Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

Perkataan kaunseling atau Caunseling berasal daripada kata Latin iaitu Cousilium
bermaksud dengan bersama, ambil-menerima atau memahami. Maksud kaunseling ialah
satu proses diantara dua individu. Seorang yang bermasalah(klien) dan seorang yang
terlatih (kaunselor), berpengalaman dan menolong klien untuk memahami dan
menyelesaikan masalah melalui perbincangan, alternatif serta perancangan agar klien
dapat menganalisa serta menilai sesuatu masalah dari perspektif yang rasional dan
berupaya baginya memebuat tindakan yang wajar serta bertanggungjawab atas keputusan
yang diambil.
Manusia sejak dari bayi lagi telah mempunyai desakan-desakan psikologi dan
biologi melalui deria-deria sentuhan, cahaya, rasa dan sebagainya kerana manusia adalah
satu organisma yang hidup. Manusia berkembang daripada kanak-kanak sehingga dewasa
menerusi kematangan dan proses pembelajaran daripada kanak-kanak sehingga dewasa
menerusi kematangan dan proses pembelajaran dari satu peringkat ke peringkat yang lain.
Bagi tiap-tiap peringkat individu mestilah menyesuaikan diri dengan orang lain dan
persekitaran menerusi proses penyesuaian. Penyesuaian ini tidak tidak dapat dielakkan
kerana sejak dari kanak-kanak lagi manusia terpaksa belajar berjalan, bercakap dan
sebagainya juga belajar supaya supaya dapat membezakan antara yang baik dan buruk
segala yang dipelajari mana-mana yang disukai diterima dan mana yang tidak dibuang
atau tidak diperbaharui mengikut keupayaan dan kesanggupan diri sendiri. Maka satu
proses perkembangan telah berkau mengikut penyesuaian yang lebih baik dengan
mengorientasikan ke arah matlamat iaitu keputusan rasa hati melalui perasaan dan
perbuatan dengan rasa penuh dengan kesempurnaan atau idea.

1
KAUNSELING UNTUK REMAJA

Remaja dalam bahasa Inggeris ‘adolescence’ atau bahasa Latin ‘adolescere’ yang
bermaksud membesar atau membesar menjadi matang. (Rogers,1981). Ini bermakna
zaman remaja itu suatu proses dan bukannya suatu jangkamasa. Proses yang
dimaksudkan ini ialah proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang
diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat. Ia boleh juga
didefinisikan sebagai satu pergerakan.
Remaja juga didefinisikan sebagai satu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep
yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap hidup.
Secara tipikalnya, zaman remaja dilihat sebagai satu zaman yang dimulai dengan akil
baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia merupakan satu zaman peralihan
atau transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman remaja.
Persoalan yang sering ditanya oleh remaja ialah ‘siapakah saya?’-iaitu satu
persoalan yang berkait dengan percarian identiti. Identiti bermaksud apa yang
membuatkan seseorang itu berbeza dengan orang lain. Antara persoalan-persoalan lain
yang perlu dijawab oleh remaja ialah ‘Bagaimanakah harus saya jalani hidup saya?’,
‘Apakah bidang kerja yang sesuai dengan saya?’, Bagaimanakah cara yang terbaik untuk
membuat keputusan?’ dan ‘ Kepercayaan dan nilai yang mana satu harus saya ikuti?’.
Bagi menjawab segala persoalan tersebut bukanlah mudah, kadang-kadang dalam
proses tersebut remaja dihantui oleh lingkaran-lingkaran tekanan dan konflik emosi.
Bukan sahaja di pihak remaja, ibu bapa juga sering pening kepala dengan karenah remaja
mereka.

2
TEORI-TEORI REMAJA

Kita sudah sedia maklum bahawa zaman remaja, perubahan-perubahan biologi


berlaku dengan amat pesat. Walaubagaimanapun, kita tidak pasti tentang setahap mana
pentingnya atau sekuat mana pengaruh biologi terhadap perkembangan aspek-aspek lain
bagi remaja. Ahli-ahli psikologi yang berpegang kepada teori ini percaya bahawa faktor
yang berperanan dalam mempengaruhi perkembangan ramaja.
Stenley Hall (1904) berpendapat perkembangan seseorang individu ditentukan
oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan tenaga genetik dan bukannya persekitaran.
Beliau mengatakan bahawa zaman remaja adalah zaman “ storm and stress”. Haru biru
yang wujud di zaman ini katanya adalah hasil daripada perubahan-perubahan hormon
fizikal oleh remaja yang kemudiannya menghasilkan tekanan-tekanan emosi yang dan
konflik psikologi. Dengan kata-kata lain “ storm and stress” remaja ini bersifat biologikal
yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku semasa baligh yang tidak dapat
dielakkan. Mencapai akli baligh merupakan masa apabila emosi menjadi tidak stabil dan
tergugat. Hall percaya hasil daripada tekanan-tekanan dan perubahan-perubahan tersebut,
remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan bermoral. Apa yang harus kita
buat ialah berusaha mengendalikan keberantakan hormon remaja tadi. Walau
bagaimanapun pendapat Hall kurang diterima kerana kita dapati ramai juga remaja
mengelak daripada mengalami “strom and stress”.

Pendapat Margaret Mead.


Mead (1968) berpendapat zaman remaja ialah satu transisi zaman kanak-kanak ke
zaman dewasa yang perlahan dan tenang. Remaja tidak akan mengalami sebarang konflik
sekiranya masyarakat sekeliling membenarkan remaja tersebut melihat bagaimana bayi
dilahirkan, menganggap kematian sebagai satu keadaan semula jadi, dibenarkan membuat
kerja-kerja yang penting, menunjukkan tingkah laku yang asertif dan dominan dan tahu
apa yang dijangkakan oleh seorang dewasa. Mead membuat kenyataan ini berdasarkan
pemerhatiannya ke atas masyarakat Samoa. Oleh kerana inilah juga beliau dikritik kerana
sebenarnya remaja Samoa juga mengalami tekanan emosi. Namun pendapat Mead
diterima luas.

3
TEORI ORGANISMIK

Ahli-ahli psikologi yang berpegang kepada teori ini juga menekankan soal
perubahan-perubahan biologi yang berlaku semasa remaja. Walaubagaimanapun, ahli-ahli
teori ini turut mengakui kepentingan faktor-faktor persekitaran yang sama-sama
berinteraksi dengan faktor-faktor biologi.

Pendapat Anna Freud

Anna Freud menekankan soal libido yang cuba mengancam dan menggugat
keseimbangan yang telah dicapai antara ego dan id. Ini menyebabkan ego membentuk
mekanisma pertahanan diri yang terdiri daripada intelektualisasi dan asetisima.
Intelektualisasi bermaksud menterjemahkan impuls-impuls seksual kepada
pemikiran-pemikiran abstrak. Keadaan ini dapat dilihat pada remaja apabila mereka suka
berdebat tentang agama, politik, hak-hak seseorang individu dan tentang makna
kehidupan.
Asetisisma pula bermaksud penafian-kendiri. Oleh kerana remaja bimbang tidak
dapat mengawal impuls-impuls itu kepada tingkah laku mencapai keseronokan yang lebih
ringan seperti banyak makan, berpakaian yang aneh-aneh dan sebagainya.
Anna Freud mengatakan bahawa zaman remaja adalah satu tempoh masa
ketidakseimbangan psikik, penuh dengan konflik emosi dan tingkah laku tidak menentu.
Kadang-kadang remaja bersifat egoistik dan pusat-kendiri dan mereka percaya semua
orang memerhatikan mereka. Kadang-kadang pula mereka lupa pada kehendak diri dan
terlalu prihatin dengan orang lain. Mereka kadang-kadang ingin bersama dengan orang
lain tetapi pada masa yang lain pula ingin bersendirian. Mereka bukan sahaja
materialistik tetapi juga pentingkan diri sendiri. Walaubagaimanapun kadang-kadang
mereka jadi idealistik. Pendek kata, Anna Freud berpendapat remaja mengalami keadaan
tidak menentu, ada turun naik, sekejap begitu yakin pada diri, tetapi pada masa lain amat
ragu-ragu dengan tingkah laku mereka.

