Anda di halaman 1dari 23

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

ISI KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN

Abstrak 2

Pengertian Jin 3

Asal Usul Kejadian Jin 4-5

Pembahagian Jin 6

Bolehkah Manusia Melihat Jin? 6-7

Bolehkah Manusia Bercakap Dengan Jin? 7-8

Jenis dan Tugas Jin 8-9

Jin Boleh Menyamar 10

Tempat Tinggal Jin 10 - 11

Adakah Jin Mati 12 - 13

Adakah Jin Makan dan Minum 13 - 14

Jantina Jin 14 - 15

Jin Berkahwin dan Beranak-Pinak 15 - 16

Masa Jin Berkeliaran 16

Mana Lebih Dahulu, Jin Atau Manusia 17 - 18

Bolehkah Jin Ditangkap 19

Kesimpulan 19

Bibliografi 20

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 1


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

HAQIQAT JIN

Oleh

Saiful Rijal bin Haji Awang Damit

09sk006

Sarjana Muda Perguruan Ugama Usuluddin 2009/ 2010

Semester 1

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

Negara Brunei Darussalam

Abstrak

Kertas ini sedikit sebanyak membedah alam jin untuk mendedahkan hakikat sebenar
kejadian, kehidupan dan kegiatan jahat mereka.

Walaupun kebanyakan orang Melayu mempercayai kewujudan jin, tetapi jarang ada yang
tahu secara mendalam tentang hakikat sebenar makhluk Allah ini. Semoga maklumat
yang sedikit ini dapat menjadi benteng yang kukuh membendung akidah umat Islam
daripada dicemari unsur-unsur syirik.

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 2


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Pengertian JIN

Dari segi bahasa

“Jin” adalah kata jama’ yang menunjukkan jenis (Ismu Jinsin) bentuk tunggalnya
(mufradnya) “Jinni”.

Perkataan jin berasal daripada bahasa Arab yang terdiri daripada dua huruf iaitu Jim dan
Nun yang bererti sesuatu yang tersembunyi sebagaimana firman Allah di dalam Al-
Quran:

 

Maksudnya : “Apabila waktu malam sudah mulai gelap, dia (Ibrahim) melihat bintang”

(Surah al-An’am : 76)

Tiap-tiap perkataan yang beriringan daripada huruf jim dan nun maka maknanya
tersembunyi, tidak kelihatan, yang tertutup atau yang gelap pekat. Jin itu digelarkan
dengan nama sedemikian kerana ia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata zahir.

Dari segi istilah

Jin adalah suatu macam makhluk yang termasuk dalam golongan ruh yang berakal yang
juga diberi perintah taklif (menjalankan syari’at agama) beriman kepada Nabi
Muhammad s.a.w, sebagimana halnya dengan bangsa manusia, hanya saja mereka itu
tidak mempunyai bahan-bahan kebendaan sebagaimana yang dipunyai oleh manusia dan
oleh sebab itu lalu tertutup dari pancaindera. Jadi mereka itu menurut keasliannya
tidaklah dapat dilihat oleh mata, tidak dapat diketahui bentuk hakikinya dan mereka itu
mempunyai kekuasaan untuk menjelmakan diri dalam bentuk lain yang kasar.

Menurut pandangan Syed Sabiq di dalam bukunya Al-Aqaid Islamiah1, katanya jin itu
suatu jenis roh yang berakal yang mempunyai kehendak. Mereka adalah mukallaf
sebagaimana menusia, tetapi mereka tidak mempunyai jasad seperti manusia, tidak dapat
dilihat dengan penglihatan, tidak dapat disaksikan bentuk dan tabiat mereka yang asli dan
mereka mempunyai kuasa tersendiri yang membentuk diri mereka.

1
Al-Aqaid Islamiah – Syed Sabiq m/s 133

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 3


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Asal-usul kejadian jin

Al Qurthubi menyatakan : Ulama berselisih tentang asal usul jin. Ismail meriwayatkan
dari Hassan Albashri : jin adalah keturunan Iblis sedangkan manusia adalah keturunan
Adam. Di antara kedua golongan ini ada yang beriman dan ada yang engkar (kafir).
Keduanya sama-sama menerima pahala dan hukuman. Mereka yang beriman dari kedua
golongan ini adalah wali Allah, sedangkan yang engkar adalah kafir dan dialah syaitan.

Ad Dhahhak meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa jin adalah keturunan Aljaan.
Mereka bukan syaitan. Ada yang beriman dan ada pula yang engkar dan kafir. Syaitan
adalah keturunan Iblis. Mereka tidak akan mati sebelum iblis dan kelak akan mati
bersamanya.

