Anda di halaman 1dari 24

Topik

X Pendawaian

7
1. 2. 3.

dan Pengujian

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Menerangkan pemasangan dan penyambungan alat tambah elektrik; Menerangkan peralatan ujian; dan Menerangkan jenis pengujian.

PENGENALAN

Peraturan 11 (1), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 - mensyaratkan semua pendawaian, tambahan pendawaian atau pendawaian semula yang hendak dijalankan oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Elektrik perlu mendapat kelulusan bertulis dari pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan. Sebelum kerja-kerja pendawaian dibuat, pendawai/kontraktor hendaklah merancang dan mengenal pasti kerja-kerja yang hendak dilakukan supaya hasil kerja kemas, teratur dan selamat untuk digunakan. AKTIVITI 7.1 Tahukah anda, badan yang bertanggungjawab dalam membekalkan tenaga elektrik di Malaysia? Secara berkumpulan, lakukan kajian di internet dan bentangkan penemuan anda di dalam kelas.

116 X

TOPIK 7

PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

7.1

PEMASANGAN DAN PENYAMBUNGAN ALAT TAMBAH ELEKTRIK

Pendawaian elektrik adalah terdiri dari kelengkapan elektrik seperti kabel, papan suis, suis utama, pemutus litar kenit (MCB) atau fius, pemutus litar arus baki (PAB/RCD), mata lampu, mata kuasa, penangkap kilat dan lain-lain lekapan elektrik. Rajah 7.1 menunjukkan pendawaian elektrik pengguna fasa tunggal.

Rajah 7. 1: Pendawaian elektrik pengguna fasa tunggal x x x x x Fius pemutus dan perangkai neutral - sebagai pelindung arus lebihan dan menghadkan arus pengguna. Meter kWj - mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi kadar bayaran tarif. Suis utama - sebagai pengasing litar dan perlindungan arus lebihan. Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus - alat pelindung kepada kebocoran arus ke bumi dan sebagai pengasing litar. Kotak agihan - pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan.

Litar lampu menghubungkan tenaga elektrik kepada beban lampu atau kuasa am. Manakala litar kuasa (soket alir keluar) disambungkan kepada beban untuk soket alir keluar.

TOPIK 7 PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

W 117

(a)

Litar Skematik Pendawaian Lampu Rajah 7.2 hingga 7.5 menunjukkan pendawaian bagi pendawaian litar lampu.

Rajah 7.2: Satu mata lampu dikawal oleh satu suis sehala

Rajah 7.3: Dua mata lampu dikawal oleh satu suis sehala

Rajah 7.4: Satu mata lampu dikawal oleh suis dua hala

118 X

TOPIK 7

PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

Rajah 7.5: Satu mata lampu kalimantang dikawal oleh suis satu hala

(b)

Litar Skematik Pendawaian Soket Alir Keluar Rajah 7.6 hingga 7.8 menunjukkan pendawaian bagi soket alir keluar.

Rajah 7.6: Soket alir keluar satu soket

Rajah 7.7: Soket alir keluar disambung secara radial

TOPIK 7 PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

W 119

Rajah 7.8: Soket alir keluar disambung secara litar gelang

7.1.1

Fius, MCB dan Suis

Terdapat beberapa alat tambah (aksesori) dalam pemasangan elektrik. Antara yang paling banyak digunakan adalah palam 3 pin, soket alur keluar dan suis. Ada juga aksesori digunakan untuk tujuan perlindungan daripada kerosakan yang disebabkan litar pintas atau arus bocor. Kawalan dan perlindungan pendawaian adalah suatu sistem pemencilan /pengasingan dan pensuisan serta sistem perlindungan yang mesti ada di dalam setiap pendawaian domestik. Perlindungan bermakna memberi penjagaan kepada alat-alat pemasangan daripada sebarang bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik seperti arus lebih, kebocoran arus ke bumi, litar pintas, kilat dan sebagainya. Di samping perlindungan daripada bahaya kilat, terdapat tiga jenis perlindungan yang perlu diadakan seperti berikut: x x x (i) Perlindungan untuk mengawal pemasangan atau pemencil. Perlindungan arus lebih (fius, pemutus litar, geganti). Perlindungan daripada renjatan elektrik. Pemencil (Isolator) Pemencil merupakan satu alat yang boleh memutuskan bekalan pengagihan kepada pengguna dengan membukakan sambungan kabel hidup dan neutral secara serentak. Untuk bekalan 1 fasa, ia menggunakan suis 2 kutub berangkai. Manakala untuk bekalan 3 fasa, ia menggunakan suis 3 kutub berangkai. Tujuan mengadakan pemencil ialah mengasingkan litar dan seterusnya dapat melindungi pengguna daripada renjatan elektrik yang berterusan jika berlaku kebocoran dan sentuhan renjatan. Biasanya pemencil dipasang pada permulaan litar. Selain itu, pemencil boleh digunakan untuk

