Anda di halaman 1dari 32

PENGENALAN POLA KESELARASAN VOKAL

Pola keselarasan vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal
membentuk dua suku kata pada dasar .Pasangan huruf vokal pada suku kata
pra akhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup .Prinsip keselarasan
vokal ini berdasarkan syarat-syarat yang berikut .

(a) Keselarasan berlaku antara dua huruf vokal yang terdapat pada kata
dasar .
(b) Kata dasar berakhir dengan suku kata tertutup sahaja .
(c) Jika kata dasar mengandungi suku kata lebih dari dua ,keselarasan huruf
vokal yang terlibat hanyalah pada dua suku kata yang terakhir .

Terdapat lapan pola yang berubah daripada sistem ejaan lama , iaitu huruf vokal
i atau u pada suku kata akhir tertutup dalam sistem ejaan rumi baharu mestilah
mengikut pola ini dengan syarat suku kata praakhir kata-kata ini menggunakan
huruf vocal a,e pepet ,i ,atau u .

Sistem Ejaan Lama Sistem Ejaan Baharu
Pola Contoh Pola Contoh
u-o Usong u-u Usung
a-o lentok a-u lentuk
a-e taling puteh a-i putih
e pepet -o rempoh e-u rempuh
I –e taling pileh i-i pilih
i-o tidor i-u tidur
u-e taling usek u-i usik
e pepet –e lebeh e-i lebih
taling

Bahan Pertama : Artikel Ucapan
Kementerian : Kementerian Pertahanan

UCAPAN KSU DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI SEKTOR AWAM
KEMENTAH PADA 25 FEBRUARI 2008
TEKS UCAPAN Y. BHG DATO’ KETUA SETIAUSAHA
SEMPENA PERHIMPUNAN PAGI SEKTOR AWAM
PADA 25 FEBRUARI 2008

Yang Berusaha Pengacara Majlis
Y. Bhg. Dato’ TKSU (P)
Y. Berusaha En. Abdullah Kassim, Setiausaha BPSM Memangku TKSU(U)
Ketua-ketua Jabatan/ Bahagian
Tuan-tuan/ puan-puan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya dapat kita berkumpul pada
pagi ini sempena Perhimpunan Pagi Sektor Awam yang dihoskan oleh Bahagian
Akaun. Pada pagi ini saya ingin mengambil kesempatan memaklumkan
beberapa perkara untuk tindakan dan makluman kita semua.
Sebelum saya meneruskan ucapan, saya terlebih dahulu ingin
mengucapkan selamat datang kepada Y. Bhg. Datuk Mahmood Adam, TKSU(U)
yang mula berkhidmat di KEMENTAH mulai 20 Disember 2007. Walau
bagaimanapun, beliau tidak dapat bersama dalam majlis ini kerana berkursus.
Selamat datang juga diucapkan kepada Mej Jeneral Dato’ Zulkiflee Bin Mazlan
sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran menggantikan Mej Jeneral
Dato’ Zulkiflee Bin Hj. Kasim mulai 7 Januari 2008.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’ Ismail Bin Ibrahim, TKSU
(P) di atas penganugerahan pingat Datuk Setia Diraja Kedah pada 20 Januari
2008.

Para hadirin sekalian,

Kerajaan amat menitikberatkan sistem penyampaian perkhidmatan agensi-
agensi kerajaan dan mengarahkan sistem berkaitan dikaji dari semasa ke
semasa dengan membuat penambahbaikan. Sehubungan dengan itu Sistem
Star Rating telah dilaksanakan bertujuan bagi menggredkan tahap prestasi
kecemerlangan agensi-agensi kerajaan kearah meningkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan.

Lawatan Inspektorat oleh pihak MAMPU ke Kementerian telah diadakan
pada 6 - 7 Ogos 2007. Keputusan lawatan telah diterima pada 18 Februari 2008
dimana Kementerian diberi penarafan sebanyak 3 bintang (Memuaskan) dari 5
bintang keseluruhannya (Cemerlang). Pihak Jabatan Audit Negara juga telah
membuat penilaian terhadap pengurusan kewangan Kementerian yang dikenali
sebagai Indeks Akauntabiliti. Pengauditan yang dilaksanakan pada bulan
September 2007 hingga Oktober 2007 telah memberi penarafan 2 bintang
(Memuaskan) dari 4 bintang keseluruhannya (Sangat Baik).

Kesimpulannya, prestasi Kementerian berada ditahap memuaskan sahaja.
Banyak faktor yang menyebabkan penarafan bintang kita di tahap memuaskan
dan secara umumnya faktor-faktor tersebut melibatkan manusia yakni kita
semua. Di antara contoh-contoh yang dapat saya berikan pada pagi ini ialah
berkaitan dengan keperluan tuan/puan semua mengikuti kursus sekurang-
kurangnya 7 hari dalam setahun. Rekod menunjukkan hanya 25% sahaja
daripada tuan/puan yang menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun
pada tahun 2007.