Menurut Al-Quran, Allah s.w.t. mencipta jin daripada api yang panas.
Dalam Al-Quran terdapat dua istilah api yang dijadikan jin itu. Ada yang dikatakan nar
al-samum dan ada pula dikatakan marij. Marij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat
panas bahangnya atau “Al-Lahab” iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu
sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama mengatakan “Al-Marij”
ialah api yang sangat terang dan mempunyai suhu yang amat tinggi sehingga bercampur
antara merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah pendapat pula mengatakan “Al-Marij”
api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan al-samum iaitu api yang tidak
berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samum yang telah sebati dengan Marij
itulah Allah telah ciptakan jin, iaitu dari sel atau daripada nukleas api. Kemudian Allah
masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendakiNya.
Menurut suatu hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud menyatakan bahawa angin
Samum yang dijadikan jin itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian
angin Samum yang sangat panas.

Asal kejadian jin ialah campuran “Jisim Syafaf” iaitu campuran api dan angin dan
“Nurani” iaitu roh, akal, nafsu dan hati sesuai dan sepadan dengan kejadian jin. Oleh itu
jelas sifat-sifat api itu juga ada pada jin. Api bersifat ringan, terdiri daripada campuran
berbagai warna dan ia tiada berbentuk yang tetap; boleh memanjang, memendek, lentok
ke kiri atau ke kanan dan sebagainya. Dari segi faktanya jin dikatakan bergerak pantas;
boleh terbang di udara dan menyelam di air. Jin juga diketahui ada berbagai-bagai warna.
Ia boleh mengubah bentuk tubuh badannya; memanjang, memendek, bulat, lonjong dan
sebagainya.

Jin diizinkan oleh Allah untuk menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai
dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w. mengikut tahap dan kemampuan
masing-masing. Rupa bentuk jin yang asal selepas dicipta dan ditiupkan roh itu, hanya
Allah dan RasulNya sahaja yang mengetahuinya. Menurut setengah ulama rupa, tabiat,
kelakuan dan perangai jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.

Selain itu jin mempunyai beberapa kelebihan seperti tidak dapat dilihat oleh manusia,
dapat masuk ke dalam bumi dan mempunyai umur yang panjang. Semua kelebihan-
kelebihan itu adalah hasil permintaan jin yang diperkenankan oleh Allah ketika awal-

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 4


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

awal jin diciptakan.

Daripada Ibn Abbas r.a. : “Allah menciptakan pemimpin jin daripada nyalaan api.
Kemudian dikatakan kepada jin yang baru dicipta itu : ‘Mintalah sesuka hatimu.’ Maka
jin pun berkata : ‘Aku meminta agar aku dapat melihat tetapi aku sendiri tidak boleh
dilihat, aku meminta agar dapat masuk ke dalam bumi dan aku meminta supaya
dipanjangkan usia dan menjadi muda lagi sebelum mati.’ ”

Jin dicipta daripada api iaitu lebih dahulu daripada manusia sebagaimana firman Allah
s.w.t. :

  

 

(Surah al-Hijr:27)

Oleh itu jelaslah penciptaan manusia adalah kemudian, tetapi tidaklah dapat diketahui
secara tepat berapa tahunkah jaraknya penciptaan antara dua makhluk ini. Ibn Bashar Al-
Qurasyi di dalam kitabnya Al-Mubtada daripada Abdullah bin Amr bin Al-As. Katanya:
“Allah mencipta jin ini sebelum Adam selama dua ribu tahun.” Pendapat lain ada yang
mengatakan 40 tahun. Walau bagaimanapun jumlah tersebut tidak dapat
dipertanggungjawabkan kerana tiada dalil atau nas daripada Al-Quran atau Hadith
Rasulullah.

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 5


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Pembahagian Jin

Ibn Abid-Dunya di dalam kitabnya “‫ ” مكائد الشطان‬menyebut mengenai pembahagian jin ini
dengan merujuk sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-
Mustadrak:

‫الجصن على ثلثصة اصصناف صصنف لهصم اجنحصة يطيرون فصي الهواء وصصنف حيات توكلب‬
‫وصنف يحلون ويظعنون‬
Maksudnya “Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang
terbang ke sana ke mari (di udara), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing,
manakala golongan ketiga ada yang tinggal setempat dan yang berpindah-pindah.”

Bolehkah manusia melihat jin?

Kita boleh melihat jin kalau ia menukarkan bentuknya tetapi tidak boleh melihat
bentuknya yang asal sebagaimana Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : “Syaitan dan bangsanya boleh melihat kamu, sedangkan kamu tidak boleh
melihat mereka.”

(Surah al-A’raf:27)

Al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan “Kadang-kadang syaitan itu membentukkan dirinya


dalam pelbagai bentuk, maka kita kadang-kadang dapat melihatnya. Ayat ini menyatakan
kita tidak dapat melihatnya di dalam bentuknya yang asal.”2

Al-Imam al-Syafi’I r.a. mengatakan sebagaimana yang didengar oleh al-Rabi’ yang
meriwayatkan oleh al-Baihaqi r.a. di dalam kitab Manaqib al-Syafi’i, “Barang siapa yang
mengaku dia melihat jin kita tolak pengakuannya kecuali ia sebagai seorang Nabi.

Melihat jin dalam bentuknya yang asli hanyalah merupakan hal yang khusus bagi para
Nabi sahaja.

Setelah datang perintah Allah kepada Rasulullah s.a.w. untuk berdakwah kepada jin dan
membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada mereka. Allah Ta’ala telah mendatangkan
serombongan jin dari negeri Nushaibain dan mengumpulkan mereka untuk berdakwah
kepada mereka. Seorang sahabat Abdullah bin Mas’ud mengikuti bersama-sama baginda.
Setelah sampai di luar kota Mekah Rasulullah memasuki sebuah kampung yang bernama

2
Fathul – bari 4/571

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 6


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Al Hajun. Baginda berhenti dan memerintahkan Ibnu Mas’ud untuk duduk seraya
berpesannya: “Janganlah engkau pergi (meninggalkan tempat ini) sebelum aku datang
kembali kepadamu.”

Nabi pergi dan mulailah membacakan ayat-ayat Al-Quran. Aku hanya berdiam diri
sambil melihat makhluk-makhluk yang nampak seperti burung geruda menggelepar turun
dan berjalan, serta mendengar suara hiruk pikuk, sehingga aku merasa khuatir dan cemas
terhadap diri Nabi yang sedang dikerumuni oleh makhluk-makhluk yang nampak
kehitaman dan tidak jelas, menghalangi pandangan antara aku dengan baginda sehingga
suara baginda tidak terdengar lagi, lalu makhluk-makhluk itu nampak terpisah-pisah
seperti awam dan kemudian pergi meninggalkan baginda.

Walau bagaimanapun kita boleh buat satu kesimpulan bahawa sesesorang itu dapat
melihat jin dalam bentuk yang lain tetapi tidak dalam bentuknya yang asli.

Atstsa’labi meriwayatkan dari Tsabit bin Quthbah, katanya: “Kita sedang dalam
perjalanan ketika kita melihat seekor ular berlumuran darah. Seorang di antara kami
mengambil ular (yang telah mati) itu, lalu menguburkannya. Tidak lama kemudian datang
rombongan bertanya kepada kami: “Apakah ada di antara kamu orang yang telah
mengubur Amar?” Kami kembali bertanya: “Siapakah Amar itu?” Amar yang kamu
kubur di tempat itu”, katanya: “Ketahuilah, dia adalah salah satu di antara serombongan
jin yang pernah mendengar bacaan Al-Quran dari Nabi Muhammad s.a.w. Ketika perang
terjadi di antara dua golongan jin Islam dengan jin kafir, maka dia telah gugur di dalam
peperangan itu.”

Bolehkah manusia bercakap dengan jin?

Sesungguhnya para rasul, nabi-nabi, wali-wali Allah, orang-orang soleh dan sebagainya
boleh berhubung dengan jin, berbincang dan bercakap, juga boleh mengeluarkan jin dari
jasad manusia melalui kekuatan zikir dan kekuatan rohani serta menundukkan mereka
melalui kekuatan yang dianugerahkan Allah kepada mereka.

Dan ini terbukti melalui al-Quran dan as-Sunnah. Sebagaimana Firman Allah Ta’ala :


 

 

 
 

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 7


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) telah diwahyukan kepadaku


bahawasanya, telah mendengarkan sekumpulan jin (akan al-Quran) lalu mereka berkata,
sesungguhnya kami telah mendengar al-Quran yang menakjubkan memberi pimpinan ke
jalan yang benar, kerananya kami beriman dan tidak akan mempersekutukan Tuhan kami
dengan sesuatu pun.”

(Surah al-Jinn:1-2)

Peristiwa ini pernah terjadi antara Nabi kita Muhammad s.a.w. dan golongan jin yang
beriman. Begitu juga perbualan antara Nabi Allah Sulaiman dengan jin Ifrit sebagaimana
yang terdapat di dalam al-Quran :

 




Maksudnya : Berkata Ifrit ( yang cerdik ) daripada golongan jin ; “Aku akan datang
kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari
tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat
dipercayai.”

(Surah al-Naml:39)

Al-Tabrani dan Abu Naim menjelaskan di dalam kitabnya al-Dalail riwayat daripada Ibn
Mas’ud.

Seorang lelaki keluar kemudian bertemu dengan jin, tiba-tiba jin itu berkata: “Apakah
engkau boleh bergumpal atau berlawan denganku? Kalau engkau boleh mengalahkan
aku, akan ku ajarkan satu ayat kalau dibawa ketika engkau masuk ke dalam rumah
syaitan tidak akan masuk.” Maka berlawanlah kedua mereka. Akhirnya jin itu dapat
dikalahkan. Maka jin itu berkata: “Engkau baca ayat al-Kursi, kerana kalau dibaca
syaitan akan keluar dari rumah itu.” Ditanya orang siapakah gerangan orang itu? Siapa
lagi kalau bukan Umar Ibn Khattab.

Jenis dan tugas Jin

Ada ulama telah membahagikan jin ini kepada beberapa bahagian berdasarkan kepada
bidang tugas dan kerja-kerjanya.

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 8


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

1. Jin adalah suatu nama kepada satu-satu makhluk secara umum.

2. ‘Ifrit adalah golongan jin tetapi mempunyai daya menipu, kekuatan yang luar
biasa yang dianugerah kepadanya oleh Allah Ta’ala sebagaimana firman-Nya:

 




Maksudnya: Berkata ‘Ifrit (yang cerdik) daripada golongan jin: “Aku akan datang
kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari
tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya (dan)
dapat dipercayai.”

(Surah al-Naml : 39)


3. Syaitan adalah ketua segala anasir yang membuat kebinasaan, kafir, fasik,
sombong, enggan sujud kepada Adam a.s dan dia dikutuk dan dilaknat.

4. Al-Marid sejenis jin juga dan lebih degil dan jahat.



“Mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang derhaka.”

(Surah An-Nisa’ : 117)

5. Al-Awamir, kerana ia lama tinggal di rumah manusia. Mereka tinggal di rumah-


rumah keluarga baik dan juga keluarga jahat. Merka suka mengusik.

6. Al-Arwah ialah sejenis jin yang suka menggangu kanak-kanak.3

3
Alamul Jin Wal Malaikah Bainal Hakikah Walkhayal oleh Hamdi Ad-Damardasa 27-28

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 9


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Jin boleh menyamar

Jin merupakan makhluk yang boleh merupakan dirinya dalam berbagai-bagai bentuk
sama ada berbentuk manusia, binatang, ular, kala jengking, lembu, unta, kambing, kuda,
baghal, keldai dan burung.4

Ibn Hisyam menjelaskan dalam sirahnya bahawa jin/syaitan menyamar sebagai seorang
syeikh yang datang dari Najd apabila orang Quraisy bermesyuarat di Dar Al-Nadwah
mengenai keputusan yang sepatutnya hendak dibuat terhadap Rasulullah s.a.w. sama ada
dibunuh, dipenjarakan atau dihalau keluar.

Al-Qadhi Abi Ya’la, mengatakan bahawa syaitan tidak mempunyai kuasa untuk
mengubah bentuk kejadian mereka melainkan dengan ilmu yang diajarkan kepada
mereka oleh Allah maka ia boleh mengubah diri mereka daripada suatu bentuk ke bentuk
yang lain melalui sihir yang ada pada mereka.

Tempat tinggal Jin

Ramai bertanggapan bahawa jin tinggal di hutan-hutan belantara sehingga disebut orang
kalau tempat itu agak terpencil maka dikatakan tempat jin bertandang.

Sememangnya, jin suka tinggal di temapt-tempat yang kotor dan bernajis, seperti bilik
air, tandas dan tempat pembuangan sampah, tempat-tempat runtuhan dan tinggalan orang,
padang-padang pasir, tempat yang banyak berlakunya perkara syubhat dan maksiat,
pasar-pasar dan tanah perkuburan.

Kebanyakan yang tinggal di bilik air dan tandas ialah jin kafir yang merasa seronok
dengan bau yang busuk kerana memang jasad mereka itu busuk.

