Rangsangan periferi diterima oleh sistem reseptor
(DERIA). Neuron sensori (Reseptor) menerima dan menukar rangsangan kepada impuls sensori. Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah (saraf tunjang) melalui neuron sensori. Di saraf tunjang impuls sensori bersinaps dengang neuron motor. Apabila sinaps ini berlaku impuls sensori bertukar menjadi impuls motor. Impuls motor dihantar ke sistem efektor melalui neuron motor. Apabila sistem efektor menerima maklumat impuls motor, pergerakan involuntari terhasil (penguncupan otot).