Anda di halaman 1dari 6

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Apakah yang dimaksudkan dengan interaksi antara tamadun ?


Hubungan, pertemuan, komunikasi dan sebagainya antara individu, kelompok,
masyarakat dan seterusnya negara melibatkan antaranya idea, nilai, material, institusi
dan insan.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN


Definisi:
 Menerima pengaruh dan mengalami perubahan dari luar.
 Berlaku dari sudut nilai, idea, institusi dan manusia.

 Berlaku disebabkan sifat toleransi dan saling hormat menghormati.


 Sama ada secara aman atau melalui peperangan.
 Ia perlu untuk memperkayakan tamadun, percambahan pemikiran, membentuk
idea-idea dan budaya baru.
 Jika tidak, tamadun akan statik, jumud dan tidak akan berkembang.

Jenis Interaksi
1. Fizikal

– Kedatangan bangsa Arab ke Tanah Melayu.


– Kewujudan pelbagai bangsa di sesuatu tempat.
(Sultan Mansur Syah dgn Hang Li Po)
2. Teologi / Agama

– Ajaran Buddha dalam agama Shinto. (moral)


– Buddhisme yg wujud dlm Hinduisme.(Karma)

3. Sains & Teknologi

– Pembuatan kertas, letupan dan kompas (China)


– Teknologi automotif AS-Jepun..1880-an.
4. Budaya

– Amalgamasi-Kahwin campur, Akulturasi-makanan dll.

Kesan positif
• Penyebaran agama
• Perkembangan teknologi
• Penyebaran ilmu
• Perkembangan bahasa dan tulisan
• Perubahan perundangan
• Perkembangan kesenian
• Perubahan kebudayaan
• Perkembangan kesusasteraan

Penyebaran agama
 Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu

– *Tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu. Ia turut membawa tulisan


Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan.
 Tamadun India dengan Tamadun China

*Tersebarnya agama Buddha di China


(Moksha & Karma)

Perkembangan teknologi
 Perubatan di China.

 Teknologi persenjataan, ketenteraan dan pelayaran di China adalah hasil


interaksi dengan Tamadun Islam.
 Laksamana Zheng He (Cheng Ho)

Dinasti Ming abad ke-15.

Penyebaran ilmu
 Usaha-usaha penyalinan dan penterjemahan buku-buku ilmiah.

Yunani~Arab~Latin dsbnya.
 Perpindahan @ pertukaran teknologi antara tamadun dunia.

Perkembangan Bahasa dan tulisan


 Beberapa perbendaharaan bahasa Sanskrit dan Pali mempengaruhi
kesusasteraan China.
 Tamadun China dengan Tamadun Melayu

 Serapan perkataan Cina dalam bahasa Melayu antaranya cincau, tahil, bangsal,
taukeh dan congkak.
 Tamadun India dengan Tamadun Melayu

 Bahasa Sanskrit menjadi bahasa penting di istana.

 Istilah-istilah sanskrit turut memperkayakan perbendaharaan kata masyarakat


Asia Tenggara
*Bahasa Urdu hasil interaksi Hindu dan Islam.
 Pinjaman bahasa Sanskrit:-

bhumi, bheda, bhasa, danda.


Bhakti, Bhudi, Arghah, Arthah
 Epik dan mitos India:-

Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa 5.

Perubahan perundangan
 Undang-undang Islam digunapakai dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka.

(Undang-undang Laut/Hukum Kanun Melaka)

Perkembangan kesenian
 Pembinaan dengan reka bentuknyanya yang dipengaruhi oleh ciri-ciri Arab dan
juga China.
 Seni bina masjid : Bentuk kubah potong bawang adalah pengaruh Arab dan
Parsi.
 Seni bina China dapat dilihat pada beberapa buah masjid di Melaka yang mirp
Pagoda China.
 Ciri-ciri seni bina Islam turut mempengaruhi makam dan kubur-kubur.

 Pengaruh dari segi kesenian terutamanya alat muzik dan seni tarian.

 Unsur-unsur seni bina India telah bercampur dengan seni bina tempatan
sehingga menghasilkan seni bina yang unggul, contohnya Angkor Wat dan Candi
Borobudur.

Perubahan kebudayaan
 Budaya hidup Islam diamalkan di Alam Melayu; menutup aurat, solat, puasa,
cara hidup, ..etc
 Nama masyarakat Melayu.

 Budaya hidup barat diamalkan di Malaysia; punk, black metal, pergaulan bebas..
etc.
 Baba & Nyonya, peranakan Cina di Kelantan.

Perkembangan kesusasteraan
 Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu

– Pengaruhnya dari segi kesusasteraan, istilah-istilah Arab banyak digunakan


dalam karya/ hikayat/ novel/ syair Melayu.
 Cerita jenaka dan binatang banyak dicedok dari Tamadun India.

 Bahasa Sanskrit: Bhakti,Bhudi,Arghah,Arthah,Bhumi,Bheda,Bhasa

Faktor yang mendorong interaksi antara agama


1. Perdagangan
2. Penghijrahan
3. Persamaan agama
4. Budaya ilmu
5. Penterjemahan

a) Pusat perdagangan di Melaka.


-Hubungan perdagangan China-Asia Barat-Eropah
b) Penghijrahan oleh pedagang dgn membawa budaya.
c) Agama-Buddha di India (kurun ke-6 SM) dikembangkan ke China (kurun 1 M).
d) Pertukaran teknologi dan kepakaran.
(Letupan[China], Gula tebu[India])
e) Kerja-kerja penterjemahan ilmu dan teknologi untuk digunapakai bersama.

Kesan negatif
1. Tercetus peperangan,pemberontakan dan pembunuhan.
2. Permusuhan agama.
*Kristian~Yahudi kurun ke 9 & 18.
*Perang Salib Islam~Kristian.