Anda di halaman 1dari 20

Isu-Isu Pendidikan Di Malaysia

(Oleh : Marcus Shapie. SMK Kemabong Tenom, Sabah. dan


Evelyn Lim Meei Suey SMK Beruas Perak)
INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA,
LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR

SYNOPSIS.
This article is written for the course of Enhancing English Language
teaching Practices (EELTP) at International languages Teachers Training
(IPBA), Kuala Lumpur for 14 weeks. The paper is under Subject Guru dan
Dasar Negara. In this article, we are trying to highlight the main issues of
education in the country nowadays. For the purpose of categorizing the
point, issues were divided into four major elements. That is issues on
global and national education scenario, The Malaysian education policy,
Issues on teachers and it co-business in teaching. Finally is the issues
related to student, (the client of education business.)
Since the early phase of civilization in this country, education emerge as
one of the most important sectors who contributes a lot on the
development and progress that we earn today. As a teacher, the educator
and a part of the education system, we should play our role to help the
government to implement and archive vision and mission. It is our
objectives to write this article clearly so that everyone of us (teachers)
understood the real situation and not make own judgement based on
personnel dissatisfaction, personnel point of view and personal interest
but for the sake of our people the new generation.

LATARBELAKANG
Sektor Pendidikan merupakan satu bidang yang amat luas dan amat
penting dalam era pembangunan negara. Sejak zaman pra penjajahan
sehinggalah ke zaman ICT pendidikan tidak pernah senyap dengan isu.
Artikel ini membincangkan isu yang paling hangat diperbincangkan

1
sehingga melibatkan pertikaian, penentangan besar-besaran, perdebatan
umum, demonstrasi jalanan malah melibatkan undang-undang dan
perlembagaan negara. Dengan kemudahan ICT canggeh, isu- isu ini telah
lebih bersifat ‘fragile’, ‘cair’ dan ‘liquied’ serta sangat mudah menyerap
ke semua lapisan masyarakat.
Bilangan warga pendidikan yang melibatkan pendidik dan pelajar yang
amat banyak tentu amat seneitif dengan setiap perkara yang berlaku
dalam pendidikan. Setiap peristiwa dan perkara yang berlaku dalam
pendidikan pasti dibawa ke pentas perbincangan dalam semua golongan,
yakni pelajar, ibuapa, guru, pempimpin pendidikan, cendiikiawan
nahupunahli politik.
Pendidikan pada era pra penjajahan sebelum 1824 bersifat informal
dan tertumpu pada Al-Quran. Namun sisitem ini melahirkan ramai tokoh
agama yang beretika tinggi. Selepas British memperkenalkan Sekolah
Vernakular Melayu (1786-1941,) Sekolah Vernakular Cina juga telah
didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun
1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Setrusnya sekolah
venikular Tamil. Perkembangan berlaku selaras dengan perkembangan
politik tanah air seperti pendudukan Jepun, kekalahan Jepun,
pemerintahan British sehinggalah sebelum merdeka semasa zaman
kemerdekaan dan selepas merdeka dan perbalahan kaum sehingglah
masa kini iaitu zaman pengisian kemerdekaan.
Sejak dari mula, isu yang sering menjadi tumpuan perbincangan umum
adalah, pengisian kurikulum, kebajikan guru, disiplin pelajar, aktiviti
kokurikulum, kualiti pendidikan, objektif, misi dan visi penddikan. Perkara
ini masih menjadi teras dalam perbincangan perangcangan pembangunan
negara walaupun pelbagai usaha telah di laksanakan.
Objektif penggubalan dasar dan polisi pendidikan seperti Falsafah
Pendidikan Negara (FPN), Dasar Pendidikan Negara, Pelan Induk
Pendidikan Negara (PIPP) adalah berlandaskan keperluan pembentukan
negara sebagai negara demokrasi barpelembagaan, negara berbilang
bangsa, kaum dan agama serta menjadikan negara Malaysia sebagai
negara maju.

2
Perbincangan dalam atikel ini dikategorikan dalam empat kategori utama
iaitu, isu pelajar, isu guru, polisi dan dasar negara dan seterusnya isu
negara dan masyarakat antarabangsa. Sub isu pula akan dibincangkan
dalam kategori tersebut. Pengkelasan ini bertujuan memberi pemahaman
berfokus. Namun demikian, perlu difahami bahawa setiap isu yang
dibincangkan itu salingberkaitan mengikut kesan dan sebab serta impak
kepada isu lain.

A. ISU PENDIDIKAN MAYA, GLOBALISASI DAN IDENTITI NEGARA


BANGSA.
Ledakan teknologi canggeh di alaf ini telah membawa satu reformasi
dalam pendidikan secara mendadak. Kesannya kepada sektor pendidkan
sangat besar sehingga melibatkan peruntukan kewangan yang banyak
dan mempengaruhi penggubalan dasar kerajaan. Isu kecanggihan
teknologi, menyebabkan kepaerluan maya yangbersifat global. Ini
mempengaruhi penggubalan dasar kerajaan dalam mewujudkan identiti
Negara bangsa malaysia yang merdeka.Diantaranya ialah;
1. Global Village dan Borderless world
Cabaran kehidupan global village dan borderless world memberi
impak secara langsung terhadap kehidupan pelajar. Fenomena
tersebut mempunyai pertalian yang signifikan antara kemajuan
kehidupan manusia dengan kesan daripada ledakan perkembangan
telekomunikasi yang membawa kepada penyelerakan maklumat
secara terbuka melalui dunia hiburan, komunikasi, penyelerakan
pelbagai idea.
Dari aspek perkembangan pendidikan para perancang merasa
terpanggil untuk membuat penyemakan sejauhmana kekuatan dan
kelemahan sistem pendidikan yang dilaksanakan di negara masing-
masing benar-benar relevan untuk menyediakan pelajar dengan
kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing
persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar.

3
2. Tuntutan Masyarakat Antarabangsa Selaras Dengan
Kemajuan Teknologi.

Dari segi perkembangan kurikulum pula institusi pendidikan


berhadapan dengan pelbagai tekanan sama ada dari ahli politik,
pendidik, ahli akademik, masyarakat massa, ibu bapa,
penyelidik,tokoh korporat, kumpulan pedagang, ahli profesional dan
sebagainya untuk melakukan langkah tertentu terhadap kurikulum
secara lebih drastik sifatnya seperti merombak kurikulum, memberi
nilai tambah, melakukan inovasi, membuat penyemakan dan
melakukan reformasi bagi memastikan kurikulum sekolah
tetaprelevan dengan keperluan kehidupan itu sendiri.

3. Trend kehidupan Globalisasi

Trend globalisasi ini kemudiannya mencetuskan pelbagai cabaran


dalam pelaksanaan pendidikan di Malaysia sebagai tindak balas
kepada keterbukaan idea mengenai keperluan pendidikan dalam
meningkatkan kualiti hidup. Antara cabaran tersebut adalah dari
segi:
a. Keperluan terhadap pembelajaran berterusan.
b. Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat.
c. Pengurusan pendidikan.
d. Pembentukan jati diri pelajar.

4. Reformasi Pendidikan

Desakan antarabangsa dalam semua segi kerana pnggunaan


teknologi komiunikasi canggeh memaksa kerajaan merombak
system pendidikan demi melahirkan tenaga kerja yang sesuai

4
dengan keperluan semasa dan bersifat global. Diantara tindakan
kerajaan ini adalah;
a. Penubuhan Konsep Sekolah Bestari
b. Pembentukan laman web My school net
c. Memperkenalkan Matapelajaran Komputer literacy
dikalangan pelajar
d. Bidang pengajaian kejuruteraan Komputer dan sebagainya.
e. Ukuran kualiti pendidikan di buat berdasarkan kemahiran
computer.
f. Penubuhan Universiti Multimedia.
g. Penubuhan Multimedia Super-Koridor. (MSC)
h. Pengajaran matematek dan sains dalam bahasa Inggeris
i. Pengenalan, e=learning, jarak jauh, dan online

5. ICT memperluaskan jurang pendidikan

Perkembangan dasar reformasi pendidikan ini telah


memperluaskan lagi jurang system pendidikan yang sudah
sedia bak ‘langit dengan bumi’ dikalnagan pelajar Bandar dan
pelajar di luar Bandar, pelajar golongan berada dan pelajar
miskin. Pelajar yang celik kompouter telah dilabelkan sebagai
pintar dan celik computer maka ia juga celik dalam semua
aspek pelajaran. Palajar luar Bandar pula dicam sebagai
‘ketinggalan’ dan tidak berilmu maka persepsi ini terus
digeneralisasikan untuk label kompetensi seseorang pelajar di
luar banda.