Anas bin Malik r.a. berkata: “Iblis telah bertanya pada Allah dengan katanya: “Wahai
Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh
dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediamanku.” Firman
Allah: “Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas.”

Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku, Engkau telah beri anak Adam berkumpul di masjid,
di manakah pula tempatku berkumpul?” Firman Allah: “Tempatmu berkumpul ialah
pasar, pusat beli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis maksiat.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab suci untuk mereka
membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?” Firman Allah: “Bacaan untukmu
ialah syair dan sajak yang melalaikan.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar,
apakah pula cerita bagiku?” Firman Allah: “Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan
4
Al-Fatwa oleh Ibn Taimiyah 19/44

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 10


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

dusta.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk
meraka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku” Firman Allah: “Azan
untukmu ialah seruling.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusanMu dari para Rasul dan
juga Nabi, siapakah yang menjadi utusanku?” Firman Allah: “Para utusanmu terdiri
daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan aku.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci bertulis kepada mereka,
apakah pula tulisan bagiku?” Firman Allah: “Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di
badan.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula
perangkap bagiku?” Firman Allah: “Perangkap bagimu ialah wanita.”

Selain itu, jin juga tinggal di kampung-kampung, di gunung-gunung dan lembah-lembah,


di laut-laut sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang disebut oleh Abusy-Syeikh di
dalam kitabnya “‫”العظمة‬

‫اختصصم الجصن المسصلمون والجصن المشركون فسصالوني ان اسصكنهم فاسصكنت المسصلمين الجلس واسصكنت‬
‫الجن المشركين الغور‬

Maksudnya : Telah berlaku pertengkaran antara jin Islam dengan jin musyrikin, maka
mereka memohon kepadaku untuk menempatkan mereka, secara berasingan. Maka aku
letakkan jin Islam di kampung-kampung dan gunung-ganang dan aku tempatkan jin kafir
di antara gunung dan laut.”

Termasuk juga tempat-tempat yang disukai oleh jin/syaitan ialah tempat di antara cahaya
matahari dan tempat teduh. Maksudnya di antara dua kawasan itu, dan dalam hal ini
baginda Rasulullah s.a.w. melarang kita duduk di tengah-tengah kawasan itu.

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 11


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Adakah Jin mati?

Jin itu seperti makhluk-makhluk yang lain juga hidup dengan melakukan aktiviti mereka
dan akhirnya menemui ajal mereka. Kemudian di padang mahsyar akan dihimpunkan dan
akan dihitung segala amalan mereka. Firman Allah Ta’ala :


 
  

Maksudnya: “Setiap makhluk termasuk apa sahaja di muka bumi ini, (baik di atas
mahupun di dalam bumi, di udara, di dalam sungai, laut dan di atas langit) kesemuanya
akan menghadapi kematian dan kebinasaan. Melainkan Zat Allah Ta’ala baginya segala
peraturan dan hukum dan kepadanya kamu akan dikembalikan.”

( Surah Al-Qasas:88 )

Jin juga boleh mati dibunuh. Abu Said Al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa seorang
sahabat telah membunuh satu jin yang menyamar sebagai seekor ular. Jin juga mati
terbakar setelah berusaha mencari berita dari langit sebagaimana Firman Allah Ta’ala :



5


Maksudnya : “Kecuali syaitan-syaitan yang memasang telinga (untuk mendengar Al-


Quran) mereka akan diikuti oleh sinar api yang terang.”

( Surah Al-Hijr : 18 )

Ibn Qutaibah meriwayatkan, katanya, “Ada seorang daripada Bani Ka’ab menyampaikan
kepadaku, katanya, “Aku datang ke kota Basrah untuk menjual kurma. Tetapi aku tidak
mempunyai tempat untuk bermalam kecuali sebuah rumah yang ku lihat dipenuhi dengan
sarang labah-labah. Aku bertanya kepada beberapa orang di sekitar rumah tersebut,
“Mengapakah rumah ini tiada penghuni?” Mereka menjawab, “Rumah ini ada
pemiliknya” Lalu aku bertanya kepada pemiliknya, “Bolehkah kamu menyewakan rumah
ini kepadaku?” Orang itu menjawab, “Selamatkanlah diri kamu. Di dalam rumah ini
terdapat jin ‘Ifrit yang telah menjadikan rumah ini sebagai tempat tinggalnya. Dia akan
membunuh sesiapa sahaja yang memasukinya.”

