Anda di halaman 1dari 2

Perbezaan Perdagangan Dalam Negeri dengan Perdagangan Antarabangsa

1.Sempadan Perdagangan
Perdagangan dalam negeri
-terhad dalam lingkungan negaranya sahaja, iaitu tidak melepasi sempadan negara.
-cth peniaga dari Terengganu berurus niaga dengan seorang peniaga dari Kedah
Perdagangan antarabangsa
-berlaku di luar sempadan negara dan melibatkan perdagangan lebih dari dua buah
negara.
-cth usahawan di Manila berurus niaga dengan usahawan batik di Kuala Terengganu.

2.Mata Wang
Perdagangan dalam negeri
-melibatkan penggunaan satu jenis mata wang yang sama sahaja.
-cth urus niaga di Malaysia menggunakan satu jenis mata wang sahaja, iaitu Ringgit
Malaysia.
Perdagangan antarabangsa
-melibatkan penggunaan mata wang yang berlainan.
-cth perdagangan antara Malaysia dengan Jepun melibatkan Ringgit Malaysia dan Yen.
Lazimnya, pengimport akan membuat pembayaran kepada pengeksport mengikut mata wang
negara pengeksport.

3.Dokumen
Perdagangan dalam negeri
-tidak banyak menggunakan dokumen
-cth invois, sebut, harga, nota kiriman, surat pesanan, nota serahan, nota kredit,
nota debit dan penyata akaun.
Perdagangan antarabangsa
-banyak dokumen yang digunakan
-cth bil muatan, bil udara, resit nahkoda, jani carter, surat asal usul, invois
konsular, waran limbungan dan pelbagai barang kastam.

4.Jarak dan Kos


Perdagangan dalam negeri
-jarak di antara pembeli dengan penjual tidak begitu jauh kerana perdagangan hanya
berlaku dalam sempadan negeri sahaja dan melibatkan kos yang rendah.
-cth perdagangan antara Ipoh dan Johor melibatkan kos pengangkutan, insurans dan
perbelanjaan yang rendah.
Perdagangan antarabangsa
-perdagangan berlaku di luar sempadan dan kos pengangkutan, insurans dan
perbelanjaan lain adalah tinggi
-cth perdagangan antara Malaysia dengan Britain akan melibatkan kos pengangkutan
dan insurans yang lebih tinggi.

5.Sekatan Perdagangan
Perdagangan dalam negeri
-titak terlibat dengan sekatan kastam kerana perdagangan tidak melepasi sempadan
negara
-cth perdagangan antara peniaga beras dari Kedah dengan peniaga beras dari
Kelantan
Perdagangan antarabangsa
-tertakluk kepada pelbagai sektan seperti duti kastam dan kuota. Para peniaga
dikehendaki mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kastam.
-cth perdagangan antara Malaysia dan Singapura

6.Pasaran
Perdagangan dalam negeri
-pasaran bagi perdagangan dalam negeri hanya terbatas dalam sempadan negeri sahaja
dan jumlah urus niaganya terhad
-cth pasaran adalah terhad kepada 14 buah negeri sahaja
Perdagangan antarabangsa
-pasarannya lebih luas kerana melibatkan banyak negara dan jumlah urus niaganya
sangat besar
-cth pasaran merangkumi pengguna seluruh dunia

7.Bahasa
Perdagangan dalam negeri
-perdagangan dalam negeri lazimnya menggunakan bahasa kebangsaan negara berkenaan
atau bahasa lain yang selalu digunakan
-cth Bahasa Melayu lazimnya digunakan dalam urus niaga di Malaysia
Perdagangan antarabangsa
-dalam perdagangan antarabangsa melibatkan pelbagai bahasa. Kebanyakan urusan
perdagangan antarabangsa menggunakan Bahasa Inggeris atau bahasa yang boleh mereka
fahami bersama.
-cth usahawan dari Malaysia menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh usahawan
dari Korea Selatan

8.Kebudayaan
Perdagangan dalam negeri
-barang yang dipasarkan berkait rapat dengan kebudayaan dan cara hidup masyarakat
tempatan
-cth penjualan kain sarung laris di Malaysia
Perdagangan antarabangsa
-pengeksportan atau pengimportan barangan oleh sesebuah negara bergantung kepada
latar belakang dan kebudayaan sesebuah negara
cth Perancis terkenal dengan pengeksportan minyak wangi ke seluruh dunia

9.Sukatan dan Timbangan


Perdagangan dalam negeri
-menggunakan sukatan dan timbangan yang sama
-cth di Malaysia sukatan dan timbangan adalah mengikut sistem metrik iaitu meter
dan sentimeter untuk mengukur panjang dan lebar sesuatu barangan
Perdagangan antarabangsa
-sukatan dan timbangan berbeza antara negara mengikut sistem metrik dan sistem
empirial
-cth di Britain, batu digunakan untuk mengukur jarak, kaki dan inci digunakan
untuk mengukur panjang dan lebar

10.Mobiliti Faktor Pengeluaran


Perdagangan dalam negeri
-pergerakan faktor pengeluaran dalam sebuah negara adalah lebih bebas tanpa
sebarang halangan dan sekatan
-cth seorang buruh dari Kedah boleh ke negeri lain untuk bekerja
Perdagangan antarabangsa
-pergerakan faktor pengeluaran sangat terhad dan tidak bebas
-cth bagi seseorang buruh yang ingin bertukar tempat kerja dari sebuah negara ke
negara lain perlu mematuhi peraturan seperti mempunyai permit dan dokumen
perjalanan yang sah