Anda di halaman 1dari 9

Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu

KOMSAS : Puisi

Genre : Puisi Moden (Sajak)

Kelas : 5 Sains 1

Masa : 80 minit (11.50 – 1.10)

Tajuk : Sajak Jalan – Jalan Raya Kotaku

Bidang : Estetika dan Interpersonal

Objektif : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat :

I.Menjelaskan maksud sajak – Jalan-Jalan Raya Kotaku


II.Menghuraikan empat pengajaran yang terkandung dalam sajak
III.Menerangkan empat aspek gaya bahasa sajak
IV. Memberikan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak
V. Membina enam ayat penyata yang gramatis berdasarkan kosa kata
yang diberi.
VI. Menjawab 3 soalan pemahaman

FU : 2.0, 2.1, 2.2, Aras 3(i)


FS : 10.0, 10.1, 10.2, 10.4, Aras 1(i), (ii)

Sistem Bahasa: Ayat penyata


Kosa kata: lewat senja, luka parah, menabur benih, sopan santun, banjir
kilat, para pesakit

Pengisian Kurikulum :
a) Ilmu : Kesusasteraan Melayu
b) Nilai Murni : Kerjasama, kesabaran
c) Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir, Kontekstual dan Kajian
Masa
Depan
Langkah – Langkah Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS Sajak Jalan – Jalan
Raya Kotaku

Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

SET INDUKSI Guru menunjukkan gambar kesesakan jalan


(5 minit) raya di pancaran LCD. Pancaran LCD
Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang
gambar tersebut
Guru mengaitkan aktiviti dengan pelajaran
pada hari ini.

Langkah 1 Guru mendeklamasikan sajak Jalan – Jalan Senikata sajak


(7 minit) Raya Kotaku. dipancarkan melalui LCD.
Seorang pelajar diminta mendeklamasikan
sajak tersebut dengan nada, gaya dan intonasi
yang betul.

Langkah 2 Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang


(8 minit) maksud sajak baris demi baris dan maksud
keseluruhan rangkap.

1. Kad tugasan
Langkah 3 Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan. Lampiran 2
(20 minit) Guru mengedarkan kad tugasan dan kad (i),(ii),(iii)dan (iv)
lembaran jawapan kepada setiap kumpulan. diedarkan dan
Kumpulan I : Menghuraikan empat dipancarkan
pengajaran melalui LCD.
yang terkandung dalam sajak 2. Kad Lembaran
Kumpulan II : Menerangkan empat aspek jawapan pelajar
gaya disediakan dalam
bahasa sajak. bentuk transperansi
Kumpulan III : Memberikan tiga persoalan (Lampiran 3 i,ii,iii
sajak. dan iv)
Kumpulan IV : Membina enam ayat penyata
berdasarkan perkataan
yang
diberi.

Langkah 4 Pembentangan hasil perbincangan kumpulan. Penggunaan OHP


(20 minit) Guru meminta setiap kumpulan untuk Penilaian dan
melaporkan hasil perbincangan kumpulan. Pengukuhan Guru seperti
Ketua setiap kumpulan melaporkan menerusi Lampiran 4 (i),(ii),(iii) dan
transperansi yang disediakan oleh guru. (iv).
Guru membuat penilaian dan pengukuhan.

Penilaian
Langkah 5 Soalan penilaian
( 15 minit) - Guru mengemukakan 3 soalan pemahaman (Lampiran 5)
yang dipancarkan pada skrin. Jawapan soalan penilaian
- Pelajar menjawab soalan tersebut. (Lampiran 6)
- Guru memancarkan jawapan pada skrin dan
pelajar menyemak jawapan secara
berpasangan.

Penutup - Guru menjemput dua orang pelajar untuk


( 5 minit) mendeklamasikan sajak tersebut.
- Pelajar dan guru membuat rumusan tentang
pelajaran pada hari ini. Lampiran 7
- Tugasan Kerja Rumah:
Guru menayangkan tugasan – tugasan
pengayaan sebagai kerja rumah untuk
disiapkan.
Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu KOMSAS Tingkatan Lima

Genre : Prosa Moden (Cerpen)

Kelas : 5 Sains 1

Masa : 80 minit

Tajuk : Cerpen Mariah

Bidang : Estetika dan Interpersonal

Objektif : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat ;

1. Menyusun struktur plot berdasarkan petikan yang diberi.


2. Menghuraikan empat perwatakan watak utama dalam cerpen.
3. Menjelaskan empat pengajaran yang terdapat dalam cerpen.
4. Menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.
5. Menjawab 3 soalan pemahaman berdasarkan cerpen Mariah dengan tepat.

FU : 2.0, 2.1, 2.2, 2.3, Aras (i)


10.0, 10.6, 10.4, Aras 2 (ii)

FS : Aras 1 (i) (ii)

Sistem Bahasa:

a) Tatabahasa :Menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah

Pengisian Kurikulum:

A. Ilmu : Kesusasteraan Melayu


B. Nilai Murni : Simpati, kasih sayang, ketaatan
C. Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir, Kecerdasan Pelbagai.
Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induk Guru mendeklamasi sajak ‘Cerita Seorang


(7 minit) Gadis’ yang dipaparkan di pancaran LCD Pancaran LCD
Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang
gambar tersebut.
Guru mengaitkan aktiviti dengan pelajaran pada
hari ini.

