Anda di halaman 1dari 2

CONTOH KERTAS CADANGAN

SUMBANGAN KETUA KAMPUNG SAMAD BIN BOL TERHADAP KAMPUNG SINAR BUDIMAN DARI TAHUN 1980 HINGGA 1990

1. PENGENALAN Kampung Sinar Budiman terletak di Daerah Kecil Muara Tuang, Samarahan Sarawak. Kampung ini merupakan penempatan baharu yang dibentuk oleh kerajaan bagi menempatkan golongan setinggan. Sejak ditubuhkan pada tahun 1970, kampung ini terus berkembang maju hingga sekarang. Terdapat beberapa orang Ketua Kampung di sini tetapi kajian saya hanya mengkaji tokoh En.Samad bin Bol sejak beliau memegang jawatan dari 1980 hingga 1990. Ini adalah kerana beliau dilihat oleh masyarakat setempat sebagai ketua yang banyak menyumbangkan jasa kepada pembangunan masyarakat kampung ini.
Khususs Umum

Kajian ini diharap dapat menjawab persoalan kajian saya iaitu apakah sumbangan beliau sehingga menjadi kebanggan masyarakat kampung malah masayarakat di sekitarnya

Masalah kajian untuk di jawab

Menyatakan dengan jelas tujuan kajian

2. OBJEKTIF KAJIAN 2.1. Mengetahui sejarah awal tokoh yang dikaji 2.2. Menjelaskan perkembangan dan sumbangan beliau terhadap Kampung Sinar Budiman

Menyatakan persoalan yang ingin dijawab Sama ada persoalan pokok atau sampingan

3. PERNYATAAN MASALAH 3.1. Mengetahui sejarah awal En.Samad Bin Dol termasuk biodata, pendidikan dan pekerjaan 3.2. Apakah sumbangan-sumbangan(pentadbiran, sukan, agama, kebajikan) beliau terhadap kampung Sinar Budiman.

4. SKOP KAJIAN

Batasan/tempoh Kawasan Isu yang dikaji

Kajian ini tertumpu kepada era pentadbiran tokoh yang dikaji iaitu En.Samad Bin Dol sahaja dari tahun 1980 hingga 1990 di Kampung Sinar Budiman. Kajian tertumpu kepada biodata tokoh meliputi pendidikan , pekerjaan, latar belakang keluarga. Kajian juga akan meneroka sumbangan-sumbangan (pentadbiran, sukan, agama, kebajikan) beliau sebagai ketua kampung di Kampung Sinar Budiman.