Habib Mat Som. (2005). Profil kesediaan guru sekolah


menengah terhadap
pelaksanaan perubahan kurikulum. Tesis Ph.D. Universiti
Malaya,

5
6. Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Mungkin ramai diantar kita masih ingat pada tahun 1990
hanya 7 Universiti awam Di Malaysia dan Satu UniTAR
sebagai Universiti Swasta. Kini, Universiti Awam wujud di
setiap negeri di Malaysia, kalaupun bukan kamus utama ia
mempunyai kampus cawangan. Manakala IPTS pula
bertumbuh seperti cendawan di negara ini, banyak negara
majau membuat ‘twinning ‘program dengan kolej di Malaysia.
Ini adalah satu perkembangan sihat kea rah menjadikan
Malaysia sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan.

B. ISU DASAR PENDIDIKAN NEGARA

Peristiwa perbalahan kaum 13 Mei 1969, memberi impak basar kepada


dasar dan polisi pendidikan negara. Dasar pendidikan British memberi
pendidikan kemahiran asas dan sejarah asal-usul setiap kaum di negara
ini, pemimpin negara kini mengutamakan perpaduan kaum dan mula
membentuk satu negara bangsa Malaysia selepas kemasukan kemasukan
Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia pada 16 September 1963.
laporan Razak (1959), laporan Rahman Talib (1960), lapuran Fern –Wu
(1951), dan laporan Kabinet dijadikan landasan penggubalan kurikulum
atau Falsafah Pendidikan Negara. Sehingga kini, Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan perlaksannannya pada
2004 hingga 2010 juga menitik beratkan perpaduan kaum disamping
membawa masyarakat kearah minda kelas pertama. Isu tuntutan
globalisasi yang dibincang lebih awal tadi telah mengubah dasar kerajaan
dan penyebabkan pengubalan polisi baru yang menjadi isu hangat iaitu
pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

1. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

6
Dasar PIPP itu sendiri menjadi isu atau mencetuskan isu dalam sejarah
pendidikan negara. Teras PIPP itu adalah;
1. Membina negara bangsa
2. Membangunkan modal insan
3. Memperkasakan jurang pendidikan
4. Merapatkan jurang pendidikan
5. Memartabatkan profesion keguruan
6. Melanjutkan kecemerlangan Institusi Pendidikan.

2. Isu Sekolah Bestari, Sekolah Kluster Dan Sekolah Wawasan.


Pelbagai kertas konsep diperkenalkan, idea disalurkan kepada guru-
guru dan sebagainya. Isu adalah sejauhmana keberkesanan
perlaksanan dasar ini di semua peringkat. Contohnya Sekolah
Bestari yang diandaikan akan dilaksanakan diseluruh negara pada
tahun 2010. Begitu juga dengan sekolah cluster dan sekolah
wawasan yang mungkin praktikal di sesetengah tempat tetapi
menjadi halangan bagi yang lain.

3. Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik Dalam Bahasa


Inggeris
Isu penggubalan dasar pengajaran Bahasa Inggeris dalam
matapelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Dasar
ini diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia pada 2003 mengikut kepuusan masyuarat kahas Jemaah
Menteri pada 19 Julai 2002. Namum Tan seri MuhyiddinYassin, ,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pendidikan telah
mengumumkan pada 8 Juali 2009 bahawa PPSMI akan di mansuhkan
sepenuhnya pada 2012. Waqlaubagaimanpun setelah desakan
berlaku beliau seterusnya memberitahu bahawa pelajar boleh
meneruskan pengajaran dalam bahasa inggeris bagi yang sudah
memulakannya.

7
PPSMI telah menjadi isu besar dalam pendidikan negara sehinga kini
kerana;

a. Bertentangan dengan Perlembangaan Perkara 152 iaitu


memartabatkan Bahasa Melayu
b. Melibatkan peruntukan lebih kurang 23 billion Ringgit Malayisa
termasuk penghasilan buku teks baru, buku aktiviti murid, buku
panduan guru, MyCd, CD ROM, buku amali, buku glosari kursus
guru, bayaran insentif dan sebagainya.
c. Ramai pihak telah membuat kajian keberkesanan PPSMI seerti;
i. Kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in
International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)
dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College,
Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat.
ii. Kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA )
yang dianggotai oleh UPM, UTM,UPSI,USM dan UiTM dan
melibatkan 53 pakar bahasa, 553 guru, 15089 murid
dengan perbelajaan sebanyak RM470.000
iii. Satu kajian telah dilakukan oleh Prof Dr Nor Hashimah pada
tahun 2004.
iv. Universiti Pendidikan Sultan Idris juga menerbitkan kajian
dasar PPSMI pada April 2008 yang menunjukkan
kelemahan dasar ini

d. Penentangan ahli cendikiawan, ahli politik dan persatuan bahasa


dan kebudayaan, NGO dan badan tertentu yang
memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

e. Penjelasan Ketua Pengarah Pendidikan melalui kenyataan akhbar


mengenai pemansuhan itu adalah seperti berukut;

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009


telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara
berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4,
Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
8
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju
melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan
Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah
peralihan dasar berkenaan. Mekanisme “soft landing” adalah
seperti berikut:

(i) P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam


dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah
menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah
kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa
ibunda dan Bahasa Inggeris bagi SJK(C) dan SJK(T).
(ii) Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-
pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walau
bagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang
kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan
dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-
kohort yang terlibat adalah seperti berikut:

(a) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa


sehingga 2014
(b) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa
sehingga 2015
(c) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa
sehingga 2016.
(d) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa
sehingga 2013.
(e) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa
sehingga 2014.
(f) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa
sehingga 2015

(a) Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik


akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.
(b) Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik
akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013.
(c) Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik
akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015.

Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan


dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan
9
pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya
dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di
sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016. Walau
bagaimanapun pengajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan 6
dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.

4. Pemartabatan Bahasa Melayu dan Pemantapan Bahasa


Inggeris.
Perlaksanaan PPSMI dipandang oleh sesetangah pihak sebagai satu
penderhakaan Bahasa Melayu dan mencemar perlembagaan
Persekutuan Perkara 152. Menurut Prof Dr Azizi Bari, keududukan
Bahasa Melayu sagat jelas dalam perkara 152. Kes ini sudahpun
dicabar di mahkamah pada tahun 2002 oleh empat pelajar dari
Perak tetapi mahkamah tidak membuat keputusan sedangkan kes
penubuhan Universiti Merdeka yang menggunakan bahasa cina
sebagai bahasa pengantar telah ditolak oleh mahkamah pada tahun
1981 dengan alasan yang sama. Ia juga bertentangan dengan
seksyen 179(1) Akta 550, Akta Pendidikan 1996 dan Artikel 152 (1)
dan 152 (6)
Satu ketetapan mengenai ini sudahpun di buat untuk
memartabatkan Bahasa Melayu disamping memantapkan
penggunaan Bahasa Inggeris agar negara kita tidak hilang dari arus
perkembangan dan kemajuan seantero seperti alasan asal kenapa
PPSMI itu diperkenalkan. Berikut adalah kenyataan akhbar
kementerian Pendidikan berhubung dengan perkara ini.
a. Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi
kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah
dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran
berbahasa di kalangan murid melalui pendekatan modular yang
bersepadu, seimbang dan holistik.