Langkah 1 Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang


(8 minit) sinopsis cerpen Mariah.

Langkah 2 Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan. 1. Kad tugasan (Lampiran 2


(15 minit) Guru mengedarkan kad tugasan dan kad i,ii,iii dan iv) diedarkan
lembaran jawapan kepada setiap kumpulan. dan dipancarkan melalui
Kumpulan 1 : Membincangkan binaan LCD.
struktur plot cerpen Mariah. 2. Kad Lembaran jawapan
Kumpulan 2 : Menghuraikan empat pelajar disediakan dalam
perwatakan Mariah. bentuk transperansi
Kumpulan 3 : Menjelaskan empat pengajaran (Lampiran 3 i,ii,iii dan iv)
daripada cerpen.
Kumpulan 4 : Menukarkan ayat cakap ajuk
kepada ayat cakap pindah.

Langkah 3 Pembentangan hasil perbincangan kumpulan. Penggunaan OHP


(27 minit) Guru meminta setiap ketua kumpulan
melaporkan hasil perbincangan kumpulan.
Ketua setiap kumpulan melaporkan menerusi
transperansi yang disediakan oleh guru,
Guru membuat penilaian dan pengukuhan.

Langkah 4 Penilaian: Soalan penilaian(Lampiran


(17 minit) Guru mengemukakan 3 soalan penilaian 5)
berdasarkan petikan cerpen Mariah yang
dipancarkan pada skrin. Jawapan soalan penilaian
Pelajar menjawab soalan – soalan tersebut. (Lampiran 6)
Guru memancarkan jawapan pada skrin dan
pelajar menyemak jawapan secara
berpasangan.

Guru meminta seorang pelajar


mendeklamasikan sajak’Cerita Seorang
Langkah 5 Gadis’dengan diiringi gesekan biola.
( 6 minit) Pelajar dan guru membuat rumusan tentang Lampiran 7
pelajaran pada hari ini.

Tugasan/Kerja Rumah:
Guru menayangkan tugasan-tugasan
pengayaan sebagai kerja rumah kepada semua
pelajar.
Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu Rumusan Rencana

Tingkatan : 5 Sains 1/ 4 Sains 1/ 5 Vok1/ 5 Vok 2

Masa : 40 minit

Tajuk : Menulis Rumusan Rencana

Bidang : Interpersonal dan maklumat

Objektif : Pada akhir pelajaran;

1. Pelajar dapat mengenal pasti idea utama dan idea sokongan

2. Pelajar dapat mengenal pasti pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan
kesimpulan

3. Pelajar dapat menghasilkan rumusan lengkap tidak lebih daripada 120 patah
perkataan mengikut format rumusan sepenuhnya.

FU : 7.0, 7.3, 7.4, 7.5 Aras 1(iv), Aras 2(i)

FS : 8.0, 8.2 Aras 2(i)

Sistem Bahasa : Ayat penyata, Intonasi

Pengisian Kurikulum :

a) Ilmu : Moral
b) Nilai Murni : Kerjasama, sopan santun

Kemahiran Bernilai Tambah : - Kemahiran berfikir, mencari maklumat


- kontekstual.
Langkah – Langkah Pengajaran dan Pembelajaran Rumusan
Rencana
Langkah Aktiviti Pengajar dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi Guru menayangkan VCD Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai
(5 minit) murni nyanyian Siti Nurhaliza menerusi pancaran LCD. Pancaran LCD
Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang gambar.
Guru mengaitkan aktiviti dengan pelajaran pada hari itu.

Langkah 1 Guru mengedarkan petikan rencana.


(5 minit) Pelajar diminta membaca senyap arahan soalan dan
menganalisis soalan dengan mencari kata kunci soalan.
Guru dan murid bersoal jawab tentang kata kunci arahan
soalan dan format rumusan.

Langkah 2 Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan.


(5 minit) Guru mengedarkan kad tugasan dan kad lembaran jawapan
kepada setiap kumpulan.
Kumpulan 1 : Membincangkan isi- isi tersurat perenggan 1
dan 2
Kumpulan 2 : Membincangkan isi – isi tersurat perenggan 3
dan 4
Kumpulan 3 : Menjelaskan isi – isi tersirat
Kumpulan 4 : Menerangkan pendahuluan dan membuat
kesimpulan rumusan

Langkah 3 Pembentangan hasil perbincangan kumpulan. Penggunaan


(15 minit) Guru meminta setiap kumpulan untuk melaporkan hasil OHP
perbincangan kumpulan.
Ketua setiap kumpulan melaporkan menerusi transperansi
yang disediakan oleh guru.
Guru membuat penilaian dan pengukuhan.

Penutup Guru dan pelajar membuat rumusan tentang keseluruhan isi


(5 minit ) pengajaran.

Aktiviti pengayaan:
Pelajar diminta menjawab 3 soalan pemahaman yang
dipancarkan menerusi pancaran LCD.