Anda di halaman 1dari 4

RPH PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4 Kelas: 4 Amanah

Masa: 6:50 7:50 Pagi Nilai Utama: Kejujuran Nilai Sampingan: Kerjasama, berdisiplin, bertanggungjawab Tajuk: Saya dan jiran saya Standard Kandungan: Mengamalkan sikap jujur dalam perhubungan dengan jiran Standard Pembelajaran: 10.1.1, 10.1.3, 10.1.4 Objektif Pembelajaran (OP) : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat Kognitif: Afektif: Psikomotor: EMK: BBM: Penilaian: Menyenaraikan sikap jujur dalam perhubungan dengan jiran Menghuraikan perasaan apabila bersikap jujur terhadap jiran Berkelakuan jujur terhadap jiran Keusahawanan, TMK Komputer riba, lcd projector Pelaksanaan DSKP

Langkah Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran: LANGKAH / MASA SET INDUKSI (5 minit) AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN - Guru menunjukkan video sebuah cerita, Pemotong Kayu yang Jujur. - Guru bersoal jawab dengan murid. Contoh Soalan: 1. Apakah nilai yang diamalkan di dalam video tersebut? LANGKAH 1 (10 minit) - Guru menjana idea dengan meminta murid bercerita berdasarkan tayangan video tersebut. - Guru menjelaskan nilai kejujuran. Contoh Aktiviti - Guru menjana idea dengan meminta murid memberi pendapat tentang nilai-nilai dalam cerita tersebut dengan menggunakan thinking tool (Bubble Map). BBM: VIDEO/LCD EMK: TMK/EK5 OP: K CATATAN BBM: VIDEO/LCD EMK: TMK/EK5 OP: K

LANGKAH 2 (15 minit)

-Guru mempaparkan teks cerita dan murid diminta membaca teks tersebut. Contoh Aktiviti: - Guru menggunakan thinking tool (Flow Map) untuk memastikan kefahaman murid terhadap cerita tersebut. - Perbincangan kelas dijalankan dengan mengaitkan aktiviti-aktiviti di kawasan perumahan dan kepentingan bersikap jujur

BBM: VIDEO/LCD EMK: TMK/EK5 OP: K

LANGKAH 3 (25 minit)

- Dalam kumpulan, murid berbincang pengalaman mereka dengan jiran yang berkaitan kejujuran di kawasan perumahan mereka. Contoh Aktiviti - Murid menghuraikan perasaan dan tindakan susulan berdasarkan pengalaman-pengalaman tersebut melalui pembentangan - Murid menjelaskan kepentingan bersikap kejujuran secara lisan. Kognitif: Guru dan murid membuat rumusan aktiviti dan soal jawab tentang nilai yang telah dipelajari pada hari ini. Sosial: nasihat

BBM: Kad Manila, Pen Marker OP: A / P (Penerapan nilainilai murni dan perasaan)

PENUTUP/RUMUSAN (5 minit)

LAMPIRAN

Contoh teks petikan: Pemotong Kayu Yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi, pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya. Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.

Tiba-tiba genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu termasuk kedalam sungai yang dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki. Hendak terjun mencari takut disambar arus, merataplah ia mengenangkan nasib.

Maka bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut lalu turunlah ia bertanya, "Wahai orang tua. Kenapa bersedih hati?"

Dengan nada perasaan takut dan terkejut, orang tua tersebut menceritakan apa yang berlaku.

"Baiklah, akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam." Lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai. Selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa. Dengan sedih, jawab situa, "Bukan. Ini bukan kepunyaan hamba. Tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini."

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu, giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujurannya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.

Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat.