Anda di halaman 1dari 7

UNDANG-

UNDANG BOLA
BALING
PENSYARAH: CIK SARAH BINTI MAT
SAAD
KUMPULAN: SUPERSTAR
AHLI KUMPULAN:
UMUL KARIMAH BINTI ADAM –MS091351107O
SYAMIMIELSHA BINTI SAMSURI –MS0913652109
KHALILAH BINTI ABD. HAMID –MS0913541369
NOR IZWAN BIN IBRAHIM –MS0913651786
MOHD MUSTAKIM BIN AZMAL MOKHTAR –
MS0913651623
MOHAMAD IZZAD BIN HAJAH MAIDIN –
MS0913651586
FATHIN NADIA BINTI AHMAD –MS0913651512
NUR FARRAH AIN BT HARUN AL RASHID –
MS0913651875
MOHD WUJDI BIN AHMAD FADZAIL –MS0913651633

BAL IN GA N MUL A (THROW OFF)

Balingan mula dilakukan di tengah-tengah gelanggang. Sebelah kaki pembaling


mesti menyentuh garisan tengah. Pasukan yang menang undian akan memulakan
balingan mula sekiranya dia memilih untuk memulakan permainan. Jika pasukan
yang menang undian ingin memilih kawasan gol permainan,maka pihak
lawannya akan memulakan permainan tersebut. Untuk permulaan separuh masa
kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan yang berlawanan tadi.
Contohnya jikalau pasukan A telah melakukan baling mula pada separuh masa
pertama maka separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan
B pula. Setiap balingan mula selepas gol dijaringkan akan diadakan ditengah
gelanggang sebelum habis masa 3 saat daripada bermulanya tiupan wisel
pengadil. Sebelum sesuatu balingan mula dimulakan, semua pemain mesti
berada di dalam kawasan permainan sebelum sesuatu balingan mula dan pihak
lawan harus berada sekurang-kurangnya 3 meter dari pembaling untuk
memulakan permainan.
BA LI NG AN PERCUMA (FREE-THROW)

Balingan percuma memulakan semula permainan selepas berlakunya suatu


gangguan. Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa
balingan percuma diberikan. Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter
dari penyerang. Secara amnya, pengadil akan memberhentikan permainan dan
memberikan pihak lawan satu balingan percuma sekiranya pasukan tersebut
melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Balingan percuma akan diambil di
tempat dimana kesalahan atau kekasaran itu terjadi.Apabila balingan percuma
diberikan kepada pihak lawan, pasukan yang sedang memegang bola mesti
meletakkan bola dibawah, ditempat dimana kesalahan itu berlaku. Balingan
percuma juga biasanya diambil tanpa mendapat isyarat wisel daripada pengadil
dan balingan yang dibuat adalah sah. Pembaling boleh menyasar bola ke arah gol
tetapi ianya berkemungkinan akan dihalang oleh pasukan lawan.

GAMBAR RAJAH 1 : Kedudukan pamain semasa balingan


percuma.
BA LI NG AN TUJUH ME TER (7-ME TR E THROW)

Balingan 7 meter diberi apabila :


• Sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol di
halang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola.
• Seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di
kawasan gol.
Pihak pengadil akan memberikan time-out sekiranya penjaga gol mahu
melakukan balingan 7 meter kerana ianya dikira melewatkan permainan. Selepas
sahaja wisel dibunyikan oleh pengadil, balingan 7 meter hendaklah dibuat ke
arah gol dalam masa 3 saat. Pemain yang hendak membuat balingan 7 meter
hendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter. Pemain tidak dibenarkan
menyentuh atau melepasi garisan 7 meter apabila isyarat wisel dibunyikan oleh
pengadil sehinggalah bola itu dilepaskan. Pemain pihak lawan juga mestilah
berada 3 meter jauh dari pambaling sehinggalah bola itu dibaling. Balingan
semula akan dilakukan sekiranya pihak lawan melakukan kesalahan semasa
balingan tersebut dilakukan.

Balingan tujuh meter:


• Tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan balingan 7 meter dengan
cara membaling berselang seli oleh 5 pemain.
• Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan secara
berselang seli dengan sistem “Sudden Death” sehingga keputusan
diperolehi.
• Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.
• Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan
membuat balingan dahulu.
• Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut
dibenarkan mengambil balingan 7 meter.
• Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol
pasukan mestilah berada diluar garisan balingan percuma.
• Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang.
• Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter
dijalankan.
GAMBAR RAJAH 2 : Kedudukan pemain semasa
balingan 7 meter.
BAL IN GA N PENJAG A GO L (GO AL- THRO W)

Penjaga gol diberikan kebebasan membuat balingan apabila :


• Kawasan gol dimasuki pihak lawan.
• Bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal atau bola tersebut
bergolek masuk ke kawasan gol.
• Pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek dan bola
itu berada di dalam kawasan gol.
Ini bermaksud bahawa permainan ini tidak boleh diteruskan sehingga penjaga
gol melakukan balingan gol. Penjaga gol juga tidak boleh menyentuh semula bola
yang telah dibaling kecuali bola itu telah menyentuh pemain lain.

BA LI NG AN PE NGAD IL (REFEREE THROW)

Pengadil akan melakukan balingan semula sebelum memulakan perlawanan jika


:
• Kedua-dua pasukan yang bertanding melakukan kesalahan serentak.
• Apabila bola menyentuh siling atau balingan terkena bumbung gelanggang
perlawanan.
• Tiada pemain yang memegang bola atau tiada sebarang kesalahan yang
dilakukan.
Balingan pengadil biasanya dibuat di tengah-tengah gelanggang selepas wisel
dibunyikan. Seorang pemain daripada setiap satu pasukan yang berlawan
dibenarkan mengambil bahagian, manakala pemain-pemain lain mesti berada
sejauh mencapai puncak ketinggian balingan.

GAMBAR RAJAH 3 : Cara balingan pengadil


dilakukan.