Anda di halaman 1dari 49

SMK SRI RAHMAT

KELAS PENDIDIKAN KHAS


MATA PELAJARAN
VOKASIONAL
PERTANIAN

BAHAGIAN 1

PENANAMAN
SAYURAN

intisari
1.0 PENANAMAN SAYURAN
1.1 Jenis sayuran
1.2 Pemilihan tapak
1.3 Penyediaan tapak
1.4 Pembinaan batas
1.5 Pemilihan benih
1.6 Kaedah menanam sayuran
1.6.1 Menyemai benih besar
1.6.2 Menyemai benih kecil
1.6.3 Semaian terus
1.6.4 Mengubah/memindah semaian
1.6.5 Mengekalkan kesegaran
1.6.6 Perlindungan semaian
1.6.7 Sungkupan
1.6.8 Penjarangan
1.6.9 Memancang
1.6.10 Kawalan Penyakit dan Serangga
1.6.10.1 Jenis racun
1.6.10.2 Teknik Meracun
1.6.11 Membaja
1.6.11.1 Jenis baja
1.6.11.2 Teknik membaja

1.1 JENIS SAYURAN


Sayuran daun Sayuran kekacang

Sawi Kacang panjang

Kailan Kacang botor

Bayam Kacang buncis

Kangkung Kacang sepat

Sayuran berubi / akar Sayuran Berbuah

Bendi Petola

Keledek Bendi

Ubi kayu Cili

Sengkuang Peria

Lobak putih Timun

Lobak merah Tomato


Latihan 1

1. Tandakan ( / ) jika ia sayuran daun

• Kubis _____________ petola


______________
• Timun _____________ kangkung
______________
• Bayam _____________ buah naga
______________
• Peria _____________ kalian
______________

2. Gariskan sayuran buah

• Cili bendi
• Peria keledek
• Ubi kayu kacang tanah
• Kacang buncis kacang sepat

3. BULATKAN sayuran berubi

• Keledek labu
• Labu air kentang
• Keladi rozel
• Lobak merah sengkuang

4. Sayuran ______________ memerlukan junjung


untuk menjalar.

A. daun B. berbuah

C. kekacang D. berubi

BATAS
1.2 Pemilihan Tapak Batas

o Tanah sebaik-baiknya rata


o Kawasan yang lapang
o Dekat jalan raya
o Dekat bekalan air
o Dekat dengan rumah
o Saliran yang baik

1.3 Penyediaan Batas

o Buangkan batu-batan, akar, kayu, rumput


o Gali tanah untuk dibuat batas sedalam 25
hingga 30 sm bagi gemburkan tanah dan
membunuh akar rumpai
o Gemburkan tanah dengan penggembur
o Buat parit saliran
o Tebang pokok besar disekeliling bagi
memudahkan pencahayaan
o Bina batas dengan ukuran yang sama

1.4 Pembinaan batas

o Terdapat 2 jenis batas iaitu :


 Batas tunggal
 Tinggi – 20-25sm, Lebar 30-45sm,
 Batas rata
 Tinggi 15-25sm, Lebar – 0.75-1.2m
dan Panjang – 5-9 meter
o Jarak di antara batas ialah 30-60 sm
o Batas berguna bagi mengelak air bertakung
dan memudahkan menjaga tanaman

1.5 Pemilihan Benih dan Penyimpanan Benih

o Cukup matang/tua
o Besar dan berisi penuh
o Bebas dari haiwan perosak atau
penyakit seperti kulat
o Simpan benih di bekas kedap udara
o Labelkan bekas simpan benih

1.6 Kaedah menanam sayuran

Terdapat 3 cara menanam sayuran:

o Penanaman 4 segi
o Penanaman 3 segi
o Penanaman silang/ kuinkuk

1.6.1 Menyemai benih besar

o Semaian terusMenyemai benih kecil

o Semaian terus ( seperti langkah di


atas)

1.6.2 Semaian terus

 Langkah –langkah semaian:


 Rendamkan biji benih sehari
bagi memudahkan
percambahan
 Tanam 2 / 3 biji benih dalam 1
lubang
 Selepas bercambah ,buang
semaian yang kurang sihat,
tinggalkan 1 benih yang sihat
saja.
• Terdapat 2 kaedah semai tabur:
o 1. Kaedah Jalur
 Bina jalur
 Tabur benih dan timbus tanah
 Selepas bercambah buat
penjarangan dalam jarak tertentu
o 2. Semai Tabur
 Tabur benih
 Timbuskan dengan tanah nipis
 Siram
 Selepas bercambah, buat
penjarangan dalam jarak tetentu

