Anda di halaman 1dari 81

BAB 1

PENGENALAN 1.0: Pendahuluan Pada zaman yang penuh dengan pelbagai jenis teknologi dan cabaran ini, kita dapati bahawa kehidupan masyarakat masa kini telah jauh berubah berbanding 20 tahun yang lalu. Masyarakat masa kini mengamalkan pelbagai jenis gaya hidup yang sesuai dengan kehidupan mereka sekarang. Jika kita perhatikan, kebanyakkan daripada mereka terutamanya golongan muda amat menggemari dan meniru gaya hidup dari Barat. Gaya hidup Barat dianggap moden berbanding dengan gaya hidup tempatan yang seringkali diertikan sebagai gaya hidup kampung atau ketinggalan zaman. Namun begitu, gaya hidup turut dikaitkan dengan cara penjagaan kesihatan dan juga cara pemakanan seseorang individu atau sesebuah masyarakat.

Kajian menunjukkan bahawa gaya hidup dan gaya hidup sihat menjurus kepada maksud yang berbeza. Gaya hidup dapat didefinisikan dengan bagaimanakah seseorang individu itu menghabiskan waktunya dengan melakukan aktiviti- aktiviti, apakah yang mereka fikirkan mengenai diri sendiri dan persekitaran mereka serta apakah yang mereka selalu lakukan pada setiap hari. Menurut Kotler (2002), gaya hidup merupakan pola hidup seseorang individu yang ditunjukkan dalam aktivitiminat dan pemikirannya yang menggambarkan keseluruhan diri seseorang dalam melakukan interaksi dengan persekitaran mereka. Manakala menurut Assael (1984) pula mengatakan bahawa gaya hidup itu A mode of living that is identified by how people spend their time (activities), what they consider important in their environment (interest), and what they think of themselves and the world around them (opinions). Gaya hidup sihat pula dapat dilihat melalui cara bagaimana seseorang individu itu menjaga pemakanan hariannya. Gaya hidup sihat juga dapat dilihat melalui kesihatan seseorang individu. Gaya hidup sihat dari segi pemakanan dan kesihatan sebenarnya mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Sebagai contoh, sekiranya seseorang individu itu tidak menjaga pemakanan hariannya seperti mengambil banyak makanan yang berlemak, berminyak dan sebagainya serta tidak melakukan senaman secara rutin maka individu tersebut mungkin mengalami masalah kesihatan seperti obesiti atau menghidapi penyakit seperti diabetes. Gaya hidup sihat meliputi cara bagaimana seseorang individu itu mengamalkan diet yang sihat, adakah individu tersebut menjaga kesihatannya, bagaimana pula dengan aktiviti-aktiviti masa lapangnya, adakah dia membuat senaman yang berterusan dalam menjaga kesihatannya serta apakah implikasi kepada individu tersebut sekiranya dia tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.
2

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO,1948) telah mendefinisikan gaya hidup sihat sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit yang mana ianya turut menegaskan bahawa status kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan individu berkenaan. Secara ringkasnya, jika seseorang individu itu mempunyai cara pemakanan yang seimbang, sering melakukan senaman, tidur dan rehat yang secukupnya, mempunyai pergaulan yang yang baik dengan individu lain, kebersihan dari segi mental, fizikal, persekitaran dan sebagainya akan di anggap mempunyai gaya hidup yang baik atau sihat. Gaya hidup sihat ini akan memberi kesan yang positif kepada orang disekeliling kita samada kepada individu lain, institusi keluarga mahupun masyarakat itu sendiri. Jika seseorang individu itu mempunyai gaya hidup yang sihat, maka individu tersebut boleh adapt dengan keadaan yang berlaku di sekelilingnya tanpa ada sebarang masalah. Oleh itu, melalui kajian yang akan di jalankan kita akan melihat gaya hidup sihat pelajar universiti dalam memastikan samada mereka ini menjalani gaya hidup yang sihat atau tidak serta melihat apakah pandangan mereka mengenai gaya hidup sihat ini.

1.1: Pernyataan Masalah Gaya hidup sihat dapat di definisikan sebagai gaya hidup yang

mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Perkembangan semasa menunjukkan bahawa kebanyakan penyakit berbahaya disebabkan amalan gaya hidup yang tidak sihat. Malah, kebanyakan jangkitan oleh bakteria, virus dan kulat juga disebarkan oleh kegiatan gaya hidup yang tidak sihat ini. Contohnya, penyalahgunaan dadah boleh menyebarkan virus HIV yang menyebabkan penyakit Aids. Fokus utama kajian ini adalah mengenai gaya hidup sihat pelajar dari segi pengambilan makanan, aktiviti-aktiviti (riadah dan senaman) yang sering mereka lakukan pada masa lapang dan tahap kesihatan mereka dalam menentukan gaya hidup sihat mereka serta tahap pengetahuan mereka mengenai konsep gaya hidup sihat pada masa kini. Kajian ini juga dilakukan bagi melihat perkaitan antara tahap kesihatan pelajar dengan amalan gaya hidup sihat mereka kerana terdapat bukti kajian luar negara yang mendapati bahawa walaupun pengetahuan penduduk dunia terhadap gaya hidup sihat semakin meningkat, namun ia tidak diamalkan sepenuhnya dalam hidup seharian lantas mengundang pelbagai risiko penyakit (Farooqi, Nagra, Edgar, & Khunti, 2000). Pemakanan yang berlebihan atau mempunyai kandungan yang tidak seimbang sering menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi, penyakit buah pinggang, kanser dan sebagainya. Perkembangan penyakit kronik di negara kita amat membimbangkan. Sebagai contoh, menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada masa ini terdapat 1.3 juta pengidap kencing manis di negara kita dengan nisbah setiap 10 orang terdapat seorang berpenyakit kencing manis. Penduduk Malaysia
4

sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes, sakit jantung, angin ahmar, kanser dan masalah tekanan serta pelbagai lagi masalah kesihatan. Semua ini berpunca dari pengamalan gaya hidup yang tidak sihat pada masa kini. samada lelaki atau wanita, kanak-kanak atau dewasa, kesemua mereka ini berkemungkinan akan menghidapi masalah kesihatan. Melalui kajian yang dlakukan oleh Kementerian Kesihatan pada 2006 mendapati bahawa amalan gaya hidup penduduk Malaysia telah menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang kronik. Seramai 7.8 peratus rakyat Malaysia tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang manakala seramai 60.1 peratus yang lain tidak melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti bersenam. Selain itu, kita turut mendapati bahawa ciri gaya hidup masa kini yang lain seperti merokok, minum minuman yang beralkohol juga akan menyebabkan individu tersebut menghidapi pelbagai penyakit kronik. Tambahan pula, statistik menunjukkan bahawa perokok di kalangan remaja Malaysia semakin meningkat terutamanya remaja perempuan. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, yang memetik kajian Tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada tahun 2003 yang mendapati peratusan remaja perempuan merokok adalah sekali ganda iaitu 28.8 peratus berbanding lelaki sebanyak 14.1 peratus (Berita Harian, 2011). Ini menunjukkan bahawa remaja masa kini sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dalam kehidupan mereka.

Sehubungan dengan itu, kajian ini akan cuba menjawab lima persoalan sepertimana dinyatakan dibawah ini: 1. Apakah tahap kesihatan pelajar Kolej Mohamad Rashid, UPM? 2. Apakah tahap pengetahuan pelajar Kolej Mohamad Rashid, UPM mengenai konsep gaya hidup sihat? 3. Apakah amalan gaya hidup sihat pelajar Kolej Mohamad Rashid, UPM? 4. Apakah perkaitan antara tahap kesihatan pelajar Kolej Mohamad Rashid dengan amalan gaya hidup sihat mereka? 5. Apakah perkaitan antara tahap pengetahuan pelajar Kolej Mohamad Rashid dengan amalan gaya hidup sihat mereka?

1.2: Signifikan Kajian Dengan adanya kajian seperti ini, ianya dapat meningkatkan tahap kesedaran pelajar Kolej Mohamad Rashid, UPM mengenai pengamalan gaya hidup sihat pada masa kini, termasuk dari segi amalan pemakanan yang seimbang dan melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat serta mempunyai tahap kesihatan yang baik selain berkebolehan menangani stress dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, melalui kajian ini juga memberikan idea kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menggalakkan para pelajar institusi pengajian tinggi awam atau swasta dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Hasil kajian ini akan dapat memberi pelbagai maklumat mengenai kebaikan, keburukan dan kekangan yang mungkin boleh dijadikan sebagai garis panduan serta cadangan-cadangan untuk mengadakan kempen gaya hidup sihat dikalangan pelajar. Cadangan-cadangan yang dikemukan boleh dijadikan sebagai rujukan atau garis panduan dalam meningkatkan pengetahuan mengenai gaya hidup sihat rakyat Malaysia samada golongan pelajar mahupun orang awam. Gaya hidup sihat dalam pelajar adalah penting memandangkan berlakunya peningkatan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh amalan gaya hidup yang tidak sihat. Akhir sekali, kajian ini mungkin boleh menjadi rujukan kepada para penyelidik yang ingin dan berminat dalam membuat kajian mengenai perkara yang sama.

1.3: Objektif Kajian Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti gaya hidup sihat pelajar Kolej Mohamad Rashid: 1. Memerihal tahap kesihatan pelajar Kolej Mohamad Rashid, UPM 2. Memerihal tahap pengetahuan pelajar Kolej Mohamad Rashid, UPM mengenai konsep gaya hidup sihat 3. Memerihal amalan gaya hidup sihat pelajar Kolej Mohamad Rashid, UPM 4. Mengenalpasti perkaitan antara tahap kesihatan pelajar Kolej Mohamad Rashid dengan amalan gaya hidup sihat mereka 5. Mengenalpasti perkaitan antara tahap pengetahuan pelajar Kolej Mohamad Rashid dengan amalan gaya hidup sihat mereka

1.4: Kerangka Konseptual

AV

IV

DV

Latar Belakang : 1. Umur 2. Jantina 3. Bangsa 4. Agama 5. Kelulusa n Akademi k

1. Tahap Kesihatan
2. Tahap Pengetahua n Mengenai Gaya Hidup Sihat 3. Amalan Gaya Hidup Sihat Pelajar

GAYA HIDUP SIHAT

Rajah 1: Gaya Hidup Sihat Dalam Kalangan Pelajar Kolej Mohamad Rashid, UPM

1.5: Definisi Terminologi Terdapat beberapa istilah yang perlu diberi perhatian berdasarkan kepada tajuk kajian adalah berhubung dengan Gaya Hidup Sihat dalam kalangan Pelajar Kolej Mohamad Rashid, Universiti Putra Malaysia. Antaranya adalah dari segi : a.) Gaya hidup Sihat Konseptual Merupakan suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit (WHO, 1948) Operasional Merupakan cara bagaimana seseorang individu itu menjaga

pemakanannya di samping melakukan aktiviti-aktiviti seperti riadah atau senaman bagi memastikan tahap kesihatannya berada dalam keadaan yang baik selain mampu menangani stress atau emosi yang dihadapinya.

b). Tahap Kesihatan Konseptual Merujuk kepada suatu tahap ukuran kesihatan yang meliputi aspekaspek dalam fungsi fizikal, kesihatan mental dan fungsi sosial seseorang individu Operasional Ditentukan dengan melihat status fizikal/ kesihatan seseorang individu yang di ukur menggunakan Indeks Jisim Badan (BMI):

10

Indeks Jisim Badan (BMI) Merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang. Formula untuk mengira BMI:

BMI = Berat tubuh badan(KG) bahagi Ketinggian(M) kali Ketinggian(M). = berat Tinggi x tinggi Hasil dari penggiraan BMI: Kurang daripada 20, berat badan adalah berkurangan 20 hingga 24.9, mempunyai berat badan normal 25 hingga 29.9, berat badan adalah berlebihan 30 dan keatas, obesiti

c). Amalan gaya hidup sihat Konseptual Merupakan suatu cara bagi seeorang individu itu menjaga kesihatannya dengan menjaga pemakanan dan melakukan aktivitiaktiviti riadah atau sukan. Operasional Meliputi empat aspek utama iaitu amalan pemakanan yang sihat, melakukan aktiviti-aktiviti riadah, tabiat merokok seseorang individu dan cara bagaimana seseorang individu itu menangani stress yang dihadapinya dalam menjalani kehidupan hariannya

11

1.6: Batasan Kajian

Kajian yang akan dilakukan adalah mengenai gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar Kolej Mohamad Rashid, Universiti Putra Malaysia. Kajian ini tidak dilakukna di lain-lain kolej Universiti Putra Malaysia adalah disebabkan oleh kekangan masa dan juga jumlah kos yang diperlukan adalah tinggi. Selain itu, Kolej Mohamad Rashid merupakan kolej kediaman pengkaji. Malahan, hubungan baik di antara pengkaji dengan pihak pengurusan kolej memudahkan lagi proses penyelidikan ini.

12

BAB 2

KAJIAN-KAJIAN LEPAS 2.0: Pengenalan Kajian lepas merupakan satu analisis kajian yang berkaitan dengan pemasalahan yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lepas yang mana ianya menjelaskan mengenai teori-teori yang berkaitan disamping menunjukkan hasil yang diperolehi daripada kajian yang telah dibuat serta saranan-saranan atau idea-idea baru dalam memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kajian-kajian yang dibuat. Ia juga merupakan rujukan kepada para pengkaji yang ingin melakukan kajian yang serupa dengan kajian yang pernah di lakukan sebelum ini.

13

2.1: Gaya Hidup Sihat Gaya hidup sihat meliputi keseimbangan dari segi jasmani, fizikal, emosi, kesihatan, intelek dan juga rohani. Sekiranya salah satu dari aspek ini tidak dipenuhi, maka kita boleh katakan bahawa individu itu sebenarnya mempunyai gaya hidup yang tidak sihat. Dengan perubahan arus kemodenan yang berlaku ini menyebabkan ramai di kalangan kita sering mengambil mudah akan gaya hidup sihat ini terutama di kalangan wanita. Kurang mengambil makanan yang seimbang dan malas untuk melakukan senaman antara punca mengapa golongan wanita dikatakan tidak mempunyai gaya hidup yang sihat. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Zulkiflee dan Suhaida (2010), gaya hidup sihat merupakan gaya hidup yang menitikberatkan amalan gaya hidup yang aktif disamping mengekalkan kesihatan serta mencegah daripada berlakunya sebarang gejala penyakit iaitu dengan menjaga pemakanan. Seramai 109 responden mereka mempunyai persepsi yang positif terhadap penjagaan kesihatan dan pemakanan dalam gaya hidup sihat menurut Islam selain memberikan maklum balas yang baik terhadap implimentasi penjagaan kesihatan dan pemakanan dalam kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, menurut kajian yang dilakukan oleh Tracy, Erin dan Lauren (2008) terhadap 53 orang pelajar kolej mendapati bahawa perbezaan jantina akan memberikan atau menentukan persepsi yang berbeza terhadap konsep gaya hidup sihat. Melalui kajian ini juga mendapati bahawa pelajar lelaki mempunyai gaya hidup yang kurang sihat berbanding pelajar wanita dimana pelajar lelaki lebih mudah menghidapi tekanan darah tinggi atau penyakit jantung disebabkan oleh amalan gaya hidup mereka.

14

2.2: Tahap Pengetahuan Mengenai Konsep Amalan Gaya Hidup Sihat Tahap pengetahuan mengenai amalan gaya hidup sihat menunjukkan peningkatan akan tetapi, masyarakat kurang mempraktikkan pengetahuan yang mereka miliki dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan ini menyebabkan masyarakat sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seterusnya berkemungkinan mempunyai risiko menhidapi penyakit. Hal ini dapat di buktikan melalui kajian-kajian yang telah di lakukan sebelum ini. Norlilah (2004) telah menjalankan kajian ke atas seramai 390 orang pelajar yang terdiri daripada daripada 195 pelajar Ekonomi Rumah Tangga dan 195 orang pelajar bukan Ekonomi Rumah Tangga telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan pemakanan serta mengenalpasti tabiat makan dan kategori indeks jisim tubuh (BMI) pelajar di Wilayah Persekutuan. Hasil kajian mendapati bahawa seramai 182 orang pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi, 198 orang pelajar mempunyai tahap pengetahuan sederhana dan 10 orang pelajar yang lain pula mempunyai tahap pengetahuan yang rendah mengenai pemakanan. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa kebanyakkan pelajar mengamalkan tabiat makan yang positif yang mana mereka ini mengaplikasikan pengetahuan yang mereka perolehi dengan tabiat makan mereka. Walaubagaimanapun, menurut kajian oleh Md Amin Bin Md Taff (2005), pelajar-pelajar semester satu Universiti Pendidikan Sultan Idris ambilan Jun

2004/2005 memiliki pengetahuan yang tinggi mengenai gaya hidup sihat dan amalan gaya hidup sihat yang sederhana tinggi. Akan tetapi tidak terdapatnya hubungan diantara tahap pengetahuan dengan amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar. Ini menunjukkan bahawa pengetahuan yang mereka tidak dipraktikkan dalam

15

mengamalkan gaya hidup sihat ini. Rudd dan Glanz (1990) juga turut menyimpulkan bahawa pengetahuan tidak memainkan peranan yang besar dalam pembentukan amalan gaya hidup sihat. Begitu juga dengan kajian yang di lakukan oleh McMahan, Hampl, dan Chikamoto (2003). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pengetahuan pemakanan di kalangan pelajar universiti berbanding kajian pada tahun 1971. Walaubagaimanapun, masih ramai pelajar yang tidak mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam amalan seharian mereka. Selain itu, menurut kajian yang dilakukan oleh Ali, Mohsen, Mohammad dan Kazem (2011) terhadap seramai 415 pelajar mendapati bahawa terdapat korelasi positif yang signifikan antara pengetahuan pemakanan dan sikap; dan di antara sikap dan tabiat pemakanan makanan bagi pelajar lelaki dan perempuan. Ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan mengenai amalan pemakanan memainkan peranan yang penting pada tabiat pemakanan seseorang individu itu. Wetter, Goldberg, King, Sigmant-Grant, & al (2001) menegaskan bahawa pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan amalan masyarakat Amerika Syarikat terhadap amalan pemakanan dan sukan serta rekreasi. Malangnya pengetahuan ini kurang diamalkan dalam kehidupan seharian. Dapatan yang sama juga dilaporkan dalam kajian Morrow, Krzewinski-Malone, Jackson, Bungum, & Fitzgerald (2004). Kajian yang dijalankan oleh Aldinger, Dawood, Hanson, Lee dan Rinaldi (1999) mendapati bahawa tahap pengetahuan bahaya merokok yang tinggi dikalangan pelajar kolej tetapi tidak dapat menghentikan amalan merokok mereka. Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Reader, Carter, dan Crawford (1998) yang mana dapatan kajian menunjukkan bahawa responden memiliki pengetahuan

16

bahaya merokok yang tinggi. Walau bagaimanapun, pengetahuan ini tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Manakala bagi kajian yang dilakukan oleh Adekunle, Omotosho, Tanimola dan Oladimeji (2011) mengenai kesan pendidikan kesihatan terhadap tabiat menghisap rokok di institusi pengajian tinggi Utara Nigeria medapati bahawa sebanyak 67.9% responden dari kumpulan belajar (study group) dan 64.2% responden dari kumpulan kawalan (control group) mempunyai kesedaran bahawa menghisap rokok dikaitkan dengan kanser paru-paru. Ini menunjukkan bahawa dengan adanya pendidikan kesihatan, ianya dapat meningkatkan pengetahuan responden mengenai bahaya merokok dan telah mengubah sikap mereka terhadap rokok dimana ramai daripada mereka kini ingin berhenti merokok. Dapatan tersebut adalah sama dengan kajian yang dilakukan oleh Foong dan Tan (2008) dimana hasil kajian mereka juga mendapati bahawa terdapatnya kesedaran yang tinggi di kalangan responden mengenai bahaya merokok kepada kesihatan.

17

2.3: Tahap Kesihatan Menurut Hafidzah, Munira, Rozila dan Eleanor (2007), mendapati bahawa seramai 9 orang responden mereka mempunyai kurang berat badan, 44 orang mempunyai berat badan unggul manakala seramai 7 orang lagi mempunyai masalah kegemukan. Ini menunjukkan bahawa seramai 16 orang responden mempunyai tabiat pemakanan yang tidak baik serta kurang mengamalkan aktiviti riadah atau senaman. Menurut kajian yang sama oleh Norlilah (2004), telah menunjukkan bahawa dapatan bagi ukuran indeks jisim tubuh (BMI), seramai 94 orang pelajar dalam kategori berat badan normal, 72 orang pelajar dalam kategori kurang berat badan dan seramai 29 orang yang lain pula dalam kategori obes. Ini menunjukkan seramai 101 orang pelajar ini tidak menjaga berat badan mereka dengan baik atau kurang mengamalkan aktiviti-aktiviti riadah yang lain. Kajian yang dilakukan oleh Yahya dan Mohd Rozikin (2008) pada 172 orang pelajar Kolej Tuanku Canselor Universiti Teknologi Malaysia adalah bagi melihat persepsi pelajar terhadap pengaruh amalan pemakanan, amalan riadah, amalan pengurusan masa dan amalan persekitaran kepada berat badan mereka. Hasil kajian ini mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap amalan pemakanan, aktiviti riadah dan persekitaran tidak mempunyai pengaruh yang besar terhadap berat badan. Walaubagaimanapun, amalan aktiviti riadah mempunyai pengaruh yang besar terhadap berat badan. Ini menunjukkan bahawa responden mereka sangat

mementingkan aktiviti riadah bagi mengelakkan masalah berat badan serta menjaga kesihatan mereka.

18

Malah menurut kajian oleh Zaini, Noor Hidayah dan Osman (2000) terhadap 534 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 dari kawasan bandar dan luar bandar telah mendapati seramai 39 pelajar didapati mempunyai masalah lebihan berat badan dan obes manakala selebihnya di bawah paras BMI yang telah ditetapkan oleh mereka iaitu paras BMI > 25.00 telah di guna sebagai titik potong di dalam kajian ini untuk menunjukkan lebihan berat badan dan obes sedangkan BMI < 25.00 adalah sebaliknya. Selain itu, menurut Abdallah, Alaa-Eldin dan Naseem (2010), kajian mereka mendapati bahawa pelajar lelaki KSA (Kingdom of Saudi Arabian) mempunyai kadar yang tinggi bagi berat badan berlebihan dan obesiti seterusnya menunjukkan bahawa pelajar lelaki mempunyai amalan pemakanan yang kurang baik berbanding pelajar wanita KSA. Menurut kajian oleh Cynthia (2009) mendapati bahawa 35% pelajar kolej mengalami lebihan berat badan dan juga obesiti. Ini adalah disebabkan oleh amalan pemakanan yang kurang baik serta tidak mengamalkan aktiviti senaman dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan mereka.

19

2.4: Amalan Gaya Hidup Sihat 2.4.1: Amalan Pemakanan Amalan pemakanan yang seimbang dan sering melakukan senaman atau riadah merupakan kunci utama dalam mengamalkan gaya hidup sihat seseorang individu. Douglas dan Douglas (1984) menjalankan kajian terhadap 943 orang atlet universiti di Connecticut dan mendapati bahawa wanita mempunyai pengetahuan pemakanan yang lebih baik berbanding lelaki. Namun begitu, lelaki mempunyai amalan pemakanan yang lebih baik berbanding wanita. Hamidah (2006) telah menjalankan kajian ke atas seramai 381 orang pelajar sekolah menengah teknik yang dipilih bagi meninjau amalan pemakanan pelajar melalui konsistensi pengambilan makanan, kesedaran dan tahap pengetahuan mereka berkaitan pemakanan yang sihat serta kesannya terhadap konsentrasi pelajar semasa P&P. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar sekolah menengah teknik mengamalkan pemakanan yang sihat pada tahap sederhana. Manakala kajian yang dilakukan oleh John dan Chris (2010) terhadap 154 peninju sekolah tinggi dan kolej dan 7 orang jurulatih peninju mendapati bahawa responden mereka mempunyai tabiat pemakanan yang kurang baik berbanding dengan amalan senaman mereka. Keadaan ini menyebabkan prestasi mereka menurun kerana dehydration (kekurangan air) pada tubuh mereka. Dapatan yang serupa oleh Cynthia (2009) yang mana hasil kajian menunjukkan bahawa amalan pemakanan yang kurang baik dan kurang melakukan aktiviti fizikal akan menyumbang kepada kenaikan berat badan dan menyebabkan obesiti pada seseorang individu tersebut.

20

2.4.2: Aktiviti Riadah/Sukan Menurut Yahya dan Mohd Rozikin (2008), seramai 172 orang pelajar Kolej Tuanku Canselor Universiti Teknologi Malaysia telah dipilih sebagai respoden bagi melihat persepsi pelajar terhadap pengaruh amalan pemakanan, amalan riadah, amalan pengurusan masa dan amalan persekitaran kepada berat badan mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa amalan aktiviti riadah mempunyai pengaruh yang besar terhadap berat badan. Ini menunjukkan bahawa responden mereka sangat

mementingkan aktiviti riadah bagi mengelakkan masalah berat badan serta menjaga kesihatan mereka. Manakala menurut Yap S. F. (2009) mengatakan bahawa dengan mengamalkan senaman dapat mengekalkan tahap kesihatan seseorang individu itu. Menurut beliau juga, kajian yang ada sekarang mengkaji beberapa teori yang berkaitan dengan tingkah laku kesihatan dan model yang telah digunakan bagi memahami faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan seseorang individu dalam aktiviti fizikal atau senaman bagi mengekalkan kesihatannya. Selain itu, menurut kajian yang dilakukan oleh Jamsiah, Md Idris, Sharifa Ezat & Norfazilah (2007), kebanyakan responden mereka mempunyai masalah untuk meluangkan masa untuk bersenam disebabkan masa dan jadual kerja yang padat. Manakala prevalens kurang bersenam adalah tinggi di kalangan kaum wanita dan warga tua di kampung serta kemudahan untuk untuk melakukan aktiviti-aktiviti senaman adalah tidak mencukupi di kawasan mereka. Ini menyebabkan mereka kurang melakukan aktiviti-aktiviti senaman yang dapat mengekalkan tahap kesihatan mereka.

21

2.4.3: Tabiat Merokok Menurut Wechler, Rigotti, Gleduill, Hoyt, dan Lee (1998), terdapat peningkatan sebanyak 28 peratus dikalangan bilangan pelajar kolej yang merokok dari tahun 1993 1997. Mereka juga mendapati bahawa lebih satu per tiga pelajar baru dari kolej-kolej tersebut mempunyai tabiat merokok. Malah menurut kajian yang dilakukan oleh Lim, Amal, Hanjeet, Mashod dan yang lain (2006) terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat di sekitar Kota Tinggi mendapati bahawa kelaziman atau prevalences merokok di kalangan remaja lelaki adalah tinggi, terutamanya di kawasan FELDA. Keadaan ini menyumbang kepada masalah kesihatan berkaitan dengan merokok jika langkah-langkah pencegahan yang sepatutnya tidak diambil dengan sewajarnya. Walaubagaimanapun, menurut kajian yang dilakukan oleh Foong dan Tan (2008) pula mendapati hampir 60% daripada 3064 responden yang terdiri daripada pelajar perempuan sekolah menengah dan IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur dan Hulu Langat bersetuju bahawa masyarakat Malaysia sudah mula menerima wanita yang merokok. Selain itu, kajian mereka juga mendapati bahawa terdapatnya kesedaran yang tinggi di kalangan responden mengenai bahaya merokok kepada kesihatan. Kajian yang dilakukan oleh Zainudin dan Ahmad Hafizi (2006) terhadap 30 orang pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima menyatakan bahawa keputusan kajian keseluruhan mendapati faktor persekitaran adalah faktor yang lebih kuat dalam mempengaruhi pelajar merokok berbanding dengan faktor keluarga dan faktor rakan sebaya.

22

Akan tetapi, hasil kajian yang dilakukan oleh Lim, Sumarni, Kee, Christopher dan lain-lain (2010) mendapati bahawa faktor yang mempengaruhi seseorang individu itu merokok adalah faktor rakan sebaya dimana sebanyak 92.6% remaja adalah dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka untuk merokok. Tambahan pula, menurut kajian oleh Sufean (2004) mengatakan bahawa tabiat merokok ini merupakan cara untuk meredakan kepenatan bekerja, untuk menenangkan perasaan selain mencetuskan inspirasi dan meningkatkan keupayaan berfikir. Merokok juga dikatakan sebagai ukuran status kedewasaan, kematangan, dan kesediaan memikul tanggungjawab di kalangan lelaki khususnya. Menurut kajian yang dilakukan oleh Hassan dan Raja Roslan (2010) terhadap 104 orang pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mendapati Program Latihan Kecergasan Fizikal dapat meningkatkan tahap kesihatan mereka selain membantu dalam peningkatan tahap komunikaso, minda dan keyakinan diri pelajar. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa peratusan bagi persepsi pelajar terhadap aktiviti luar seperti senaman adalah tinggi iaitu 97.1%.

23

2.4.4: Stress Menurut kajian yang dilakukan oleh Mohamad Zaid, Ali, Siti Sarah, Ahmad Rizal dan Abdul Rashid (2008), menunjukkan bahawa tahap stress pelajar wanita kejuruteraan UTHM adalah berada pada tahap yang sederhana yang mana mereka boleh menangani stress yang mereka hadapi. Selain itu, melalui kajian ini juga mendapati bahawa pelajar wanita mudah untuk menghidapi stress dalam melaksanakan segala tugasan mereka di universiti. Selain itu, hasil kajian Cheng (2010) pula mendapati bahawa faktor utama yang menyebabkan seseorang individu itu mengalami stree/tekanan adalah disebabkan oleh kurangnya perhatian dan sokongan daripada ahli keluarga selain dari keadaan sosio-ekonomi keluarga tersebut. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa pelajar wanita mudah mengalami stress/tekanan. Hasil kajian ini adalah serupa dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Mohamad Zaid, Siti Sarah, Ahmad Rizal dan Abdul Rashid (2008). Manakala menurut Males dan Kerr (1996) pula mendapati bahawa individu yang mempunyai jawatan atau tahap akademik yang tinggi memiliki tahap stres yang tinggi berbanding individu berpendidikan rendah. ia juga menunjukkan bahawa ramai responden tidak mempunyai pengetahuan menangani stres dengan baik. Nasution (2000) pula menegaskan bahawa stres yang berpanjangan akan mengganggu pola hidup individu sehingga kesihatan mereka mungkin terganggu.

24

Menurut kajian yang dilakukan oleh Fariza (2005) terhadap 403 orang remaja lelaki dan perempuan mendapati bahawa remaja memang ada mengalami tekanan emosi yang majoriti remaja menunjukkan simptom dari aspek psikologi. Hasil kajian ini turut mendapati bahawa faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah faktor keluarga dan faktor persekitaran. Manakala dari aspek menangani tekanan pula, kebanyakan remaja menggunakan cara yang positif seperti bermain, bersukan, mendapatkan nasihat daripada kaunselor atau guru, berfikiran positif dan sebagainya.

25

2.5: Kesimpulan Berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dibuat, adalah dapat disimpulkan bahawa gaya hidup sihat ini meliputi beberapa aspek utama iaitu tabiat atau amalan pemakanan seseorang individu, aktiviti-aktiviti riadah atau sukan yang sering dilakukannya, kekerapan merokok (tabiat merokok) dan cara menangani stress yang dihadapinya dalam menjalani kehidupan sehariannya. Malah setiap dari aspek ini mempunyai perkaitan dengan tahap kesihatan individu tersebut. Begitu juga dengan tahap pengetahuan mereka mengenai konsep gaya hidup sihat yang juga mempunyai perkaitan dengan amalan gaya hidup sihat mereka.

26

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN 3.0: Pengenalan. Bab ini menyentuh tentang metodologi kajian yang dijalankan dalam proses membuat kajian, metodologi adalah satu perkara penting di mana ia menerangkan tentang kaedah atau cara bagaimana kajian dijalankan. Ini termasuklah reka bentuk kajian, lokasi kajian, populasi dan persempelan, instrumen, pengumpulan data dan analisi data.

27

3.1: Reka bentuk kajian. Kajian ini direkabentuk untuk melihat gaya hidup sihat dalam pelajar Kolej Mohamad, Universiti Putra Malaysia. Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu penggiraan BMI dan penggunaan set soal selidik yang diedarkan sendiri oleh penyelidik pada responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Mohamad Rashid itu sendiri. Kajian berbentuk deskriptif ini dapat memberikan satu gambaran mengenai sesuatu keadaan pada suatu masa tertentu disamping membolehkan penyelidik membuat perancangan pada masa akan datang. Menurut Azizi Yahaya (2006), kajian berbentuk deskriptif adalah bertujuan untuk mendapatkan ukuran ataupun gambaran berkaitan keadaan ataupun ciri populasi. Borang soal selidik digunakan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki yang mana faktor-faktor yang berkaitan dengan gaya hidup sihat pelajar dari pelbagai sudut seperti kesihatan, pemikiran, pemakanan, fahaman dan sebagainya. Tujuan kajian ini dijalankan untuk melihat bagaimanakah gaya hidup sihat yang diamalkan oleh pelajar universiti.

28

3.2: Populasi dan sampel kajian Populasi kajian hanya tertumpu kepada pelajar Kolej Mohamad Rashid, Universiti Putra Malaysia. Kolej Mohamad Rashid mempunyai seramai 305 orang pelajar. Sampel kajian ini melibatkan seramai 170 orang pelajar sebagai responden. Teknik persempelan yang digunakan dalam kajian ini adalah teknik persampelan secara rawak. Responden akan dipilih secara berselang seli berdasarkan senarai nama pelajar yang dibekalkan oleh pihak pengurusan kolej sendiri. Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian. Manakala menurut Portney dan Walkin (1993), sampel adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji. Penggunaan saiz sampel menurut Mohd. Majid (1998) perlu digalakkan melebihi 30 unit kerana andaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit. Dengan pertambahan saiz sampel akan lebih mewakili populasi dan mengurangkan ralat persampelan. Menurut Krejcie dan Morgan (1970), tatacara untuk menentukan saiz sampel adalah berdasarkan formula berikut: S= X2 NP(1-P) d2 (N-P) + X2 P(1-P) di mana: S = saiz sampel X2 = Jadual Nilai Khi-kuasa dua untuk 1 darjah kebebasan pada aras keyakinan 3.841 N = saiz populasi P = nisbah populasi (andaian .50) d= Darjah ketepatan (.05)

29

Penggiraan sampel bagi kajian ini: S= X2 NP(1-P) / d2 (N-P) + X2 P(1-P) S = 3.841 (305)(.50) (1-.50) / .052 (305-.50) + 3.841 (.50) (1-.50) S = 170

3.3: Instrumen kajian. Instrumen yang digunakan untuk kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Instrumen ini tidak perlu menggunakan masa yang lama bagi responden menjawab satu soal selidik serta tidak mengganggu responden yang mempunyai tugas-tugas lain serta kaedah ini dapat menjimatkan kos. Dalam keadaan masa dan kos yang terhad, ia merupakan cara yang paling sesuai digunakan. Pengunaan instrumen berbentuk soal selidik adalah amat berkesan jika ia disediakan dengan baik dan mempunyai item-item yang konsisten dan boleh dipercayai Cates (1980). Selain itu, Menurut Abdul Aziz (1995), kaedah ini merupakan cara yang terbaik dalam kajian analisis adalah mengedarkan soal selidik bagi mendapat maklumat yang diperlukan. Oleh itu, penyelidik memilih kaedah ini iaitu soal selidik sebagai instrumen utama dalam mendapatkan maklumat dan data yang lebih tepat. Terdapat 4 bahagian dalam borang soal selidik ini iaitu:

30

Bahagian A Bahagian latar belakang pelajar yang mengandungi maklumat demografi pelajar seperti umur, bangsa, agama, fakulti dan bidang pengajian yang di ambil. Bahagian B Bahagian status fizikal/kesihatan pelajar mengandungi maklumat berkaitan dengan kesihatan pelajar seperti berat dan tinggi, BMI, jenis penyakit yang dihidapi, status merokok dan kekerapan merokok. Bahagian C Bahagian pengetahuan gaya hidup sihat pula mengandungi soalan yang memuatkan enam item dalam empat subskala utama iaitu merokok, sukan dan rekreasi, amalan pemakanan dan stress. Setiap item ini menggunakan skala Likert lima mata iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat tidak setuju. Bahagian D Bahagian amalan gaya hidup sihat juga mengandungi soalan yang memuatkan sepuluh item dalam empat subskala iaitu merokok, sukan dan rekreasi, amalan pemakanan dan stress. Setiap item ini menggunakan skala likert lima mata iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat tidak setuju.

31

Bagi semua bahagian, item-item diukur berdasarkan darjah persetujuan yang dipersetujui responden pada lima mata berbentuk Likert. Penandaan darjah Skala Likert ditunjukkan dalam Jadual 3.1. Nilai skala adalah bergantung kepada bentuk item samada item itu mempunyai pernyataan positif atau negatif. Bagi item pernyataan positif, skala tinggi memberikan nilai yang tinggi manakala bagi item pernyataan negatif, skala tinggi memberi nilai yang rendah.

Jadual 3.1: Pemberatan Skala Likert

Pemberat Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju

Skor 1 2 3 4 5

32

3.4: Lokasi kajian. Lokasi kajian ini akan dijalankan di salah satu kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia iaitu Kolej Mohamad Rashid. Kolej ini dipilih berdasarkan penghuni kolej tersebut yang mempunyai pelbagai latar belakang serta merupakan kolej kediaman bagi pengkaji. Ini akan lebih memudahkan proses penyelidikan yang ingin di lakukan pengkaji.

3.5:Kajian Rintis Kajian rintis merupakan satu percubaan awal terhadap teknik dan prosedur kajian sebenar bagi mengukur kesahan dan kebolehpercayaan perlaksanaannya kelak (Wiersma, 1995). Menurut Wiersma (1995) lagi, keseluruhan prosedur kajian sebenar termasuk kaedah analisis data akan diuji dalam kajian rintis. Menurut Cohen dan Manion (1985) pula, kajian rintis bukan sahaja satu praktis yang baik untuk memperbaiki sebarang kesalahan (jika ada), malah ia juga berguna bagi melatih pengkaji mengendalikan kajian sebenar. Penyelidik perlu menjalankan kajian rintis untuk menentukan mutu instrumen yang telah dibentuk. Kajian rintis ini kadangkadang dikenali dengan nama kajian kesahan dan kebolehpercayaan atau kajian korelasi. Melalui kajian rintis ini, item-item yang bermutu atau item yang signifikan secara statistik telah dikenal pasti. Menurut Chua (2006), ujian rintis dijalankan dengan menggunakan sebilangan kecil (biasanya 20-40 orang) individu yang mempunyai latar belakang demografi yang serupa dengan responden kajian. Chua (2006) turut menyatakan bahawa pengkaji tidak boleh menggunakan sebilangan responden kajian sebagai responden ujian rintis.
33

Untuk tujuan ini seramai 70 orang pelajar UPM telah dipilih untuk menjalani kajian rintis ini. Nilai Alpha Cronbach bagi kajian ini adalah 0.724. Nilai interpretasi Alpha Cronbach digunakan untuk menentukan tahap kebolehpercayaan dan kesahan. Mohd Najib, (1999) menyatakan bahawa Alpha Cronbach merupakan koefiesien atau tahap kebolehpercayaan yang menunjukkan yang soalan-soalan kajian berhubungan antara satu dengan yang lain. Jika nilainya menghampiri 1.0, maka kebolehpercayaan soalansoalan yang dibina adalah tinggi dan berkesan. Nilai 0.0 menunjukkan kebolehpercayaan soalan-soalan yang dibina adalah rendah dan tidak berkesan. Walaubagaimanapun, Alpha Cronbach 0.6 masih boleh diterima bagi soalan-soalan yang dibina (Mohd Najib, 1999).

Jadual 3.2 : Interpretasi skor Alpha Cronbach

Skor Alpha Cronbach 0.9 - 1.0 0.8 0.9 0.7 0.8 0.6 0.7

Tahap Kebolehpercayaan

Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi Baik Baik dan boleh diterima Boleh diterima (sumber: Mohd Najib, 1999)

34

3.6: Pengumpulan data. Kaedah yang digunakan untuk pengumpulan data adalah dengan penggiraan BMI secara individu dan menggunakan borang soal selidik. Set borang soal selidik akan digunakan untuk mengumpul maklumat responden yang berkaitan dengan angkubah yang dikaji. Responden dikehendaki untuk mengisi sendiri borang soalselidik dengan pemerhatian yang minimum. Satu set soal selidik akan diberikan kepada pelajar yang terpilih. Terdapat 4 bahagian yang terdapat dalam borang soal selidik. Bahagian pertama soal-selidik meliputi maklumat latar belakang pelajar. Bahagian kedua pula mengandungi status/tahap kesihatan pelajar. Manakala bahagian ketiga pula merupakan bahagian pengetahuan pelajar mengenai gaya hidup sihat dan bahagian keempat merangkumi amalan pemakanan, aktiviti-aktiviti pelajar, cara menangani stress dan tabiat merokok. Selain itu, kajian ini juga dijalankan bagi mengenalpasti item-item yang diuji dalam soal selidik ini adalah bersesuaian serta mudah difahami oleh pelajar. Jika terdapat item-item yang tidak sesuai, maka ianya akan diperbaiki sebelum borang soal selidik yang sebenar diedarkan.

35

3.7: Analisis data. Data daripada borang soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan Stastical for Social Science (SPSS) versi 16. Output bagi data tersebut akan di analisis secara deskriptif dan inferensi. Objektif 1, 2 dan 3 akan di analisis secara deskriptif. Objektif 1 melibatkan penggiraan BMI pelajar manakala bagi objektif 2 dan objektif 3 pula meilbatkan melibatkan min, mode, peratusan dan pengelasan tahap menggunakan skor komposit tahap pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat pelajar. Bagi objektif 4 dan 5 pula akan dianalisis secara inferensi yang mana ianya akan menggunakan ujian kolerasi bagi menentukan perkaitan antara tahap kesihatan pelajar dengan amalan gaya hidup sihat mereka serta perkaitan antara tahap pengetahuan pelajar dengan amalan gaya hidup sihat mereka. Analisis Inferensi dijalankan bagi melihat kekuatan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan.

36

BAB 4

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik. Ia merupakan huraian kepada hasil tindakbalas responden terhadap soal selidik yang diedarkan. Analisis data dilakukan berasaskan soal selidik yang dijalankan ke atas 170 responden yang merupakan pelajar dari Kolej Mohamad Rashid, Universiti Putra Malaysia. Perbincangan bab ini dibahagi sepertimana berikut; 4.1: Latarbelakang responden 4.2: Analisis deskriptif 4.2.1: Tahap kesihatan pelajar KMR 4.2.2: Tahap pengetahuan pelajar KMR mengenai konsep gaya hidup sihat

37

4.2.3: Amalan gaya hidup sihat pelajar KMR 4.3: Analisis infrensi 4.3.1: Perkaitan antara tahap kesihatan pelajar KMR dengan amalan gaya hidup sihat mereka 4.3.2: Perkaitan antara tahap pengetahuan pelajar KMR dengan amalan gaya hidup sihat mereka 4.4: Analisis korelasi

38

4.1 Latar Belakang Responden Kajian Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia iaitu Kolej Mohamad Rashid. Jadual 4.1 menunjukkan demografi pelajar (umur, jantina dan bangsa) dalam kajian ini. Julat umur responden adalah di antara 20 sehingga 25 tahun ke atas dengan min umur adalah 23.33 tahun. Seramai 95 orang responden (55.9%) adalah berusia di antara 20 hingga 22 tahun dan 61 orang responden (35.9%) pula berusia di antara 23 hingga 25 tahun. Manakala seramai 14 orang responden (8.2%) adalah berusia 25 tahun ke atas. Bagi jantina pula, majoriti adalah pelajar perempuan iaitu seramai 104 orang (61.2%) manakala pelajar lelaki adalah seramai 66 orang (38.8%). Akhir sekali, seramai 102 orang responden (60%) adalah berbangsa Melayu. Diikuti oleh bangsa Cina seramai 34 orang (20%), bangsa India seramai 26 orang (15.3%) dan Lain-lain seramai 8 orang (4.7%).

39

Jadual 4.1 Latarbelakang responden (N=170) Variabel Umur (Tahun) 20-22 23-25 >25 N 95 61 14 % 55.9 35.9 8.2

Missing 0 Mean 23.33 Sd. 0.645 Min 1 Max 3 Jantina Lelaki 66 38.8 Perempuan 104 61.2 Bangsa Melayu 102 60.0 India 26 15.3 Cina 34 20.0 Lain-lain 8 4.7 Note: Sd.= Standard deviation, Min.= Minimum, Max.= Maximum

40

4.2 Analisis Deskriptif Terdapat 3 objektif yang di analisis secara deskriptif iaitu objektif 1, 2 dan juga 3. Objektif 1 melibatkan penggiraan BMI responden manakala Objektif 2 dan 3 pula melibatkan penggiraan min, mode, peratusan dan pengelasan tahap dengan menggunakan skor komposit tahap pengetahuan (rendah, sederhana dan tinggi) dan amalan gaya hidup sihat responden (skala likert).

4.2.1: Tahap kesihatan pelajar Kolej Mohamad Rashid Tahap kesihatan pada mulanya di ukur menggunakan kaedah pengukuran BMI dimana rumus bagi pengukuran ini adalah seperti berikut: Rajah 4.2.1 (a): Kaedah pengukuran BMI

BMI =

Berat Tinggi x tinggi

Terdapat empat jenis kategori dari penggiraan BMI ini iaitu: bawah 18.5 adalah kurang berat badan, antara 18.5 - 22.9 adalah berat ideal, antara 23 hingga 27.4 adalah agak lebih berat badan manakala 27.5 dan keatas adalah gemuk / obes. Jadual 4.2.1 (b) di bawah menunjukkan taburan responden mengikut BMI. Seramai 50% daripada responden didapati mempunyai berat badan diantara 18.5 hingga 22.9 iaitu berat badan ideal.

41

Jadual 4.2.1 (b): Taburan responden mengikut ukuran BMI Variabel BMI < 18.5 18.5-22.9 23-27.4 >27.5 N 23 85 44 18 % 13.5 50.0 25.9 10.6

Seterusnya responden akan di klasifikasikan mengikut 2 kategori iaitu sihat dan tidak sihat. Klasifikasi ini adalah ditentukan sendiri oleh penyelidik dengan berpandukan kepada kajian lepas serta mengikut standard yang telah di tetapkan oleh WHO. Ianya dikenalpasti dengan menyusun semula kategori-kategori BMI

mengikut klasifikasi berikut:

Rajah 4.2.1 (c): Klasifikasi BMI

KLASIFIKASI: 1. SIHAT 2. TIDAK SIHAT BMI: 18.5-22.9 dan 23-27.4 BMI: < 18.5 dan >27.5

42

Jadual 4.2.1 (d) menunjukkan taburan responden mengikut tahap kesihatan yang telah pun di klasifikasikan oleh penyelidik terlebih dahulu. Seramai 129 orang responden (75.9%) adalah sihat manakala 41 orang responden (24.1%) pula di klasifikasikan sebagai tidak sihat. Ini menunjukkan bahawa kebanyakkan responden dalam kajian ini amat mementingkan kesihatan mereka dan berada dalam keadaan sihat.

Jadual 4.2.1 (d): Taburan bilangan responden mengikut tahap kesihatan

Variabel Tahap kesihatan Sihat Tidak sihat

N 129 41

% 75.9 24.1

Jadual 4.2.1 (e) menunjukkan taburan tahap kesihatan responden mengikut bangsa. Bagi responden berbangsa Melayu seramai 71 orang yang sihat manakala selebihnya iaitu 31 orang pula di klasifikasikan sebagai tidak sihat. Bagi responden berbangsa Cina pula, seramai 26 orang adalah sihat manakala 8 orang pula adalah tidak sihat. Seterusnya adalah bangsa India yang mana seramai 25 orang adalah sihat dan hanya seorang sahaja yang di dapati adalah tidak sihat. Akhir sekali adalah Lainlain bangsa menunjukkan seramai 7 orang adalah sihat manakala bagi klasifikasi tidak sihat adalah seorang sahaja.

43

Jadual 4.2.1 (e): Taburan tahap kesihatan responden mengikut bangsa Tahap kesihatan Variabel Sihat Bangsa Melayu Cina India Lain-lain Jumlah 71 26 25 7 129 31 8 1 1 41 n Tidak sihat

Jadual 4.2.1 (f) menunjukkan taburan tahap kesihatan mengikut umur responden. Seramai 74 orang responden yang berumur di antara 20 hingga 22 tahun adalah sihat dan seramai 21 orang adalah tidak sihat mengikut golongan umur yang sama. Responden yang berumur di antara 23 hingga 25 tahun pula, seramai 47 orang adalah sihat manakala 14 orang lagi tidak sihat. Manakala responden yang berumur 25 tahun ke atas adalah di dapati bahawa seramai 8 orang adalah sihat dan 6 orang lagi adalah tidak sihat. Jadual 4.2.1 (f): Taburan tahap kesihatan responden mengikut umur Tahap kesihatan Variabel Sihat Umur (Tahun) 20-22 23-25 > 25 Jumlah 74 47 8 129 21 14 6 41 n Tidak sihat

44

Jadual 4.2.1 (g) pula menunjukkan

taburan tahap kesihatan responden

mengikut jantina mereka. Adalah di dapati bahawa bagi responden lelaki, seramai 55 orang dari mereka adalah sihat manakala selebihnya iaitu 11 orang lagi adalah tidak sihat. Bagi responden perempuan pula, seramai 74 orang adalah sihat manakala 30 orang lagi adalah tidak sihat. Jadual 4.2.1 (g): Taburan tahap kesihatan responden mengikut jantina Tahap kesihatan Variabel Sihat Jantina Lelaki Perempuan Jumlah 55 74 129 11 30 41 n Tidak sihat

45

4.2.2: Tahap pengetahuan pelajar Kolej Mohamad Rashid mengenai konsep gaya hidup sihat Jadual 4.2.2 (a) menunjukkan taburan nilai min (dari nilai min tertinggi hingga nilai min terendah) mengikut item/soalan pengetahuan mengenai konsep gaya hidup sihat. Ia juga menunjukkan bahawa nilai min yang tertinggi dan terendah adalah melibatkan aktiviti fizikal senaman dan bersukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pernyataan bersenam dapat mengekalkan tahap kecergasan serta penting untuk kesihatan jantung dan otak mempunyai nilai min yang tertinggi seramai 157 orang responden (92.4%) menyatakan mereka sangat bersetuju dan bersetuju bahawa bersenam dapat menyihatkan kesihatan jantung dan otak. Min yang terendah (2.49) pula adalah terhadap item pengamalan gaya hidup sihat adalah melalui aktiviti bersukan sahaja dimana 59 orang responden (34.7%) tidak bersetuju bahawa senaman satu-satunya faktor yang menyumbang kepada gaya hidup sihat. Purata min dengan nilai 3.62 menunjukkan kecenderungan pengetahuan mengenai gaya hidup sihat adalah ke arah memuaskan.

46

Jadual 4.2.2 (a): Taburan nilai min mengikut item/soalan tahap pengetahuan mengenai konsep gaya hidup sihat

SOALAN 1. Bersenam dapat mengekalkan tahap kecergasan serta penting untuk kesihatan jantung dan otak 2. merokok merbahaya kepada diri sendiri mahupun orang disekeliling 3. Merokok boleh merosakkan paru-paru dan menambah risiko serangan jantung, angin ahmar dan kanser (barah). 4. Bersenam hanya memenatkan badan dan satu pembaziran masa

MIN 4.41

4.36

4.32

4.26

5. Amalan pemakanan yang sihat mempengaruhi tahap kesihatan seseorang individu itu 6. Stress yang berpanjangan akan mengganggu pola hidup individu sehingga kesihatan mereka mungkin terganggu 7. Stress ialah tindakbalas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan serta boleh menjejaskan kesihatan 8. Melakukan aktiviti-aktiviti riadah dan menjaga tabiat pemakanan merupakan gaya hidup yang sihat 9. Pengambilan makanan yang tidak seimbang akan meyebabkan seseorang individu itu menghidapi pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan diabetes 10. Pengamalan gaya hidup sihat adalah melalui aktiviti bersukan sahaja Purata Min

4.16

4.15

4.15

4.01

3.95

2.49

3.62

47

Tahap pengetahuan responden diukur menggunakan 3 jenis tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Tahap-tahap ini pada awalnya ditentukan dengan menggunakan skala likert iaitu nilai 1 hingga 5. Kemudian skala likert dikodkan semula kepada 3 tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Pengukuran bagi menentukan tahap pengetahuan ini adalah seperti berikut: Rajah 4.2.2 (b): Kaedah pengukuran tahap pengetahuan

Jumlah soalan x Nilai skala (nilai yang paling tinggi) = 10 x 5 = 50 (50-5) = 15 3 5 19 = rendah 20 34 = sederhana 35 50 = tinggi

Jadual 4.2.2 (c) menunjukkan taburan bilangan pelajar mengikut tahap pengetahuan iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 85 orang (50%) mempunyai tahap pengetahuan tinggi, bagi tahap pengetahuan sederhana seramai 68 orang (40%) manakala seramai 17 orang (10%) pula mempunyai tahap pengetahuan rendah mengenai konsep gaya hidup sihat. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan responden adalah tinggi tetapi cenderung ke arah sederhana yang mana responden mempunyai pengetahuan mengenai konsep gaya hidup sihat adalah berdasarkan item-item yang tertentu sahaja.

48

Jadual 4.2.2 (c): Taburan bilangan responden mengikut tahap pengetahuan Kekerapan (n) Tinggi Sederhana Rendah Jumlah 85 68 17 170 Peratusan 50.0 40.0 10.0 100.0

Dapatan ini bertentangan dengan kajian yang dilakukan oleh Norlilah (2004) dimana kajiannya menunjukkan bahawa seramai 182 orang respoden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai amalan pemakanan. Walaubagaimanapun, menurut kajian yang dilakukan oleh Wetter, Goldberg, King, Sigmant-Grant, & al (2001) menegaskan bahawa pengetahuan dan amalan terhadap amalan pemakanan dan sukan serta rekreasi masyarakat Amerika Syarikat adalah tinggi dan ini bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh penyelidik.

49

4.2.3: Amalan gaya hidup sihat pelajar Kolej Mohamad Rashid Dalam objektif ini, terdapat empat (4) kategori amalan gaya hidup sihat yang telah dikenalpasti oleh penyelidik iaitu amalan pemakanan, amalan senaman/aktiviti riadah, amalan merokok dan juga cara responden menangani stress atau tekanan yang mereka hadapi. Jadual 4.2.3 (a) menunjukkan nilai min bagi setiap kategori bagi amalan gaya hidup sihat. Bagi kategori pertama adalah amalan pemakanan responden yang nilai purata min bagi kategori ini adalah 3.55. Kategori kedua pula adalah amalan senaman/aktiviti riadah responden yang mana nilai purata min kategori ini adalah 3.50. Seterusnya nilai purata min bagi kategori ketiga (merokok) adalah 2.80. Akhir sekali adalah nilai purata min bagi kategori stress/tekanan adalah 3.42. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden mengamalkan amalan gaya hidup sihat melalui penjagaan makanan dan juga senaman. Jadual 4.2.3 (a): Taburan min mengikut kategori amalan gaya hidup sihat Kategori 1. Amalan pemakanan 2. Senaman/aktiviti riadah 3. Stress/tekanan 4. Merokok Purata Min 3.55 3.50 3.42 2.80

50

Jadual 4.2.3 (b) di bawah menunjukkan taburan bagi tiga min tertinggi (mengikut pernyataan) bagi kategori amalan pemakanan. Pernyataan yang mempunyai nilai min tertinggi bagi kategori ini adalah pernyataan saya mengutamakan penyediaan makanan yang bersih dan sihat adalah satu kemestian dengan nilai min adalah 4.49. Manakala pernyataan yang mempunyai nilai min terendah pula adalah makan pada lewat malam terutamanya ketika hujung minggu dengan nilai min adalah 2.59. Dapatan menunjukkan bahawa seramai 98 orang responden (57.6%) sangat setuju dengan pernyataan Saya mengutamakan penyediaan makanan yang bersih dan sihat adalah satu kemestian. Manakala seramai 43 orang responden (25.3%) menyatakan bahawa mereka tidak setuju dengan pernyataan Makan pada lewat malam terutamanya ketika hujung minggu. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kebanyakkan responden amat mementingkan penyediaan makanan yang bersih dan sihat serta tidak gemar untuk makan pada lewat malam terutamanya pada hujung minggu. Jadual 4.2.3 (b): taburan 3 min tertinggi bagi kategori amalan pemakanan