“Sewakanlah ia kepadaku dan biarkan malam ini aku bersama dia. Mudah-mudahan
Allah ta’ala menolongku menghadapinya.”

5
Umdatul – Qari Syarah Sahih Al-Bukhari lil Aini 10/19

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 12


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

“Terserahlah pada kamu,” lata pemilik itu. Maka aku pun bermalam di rumah itu. Ketika
tiba waktu malam, datang kepadaku jasad makhluk yang sangat hitam, matanya dengan
sinar merah laksana bara api. Dia memiliki bayangan gelap dan mula menghampiriku.
Aku membaca ayat kursi seluruhnya. Ketika bacaanku tiba pada Firman Allah yang
bermaksud:

“… dan Dia (Allah) tidak merasa berat memelihara keduanya dan Dia Maha Tinggi lagi
Maha Besar.”

Lalu makhluk itu tidak dapat berkata apa-apa lagi kepadaku. Aku mengulangi bacaan
tersebut beberapa kali sehingga bayangan gelap itu akhirnya hilang. Pada keesokan
harinya, aku menemui di tempat makhluk yang menghampiriku itu kesan sesuatu yang
terbakar dan menjadi bara. Kemudian aku mendengar suara, “Engkau telah membakar
‘Ifrit yang sangat besar. Aku bertanya, “Dengan apa aku membakarnya?” Dia menjawab,
“Dengan Firman Allah yang berbunyi:

“… dan Dia (Allah) tidak merasa berat memelihara keduanya dan Dia Maha Tinggi lagi
Maha Besar.”

Adakah Jin makan dan minum?

Ulama mempunyai berbagai-bagai pandangan dalam hal ini, ada yang mengatakan :-

1. Kesemua jin tidak makan dan tidak minum.


2. Setengah jin makan dan ada setengah di kalangan mereka yang tidak mahu
kepada makanan.
3. Kesemua jin makan dan minum.

Walau bagaimanapun pendapat yang lebih kuat mengatakan bahawa golongan jin makan
dan minum. Sebagaimana firman Allah Ta’ala :


  

  
    







09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 13


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin



Maksudnya : “Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua
Syurga. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Kedua-dua
Syurga itu mempunyai pohon-pohon dan buah-buahan. Maka nikmat Tuhan kamu
manakah yang kamu dustakan? Di dalam kedua Syurga itu terdapat segala macam buah-
buahan yang berpasangan.”

( Surah Ar-Rahman : 46-52 )

Dalam ayat ini menunjukkan sesungguhnya Allah Ta’ala menyediakan kepada hamba-
hamba-Nya yang taat sama ada jin ataupun manusia dua Syurga. Jin dan manusia kedua-
duanya masuk Syurga dan berseronok padanya menunjukkan yang jin itu makan dan juga
minum, kerana di dalam Syurga itu ada makan dan minum sebagai balasan Allah Ta’ala
kepada mereka selain daripada balasan yang lain.

Adapun makanan jin adalah sama dengan apa yang kita makan, baik biji-bijian, daging
seperti yang kita makan mahupun tulang-tulang yang kita buang setelah kita makan
dagingnya.

Kita juga dilarang beristinjak menggunakan tulang dan najis binatang yang sudah kering
kerana keduanya adalah makanan jin sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

‫فلتستنجوا بهما لنها طعام اخوانكم‬


Maksudnya : “Jangan kamu beristinjak dengan keduanya (tulang dan najis binatang)
kerana keduanya adalah makanan saudaramu (jin).”

( Riwayat Muslim, Tirmizi dan Ahmad )

Cara mereka makan pula berbeza-beza :-

1. Mereka hanya mencium sahaja.


2. Mereka makan seperti biasa iaitu mengunyah dan menelan.

Jantina Jin

Terdapat dua jenis jin iaitu jantan dan betina.

Firman Allah Ta’ala :

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 14


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

  

Maksudnya: “Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki antara manusia meminta
perlindungan kepada beberapa laki-laki antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi
mereka dosa dan kesalahan.”

(Surah al-Jinn:6)

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 15


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Firman Allah Ta’ala :

  

Maksudnya: “Dan setiap benda Kami jadikan berpasang-pasangan semoga kamu


beringat.”

(Surah al-Dzariyat:49)

Di dalam hadis pula disebut iaitu baginda Rasulullah s.a.w. apabila masuk tandas,
baginda membaca :

“Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan jantan dan betina”

Bentuk tubuh mereka ada yang pendek, ada yang tinggi dan ada bermacam-macam warna
iaitu putih, merah, biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan jin
Islam yang fasiq mempunyai rupa yang hodoh dan menakutkan. Manakala jin Islam yang
soleh mempunyai rupa paras yang elok.