1.6.3 Semaian di Tapak Semaian

• Terdapat 3 cara penyemaian bukan terus


iaitu :

• 1. Mengguna Polibeg
o Sesuai untuk cili, tomato dan terung

o Pindahkan ke tanah setelah matang

• 2. Kotak Percambahan
o Menggunakan kotak kayu yang

berlubang
o Tanah mengandungi 2 bahagian

tanah peroi, 1 bahagian baja organic


, 1 bahagian pasir
o Tabur benih dan tutup dgn tanah

halus
o Pindahkan ke tanah selepas

percambahan
• 3. Batas semaian
o Bubuh baja asas dan baja fosforus

ke tanah sebelum semaian


o Semai kaedah jalur / tabor

o Siram dan ubah benih selepas

bercambah

1.6.4 Mengubah/memindah semaian


• Semai di tapak semaian
• Guna sudip dan pastikan akar
benih tidak rosak
• Ubah/pindah setelah cukup matang
• Tanam ikut jarak yang sesuai

1.6.5 Mengekalkan kesegaran

Penyegaran tumbuhan boleh dilakukan


menggunakan 2 cara iaitu:

• 1. bekalan air berterusan sama ada


melalui siraman tangan atau penyebar
air
• 2. perlindungan- menggunakan
pelindung jaring plastic hitam/hijau
telus air atau sungkupan daun kelapa

1.6.6 Perlindungan semaian

Tujuannya ialah bagi mengelakkan


panacaran matahari terlalu terik dan
timpaan hujan lebat yang boleh
menghanyutkan dan merosakkan anak
benih.

Kaedah sungkupan merupakan kaedah


tradisi yang masih digunakan iaitu
menggunakan daun kelapa atau rumput
menutup permukaan tanah yang telah
disemai benih

Kaedah moden adalah menggunakan


jarring hijau,hitam atau plastic telus
cahaya
1.6.7 Penjarangan

• Pembuangan anak benih yang tumbuh


terlalu rapat dan memindahkan
kepada jarak tertentu.
• Mengurangkan anak benih berebut
baja, cahaya air, dan zat makanan

1.6.8 Memancang

Memancang ialah proses membuat


sokongan kepada pokok terutama pokok
menjalar atau tumbuhan memanjat.

Terdapat 3 jenis pancangan iaitu :

• 1. Pancang 3 segi
• 2. Pancang jenis jarring
• 3. Pancang jenis pagar

1.6.9 Kawalan Penyakit dan Serangga

Haiwan perosak dan serangga akan


membawa pengakit, merosakkan daun
dan memakan anak benih.

Haiwan perosak

• Kutu daun, ulat bulu,


teritip,belalang,kumbang, pianggang
(mengkerintingkan daun), bari-bari
( warna kuning yang menbuk dan
memakan daun), nematola,siput dan
koya( debu putih)

Jenis racun
• Racun serangga
• Racun rumput

Penyakit Sayuran

• Melecur - akibat kulat


• Reput akar – akibat kulat dan bacteria
• Bintik daun – akibat kulat
• Kulapuk – akibat kulat
• Karat batang- akibat kulat
• Pokok terbantut- akibat virus

1.6.9.1 Langkah Mengawal

• Sembur racun serangga


• Buang siput/ulat bulu
• Tabur umpan racun bagi mengawal
siput atau tikus
• Tanaman giliran
• Menjaga kebun dengan bersih

1.6.10 Tanaman giliran

• Pusingan Giliran:

• I – Tanaman Kekacang
• II- Sayuran daun
• III- Tanaman berubi
• IV- Sayuran berbuah

Tujuan tanaman digilirkan ialah supaya


dapat mengawal makluk perosak, men
yerap zat makanan dengan sekata dan
menambah nitrogen dalam tanah terutama
jika menanam tanaman kekacang.
1.6.11 Membaja

1.6.11.1 Tujuan Membaja

• Membekalkan zat makanan


• Membaiki struktur tanah

1.6.11.2 Zat makanan pokok (N.P.K)

• N – Nitrogen ( tumbesaran)
• P – Phosforus (akar)
• K – Kalium ( bunga dan buah)