120 X

TOPIK 7

PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

memutuskan bekalan sebelum kerja-kerja membaiki kerosakan atau membuat pendawaian tambahan. Kadaran pemencil hendaklah dipadankan dengan kadaran arus bekalan dan beban. Yang penting, pemencil mestilah mampu membawa arus beban penuh dan berkeupayaan memutuskan dan menyambungkan bekalan seperti yang diperlukan. (ii) Perlindungan Arus Lebih (Over Current Protection) Alat ini berfungsi untuk memutuskan litar bekalan dengan sendiri (automatik) apabila berlaku arus lebih (litar pintas dll) daripada yang dihadkan. Alat ini dipasang pada dawai hidup di awal litar iaitu secara bersiri dengan litar bekalan. Tujuan memasang pelindung arus lebih pada sesuatu pemasangan ialah untuk mengelakkan berlakunya kerosakan pada sesuatu alat apabila arus yang melebihi kadaran keupayaan maksimum alat itu mengalir di dalam litar. Di samping itu, ia juga melindungi kabel daripada rosak. Umumnya, pelindung arus lebih terbahagi kepada 3 iaitu: x x x Fius; Pemutus litar (circuit breaker); dan Geganti (relay).

Fius Fius pada asasnya ialah dawai pengalir yang akan lebur apabila arus yang mengalir melebihi had keupayaannya. Terdapat empat jenis fius: x x x x Fius yang boleh didawai semula; Fius kartrij; Fius keupayaan pemutus tinggi; dan Fius palam.

Pemutus litar (Circuit Breaker) Dapat dikendali secara otomatik dan boleh dilaraskan pada nilai (arus dan masa) yang dikehendaki. Tidak perlu ditukar ganti, boleh dihidupkan semula. Terdapat beberapa cara kendalian: x x x Cara terma; Cara magneto hidraulik; dan Cara elektromagnet.

TOPIK 7 PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

W 121

Geganti Geganti merupakan peranti elektronik yang berfungsi sebagai suis kendalian elektrik. Arus yang mengalir dalam gelung geganti menghasilkan medan magnet yang menghubungkan suis on dan off. (iii) Suis Suis adalah suatu alat mekanikal yang digunakan untuk memutus dan menyambung bekalan kepada peralatan elektrik. Terdapat banyak jenis suis diantaranya ialah suis togol, suis satu hala, suis satu kutub dua hala, suis siling dan lain-lain. Rajah 7.9 menunjukkan contoh suis satu hala.

Rajah 7.9: Suis satu hala

(iv) Soket alur keluar dan palam Alat ini diperlukan untuk menyambungkan bekalan kepada peralatan elektrik mudah alih. Soket alur keluar mempunyai dua atau tiga alur terminal manakala palam pula merupakan bahagian yang boleh digerakkan yang mempunyai dua atau tiga pin untuk dimasukkan ke dalam soket alur keluar. Saiz piawai bagi peralatan tersebut adalah 2A, 5A, 15A dan 30A. Rajah 7. 10 menunjukkan soket alur keluar 13A dan palam 3 pin.

Rajah 7.10: Contoh Soket Alur Keluar Dan Palam

122 X

TOPIK 7

PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

Siling Ros Siling ros digunakan untuk penamatan dawai pendawaian bagi lampu. Pengguna mesti mematikan suis utama sebelum penyambungan kepada lampu dilakukan. Pemasangan Memasang siling ros x x x x x Masukkan hujung talian pendawaian ke tapak siling ros. Potong hujung dawai pengalir secukupnya. (Rujuk Rajah 7.11). Skrukan tapak siling ros ke siling menggunakan pemutar skru (rujuk Rajah 7.12). Masukkan hujung dawai talian ke terminal penyambung siling ros (rujuk Rajah 7.13). Sempurnakan pemasangan siling ros dengan penutup (rujuk Rajah 7.14). Sambungan ke soket mentol, (rujuk Rajah 7.15).