SOALAN 1. Saya mengutamakan penyediaan makanan yang bersih dan sihat adalah satu kemestian 2. Saya mengamalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran 3. Saya mengambil sarapan pagi sebagai satu amalan dalam kehidupan

MIN 4.49

4.39 4.22

51

Jadual 4.2.3 (c) menunjukkan taburan bagi tiga min tertinggi (mengikut pernyataan) bagi kategori senaman/aktiviti riadah responden. Pernyataan yang mempunyai nilai min tertinggi bagi kategori ini adalah pernyataan Saya sering berjalan kaki dari kolej ke fakulti/librar y/tempat rekreasi sebagai ganti senaman dengan nilai min adalah 3.96, iaitu seramai 76 orang responden (45.9%) setuju dengan pernyataan ini. Manakala pernyataan yang mempunyai nilai min terendah pula adalah Saya melakukan aktiviti riadah atau senaman han ya pada hujung minggu sahaja dengan nilai min adalah 2.99 dimana seramai 62 orang responden (36.5%) menyatakan bahawa mereka kurang setuju dengan pernyataan ini. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kebanyakkan responden akan menggantikan senaman dengan berjalan kaki dari kolej ke fakulti atau tempat rekreasi serta tidak hanya melakukan melakukan senaman pada hujung minggu sahaja. Jadual 4.2.3 (c): taburan 3 min tertinggi bagi kategori senaman/aktiviti riadah SOALAN 1. Saya sering berjalan kaki dari kolej ke fakulti/library/tempat rekreasi sebagai ganti senaman 2. Saya menggunakan senaman sebagai satu cara untuk mengurangkan stress/tekanan 3. Saya mengamalkan senaman sebagai satu aktiviti fizikal yang dapat menyihatkan badan MIN 3.96

3.86

3.80

52

Jadual 4.2.3 (d) di bawah menunjukkan taburan bagi tiga min tertinggi (mengikut pernyataan) bagi kategori merokok. Pernyataan yang mempunyai nilai min tertinngi bagi kategori ini adalah pernyataan Merokok tidak menganggu keselesaan orang di sekeliling saya dengan nilai min adalah 4.45 yang mana seramai 119 (70%) responden sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Ini menunjukkan bahawa merokok amat menganggu keselesaan orang disekeliling mereka. Begitu juga dengan pernyataan yang mempunyai nilai min terendah iaitu Saya mula

belajar merokok kerana ajakan rakan yang mempunyai nilai min adalah 1.58 iaitu seramai 119 (70%) responden menyatakan bahawa mereka sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Jadual 4.2.3 (d): taburan 3 min tertinggi bagi kategori merokok SOALAN 1. Merokok menganggu keselesaan orang di sekeliling saya 2. Saya merasakan merokok boleh merugikan diri sendiri 3. Saya sedar tabiat merokok yang kerap boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan MIN 4.45 4.25 3.98

53

Jadual 4.2.3 (e) di bawah menunjukkan taburan bagi tiga min tertinggi (mengikut pernyataan) bagi kategori stress/tekanan. Pernyataan yang mempunyai nilai min tertinngi bagi kategori ini adalah pernyataan Apabila saya tertekan, saya akan melakukan aktiviti luar seperti pergi berhibur/menonton wayang/

bersukan/beriadah bersama rakan-rakan dengan nilai min adalah 3.99 iaitu seramai 66 orang responden (38.8%) setuju dengan pernyataan ini. Walaubagaimanapun bagi pernyataan Saya akan mengambil alkohol, dadah dan merokok bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi mempunyai nilai min terendah iaitu 1.83 dimana seramai 107 orang responden (62.9%) menyatakan bahawa mereka sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Dapat disimpulkan bahawa kebanyakkan responden menangani stress atau tekanan yang mereka hadapi dengan melakukan aktivitiaktiviti luar seperti menonton wayang, bersukan dan sebagainya berbanding mengambilalkohol, dadah dan merokok bagi mengurang tekanan yang mereka hadapi Jadual 4.2.3 (e): taburan 3 min tertinggi bagi kategori stress/tekanan

SOALAN 1. Apabila saya tertekan, saya akan melakukan aktiviti luar seperti pergi berhibur/menonton wayang/ bersukan/beriadah bersama rakan-rakan 2. Saya akan mendekatkan diri dengan Tuhan jika merasa tertekan/stress 3. Saya akan berkongsi masalah dengan rakan-rakan dan ahli keluarga jika merasa tertekan

MIN

3.99

3.85

3.80

54

4.3 Analisis Infrensi Terdapat dua objektif yang dianalisis secara infrensi iaitu objektif 4 dan 5. Analisis infrensi digunakan bagi melihat kekuatan hubungan antara pembolehubahpembolehubah yang berkaitan. Objektif-objektif ini dianalisis menggunakan ujian kolerasi bagi menentukan perkaian antara tahap kesihatan dan tahap pengetahuan responden dengan amalan gaya hidup sihat mereka. 4.3.1: Perkaitan antara tahap kesihatan pelajar KMR dengan amalan gaya hidup sihat mereka Jadual 4.3.1 (a) menunjukkan perkaitan antara tahap kesihatan pelajar KMR dengan amalan gaya hidup sihat mereka. Bagi kategori amalan pemakanan, didapati bahawa nilai p = 0.321 yang mana nilai p ini adalah atas daripada nilai = 0.05. Ini bermakna tahap kesihatan responden adalah tidak signifikan atau berkaitan dengan amalan pemakanan mereka. Bagi kategori senaman/aktiviti riadah, didapati bahawa nilai p = 0.002 yang nilai p ini adalah di bawah nilai = 0.05. Ini bermakna tahap kesihatan responden adalah signifikan atau berkaitan dengan senaman/aktiviti riadah mereka. Seterusnya adalah kategori merokok dimana nilai p = 0.350. Nilai p ini adalah di atas nilai = 0.05. Ini bermakna tidak terdapat perkaitan signifikan diantara tahap kesihatan responden dengan kategori merokok ini. Akhir sekali adalah kategori stress/tekanan yang nilai p = 0.137, juga berada diatas nilai = 0.05. Ini bermakna tidak terdapat perkaitan yang signifikan diantara tahap kesihatan responden dengan kategori ini. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa tahap kesihatan pelajar ada perkaitan dengan tabiat senaman mereka di mana mereka

55

sering melakukan aktiviti-aktiviti senaman atau melakukan aktiviti riadah bagi mengekalkan tahap kesihatan mereka. Dapat disimpulkan bahawa senaman memainkan peranan yang amat penting dalam mengekalkan tahap kesihatan seseorang individu. Malahan terdapat kajian lepas yang menunjukkan bahawa pengamalan senaman dan aktiviti riadah mempunyai pengaruh yang besar terhadap berat badan dan tahap kesihatan. Dapatan ini hampir serupa dengan kajian yang pernah dilakukan oleh Yahya dan Mohd Rozikin (2008) dimana hasil kajian mereka menunjukkan bahawa responden mereka sangat mementingkan aktiviti riadah bagi mengelakkan masalah berat badan serta menjaga kesihatan mereka. Jadual 4.3.1 (a): Perkaitan antara tahap kesihatan pelajar KMR dengan amalan gaya hidup sihat mereka

Pembolehubah r Amalan pemakanan Senaman/aktiviti riadah Merokok Stress/tekanan -0.077 0.231** -0.072 0.114

Tahap kesihatan P 0.321 0.002 0.350 0. 137

**. Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.05 (2-tailed).

56

4.3.2: Perkaitan antara tahap pengetahuan pelajar KMR dengan amalan gaya hidup sihat mereka Jadual 4.3.2 (a) menunjukkan perkaitan antara tahap pengetahuan pelajar KMR dengan amalan gaya hidup sihat mereka. Bagi kategori amalan pemakanan, didapati bahawa nilai p = 0.081 yang mana nilai p ini adalah atas daripada nilai = 0.05. Ini bermakna tiada perkaitan yang signifikan di antara tahap pengetahauan responden dengan amalan pemakanan mereka. Bagi kategori senaman/aktiviti riadah, didapati bahawa nilai p = 0.570 yang nilai p ini adalah di atas nilai = 0.05. Ini bermakna tahap pengetahuan responden adalah tidak signifikan dengan senaman/aktiviti riadah mereka. Seterusnya adalah kategori merokok dimana nilai p = 0.042. Nilai p ini adalah di bawah nilai = 0.05. Ini bermakna terdapat perkaitan yang signifikan di antara tahap pengetahuan responden dengan kategori merokok ini. Akhir sekali adalah kategori stress/tekanan yang nilai p = 0.538, iaitu berada di atas nilai = 0.05. Ini bermakna tidak terdapat perkaitan yang signifikan diantara tahap pengetahuan responden dengan kategori ini. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa tahap pengetahuan pelajar ada perkaitan dengan kategori merokok di mana kebanyakkan responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kategori ini serta tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Dapat disimpulkan bahawa pengetahuan mengenai keburukan merokok memainkan peranan yang amat penting dalam pengamalan gaya hidup sihat seseorang individu dimana hampir kesemua responden mengetahui akan keburukan merokok dan tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka.

Walaubagaimanapun, dapatan ini bertentangan dengan kajian yang dilakukan oleh

57

Reader, Carter, dan Crawford (1998). Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa tahap pengetahuan mengenai keburukan merokok tidak mempengaruhi amalan gaya hidup sihat seseorang individu tersebut dimana responden tidak mengaplikasikan pengetahuan ini dalam kehidupan seharian mereka. Jadual 4.3.2 (a): Perkaitan antara tahap pengetahuan pelajar KMR dengan amalan gaya hidup sihat mereka Pembolehubah r Amalan pemakanan Senaman/aktiviti riadah Merokok Stress/tekanan 0.134 0.044 0.156* 0.048 Tahap pengetahuan P 0.081 0.570 0.042 0.538

*. Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.05 (2-tailed).

58

4.4: Analisis Korelasi Seterusnya adalah pengujian kekuatan hubungan antara dua pembolehubah dengan menggunakan analisis korelasi. Penggunaan analisis korelasi adalah untuk menguji kekuatan hubungan antara dua pembolehubah dimana hubungan korelasi r adalah dalam julat -1< r <+1. Bagi menguji kekuatan hubungan linear antara dua pembolehubah perlulah diwujudkan pekali korelasi terlebih dahulu. sifat-sifat hubungan korelasi (Levin dan Fox, 1998) adalah seperti berikut: Jadual 4.4 (a): sifat-sifat hubungan korelasi -1.00 -0.60 -0.30 -0.10 0.00 +0.10 +0.30 +0.60 +1.00 Hubungan korelasi negatif yang sempurna Hubungan korelasi negatif yang kuat Hubungan korelasi negatif yang sederhana Hubungan korelasi negatif yang lemah Tiada hubungan korelasi Hubungan korelasi positif yang lemah Hubungan korelasi positif yang sederhana Hubungan korelasi positif yang kuat Hubungan korelasi positif yang sempurna

59

Hubungan korelasi bagi kajian ini adalah berdasarkan Guilford (1956) yang memberikan interprestasi terhadap r, adalah dinyatakan dalam jadual berikut: Jadual 4.4 (b): Pentafsiran Guilford

Nilai bawah .20 .20 - .40 .40 - .70 .70 - .90 .90 - 1.00

Pentafsiran Sedikit, hubungan hampir diabaikan (hubungan yang sangat rendah) Korelasi yang rendah; hubungan tentu tetapi kecil (korelasi rendah) Hubungan yang sederhana; hubungan besar (korelasi sederhana) Korelasi yang tinggi; hubungan ketara Hubungan yang sangat tinggi; hubungan yang boleh dipercayai

Berdasarkan hubungan korelasi oleh Guilford (1956), adalah didapati bahawa hubungan antara tahap kesihatan pelajar KMR dengan amalan senaman/ aktiviti riadah mereka adalah r = 0.231 yang mana hubungan korelasi antara pembolehubah adalah rendah dimana ianya mempunyai hubungan yang tertentu tetapi hubungan itu adalah kecil. Manakala bagi hubungan antara tahap pengetahuan pelajar KMR dengan amalan merokok mereka adalah r = 0.156 dimana terdapat sedikit hubungan kolerasi antara pembolehubah tetapi hubungan antara pembolehubah adalah hampir diabaikan (hampir tidak mempunyai hubungan).

60

BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan Bab ini merumuskan dapatan kajian berdasarkan hasil perbincangan kajian pada bab empat. Kajian ini melibatkan seramai 170 orang responden yang merupakan pelajar-pelajar di salah satu kolej kediaman UPM iaitu Kolej Mohamad Rashid. Kesimpulan dibuat berdasarkan kepada perbincangan ke atas dapatan yang telah diperolehi. Dalam bab ini turut dikemukakan beberapa cadangan untuk memperbaiki kelemahan yang telah dilakukan sepanjang kajian dijalankan dan cadangan yang boleh digunapakai oleh pihak universiti, pelajar dan juga pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, cadangan juga dikemukakan untuk membuka ruang kepada kajian lanjutan dijalankan ke atas bidang ini.

61

5.1: Rumusan Kajian ini dijalankan menggunakan borang soal selidik dan penggiraan BMI secara individu oleh responden. Terdapat empat bahagian dalam borang soal selidk yang digunakan iaitu bahagian A adalah mengenai latarbelakang responden, bahagian B adalah mengenai status fizikal/kesihatan responden, bahagian C adalah mengenai pengetahuan gaya hidup sihat responden manakala bahagian D pula adalah mengenai amalan gaya hidup sihat responden yang terbahagi kepada empat subskala iaitu amalan pemakanan, aktiviti sukan/riadah, amalan merokok dan juga stress/tekanan. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti gaya hidup sihat pelajar-pelajar Kolej Mohamad Rashid. Selain itu, kajian ini memperkayakan pengetahuan berkaitan amalan gaya hidup sihat di samping meningkatkan kesedaran pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi menjaga kesihatan mereka. Berdasarkan dapatan kajian yang telah dilakukan pada bab empat, terdapat beberapa kesimpulan yang dapat dibuat. Pertama, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesihatan majoriti responden adalah berada di tahap yang baik berdasarkan pengukuran BMI mereka. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden amat mementingkan kesihatan mereka dan berada dalam keadaan sihat. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa responden pada umumnya mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tetapi cenderung ke arah sederhana terhadap gaya hidup sihat secara keseluruhannya dimana ianya menunjukkan aspek senaman dan aktiviti riadah mempunyai nilai min yang tertinggi sekaligus menunjukkan bahawa responden mengamalkan pengetahuan yang diketahuinya mengenai kelebihan bersenam dalam kehidupan seharian mereka. Ianya adalah selaras dengan tahap kesihatan responden yang mana majoriti responden mempunyai

62

tahap kesihatan yang tinggi. Dapatan ini bertentangan dengan kajian yang dilakukan oleh Wetter, Goldberg, King, Sigmant-Grant & al (2001) yang mana mereka menegaskan bahawa walaupun masyarakat Amerika Syarikat mempunyai

pengetahuan yang tinggi terhadap amalan pemakanan dan sukan serta rekreasi, tetapi pengetahuan ini kurang di amalkan dalam kehidupan seharian. Seterusnya adalah mengenai amalan gaya hidup sihat responden yang mana dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai purata min bagi subskala amalan pemakanan responden adalah tertinggi berbanding amalan merokok yang mempunyai nilai purata min yang terendah. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden mengamalkan amalan gaya hidup sihat melalui penjagaan makanan dan juga senaman. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan atau perkaitan antara tahap kesihatan dan amalan gaya hidup sihat iaitu subskala senaman/aktiviti riadah bagi responden yang dikaji tetapi tidak terdapat hubungan atau perkaitan dengan subskala amalan pemakanan, merokok dan juga stress. Dapatan ini adalah selaras dengan kajian yang di lakukan oleh Yahya dan Mohd Rozikin (2008), bahawa amalan aktiviti riadah mempunyai pengaruh yang besar terhdapa berat badan yang mana responden mereka akan melakukan aktiviti riadah bagi mengelakkan masalah berat badan serta menjaga kesihatan mereka. Dapatan kajian seterusnya menunjukkan terdapat hubungan antara tahap pengetahuan dengan amalan gaya hidup sihat iaitu subskala merokok bagi responden yang dikaji tetapi tidak terdapat hubungan dengan subskala amalan pemakanan, senaman/aktiviti riadah mahupun stress. Dapatan ini adalah selaras dengan kajian yang di lakukan oleh Foong dan Tan (2008), bahawa kesedaran mengenai bahaya merokok telah mengubah sikap responden mereka. Begitu jugan dengan kajian yang

63

dilakukan oleh Adekunle, Omotosho, Tanimola dan Oladimeji yang mempunyai dapatan yang sama. Akan tetapi, dapatan kajian ini adalah bertentangan dengan kajian yang di lakukan oleh Aldinger, Dawood, Hanson, Lee dan Rinaldi (1999) yang menegaskan bahawa walaupun responden mereka mempunyai kesedaran mengenai bahaya merokok, malangnya pengetahuan ini tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Secara keseluruhannya adalah di dapati bahawa majoriti responden kajian ini mempunyai tahap kesihatan yang baik selain mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tetapi cenderung ke arah sederhana mengenai konsep gaya hidup sihat. Selain itu, majoriti responden di dapati sering mengamalkan amalan gaya hidup sihat terutamanya dari segi amalan senaman/ riadah demi menjaga kesihatan mereka.

64

5.2 Cadangan Sejak awal 2007, Kementerian Kesihatan telah membelanjakan sebanyak RM180 juta atau 20% daripada bajet tahunan berjumlah RM900 juta bagi tujuan kos ubat-ubatan untuk penyakit kronik seperti diabetes, kolestrol yang tinggi dan sebagainya (Kosmo, 2009). Ini menunjukkan keprihatian pihak kerajaan dalam menjamin kesihatan rakyat Malaysia. Oleh demikian, penyelidik turut mengemukakan beberapa cadangan di dalam aspek pengetahuan tahap kesihatan dan amalan gaya hidup sihat juga bagi tujuan penyelidikan pada masa hadapan : 1. Meningkatkan aktiviti pendidikan pemakanan oleh kolej-kolej kediaman di universiti bagi meningkatkan tahap kesihatan 2. Mempromosikan kempen gaya hidup sihat di kalangan pelajar universiti khususnya bagi mereka yang menetap di kolej-kolej kediaman. 3. Kajian-kajian yang akan datang perlu ditumpukan terhadap sampel dan situasi yang lain yang lebih besar dan menyeluruh bagi mendapat hasil yang lebih lengkap, tepat dan lebih signifikan, misalnya terhadap pelajar di universiti yang berlainanan, masyarakat di sebuah negeri atau melibatkan populasi pada peringkat nasional. 4. Masyarakat mestilah memberikan sepenuh sokongan dan membudayakan gaya hidup sihat ini di dalam kehidupan seharian mereka

65

5.3 Penutup Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang memberikan keutamaan kepada amalan hidup yang aktif, mengekalkan kesihatan dan mencegah daripada berlakunya sebarang gejala penyakit. Bukanlah menjadi satu kemustahilan bagi seseorang itu menikmati kesihatan yang berpanjangan dan mengalami kehidupan yang selesa. Melalui gaya hidup sihat segalanya bukan mimpi dan mampu dicapai oleh sesiapa jua. Gaya hidup sihat perlu diamalkan oleh setiap orang tanpa halangan usia, latar belakang kehidupan, perkauman, agama mahupun status kehidupan mereka. Melalui hasil kajian ini sedikit sebanyak memberikan gambaran dan memaparkan kepada kita tentang sejauhmana tahap pengetahuan, tahap kesihatan dan amalan gaya hidup sihat sebahagian masyarakat di negara kita atau secara tepatnya di kalangan pelajar universiti yang menjadi responden kajian ini. Apa jua dapatan yang diperolehi sekurang-kurangnya berupaya menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh penyelidik. Namun demikian, penyelidik beranggapan yang kajian ini adalah merupakan permulaan ke arah penghasilan banyak lagi dimensi kajian yang perlu dilakukan pada masa-masa yang akan datang.

66

RUJUKAN Abdallah S., Alaa-Eldin A., & Naseem M. (2010). Obesity and eating habits among college students in Saudi Arabia: a cross sectional study. Nutrition Journal, 9(39), 1-10

Adekunle S., Omotosho M., Tanimola A., & Oladimeji B. (2011). Effects of health education on cigarette smoking habits of young adults in tertiary institutions in a northern Nigerian state. Health Science Journal, 5(3), 216-228

Ali B., Mohsen E., Mohammad A. & Kazem R. (2011). A study of nutrition knowledge, attitudes and food habits of college students. World Applied Sciences Journal, 15 (7), 1012-1017 Arunna N. (2010). Gambaran tingkat pengetahuan anak tahap 2 Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Mak Mandin, Pulau Pinang tentang bahaya merokok. Disertasi tidak diterbitkan. Universitas Sumatera Utara.
Azrul A. S. (2007, Mei 21). Ramai amal gaya hidup tak sihat. Berita harian. Di ambil

daripada http://bharian.com.my

Cheng K. W. (2010). A study of stress sources among college students in Taiwan. Journal of Academic and Business Ethics. 2-8

Cynthia M. F. (2009). The college experience: physical activity, nutrition, and implications for intervention and future research. Journal of Exercise Physiology, 12(1), 23-35 Douglas, P. D., & Douglas, J. G. (1984). Nutrition knowledge and food practices of high school athletes. Journal of the Nutrition Education, 84, 120 - 125.

Fariza M. S. (2005). Tekanan emosi remaja islam. Islamiyyat, 27(1), 3-24

67

Farooqi, A., Nagra, D., Edgar, T., & Khunti, K. (2000). Attitudes to lifestyle risk factors for coronary heart disease amongst South Asians in Leicester: A focus group study. Health and Medical Complete, 17(4), 293 - 297.

Foong K. & Tan Y. L. (2008). Smoking in girls and young women in Malaysia. 775. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Hafidzah, A. K., Munira, M., Rozila, M. I., & Eleanor A. (2007). Kegemukan di Kalangan Pelajar-Pelajar KPLI Opsyen Pendidikan Jasmani Institut Perguruan Ilmu Khas. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang

Hamidah N. M. Y. (2006). Amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar Sekolah Menengah Teknik. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Universiti Tun Hussien Onn, Johor

Hassan A. & Raja Roslan R. A. R. (2010). Keberkesanan pelaksanaan aktiviti fizikal terhadap pembangunan diri pelajar: satu tinjauan. Journal of Human Capital Development, 3(2), 119-132

Jamsiah M., Md Idris M. N., Sharifa Ezat W.P. & Norfazilah A. (2007). Amalan senaman dan faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan Penduduk kg. Bangi, Daerah Hulu Langat, Selangor D.E. Malaysia. Jabatan Kesihatan Masyarakat, 13(1), 38-43

John G. & Chris S. (2010). Nutritional, dietary, and exercise habits of high school and college wrestlers. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Worcester Polytechnic Institute, United States

Lim C. J., Suzana S., Hanis M. Y., The S. C. & al, e. (2010). Tahap pengetahuan pemakanan dan kesedaran kesihatan di kalangan pesakit diabetes mellitus di Klinik Kesihatan, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. Sains Malaysiana, 39(3), 505511
68

Lim, K.H., Amal, N.M., Hanjeet, K., Mashod, M.Y. & al,e. (2006). Prevalence and factors related to smoking among secondary school students in Kota Tinggi District, Johor, Malaysia. Tropical Biomedicine, 23(1): 7584

Lim, K.H., Sumarni M.G., Kee C.C., Christopher V.M. & al, e. (2010). Prevalence and factors associated with smoking among form four students in Petaling District, Selangor, Malaysia. Tropical Biomedicine, 27(3): 394403

Males, J. R., & Kerr, J. H. (1996). Stress, emotional performance in elite slalom canoeists. The Sport Psychologist, 10, 36 - 40.

McMahan, S., Hampl, J., & Chikamoto, Y. (2003). A "fat tax": Knowledge and attitudes of snack food taxing among college students. American Journal of Health Education, 34(6), 329-334.

Md. Amin, M. T. (2005). Tinjauan tahap pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar semester satu ambilan jun sesi 2004/2005 Universiti Pendidikan Sultan Idris. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak

Melati M. A. (2009, Mac 18). Bendung generasi makanan ringan. Kosmo. Di ambil daripada http://kosmo.com.my

Mohamad, Z. M., Ali, S., Siti, S. M., Ahmad, R. M. & Abdul R. R. (2008) . Kajian stres dalam kalangan pelajar wanita program Sarjana Muda Kejuruteraan Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Universiti Tun Hussein Onn, Johor

Morrow, J. R., Krzewinski-Malone, J. A., Jackson, A. W., Bungum, T. J. & Fitzgerald S. J. (2004). American adults' knowledge of exercise recommendations. Research Quarterly for Exercise and Sports, 75(3), 231 237

69

Nasution, Y. (2000). Sumber stres bagi atlit pelajar. Departemen Pendidikan Nasional Republik Indonesia, 14, 23 - 30.

Norlilah Y. (2004). Hubungan antara pengetahuan pemakanan serta tabiat makan di kalangan pelajar tingkatan empat di Wilayah Persekutuan. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia, Serdang

Reader, E. G., Carter, A., & Crawford, A. (1998). Smoking, knowledge, attitudes and behaviours: A study with university student. Health Education Journal, 47, 125 - 127.

Rudd, J., & Glanz, K. (1990). How individuals use information for health action: Consumer information processing. In K. Glanz, F. Marcus-Lewis & B. K. Rimer (Eds.), Health behaviour and health education: Theory research and prectice (pp. 115 - 139). San Francisco: Joey-Bass.

Sufean R. M. (2004). Dasar warga sihat: isu psikologi faktor remaja sekolah merokok. Jurnal Pendidikan. 141-161

Sukhairi, A. T. (2010, Jun 12). Remaja perempuan merokok mengatasi lelaki. Berita harian. Di ambil daripada http://bharian.com.my Tracy B., Erin E. & Lauren H. (2008). Gender Influence on Perceptions of Healthy and Unhealthy Lifestyles. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, University of North Florida, Florida

Wechler, H., Rigotti, N. A., Gleduill, Hoyt, J., & Lee, H. (1998). Increased level of cigarette use among college students. Journal of American Medical Association, 280(19), 1673 - 1678.

Wetter, A. C., Goldberg, J. P., King, A. C., Sigmant-Grant, M., & al, e. (2001). How and why do individuals make food and physical activity choices. Nutrition Reviews, 59(3), 11 - 20.

70

Yahya B. & Rozikin M. (2008). Persepsi pelajar Kolej Tuanku Canselor Universiti Teknologi Malaysia terhadap pengaruh amalan pemakanan, amalan riadah, amalan pengurusan masa dan amalan persekitaran terhadap berat badan. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor

Yap S. F. (2009). Exercise as a healthy lifestyle choice: a review and avenues for future research. International Business Research, 2(1), 146-158

Zaini, H., Noor Hidayah, I. & Osman, A. (2000). Prevalens lebihan berat badan dan
obesiti di kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Kelantan. Buletin Kesihatan Masyarakat, 6, 8-18

Zainudin A. B. & Ahmad Hafizi S. (2006). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tingkah Laku Merokok Di Kalangan Pelajar Sekolah : Satu Tinjauan Di SMK Taman Selesa Jaya 2, Skudai, Johor. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor

Zubaidah. Z. (2004). Faktor-faktor yang mendorong pelajar sekolah menengah merokok: kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya, Johor Bharu. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Universiti Teknolgi Malaysia, Johor

Zulkiflee, H. & Suhaida, H. (2010). Persepsi Mahasiswa SPI Terhadap Amalan Gaya Hidup Sihat Menurut Islam Dalam Aspek Penjagaan Kesihatan Dan Pemakanan. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor

71

LAMPIRAN:

BORANG SOAL SELIDIK

72

GAYA HIDUP SIHAT DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.

BORANG SOAL SELIDIK Kaji selidik ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia.

Adalah dimaklumkan bahawa maklumat yang diperolehi dari kajian ini adalah sulit dan hanya akan digunakan sebagai data ilmiah dan diterbitkan di dalam laporan dan jurnal akademik sahaja.

73

BAHAGIAN A: LATARBELAKANG RESPONDEN Jantina: Umur: Lelaki 20-22 tahun 23-25 tahun 25 tahun keatas Bangsa: Melayu India Cina Lain-lain Perempuan

Agama:

Islam Buddha

Hindu Lain-lain

Kelulusan Akademik: SPM STPM Diploma Ijazah

74

BAHAGIAN B: STATUS FIZIKAL/ KESIHATAN Berat anda: ________________________________ Tinggi anda: _______________________________ *BMI Berat Tinggi x tinggi : _________________________

Jenis penyakit yang dihidapi (jika ada): ______________________

Status merokok: YA

TIDAK

Jika ya, apakah kekerapan merokok anda: SELALU KADANG-KADANG SEKALI-SEKALA

*PETUNJUK BMI

Bawah 18.5 = kurang berat Antara 18.5 - 22.9 = berat ideal 23 hingga 27.4 = agak lebih berat 27.5 dan keatas = gemuk / obes

UNTUK DIISI OLEH PENYELIDIK SIHAT TIDAK SIHAT

75

BAHAGIAN C: TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KONSEP GAYA HIDUP SIHAT Arahan: Silakan ( / ) pada jawapan yang berkenaan

1 Sangat tidak setuju

2 Tidak setuju

3 Kurang setuju

4 Setuju

5 Sangat setuju

1 Amalan pemakanan yang sihat mempengaruhi tahap kesihatan seseorang individu itu Pengambilan makanan yang tidak seimbang akan meyebabkan seseorang individu itu menghidapi pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan diabetes Pengamalan gaya hidup sihat adalah melalui aktiviti bersukan sahaja Melakukan aktiviti-aktiviti riadah dan menjaga tabiat pemakanan merupakan gaya hidup yang sihat merokok merbahaya kepada diri sendiri mahupun orang di sekeliling

Merokok boleh merosakkan paru-paru dan menambah risiko serangan jantung, angin ahmar dan kanser (barah). Stress ialah tindakbalas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan serta boleh menjejaskan kesihatan Stress yang berpanjangan akan mengganggu pola hidup individu sehingga kesihatan mereka mungkin terganggu

76

Bersenam dapat mengekalkan tahap kecergasan serta penting untuk kesihatan jantung dan otak Bersenam hanya memenatkan badan dan satu pembaziran masa

10

77

BAHAGIAN D: AMALAN GAYA HIDUP SIHAT Arahan: Silakan ( / ) pada jawapan yang berkenaan 1 Sangat tidak setuju 2 Tidak setuju 3 Kurang setuju 4 Setuju 5 Sangat setuju

1. Amalan Pemakanan

Saya: 1 Mengutamakan penyediaan makanan yang bersih dan sihat adalah satu kemestian Mengamalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran Mengambil sarapan pagi sebagai satu amalan dalam kehidupan Mengambil makanan berserat tinggi bagi membantu proses penghadaman Makan makanan yang direbus bagi mengurangkan kadar kolesterol dalam badan Makan pada lewat malam terutamanya ketika hujung minggu Makan makanan segera pada waktu tengahari atau malam Tidak mengambil sarapan dan hanya makan pada waktu tengahari sahaja Mengambil makanan yang berat hanya pada waktu makan tengahari sahaja dan makan makanan ringan pada waktu malam Memilih makanan ringan atau makanan segera berbanding makanan berat sebagai sajian harian

10

78

2. Amalan Senaman/Aktiviti Rekreasi

1 1 Saya mengamalkan senaman sebagai satu aktiviti fizikal yang dapat menyihatkan badan Saya menggunakan senaman sebagai satu cara untuk mengurangkan stress/tekanan Saya sering berjalan kaki dari kolej ke fakulti/library/tempat rekreasi sebagai ganti senaman Saya bersenam sekurang-kurangnya 20 minit 3 kali seminggu Saya sentiasa melakukan senaman atau beriadah jika ada masa terluang Saya melakukan aktiviti riadah atau senaman hanya pada hujung minggu sahaja Saya hanya melakukan senaman jika ada ajakan dari rakan-rakan

79

3. Tabiat Merokok

1 1 Saya pernah mencuba-cuba untuk merokok Kebanyakkan ahli keluarga saya adalah perokok Kebanyakkan rakan saya adalah perokok Ibubapa tidak melarang saya untuk merokok Saya tidak merasakan merokok boleh merugikan diri sendiri Saya selalu merokok apabila bersama rakan-rakan Saya mula belajar merokok kerana ajakan rakan Merokok dapat memberikan kepuasan kepada saya Merokok tidak menganggu keselesaan orang di sekeliling saya Saya sedar tabiat merokok yang kerap boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan

10

80

4. Stress/Tekanan

1 Saya akan berkongsi masalah dengan rakan-rakan dan ahli keluarga jika merasa tertekan Saya akan berjumpa dengan kaunselor untuk mengurangkan stress yang dihadapi Saya akan pergi bercuti bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi Saya akan melepaskan perasaan secara lisan seperti menjerit, menangis, menyanyi bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi Apabila saya tertekan, saya akan melakukan aktiviti luar seperti pergi berhibur/menonton wayang/ bersukan/beriadah bersama rakanrakan Saya akan tidur sepanjang hari sekiranya merasa tertekan Saya akan mendekatkan diri dengan Tuhan jika merasa tertekan/stress Saya akan makan dalam jumlah yang banyak jika merasa tertekan Apabila saya merasa tertekan, saya akan cuba berfikiran positif Saya akan mengambil alkohol, dadah dan merokok bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi

10

81