1.6.11.3 Jenis Baja

Terdapat 2 jenis baja iaitu baja organan


dan baja organan

Baja organan

• Sumber asli dari najis haiwand an


pokok reput seperti tahi ayam, tahi
lembu, rtahi kambing, kompos dan
tanah bakar

Baja kimia

Terdapat 2 jenis baja kimia iaitu baja


tunggal dan baja campuran sebatian

• Baja tunggal
o Baja Nitrogen ( urea 46%,

ammonium sulfat 20 % dan


ammonium nitrate 33%
o Baja Phosforus ( CIRP-Baja asli

pra Natal, Fosfat Super)


o Baja Kalium ( Kalium klorida 50%
dan Kalium sulfat 50%)
• Baja Campuran/sebatian
o Mengandungi N.P.K

( nitrogen,phosphorus dan
kalium)
o Nisbah : N -15%, P – 15% , K – 17
% dan Magnesium – 2%

Teknik Membaja

• Pembajaan asas – dicampur dengan


tanah
o Membaja sebelum menanam

 5 kg baja organan/0.3 kg baja


sebatian
 Baja fosforus CIRP 50 gram
 Kapur 0.5 kg
• Pembajaan permukaan
o Tabur sekeliling pokok

o Tabur setiap 2 minggu

o Elak baja terkena pokok

o Boleh juga mencampur dengan air

nisbah 5 air 1 baja dan sembur

Pemungutan Sayuran
Sayuran Cara Tanam Jarak Jarak Mula Kutip
tanam Tanam hasil
(minggu)
Antara Antara
tumbuhan barisan
Peria Semaian terus 45 cm 60 cm 10 -12
minggu
Perlu
junjungan
Petola Semaian terus 45 cm 60cm 8-10
minggu
Perlu
junjungan
Sawi Semai dan 25 cm 30cm 4-6 minggu
pindah ke
batas
Terung Semai di 45 cm 60 cm 10-12
polibeg minggu

Dan ubah ke
batas
Timun Semain terus 45 cm 60 cm 6-8 minggu
ke batas

Perlu
junjuungan
Tomato Semai terus 45 cm 50 cm 12-14
ke batas atau minggu
polibeg

MAKLUMA
T
TANAMAN

PENANAMAN BENDI

1. Nama Tempatan: Bendi, Okra (Hibiscus esculentus)

2. Pendahuluan:

Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah


sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah
ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah
dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai
gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai
cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya
juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan
garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat
untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua
dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan
minuman harian menggantikan kopi

3. Tanah:
Bendi boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti
gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah
lembah sungai yang bersaliran baik

A. Menyedia Kawasan
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm. Buat
pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum
menanam. Sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah,
baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga
5 tan sehektar

B. Menanam

Tanam biji benih sedalam 2.5sm di batas. Pastikan dibubuh 2


biji selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 sm
antara pokok. Selepas 2 minggu, cabut satu pokok yang
kurang subur. Sebanyak 11 gm biji benih diperlukan untuk
satu batas yang berukuran 1.2 m lebar dan 30 m panjang
(Rajah 1).

C. Membaja

Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling


pokok setiap 2 minggu. Untuk sehektar memerlukan 1 tan
baja.

D. Menyiram
Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman penting
di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan
buah

E. Merumput

Cabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba. Ikut


arahan pada label racun herba tersebut.

F. Sungkupan

Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering


atau kepingan plastik hitam bagi mengawal rumpai dan
untuk mengekalkan kelembapan.

G. MeSetelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu


dipangkas setinggi 40 sm hingga 60 sm dari paras tanah
untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua. Empat hingga lima
tunas baru dibiarkan membesar selepas pemangkasan.
Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaanmangkas

4. Kawalan Musuh Dan Penyakit:

Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak


seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan
buah-buah bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah.
Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga seperti
Diazinon.

Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang


terdapat pada daun-daun tua di mana daun-daun ini
kelihatan bertompok-tompok hitam dan berjelaga. Penyakit
ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Benomyl.
Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label.

5. Penuaian:

Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 sm dari


pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan
keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah.
Penuaian mula dilakukan ketika:
i. 50 - 55 hari selepas menanam.
ii. 5 - 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku
pendebugaan.
iii.Buah berukuran 10 - 12 sm panjang, iaitu buah-buahan
masih lembut, hujungnya rapuh, senang dipatahkan dan
belum berpulur.

Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar


pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai
supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-
bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah
yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan
berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil dianggarkan
10,000 - 15,000 kg sehektar.

