Anda di halaman 1dari 15

KRB 3053:

KAEDAH PENGAJARAN B. MELAYU SEKOLAH RENDAH

TUGASAN 1- RPH MAKRO PENGAJARAN


DISEDIAKAN OLEH: NAMA ZAHURIN BT MOHAMAD @ AWANG NO. MATRIK D20102042684

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. OMAR HISHAM BIN MOHD BAHARIN TARIKH SERAH: 31 DISEMBER 2013

RANCANGANPENGAJARAN HARIAN Tarikh: Hari: Tahun: Bil. Murid: Masa: Mata Pelajaran: Tema: Tajuk: 20 Oktober 2013 Selasa 5 Cekal 36 orang 8.10 - 9.10 pagi Bahasa Melayu Permainan Tradisional Wau Bulan

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,murid-murid dapat : 1. Membaca kuat perkataan dan ayat dalam petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Melaporkan sesuatu perkara yang didengar dan ditonton dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat. 3. Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

Fokus Utama : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan danintonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 (i) : Membaca perkataan, rangkai kata dan ayat yangmengandungi ayat tunggal dan ayat majmukdengan sebutan dan intonasi yang betul. Fokus Sampingan :8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalamsesuatu penulisan teks tentang sesuatu berdasarkan tajuk. Aras 1 (i) : Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Sistem Bahasa : Tatabahasa: Ayat tunggal dan ayat majmuk Kosa kata: turun-temurun, senggang, bangsawan, teraju dan busur

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sains, Pendidikan Seni Visual dan Matematik. Nilai Murni : Kerjasama, kesabaran, patriotisme dan keberanian. Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir : Penyoalan, menjana idea , menghubungkait dan mencirikan. Pembelajaran Kontekstual : Menghubungkait dengan pengalaman sedia ada tentang permainan layang-layang. Kecerdasan Pelbagai : Verbal linguistik, intrapersonal, interpersonal. Kemahiran Belajar Cara Belajar : Mengumpul maklumat, memproses maklumat, kemahiran membuat persembahan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN ISI PELAJARAN Tayangan video permainan gasing: Soalan ransangan: 1. Apakah peristiwa yang berlaku dalam tayangan video itu? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan permainan tradisional? 3. Apakah permainan tradisional lain bagi masyarakat Melayu? Set Induksi 1. Murid menonton tayangan video mengenai permainan gasing. https://www.youtube.com/watch?v=T8nY 9KwP13U 2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai permainan tradisional tersebut berdasarkan tayangan video. 3. Guru mengaitkan isi pelajaran pada hari tersebut dengan menunjukkan replika layang-layang PEMBELAJARAN BBM: Komputer riba LCD Skrin Layang-layang KB: Menghubungkait Menjana idea BCB: Mengumpul maklumat KP: Interpersonal Verbal-linguistik Nilai Murni: Patriotisme Pembelajaran Kontekstual CATATAN

Pembacaan petikan edaran dan bahan slaid mengenai permainan tradisional Bahan Slaid: 1. Pengenalan 2. Congkak 3. Gasing 4. Wau Soalan rangsangan : 1. Bilakah permainan tradisional sering dijalankan. 2. Apakah yang kamu faham tentang permainan gasing berdasarkan petikan edaran yang dibaca.? 3. Apakah yang kamu faham tentang permainan congkak berdasarkan petikan edaran yang dibaca.?

Langkah 1 : (15 minit) 1. Ketua kumpulan mengambil sampul yang mengandungi petikan edaran yang berbeza untuk setiap kumpulan. 2. Murid membaca edaran petikan secara berkumpulan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan kumpulan lain mencatat isi-isi utama petikan yang dibaca. 3. Guru memberi maklum balas terhadap pembacaan murid. 4. Murid bersoaal jawab dengan rakan-rakan dan guru tentang isi petikan yang dicatat sambil guru memperlihatkan semula petikan tersebut melalui slide Microsoft Office Power Point. 5.

BBM : Slaid PowerPoint, LCD, Komputer riba. Layang-layang Petikan Edaran

BCB : Mengumpul Maklumat Memproses Maklumat Belajar Cara Belajar KB : Penyoalan Memberi sebab KP: Intrapersonal Verbal-linguistik Nilai : Kerajinan Disiplin Yakin Berani

Aktiviti kumpulan dan pembentangan hasil perbincangan mengenai permainan wau

Langkah 2 1. Ketua kumpulan mengambil brosur yang diedarkan oleh guru. 2. Murid berbincang dalam kumpulan untuk menyenaraikan idea utama brosur. 3. Murid membentangkan hasil perbincangan

BBM : Slaid PowerPoint, LCD, Komputer riba. Layang-layang Brosur

Tugasan Projek: Murid dalam kumpulan diminta mendapatkan maklumat melalui internet atau bahan lain yang berkenaan permainanpermainan tradisional yang ingin dikaji untuk dipersembahkan dalam bentuk pilihan mereka

kumpulan mengenai idea utama brosur di hadapan kelas. 4. Guru memberi maklum balas terhadap pembentangan murid. 5. Guru menayangkan dan menerangkan idea utama brosur dengan menggunakan projektor LCD dan sesi soal jawab diadakan.