Dengan beberapa penambahbaikan yang ada saya meminta tuan/ puan supaya mematuhi arahan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam . Pengauditan ini juga adalah selaras dengan seruan kerajaan yang telah menyarankan supaya sistem pengukuran berdasarkan Star Rating diwujudkan bagi menilai prestasi pengurusan kewangan agensi kerajaan. Apa yang penting marilah bersama-sama kita beriltizam dan berganding bahu untuk mengangkat prestasi Kementerian ke arah lima bintang bagi tahun 2008. Di antara langkah yang sedang dibuat oleh BPSM ialah dengan memberi definisi latihan yang yang lebih luas yakni meliputi semua forum yang melibatkan peningkatan ilmu seperti menghadiri ceramah. BADSA akan melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti di kesemua 100 PTJ Kementerian. Untuk makluman para hadirin sekalian. Adalah diharap prestasi Kementerian dapat dipertingkatkan pada tahun ini supaya semua pelanggan Kementerian berpuas hati. Dalam hal ini Ketua Jabatan /Bahagian diminta untuk mengadakan pelbagai bentuk latihan secara `in-house’. pihak MAMPU dan Ketua Audit Negara akan datang sekali lagi untuk memastikan segala isu dan masalah yang dibangkitkan telah diberi perhatian sewajarnya. Ketua Jabatan/Bahagian juga dikehendaki memberi pelepasan kepada pegawai dan kakitangan yang telah terpilih untuk mengikuti program latihan yang dikendalikan oleh BPSM. dan persidangan. BADSA telahpun mula melaksanakan pengauditan tersebut secara giat ke atas . seminar.Saya memandang serius perkara ini dan untuk maksud tersebut saya telah meminta supaya penambahbaikan dibuat bagi mengatasi masalah tersebut. Ketua Jabatan/Bahagian juga perlu bertanggungjawab untuk memastikan pegawai/ kakitangan telah menghadiri kursus 7 hari setahun. Bagi meningkatkan pengurusan kewangan Kementerian selaras dengan prinsip Zero Financial Mismanagement (ZFM). bengkel.

Kementerian telah membahagikan Majlis Rasmi kepada 2 kategori : Kategori A : Perasmian oleh Menteri/Isteri Menteri/ Timbalan Menteri/KSU/Isteri KSU (1) Perhimpunan Bulanan KEMENTAH (2) Majlis Pelancaran (3) Hari Keluarga (4) Majlis Serah Tugas/ Perpisahan Pegawai Atasan (5) Majlis Pelancaran (6) Masyuarat Tahunan KAKEP (7) Jamuan Hari Raya (8) Program PUSPANITA . Untuk makluman. Kementerian sedang mengumpulkan Borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tahun 2007 untuk dipertimbangkan kenaikan gaji dan Anugerah Khidmat Cemerlang. Rasional borang berkaitan digunapakai kerana Kementerian mendapati penyertaan pegawai dan kaitangan awam dalam majlis rasmi anjuran Kementerian adalah tidak memuaskan berbanding dengan penyertaan penuh daripada anggota tentera. Mulai tahun 2008. Borang tersebut perlu disahkan oleh pegawai masing-masing dan dikepilkan bersama-sama Borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan. Kementerian telah menyediakan borang Penilaian Kehadiran (BPK) yang menyenaraikan kehadiran pegawai dan kakitangan awam dalam Majlis Rasmi Kementerian.14 PTJ di seluruh negara yang berlangsung pertengahan Januari hingga awal Februari manakala pergerakan kedua yang melibatkan 15 PTJ lagi adalah pada hujung bulan Februari. Para hadirin sekalian.

7% (RM 9. Kategori B : Peringkat Bahagian/ Jabatan/ Briged (1) Majlis Pelancaran (2) Hari Keluarga (3) Majlis Perpisahan Semua pihak diminta memandang serius di atas perkara ini dan tidak menganggap perkara berkaitan sesuatu yang menyulitkan. Oleh itu bagi tahun 2008 ini. Selain daripada itu. Para hadirin sekalian.7%. semua warga . Akaun Kementerian 2007 telah ditutup pada 31 Januari 2008 dengan peratus perbelanjaan sebanyak 101.5 billion) bagi bajet Mengurus. Adalah diingatkan bahawa penyertaan secara aktif dalam Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) juga akan diambilkira sebagai salah satu kriteria dalam Penilaian Prestasi pegawai dan perakuan untuk Anugerah Khidmat Cemerlang. Jabatan/ Bahagian dikehendaki menubuhkan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) yang boleh menjadi forum untuk memberi idea yang dapat menyumbang kepada penambahbaikan kerja Kementerian. Meskipun peratusan perbelanjaan ini adalah sangat baik tetapi ianya banyak disumbangkan oleh perbelanjaan emolumen manakala peruntukan bagi bekalan dan perkhidmatan tidak dibelanjakan dengan sepatutnya seperti yang telah dirancang dalam Perjanjian Program Tahunan.08 billion). Peratusan yang kurang memuaskan ini menggambarkan bahawa terdapat projek-projek pembangunan yang bertujuan menambahbaik keselesaan rakyat tidak dilaksanakan sepenuhnya. (RM4. Peratus perbelanjaan bagi Bajet Pembangunan pula adalah sebanyak 85.