10
b. Di peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum Bahasa
Malaysia akan memberikan penekanan kepada penghayatan dan
apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di samping memantapkan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta
penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.

c. Dan tindakan pemantapan Bahasa Inggeris adalah seperti


berikut;

Kementerian Pelajaran akan melaksanakan langkah-langkah berikut


untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan
murid.
i. Menambah bilangan guru bahasa Inggeris seramai 13,933
orang untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di
kalangan murid. Ini termasuklah 1000 orang guru luar
negara, 600 orang guru bersara dan 12,333 guru
tambahan daripada IPGM, IPTA dan IPTS. Keutamaan akan
diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman
untuk mendapatkan guru terbaik. Pihak Kementerian juga
akan menyediakan guru penolong bahasa Inggeris gred DG
41 bagi kelas besar seperti kelas yang melebihi 35 murid di
Tahun Satu dan Dua untuk meningkatkan ”contact time”
antara guru dan murid.
ii. Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SK Tahap I
ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330
minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak
90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu.
iii. Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap I
ditambah seratus peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120
minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak
30 minit daripada 90 minit menjadi 120 minit seminggu.

11
iv. Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Tingkatan Satu
hingga Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit
menjadi 280 minit seminggu.
v. Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam
ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi 400
minit seminggu.
vi. Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Matrikulasi
ditambah seratus peratus iaitu daripada 3 jam menjadi 6 jam
seminggu.
vii. Program Sastera Kontemporari Kanak-Kanak Bahasa
Inggeris diperkenalkan kepada semua murid Tahap II untuk
mengukuhkan minat membaca di kalangan murid di samping
memperkenalkan unsur-unsur sastera.
viii. Makmal bahasa Inggeris akan diwujudkan di sekolah-
sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa
Inggeris dengan lebih berkesan.
ix. Teknologi maklumat akan dimanfaatkan dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui penggunaan
perisian komputer yang sesuai.
x Pelajaran tatabahasa Inggeris akan diberikan penekanan
dalam pengajaran dan pembelajaran BI.
xi Untuk mendedahkan murid dengan istilah-istilah sains dan
teknologi dalam bahasa Inggeris, elemen sains dan teknologi
akan diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Inggeris.”
5. Sistem Kouta Dalam Pendidikan
seamasa penggubalan Dasar Ekonomi Baru. Kerajaan telah
menetapkan 30% kuota untuk kaum bumiputera dalam peluang
melanjutkan pendidikan serta peluang-peluang ekonomi. Kini sistem
ini sering di pertikaikan dan dinilai oleh badan berkanun dan NGO
sebagai satu tindakan yang bukan membantu kumpuln bumiputer
dalam jangka masa panjang tetapi satu kerugian. Persoalannya,
adakah sistem ini dapat membantu masyarakat bumiputera per se?.

12
Mungkin kita boleh katakana bahawa ia Cuma membantu kaum
bumiputera terus dalam kedudukan mereka kerana tidak terus
menjadi masyarakat subsidi yangbergantung pada nasib dan bukan
pada usaha, kegigihan dan kesedaran.
Apa pula kuata untuk kumpulan minority? Orang asli, bumiputera
Sabah dan Sarawak?Pemberian tempat bukan Bumiputera di UITM
juga ditentang hebat.

C. ISU PROFESIONALISMA GURU.


Isu berkaitan dengan guru juga tidak pernah sepi dari pelbagai isu.
Berbagai tuntutan NUTP , dasar kerajan, tingkah laku guru, kebajikan guru
dan sebagainya mengisi ruang perbincangan isu guru-guru. Diantara yang
terbaru adalah;
1. Penilaian Tahap Kecekapan.
Penilaian Tahap kecekapan (PTK) ini telah diperkenalkan mulai 1
November 2002 berdaasrkan pekeliling Bil 4 tahun 2002 mengenai
perlaksanan Sistem Saraan Malaysia bagi Anggota Perkhidmatan
Awam. Ringkasnya, PTK bertujuan menggalakkan pembangunan
diri melalui pembelajaran berterusan dikalangan pejawat awam.

Namum PTK ini juga menjadi isu besar dikalangan guru yang tidak
puas hati dengan penilaian, pemarkahan, silibus dan sebagainya.
NUTP telahpun mengemukakan cadangan kepada kementerian
untuk menggantikan PTK namum ia tetap dikekalkan denagn
beberapa pengubahsuaian. Pengubahsuaianterkini adalah;

a. Kelonggaran syarat menduduki PTK bagi pegawai yang


memangku, yang dipinjamkan atau ditukar sementara.
b. Kedudukan PTK bagi pegawai yang ditukar lantik ke skim
perkhidmatan lain, boleh mengguna pakai kelulusan PTK skim
sebelumnya.

