma mengeluarkan barang tersebut. Pasaran semasa pula ialah keadaan semasa yang mendorong kepada permintaan terhadap sesuatu barang. Maka pengeluar akan mengeluarkan barang-barang yang mempunyai jumlah permintaan yang tinggi dalam pasaran. Sebagai contoh, kewujudan tudung Mawi kerana fenomena aura yang dibawa oleh Mawi, maka terhasillah tudung tersebut. iv. Untuk siapakah barangan tersebut dikeluarkan.

15

Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysiahal 25-26.

10

Organisasi atau firma perlu menyelesaikan masalah ini

kerana untuk memfokuskan

barang pengeluaran dan sasaran pengguna terhadap barang mereka. Sebagai contoh syarikat pakaian ingin mengeluarkan pakaian lelaki, maka masalah untuk siapa barang tersebut dikeluarkan sudah selesai. Ini penting bagi mengelakkan ketidaklancaran pengeluaran terhadap barang tersebut. Firma juga perlu memfokuskan barangan yang dikeluarkan kepada golongan berpendapatan rendah, sederhana ataupun tinggi.16 Bagi menjawab keempat-empat persoalan asas tersebut, setiap masyarakat mestilah mempunyai satu set prosedur yang tersusun dan set prosedur inilah dikenali sebagai sistem ekonomi. Aktiviti ekonomi dicirikan oleh beberapa urus niaga pertukaran iaitu urus niaga membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan serta sumber-sumber yang produktif. Di Malaysia, sistem ekonominya terbahagi kepada dua iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi Islam. Sistem ekonomi Islam mula diperkenalkan secara menyeluruh pada tahun 1983 dengan penubuhan Bank Islam MalaysiaBerhad (BIMB). Kini sistem ekonomi yang berteraskan Islam ini mula mendapat perhatian masyarakat, pelbagai produk kewangan telah diperkenalkan antaranya ialah takaful, al-Wadiah, Mudharabah dan ar-Rahnu.

3.0 Pasaran
Pasaran bermaksud satu medium perantara di mana aktiviti ekonomi dapat bertimbal balik antara pembekal dan pengguna. Untuk sesuatu pasaran berfungsi dengan baik, ianya memerlukan faktor permintaan dan bekalan (demand and supply) sebagai penggerak pasaran. Adam Smith dapat menerangkan sifat pasaran ini dengan tepat apabila beliau menulis di dalam bukunya The Wealth of Nations pada tahun 1776 berkenaan sifat asas pasaran yang merujuk khusus kepada memenuhi kepuasan dan kehendak individu.17 Dalam sesebuah ekonomi, pasaran(markets) berperanan penting dalam menentukan sumber-sumber yang terhad dan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat. Pasaran juga berperanan dalam menentukan mekanisme pengagihan dan perkongsian pendapatan di kalangan faktor pengeluaran. Ia merupakan satu institusi di mana

16 17

http://niey21.wordpress.com/2009/01/23/masalah-asas-ekonomi/ http://tunteddy.blogspot.com/2009/05/memahami-maksud-sebenar-pasaran-ekonomi.html

11

melaluinya pembeli dan penjual dapat menukarkan barangan dan perkhidmatan serta sumbersumber mereka. Bahkan, ia juga berperanan bagi menyusun pengeluaran dan memperuntukkannya kepada masyarakat di samping menjadi mekanisme pengagihan pendapatan bagi faktor pengeluaran. Pada asasnya, terdapat tiga jenis pasaran yang terdapat dalam sesebuah sistem ekonomi, iaitu : 1. Pasaran faktor ( factor markets). 18 Di bawah pasaran faktor, unit yang menggunakan ( kebiasaannya isi rumah) menjual atau menyediakan buruh dan sumber-sumber lain atau faktor kepada unit yang mengeluarkan (sektor firma). Pasaran inilah yang menentukan dan memperuntukkan faktor-faktor pengeluaran seperti buruh, tanah, modal dan juga menentukan agihan pendapatan anggaran dalam bentuk upah, sewa dan lain-lain pembayaran kepada pemilik faktor kerana perkhidmatan faktor tersebut. 19 2. Pasaran keluaran atau barangan ( Product markets). Unit yang menggunakannya ialah isi rumah yang mana akan menggunakan sebahagian besar daripada pendapatan yang diperolehnya daripada pasaran faktor di atas terhadap barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh yang mengeluarkan (firma) dalam pasaran keluaran. Sebahagian lagi daripada pendapatan itu, bolehlah disimpan untuk tabungan. 3. Pasaran kewangan. Tabungan daripada isi rumah di atas dana untuk perbelanjaan disalurkan kepada individu atau institusi yang memerlukan kepada melalui pasaran kewangan. Pasaran kewangan berperanan penting dalam sistem ekonomi bagi menyalurkan dana-dana daripada unit lebihan kepada unit kurangan. Ini merupakan jantung kepada sistem kewangan kerana pasaran inilah yang menentukan jumlah tabungan dan menentukan kadar bunga serta harga-harga sekuriti.

18

Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hal 28. 19 Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hal 29-30.

12

4.0 Sistem kewangan


Sistem kewangan adalah terdiri daripada instrumen-instrumen, institusi-institusi, pasaranpasaran dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perdagangan, mempercepatkan aliran dana daripada pembeli kepada penjual dan daripada penyimpan kepada peminjam. Sistem kewangan menyediakan perkhidmatan pembayaran, menggerakkan tabungan, memperuntukkan kredit, menghadkan dan meletakkan harga , mengumpul dan memperniagakan risiko hasil

daripada aktiviti-aktiviti tersebut. Secara mudahnya, sistem kewangan boleh didefinisikan sebagai satu area di mana danadana diniagakan antara si penghutang dengan si pemiutang. Ia mengandungi satu set pasaran, individu dan organisasi yang melakukan perniagaan dalam pasaran di mana pengguna akhir sistem ini adalah orang ramai dan firma-firma yang ingin membuat pinjaman dan memberi hutang. Sesetengah mengatakan sistem kewangan itu sebagai struktur institusi di mana dengan melaluinya kuasa penawaran dan permintaan berpadu tenaga dalam pasaran modal. Istilah sistem kewangan menerangkan secara kolektif tentang pasaran kewangan, pesertapeserta dalam pasaran, dan instrumen-instrumen yang diniagakan. Ia merupakan saluran yang menggerakkan dana lebihan dan mengagihkannya ke seluruh negara. Peranan utamanya ialah untuk melaksanakan mekanisme pembayaran dan menjadi pengantaraan antara penyimpan dan pelabur dalam sesebuah ekonomi. 20 Sistem kewangan bermatlamat untuk mendapatkan kesejahteraan ekonomi berserta guna tenaga penuh dan kadar pertumbuhan yang optimum. Ia juga mementingkan keadilan sosioekonomi dan kesaksamaan pengagihan pendapatan dan kekayaan. Selain itu, ia juga bermatlamat dalam menggunakan dan melaburkan tabungan supaya mencapai pembangunan ekonomi yang adil dan mendapat pulangan yang dapat dinikmati oleh semua pihak. Ia juga memastikan penyediaan semua perkhidmatan yang terdapat dalam sistem kewangan dengan cara yang berkesan. 21

20

Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hal 30-31. 21 http://www.slideshare.net/m10ehebat/sistem-kewangan-islam-7660213

13

Umumnya terdapat dua kumpulan institusi dan aktiviti yang bergerak dalam mana-mana sistem kewangan. kumpulan yang pertama terdiri daripada sistem bank (banking system), iaitu bank negara atau bank pusat dan pelbagai jenis bank lain, termasuk juga pasaran wang jangka pendek(money markets) dan pasara tukaran asing (foreign exchange market). Kumpulan kedua pula terdiri daripada institusi-institusi kewangan bukan bank (non-bank financial intermediaries) yang juga mempunyai pelbagai jenis.

4.1 Fungsi sistem kewangan


Secara amnya, fungsi sesuatu sistem kewangan ialah untuk memudahkan proses pinjam meminjam. Ia menyalurkan dana antara penabung dengan peminjam, menyediakan alat pertukaran, menyediakan mekanisme bagi berkongsi risiko dan menyediakan saluran bagi bank pusat mempengaruhi ekonomi. Terdapat tiga asas sesuatu sistem kewangan, iaitu : I. Sistem kewangan itu mestilah menyediakan pemindahan dana dengan licin dan cekap daripada unit lebihan kepada unit kurangan. Pemindahan ini berlaku secara langsung melalui pengantara institusi kewangan. II. Ia mestilah mengekalkan kebolehpercayaan yang munasabah ketika menghadapi kejadian-kejadian buruk ekonomi. III. Ia hendaklah mampu disesuaikan dengan segala perubahan keperluan ekonomi akibat daripada pertumbuhan ekonomi negara. Untuk mengetahui secara lebih terperinci mengenai peranan sistem kewangan dalam ekonomi moden, ia dapat dijelaskan melalui tujuh fungsi asas berikut:22 a. Fungsi Tabungan (Savings Function). Iaitu menyediakan tempat atau saluran yang berpotensi bagi mendapat keuntungan dan mempunyai risiko yang rendah bagi menggalakkan orang ramai menabung.

22

Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hal 31-32.

14

b. Fungsi Kekayaan (Wealth Function). Iaitu menyediakan alat bagi menyimpan kuasa beli sehingga ke suatu masa yang diperlukan untuk berbelanja terhadap barangan dan perkhidmatan. c. Fungsi Mudah Tunai (Liquidity Function). Iaitu menyediakan alat bagi memperoleh dana dengan menukarkan sekuriti-sekuriti dan lain-lain aset kewangan kepada tunai. d. Fungsi Kredit ( Credit Function). Iaitu menyediakan penawar kredit yang berterusan kepada pengusaha-pengusaha, pengguna dan kerajaan untuk membantu perbelanjaan penggunaan dan pelaburan dan sesebuah ekonomi. e. Fungsi Pembayaran ( Payment Function). Iaitu menyediakan cara dan mekanisme bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan. f. Fungsi Risiko ( Risk Function). Iaitu menyediakan alat bagi melindungi pengusaha, pengguna dan kerajaan daripada menghadapi pelbagai risiko bencana terhadap nyawa, kesihatan, harta benda, pendapatan dan sebagainya. g. Fungsi Polisi ( Policy Function). Iaitu menyediakan saluran bagi kerajaan menjalankan polisi-polisinya untuk mencapai objektif dan matlamat negara seperti guna tenaga penuh, inflasi yang rendah, pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan dan kestabilan kedudukan imbangan pembayaran antarabangsa.

