Anda di halaman 1dari 1

Perdagangan Antarabangsa (PAB)

1.Maksud - kegiatan mengeksport dan mengimport barangan antara sebuah negara


dengan negara lain.

2.Mengapakah PAB perlu dilakukan oleh sesebuah negara? Jelaskan.


Sebab wujud PAB
(a)Perbezaan sumber semula jadi
-Sumber semula jadi berbeza antara sebuah negara dengan sebuah negara yang lain.
-Negara yang kaya dengan sumber semula jadi akan mengeksport lebihan sumber ke
negara lain
-cth Malaysia mengeksport minyak kelapa sawit ke Amerika Syarikat
(b)Perbezaan iklim dan jenis tanih
-Iklim dan jenis tanih yang berbeza menyebabkan pengeluaran hasil pertanian dan
perhutanan yang berbeza antara negara di dunia.
- cth : Negara beriklim Khatulistiwa seperti Malaysia dan Indonesia sesuai untuk
tanaman getah dan kelapa sawit manakala negara beriklim Mediterranean seperti
turki dan Chile Tengah sesuai untuk buah-buahan sitrus(oren, anggur, strawberri).
Maka urusniaga eksport dan import berlaku antara Malaysia dengan negara berkenaan
untuk memenuhi keperluan negara masing-masing.

3.Budaya masyarakat
-Budaya masyarakat berbeza mempengaruhi kecenderungan sesuatu masyarakat
mengeluarkan sesuatu barang dan perkhidmatan.
-cth rakyat Switzerland terkenal dengan pengeluaran jam tangan. Rakyat Perancis
terkenal dengan pengeluaran minyak wangi, arak. Rakyat Jerman terkenal dengan
pengeluaran kereta mewah.

4.Tingkat kecekapan pengeluaran


-Negara yang mengeluarkan sesuatu barangan dengan kos pengeluaran yang lebih
rendah berbanding dengan negara lain menunjukkan negara itu mengamalkan
pengkhususan dengan lebih cekap. Maka negara yang tiada kecekapan pengeluaran
barangan berkenaan boleh mengimportnya sebab kos lebih murah berbanding
mengeluarkannya sendiri.
-cth Malaysia cekap mengeluarkan getah, kelapa sawit dan petroleum. Amerika
Syarikat cekap mengeluarkan kapal terbang.

5.Harga faktor
-Harga faktor berbeza mempengaruhi wujudnya PAB.
-cth Negara China yang ada buruh yang banyak dan kadar upah rendah mengkhusus
dalam pengeluaran tekstil dan pakaian dengan kaedah intensif buruh. Negara AEropah
dan Jepun yang ada modal banyak dan murah mengkhusus dalam barang perkilangan
seperti kereta, jentera yang berintensifkan modal.

6.Citarasa pengguna
-Bagi memenuhi citarasa pengguna dalam negeri, sesebuah negara perlu mengimport
barangan keluaran negara lain.
-cth Malaysia mengimport kain sutera dari negara China untuk masyarakat China,
buah kurma dari Timur Tengah untuk masyarakat Melayu dan rempah ratus dari India
untuk masyarakat India.