6. Pengendalian Lepas Tuai


Buah-buah yang telah dituai dikumpulkan di tempat teduh
dan dimasukkan ke dalam bakul (plastik atau buluh) yang
telah dialas dengan kertas atau plastik cerah yang
berlubang. Ia hanya boleh disimpan selama 2 - 3 hari sahaja
tanpa dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu dipercikkan
supaya pengudaraan menjadi lembab. Buah-buah yang
dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 - 8
hari dalam keadaan suhu 24 darjah Celcius - 26 darjah
Celcius dan kelembapan bandingan 70 - 75 %.

|
PENANAMAN KACANG PANJANG

1. Nama Tempatan: Kacang Panjang (Vigna sinensis)


2. Penanaman:

• Penyediaan Tanah:

Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 sm ke 22 sm ( 6 ke


9 inci) supaya pertumbuhan akar baik. Sediakan batas
berukuran 1.2 m (4 kaki) lebar, 25 sm (10 inci) tinggi dan
panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas
ialah 60 sm (2 kaki). Gaulkan 50 kg tahi ayam reput ke
dalam tanah bagi kawasan 100 meter persegi.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1


bahagian tahi ayam dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu
dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 sm dari
permukaan permukaan pasu.

• Menanam:

Di Ladang
Tanam 2 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak
60 sm (2 kaki) antara barisan dan 45 sm (18 inci) antara
pokok.

Setelah benih bercambah dan membesar, tinggalkan 1


pokok selubang sahaja. Sebanyak 70 g biji benih diperlukan
untuk kawasan seluas 100 meter persegi (1000 kaki
persegi).

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Tanam 2 biji benih sedalam 2.5 sm ( 1 inci ). Selepas 2


minggu ditanam, tinggalkan 1 pokok sahaja dalam satu
pasu.

• Menyedia Junjung:

Di Ladang

Sokong anak-anak pokok yang berumur 3 minggu dengan


menggunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki).
Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan
ikat di bahagian atas. Lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap
sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak pokok meliliti kayu
sokongan.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Gunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Pastikan


anak pokok meliliti kayu sokongan.
3. Penjagaan:

• Menyiram air:

Siram tanaman di ladang atau dalam pasu pada waktu pagi


dan petang setiap hari kecuali hari hujan

• Membaja:

Di Ladang

Gunakan baja kimia NPK Blue Special (12:12:17:2) sebanyak


7 kg bagi setiap 100 m (1000 kaki) persegi. Baja ini dibahagi
kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 7
selepas menanam.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Tabur 1 sudu teh (5 g) baja NPK Blue Special (12:12:17:2)


sepasu setiap minggu.

• Merumput:
Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk
mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai.

4. Kawalan Penyakit Dan Serangga:

Untuk kawalan ulat pengorek buah, sembur jika perlu


dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1% b.a.
Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb,
0.1% b.a.

5. Memungut Hasil:

Di Ladang

Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas


menanam. Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari
sekali dalam masa 6 minggu. Hasil dianggarkan sebanyak
100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi. Dengan harga
purata antara Rm4.00 - RM6.00/kg.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Anggaran hasil ialah 0.5 kg/pokok.


PENANAMAN KACANG BOTOR

1. Nama Tempatan: Kacang Botor, kacang kelisa


(Psophocarpus tetragonolobus D.C. )

2. Pendahuluan:

Kacang botor atau kacang kelisa adalah sejenis sayuran


berbuah yang sangat kaya dengan protin dan lemak serta
vitamin A & B. Ia dipercayai berasal dari Papua New Guinea
dan Asia Tenggara.

Pokok kacang botor tumbuh melilit dan memerlukan


pancang/kayu junjung untuk memanjat. Ia selalu ditanam
sebagai tanaman jangka pendek di kebun sayur atau di tepi-
tepi pagar rumah.

Buah polong berukuran 15 - 20 sm panjang dan mempunyai


4 sayap yang bergerigis. Biasanya buah digunakan dalam
masakan dan juga dimakan mentah sebagai ulam.
3. Tanah:

Kacang botor boleh ditanam di berbagai jenis tanah iaitu


daripada ringan berpasir hingga kepada tanah lempong
serta tanah gambut. Elakkan dari menanam di kawasan yang
bertakung air. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya
dan pH5.5-6.0 adalah paling sesuai.

4. Penanaman:

A. Menyedia Kawasan

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 20 - 30 sm untuk


memudahkan akar tumbuh dengan baik. Sediakan batas
berukuran 1.3 m lebar, 30 sm tinggi dan panjangnya 7.5 m
atau mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 30
sm.