8 billion di bawah bajet Mengurus bagi tahun 2008. saya meminta semua PTJ tidak menyimpan bil-bil yang telah diterima sebaliknya memproses dengan segera sama ada membuat pembayaran atau mengatasi masalah yang timbul. Keseluruhan Prestasi Pembayaran Bil Kementerian bagi 100 PTJ adalah sebanyak 99. sekali lagi saya menggesa semua PTJ berbelanja secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran berlaku dengan mematuhi peraturan kewangan sedia ada.02%. Saya juga ingin mengingatkan PTJ yang masih mempunyai bil-bil tahun 2007 dan sebelum yang tidak sempat dibayar tetapi mempunyai baki peruntukan pada tahun perolehan dibuat segera memajukan Sijil AP 58 (a) ke Bahagian Akaun untuk kelulusan sebelum bayaran diuruskan. Para hadirin sekalian.43% bagi 55 PTJ Lembah Klang dan 97.Kementerian yang terlibat dikehendaki menumpukan perhatian dalam merancang perbelanjaan supaya dapat dibelanjakan dengan berhemah dan berkesan. Bagi Bajet Pembangunan pula. Prestasi Pembayaran Bil bagi tempoh 1 – 15 Februari 2008 bagi pembayaran bil dalam tempoh 14 hari adalah 99. Oleh itu. Tindakkan surcaj boleh diambil ke atas mana-mana pegawai atau kakitangan yang sengaja melewat-lewatkan bayaran. Meskipun prestasi pembayaran tersebut adalah baik tetapi hakikatnya masih terdapat banyak bil yang belum diambil tindakan pembayaran. di bawah Rancangan Malaysia ke-9 . Oleh yang demikian. Kementerian telah diluluskan peruntukan sebanyak RM 9. Para hadirin sekalian.29% bagi 45 PTJ Luar Lembah Klang.

4 billion. Bahagian Perolehan. Dengan jumlah peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan ini.2 billion). Adalah diharapkan semua pegawai yang . Kegagalan mengemas kini dan memantau SPP II bukan sahaja menunjukkan berlakunya ketidakcekapan dalam pengurusan projek tetapi juga menjejaskan prestasi Kementerian. Bagi tujuan tersebut. STRIDE.Kementerian Pertahanan diperuntukkan sebanyak RM14.67 billion) dan projek-projek dilaksanakan menerusi DFI (RM1. semua pengurus projek sama ada di Bahagian Pembangunan. dalam kata lain mencapai seratus peratus. Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) merupakan sistem utama dalam mengesan dan memantau projek-projek di bawah RMK – 9. Dalam hal ini. Setakat ini prestasi pengemaskinian SPP II masih belum boleh dibanggakan kerana sepatutnya maklumat-maklumat yang dikehendaki perlulah sentiasa di kemas kini. wajarlah setiap pegawai dan kakitangan yang terlibat memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan semua program dan aktiviti yang telah diluluskan dan dipersetujui supaya menepati matlamat dan sasarannya. Kita harus sedar bahawa pihak agensi pusat seperti ICU dan EPU secara berkala akan mengeluarkan laporan mengenai status dan pelaksanaan projek di mana ia akan berdasarkan kepada maklumat yang terdapat dalam SPP II. Pada hari ini saya ingin menekankan kepada usaha-usaha pemantauan pelaksanaan projek. kita tidak dapat lari daripada pengemaskinian maklumat yang merupakan instrumen asas dalam mengesan status kemajuan projek. keseluruhan peruntukan yang terlibat dalam melaksanakan projek adalah sebanyak RM17. Jika diambil kira kos peruntukan projek yang disediakan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi projek-projek perumahan (RM1. Bagi memastikan setiap maklumat projek di dalam SPP II sentiasa dikemas kini. Depot Simpanan Pertahanan mahupun pegawai yang bertanggungjawab di bawah markas-markas ATM perlulah sentiasa menyemak status pengemaskinian projek di bawah kawalan masing-masing.5 billion bagi melaksanakan projek infra dan perolehan kelengkapan.

. Sistem ini menggantikan sistem manual yang meliputi proses permohonan sokongan dan kelulusan cuti. Bagi memperluaskan penggunaan IT. Ahli-ahli KAKEP yang mempunyai internet boleh mencapai laman web masing-masing melalui pautan Portal KEMENTAH. Kertas cadangan berkaitan telahpun berada di peringkat akhir dan akan dibentangkan ke JPA dalam tempoh terdekat. peluang kenaikan pangkat akan lebih cerah dan secara tidak langsung dapat mempertingkatkan kerjaya dan taraf hidup pegawai dan kaitangan terlibat. Oleh itu. Kementerian amat prihatin terhadap masa depan warga Kementerian dan lanjutan dari itu semua Jabatan/Bahagian telah mengemukakan Cadangan Reorganization Jabatan/Bahagian masing-masing. Untuk tujuan ini. Sekiranya Cadangan Reorganization diluluskan. semua Bahagian diminta untuk mengekalkan prestasi tersebut.terlibat dapat meningkatkan lagi usaha bagi tujuan pengemaskinian SPP II. Pentadbir Cuti Bahagian/Jabatan perlu mengemaskini maklumat perkhidmatan pegawai-pegawai yang terlibat. segala maklumat berhubung aktiviti- aktiviti KAKEP boleh diperolehi melalui Laman Web KAKEP. Kementerian Pertahanan telah dianugerahkan sebagai Agensi Pelaksanaan GOE-EGDMS paling cemerlang bagi tahun 2007 kerana telah dapat mengekalkan tahap penggunaan melebihi 80% pada setiap bulan. Para hadirin sekalian. Para hadirin sekalian. Kementerian juga akan melaksanakan sistem Cuti Online mulai 1 Mac 2008 bagi pegawai-pegawai Gred 27 ke atas. semua pegawai terlibat hendaklah mengemaskini maklumat peribadi masing-masing.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. satu pertandingan merekacipta tali leher dan tudung korporat telah diadakan melalui Portal KEMENTAH. Bagi mencungkil bakal warga awam Kementerian. Laman Web KAKEP dan poster. Tuan/Puan sekelian Akhir kata seperti mana kita semua maklum. walhidayah. tidak lama lagi kita akan melalui Pilihanraya Umum Ke-12.0 ANALISIS BAHAN . Bagi saya pilihanraya ini cukup penting buat kita semua. Oleh itu saya berharap semua kita dapat menunaikan tanggong jawab kita dengan keluar mengundi dan buatlah pengundian dengan bijak.Para hadirin sekalian. Dalam hal ini kita memerlukan satu kerajaan yang kuat dan berwawasan untuk meneruskan kesinambungan pentadbiran ke arah menjadi Negara Maju pada tahun 2020. Kementerian akan membuat pemilihan ke atas rekaan yang terbaik. Ini kerana penubuhan kerajaan baru nanti adalah berdasarkan pemilihan kita semua. Sekian. 1. Wabillahitaufik.

