Anda di halaman 1dari 11

PENGERTIAN ISRA’ MIKRAJ

Sidang Jumaat yang berbahagia

Pada kesempatan yang mulia dan di hari yang penuh berkat


ini, saya menyeru pada diri saya sendiri dan kepada tuan sidang
Jumaat sekalian agar beriman dan bertaqwa kepada Allah
Azzawajalla dengan sebenar-benar taqwa iaitu dengan mengikut
segala suruhan dan ajaranNya di samping meninggal segala
laranganNya.Inilah tanda-tanda bahawa seseorang itu benar-
benar beriman dan bertaqwa kepada Allah subhanahu wa Ta'ala.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah

Tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian


Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi
s.a.w ke Madinah Munawwarah, telah berlaku suatu peristiwa
yang sangant penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa isra'
dan mikraj di mana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran,
kekuasaan dan kehebatan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' yang
bermaksud : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu
malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati
sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha
Melihat.

Sidang Jumaat yang dihormati

Isra' membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w


pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-
Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke
langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Para ulama' hadis, ulama' feqah dan ulama' tafsir secara
umum menegaskan bahawa perisitiwa isra' dan mikraj di mana
kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan
baginda s.a.w sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan ruh
nabi s.a.w bukannya ruh sahaja. Sebagaimana difahami daripada
firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan " asra bi
'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan hambaNya
pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini
iaitu nabi Muhammad s.a.w yang mana meliputi batang tubuh
dan ruhnya serentak bukannya ruhnya sahaja.Jika ia berlaku
pada ruhnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "
asra bi ruhi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan ruh
hambaNya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di
mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah
memperjalankan hambaNya iaitu nabi s.a.w dalam keadaan
tubuh dan ruhnya serentak.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau


mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa
peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka
berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun
sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada
Allah dan rasulNya maka mereka tetap percaya dengan penuh
keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah baginda s.a.w menceritakan apa yang telah terjadi
padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir
bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda s.a.w.
Fitnah terhadap baginda s.a.w bertambah kuat malah ramai juga
di kalangan mereka yang sebelum telah memeluk Islam telah
pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu
membenarkan baginda s.a.w maka iman mereka tetap utuh
sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar
apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa
yang telah diberitahu oleh nabi s.a.w lalu beliau dengan tegas
menyatakan : " Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau
merupakan Rasulullah. Jika baginda s.a.w mengatakan bahawa
baginda telah diperjalankan lebih jaubh daripada itu maka aku
tetap beriman kepadanya ". Inilah ketegasan dan keyakinan
yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam
mempercayai Allah dan rasulNya sehingga beliau digelar as-
Siddiq yang membawa maksud pembenar.

Demikianlah peristiwa isra' dan mikraj ini merupakan satu


ujian dan proses pemisahan antara mereka yang benar-benar
beriman dengan mereka yang tipis imannya dan kufur terhadap
Allah dan rasulNya. Ramai di kalangan mereka yang sebelum ini
menyatkan keimanan mereka tetapi setelah mendengar
penjelasan Rasulullah s.a.w tentang peristiwa isra' dan mikraj,
mereka menjadi murtad.Walau pun ramai yang telah murtad
namun Rasulullah s.a.w tidak dapat mengambil tindakan ke atas
mereka kerana baginda s.a.w tidak mempunyai kuasa pada masa
itu. Sedangkan jika kita baca satu lagu kisah yang berlaku
selepas baginda menjadi ketua Daulah Islamiah di Madinah
Munawwarah di mana selepas Rasulullah s.a.w menegaskan
bahawa baginda telah di isra' kan oleh Allah maka ada seorang
yang meminta supaya nabi s.a.w mengangkatkan kaki kanannya
lalu baginda s.a.w terus melakukanya. Orang itu menyuruh lagi
agar nabi mengangkat kaki kirinya tanpa meletakkan kaki
kanannya. Mendengar permintaan itu lalu nabi s.a.w menyatakan
bahawa baginda tidak mampu mengangkat kedua kakinya
secara serentak. Setelah mendengar kata-kata nabi s.a.w itu
maka orang itu terus mengatakan bagaimana kita boleh
mempercayai bahawa nabi s.a.w telah di isra' kan sedangkan
untuk mengangkat kakinya secara serentak pun baginda tidak
mampu.Mendengar penjelasan daripada orang itu lalu baginda
s.aw meminta agar dia menemui Sayyidina Umar al-Khottab.
Setelah menemui Sayyidina Umar dan memberi penjelasan
dengan apa yang telah berlaku lalu beliau terus masuk ke
rumahnya untuk mengambil pedang. Ketika keluar dari
rumahnya bersama dengan pedang yang terhunus lalu tanpa
banyak berbicara beliau terus memancung kepala orang itu.
Melihat peristiwa itu lantas orang ramai bertanya Sayyidina
Umar mengenai tindakan yang telah dilakukan terhadap orang
itu. Sayyidina Umar dengan tegas menyatakan bahawa dia
bukanlah orang yang lebih alim daripada Rasulullah s.a.w dalam
masalah Isra' mikraj tetapi baginda s.a.w menghantar orang itu
kepadanya untuk dipancung kerana telah murtad bukannya
untuk menerangkan masalah isra' dan mikraj. Kita dapat lihat
bagaimana apabila adanya kuasa maka Rasulullah s.a.w dapat
mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar ketetapan
Allah. Berkesinambungan daripada inilah kita dapat memahami
bahawa dalam melaksanakan Islam yang sebenar maka mestilah
bertunjang kepada kuasa bagi memastikan konsep amar makruf
dan nahi munkar dapat berjalan lancar bukan sebagaimana hari
ini di mana hanya amar makruf atau menyuruh membuat
kebaikan sahaja yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa
sedangkan nahi munkar dengan menutup pusat hiburan,
membasmi placuran, menghadkan penjualan arak dan
sebagainya tidak dilaksanakan.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Sepanjang perjalanan Isra' dan mikraj, Rasulullah s.a.w telah disaksikan


beberapa gambaran perilaku umat manusia samada mereka beriman atau pun
tidak. Salah satu peristiwa yang wajar untuk kita sama-sama ambil iktibar ialah
apabila baginda s.a.w telah tercium bauan harum Mashitah dan kelaurga yang
telah gugur syahid kerana mempertahankan keimanan kepada Allah dan sanggup
berhadapan dengan Firaun yang zalim. Mereka lebih sanggup dihumbankan ke
dalam kawah yang bergelegak panas demi Allah daripada menerima azab Allah
yang lebih pedih jika tunduk kepada Firaun yang sesat itu. Jika kita menghayati
peristiwa yang berlaku ke atas Mashitah dan keluarganya ini maka kita akan
merasa begitu kerdil sekali berbanding pengorbanan tinggi Mashitah seorang
penyikat rambut anak perempuan Firaun dan mendapat gaji daripada Firaun tetapi
tetap mempertahankan imannya.Kita belum lagi diminta terjun kawah panas
tetapi apabila diugut sesuatu yang menggugat kerjaya di mana kita terus gelabah
dan senyap. Tidak kurang yang terus terhutang budi kepada pemimpin walau pun
mereka zalim semata-mata kita lihat merekalah yang memberi gaji kepada kita
dan mesti ditaati walau pun sudah jelas kezaliman dan kesesatan yang dilakukan
di hadapan mata. Fikiran waras kita seperti tidak dapat mengukur dimanakah
perbezaan antara tanggungjawab atau amanah dengan sumbangan. Kita seperti
lupa bahawa Allah sebenarnya pemberi rezeki dan mesti disembah bukannya
pemimpin yang menjalankan amanah diangkat sebagai pemberi rezeki yang
mesti disembah dan ditaati.Ingatlah bahawa jika kita benar-benar sayangkan Islam
dan mahu ia diletakkan disinggahsananya yang sebenar maka sebarang ugutan,
tindakan dan sebagainya ke atas kita mestilah diharungi dengan penuh kesabaran
kerana kemenangan Islam pasti tiba dan kita yang berjuang ini jika kalah di dunia
tetapi habuan akhirat tetap menunggu kita dengan syarat kita bersungguh-
sungguh, yakin, sabar dan ikhlas kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Dalam peristiwa ini Allah telah mewajibkan kita untuk menunaikan solat lima
waktu sehari semalam. Sebab ityulah solat dikenali sebagai mikraj mukmin
kerana ia satu-satunya ibadat fardhu yang diterima semasa mikraj sedangkan
ibadat fardhu lain seperti puasa, zakat dan haji hanya difardhukan ketika
Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah selepas peristiwa ini. Mengenai dakwaan
mereka yang jahil dan terkeliru dengan pembawaan pemimpin yang jahil yang
mengatakan bahawa ibadat tidak ada kaitannya dengan kepimpinan. Jika betul
dakwaan mereka mengapakah cuti hari Jumaat yang ditukar kepada hari Ahad
telah menyebabkan kesulitan kepada pekerja Islam untuk menunaikan solat
Jumaat. Malah ada majikan yang berani menghalang pekerjanya daripada
menunaikan solat Jumaat dan tidak kurang juga yang membuat peraturan supaya
pekerjanya mengerjakan solat Jumaat mengikut giliran mingguan. Mengapakah
majikan ini begitu berani membuat peraturan yang mana secara teran-terangan
menghina Islam dan menghalang kebebasan beragama sedangkan telah tercatat di
perlembagaan Malaysia bahawa Islam adalah agama rasmi dan juga rakyat
diberikan kebebasan beragama. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana pemimpin
negara yang tidak bertanggungjawab terhadap agama dan takut untuk mengambil
tindakan terhadap majikan dan syarikat terbabit kerana terhutang budi kepada
majikan yang telah banyak membantu mereka dalam mengaut keuntungan.
Adakah pemimpin seperti ini akan terus diberikan kepercayaan untuk
melaksanakan Islam atau telah timbul kesedaran dalam diri kita semua untuk
sama-sama menabalkan para ulama' sebagai pengganti kepada pemimpin yang
jahil dan zalim itu dalam memegang tapuk pemerintahan negara yang kita sayangi
ini.Ingatlah bahawa setiap usaha kita dalam memastikan Islam berjaya dijunjung
akan diberikan ganjaran yag besar di sisi Allah sedangkan mereka yag cuba
menyekat Islam daripada bebas untuk dilaksanakan disetiap lapangan kehidupan
pasti akan dikalahkan di dunia serta akan diazabkan diakhirat nanti.
Renungilah firman Allah dalam ayat 8 surah as-Sof yang bermaksud : Mereka
ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan
Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membenci.

PENGAJARAN ISRA' MIKRAJ

‫السلم عليكم ورحة ال‬


ّ‫ل ْمدُ لِ اّلذِ يْ َأرْ سَلَ رَ ُسوْلَ ُه بِا ُلدَى وَدِيْ نِ الَقّ لِيُ ْظهِرَ هُ َعلَى الدّيْ نِ ُكلّ ِه َوَلوْ كَرِ هَ ا ُلشْرِ ُكوْ نَ َأ ْش َهدُ أَ نْ لإِل هَ إِل الُ وََأ ْش َهدُ َأن‬َ‫ا‬
ِ‫صحَابِهِ َومَ ْن تَِب َعهُ مْ بِإِحْ سَانٍ ِإلَى َيوْ م‬
ْ َ‫حمّ ٍد وَ َعلَى آلِ ِه وَأ‬
َ ‫سَّيدَنَا ُمحَ ّمدًا عَْبدُ ُه َورَ سُ ْولُهُ الّلهُمّ صَ ّل وَ َسّلمْ وَبَارِ كْ عَلىَ سَّيدِنَا ُم‬
ُ‫الدّيْنِ …َأمّا َب ْعد‬
… َ‫سلِ ُم ْون‬ ْ ‫ل حَ ّق ُتقَاتِ ِه وَل َتوُْتُنّ إِل َوأَنُْتمْ ُم‬َ ‫فَيَا عِبَادَ الِ ! اّت ُقوْا ا‬
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.
Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan
ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang
ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah


Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' :

‫سبحن الذي أسرى بعبده ليل من السجد الرام إل السجد القصى الذي بركنا حوله لنريه من ءايتنا إنه هو‬
‫السميع البصي‬
Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram
ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian
daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha
Melihat.

Kita kini sedang berada di bulan Rejab yang telah mencatatkan suatu peristiwa penting di mana
pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum
berlakunya hijrah nabi s.a.w ke Madinah Munawwarah, telah berlaku peristiwa isra' dan mikraj di mana
ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah dalam memperjalankan diri
Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis Palestin dan seterusnya
nabi di angkat ke langit untuk bertemu Allah dalam masa yang begitu singkat.
Peristiwa ini telah membongkarkan tentang keimanan dan keyakinan umat manusia terhadap
kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad s.a.w. Orang kafir sendiri
menjadikan peristiwa Isra’ dan Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi
penolakan mereka terhadap dakwah nabi. Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada
beberapa peringkat di mana ada yang terus membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq,
ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti
bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan
ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali murtad daripada Islam. Perkara seperti
inilah juga yang terpaksa dihadapi oleh kita pada hari ini apabila usaha dalam melaksanakan semula
semua sistem Islam dalam negara maka di sana timbulnya beberapa golongan iaitu golongan pertama
yang seratus peratus yakin dengan kemampuan Islam serta berusaha dengan kemampuan yang ada
untuk melaksanakannya. Golongan yang kedua terdiri daripada mereka yang tahu tentang kemampuan
sistem Islam tetapi sentiasa mencari jalan agar ia tidak dapat dilaksanakan dengan memcari pelbagai
alasan. Golongan ketiga iaitu golongan pelampau terdiri daripada mereka yang menolak terus sistem
Islam malah memberi amaran akan melakukan huru hara jika ada pihak yang berusaha untuk
melaksanakannya dalam negara ini. Jika umat dahulu berasa pelik apabila nabi menceritakan tentang
Isra’ dan Mikraj maka umat zaman kini merasa pelik apabila disebut tentang sistem Islam yang
menyeluruh sedangkan sistem ini pernah dilaksanakan di negara ini pada masa pemerintahan
Kesultanan Melayu sebelum datangnya penjajah. Umat Islam menjadi pelik dengan agama mereka
sendiri kerana mereka telah diajar dan diasuh oleh pemimpin yang jahil dan sesat saban hari melalui tv,
radio, akhbar dan sebagainya agar memusuhi dan memerangi sistem Islam yang menyeluruh.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,


Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling
rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti
Khadijah dan bapa saudaranya Abu Tolib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan yang
disayangi semakin bertambah di mana jika kita perkirakan dari segi logik akal maka Islam pasti akan
terkubur tetapi kuasa Allah melebihi segala-galanya di mana selepas penolakan dakwah oleh penduduk
Taif, nabi telah dihiburkan dengan Isra’ dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke
Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina
kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah. Dalam peristiwa di Taif di mana
penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam malah telah melontar batu ke arah
nabi sehingga berlumuran darah. Kita dapat melihat nabi telah diberi peluang untuk menang mudah
iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit bawah jagaannya sebagai emas
tetapi ditolak oleh nabi sebagaimana nabi menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin
menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan menjatuhkan bukit ke atas penduduk Taif.
Penolakan nabi ini memberi banyak pengajaran kepada kita umat Islam di mana kekayaan bukanlah
faktor utama dalam menegakkan Islam kerana jika kita perhatikan pada hari ini kebanyakan negara
umat Islam dianugerahkan dengan hasil mahsul negara yang banyak tetapi ia tidak membantu
pelaksanaan sistem Islam dan tidak pula membantu untuk umat Islam bersatu dalam menghentikan
penderitaan umat Islam yang sedang ditindas. Kekayaan hanya dibolot oleh pemimpin dan mereka
yang dekat dengan pemimpin sedangkan rakyat terus menderita dan ditegah daripada bersuara menegur
kesesatan dan kezaliman pemimpin. Islam bukan mampu bangkit dengan kekuatan ekonomi semata-
mata tetapi Islam bangkit melalui kekuatan aqidah yang ditanam dalam diri. Islam juga bukan tersebar
atas paksaan tetapi ia mampu menawan hati manusia dengan keadilan dan keindahan seluruh sistemnya
sehingga tawaran kesenangan dunia dengan sendiri akan ditolak apabila semangat Islam telah
menguasai diri seseorang. Kekuatan aqidah inilah yang menjadi musuh kepada mereka yang melawan
Islam daripada golongan kuffar dan munafik. Kita perlu ingat bahawa tiada istilah menang mudah
dalam memperjuangkan Islam kerana ia menuntut kepada kesabaran dan istiqamah sebelum datangnya
janji kemenangan daripada Allah