13
c. LPK boleh memberi kebenaran kepada pegawainya untuk
menduduki PTK di Kementerian/Negeri/Agensi yang lain mengikut
syarat yang ditetapkan.
d. Mewajibkan soalan Pengurusan Kewangan dalam PTK
merangkumi 10% hingga 20% dari komponen.
e. Peningkatan komitmen menduduki PTK, memperbaiki keputusan
Aras III ke aras IV, diberi peluang sekali sahaja untuk berbuat
demikian di Tahap Kecekapan berkenaan. Penangguhan menduduki
PTK, pegawai memohon tetapi tidak hadir PTK. LPK boleh
menangguhkan pegawai menduduki PTK 12 bulan, jika tanpa alasan
yang munasabah.
f. Perubahan bentuk keputusan komponen penilaian dalam bentuk
gred. Gred A,B,C,D. Kombinasi keputusan komponen, prinsip aras
terendah, (A+B = Aras III / C+D= Aras I / A/B+D = Aras II).
g. Pemanjangan Nilai Taraf boleh diterima untuk diguna pakai oleh
LPK Kementerian/Negeri/Agensi yang lain sekiranya mempunyai
kelayakan dan skim yang sama.
h. Penyelarasan Program Bimbingan PTK dengan latihan jabatan.
Ketua Jabatan menstrukturkan semula program persediaan PTK
supaya lebih sistematik dan dijadikan sebagai modul dalam
program latihan jabata yang berterusan.
i.Respon KKGLMSM: KKGLMSM berpandangan tidak ada denda /
penalti kepada pegawai yang gagal untuk menduduki PTK. Jangan
nafikan hak pegawai perkhidmatan awam yang menduduki PTK.
j.Guru yang mempunyai keputusan PTK Aras II boleh mendaftarkan
diri bagi peperiksaan PTK berkali-kali tanpa hadnya.Manakala guru
yang sudah memperolehi PTK Aras III hanya dibenarkan mengambil
peperiksaan sebanyak 2 kali sahaja.NUTP sedang berusaha
meminta Jabatan Perkhidmatan Awam menggugurkan syarat
ini.Semua guru diberi peluang menduduki peperiksaan tanpa
hadnya

2. Kenaikan pangkat
Banyak system kenaikan pangakat yang ditawarkan dan
mengundang pelbagai reaksi dikalangan guru. Walaupun isu ini

14
tidak pernah selasai namun ia tetap merupakan isu. Di antaranya
adalah.
a. Kenaikan pangkat bukan siswazah sehingga ke DG48
b. Kenaikan pangkat ke DG44 berdasarkan pengalaman mengikut
jadual berikut.

“Bermakna seorang guru bukan siswazah bertugas dalam gred


DGA29/32/34/38 yang sudah berada di DG44 pengalaman mereka
diambil kira supaya 3 tahun perkhidmatan sebagai bukan siswazah
diberi satu tahun pengalaman mengajar untuk ke DG48. Maksimum
3 tahun pengalaman mengajar sahaja diambilkira”
Contoh:
Guru DG44 sudah berkhidmat 7 tahun dan sebelum itu pernah
berkhidmat sebagai guru bukan siswazah selama 9 tahun akan
diberi 3 tahun pengalaman mengajar untuk ke DG48 KUP.
DG44 = 7 tahun
DGA29/32/34/38 = 3 tahun pengalaman mengajar
(berkhidmat 9 tahun)
Jumlah = 10 tahun
(Layak mohon ke DG48 KUP)
Cara pengiraan pengalaman mengajar sebagai bukan
siswazah:
3 tahun berkhidmat diberi 1 tahun
5 tahun berkhidmat diberi 1 tahun
6 tahun berkhidmat diberi 2 tahun
8 tahun berkhidmat diberi 2 tahun
9 tahun berkhidmat diberi 3 tahun
10 tahun dan seterusnya diberi 3 tahun