B. Menanam

Kacang botor dibiakkan dengan biji benih. Biji benihnya


boleh diambil dari buah-buah yang telah cukup tua yang
berwarna perang kehitaman. Gaul biji benih dengan racun
kulat, contohnya thiram dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji
benih sebelum menanam.

Biji benih boleh ditanam dengan jarak 50 sm antara pokok


dan 1 m antara barisan ataupun 60 sm x 60 sm. Tiap-tiap
batas mengandungi 2 barisan pokok. Tanam terus biji benih
ke batas sebanyak 2 biji selubang, lebih kurang 2.5 sm
dalam. Biji benih akan bercambah dalam masa 14 hari.
Cabut dan tinggalkan hanya 1 anak benih yang sihat pada
setiap lubang. Untuk kawasan seluas 0.4 ha, lebih kurang 7
kg biji benih diperlukan.
C. Menyedia Junjung

Untuk mendapatkan hasil yang baik, kacang botor perlu


diberi junjung. Sokong anak-anak tanaman dengan
menggunakan kayu pancang berukuran 2.0 m - 2.5 m
panjang. Condongkan kayu-kayu sokongan yang
bertentangan supaya bersilang dan ikat di bahagian atas
tempat bertemu untuk mendapatkan sokongan yang kuat.
Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap tempat
persilangan. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu
sokongan. Cara ini sesuai untuk kawasan penanaman yang
kecil. (Rajah 1)

Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem


trellis. Pacakkan sebatang kayu/tiang-tiang beruti yang
berukuran lebih kurang 2.5 m panjang dan bergaris pusat 8 -
10 sm di bahagian tengah kedua-dua hujung tiap-tiap batas.
Pacakkan pula tiang kayu berukuran 0.6 m panjang dan 5 - 6
sm garis pusat di hujung penjuru tiap-tiap batas (Rajah 2).
Sambungkan tiang-tiang kayu yang bertentangan antara
kedua hujung batas dengan dawai kasar. Gunakan tali rafia
untuk membantu anak pokok memanjat junjung.
PENANAMAN CILI

PENANAMAN

Penyediaan Tanah

1. Di Ladang

• Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.


• Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm
tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan.
• Jarak antara batas - 45 cm.
• Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter
persegi kawasan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

• Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian


tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1
bahagian pasir.

Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari


permukaan pasu.

Menyedia Anak Benih

1. Di ladang

• Sediakan kotak semaian 45 cm x 22 cm x 10 cm.


• Isikan kotak semaian dengan tanah campuran 3
bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1
bahagian pasir.
• Semai 5 g biji benih ke dalam kotak semaian secara
barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.
• Jarak tanaman - 5 cm x 2 cm
• Siram dengan penyiram semburan halus dua kali sehari
• Kotak semaian mesti dilindungi daripada matahari dan
hujan yang berlebihan.
• Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas
disemai.
• Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih
kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk
mengeraskannya.

Menanam

1. Di Ladang
• Anak benih berumur 6 minggu boleh diubah ke batas.
• Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya
anak benih senang digali. Kemudian gali anak benih
dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.
• Jarak tanaman - 90 cm antara pokok x 150 cm antara
baris

2. Dalam Pasu atau bekas lain

• Semai terus 3 - 4 biji benij ke dalam pasu sedalam 2


hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2
minggu selepas menanam.

PENJAGAAN

Sungkupan

1. Diladang

• Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa


sebagai sungkupan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

• Gunakan rumput-rumput kering.

Merumput

• Bersihkan batas dariapda rumpai dengan menggunakan


tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu
cabut rumpau untuk mengawalnya.

KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAK

Penyakit Kawalan
Bintik daun Sembur racun kulat Benomyl
Antraknos buah Sembur racun kulat seperti mancozeb
Kutu daun Sembur racun serangga seoertu chlorphyrifos
atau Imidachloprid
Hamama merah Sembur racun seperti dicofol atau malathion
Kerekot daun (a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun. Oleh
dan mozek daun itu kawal kutu daun adalah penting.
(b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit.
Layu bakteria Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang
dan bakar pokok yang berpenyakit. Tentukan
saliran yang elok.

MEMUNGUT HASIL

1. Di Ladang

• Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang.


• Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.
• Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 100 -
200 kg.

2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain

• Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam.


Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.
PENANAMAN PETOLA SEGI (Luffa acutangula)

PENANAMAN

Penyediaan Tanah

• Bajak dan gembur tanah sedalam 20 - 30 cm untuk


memudahkan pertumbuhan akar.
• Lakukan pengemburan dengan cangkul atau traktor.
• Kumpul dan bakar rumput-rumput kering/ sampah
sarap sebelum menyediakan batas.