KP: Interpersonal Intrapersonal Verbal-linguistik KB : Penyoalan Memberi sebab BCB: Mengumpul Maklumat Nilai : Kerajinan Kesihatan Kerjasama Patriotisme

BBM : komputer riba dan pembesar suara. Menulis ayat tunggal dan ayat Langkah 3 majmuk mengenai cara-cara membuat wau bulan 6. Murid menonton tayangan video melalui projektor LCD dan membuat catatan 7. Murid melihat rajah aliran mengenai caraCara membuat wau: 1. Sedia alatan 2. Mencari buluh 3. Meraut buluh 4. Merangka wau 5. Melekatkan kertas cara membuat wau yang ditayangkan melalui slide. 8. Murid memdengar penerangan dan bersoal jawab dengan tentang ayat tunggal dan ayat majmuk. 9. Murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan yang Tugasan Pengayaan: Murid diminta menghasilkan satu karangan tentang caradiberikan pada rajah aliran mengenai caracara membuat wau bulan. 10. Guru memberi bimbingan dan maklum Tatabahasa : Ayat tunggal Ayat majmuk Penanda wacana BBM : Projektor LCD Komputer riba Skrin Layang-layanbuluh Pisau lipat

cara membuat wau bulan dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai.

balas terhadap ayat yang dibina oleh murid.

KP : Interpersonal Intrapersonal Verbal linguistik BCB : Mengumpul maklumat Memproses maklumat KBT : Kecerdasan pelbagai Naturalis KB : Penyoalan Memberi sebab Nilai Murni : Patriotisme Kesabaran Kerajinan Kerjasama

Penutup Nyanyian laguWau Bulan

Penutup : (5 minit ) Murid menyanyikan lagu Wau Bulan berdasarkan lirik yang ditayangkan melalui projektor LCD dengan iringan muzik. Guru membuat penutup sosial.

BBM : Projektor LCD Komputer riba Skrin Layang-layang Rakaman lagu KP : Interpersonal Verbal linguistik Nilai Murni Keberanian Disiplin

KAEDAH PENGAJARAN

Dalam penyediaan RPH ini, saya menggunakan pendekatan Pengajaran Berasaskan Projek. Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara projek merupakan suatu kaedah yang difikirkan amat sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid masa kini. Bagaimanapun sesuatu projek memerlukan perancangan terperinci serta kaedah pelaksanaan yang sistematik di samping keperluan sumber serta kepakaran yang sesuai. Sehubungan itu kajian ini cuba untuk merungkai perseoalan berkaitan keperluan serta cabaran dari aspek perancangan dan pelaksanaan projek bagi meneliti kesesuaiannya dalam membawa nilai tambah ilmu kepada murid serta sumbangan kepada pembelajaran. Suatu isu yang tidak kurang penting juga ialah kesesuaian projek dilaksanakan dalam semua jenis pesekitaran sekolah. Hal ini merangkumi bukan hanya persekitaran terdekat sesebuah sekolah malah lokasi atau tempat yang jauh dari sekolah. Maka kajian ini cuba mendapatkan maklumat berkaitan kesesuaian projek dilakukan di sekolah dengan mengambil kira pelbagai kekuatan dan kelemahan persekitaran sesebuah sekolah dari segi keterdapatan bahan, sumber serta keperluan peralatan dalam pelaksanaan projek. Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakan untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain dari itu projek juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik serta mengikut minat murid atau untuk pameran sains. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau kumpulan berdua atau bertiga di bawah bimbingan yang minima oleh guru. Kementerian Pelajaran Malaysia melalui "Handbook- Project Based Learning" menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu. Kaedah ini melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian di lapangan atau dunia sebenar.

ISU DAN HALANGAN PENGAJARAN BERASASKAN PROJEK

Saya menghadapi beberapa halangan dalam melaksanakan proses Pengajaran Berasaskan Projek ini. Perkara pertama yang saya hadapi ialah proses penyediaan bahan untu membuat wau iaitu buluh. Tidak semua murid dapat membawa bahan yang diperlukan.apabila sampai masa untuk proses membuat projek, murid tidak menyediakan bahan dengan selengkapnya. Selain itu, tidak semua murid memberikan kerjasam ketika rakan mereka menyediakan rangka wau. Murid juga lebih mengaitkan permainan layang-layang walaupun saya telah menerangkan mengenai perbezaan antara wau dengan layang-layang.

CARA MENGATASI HALANGAN Sebagai guru, saya telah menyediakan bahan-bahan tersebut secukupnya supaya dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Murid yang tidak mengambil bahagian ketika rakan mereka membuat kerja projek, telah saya panggil untuk mengemaskan ruang mereka bekerja untuk mengekalkan kebersihan kelas dan mereka memberikan kerjasama.

PENGURUSAN PERSEKITARN DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Saya meminta murid supaya berhati-hati dengan penggunaan peralatan tajam seperti pisau. Begitu juga dengan buluh. Saya mengingatkan mereka mengenai bahaya bermain dengan peralatan seperti buluh kerana buluh juga boleh mencederakan mereka.

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books. Abdul Rasid Jamian. 2011. dalam Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu: Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar (The Problems Pertaining To Reading And Writing Skills In Malay Language Among Rural Primary School Children) Vol. 1, Bil. 1. Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim: UPSI. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Yahya Othman, Aisah Md. Daud, Azmey Othman, Dk. Siti Ardiah Pg. Mohiddin, & Maszuraimah Muizz Sulaiman. 2012. dalam Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu: Pelaksanaan Pengajaran Membaca Menggunakan Kaedah Fonik Peringkat Prasekolah Di Brunei arussalam (The Implementation Of The Teaching Of Reading Using Phonics Method At Preschool Level In Brunei Darussalam).Vol. 2, Bil. 1 (Mei. 2012): 93-109

LAMPIRAN SLAID POWER POINT SLAID 1

SLAID 2

SLAID 3

SLAID 4

SLAID 5

LEMBARAN KERJA 1 - PEMULIHAN

LEMBARAN KERJA 2