Rajah 7.11: Masukkan hujung talian pendawaian

Rajah 7.12: Skrukan tapak siling ros

TOPIK 7 PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

W 123

Rajah 7.13: Menyambung talian pada terminal penyambung

Rajah 7.14: Penutup siling ros

Rajah 7.15: Penyambungan soket mentol

124 X

TOPIK 7

PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

SEMAK KENDIRI 7.1 Ringkaskan maksud yang berikut: (a) (b) (c) (d) Pemencil (Isolator); Perlindungan Arus Lebih (Over Current Protection); Suis; dan Soket alur keluar palam.

7.2

PERALATAN UJIAN

Kelengkapan peralatan ujian yang digunakan dalam membuat pemeriksaan dan pengujian talian pendawaian elektrik bagi pengujian pemasangan dan pendawaian ialah meter pelbagai, penguji megger dan penguji RCCB. Meter pelbagai mempunyai berbagai fungsi dan julat pengujian. Ia boleh digunakan untuk menguji keterusan, mengukur voltan AT, voltan AU dan arus AT dengan julat yang berbagai. Rajah 7.16 menunjukkan satu jenis meter pelbagai.

Rajah 7.16: Meter pelbagai jenis analog Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/multimtr.htm

TOPIK 7 PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

W 125

(a)

Pengujian Penebatan Penguji rintangan penebatan digunakan untuk menguji penebatan talian pendawaian bagi memastikan tiada kebocoran arus antara talian fasa dengan fasa, talian fasa dengan neutral dan talian fasa dengan bumi. Ia juga digunakan bagi menguji ketahanan penebatan kabel. Rajah 7.17 menunjukkan alat penguji rintangan penebatan.

Rajah 7.17: Alat penguji rintangan penebatan Sumber: http://www.kew-ltd.co.jp/en/products/insulation/3315.html

(b)

Pengujian Megger Megger merupakan alat yang digunakan untuk menguji rintangan penebatan. Megger mengandungi satu bekalan voltan yang boleh dijanakan secara manual atau elektronik yang mengeluarkan voltan 500 Volt pada terminal pengujian. Rajah 7.18 menunjukkan megger kendalian janakuasa tangan dan megger kendalian bateri.

Rajah 7.18: Megger kendalian bateri Sumber: http://www.hitek-sales.co.uk/prodimages/

126 X

TOPIK 7

PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

(c)

Penguji RCCB Penguji RCD/RCCB merupakan alat yang digunakan untuk mengukur masa kepekaan Peranti Arus Baki (PAB) terpelantik dalam masa yang ditetapkan apabila berlaku kebocoran arus ke bumi. Rajah menunjukkan penguji RCD digital. Rujuk Rajah 7.19.

Rajah 7.19: Penguji RCD Sumber: http://www.kew-ltd.co.jp/en/products/rcd/5410.html

AKTIVITI 7.2 Senaraikan alatan ujian lain yang ada tahu selain dengan yang telah anda pelajari sebelum ini.

7.3

JENIS PENGUJIAN

Sebelum tenaga elektrik di bekalkan ke pengguna, pemeriksaan dan pengujian perlu dilakukan ke atas talian pendawaian bagi memastikan pendawaian tersebut siap sedia menerima bekalan tenaga elektrik. Tujuannya adalah untuk memastikan pendawaian tersebut baik, selamat digunakan dan mematuhi peraturan I.E.E.E, L.L.N dan lain-lain badan yang bersabit dengan bekalan tenaga elektrik. Pemeriksaan Visual Pemeriksaan visual dilakukan ke atas pendawaian bagi memastikan tiada kecacatan fizikal yang boleh menganggu keselamatan pengguna. Satu senarai semak perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dan diambil tindakan oleh pengguna diberikan semasa pengguna memohon pemeriksaan oleh pihak

TOPIK 7 PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

W 127

Tenaga Nasional Berhad (pihak berwajib yang menguruskan bekalan tenaga elektrik di Malaysia) untuk perbekalan tenaga elektrik. (a) Ujian Rintangan Penebatan Alat uji: Penguji Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Tester). Voltan kendalian adalah arus terus dengan keupayaan Voltan 250V A.T atau 500V A.T. Tujuan:
(i)

Memastikan tiada kebocoran arus antara pengalir fasa dengan fasa, pengalir fasa dengan neutral dan pengalir fasa dengan bumi. Menguji ketahanan penebatan kabel.

(ii)

Kaedah Pengujian: (i) (ii) Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off). Semua beban hendaklah ditanggalkan.

(iii) Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on). (iv) Jalankan ujian sebagaimana di dalam Jadual 7.1. Voltan kendalian adalah arus terus dengan keupayaan voltan 250VA.T atau 500V A.T. (v) Nilai bacaan jangka hendaklah tidak kurang daripada 1 Mega Ohm. (vi) Nilai minimum rintangan penebatan adalah seperti Jadual 7.2.
Jadual 7.1: Tatacara Pengujian Rintangan Penebatan

Pengujian Di Unit Penggina Fasa Tunggal

Pengujian Di Unit Pengguna Fasa Tiga

Pengujian di Litar Akhir Lampu

Pengujian di Litar Soket Alir Keluar 13A Litar Jejari dan Litar Gelang L&N L&E N&E

L&N L&E N&E

R&Y Y&B R&B R&N Y&N

B&N Y&E B&E N&E

L&N L&E N&E

128 X

TOPIK 7

PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

Jadual 7.2: Keputusan Dapatan Ujian Rintangan Penebatan Voltan Nominal Litar (Volts) Litar voltan amat rendah yang mendapat bekalan daripada isolating transformer / SELV Sehingga dan termasuk 500V kecuali kes-kesdi atas Lebih 500V Voltan Ujian A. T. (Volts) 250 Rintangan Penebatan Minimum (Mega Ohms) 0.25

500 1000

0.5 1.0

Rujuk Rajah 7.20 untuk contoh pengujian penebatan.

Rajah 7.11: Pengujian penebatan

TOPIK 7 PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

W 129

AKTIVITI 7.3 1. 2. Pada pendapat anda, mengapakah ujian rintangan penebatan harus dilakukan? Bincangkan. Bagaimana pula jika ia tidak dijalankan. Apakah akibat yang mungkin berlaku? Nyatakan.

(b)

Ujian Keterusan Ujian keterusan talian dilakukan untuk memastikan semua talian disambung secara betul dan berkesan. Alat yang digunakan untuk membuat ujian keterusan ialah Jangka Pelbagai (Multimeter) dengan julat Ohm. Terdapat 3 Ujian Keterusan Litar Akhir yang utama: x x x (i) Ujian Keterusan talian Pelindung. Ujian Keterusan talian Litar Akhir Gelang. Ujian Keterusan talian Hidup dan Neutral. Tatacara Ujian Keterusan Talian Pelindung Alat uji: Jangka Ohm. Tujuan: Memastikan Keterusan Talian Pelindung: x x x Pastikan Suis utama, RCD dan MCB di litar buka (Switch Off ) dan semua beban ditanggalkan. Sambungkan test lead penguji seperti Rajah 7.21. Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 Ohm.

130 X

TOPIK 7

PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

Rajah 7.12: Ujan keterusan talian pelindung

(ii)

Tatacara Ujian Keterusan Talian Litar Akhir Gelang Alat uji: Jangka Ohm. Tujuan: Memastikan Keterusan Talian Litar Akhir Gelang x Tanggalkan kedua-dua punca pengalir hidup dari MCB, pengalir neutral dari terminal neutral dan talian bumi dari terminal bumi di kotak fius agihan. Sambungkan lead penguji seperti Rajah 7.22 (E-E). Ulang tatacara bagi (L-L) dan (N-N). Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 Ohm.

x x x

TOPIK 7 PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

W 131

Rajah 7.13: Ujian Keterusan Talian Litar Akhir Gelang

(iii) Tatacara Ujian Keterusan Talian Hidup dan Neutral Alat uji: Jangka Ohm. Tujuan: Memastikan Keterusan Talian Hidup dan Neutral x x x x x x Suis utama, RCD dan MCB di litar-buka (Switch Off). Semua beban hendaklah ditanggalkan. Suis hendaklah di litar-tutup (Switch On). Fius atau pemutus litar akhir hendaklah tanggalkan dan di litartutup. Laksanakan ujian sebagaimana Rajah 7.23. Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 Ohm.