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,


Peristiwa Isra’ Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke sidratul
muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah
memberkati bumi isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus
menjadi rebutan tiga agama iaitu Islam, Kristian dan yahudi di mana keganasan yahudi dalam
membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan. Kuasa
Kristian yang dibeli oleh yahudi terutama Amerika Syarikat turut menggalakkan pembunuhan umat
Islam malah kuasa kristian atas nama memerangi keganasan terus menjadikan umat Islam sebagai
sasaran kepada senjata milik mereka. 2 kuasa besar masa kini iaitu kuasa Kristian dan yahudi
seumpama 2 kuasa besar Rom dan Parsi yang pernah dihadapi oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat
pada zaman itu di mana akhirnya turut tunduk dan patuh kepada pemerintahan Islam. Kemenangan
Islam dalam menakluki 2 kuasa besar tersebut telah diperolehi samada melalui perang atau pun
perdamaian. Sebagaimana kuasa Rom dan Parsi memandang rendah kepada Daulah Islamiah yang
dibina oleh nabi di Madinah pada awalnya tetapi akhirnya mereka sendiri merasa gerun melihat
kehebatan sebuah pemerintahan Islam yang diasaskan atas aqidah dengan membina kemajuan tamadun
kebendaan tanpa mengabaikan pembangunan insan. Begitulah terjadi pada hari ini di mana selepas
penjajahan dan negara-negara umat Islam diberikan kemerdekaan maka kuasa penjajah terutama
kristian begitu mengambil berat tentang kepimpinan yang sedang dan akan memerintah di negara
jajahan mereka sebelum ini agar pemimpin yang dilantik mestilah meneruskan dasar penjajah walau
dengan apa cara sekali pun termasuk cara kekerasan dengan menekan rakyat agar tidak kembali kepada
pemerintahan Islam. Dunia kini secara keseluruhan mula kembali semula kepada Islam terutama
selepas serangan terhadap 2 bangunan di Amerika pada 11 September 2001 yang lepas. Kuasa yahudi
dan kristian berasa gerun dengan perubahan yang mendadak lalu mengambil tindakan lebih ganas dan
kejam dengan menggelarkan umat Islam sebagai pengganas yang mesti dihapuskan dari muka bumi ini.
Mereka menekan seluruh negara umat Islam seperti Palestin, Afghanistan, Kashmir, Iraq, Indonesia
dan lain-lain. Kita ingatkan kuffar bahawa dunia Islam tidak selamanya ditimpa gerhana tetapi ia akan
kembali bercahaya dengan syarat seluruh umat Islam kembali bersatu atas dasar Islam dengan menolak
semangat kebangsaan yang memecahbelahkan kesatuan umat Islam sebelum ini. Islamlah nescaya kita
akan beroleh kemenangan bersama kerdehaan Allah di dunia dan akhirat.

Renungilah firman Allah dalam ayat 286 penutup surah al-Baqarah yang merupakan ayat yang
diterima oleh nabi semasa bertemu Allah pada malam Isra’ Mikraj selain daripada kewajipan solat lima
waktu sehari semalam:

‫ليكلف الله نفسا إل وسعها لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت ربنا ل‬


‫تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا ربنا ول تحمل علينا إصرا كما حملته على‬
‫الذين من قبلنا ربنا ول تحملنا مال طاقة لنا به واعف عنا واغفرلنا‬
‫وارحمنا أنت مولئنا فانصرنا على القوم الكفرين‬
Maksudnya : Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat
ganjaran kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya.
Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau mengirakan kami berdosa jika kami lupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau bebankan ke atas kami bebanan yang berat sebagaimana yang
telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah
kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong
kami, oleh itu bantulah kami dalam mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kufur.

‫ت وَالذّ ْك ِر الَكِيْ ِم َوَتقَبّ َل مِنّي َومِنْكُ ْم‬ ِ ‫بَارَ َك الُ لِ ْي وَلَ ُك مْ فِي ال ُقرْآ نِ العَ ِظيْ ِم وََن َفعَنِي وَإِيّاكُ ْم بِمَا ِفيْ هِ مِ نَ اليَا‬
ِ‫ت وَا ُل ْؤمِنِيْ َن وَا ُل ْؤمِنَا ت‬
ِ ‫سلِمَا‬
ْ ُ‫سلِ ْميَ وَال‬
ِ ‫تِلوَتَ هُ إِنّ ُه ُهوَ ال سّ ِميْعُ ال َعلِيْ ُم وَا سَْت ْغ ِفرُ الَ العَظِيْ مَ لِ ْي وَلَكُ ْم وَِل سَاِئرِ الُ ْم‬
َ‫سَتغْ ِفرِيْ َن وَيَا نَجَاةَ التّائِِبيْن‬
ْ ُ‫فَاسَْت ْغ ِفرُ ْوهُ فَيَا َف ْوزَ ال‬

Menghayati Peristiwa Isra’ dan Mikraj

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa. Seterusnya marilah kita


menghayati peristiwa Isra’ dan Mi’raj dengan kita sama-sama mendengar dan
menghayati firman Allah dari surah al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud: "Maha suci Allah
yang telah menjalankan hambanya (Muhammad s.a.w.) pada malam hari dari
masjidil haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa di Palastin yang kami berkati di
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan
kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang amat mendengar lagi
mengetahui."

Marilah kita mengambil pengajaran daripada peristiwa besar yang bukan sahaja
kepada Rasulullah s.a.w. bahkan kepada manusia seluruhnya. Peristiwa Rasulullah
s.a.w. dijemput pada malam yang dikenali dengan Isra’ dan Mikraj untuk menjadi
tetamu Allah S.W.T. ditunjukkan kepadanya kebesaran Allah S.W.T. yang tiada
tandingan dan tiada bandingan, ditunjukkan alam dunia, alam barzakh, alam akhirat,
alam bumi dan alam langit. Seterusnya bertemu dengan Allah S.W.T. sebelum
diperintah dengan kewajipan menunaikan sembahyang lima waktu.

Peristiwa besar ini sepatutnya menyedarkan kita semua, supaya kita tidak mudah
menyangka, bahawa cukup dengan hanya kita berada di alam dunia yang sempit ini,
yang dirasakan terlalu luas, dengan kita tidak menyedari bahawa alam dunia ini
mempunyai hubungan dengan alam akhirat, dan dengan alam di antara dunia dan
akhirat, yang dikenali dengan alam barzakh. Sesungguhnya bumi tempat kita
berpijak mempunyai hubungan dengan langit dan segala makhluknya. Semuanya
berada di bawah pemerintahan Allah S.W.T. Tuhan yang memiliki kerajaan yang
maha agong yang tiada tandingan dan bandingan.
Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. itulah ajaran seluruh para nabi dan
para Rasul a.s. mengajar manusia bahawa mereka mestilah menyerah diri kepada
Allah S.W.T. sebagaimana makhluk langit dan bumi menyerah diri kepada Allah
S.W.T.

Firman Allah dari surah al-Baqarah ayat 116 yang bermaksud: "Bahkan Dialah yang
memiliki segala yang ada di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah
kekuasaannya."