B DATO’ KETUA SETIAUSAHASEMPENA PERHIMPUNAN PAGI SEKTOR AWAM PADA 25 FEBRUARI 2008 .1.1 POLA KESELARASAN VOKAL YANG TERDAPAT DALAM TEKS UCAPAN Y.

penuh e taling a Ceramah.sengaja 7.baik.penting e pepet u Ketua.telah.gaji. 4. 13 o a Program. 16 u a Juga. pegawai. seruan. 5. 17 u i Mulia .tidak.para.kepada. e taling e taling Bengkel.bulan . 6. 15 o o Sokongan .hujung. meminta. Suku kata Praakhir Suku Kata Akhir Perkataan Tertutup i a Kita.dasar.perlu. Aktiviti 12 i u Isu . 18 u u Untuk.pihak . e pepet a Selamat. awam.tinggi .mengikuti. 10 lima.Suku kata Praakhir Suku Kata Akhir Perkataan Tertutup a a Saya.boring.bentuk. Rasmi a U Makluman 3. 14 o e taling Oleh.supaya. 1. e taling o Sektor. 11 i i Ini. 2.adalah a I Majlis.mutu .ingin.seperti.hingga.seluruh.secara.projek . .anggota .proses.rekod 9.bintang.tentera 8.giat.serah e pepet i Memberi.

. Sehubungan dengan itu Sistem Star Rating telah dilaksanakan bertujuan bagi menggedkan tahap prestasi kecemerlangan agensi-agensi kerajaan.B DATO’ KETUA SETIAUSAHA SEMPENA PERHIMPUNAN PAGI SEKTOR AWAM PADA 25 FEBRUARI 2008 Kesalahan: 1. Sistem Star Rating telah dilaksanakan bertujuan bagi menggredkan tahap prestasi kecemerlangan agensi-agensi kerajaan.kearah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. Setelah dibetulkan: Sehubungan dengan itu.2 KESALAHAN UMUM TATABAHASA YANG TERDAPAT DALAM TEKS UCAPAN Y.kearah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.1.

Setelah dibetulkan: Oleh itu. Akuan Kementerian 2007.peluang kenaikan pangkat akan lebih cerah dan secara tidak langsung dapat mempertingkatkan kerjaya dan taraf hidup pegawai dan kakitangan terlibat.semua Bahagian diminta untuk mengekalkan prestasi tersebut.5 billion) bagi bajet Mengurus. Sehubungan dengan itu. . 4.peluang kenaikan pangkat akan lebih cerah dan secara tidak langsung dapat mempertingkatkan kerjaya dan taraf hidup pegawai dan kaitangan terlibat. Oleh itu. Setelah dibetulkan: Sehubungan dengan itu. Sistem Star Rating telah dilaksanakan bertujuan bagi menggredkan tahap prestasi kecemerlangan agensi-agensi kerajaan.semua bahagian diminta untuk mengekalkan prestasi tersebut. 5. Sekiranya Cadangan Reorganization diluluskan. Sistem Star Rating telah dilaksanakan bertujuan bagi menggredkan tahap prestasi kecemerlangan agensi-agensi kerajaan.ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.telah ditutup pada 31 Januari 2008 dengan peratus perbelanjaan sebanyak 101. 3. Setelah dibetulkan: Sekiranya Cadangan Reorganization diluluskan.kearah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.7 % (RM 9. 2.

telah ditutup pada 31 Januari 2008 dengan peratus perbelanjaan sebanyak 101. 7. Setelah dibetulkan: Akuan Kementerian 2007. Setelah dibetulkan: Adalah diharap prestasi kementerian dapat dipertingkatkan pada tahun ini supaya semua pelanggan kementerian berpuas hati. Adalah diharap prestasi Kementerian dapat dipertingkatkan pada tahun ini supaya semua pelanggan Kementerian berpuas hati. Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya dapat kita berkumpul pada pagi ini sempena Perhimpunan Pagi Sektor Awam yang dihoskan oleh Bahagian Akaun.5 billion) bagi bajet mengurus.7 % (RM 9. 8. 6. Setelah dibetulkan: Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul pada pagi ini sempena Perhimpunan Pagi Sektor Awam yang diacarakan oleh Bahagian Akaun. Apa yang penting marilah bersama-sama kita beriltizam dan berganding bahu untuk mengangkat prestasi Kementerian ke arah lima bintang bagi tahun 2008. Setelah dibetulkan: .