PENJAGAAN

Membaja
• Baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput (2
tan / 0.4 ha) digunakan sebagai baja asas.
• Baja sebatian seperto NPK - 12:12:17:2 juga diperlukan.
• Program pembajaan

Masa Pembajaan Kadar Baja Cara Membaja


(kg/0.4 ha)
3 minggu lepas tanam 100 Tabur di keliling pokok
5 minggu lepas tanam 200 Tabur antara pokok
7 minggu lepas tanam 200 Tabur antara pokok

Menyiram

• Siram dua kali sehari apabila cuaca terlampau panas.

Membuang Tunas dan Menjalarkan Pokok

• Biar hanya dua dahan utama membesar hingga


mengeluarkan buah.
• Tunas-tunas yang terbentuk di bawah 30 cm pada
dahan utama hendaklah dibuang. Ini bertujuan untuk
menggalakkan pengeluaran bunga yang banyak dan
pembentukan buah yang lebih besar.
• Pokok-pokok juga elok digalakkan memanjat dan
menjalar di atas para.
• Buah muda terselit di celah daun perlu dibetulkan
supaya tergantung dan pembesarannya tidak
terganggu.

Membalut buah

• Boleh dibuat apabila pokok mula berbuah.


• Buah-buah yang sedang membesar boleh dibalut
dengan beg-beg kertas untuk mengelakkan serangan
lalat buah.

MEMUNGUT HASIL

• Petola boleh dipetik apabila berumur lebih kurang 45


hari. Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali. Petik
buah setiap hari iaitu waktu pagi dengan menggunakan
pisau yang tajam. Petik buah yang masih lembut dan
belum bersabut.

Tempoh umur pokok petola - 105 - 110 hari.

PENANAMAN TERUNG
PENYEDIAAN TANAH

1. Di Ladang

• Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.


• Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm
tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan.
• Jarak antara batas - 45 cm.
• Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 50 meter
persegi kawasan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

• Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian


tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1
bahagian pasir.
• Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari
permukaan pasu.

MENYEDIA ANAK BENIH

• Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22


cm lebar dan 10 cm tinggi.
• Isikan kotak semaian dengan tanah campurah 3
bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1
bahagian pasir.
• Semai 3 biji benih ke dalam kotak semaian secara
barisan dan tutup benih ke dalam kotak semaian secara
barisan dan tutup benih dengan lapirsan nipis tanah.
• Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm dan 2 cm
antara biji benih.
• Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan
halus dua kali sehari.
• Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya
matahari dan air hujan yang berlebihan.
• Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas
disemai.
• Sebelum diubah ke ladang, dedah anak benih kepada
cahaya matahari yang penuh selama 3 hingga 4 hari
untuk mengeraskannya.

MENANAM

1. Di Ladang

• Anak benih berumur 3 - 4 minggu boleh diubah terus ke


batas.
• Basahkan kotak semaian sebelum mencabut supaya
anak benih senang digali.
• Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam
terus ke batas.
• Jarak tanaman ialah 90 cm x 60 cm

2. Dalam Pasu atau bekas lain

• Tanam terus 3 - 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 -


5 cm.
• Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas
menanam.

PENJAGAAN

Menyiram
Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari
kecuali hujan.

Membaja

1. Di Ladang

• Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling


pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 g sepokok
setiap dua minggu.

2. Dalam Pasu dan bekas lain

• Tabur 1 sudu teh atau 5 g baja NPK Blue Special


(12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

Sungkupan

1. Di Ladang

Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai


sungkupan.

2. Dalam Pasu dan bekas lain

Gunakan rumput-rumput kering.

Merumput

Bersihkan batas-batas daripada rumpai dengan tangan,


cangkul atau tajak. Cabut rumpai yang tumbuh dalam pasu.

Menyedia Sokongan

1. Di Ladang

• Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1½ meter


dipacak berdekatan tiap-tiap pokok. Dahan-dahan
pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak
terkena permukaan tanah.

2. Dalam Pasu dan bekas lain


• Cara sokongan yang diamalkan adalah sama dengan
sokongan di ladang tetapi kayu yang digunakan
berukuran 1.2 m panjang.

KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT

• Sembur racun seranggan carbaryl (Sevin) pada kadar 1


sudu besar (10 g) dengan segelen air untuk mengawal
ulat lipat daun, kumbang daun dan pengorek buah.
• Gunakan racun kulat maneb (seperti Megamaneb pada
kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air) untuk
mengawal penyakit reput buah dan racun kulat
benomyl seperti Benlate pada kadar 1 sudu teh atau 3
g segelen air untuk mengawal bintik daun.

MEMUNGUT HASIL

1. Di Ladang

• Terung boleh dipetik 6 minggu selepas diubah ke


ladang.
• Punggutan hasil dibuat setiap 4 hari.
• Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 75 -
125 kg dengan harga purata 60 sen sekilo, pendapatan
kasar adalah RM45 hingga RM75.

2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain

• Mulalah memetik buah 10 minggu selepas ditanam.


Anggaran hasil ialah 1 kg sepokok.
PENANAMAN TIMUN

PENANAMAN

Penyediaan Tanah

1. Di Ladang

• Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.


• Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 25 cm tinggi.
Panjang batas mengikut keadaan kawasan.
• Jarak antara batas - 30cm.
• Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 100
meter persegi kawasan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

• Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian


tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1
bahagian pasir.
• Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari
permukaan pasu.

Menanam

1. Di ladang

• Semai terus 2 biji benih selubang se dalam 2.5 cm.


• Jarak tanaman - 60 cm x 60 cm
• 15 g biji benih bagi kawasan seluas 100 meter persegi
• Penjarangan dilakukan 10 hari selepas menanam,
tinggalkan sepokok selubang.

2. Dalam Pasu dan bekas-bekas lain

• Semai terus 2 biji benih dalam pasu sedalam 2.5 cm.


• Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas
menanam.

PENJAGAAN

Sungkupan

1. Di Ladang

• Rumput kering, jerami padi atau lalang boleh diletakkan


di atasnya sebagai sungkupan.

2. Dalam Pasu atau bekas lain

• Gunakan rumput kering sebagai sungkupan.

Menyedia Junjung

1. Di Ladang

• Kayu junjung dibuat daripada kayu hutan atau buluh


berukuran 2 m pancang dipacak berhampiran dengan
anak benih dan dicondongkan supaya bertentangan
dan bertemu di atas.
• Sebatang kayu diletakkan melintang dan diikat untuk
mendapatkan sokongan yang kuat.

Menyiram

Siram dua kali sehari kecuali pada hari hujan.


Membaja

1. Di Ladang

• Gunakan baja NPK Blue Special 12:12:17:2 sebanyak 10


kg bagi kawasan seluas 100 m persegi
• Baja dibahagikan kepada 3 kali pembajaan iaitu pada
minggu ke-2, 4 dan 6 selepas menanam.

2. Dalam Pasu dan Bekas lain

• Tabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special


sepasu setiap minggu.

Merumput

• Kawal rumput sepanjang masa.

KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT

Penyakit / Perosak Kawalan


Kumbang daun Sembur racun kulat Carbaryl dengan
kadar 0.1% bahan aktif (b.a)
Kutu daun Sembur racun serangga seperti malathion
dengan kadar 0.1% bahan aktif
Kulapuk berdebu/ Semburan benomyl dengan kadar 0.025%
Kulapok downy b.a.

MEMUNGUT HASIL

1. Di Ladang

• Timun boleh dipetik 7-8 minggu selepas diubah ke


ladang.
• Buah dipetik apabila buah mencapai panjang lebih
kurang 15 hingga 20 cm.
• Kutipan hasil dibuat 2 hari sekali selama satu bulan.
• Hasil dianggar 200 kg hingga 300 kg bagi 100 meter
persegi kawasan.
• Pendapatan kasar RM200 - RM300 dengan harga purata
RM1.00/kg.
| Atas |

Sumber: Panduan Menanam Timun, Jabatan Pertanian


Semenanjung Malaysia
TERUNG (Solanum melongena) - varieti baru
ARC-BJ-105 merupakan varieti yang telah diuji sepenuhnya resistan
dengan layu bakteria (Pseudomonas solanacearum). Lebih daripada 10
pusingan tanaman, varieti ini mengeluarkan hasil tinggi dan saiz buah yang
berkualiti untuk dimakan. Terung ARC-BJ-105 merupakan varieti yang
dicadangkan untuk penanaman.

Terung merupakan salah satu sayuran buah yang digemari oleh penduduk
Malaysia. Buahnya boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanggang.
Banyak varieti terung terdapat di pasaran. Ada yang berbentuk panjang
berwarna ungu, panjang berwarna putih, berbentuk bulat berwarna ungu
gelap dan bulat berwarna putih. Biasanya, buah yang pankang mempunyai
biji benih yang sedikit berbanding dengan yang berbentuk bulat.