Menurut setengah pendapat, tinggi jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja.
Pengetahuan mereka lebih luas dan berumur sangat panjang dan ada berumur seribu
tahun. Kepantasan jin bergerak adalah melebihi kelajuan cahaya dalam satu saat.

Memandangkan jin adalah terdiri daripada makhluk yang kecil dan tersembunyi, tidak
zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang
kecil boleh diduduki oleh berjuta-juta jin.

Jin berkahwin dan beranak-pinak

Umumnya ulama bersepakat mengatakan bahawa jin berkahwin dan beranak-pinak


sebagaimana firman Allah Ta’ala :

 

 

Maksudnya : “Patutkah kamu mengambil dia dan kaum keturunannya sebagai pemimpin
selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu?”

(Surah al-Kahfi:50)

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 16


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Ayat ini menunjukkan bahawa mereka berkahwin dan beranak pinak. Al-Qadhi A.Jabbar
menjelaskan bahawa maksud zurriyyah itu ialah anak-anak dan keluarga.

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 17


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Al-Zamakhsyari di dalam kitabnya al-Kasysyaf menghuraikan sabda Rasulullah s.a.w. :

‫ان الجن يتوالدون كما يتوالد ادم وهم اكثر عددا‬


Maksudnya : “Sesungguhnya jin beranak-pinak, sebagaimana anak Adam dan mereka
(jin) mempunyai lebih ramai bilangan.”

(Riwayat Ibn Abi Hatim daripada Qatadah)

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat
dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan baligh. Berbeza
dengan jin, di mana apabila disentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan,
maka jin perempuan akan terus mengandung dan beranak. Anak jin yang baru lahir itu
pula akan terus mukallaf. Begitulah keadaannya sehingga ke hari kiamat.

Masa jin berkeliaran

Syaitan dan jin ini rajin bertebaran apabila malam semakin menjelang atau pada waktu
senja. Sabda Rasulullah s.a.w daripada Jabir r.a. :

Maksudnya : “Apabila malam telah hampir menjelang atau pada waktu senja, tahanlah
anak-anak kamu (jangan izinkan mereka keluar) kerana ketika itu syaitan bertebaran.
Setelah berlalu satu jam kemudian lepaskanlah mereka, tutuplah pintu, berzikirlah kepada
Allah, tutup semua bejana kamu, sebutlah nama Allah dalam semua keadaan umpamanya
kamu terserempak dengannya dan padamkan lampu-lampu kamu semuanya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadith di atas bermaksud bahawa jin dan syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya
dan sinar sehingga menjelang petang, pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki
dan makanan, lelaki dan perempuan, sama ada yang dewasa atau kanak-kanak.

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 18


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Mana lebih dahulu, jin atau manusia?

Banyak ayat al-Quran yang menjelaskan bahawa jin dicipta terlebih dahulu berbanding
manusia.

Ini jelas melalui firman Allah Ta’ala :

  
 

 
   

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: Sujudlah
kepada Adam (penghormatan), maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia enggan dan
takbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.”

(Surah al-Baqarah:34)

Iblis termasuk di dalam kelompok jin, ini adalah berdasarkan peristiwa kenabian Nabi
Adam a.s. yang menunjukkan bahawa jin dicipta terlebih dahulu.

Firman Allah Ta’ala :

 



Maksudnya : Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada


Adam) pada waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab Iblis: “Saya lebih baik daripadanya:
Engkau ciptakan saya daripada api sedang dia Engkau ciptakan daripada tanah.”

(Surah al-A’raf:12)

Iblis enggan sujud ketika ia diperintahkan berbuat demikian disebabkan katanya api lebih
mulia daripada tanah. Kononnya ia mengetahui kelebihan api daripada tanah. Hal ini
menunjukkan bahawa ia dicipta terlebih dahulu.

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 19


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 20


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Di dalam ayat yang lain Allah berfirman :

 

   

 

Maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada


tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami
telah menciptakan jin sebelum (Adam) daripada api yang sangat panas.”

(Surah al-Hijr:26-27)

Ini menunjukkan dengan nyata bahawa jin dicipta sebelum kejadian Adam a.s. Kenyataan
ini dikuatkan lagi dengan firman Allah Ta’ala :

 
 

Maksudnya : “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah-Ku.”

(Surah al-Dzariyat:56)

Dalam ayat ini disebut perkataan JIN terlebih dahulu menunjukkan bahawa jinlah yang
diciptakan terlebih dahulu.

Yang menjadi perbincangan ialah berapa lamakah jarak di antara dua makhluk itu. Ibn
Kathir di dalam kitabnya al-Bidayah Wan Nihayah juz 16 mengatakan jaraknya ialah
selama dua ribu tahun. Begitu juga al-Syibli di dalam kitabnya Akmal Marjan7
mengatakan jaraknya ialah dua ribu tahun manakala setengahnya mengatakan bahawa 40
tahun.

Walau bagaimanapun, tempoh yang sebenar tidaklah diketahui kerana jarak yang
disebutkan itu menurut ijtihad belaka yang tidak terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah
maka kita serahkan sahaja kepada Allah Ta’ala yang Maha Mengetahui segala-galanya.

6
Al Bidayah Wan-Nihayah 1/65
7
Akamul Marjan m/s 21

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 21


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Bolehkah jin ditangkap?

Ternyata di dalam sejarah bahawa Nabi Allah Sulaiman a.s. telah memenjarakan puak-
puak jin yang degil ke dalam sebuah botol tembaga yang kecil dan dicampakkan jauh-
jauh ke tengah lautan.

Al-Aqili di dalam kitabnya al-Dhuaf al-Kabir daripada Abu Said baginda Rasulullah
bersabda:

Maksudnya: “Nanti pada tahun 135, berpuak-puak syaitan akan keluar setelah mereka
dikurung oleh Nabi Allah Sulaiman a.s. di Semenanjung Arab. Sembilan persepuluh akan
ke Iraq dan sepuluh peratus akan ke Syam.”

Al-Allamah Abdul Baqi al-Zarqani di dalam kitabnya al-Aslah al-Muhirah Haulad-


Dunya-Wal-Akhirah mengatakan tidak ada sebarang untuk mengurung jin bagi mereka
yang diberi kuasa atau kelebihan oleh Allah. Sekiranya kepada Nabi dikira mukjizat dan
kepada wali sebagai karamah.

Kesimpulan

Walaupun tidak dapat dilihat tetapi ia sebenarnya wujud. Malah ia sentiasa berlegar di
sekitar kehidupan kita. Hakikatnya jin juga mempunyai kehidupan yang hampir sama
seperti manusia makan minum, kahwin, beranak pinak, mati dan sebagaimana. Cuma
bezanya ialah asal usul kejadian mereka, cara kehidupan mereka, alam mereka dan
kelebihan yang Allah Ta’ala berikan kepada mereka seperti kekuatan dan sebagainya.
Syaitan adalah sejenis makhluk yang berasal daripada jin. Jin ada yang baik dan ada yang
jahat maka setiap jin yang jahat disebut sebagai syaitan. Bahkan manusia yang jahat juga
sebenarnya adalah syaitan. Firman Allah:

 

  

Maksudnya: “Dan demikianlah Kami jadikan bagi setiap nabi musuh daripada syaitan
manusia dan syaitan jin.”

(Surah al-An’am:112)

Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berwaspada dan mempersiapkan diri kita
dengan senjata pertahanan untuk berhadapan dengan mereka dan senjata yang
dimaksudkan tidak lain tidak bukan ialah dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan
doa-doa.

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 22


Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

BIBLIOGRAFI

Al-Quran Al-Karim.

Al-Quran dan Terjemahannya. 1415H. Kerajaan Saudi Arabia: Mujamma’ Al Malik Fahd
Li Thiba At Al Mush-haf Asy-Syarif.

Dato’ Hj Ismail Kamus. 2006. Jin - Hakikat dan Pengubatan. Kuala Lumpur: Telaga Biru
Sdn Bhd.

Dato’ Hj Ismail Kamus. 2001. Jin - Rasukkan dan Pengubatannya. Selangor Darul Ehsan:
Malindo Communications Sdn Bhd.

Haji Abd Rahman Sulaiman. 2001. Iblis, Syaitan dan Jin. Johor Bahru: Perniagaan
Jahabersa.

Mohd Safri Zainal Abidin. 2002. Perangkap Jin dan Syaitan. Kuala Lumpur: Darul
Nu’man.

Sayid Sabiq. 1974. Aqidah Islam. Bandung, Indonesia: c.v. Diponegoro - Bandung.

Amiruddin Faatih. 1999. Penerokaan Roh Ke Alam Ghaib. Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers.

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah 23

Anda mungkin juga menyukai