Anda di halaman 1dari 9

MODUL BESTARI ‘A’

PENGAJIAN AM KERTAS 2
2008

VOL. 1 - SET 1
Edisi Guru

Unit Kurikulum
Jabatan Pelajaran Perak
BAHAGIAN A

ISU - KEGIATAN SAMSENG DI SEKOLAH

BIL IDEA HURAIAN


A. FAKTOR KEGIATAN SAMSENG DI SEKOLAH
1. Pengaruh media - Program televisyen mempunyai pengaruh kuat
membentuk peribadi pelajar / keganasan
rancangan televisyen / pengaruh filem
- Pengaruh majalah luar negara / penampilan gaya
dan pelakuan
- Peralatan elektronik bergambar (MP3)

2. Persekitaran dan kaedah - Suasana dan persekitaran yang kurang bermoral


pendidikan di rumah - Keluarga yang porak peranda / pincang /
bermasalah
- Masyarakat yang tidak bermoral akan
mempengaruhi tingkahlaku pelajar.

3. Pengaruh rakan/masyarakat - Pelajar berkawan dengan remaja dan kumpulan


masyarakat yang tidak bermoral
- Kehidupan yang bebas / terbiar merangsang
peribadi negatif

4. Persekitaran di sekolah - Pelajar yang lemah kurang berminat untuk belajar


- Kawalan disiplin di sekolah kurang / kekurangan
guru berwibawa mengendalikan masalah disiplin /
guru bimbingan kaunseling kurang masa
mengendalikan kaunseling individu / kelompok

B. LANGKAH MENGATASI
5. Tindakan buang sekolah - Tindakan disiplin yang ketat / berterusan
- Memberi pengajaran kepada pelajar terbabit dan
pelajar-pelajar lain
- Mengurangkan penularan pengaruh pelajar yang
bermasalah kepada pelajar-pelajar lain

6. Program kaunseling / bimbingan - Pihak sekolah menubuhkan Jawatankuasa Khas


dan Pemulihan akhlak memantau kegiatan samseng
- Program bersepadu antara Unit Bimbingan
Kaunseling dengan Badan Disiplin sekolah
- Badan disiplin diberi kuasa merotan pelajar
terbabit di hadapan semua pelajar
- Permuafakatan antara pihak sekolah dengan ibu
bapa dan masyarakat

7. Sukatan Pelajaran Sivik dan - Mendedahkan kepada pelajar amalan kehidupan


Kenegaraan yang bermoral
- Membentuk peribadi pelajar yang berakhlak dan
cintakan diri,keluarga,masyarakat dan negara /
bina sahsiah terpuji
- Mencapai hasrat dan wawasan negara /
memenuhi keperluan guna tenaga membangun
negara
8. Bimbingan agama dan kawalan - Ibu bapa berperanan mendidik pelajar dengan
ibu bapa cara berhemah
- Perhatian daripada ibu bapa / kawal pergerakan
anak-anak
- Asuhan dan didikan agama untuk menghindar
perlakuan tidak berakhlak

C. KESAN KEGIATAN SAMSENG


9. Menganggu proses pengajaran - P&P tidak dapat dilakukan dengan sempurna.
dan pembelajaran - Sentiasa diganggu oleh pelajar yang terlibat.
- Pelajar dan guru yang tidak bersalah menjadi
mangsa.

10. Kawasan sekolah tidak selamat. - Timbul ancaman kepada keselamatan pelajar.
- Rasa tidak selamat di kalangan pelajar.
- Menimbulkan kucar-kacir di sekolah.
- Membantutkan pertumbuhan dan perkembangan
anak-anak.

11. Kemerosotan prestasi pelajar. - Pelajar yang terlibat tidak berminat untuk belajar.
- Cenderung kepada perlakuan jenayah.
- Prestasi pelajar semakin merosot.

12. Menjatuhkan imej negara. - Melibatkan aktiviti jenayah.


- Meningkatkan kegiatan jenayah di negara kita.
- Menjatuhkan imej negara sebagai negara timur
yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi.

Contoh-contoh Soalan.

1. Kegiatan samseng di sekolah melibatkan kumpulan pelajar yang sering melakukan pelbagai
salah laku. Bincangkan faktor yang mendorong kegiatan ini dan langkah pencegahan yang
boleh diambil oleh sekolah.

Skema : 2 + 2

2. Pihak sekolah telah mengambil langkah-langkah tertentu bagi menangani kegiatan samseng
di sekolah. Namun demikian, langkah yang diambil tidak seharusnya melalaikan kita kepada
kesan yang akan timbul jika kegiatan ini tidak dibenteras dengan segera.
Bincangkan.

Skema : 2 + 2
BAHAGIAN B

ISU : TANAH RUNTUH

BIL IDEA HURAIAN


A : FAKTOR SEMULAJADI TANAH RUNTUH
1 Kebolehan hujan − Kadar penyerapan air yang tinggi, aliran air bawah tanah
wujud.
− Pergerakan tanah berlaku di kawasan tidak kuat
menampung pengumpulan air pada kuantiti yang besar
di bahagian bawah tanah.
− Kawasan menerima keamatan hujan lebat 50 ml per
jam.

2 Kepanjangan cerun − Memungkinkan berlakunya peningkatan kadar


penyerapan pada sesuatu bahagian cerun berkenaan
(keluasan permukaan)
− Ketinggian cerun akan meningkatkan kadar halaju air
yang mengalir dan menggalakkan runtuhan

B : LANGKAH MENGATASI TANAH RUNTUH


3. Pelaksanaan Laporan − Mensyaratkan kepada setiap pemaju projek
Penilaian Kesan Alam pembangunan di kawasan tanah tinggi supaya
Sekeliling (EIA). mengemukakan laporan EIA.
− Memastikan setiap projek pembangunan yang bakal
dilakukan memenuhi syarat-syarat penjagaan alam
sekitar. dari segi kecerunan, kawasan tadahan hujan,
pengekalan pokok.

4 Kaedah penanaman − Akar-akar pokok bertindak mencengkam tanah untuk


tanaman tutup bumi. mengelakkan tanah di sesuatu kawasan menggelongsor
akibat hujan lebat.
− Dapat mengurangkan kesan langsung titisan hujan ke
atas tanah khususnya di kawasan bercerun.

5 Agen penutupan - Menutup kawasan yang terdedah dan terhakis


(tebing / cerun) dengan plastik .
- Membina perangkap lumpur supaya dapat
mengurangkan kawasan tanah runtuh
- Mengkonkrit tebing boleh mengelakkan tanah runtuh
akibat pemotongan tanah atau pembinaan tebing untuk
projek pembangunan

C : KESAN TANAH RUNTUH


6. Pencemaran sumber air - Tanah yang terhakis akan membawa lumpur ke dalam
sumber air
- Menyebabkan sumber air menjadi cetek akibat
longgokan mendapan kelodak
- Mencemar kualiti air

7. Kemusnahan hutan tanah - Hutan yang dimusnahkan menyebabkan kurangnya


tinggi kawasan tadahan air
- Berlaku perubahan ekologi kawasan tanah tinggi secara
besar-besaran
- Menghilangkan agen penyahcemaran

Soalan-soalan Contoh :

1. Kejadian tanah runtuh memudaratkan kehidupan manusia. Oleh itu langkah-langkah yang
sewajarnya harus diambil bagi mengatasi masalah ini.
Bincangkan.

Skema: 2+2

2. Tanah runtuh dikaitkan apabila berlaku gelungsuran tanah.


Bincangkan faktor semulajadi dan kesan tanah runtuh kepada kehidupan manusia.

Skema: 2+2
.
BAHAGIAN E

Panduan:

Soalan ini mempunyai dua pendekatan, soalan 3 (a) menggunakan pendekatan carta pai. Soalan 3 (b)
pula menggunakan pendekatan dalam bentuk jadual. Kedua-dua soalan ini menggunakan skema yang
sama.

3 (a) Berdasarkan carta, huraikan perubahan tabiat merokok mengikut had umur yang
dinyatakan, dan jelaskan mengapa berlaku fenomena tersebut.