c. Kenaikan pangkat Tingkatan Enam


Kenaikan pangkat guru tingkatan 6. Ini membawa banyak reaksi
samada dikalnagn guru yang dilantik atau guru tkn 6 yang
belum dilantik. Di antara isu adalah;
1 belum cukup tempoh perkhidmatan 5 tahun di DG41
2. belum lulus PTK atau sedang menunggu keputusan PTK atau
sedang menunggu panggilan untuk menghadiri kursus PTK
Semua guru tingkatan 6 yang terlibat ini tidak boleh digantikan
dengan guru yang lain.Mereka mesti diberi peluang terus
mengajar tingkatan 6 sehingga memenuhi syarat.
Guru yang berada di Gred KUP
Contoh : DG44 hanya ditawarkan gred DG44 hakiki.
15
d. Kenaikan pangkat bagi guru dan kakitangan pendidikan yang
mempunyai Saarjana dan Kedoktoran falsafah agar diselaraskan
dengan kenaiakan pensyarah di Institusi Perguruan Malaysia.

3. Literasi undang- undang

Satu lagi isu pendidikan yang melibatkan guru adalah kurang


keprihatinan tentang undang-undang. Tindakan dan kegiatan guru
yang dekat dengan pelajar menyebabkan diri guru itu terdedah
dengan tindakan undang-undang tanpa disedari.Walaupun Undang-
undang Tort menyatakan dengan jelas plaintif atau pelajar boleh
menuntut setiap kerugian yang mereka alami, pelajar mesti
membuktikan empat perkara atau unsur sekiranya mereka ingin
menang iaitu .
(a) Guru mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap pelajar untuk
memastikan
keselamatan pelajar,
(b) Guru telah memungkiri kewajipan berjaga-jaga,
(c ) Pelajar mengalami kecederaan fizikal, dan
(d) Terdapat perhubungan rapat di antara kecederaan pelajar
dengan tingkah guru.
Dengan demikian pengetua perlu mengetahui, menyebarkan maklumat
dan memahami dan melaksanakan dengan sewajarnya kandungan
• Ordinan Pelajaran 1957
• Peraturan Disiplin 1959
• Akta pelajaran 1961
• Akta Pendidikan 1996 ( Sek 130)
• Pekeliling Iktisas Kementerian Pelajaran

16
4. Guru dan Penglibatan Dalam Politik

Isu terkini berkaitan denag penglibatanguru dalam politik adalah

“membolehkan guru guru siswazah” bergiat aktif dalam politi.

Cadangan ini dikemukakan oleh Datuk Hissamuddin Tun Hussien

pada Tahun 2007 semasa beliau menjadi menteri Pelajaran. Pelbagai

reaksi dari pelbagai pihak yang menyokong mahupun menbantah

cadangan tersebut. Sehinga kini, hanya guru bukan siswazah sahaja

yang dibenarkan bergiat aktif dalam politik.

Perkara terbaru adalah, pihak NUTP telah member cadangan kepada

Kementerian Pendidikan untuk membolehkan guru DG41 dan DG48

sahaja yang boleh bergiat aktif dalam politik dan yang terlibat

mengajar di sekolah sahaja. Pegawai di pejabat kementerian,

negeri, bahagian dan daerah adalah terkecuali. Kita sama-sama

menunggu perkembangan dari masa ke semasa.

D. ISU PENDIDIKAN DAN PELAJAR.


Pelajar adalah pelanggan dalam pendidikan. Pelajarlah yang menjadi
sasaran kepada falsafah pendidikan Negara untuk menjadi insan yang
dihasratkan oleh kerajaan dan asperasi negara. Antara isu yang
melibatkan palajar dalam dunia pandidikan akhir-akhir ini adalah
seperti berikut.
1. Penetapan bilangan matapelajaran yang diambil di
peperiksaan SPM iaitu 10 sahaja dan 11 bagi yang
mengambil Pendidikan Agama Islam

17
2. Pekeliling membenarkan atau tidak membenarkan pelajar
yang sudah berkahwin untuk menghadiri kelas persekolahan
seperti biasa.
3. Penggunaan alat telekomunikasi semasa berada di sekolah
4. Eitika berpakaian semasa berada di sekolah.
5. Masalah disiplin pelajar. Di antara contoh isu besar yang
melibatkan ornag luar adalah gesterism.