Apa yang penting marilah bersama-sama kita beriltizam dan berganding bahu untuk meningkatkan prestasi Kementerian ke arah lima bintang bagi tahun 2008. BADSA telahpun mula melaksanakan pengauditan tersebut secara giat ke atas 14 PTJ di seluruh negara yang berlangsung pertengahan Januari hingga awal Februari manakala pergerakan kedua yang melibatkan 15 PTJ lagi adalah pada hujung bulan Februari. 10. Setakat ini prestasi pengemaskinian SPP II masih belum boleh dibanggakan kerana sepatutnya maklumat-maklumat yang dikehendaki perlulah sentiasa di kemas kini. dalam kata lain mencapai seratus peratus. 9. Setelah dibetulkan: BADSA telahpun mula melaksanakan pengauditan tersebut secara giat ke atas 14 PTJ di seluruh negara yang berlangsung pada pertengahan Januari hingga awal Februari manakala pergerakan kedua yang melibatkan 15 PTJ lagi adalah pada hujung bulan Februari. Setelah dibetulkan: Setakat ini prestasi pengemaskinian SPP II masih belum boleh dibanggakan kerana sepatutnya maklumat-maklumat yang dikehendaki perlulah sentiasa di kemas kini. . dalam kata lain mencapai tahap seratus peratus.

JABATAN DAN AGENSI. Selamat pagi dan salam sajehtera. Terlebih dahulu saya juga untuk mengalualukan kehadiran semua pegawai dan kakitangan yang dapat meluangkan masa untuk hadir ke perhimpunan pada pagi yang mulia ini.1. Yang Berhormat Pembantu-Pembantu Menteri. Menteri Pertanian dan Industri Makanan. Indeks Sistem Rasional Kriteria Bajet Surcaj Komitmen Status BAHASA ARAB Hakikat Hakikat Bahan Kedua : Ucapan Kementerian : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan UCAPAN SETIAUSAHA TETAP KPIM SEMPENA PERHIMPUNAN PEGAWAI KPIM. Prestasi Serius. .3 PERKATAAN PINJAMAN YANG TERDAPAT DALAM TEKS UCAPAN Y.B DATO’ KETUA SETIAUSAHA SEMPENA PERHIMPUNAN PAGI SEKTOR AWAM PADA 25 FEBRUARI 2008 KATA PINJAMAN PERKATAAN BAHASA INGGERIS Sektor. Pengurus Besar-Pengurus Besar Agensi. Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian. Pengerusi-Pengerusi Agensi. Pengarah-Pengarah Jabatan. Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahim Ismail.

Kita di Kementerian berharap apabila penyusunan ini selesai maka kita semua akan bersikap lebih responsif dan cekap dalam usaha mengatasi karenah . Pada kali ini saya ingin menyentuh perkara-perkara yang lebih serius atau perkara yang lebih tertumpu kepada kelangsungan organisasi keseluruhannya. ahli ahli dewan rakyat dan negara serta juga dari ahli-ahli jemaah kabinet. iaitu dikalangan para eksekutif. menjalankan perniagaan pada waktu pejabat. Rata-rata ulasan atau teguran lebih tertumpu kepada para pelaksana dan penyampai (Jabatan/Agensi) yang dilabel sebagai tidak efektif dan juga tidak komited dalam menyampaikan program kerajaan. Dalam ucapan perhimpunan perdana yang lalu saya telahpun banyak menyentuh perkara-perkara pentadbiran yang menyentuh tentang disiplin dan etika pentadbiran kakitangan. membazir. termasuklah Kementerian sendiri membuat satu perubahan atau penyusunan Pentadbiran yang sediaada. Sebelum kita mendengar amanat YB. tidak cekap. Saya tidak ingin mengulangi atau menyentuh perkara ini kerana sebagai makhluk dewasa dan berpendidikan maka cukup sekali sahaja perkara seperti itu disentuh sebagai peringatan demi untuk kebaikan bersama. penyusunan semula struktur organisasi yang sediaada akan dilakukan kearah struktur yang lebih functional. Di pihak Kementerian sendiri. Disebabkan tomahan yang kolektif ini maka saya merasakan bahawa setiap Jabatan/ Agensi. Diantara perkara yang telah saya sentuh ialah kelewatan datang kerja. rakyat keseluruhannya malah juga dikalangan para pelaksana dan penggubal dasar itu sendiri. izinkan saya untuk menyampaikan sedikit ucapan. tidak memahami matlamat jabatan. Rasanya belum terlambat rasanya untuk menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada saudara-saudara kita dari kaum Cina yang merayakannya. soal-soal integriti. menconteng tandas dan lift dan sebagainya. Untuk makluman tuan/puan. menggunakan pejabat untuk kepentingan peribadi. perkara seperti kelemahan organisasi melaksanakan sistem penyampaiannya (delivery system) bukanlah merupakan perkara baru. Ia telah menjadi satu isu perbincangan yang mendapat perhatian khusus samaada daripada media massa. Menteri Pertanian dan Industri Makanan .