Maka haram dan tidak sepatutnya bagi manusia yang menjadi satu juzuk yang
terlalu kecil di kalangan makhluk Allah yang banyak, tidak patuh kepada Allah S.W.T.
Semua makhluk mestilah tunduk dan patuh kepada peraturan yang ditetapkan oleh
Allah Tuhan yang mencipta mereka, di samping mereka menyerah diri dengan
melakukan seluruh tuntutan ibadat: Rukuk, sujud, bertasbih, bertahmid, bertakbir,
memulia dan membesarkan Allah S.W.T, Tuhan yang mengurniakan kepada mereka
segala kurniaan yang tidak terhingga banyaknya.

Firman Allah dari surah Ibrahim ayat 34 yang bermaksud: "Dan jika kamu
menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.
Sesungguhnya manusia (yang engkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada
bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat tuhannya."

Perlu diingati bahawa, kita tidak akan wujud di dunia ini kalau Allah tidak mencipta
kita, kita akan lapar kalau Allah tidak memberi rezeki makanan kepada kita, kita
akan dahaga kalau Allah tidak memberi minum kepada kita, kita akan tidak
berpakaian kalau Allah tidak memberi rezeki pakaian kepada kita, kita akan bodoh
kalau Allah tidak memberi akal fikiran dan ilmu kepada kita, kita akan sesat kalau
Allah tidak memberi petunjuk kepada kita. Oleh kerana itu segala-gala yang ada
pada kita termasuk iman dan Islam adalah nikmat dari Allah S.W.T. yang mesti
disyukuri.

Maka tidak ada alasan bagi manusia yang merupakan makhluk yang kecil yang
berada di tengah-tengah makhluk yang besar untuk mengadakan cara hidup sendiri
dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah S.W.T. Terlalu besar dosa bagi mereka
apabila mereka melakukan kesalahan. Kesalahan yang terlalu besar dosanya apabila
mereka menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, mereka memuji dan memuja
yang lain daripada Allah, mereka mengharapkan rezeki dan kurnia yang lain daripada
Allah, dan mereka menyerah diri kepada yang lain daripada Allah.

Alangkah besar dosanya, sekiranya kita manusia tidak menyedari bahawa diri kita
sebagai manusia, dan tidak menyedari segala yang ada pada kita adalah pemberian
dari Allah S.W.T. Peristiwa Isra’ dan Mikraj yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w.
pada malam baginda menjadi tetamu Allah S.W.T. telah menunjukkan kepada
baginda orang-orang yang mulia di kalangan manusia, iaitu nabi-nabi dan Rasul-
rasul a.s. ditunjukkan juga sejahat-jahat makhluk di kalangan manusia yang
tenggelam di dalam kekufuran dan nafsu bersama-sama dengan iblis dan
ditunjukkan di mana mereka semuanya. Di dalam peristiwa ini juga ditunjukkan
kepada Rasulullah s.a.w. orang-orang yang baik dan mulia ditempatkan ke dalam
syurga, orang yang jahat dan hina, ditempatkan ke dalam neraka.

Segala peristiwa itu, hendaklah menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita, jangan
sekadar peristiwa Isra’ dan Mikraj itu menjadi cerita untuk sedap didengar, sedap
dibaca, dan hanya menjadi hiburan sementara waktu semata-mata. Marilah kita
jadikan pengajaran yang terkandung di dalamnya sebagai pertunjuk, bukan sahaja
kepada Nabi Muhammad s.a.w. tetapi juga kepada kita umat Islam.

Terlalu banyak perkara yang berlaku dan ditunjuk pada malam tersebut, hanya satu
malam sahaja, tetapi panjangnya dari dunia sehingga akhirat, dari hidup sehingga
mati, dari bumi sehingga langit, dari alam manusia sehingga alam malaikat, dan
alam roh, sehingga mengadap Allah S.W.T. Itulah peristiwa Isra’ dan Mikraj. Marilah
kita menjadikannya sebagai pengajaran dan pengiktibaran yang paling besar dengan
kita menghayati peristiwa itu.

Firman Allah dari surah Al-Isra’ ayat 60 yang bermaksud: "Dan tiadalah kami
menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu
melainkan sebagai satu ujian bagi manusia dan (demikian juga kami jadikan) pokok
yang dilaknat di dalam al-Quran, dan kami beri mereka takut (dengan berbagai-
bagai amaran). Maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan
kekufuran yang melampau-lampau."