Anda di halaman 1dari 3

[Type the document title]KOKURIKULUM PERSATUAN (WAJ 3113)

REFLEKSI KENDIRI

OLEH NO. K/P

: MOHAMAD AZWAN BIN MOHD PUAT : 910104-07-5545

PROGRAM : PISMP SEM 6 MT (PEND. RENDAH) JANUARI 2011

Sesungguhnya, tugasan WAJ 3106 pada semester kali ini merupakan satu tugasan yang benarbenar menyumbang kepada ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna. Pertama sekali, ingin saya nyatakan bahawa sebermulanya menerima tugasan ini, saya merasakan bahawa saya bakal memikul satu tanggungjawab yang berat dan penting dalam tugasan ini. Memimpin sebuah persatuan dengan memegang jawatan sebagai Pengerusi bukanlah satu tugasan yang mudah, malah amanah yang diberi ini akan menilai secara holistik berkaitan dengan sifat kepimpinan saya dalam memimpin persatuan tersebut secara khususnya.

Sebagai seorang pengerusi yang memimpin persatuan, saya dapat merasakan setiap kali ketika berdepan dengan ahli-ahli yang lain, saya perlu sentiasa yakin dan berani dalam

memberikan sesuatu arahan. Saya cuba sedaya upaya untuk memperbetulkan gaya

DISEDIAKAN: MOHAMAD AZWAN MOHD PUAT PISMP- MT/PJ/BM SEM 6 2013

[Type the document title]KOKURIKULUM PERSATUAN (WAJ 3113) komunikasi dan penyampaian saya terhadap ahli-ahli persatuan yang lain agar segala arahan yang disampaikan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Dalam sesebuah persatuan mahupun sesebuah organisasi, sekiranya pengerusi tidak memainkan peranan dengan baik maka hala tuju dan perjalanan aktiviti persatuan dan organisasi tersebut menjadi kelam kabut dan sentiasa dalam tidak tersusun. Justeru, sepanjang saya menjawat jawatan sebagai Pengerusi persatuan, saya sentiasa dalam keadaan yang yakin dan tenang bagi memastikan segala perancangan yang telah dirancang dapat terlaksana hasil daripada arahan yang diberikan oleh saya selaku pengerusi.

Menyentuh mengenai projek pameran yang telah berlangsung, sepanjang berlangsung pameran tersebut, saya tidak menghadapi sebarang masalah yang kritikal mahupun terlalu membebankan. Apa yang ingin saya tekankan di sini, sikap toleransi dan kerjasama yang begitu tinggi telah mendatangkan hasil perjalanan projek yang tersusun dan begitu sistematik. Pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing telah menjadi prinsip persatuan sekaligus mendorong setiap ahli untuk membantu satu sama lain dalam melaksanakan projek dan tugasan yang diberikan. Dari sudut peribadi saya, pengalaman menguruskan projek pameran ini merupakan satu pengalaman dan ilmu yang cukup bermanfaat buat diri saya. Mana tidaknya, apabila ditempatkan di sekolah kelak, tidak mustahil saya sendiri akan dilantik untuk

DISEDIAKAN: MOHAMAD AZWAN MOHD PUAT PISMP- MT/PJ/BM SEM 6 2013

[Type the document title]KOKURIKULUM PERSATUAN (WAJ 3113) menjawat beberapa jawatan penting yang memerlukan pengalaman dan ilmu yang tertentu bagi menjawat jawatan tersebut. Justeru, segala pengalaman dan ilmu yang diperolehi daripada penganjuran projek pameran ini, akan saya sematkan di dalam jiwa dan hati, sebagai bekalan yang tiada nilainya pada masa yang mendatang. Tidak lupa untuk saya ucapakan ribuan terima kasih yang tidak terhingga dan bersyukur kerana dipertemukan dengan pensyarah penasihat persatuan saya, En. Md.Nasir Bin Hamid , kerana tidak jemu berkongsi maklumat dan pengalaman beliau. Segala apa yang disampaikan oleh beliau merupakan perkara yang cukup penting, dalam menyediakan diri sebagai seorang pendidik kelak.

Kesimpulannya, tugasan projek pameran pada semester kali ini benar-benar mendidik saya untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dalam aspek pengurusan dan kepimpinan terutamanya. Tidak semua insan yang terpilih untuk merasai dan menimba ilmu serta pengalaman seperti apa yang saya perolehi menerusi pelaksanaan projek pameran ini. inshaAllah, segala apa yang diperolehi diharapkan mampu untuk memberi seribu manfaat dan kebaikan kepada kehidupan saya mahupun masyarakat, agama, bangsa dan negara.

DISEDIAKAN: MOHAMAD AZWAN MOHD PUAT PISMP- MT/PJ/BM SEM 6 2013