Layu bakteria merupakan penyakit serius dan sebagai penghalang utama


dalam penanaman terung. Varieti berhasil baik yang resistan kepada
penyakit ini merupakan perkara utama bagi penanam sayur ini. Bagi
membantu petani, Pegawai Penyelidik di Pusat Penyelidikan Pertanian
Semongok telah menjalankan projek untuk memilih, menulen, menguji dan
mencadangkan varieti yang sesuai ditanam di bawah kondisi tempatan.
Variety ARC-BJ-105 merupakan hasil daripada kajian ini.

Terung Varieti ARC-BJ-105

>> ARC-BJ-105 yang menarik

Ciri-ciri utama varieti ini adalah seperti berikut:

Ciri-ciri tanaman:

Ketinggian 133 cm
PENANAMAN KACANG BUNCIS
1. Nama Tempatan: Kacang Buncis (Phaseolus vulgaris )

2. Pendahuluan:
Kacang buncis merupakan sejenis sayuran kekacang yang
berbuah dan sangat kaya dengan kandungan protin. Ia
dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Pokok kacang buncis bertabiat tumbuh melilit, mempunyai akar


tunjang dan sisi yang panjang dan memerlukan pancang untuk
memanjat. 3.
Jenis:
Terdapat 2 jenis yang ditanam iaitu jenis rimbun dan memanjat.
Jenis yang biasa ditanam di negara ini ialah jenis memanjat di
mana terdapat 2 varieti yang dipilih oleh MARDI iaitu:
a. MBK 1 - Berbiji hitam, berbatang keperangan dan berbunga
ungu. Jenis ini biasa ditanam dan disyorkan oleh MARDI.
b. MBK 2 - Berbiji kemerahan, berbatang kehijauan dan berbunga
putih. Jenis ini ditanam terutama di kawasan Utara dan Melaka. 4.
Tanah:
Kacang buncis boleh ditanam pada berbagai jenis tanah
daripada pasir peroi hingga kepada tanah liat. Tanah yang
gembur, subur, baik salirannya dan pH 5.5 - 6.8 adalah paling
sesuai untuk penanamannya. 3.
Penanaman:
A. Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm
Menyedia untuk pertumbuhan akar yang baik. Sediakan batas
Kawasan berukuran 1.2 m lebar, 0.3 m tinggi dan panjangnya
mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah
0.6 m.

B. Tanam 4 biji benih selubang dalam 2 barisan dengan


Menanam jarak 0.6 m antara baris dan 0.5 m antara pokok.
Setelah anah benih bercambah dan membesar,
tinggalkan 2 pokok selubang sahaja. Sebanyak 9.5 kg
biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 0.4 ha.

C. Untuk mendapatkan hasil yang tinggi, kacang buncis


Menyedia perlu diberi junjung. Sokong anak-anak tanaman yang
Junjung berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu
pancang berukuran 1.8 m - 2.4 m. Condongkan kayu-
kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di
bahagian atas. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada
tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak
tanaman melilit kayu sokongan.

Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan


sistem trellis. Sambung 2 tiang beruti atau batang
kayu yang berhampiran dengan dawai kasar untuk
dijadikan junjung. Kemudian gunakan dawai
sederhana kasar dan ikat dawai ini dengan cara
memanjang dan melintang. Gunakan tali rafia untuk
membantu anak pokok memanjat junjung.
Rajah
menunjukk
an rupa
bentuk
junjung
untuk
pokok
kacang
buncis

4.
Penjagaan:
A. Siram tanaman pagi dan petang setiap hari kecuali
Menyiram hari hujan.

B. Gunakan baja asas, baja tahi ayam, sebanyak 7 tan


Membaja untuk 0.4 ha. Tabur baja dalam satu parit di tengah
batas atau tabur rata-rata di atas batas dan gaulkan
dengan tanah.

Selain daripada itu, baja kimia NPK 15:15:15 juga


boleh digunakan sebanyak 400 kg/0.4 ha. Baja ini
dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu
ke-2, 4 dan 6 selepas menanam.
C. Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa
Merumput untuk mengelakkan persaingan tanaman dengan
rumpai. 5.
Memungut Hasil:
Hasil boleh mula dikutip 7 minggu selepas menanam. Kutip
kacang sebelum matang iaitu sebelum biji terbunjul. Kutip 2 - 3
hari sekali dalam masa 3 minggu. Hasil purata dianggarkan
4,235 kg bagi 0.4 ha.