MALAYSIA: TABIAT MEROKOK MENGIKUT PERINGKAT UMUR


1980 HINGGA 2000
1980 1990

16.67% 15.39% 18.29% 13.41%

17.94% 20.51% 20.75%


15.85%

15.39% 14.10%
17.07% 14.63%
7,800 ribu orang
8,200 ribu orang

2000

19.79% 16.27%

Petunjuk
18 tahun ke bawah 12.79% 18.60%
19 - 28 tahun
29 - 38 tahun
39 - 48 tahun
49 - 58 tahun 17.44% 15.11%
59 tahun ke atas
8,600 ribu orang

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan Daripada Buletin


Jabatan Kesihatan,2003)
3 (b) Berdasarkan jadual, huraikan perubahan tabiat merokok mengikut had umur
yang dinyatakan, dan jelaskan mengapa berlaku fenomena tersebut.

MALAYSIA: TABIAT MEROKOK MENGIKUT PERINGKAT UMUR


1980 HINGGA 2000
KUMPULAN 1980 (Ribu org) 1990 (Ribu org) 2000 (Ribu org)
UMUR
Nilai Peratus Nilai Peratus Nilai Peratus
Mutlak Mutlak Mutlak
18 Tahun ke bawah 1200.42 15.39 1099.62 13.41 1399.22 16.27
19 – 28 tahun 1599.78 20.51 1701.50 20.75 1599.6 18.60
29 – 38 tahun 1099.80 14.10 1199.66 14.63 1299.46 15.11
39 -38 tahun 1200.42 15.39 1399.74 17.07 1499.84 17.44
49 -58 tahun 1399.32 17.94 1299.70 15.85 1099.94 12.79
59 ke atas 1300.26 16.67 1499.78 18.29 1701.94 19.79
JUMLAH 7800 100 8200 100 8600 100

Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Jabatan Kesihatan, 2003

SKEMA CADANGAN

Pengenalan

Jumlah perokok di Malaysia didapati berbeza mengikut had umur.

1. Jumlah Keseluruhan
- Menunjukkan pola meningkat berterusan
1980 – 7,800 ribu orang
1990 – 8,200 ribu orang
2000 – 8,600 ribu orang
- peratus peningkatan dari tahun 1980 hingga 2000 ialah 10.26% atau 800 ribu orang.

Sebab:

- Kegagalan kempen anti merokok dan penyakit berkaitan dengan merokok


- Kurang kesedaran di kalangan perokok
- Harga rokok secara relatif masih rendah dan mampu dibeli.

2. Pola Meningkat

Contoh :
Umur 29 hingga 38 tahun
1980 – 1200.42 ribu orang
2000 – 1399.22 ribu orang
- Meningkat sebanyak 198.8 ribu orang
- Peratus meningkat 14.21 %

Sebab:

- Kedudukan ekonomi /pendapatan yang stabil


- Mereka telah menjadi perokok tegar
3. Pola Menurun

i. Umur 49 – 58 tahun

1980 – 1399.32 ribu orang


2000 – 1099.94 ribu orang
- Menurun sebanyak 299.38 ribu orang
- Peratus penurunan sebanyak 21.39 %

Sebab:

- Golongan yang sudah mula mengidap pelbagai jenis penyakit berbahaya akibat faktor usia
dan kesan merokok. Telah ada kesedaran tentang penjagaan kesihatan

4. Pola Tidak Konsisten

i.18 tahun ke bawah


ii.19 – 28 tahun

18 tahun ke bawah:
1980 – 1200.42 ribu orang
1990 – 1099.62 ribu orang
2000 – 1399.22 ribu orang

1980 hingga 1990 menurun sebanyak 100.8 ribu orang.


Peratus menurun sebanyak 8.40 %
1990 hingga 2000 meningkat sebanyak 299.6 ribu orang.
Peratus peningkatan sebanyak 27.25 %

Sebab:
- Bukan daripada golongan perokok aktif (Masih di alam persekolahan) – merokok hanya
apabila dipengaruhi oleh rakan-rakan, untuk melepaskan tekanan belajar.
- Golongan yang masih menuntut sama ada di sekolah atau di institusi pengajian tinggi –
tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membeli rokok. Bergantung kepada
pinjaman / ibubapa

Penutup

Merokok merupakan satu tabiat yang merugikan kerana ia bukan sahaja menyebabkan
perbelanjaan meningkat malah boleh menjadi penyebab pelbagai jenis penyakit kronik.

Anda mungkin juga menyukai