4
Pendapat Erikson
Erikson (1950, 1959) berpendapat tugas utama remaja ialah menyelesaikan
konflik antara identiti dan keliru identit. Remaja hendaklah menjadi orang dewasa yang
unik dan menjadi individu matang yang mempunyai peranan yang tertentu. Demi
pembentukan identiti, ego remaja hendaklah boleh menyusun kemahiran dan keperluan
dan kehendak serta menyesuaikan segala-galanya dengan kehendak masyarakat. Identiti
mempunyai banyak komponen dan antara komponen-komponen itu ialah ciri-ciri seksual,
sosial, fizikal, psikologikal, moral, ideologikal dan kerjaya yang kesemuanya apabila
disatukan akan menjadi diri yang total (Grotevant dan Thorbecke, 1982; Waterman,
1982). Oleh itu, seseorang remaja akan dikenal pasti melalui ciri-ciri fizikalnya, rupa
parasnya, binaan tubuh badannya, peranannya, kemahiran berinteraksi, pencapaian,
keahlian dalam kumpulan, pilihan kerjaya, fahaman politik, pegangan agama, nilai,
moral, kepercayaan, falsafah hidup dan identiti etnik, personaliti, penyesuaian dan
kesihatan mentalnya ( Phinney dan Alipura, 1990; Adams, 1977), remaja yang menerima
diri dan mempunyai identiti diri yang positif akan lebih cenderung mempunyai kesihatan
mental yang lebih baik (Goldman, Rosenzweig dan Lugger, 1980).
Pencarian identiti adalah satu proses yang memakan masa sejak dari kecil
hinggalah ke zaman tau tetapi pencarian ini paling menonjol di zaman remaja. Salah satu
aspek yang paling penting dalam pencarian identiti ialah pemilihan kerjaya. Jika semasa
kanak-kanak seseorang individu itu memperolehi beberapa kemahiran yang diperlukan
tetapi semasa remaja tugasnya ialah mencari cara-cara yang terbaik untuk menggunakan
kemahiran-kemahiran tersebut. Erikson berpendapat pada masa inilah remaja mengalami
keliru identiti atau peranan dan mula memikirkan tentang apakah peranannya di dalam
masyarakat. Erikson memperkenalkan satu istilah yang dikenali sebagai moraltorium
sosial yang bermaksud satu tempoh masa antara zaman kanak-kanak dan dewasa kerana
seseorang individu bebas menguji sesuatu keadaan dan berusaha mencari identiti dan
peranan yang diterima masyarakat. Seseorang individu itu akan menganalisa dan menguji
pelbagai peranan demi memperoleh identiti dan peranan kendiri. Erikson berpendapat
jangka masa dan darjah seseorang remaja mengalami moratorium adalah berbeza antara
satu sama lain. Walaubagaimanapun, kata Erikson keliru identiti pasti dialami oleh
remaja walaupun sedikit dan ini adalah sesuatu yang normal.

5
Salah satu bentuk penahanan diri berdasarkan keliru identiti ialah gemar
berkelompok (clique) dan sifat tidak boleh bertolak-ansur dengan orang lain. Sebab itulah
remaja sering bertelagah dengan orang-orang yang berautoriti. Remaja juga kadang-
kadang menunjukkan keadaan kelirunya tadi dengan cara tingkah laku yang tidak boleh
diterima.pada masa yang sama juga ada remaja yang cuba mencari sesuatu yang boleh ia
ceburi, misalnya ada di kalangan mereka yang suka berkelempok, terlalu ikut-ikutkan
fesyen, amalan-amalan tertentu dan sebagainya. Setakat mana remaja tersebut boleh setia
dengan amalannya itu akan menentukan keupayannya untuk menyelesaikan krisis
identitinya. Kegagalan untuk mencapai identiti akan juga menyebabkan seseorang remaja
itu ragu-ragu dengan kebolehan diri, keliru peranan dan ini semua akan membawa akibat
psikologi yang lebih teruk pada masa hadapan.
Jika seseorang remaja berjaya menyelesaikan krisis identiti tadi, ia akan menjadi
orang yang setia dan taat dan ia juga akan mempunyai rasa kepunyaan terhadap rakan-
rakannya, terhadap nilai-nilai, idelogi, agama atau bangsa tertentu. Identifikasi-kendiri
terbina apabila remaja telah dapat memilih sendiri nilai-nilai dan orang-orang yang ia
akan setia dan taat dan bukannya pemilihan itu datang daripada ibu bapanya atau orang-
orang lain.
Kasih sayang merupakan salah satu lagi cara untuk mencapai identiti. Dengan
cara membina hubungan yang rapat, berkongsi minat, fikiran dan perasaan dengan orang
lain, remaja akan dapat melihat identitinya yang tergambar pada orang disayanginya tadi.

Pendapat Havinghurst (1972)


Teori psikososial - perkembangan remaja berasas tuntutan masyarakat ke atas
individu tugas perkembangan:- pengetahuan, sikap, fungsi dan kemahiran yang perlu
diperolehi melalui kematangan fizikal atas daya usaha sendiri dan jangkaan sosial. Jika
individu berjaya ia dapat membuat penyesuai yang baik, lebih kuat hadapi masa depan
dan lebih matang. Jika gagal akan terjadi kebimbangan, tiada persetujuan dalam
masyarakat dan tidak boleh berfungsi sebagai individu yang matang.

6
Terdapat lapan tugas perkembangan yang perlu diselesaikan semasa remaja:
• Menerima keadaan fizikal diri dan menggunakan dengan cara
yang berkesan.
• Mencapai kebebasan emosi daripada ibu bapa dan orang dewasa
yang lain.
• Memperoleh peranan yang betul.
• Dapat membentuk hubungan yang lebih matang dengan rakan
sebaya daripada kedua-dua jantina.
• Menerima dan menjadi individu yang bertanggung jawab.
• Memperoleh satu set nilai dan sistem etika yang boleh digunakan
sebagai panduan tingkahlaku.
• Membuat persediaan untuk mempunyai kerjaya.
• Membuat persiapan untuk berkahwin dan mempunyai keluarga
sendiri.

7
KELUARGA BERFUNGSI DAN TIDAK BERFUNGSI, KONFLIK IBUBAPA
REMAJA, HUBUNGAN KONFLIK REMAJA-IBUBAPA DENGAN MASALAH
SOSIAL, CARA MENGATASI KONFLIK.

Remaja dapat membesar dan dibesarkan dalam beberapa situasi. Antara situasi
adalah seperti berikut:
a) Remaja yang mempunyai kedua-dua ibubapa
b) Remaja yang mempunyai ibu atau bapa sahaja
c) Remaja yang mmembesar tanpa ibu atau bapa atau penjaga

• Ahli keluarga yang berada di dalam sebuah rumah akan


berinteraksi dan berfungsi sebagai satu unit keluarga dengan cara
tersendiri.
• Keluarga yang berfungsi adalah keluarga yang seseorang remaja
itu dapat membesar dalam suasana kekeluargaan.
• Fungsi kekeluargaan yang normal akan membentuk mereka
menjadi remaja lazim (conventional) atau remaja biasa yang lain
dalam masyarakat.
• Keluarga yang tidak berfungsi adalah keluarga yang menghadapi
masalah dari segi perlajanan fungsi kekeluargaan ini yang
termasuk juga masalaah dari segi keibu bapaan.
• Keadaan, suasana, sifat dan sebagainya yang terbentuk itu tidak
subur, tidak sihat, tidak selesa dan tidak berjaya untuk
mencorakkan dan membentuk remaja itu kearah yang boleh
menjadikan mereka remaja lazim yang tidak bermasalah.

8
Sifat dan fungsi yang penting dalam perjalanan sesebuah remaja.

Kawalan.
Kawalan adalah suatu fungsi keluarga yang bermula sejak kanak-kanak lagi. Kawalan
merupakan suatu keperluan yang menandakan bahawa ibu bapa bertanggungjawab
terhadap anak-anak dan dapat menjaga keselamatan mereka. Pihak remaja adalah pihak
yang menerima kesan daripada tugas atau perbuatan mengawal ini. Beberapa kawalan
yang dikenalpasti dan dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak remaja ialah:

a) Autokratik
Ibu bapa membuat segala keputusan dan memberi arahan kepada remaja dan
remaja itu menerima arahan tersebut. Mereka tidak diberi peluang untuk bersuara
atau berunding. Interaksi dan komunikasi adalah satu arah dan tindakan yang
diambil tegas dan keras. Tujuannya adalah supaya perkembangan remaja akan
mengikut arah yang dihayati atau yang diinginkan oleh ibu bapa.

b) Permisif dan liberal (cara bebas dan sesuka hati)


Cara permisif dan liberal merupakan cara kawalan yang bebas dan longgar dan
remaja diberi kebebasan. Ibu bapa tidak mengarah dan mengawal atau
mengongkong. Remaja diharapkan dapat memahami sendiri kesusahan dan kesan
yang dirasai.

c) Autokratik tetapi demokratik (cara menegakkan kuasa tetapi demokratik)


Cara ini apabila ibu bapa menunjukkan ketegasan dalam kawalan terutama
terhadap hal yang dinilai akan memberi kesan yang tidak baik tetapi dilakukan
dengan cara musyawarah, berunding dan berkomporomi. Dengan cara ini, ibu
bapa juga berharap mereka akan dihormati dan suasana kekeluargaan akan lebih
selesa kerana fungsi keluarga dditerima dengan senang hati dan semua ahli
gembira dan megah dengan keluarga mereka.

9
d) Tidak menentu
Cara kawalan yang tidak menentu adalah apabila kawalan yang dijalankan oleh
ibubapa tidak kekal.Kadang-kadang ibubapa mengawal dengan cara autokratik
dan menindas, kadang-kadang dengan cara bertegas dan berlembut,kadang-
kadang menggunakan cara demokrasi dan kebebasan.Cara ini sebenarnya
menunjukkan berbagi masalah dalam keluarga itu sendiri.Akibatnya keluarga itu
menjadi keliru,tidak mahu ikut arah keluarga dan cenderung tidak mahu
berorentasikan keluarga mereka sendiri.
e) Keeratan
Keeratan difahamkan sebagai darjah ikatan atau hubungan yang ada pada
keluarga itu.Pada keluarga yang berfunsi baik, ahlinya mempunyai ikatan yang
rapat, perhubungan yang dekat dan perasaan bersatu yang ketat dan tidak mahu
dipisahkan. Jika ibu bapa bertegas, remaja biasanya beranggapan bahawa ibu bapa
tidak rapat dan tidak memberi perhatian.
f) Afek (perasaan kekeluargaan)
Afek yang bermaksud emosi atau perasaan yang wujud di kalangan ahli keluarga
terdapat dua bentuk afek, iaitu:
I. Afek yang positif
Afek yang positif dikatakan wujud dalam keluarga jika perhubungan
kekeluargaan itu mempunyai ciri-ciri yang ada kasih sayang, kemesraan
emosi dan peduli-mempeduli, keserasian, memahami antara satu sama lain
dan mempunyai kepekaan. Disamping itu, ahli keluarga juga perlu
responsive terhadap perasaan dan keperluan ahli keluarga yang lain.

10
II. Afek yang negatif
Afek yang negatif terdapat dalam keluarga itu jika ahli keluarga mempunyai
perasaan dingin, sikap seteru, penolakan dan kebencian sesama mereka,
antaranya:
 Remaja adalah anak yang tidak diingini.
 Ibu bapa yang tidak ekspresif.
 Ibu bapa yang terlalu kecewa dan marah dengan anak remaja
mereka.
 Ibu bapa yang tidak upaya empati dengan anak-anak mereka.
Cara mengatasi konflik
Peranan ibu bapa.
• Ibu bapa seharusnya memahami dan mengetahui alam psikologi remaja
yang sedang membesar.
• Remaja ternyata menghadapi kehidupan kritikal pada peringkat umur 12-
21 tahun. Pada masa itu juga konflik dalaman berlaku demi menentukan
arah hidup mereka.
• Ibu bapa seharusnya lebih banyak meluangkan masa berbincang secara
bersemuka dengan anak-anak mereka dan jangan memperkecilkan
kemampuan dan menolak pemdapat remaja. Remaja sentiasa mahu
dihargai dan dihormati.
• Ibu bapa mesti beruasaha merapatkan jurang pergaulan dan perhubungan
antara satu sama lain.
Peranan remaja.
• Remaja juga harus melakukan sesuatu untuk mengelakkan berlakunya
konflik dengan ibu bapa.
• Setiap masalah yang timbul boleh dibincangkan bersama kerana masalah
yang kecil boleh menjadi masalah yang besar jika tidak diselesaikan
secara rasional.

11
• Remaja harus berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan apabila
berselisih faham dengan ibu bapa.
• Remaja harus berhati-hati apabila mengambil satu keputusan dan
tindakan.
• Mereka harus mendapatkan nasihat daripada guru atau rakan-rakan yang
berpesonaliti positif.

12
MASALAH-MASALAH PSIKOSOSIAL, KATEGORI MASALAH
TINGKAHLAKU, SINDROM TINGKAHLAKU BERMASALAH, TEKANAN
DAN DAYA TINDAK DALAM REMAJA

Kebanyakan remaja dapat melepasi zaman dengan berjaya, ada juga sebilangan yang
mengalami masalah psikologi dan tingkahlaku yang mengugat bukan sahaja hidup remaja
tetapi juga kehidupan orang-orang di sekeliling.
Kita perlu memehami prinsip-prinsip umum masalah psikososial remaja terlebih dahulu.
1. Kita mesti membezakan antara percubaan biasa dengan corak tingkah
laku yang berbahaya atau masalah yang berkekalan.
2. Kita perlu membezakan antara masalah yang dialami oleh remaja dengan
masalah-masalah yang sudah pun bermula sejak zaman kanak-kanak.
3. Kita harus ingat bahawa sesetengah masalah yang dialami oleh remaja
secara relatifnya bersifat sementara dan mungkin akan hilang apabila
memasuki zaman dewasa.

Ketegori masalah tingkahlaku.


Achenbach dan Edelbrock (1987) mengatakan bahawa kebanyakan ahli psikologi klinikal
dan juga ahli psikologi yang membahagikan dua jenis masalah yang dialami oleh remaja.
1. Kecelaruan dalaman iaitu masalah-masalah remaja bersifat dalaman dan di
manifestasikan dalam bentuk gejala emosi dan kognitif seperti kemurungan,
kebimbangan atau bentuk gangguan-gangguan psikomatik.
2. Kecelaruan luaran itu masalah-masalah remaja bersifat luaran dan di
manifestasikan dalam bentuk masalah-masalah tingkahlaku.
Kesemua masalah tersebut merupakan pelbagai manifestasi kurangnya kawalan impuls.
Sesetengah remaja mengalami masalah dalam kedua-dua kategori dalaman dan luaran.

13
SINDROM TINGKAH LAKU BERMASALAH
Para ahli psikologi telah berusaha untuk memahami pelbagai jenis masalah
luaran yang dialami oleh remaja. Satu pendekatan yang paling popular telah
dikemukakan oleh Jessor dan rakan-rakan. Mereka berpendapat sebab utama kecelaruan
luaran remaja ialah sifat tidak konvensional dalam tingkah laku dalam persekitaran sosial
remaja.
Satu lagi penadakatan yang dapat digunakan dalam menerangkan punca sindrom
tingkahlaku bermasalah ialah teori kawalan sosial (Gottredson dan Hirschi, 1990) yang
berpendapat bahawa seseorang individu yang tidak mempunyai ikatan yang kuat dengan
institusi masyarakat akan cenderung menjadi devian dan bertigkah laku tidak
konvensional dalam pelbagai cara. Ini bermakna masalah tingkahlaku mungkain
berpunca daripada lemahnya perapatan individu tersebut dengan masyarakat.

Tekanan dan daya tindak.


Gans (1990)melapoprkan hampir separuh remaja melapor menghadapi kesukaran
untuk berdaya tindak dengan situasi-situasi di sekolah dan di rumah. Contoh penekanan
seperti ibu bapa bercerai, tukar sekolah dan seseorang yang disayangi meninggal.
Bagi sesetengah remaja, penekan-penekan tersebut akan membawa kecelaruan
dalaman seperti kebimbangan, kemurungan, sakit kepala dan sakit perut. Bagi sesetengan
yang lain pula akan membawa sesetengan remaja yang mengalami tekanan-tekanan hidup
tetapi tidak pula menunjukkan sebarang kecelaruan.
Ahli-ahli psikologi yang mengkaji perihal daya telah membahagikan daya tindak
kepada jenis berfokuskan emosi (Compas etal. 1988, Lazarus dan Folkman, 1984)
Daya tindak yang berfokuskan masalah, melibatkan usaha-usaha untuk mengubah
sumber-sumber atau perkara-perkara yang menerbitkan tekanan. Manakala daya tindak
yang berfokuskan emosi melibatkan usaha-usaha menangani untuk mengubah gerak balas
emosi seseorang terhadap tekanan. Daya tindak berfokuskan emosi melibatkan
pengelakan pasif satu kebimbangan.

14
Dalam masa tertentu, pengunaan daya tindak berfokuskan emosi menjadi lebih
berkesan. Ini termasuklah apabila satu situasi tertekan tidak boleh dikawal.
Ternyata remaja yang menggantikan strategi daya tindak berfokuskan masalah
lebih berjaya membuat penyesuaian, kurang murung dan kurang mempunyai masalah
tingkahlaku.

15
KESIMPULAN

Terdapat beberapa perkara yang perlu ditinjau tentang usaha untuk mengubah
remaja. Kita harus menerima kenyataan bahawa remaja itu tidak akan berubah dalam
sekelip mata. Proses perubahan berlaku dalam beberapa tahap.
Pendekatan kaunseling
Tindakan ibu bapa yang paling baik adalah berbincang dan mendapatkan
persetujuan terutama dari remaja yang bermasalah itu sendiri tentang bantuan luar yang
diperlukan kerana mereka mempunyai masalah dan tidak berupaya untuk
mengendalikannya.
Ada juga ibu bapa yang hanya merujuk anak mereka kepada kaunseling setelah
dinasihatkan sebelum dirujuk kepada kaunseling.
Mereka juga perlu tahu apa itu kaunseling. Sesi kaunseling berjalan dengan cara
bercakap dan berbincang, bukan dengan cara memberi ubat dan sebagainya.
Dalam proses kaunseling dan terapi remaja bermasalah, kita akan berhadapan
dengan remaja sama ada yang ada wawasan atau yang tidak berwawasan.
Dalam kaunseling, menjalin hubungan sewaktu berinteraksi adalah suatu
kemahiran atau keterampilan yang penting.
Antara sifat seseorang kaunselor yang dikenal pasti dapat menolong seseorang
remaja yang bermasalah ialah:
a. Sifat dapat membuktikan atau menunjukkan empati yang tepat.
b. Sifat dapat menerima apa yang dipersembahkan oleh orang yang
bermasalah itu bermakna, jujur dan berkecuali.
c. Sifat keterbukaan dan prihatin yang tulen.

16
BIBILIOGRAFI

• Achenbach, T. & Edelbrock, C., 1987. The Manual for the Youth Self-Report and
Profile. Bunington, Vt: University of Vermont.
• Zuckerman, D. M., & Zuckerman, B.S.,1985. Television’s impact on children.
Pediatrics, 75,
• Internet

17