132 X

TOPIK 7

PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

Rajah 7.14: Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral

SEMAK KENDIRI 7.2 Ringkaskan ketiga-tiga tatacara ujian dalam ujian keterusan. .

(c)

Ujian Pembumian Pembumian ialah satu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan pendawaian elektrik dengan jisim am bumi. Ianya bagi mengadakan laluan mudah dengan galangan atau rintangan yang rendah ke bumi supaya sistem perlindungan beroperasi dengan berkesan. Tujuannya adalah untuk: x x x x x Keselamatan;. Sistem Perlindungan; Menghadkan voltan berlebihan; Mengadakan laluan nyahcas; dan Keperluan undang-undang dan peraturan.

TOPIK 7 PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

W 133

(i)

Pembumian Sistem x x x Mengasingkan sistem apabila berlaku kerosakan; Menghadkan beza upaya di antara pengalir yang tidak bertebat di sesuatu kawasan; dan Menghadkan berlakunya voltan berlebihan (over voltage) dalam keadaan yang berbeza.

(ii)

Pembumian Peralatan Pembumian peralatan dilakukan untuk memberi perlindungan kepada manusia. Jika suatu punca yang hidup menyentuh badan peralatan, tenaga elektrik akan mengalir ke bumi dan arus tidak akan mengalir melalui badan manusia atau pengguna. Ini disebabkan badan manusia mempunyai rintangan yang lebih tinggi berbanding dengan rintangan ke bumi.

(iii) Ujian Rintangan Elektrod Bumi Alat uji Penguji Rintangan Bumi (Earth Resistance Tester). Tujuan: x Mengetahui kesesuaian kedudukan elektrod yang ditanam, x x Memastikan elektrod yang ditanam itu tidak berada dalam kawasan rintangan bertindih dengan elektrod lain. Menguji rintangan elektrod bumi.

Kaedah pengujian: x x x Terminal E disambungkan ke elektrod yang hendak diuji (pengalir hijau). Terminal P disambungkan pada pancang voltan (spike potential) (pengalir kuning) dengan jarak 10 meter daripada elektrod bumi. Terminal C disambungkan pada pancang arus (spike current) (pengalir merah) pada jarak 20 meter daripada elektrod bumi. Rujuk Rajah 7.24.

134 X

TOPIK 7

PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

Rajah 7.15: Pengukuran rintangan elektrod bumi (iv) Tatacara Ujian Peranti Arus Baki Alat uji: RCD Tester / RCCB Tester. Tujuan: Memastikan Peranti Arus Baki (PAB) terpelantik dalam masa yang ditetapkan apabila berlaku kebocoran arus ke bumi. x Kaedah Pengujian 1 Menggunakan Butang Tekan Trip. Kaedahnya dengan menekan butang trip yang terdapat pada RCD tersebut, sama ada ia terpelantik atau tidak. Ujian ini tidak dapat menentukan kepekaan RCD dan masa yang diambil untuk ianya terpelantik. Kaedah Pengujian 2 Menggunakan Penguji RCD (RCD Tester). Alat ini lengkap dengan satu palam 13A yang boleh disambung kepada soket alir keluar 13A. Pilih kepekaan RCD supaya sama dengan kepekaan RCD yang hendak diuji, untuk menentukan sama ada RCD boleh terpelantik. Masa yang diambil untuk terpelantik mestilah tidak melebihi 40 milisaat.

TOPIK 7 PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

W 135

(v)

Tatacara menjalankan ujian: x x x Laraskan suis pilihan mengikut kepekaan RCD yang digunakan. Contohnya : 100 mA / 0.1 A Laraskan suis operasi kepada No Trip ( Rated mA = 50%), sambungkan palam 3 pin pada soket alir keluar 13 A. On soket alir keluar 13 A pastikan lampu P-N dan P-E menyala. Ini menunjukkan kekutuban adalah betul. (Nota : Sekiranya kedua-dua lampu di atas tidak menyala ujian tidak boleh diteruskan. Tekan butang uji bacaan menunjukkan tidak kurang daripada 200 milisaat dan pada masa yang sama, lampu test menyala dan lampu P-N dan P-E tidak menyala. Pada waktu ini RCD tidak akan terpelantik. Tukarkan suis pilihan kepada 1800 (gelombang +ve) ulang langkah (iv) dan (v). Ubah suis operasi kepada Trip (Rated mA = 100%). