Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU

DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH j-QAF Ambilan Disember 2012

Kokurikulum Pengurusan Sukan Olahraga:

Refleksi Sukantara

NAMA PELAJAR: SAKINAH BINTI IBRAHIM NO K/P: 850710-11-5138 NAMA PENSYARAH: EN. YUNUS BIN YUSOF KUMPULAN: PAI 3 NO MATRIK: 125315

REFLEKSI SUKANTARA

Suatu program sukan tara telah diadakan pada pagi selasa, 4 Jun 2013 bertempat di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu. Acara ini melibatkan semua guru pelatih Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah j-QAF Semester 1 ambilan Januari 2013, program Pendidikan Islam unit 3, seramai 26 orang sebagai peserta dan juga penganjur program. Acara yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah lompat jauh dan lontar peluru. Program ini dilaksanakan bagi memenuhi sukatan mata pelajaran Olahraga (ISO 2101) Institut Pendidikan Guru (IPG) serta memberi peluang kepada para guru pelatih mengaplikasi ilmu dan teori pengurusan, pengelolaan dan kepegawaian Sukan Tara menerusi program yang dirancang. Diantara objektif yang disasarkan melalui pelaksanaan program ini adalah, mendedahkan guru pelatih dengan acara olahraga daripada segi pengurusan,pengelolaan dan kepegawaian, mengetahui peraturan acara-acara olahraga, persiapan tempat dan alatan yang diperlukan, bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam mengurus sesuatu acara sukan, merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama, dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan semasa dan selepas penganjuran olahraga serta mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani, dan sosial. Lebih kurang seminggu sebelum acara diadakan, kami mengadakan perbincangan dengan pensyarah matapelajaran Kokurikulum Pengurusan Sukan Olahraga iaitu Encik Yunus bin Yusof ketika sesi pembelajaran. Encik Yunus banyak memberikan tunjuk ajar berkenaan pelaksanaan sukan tara yang sebenar dan memintakan kami melaksanakan program yang bertepatan dengannya. Segala penerangan berkaitan sukan tara dan pelaksanaan program banyak membantu kami kerana kebanyakan dari kami kurang berpengalaman di dalam bidang sukan. Pada hari tersebut, kami didedahkan juga berkenaan padang, pentas balapan serta peralatan-peralatan yang disediakan pihak Institut Pendidikan Guru. Segala ilmu yang diberikan perlu digunakan sebaik mungkin bagi menjayakan program tersebut.

Perbincangan dan penerangan bersama Encik Yunus

Ketika sesi pengajaran seterusnya, kami diberi peluang untuk berbincang bagi pelaksanaan program tersebut. Oleh itu, suatu jawatankuasa pelaksana telah ditubuhkan pada hari tersebut. Pelbagai cadangan dikemukakan oleh setiap ahli bagi memastikan program dilaksanakan dengan jayanya. Kepelbagaian pendapat adalah nilai tambah bagi menambah baik pelaksanaan program. Pembahagian tugas juga dilaksanakan supaya tiada kecacatan sepanjang program dilaksanakan. Sehari sebelum program, raptai dan persiapan tempat diadakan di padang Institut Pendidikan Guru bagi memastikan semua persiapan tersedia dan memberi memberi gambaran yang jelas kepada kami tentang suasana dan pelaksanaan sukan tara dari segi permainan dan kepegawaian. Setelah kertas kerja disiapkan, program dilaksanakan mengikut perancangan iaitu, pada pukul 7.45 pagi diadakan pendaftaran peserta. Pada pukul 8 pagi kesemua peserta berkumpul untuk taklimat program. Ini adalah bagi memastikan maklumat dapat diselaraskan. Selepas itu, sedikit warming up dijalankan.

Taklimat oleh pengarah program

Warming up yang diketuai oleh saudara Najib

Pada pukul 8.15 pagi, acara bermula dengan dimulai oleh acara lompat jauh dan diikuti oleh acara lontar peluru. Permainan ini diadakan dengan cara, peserta dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan bergilir untuk menjadi pegawai permainan. Setelah semua acara selesai dimainkan, markah dikira dengan memilih 4 markah tertinggi bagi setiap kumpulan.

Kepegawaian acara lompat jauh

Kepegawaian acara lontar peluru

Setelah itu, majlis penutup diadakan dengan memberi peluang kepada pensyarah untuk memberikan ucapan serta diadakan penyampaian hadiah. Markah tertinggi diperolehi oleh kumpulan D, diikuti oleh kumpulan C, kumpulan B dan kumpulan A. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini. Akhir sekali, sesi bergambar diadakan sebagai kenangan.

Encik Yunus berucap pada majlis penutup

Penyampaian hadiah

Sesi bergambar

Setelah acara selesai, kami dimaklumkan untuk memperkemaskan kertas kerja yang telah dibuat. Kami semua juga dikehendaki untuk membuat refleksi bagi tugasan ini, iaitu program sukan tara. Sekali lagi kami berkumpul untuk kali terakhir bagi membincangkan tentang kertas

kerja yang perlu dilaksanakan. Pembahagian tugas dibuat bagi memastikan kertas kerja tersebut dapat disiapkan mengikut format yang betul. Kerjasama setiap ahli dapat memastikan kertas kerja tersebut dapat disiapkan. Melalui pemerhatian saya setelah program tamat, diantara kekuatan yang ada sepanjang pelaksanaan program ini adalah, kami mempunyai sumber rujukan iaitu pensyarah kami sendiri, Encik Yunus bin Yusof yang telah banyak memberi panduan serta tunjuk ajar sebelum, semasa dan selepas program dijalankan. Beliau juga banyak memberikan bantuan bagi menjayakan program tersebut. Kerjasama dari semua ahli juga sangat membantu menjayakan program ini. Selain itu, ada juga dikalangan guru pelatih j-QAF ini yang mempunyai pengalaman dalam penganjuran sukan. Kelemahan yang agak ketara bagi kami adalah, sebahagian besar dari kami kurang berpengalaman dalam penganjuran program dan juga kurang pengetahuan di bidang sukan. Kami juga mempunyai sumber kewangan yang terhad bagi menganjurkan program yang lebih besar. Ini juga disebabkan kelemahan kami yang tidak mengambil peluang untuk menggunakan kertas kerja yang ada bagi memohon dana dan sumbangan. Oleh itu, kutipan dibuat kepada setiap ahli. Peluang yang kami ada bagi menjayakan program ini adalah kemudahan dan peralatan yang telah disediakan oleh pihak Institusi Pendidikan Guru kampus ini. Walaupun kami terpaksa membuat balapan lontar peluru sendiri disebabkan balapan yang sedia ada sudah rosak kerana kurang penyeliaan, tetapi peralatan yang disediakan pihak Institusi Pendidikan Guru ini dapat membantu dalam penyediaan balapan tersebut. Cadangan penambahbaikan bagi penganjuran program seumpama ini adalah,

memberikan kursus atau panduan kepada guru pelatih dalam pelaksanaan program sukan, mencari dana tambahan untuk penganjuran program, membaiki kerosakan balapan serta membuat penyeliaan tapak dan melaksanakan penjagaan balapan yang berkesan. Melalui pelaksanaan program ini juga, banyak manfaat yang diperolehi oleh para guru pelatih. Diantaranya, ilmu mengenai sukan tara, pengetahuan dan pengalaman berkenaan pengurusan, pengelolaan dan kepegawaian serta mengetahui peraturan acara olahraga yang dimainkan, alatan serta persiapan tempat. Melatih kepimpinan dan kerjasama serta membina daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai