Anda di halaman 1dari 4

Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran : Kelas : Masa : Bilangan Murid : Tema / Tajuk : Standard Pembelajaran

Sains 4 Bestari 8.45 - 9.45 pagi 30 orang Sains Hayat / Proses Hidup Manusia

: 3.1.3 dan 3.1.4

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pembelajaran murid dapat: i. ii. Memerihalkan pergerakan dada semasa menarik dan menghembus nafas secara lisan dengan betul. Membuat pemerhatian dan mengitlak bahawa kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan dengan menjalankan aktiviti. : Memerhati, Berkomunikasi, Mengukur dan menggunakan nombor. :

Kemahiran Proses Sains Kaedah

FASA

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNIKASI

Persediaan - Menyoal Indikator Menggunakan deria penglihatan, pendengaran dan sentuhan Imaginasi

Murid-murid menyanyikan lagu berkaitan pernafasan manusia.

1. Murid melakukan aktiviti menarik nafas dan menghembus nafas. 2. Murid menjawab soalan berkaitan aktiviti 3. Murid melihat tayangan video mengenai aktiviti bernafas. 4. Murid menyatakan pergerakan dada semasa menarik nafas dan menghembus nafas.

(i)

Apakah yang berlaku pada bahagian dada semasa anda menarik nafas? -dada naik dan ke hadapan.

(ii) Apakah yang berlaku pada bahagian dada semasa anda menghembus nafas? -dada turun dan ke dalam. Berapakah kadar pergerakan dada anda semasa melakukan aktiviti: duduk? berjalan? berlari? (Murid mengenalpasti aktiviti aktif dan aktiviti pasif)

Perkembangan

1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. 2. Murid mengira kadar pernafasan semasa melakukan aktiviti berintensiti rendah, sederhana dan tinggi seperti dalam jadual. (Seorang murid mencatatkan kadar pernafasan yang dilakukan) (Guru merakamkan perlakuan murid menerusi telefon bimbit) 3. Murid-murid melihat aktiviti yang telah mereka lakukan menerusi tayangan LCD.

Tindakan

1. Murid membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian aktiviti yang telah dijalankan.

Pada fikiran anda, apakah yang dapat anda katakan mengenai kadar pergerakan dada semasa melakukan aktiviti pasif dan aktiviti aktif? (i) Semasa aktif, kadar pergerakan dada banyak. (ii) Semasa kurang aktif, kadar pergerakan dada sedikit.

Pentaksiran

B4D3E1 ( Senarai semak ) Memerihalkan pergerakan dada semasa menarik dan menghembus nafas. B4D3E2 ( Lembaran kerja ) Mengitlak bahawa kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan melalui pemerhatian pada pergerakan dada.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Kreativiti dan Inovasi Keusahawanan TMK Bahan Bantu Belajar Video Jam randik Penilaian PdP Jadual pemerhatian akiviti kumpulan Senarai semak

Refleksi 30/30 murid mencapai objektif. Murid diberi soalan pengayaan.