Diantara puncanya ialah: •Kegagalan membuat perancangan projek/program secara teratur. •Pengurusan kewangan yang tidak berapa teratur. Saranan untuk memperkasakan sistem pemantau dan penilaian impak projek perlu dipatuhi agar sistem pemantauan dan pengesanan projek/program ini dilakukan ditiga peringkat (3 tiers supervision) dapat dilaksanakan. bebarapa perkara telahpun dikenalpasti sebagai punca terhadap kegagalan pelaksanaan projek. Sehubungan dengan ini. Pada masa yang sama juga setiap Jabatan/Agensi perlu meningkatkan usaha untuk mengenalpasti. Perkara ini berlaku disebabkan oleh keen gganan pihak bertanggungjawab melantik anggota baru apabila anggota meninggalkan perkhidmatan kerana persaraan dsb. peringkat kedua diperingkat pusat jabatan/agensi pelaksana dan peringkat ketiga diperingkat kementerian. •Tidak ada penilaian projek/program. Semasa mesyuarat post-mortem pelaksanaan projek tahun 2006 baru-baru ini. Peringkat pertama diperingkat daerah. Delivery system yang cemerlang akan hanya dapat dilakukan apabila ianya diwujudkan berasaskan kepada intergriti.birokrasi dan berfungsi dengan lebih lancar dengan tidak mengecewakan kumpulan sasaran atau pelanggan kita kerana sistem penyampaian adalah merupakan teras utama perkhidmatan awam. Dan diharapkan juga agar Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian akan mengikuti langkah ini melalui penyusunan semula fungsi dan mengunapakai kesemua sumber manusia ketahap optimum kerana kekurangan sumber manusia terutamanya dibahagian teknikal yang kritikal telah menjadi salah satu daripada penghalang kepada sistem penyampaian yang berkesan. Kementerian akan memperkasakan bahagian pemantauan dan penilaian program. . menilai dan mengkaji amalan-amalan semasa yang mungkin telah lapuk dengan melakukan penambahbaikan terhadap sistem dan prosidur kerja bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan Kementerian. •Tidak ada sistem pemantauan (monitoring) yang teratur. kepercayaan dan gandingan mantap melalui kerja berpasukan (team work).

Keputusan yang dibuat berdasarkan analisis akan mempastikan projek atau program tersebut akan berdaya maju dan memberikan manfaat yang maksimum kepada kumpulan sasaran. Pemilihan sesuatu program/projek itu juga amat penting dimana mengikut kelazimannya keputusan dibuat berdasarkan kepada analisis kemungkinan atau mengikut analisis kos faedah (cost benefit analysis). Melalui penilaian kita akan dapat mengetahui samaada projek tersebut telah dapat mencapai matlamat yang ditetapkan atau . Pemantauan mengikut terminologi bahasa dapat ditafsirkan sebagai tinjauan terhadap kemajuan program/projek secara sistematik agar ianya dapat disiapkan atau dilaksanakan mengikut jadual. mengikut jadual dan juga dengan jayanya.•Berlaku tadbir urus projek yang tidak berasaskan kepada integriti dan akauntabiliti. Perancangan projek/program yang teratur adalah merupakan proses awal yang amat penting dilaksanakan bagi menjamin agar suatu projek atau program itu betul-betul dapat dinikmati oleh kumpulan sasaran. Oleh itu saya amat berharap agar Jabatan/Agensi di Kementerian ini dapat mengadakan satu sistem pemantauan yang sistematik sepertimana yang telahpun dilaksanakan melalui Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) yang telahpun dikuatkuasakan diperingkat Persekutuan. Satu lagi komponen penting dalam pelaksanaan suatu projek/program pembangunan ialah penilaian outcome atau impak projek sebagai satu alat pengurusan pembangunan. Sistem pemantauan teratur berupaya menjayakan projek dengan teratur sebaliknya jika tidak ada pemantauan. Jika pemantauan dapat dilaksanakan diperingkat Kementerian. walau sebaik mana perancangan atau keputusan dibuat ianya tidak akan bermakna. Jabatan atau Agensi secara teratur maka projek-projek atau program-program dalam RMK9 dapat dilaksanakan dengan teratur. Disamping itu juga pelaksanaan projek/program dapat dikaji dari semasa ke semasa dan jika perlu penambahbaikan boleh dilakukan tanpa membabitkan kos yang besar. Melalui pemantauan juga sebarang permasalahan dapat dikesan diperingkat awal dan dengan itu usaha bagi mengatasinya dapat dilakukan.

Sekian dan terima kasih. disiplin dan kewibawaan yang tinggi. Mengikut keadaan semasa kaedah ukuran prestasi terhadap impak projek yang biasa digunakan ialah KPI (Key Performance Indicator) dan Target Outcomes. seorang penjawat awam sering diberikan penekanan agar mengamalkan suatu pendekatan berintegriti. Dalam soal lain. Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan ucapan saya kerana selepas ini kita akan sama-sama mendengar amanat yang akan disampaikan sendiri oleh YB. Integriti ini juga hendaklah dipupuk disetiap lapisan kakitangan tanpa mengira jawatan dan kedudukan mereka dipejabat supaya setiap mereka akan akan mempunyai keluhuran. Empat prinsip ini jika dijadikan pegangan dikalangan segenap lapisan penjawat awam yang melaksanakan projek/program maka matlamat kerajaan negeri untuk menjadikan Sabah maju menjelang tahun 2015 akan menjadi kenyataan. telus dan adil. . saya tidaklah berhasrat untuk menghuraikan perkara ini kerana ianya terletak luar daripada bidang kuasa Kementerian. Pihak Kita Cuma dapat menghantar permohonan untuk mempercepatkan pengeluaran suatu peruntukan. akauntabliti. Menyentuh tentang pengurusan kewangan. Menteri Pertanian dan Industri Makanan.Datuk Haji Abdul Rahim Ismail.telah dapat mendatangkan faedah kepada kumpulan sasaran. Akibatnya program/projek yang dilancarkan akan dilaksanakan secara terburu-buru dan yang lebih malang peruntukan ditarik balik akibat kesuntukan masa. Malangnya apa yang berlaku adalah kerapnya berlaku pengeluaran peruntukan diakhir tempoh suatu suatu tahun kewangan.

lapuk 4.saudara. bukanlah.2.tidak 3.penggubal 5.isu . a u baru.mengulangi. JABATAN DAN AGENSI.menggunakan.ucapan.lalu. i a kita. i u serius. u a juga.etika.1 POLA KESELARASAN VOKAL YANG TERDAPAT DALAM UCAPAN SETIAUSAHA TETAP KPIM SEMPENA PERHIMPUNAN PEGAWAI KPIM.0 ANALISIS BAHAN 2. a i dari. Suku Kata Suku Kata Perkataan Praakhir Akhir Tertutup 1.pagi 2.

berfungsi 7.mantap. e(pepet) u semua.hanya. jabatan.saya.ukuran.salam. o a soal.anggota 16.bersama 15.dipupuk 12.matlamat. e(taling) a sekali.prinsip. a a makanan. amanat.maka.rasa.kepada.pada.dapat.sedikit 18. terburu-buru.pegawai.kelemahan.2 PENGEJAAN KATA PINJAMAN KATA PINJAMAN PERKATAAN Bahasa Inggeris  functional  eksekutif  komited  responsif  delivery system  team work  optimum  tiers supervision  post-mortem  monitoring  intergriti  akauntibility  cost benefit analysis  terminology  key performance indicator  target outcomes  lift  outcome  serius .akan. perkara.agar.proses 9.struktur.banyak. u u untuk. o o permohonan 14.khusus.efektif 13.dalam.semula 2. i i ini.sama.pelaksana 17.awam.tinggi. o e(taling) oleh.sehubungan.disiplin 11. e(taling) e(taling) seperti. e(pepet) i lebih.para.masa.cekap.rakyat.projek.6.amat 10. e(pepet) a selamat. dewasa.sentuh. u i Lebih. e(taling) o tempoh 8.malah.izinkan.menconteng.kehadiran. sasaran.

2.3 KESALAHAN UMUM TATABAHASA Kesalahan ayat :  terlebih dahulu saya juga untuk mengalu-alukan (salah) terlebih dahulu saya juga ingin mengalu-alukan (betul)  banyak menyentuh perkara-perkara pentadbiran (salah) banyak menyentuh perkara pentadbiran (betul)  saya sentuh ialah kelewatan datang kerja (salah) saya senruh adalah kelewatan datang kerja (betul)  sepertimana yang telahpun dilaksanakan (salah) seperti mana yang telah dilaksanakan (betul)  walau sebaik mana perancangan (salah) walaupun sebaik mana perancangan (betul)  projek tersebut telah dapat mencapai (salah) projek tersebut telah mencapai (betul)  atau telah dapat mendatangkan (salah) atau dapat mendatangkan (betul)  yang cemerlang akan hanya dapat (salah) yang cemerlang hanya akan dapat (betul)  tempoh suatu suatu tahun kewangan (salah) tempoh suatu tahun kewangan (betul) .

saya telahpun (betul) Kesalahan ejaan KESALAHAN PEMBETULAN mengalualukan mengalu-alukan diantara di antara samaada sama ada dikalangan di kalangan sediaada sedia ada kearah ke arah karenah kerenah mengunapakai menggunapakai ketahap ke tahap mempastikan memastikan sepertimana seperti mana diakhir di akhir ditarik balik di tarik balik dipejabat di pejabat .Kesalahan tanda baca Tanda baca (.) :  Dalam ucapan perhimpunan perdana yang lalu saya telahpun (salah) Dalam ucapan perhimpunan perdana yang lalu.

termasuklah kemudahan cuti bersalin. Mengikut definisi ‘pekerja’ di bawah Akta Kerja 1955. pekerja ialah mereka yang bergaji RM1.73 juta berada dalam pasaran pekerjaan di mana seramai 1.500 dan ke bawah serta pekerja manual tanpa . Pekerja wanita yang bergaji melebihi RM1. Kementerian Pembangunan Wanita. keperluan dan kebajikan mereka perlu diberi perlindungan sewajarnya. seramai 3. Keluarga dan Masyarakat amat prihatin terhadap isu cuti bersalin yang tidak seragam di kalangan pekerja wanita sektor swasta.500.08 juta adalah terdiri daripada wanita yang berkahwin dan bekerja di sektor swasta.500 sebulan tidak diberi cuti bersalin 60 hari oleh majikan sebagaimana mereka yang bergaji kurang daripada RM1. Keluarga dan Masyarakat KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL MENTERI PEMBANGUNAN WANITA.9 juta wanita berada dalam kumpulan umur bekerja (15-64 tahun). Oleh itu. KELUARGA DAN MASYARAKAT MENGENAI CUTI BERSALIN DI SEKTOR SWASTA Mengikut data Penyiasatan Tenaga Buruh 2004 terdapat seramai 7.Bahan : Kenyataan Akhbar Kementerian : Kementerian Pembangunan Wanita. Daripada jumlah itu. Mereka ini memberikan sumbangan besar dalam pembangunan ekonomi dan keharmonian sosial negara.

perkongsian kerja (job sharing) dan waktu kerja fleksibel. Sudah sampai masanya isu ini ditangani dan kemudahan cuti bersalin diseragamkan supaya diskriminasi yang berasaskan gaji kepada pekerja wanita dihapuskan. Kementerian ini berpendapat semua pekerja wanita berhak diberi cuti bersalin sekurang-kurangnya 60 hari tanpa mengira jumlah gaji yang diperolehi. Tempoh cuti bersalin selama 60 hari adalah penting kepada ibu bertujuan untuk memulihkan kesihatannya di samping dapat menyusu dan membela (nurture) anak yang baru lahir itu dengan lebih baik.mengira gaji. Antara konsep mesra keluarga yang boleh diamalkan ialah bekerja dari rumah. Pihak majikan di sektor swasta haruslah mencontohi langkah Kerajaan dalam memberikan cuti bersalin selama 60 hari kepada semua pekerja wanita. Pihak swasta juga diseru untuk mengamalkan konsep mesra keluarga di tempat kerja dan dalam peraturan kerja. peruntukan ini tidak boleh dimanfaatkan oleh semua pekerja wanita di sektor swasta disebabkan definisi pekerja seperti dalam Jadual I Akta tersebut. Ini adalah juga selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kesamaan layanan undang-undang kepada semua orang. Kini semua pekerja wanita di sektor awam diperuntukkan cuti bersalin selama 60 hari tanpa mengira jumlah gaji. Kementerian melihat perkara ini sebagai satu kelemahan berkaitan undang- undang perburuhan yang perlu dikaji semula supaya tidak wujud diskriminasi terhadap mana-mana pekerja wanita di negara ini.Akta Kerja 1955 memperuntukkan pekerja wanita diberi cuti bersalin sekurang-kurangnya 60 hari. . Suka juga saya menyeru kepada semua pihak khususnya para majikan sektor swasta supaya turut prihatin terhadap isu ini memandangkan ia merupakan tanggungjawab sosial kepada pekerjanya. Majikan harus sedar bahawa pekerja yang sihat menyumbang kepada peningkatan produktiviti. Walau bagaimanapun.

tahun. amat a i Gaji. itu o a Orang o e taling Oleh . data. tidak i i Ini. diri i u Ibu.DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL 3. hapus e pepet a Berhak. KELUARGA DAN MASYARAKAT MENGENAI CUTI BERSALIN DI SEKTOR SWASTA Suku Suku Kata Akhir Contoh Penggunaan Kata Praakhir Tertutup a a Dalam. mesra e taling e taling - e taling o Tempoh. mana. kahwin. semua e taling a Keluarga. sektor i a Pihak. kerja e pepet i Mesti. kaji a u Satu.boleh. isu. konsep o o Ekonomi . besar.0 ANALISIS BAHAN 3. beri e pepet u Perlu.1 POLA KESELARASAN VOKAL YANG TERDAPAT DALAM KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL MENTERI PEMBANGUNAN WANITA.

rumah.2 KATA PINJAMAN YANG TERDAPAT DALAM KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL MENTERI PEMBANGUNAN WANITA. kurang u i Cuti u u Untuk. KELUARGA DAN MASYARAKAT MENGENAI CUTI BERSALIN DI SEKTOR SWASTA Kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ucapan tersebut adalah : .. umur. wujud 3. KELUARGA DAN MASYARAKAT MENGENAI CUTI BERSALIN DI SEKTOR SWASTA Kata pinjaman yang terdapat dalam petikan tersebut kebanyakkannya berasal daripada bahasa Inggeris. buruh. juta.3 KESALAHAN TATABAHASA UMUM TATABAHASA YANG TERDAPAT DALAM KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL MENTERI PEMBANGUNAN WANITA. Kata pinjaman Bahasa Inggeris Diskriminasi Discrimination Fleksibel Flexible Sektor Sector Sosial Social Manual Manual Produktiviti Productivity 3.u a Jumlah.

(a) Pihak majikan di sektor swasta haruslah mencontohi langkah Kerajaan dalam memberikan cuti bersalin selama 60 hari kepada semua pekerja wanita. (c) Suka juga saya menyeru kepada semua pihak khususnya para majikan sektor swasta supaya turut prihatin terhadap isu ini memandangkan ia merupakan tanggungjawab sosial kepada pekerjanya. (b) Tempoh cuti bersalin selama 60 hari adalah penting kepada ibu bertujuan untuk memulihkan kesihatannya di samping dapat menyusu dan membela (nurture) anak yang baru lahir itu dengan lebih baik. Pembetulan Tempoh cuti bersalin selama 60 hari adalah penting kepada ibu bertujuan memulihkan kesihatannya di samping dapat menyusu dan membela (nurture) anak yang baru lahir itu dengan lebih baik. Pembetulan . (d) Peruntukan ini tidak boleh dimanfaatkan oleh semua pekerja wanita di sektor swasta disebabkan definisi pekerja seperti dalam Jadual I Akta tersebut. Pembetulan Saya juga menyeru kepada semua pihak khususnya para majikan sektor swasta supaya turut prihatin terhadap isu ini memandangkannya tanggungjawab sosial kepada pekerja. Pembetulan Pihak majikan di sektor swasta haruslah mencontohi langkah kerajaan dalam memberikan cuti bersalin selama 60 hari kepada semua pekerja wanita.

Kuala Lumpur. 2006. 1989. Kuala Lumpur. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kamus Dewan Edisi Baru. 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka. Farid. Kamus Dewan Edisi Keempat. Nik Safiah. RUJUKAN Dewan Bahasa dan Pustaka. Peruntukkan ini tidak boleh dimanfaatkan oleh semua pekerja wanita di sektor swasta disebabkan definisi pekerja seperti dalam Jadual I Akta tersebut. Hashim. . Abdul. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.