15

4.2 Struktur sistem kewangan 23


Komponen sistem kewangan boleh dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu : 1. Instrumen kewangan ( financial instruments) 2. Pasaran kewangan ( financial markets) 3. Institusi kewangan ( financial institutions)

4.2.1 Instrumen kewangan.


Instrumen kewangan secara umumnya boleh didefinisikan sebagai obligasi kewangan( financial obligation) bagi peminjam dana(pihak yang mengeluarkan instrumen) kepada pemilik atau pemegang instrumen tersebut. Bagi pemilik instrumen, ia merupakan aset kewangan ( financial Assets) manakala bagi pihak yang mengeluarkan instrumen itu merupakan obligasi kewangan. Instrumen kewangan merupakan tuntutan bagi pembayaran pada masa hadapan akibat daripada kontrak dengan si pemiutang (pihak yang menerima pembayaran) dan si penghutang ( pihak yang akan membuat pembayaran). Instrumen kewangan dikeluarkan oleh unit-unit ekonomi dalam sektor awam dan juga sektor swasta. Sektor swasta mengeluarkan instrumen ini sama ada dalam bentuk instrumen hutang atau instrumen ekuiti. Instrumen hutang terbahagi kepada dua iaitu instrumen yang berjangka pendek yang mana semua pembayaran termasuk bunga dan jumlah pokoknya dibuat dalam masa setahun atau kurang. Keduanya yang berjangka panjang di mana lain-lain jenis obligasi yang melebihi setahun. Antara instrumen kewangan yang biasa terdapat dalam pasaran kewangan ialah instrumen hutang kerajaan (contohnya bil perbendaharaan, bon, dan lain-lain), instrumen hutang swasta ( contohnya sijil deposit, penerimaan bank, bon korporat dan cagaran) dan juga instrumen ekuiti ( contohnya saham biasa dan saham terpilih).

23

Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hal 32-33.

16

4.2.2 Pasaran kewangan.24


Pasaran kewangan ialah arena atau mekanisme di mana instrumen kewangan itu diniagakan. Harga instrumen kewangan yang diniagakan ini ditentukan dalam pasaran oleh penawaran dan permintaan. Ia adalah sebagai perantaraan bagi menemukan penjual dan pembeli melakukan sesuatu urus niaga kewangan. Semua aset kewangan termasuk tuntutan-tuntutan kewangan dan perkhidmatan kewangan diniagakan dalam pasaran ini. Pasaran kewangan boleh diklasifikasikan kepada beberapa segmen mengikut ciri-ciri tuntutan kewangan yang diniagakan dan keperluan-keperluan pelabur yang berbeza. Ia boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis, antaranya :
I. Pasaran Wang Dan Pasaran Modal

Pasaran wang adalah pasaran bagi penjualan dan pembelian hutang yang berjangka pendek. Jangka pendek adalah merujuk jangka masa kurang daripada setahun. Pada bila-bila masa, terdapat institusi-institusi dan orang perseorangan yang memiliki kumpulan wang yang berlebihan daripada apa yang diperlukan buat sementara dan ingin mendapatkan sedikit pulangan daripada menyimpannya dengan bank-bank perdagangan dalam bentuk simpanan semasa yang tidak menghasilkan apa-apa faedah. 25 Pada masa yang sama, terdapat juga mereka yang memerlukan kumpulan wang bagi keperluan-keperluan jangka pendek dan mereka boleh mendapatkan keperluan tersebut dengan cara meminjamnya atau menjualkan milikan alat-alat kewangan bolehniaga jangka pendek mereka iaitu suratnilai pasaran wang seperti bil perbendaharaan, bil pertukaran, surat-surat jaminan dan lain-lain. Kepentingan kedua-dua kumpulan ini salin bergantung antara satu sama lain. Fungsi pasaran wang ialah : a. untuk menyelaraskan kepentingan kedua-dua kumpulan tersebut, lantas institusi-institusi kewangan yang khusus telah berkembang untuk bertindak sebagai pengantara kepada mereka. Urusan di pasaran wang terbahagi kepada dua kategori yang luas, iaitu
24

Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hal 34. 25 Jabatan Ekonomi (1984), Wang Dan Urusan Bank Di Malaysia, Bank Negara Malaysia: Kuala Lumpur, hal 329.

17

penyimpanan simpanan-simpanan tetap dan meminjam pinjaman berjangka dan pembelian serta penjualan suratnilai pasaran wang. Di Malaysia, kegiatan yang pertama adalah begitu meluas terutamanya oleh sebab jenis-jenis suratnilai pasaran wang yang ada adalah lebih kecil dan pasarannya yang terhad serta kadar hasil suratniali yang ada secara relatifnya rendah. 26 b. menyediakan pembiayaan janka pendek bagi institusi-institusi awam dan swasta yang memerlukan jenis pembiayaan sedemikian dan untuk menyediakan satu pasaran yang tidak personel ( impersonal market) di mana institusi-institusi yang mempunyai bekalan dana berlebihan dan boleh menggunakan dana tersebut untuk mendapatkan keuntungan. Pentingnya pasaran wang sekurang-kurangnya kerana dua sebab iaitu pertama, kerana ia dapat menyediakan alat yang membolehkan peserta-peserta pasaran menyesuaikan kehendak mudah tunai masing-masing. Dan yang keduanya adalah kerana bank pusat yang berperanan mengawal selia bekalan wang dalam menjalankan sebahagian besar operasinya melalui pasaran ini.27 Pasaran modal di Malaysia pula merujuk kepada pasaran harta-harta kewangan jangka panjang yang terdiri daripada semua bil-bil hutang awam dan swasta dalam surat-surat jaminan yang melebihi satu tahun, dan saham-saham serta syer-syer syarikat yang tidak mempunyai cukup tempoh yang tetap. Dalam sistem kewangan, pasaran modal di Malaysia memberikan dua perkhidmatan yang penting. Pertama ialah ia membantu proses pembangunan ekonomi dengan menggerakkan kumpulan-kumpulan wang jangka panjang di seluruh tanah air untuk membiayai rancangan pembangunan awam dan pelaburan swasta secara amnya. Kedua pula, ia menggalakkan

perusahaan swasta dengan menyediakan cara-cara yang mudah untuk mendapatkan kumpulankumpulan wang bagi pelaburan dan perluasan syarikat dan juga untuk mengubah struktur hak

26

Jabatan Ekonomi (1984), Wang Dan Urusan Bank Di Malaysia, Bank Negara Malaysia: Kuala Lumpur, hal 329330. 27 Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hal 35.

18

milik syarikat. Sebuah pasaran modal yang berkesan selalunya menjadi matlamat kemajuan kewangan di negara-negara sedang membangun. 28
ii. Pasaran Hutang dan Pasaran Ekuiti

Terdapat dua cara bagaimana badan-badan korporat mendapatkan dana dalam pasaran kewangan. Cara yang paling biasa digunakan ialah dengan mengeluarkan instrumen hutang seperti bon, iaitu satu perjanjian yang mengikat peminjam membayar kepada pemegang bon, sejumlah bayaran tetap pada satu-satu masa (pembayaran bunga) sehinggalah instrumen itu matang. Cara yang kedua ialah dengan mengeluarkan ekuiti seperti saham biasa iaitu tuntutan terhadap bahagian dalam pendapatan bersih dan aset syarikat tersebut. Ekuiti biasanya membuat pembayaran dividen kepada pemegang-pemegangnya. 29 iii. Pasaran Utama dan Pasaran Kedua. Pasaran Utama adalah pasaran kewangan yang menjalankan urusniaga pengeluaran sekuriti baru yang belum pernah dikeluarkan sebelum ini. Contohnya seperti bon dan saham yang dijual kepada pembeli permulaan oleh badan2 korporat atau kerajaan. Pasaran Kedua ialah pasaran kewangan yang melaksanakan urusniaga sekuriti yang telah pun berada dalam pasaran. Fungsi pasaran ini ialah : a. Memudahkan instrumen kewangan yang dipegang oleh pelabur dijual semula untuk mendapatkan tunai. ia menjadikan instrumen itu lebih mudah tunai dan membuatkannya lebih dikehendaki oleh pelabur. b. Menentukan harga sekuriti syarikat2 yang mengeluarkan dalam pasaran utama. Manamana firma atau individu yang membeli sekuriti dalam pasaran utama sanggup membayar harga sekuriti tersebut kepada badan korporat yang mengeluarkannya, berdasarkan anggapan mereka terhadap harga yang akan ditentukan dalam pasaran kedua. 30

28 29

Jabatan Ekonomi (1984), Wang Dan Urusan Bank Di Malaysia, Bank Negara Malaysia: Kuala Lumpur, hal 359 Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hal 36. 30 Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hal 36-37.

19

v.

Pasaran Segera dan pasaran Hadapan dan Opsyen.31 Pasaran segera (spot market) adalah pasaran bagi pembelian dan penjualan instrumen

kewangan untuk penyerahan segera (immediate delivery). Pasaran Hadapan pula direka bentuk untuk menjalankan perniagaan instrumen kewangan bagi penyerahan pada masa hadapan. Sebab utama wujudnya pasaran hadapan ialah untuk tujuan perlindungan nilai, iaitu tindakan menyelaraskan pembelian dan penjualan sesuatu komoditi atau tuntutan kewangan bagi melindungi daripada risiko turn naik harga pada masa hadapan. Pasaran Opsyen pula menawarkan kepada pelabur peluang untuk mengurangkan risiko dalam pasaran wang dan modal. Pasaran ini memungkinkan perniagaan opsyen dilaksanakan pada saham-saham dan bon yang terpilih dan ia sebenarnya merupakan satu kontrak yang memberikan pelabur, membeli atau menjual sesuatu sekuriti itu kepada penulis opsyen mengikut harga yang dijamin pada sesuatu masa sepanjang tempoh kontrak tersebut. Pada asasnya terdapat dua bentuk opsyen, iaitu : i. Call Options - iaitu memberikan hak kepada pembeli kontrak, tetapi tidak menjadi obligasi kepadanya, untuk membeli kontrak hadapan atau sekuriti tersebut pada harga yang telah ditetapkan atau dikenali dengan "Strike Price" ii. Put Options - membenar pembeli kontrak mendapatkan hak, tetapi bukanlah menjadi obligasi kepadanya, untuk menjual hadapan atau sekuriti tersebut kepada penulis opsyen pada harga yang ditetapkan pada atau sebelum luputnya tarikh opsyen.

31

Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hal 37.

20

4.2.3 Institusi kewangan. Institusi kewangan ialah institusi yang mencipta dan memperniagakan instrumen-instrumen kewangan di samping memudahkan aliran sumber-sumber antara peserta-peserta pasaran.

Dalam melaksanakan peranannya sebagai pencipta dan peniaga instrumen kewangan, institusi kewangan merupakan peserta yang penting dalam pasaran kewangan dan melaksanakan pelbagai fungsi utama dalam sistem kewangan. Fungsi yang terpenting sekali ialah bertindak sebagai pengantara kewangan. Pengantara kewangan memudahkan proses penyaluran dana tabungan untuk pelaburan iaitu proses pertukaran tabungan daripada unit lebihan dalam sesebuah ekonomi dengan obligasi kewangan daripada unit kurangan. Dengan kata lain, institusi kewangan itu ialah firma perniagaan yang aset utamanya adalah aset-aset kewangan atau tuntutan-tuntutan (seperti saham, bon dan pinjaman) dan bukannya aset nyata (seperti bangunan, peralatan dan bahan mentah).32 Antara institusi-institusi kewangan yang terdapat di Malaysia, ialah :1. Bank-bank perdagangan Bank-bank perdagangan adalah kumpulan institusi terbesar dan terpenting di Malaysia. Kepentingan mereka terutamanya adalah hasil dari penyediaan kemudahan-kemudahan akaun semasa mereka. Bersama-sama Bank Negara Malaysia, mereka bertanggungjawab kepada kelicinan fungsi mekanisme pembayaran di negara ini. Fungsi-fungsi bank- bank perdagangan ini telah membolehkan mereka menggerakkan kumpulan-kumpulan wang yang tidak digunakan serta tabungan-tabungan sektor swasta dan menyalurkan sumber-sumber ini dengan berkesan untuk digunakan dalam pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan. Pada masa ini, simpanan dengan bank-bank perdagangan merupakan kira-kira 75 peratus daripada jumlah simpanan yang disimpan dalam sistem kewangan dan hampir 65 peratus daripada jumlah kredit tersebut yang diberikan kepada sektor swasta. 33

32

Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hal 38. 33 Jabatan Ekonomi (1984), Wang Dan Urusan Bank Di Malaysia, Bank Negara Malaysia: Kuala Lumpur, hal 157.

21

2. Syarikat-syarikat kewangan. Syarikat-syarikat kewangan yang dilesenkan di bawah akta syarikat kewangan 1969 adalah kumpulan institusi kewangan pengumpul simpanan yang kedua terbesar di Malaysia. Mengikut sejarah, syarikat-syarikat kewangan ditubuhkan awal tahun 1960an sebagai syarikat berhad yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan pemberian pinjaman wang. Di dalam menjalankan kegiatan-kegiatan ini, mereka cenderung untuk melengkapkan urusan-urusan kredit bank-bank perdagangan yang terikat dengan pinjaman-pinjaman dendan pelanggan di mana bank-bank perdagangan boleh menawarkan kepada mereka kemudahankemudahan akaun semasa dan overdraf di samping perkhidmatan-perkhidmatan kewangan yang lain. 34 3. Bank-bank saudagar. Kemunculan bank-bank saudagar di dalam sistem kewangan pada awal tahun 1970an adalah serentak dengan pelaksanaan Rancangan MalaysiaKedua ( 1971-1975) bagi memenuhi dua matlamat negara iaitu menghapuskan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Di dalam konteks ini, pengenalan urusan bank sudagar adalah tepat pada masanya untuk memenuhi kekurangan yang ternyata dalam perkhidmatan-perkhidmatan kewangan bagi ekonomi dalam negeri. Untuk membolehkan bank-bank saudagar melengkapkan dan menambahkan kegiatankegiatan yang disediakan oleh institusi-institusi kewangan yang sedia ada, syarikat. 35 4. Kumpulan Wang Simpanan, Pencen dan Insurans. Kumpulan Wang Simpanan, Pencen dan Insurans adalah satu kumpulan skim pembiayaan yang dibentuk bagi menyediakan ahli-ahli (dan tanggungan-tanggung mereka) dengan langkah keselamatan sosial dalam bentuk faedah-faedah persaraan, perubatan, kematian, atau ketidakupayaan. Beberapa bentuk Kumpulan Wang Simpanan, Pencen dan Insurans menjalankan urusan di Malaysia, seperti skim kesihatan dan perubatan, insurans pampasan wajib pekerja, mereka telah dibenarkan bergiat dalam urusan bank borong dan bertindak sebagai penasihat dan pembiaya

34 35

Jabatan Ekonomi (1984), Wang Dan Urusan Bank Di Malaysia, Bank Negara Malaysia: Kuala Lumpur, hal 199. Jabatan Ekonomi (1984), Wang Dan Urusan Bank Di Malaysia, Bank Negara Malaysia: Kuala Lumpur, hal 217.

22

Kumpulan Wang Simpanan dan Pencen awam dan skim-skim simpanan, pencen dan insurans nyawa swasta. Pada amalannya, semua majikan termasuklah kerajaan dikehendaki memilih bentuk skim keselamatan sosial bagi melindungi kebajikan-kebajikan pekerja mereka. Kumpulan Wang Simpanan, Pencen dan Insurans yang merupakan pengantara kewangan adalah disebabkan mereka ialah kumpulan-kumpulan wang yang ditubuhkan secara berasingan atau skim-skim insurans yang diuruskan oleh lembaga pemegang amanah. Mereka mempunyai sumber pembiayaan mereka sendiri melalui caruman ahli dan majikan mereka. Mereka menggerakkan kumpulan wang pelaburan dan juga menyimpan portfolio pelaburan di mana daripadanya tuntutan-tuntutan dari ahli-ahlinya dapat dipenuhi. 36 5. Institusi- institusi tabungan. Di samping bank-bank perdagangan dan syarikat-syarikat kewangan yang merupakan dua kumpulan institusi pengumpul simpanan yang terbesar di negara ini, terdapat juga institusiinstitusi tabungan yang lain yang mana fungsi utamanya ialah untuk menggalak dan menggerakkan tabungan di kalangan kumpulan-kumpulan yang berpendapatan sederhana dan rendah terutamanya mereka yang berada di kawasan luar bandar. Institusi-institusi tabungan yang utama di Malaysia ialah Bank Simpanan Nasional yang telah ditubuhkan melalui penyusunan semula sistem yang dahulu dikenali sebagai Bank Simpanan Pejabat Pos. dan kumpulan koperasi yang mengumpulkan tabungan orang-perseorangan melalui daya usaha mereka sendiri.37

36 37

Jabatan Ekonomi (1984), Wang Dan Urusan Bank Di Malaysia, Bank Negara Malaysia: Kuala Lumpur, hal 257. Jabatan Ekonomi (1984), Wang Dan Urusan Bank Di Malaysia, Bank Negara Malaysia: Kuala Lumpur, hal 285.

23

5.0 Hubungan Sistem Kewangan Dengan Sesebuah Sistem Ekonomi. 5.1 Bentuk perhubungan sesama manusia.
Sistem ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan sistem kewangan negara tersebut. Ini kerana kedua-dua sistem ini merupakan satu bentuk perhubungan manusia, bentuk perhubungan manusia ini di bawah skop muamalah yang mana ia meliputi sistem politik , sistem ekonomi, sistem sosial dan sebagainya. Setiap jenis sistem ini pula mempunyai beberapa sistem kecil di bawahnya dan sistem kewangan merupakan salah satu sistem yang terdapat dia bawah sistem ekonomi. Sistem kewangan merupakan sebahagian daripada sistem ekonomi dan ia tidak boleh digambarkan atau dipisahkan daripada sistem ekonomi. Gambaran hubungan ini dapat dilihat dengan jelas sebagaimana gambar rajah di bawah. 38

5.2 Pengantara antara unit ekonomi lebihan dan unit ekonomi kurangan.

Unit- unit ekonomi sama ada sektor isi rumah, sektor firma ataupun sektor kerajaan ada kalanya membuat perbelanjaan melebihi daripada pendapatan yang diperolehinya dan ada kalanya berkurangan. Sekiranya unit tersebut berbelanja kurang daripada pendapatannya, ia
38

Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hal 25.

24

dikenali sebagai unit ekonomi lebihan. Lebihan pendapatan setelah ditolak perbelanjaan bagi sesuatu jangka masa dikatakan sebagai tabungan isi rumah, sebagai pendapatan tertahan bagi sektor firma dan sebagai belanjawan lebihan bagi sektor kerajaan. Begitulah sebaliknya jika terdapat unit-unit ekonomi yang membuat perbelanjaan yang melebihi daripada pendapatan yang diperolehi dan ini dinamakan unit ekonomi kurangan.

Tambahan pula, sistem kewangan sebenarnya ialah berkenaan dengan lebihan dan unit kurangan. Fungsi sistem ini adalah untuk menerima segala lebihan daripada unit ekonomi lebihan dan meminjamkannya kepada unit kurangan yang ingin meminjam. Oleh itu, sistem kewangan merupakan saluran di mana tabungan bagi unit lebihan mengalir kepada unit kurangan yang menghendaki pinjaman.

Sistem kewangan yang mana kerangkanya merangkumi instrumen, institusi dan juga pasaran, memudahkan dana-dana tabungan daripada unit lebihan disalurkan kepada unit kurangan dengan menukarkan instrumen kewangan iaitu janji untuk membuat pembayaran pada masa hadapan, dengan dana tabungan yang dipinjamkan. Pertukaran ini dilakukan dengan cekap dalam pasaran kewangan. Institusi kewangan memainkan peranan penting dalam proses tersebut dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengantara antara si penghutang dengan si pemiutang. 39

5.3 Aliran pusingan antara aliran pembayaran dan pengeluaran.

Mana-mana sistem ekonomi mestilah menggembleng semua input yang ada bagi mengeluarkan sesuatu output. Oleh yang demikian, sesebuah ekonomi itu sebenarnya menjana aliran pengeluaran (flow of production) sebagai timbal balas kepada aliran pembayaran ( flow of payments). Aliran pengeluaran dan pembayaran ini dalam sesebuah sistem ekonomi boleh digambarkan sebagai aliran pusingan (circular flow) yang mana berfungsi sebagai unit yang mengeluarkan dengan unit yang menggunakan.

39

Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hal 29-30.

25

Sektor isi rumah menyediakan perkhidmatan buruh, kemahiran pengurusan dan sumbersumber asli kepada sektor firma dan kerajaan. Sebagai balasan atau tukaran, sektor isi rumah mendapat pendapatan dalam bentuk upah dan lain-lain pembayaran. Sebahagian besar

perbelanjaan ini dibelanjakan bagi membeli barangan dan perkhidmatan yang diperlukan dalam bentuk perbelanjaan penggunaan dan sebahagian lagi disimpan dalam bentuk tabungan demi mementingkan penggunaan masa hadapan.

Wujudnya tabungan dalam sistem ekonomi adalah memberi peluang kepada sektor firma untuk mengembangkan lagi perusahaannya dengan membuat pinjaman daripada sektor isi rumah ataupun menawarkan saham pemilikan dalam firma. Dana yang diperolehi daripada tabungan tadi akan dibuat pelaburan oleh firma dan seterusnya akan menambahkan lagi pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Hasil pulangan daripada pelaburan dana tersebut akan diberikan kepada sektor isi rumah sama ada dalam bentuk bunga bagi kes pinjaman ataupun dividen dalam kes pemilikan saham.40 Aliran pertukaran dalam sesebuah sistem ekonomi dan perhubungannya dengan sistem kewangan dapat dilihat dalam gambar rajah yang disertakan di bawah.

40

Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hal 27-28.

26

5.4 Penentu prestasi ekonomi. Selain itu, sektor kewangan akan terus menjadi penentu prestasi ekonomi yang penting. Perkembangan sektor kewangan setakat ini seiring dengan perubahan profil ekonomi dalam negeri. Pertumbuhan perdagangan antarabangsa dan aktiviti luar sempadan telah menghasilkan peningkatan dalam kemudahan pembiayaan dagangan dan perbankan antarabangsa. Sementara institusi pembiayaan pembangunan ditubuhkan bagi memenuhi permintaan sektor keutamaan yang dikenal pasti. Keperluan bagi dana jangka panjang daripada sumber dalam negeri oleh syarikat korporat besar yang berdaya saing dari segi kos telah membantu membangunkan pasaran modal tempatan. 41

Dengan proses peralihan ekonomi yang berlaku secara beransur-ansur dan peluang ekonomi yang masih belum terbuka luas dalam melangkah ke hadapan. Objektif jangka panjang bagi sektor kewangan dalam negeri yang digariskan telah mengambil kira keperluan yang dijangkakan bagi ekonomi. Ia juga menekankan bahawa matlamat sektor kewangan bagi sesebuah ekonomi yang sedang membangun seperti Malaysiatidak semestinya sama dengan sistem lain yang bertujuan untuk membangun sebagai sebuah pusat kewangan antarabangsa .

Dalam sesebuah ekonomi (negara) yang sedang membangun, sistem kewangan mempunyai peranan penting dalam memudahkan proses pertumbuhan dan ia tidak boleh dibangunkan tanpa mengambil kira keperluan sektor benar. Pertimbangan juga diberikan kepada kedua-dua matlamat iaitu keberkesanan dan kestabilan serta agenda sosial. Institusi kewangan perlu proaktif dalam menyediakan perkhidmatan kepada industri dan perniagaan baru serta menyokong struktur ekonomi yang lebih pelbagai.

5.5 Pendokong kepada kestabilan ekonomi negara.

Seterusnya, sistem kewangan menjadi pendokong utama kepada kestabilan ekonomi negara dengan mengawal perbelanjaan dan pendapatan negara. Ia merupakan faktor terbesar dalam pertumbuhan ekonomi negara. Krisis yang terdapat dalam sistem kewangan akan membawa impak yang besar kepada kadar pertumbuhan ekonomi negara. Pertumbuhan dalam kewangan
41

http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/0102/Bab8.pdf

27

(sistem perbankan dan pasaran saham) dalam hubungan jangka panjang akan membawa kesan positif kepada ekonomi negara. Sistem kewangan memudahkan proses penyaluran antara unit lebihan dan kurangan dalam membantu ekonomi mencapai potensi sepenuhnya melalui penggunaan yang paling cekap dan berkesan bagi semua sumber yang ada. Menurut Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Sistem kewangan Malaysia kini mendapat manfaat besar daripada pelaburan Jepun

menerusi pindahan kepakaran, pengetahuan, teknologi dan hubungan antara ekonomi yang diperkukuh. Menurutnya lagi, Beliau berkata Malaysia menyambut baik penyertaan berterusan institusi kewangan Jepun dalam sektor kewangan domestik dan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa. 5.6 Faedah - faedah lain. Sistem kewangan Malaysia telah mendapat faedah daripada pelaburan Jepun menerusi kepakaran, pengetahuan dan teknologi serta peluasan antara hubungan ekonomi. "Pembukaan Bank of Tokyo Mitsubishi bukan sahaja menggambarkan peluasan sistem kewangan di negara ini, tetapi turut dipacu oleh kestabilan fundamental ekonomi dalam keadaan yang mencabar ini.
42

Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia(BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, fleksibiliti

ekonomi dan sistem kewangan kukuh juga telah menyokong permintaan domestik yang kekal kukuh dan peningkatan hubungan di kalangan ekonomi-ekonomi baru yang muncul di rantau ini seterusnya membantu ekonomi Malaysia kekal stabil. Selain itu, sistem pembayaran merupakan komponen penting dalam ekonomi dan infrastruktur kewangan sesebuah negara. Sistem ini memainkan peranan yang penting dari segi memudahkan edaran wang dalam ekonomi, dan membantu pengendalian perniagaan, perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain. Oleh itu, kewujudan sistem pembayaran yang memudahkan pergerakan dana yang cekap amat penting bagi pembangunan kewangan dan pertumbuhan ekonomi negara. Tambahan pula, kekangan sektor kewangan di Negara Kurang Maju cenderung melambatkan pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam
42

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sistem-kewangan-malaysia-dapat-manfaat-besar-daripada-pelaburanjepun-kata-zeti-1.66226

28

negara, liberalisasi sektor kewangan adalah diperlukan. Komponen dalam liberalisasi sektor kewangan termasuklah membatalkan kawal selia kadar faedah, menghapuskan kawalan kredit yang terpilih serta menggalakkan persaingan bebas dalam sektor perbankan. Dengan pandangan lain, Lucas (1988) percaya bahawa peranan pembangunan kewangan dalam proses pertumbuhan ekonomi telah dilebih-nyatakan dan baginya pembangunan kewangan tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa panjang. Di samping itu, terdapat juga ramalan yang bercanggah tentang kesan-kesan yang berasingan antara pasaran saham dan sektor perbankan ke atas pertumbuhan ekonomi.

29

6.0 PENUTUP

Dengan adanya kaitan perhubungan antara sistem kewangan dan sistem ekonomi, maka sesebuah negara itu akan dapat mengukuhkan kestabilan ekonominya. Seperti yang diketahui, sistem ekonomi merangkumi semua sistem termasuklah salah satunya adalah sistem kewangan. Pendorong utama pembangunan sistem kewangan ialah Bank Negara Malaysia. Ia adalah sejajar dengan matlamat utama ekonomi Malaysia yang mana untuk menggalakkan kestabilan kewangan dan struktur kewangan yang baik. Ia juga merupakan sebahagian daripada pelbagai matlamat dasar negara iaitu untuk menggalakkan pertumbuhan yang kekal dalam keluaran, gunatenaga, pelaburan dan penggunaan. Pada amnya, kedudukan sistem dan dasar kewangan pada sesuatu masa tertentu adalah dengan mencerminkan tindak balas bank negara Malaysia terhadap keseluruhan kedudukan ekonomi negara pada masa itu. dasar kewangan negara menjadi pengaruh perluasan yang kuat bagi mendorong pemulihan ekonomi dan untuk mengelakkan ancaman kemerosotan ekonomi. Secara kesimpulannya, sistem kewangan perlu memainkan peranan dalam mengurus komponen-komponennya yang terdiri daripada instrumen, pasaran dan institusi kewangan.

Ketiga-tiga komponen ini penting untuk memastikan struktur sistem kewangan beroperasi dengan berkesan bagi mencapai matlamat dasar ekonomi dan kewangan negara.

30

RUJUKAN
Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Jabatan Ekonomi (1984), Wang Dan Urusan Bank Di Malaysia, Bank Negara Malaysia: Kuala Lumpur. Prof.Madya Dr.Asan Ali Golam Hassan, Makroekonomi Semester II Sesi 2007/08, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia. Syed Mohd Ghazali Wafa, Hj Muhammad Nasri, Mohd Hizam Hanafiah (2005) , Pengantar Perniagaan Islam, Prentice Hall : Pearson Malaysia Sdn Bhd, Website : http://staf.uum.edu.my/aali/makro-nota-3.pdf Website:http://staff.uny.ac.id/sites/default/files/pendidikan/Tejo%20Nurseto,%20M.Pd./BAB% 20II_sistem%20ekonomi.pdf Website : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sistem-kewangan-malaysia-dapat-manfaatbesar-daripada-pelaburan-jepun-kata-zeti-1.66226 Website : http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/0102/Bab8.pdf Website:https://sites.google.com/site/khazalii/ddw3253konsepsistemkewanganislam Website : http://niey21.wordpress.com/2009/01/23/masalah-asas-ekonomi/ Website : http://tunteddy.blogspot.com/2009/05/memahami-maksud-sebenar-pasaranekonomi.html Website : http://www.sarjanaku.com/2011/03/sistem-ekonomi.html

31