a. Sejauhmana tahap kegiatan gengsterisme wujud di

sekolah-sekolah di Malaysia. Adakah ianya merupakan

gimit atau sememangnya realiti yang sedang dihadapi oleh

sekolah-sekolah di Malaysia.

b. Siapakah kumpulan pelajar yang sering terlibat dengan

kumpulan gengstrerisme. Apakah latarbelakang mereka.

c. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudan

kumpulan gengster di sekolah

d. Isu gengsterisme ini merupakan satu perkara yang amat

mencabar kesabaran dan kecekalan pihak pengurusan

sekolah, kebolehan guru dalam melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran, kebolehan kaunseling dan

pengawalan oleh guru-guru disiplin sekolah. Masalah ini

merupakan suatu isu dari perspektif pendidikan yang perlu

diselesaikan segera secara menyeluruh. Dalam konteks

negara gejala ini merupakan suatu jenayah yang mencabar

pihak polis untuk membendungnya.

6. Perlanggaran displin dan perbuatan salah laku di kalangan pelajar

bukan sahaja berlaku secara meluas di kawasan bandar dan pinggir

18
bandar tetapi kini menular juga di sekolah-sekolah luar bandar

termasuk di kawasan-kawasan felda, felcra serta kawasan-kawasan

perkampungan. Ini menunjukkan trend perlanggaran disiplin di

kalangan pelajar meningkat secara mendadak dan membimbangkan

walaupun bilangan pelajar yang terlibat masih terlalu kecil. Dalam

masa yang sama juga kes penglibatan pelajar-pelajar perempuan

semakin bertambah.

Kesimpulan
Setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum
penjajahan British hinggalah zaman selepas merdeka, kita dapat
membuat kesimpulan bahawa banyak perkembangan telah dilakukan
terhadap sistem pendidikan negara. Bermula daripada sistem yang
berorientasikan kepada bangsa dan agama sendiri kepada sistem
pendidikan yang menitik beratkan aspek pendidikan berteknologi tinggi,
perpaduan kaum dan pembentkuan Negara bangsa. Walaupun banyak
perubahan yang telah dijanakan oleh kerajaan, namun aspek etika tidak
pernah ditinggalkan begitu sahaja. Setiap perancangan akan mengambil
kira etika moral dan disiplin setiap individu pelajar untuk menjadikan
mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi
beberapa kelemahan yang secara tidak langsungnya akan menyebabkan
barah yang lebih besar sekiranya tidak ditangani secara total oleh pihak
kerajaan. Usaha menyembuhkan barah ini memerlukan pengorbanan
daripada seluruh rakyat yang mengaku dirinya seorang warganegara yang
berdisiplin dan berhemah tinggi. Hanya dengan cara ini sajalah
perkembangan pendidikan akan selaras dengan perkembangan etika para
pelajar yang semestinya perlu diberi didikan yang sempurna demi
mencapai taraf individu yang berjaya.

Sekian :

19
Marcus Shapi
Evelyn Lim Meei Suey

Bibliografi
Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Dr. Saedah Siraj,
Pendidikan Di Malaysia, 1993, Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd., Kuala Lumpur.
Juriah Long, Halimah Badioze Zaman, Putih Mohamed, Zalizan Mohd Jelas,
Aliran Dalam Amalan Pendidikan Menjelang Abad Ke-21, 1992, Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Educational Planning and Research Division, Education In Malaysia, 1980,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Carol Gestwicki, Home, School and Community Relations, 1996, Delmar
Publishers, United States of America.
Mohd. Ismail Othman.(2008). Undang-Undang Untuk Pengetua dan Guru
Besar.Kuala Lumpur :PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Mohd Zaidi Hajazi,2006.Pengurusan Disiplin & Undang-Undang: Suatu Ilusi


atau Realiti :Trend,Cabaran dan Strategi.Selangor : Unisel Press
Shah Alam,Bistari Jaya.

(Mohd Zaidi Hajazi,2006:139)

Dr.Amir Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah


Harian, Unit Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
Laman web Portal kementerian Pelajaran malaaysia
Laman Web National Union Teachers Profession
Laman Wb. MySchool Net.

20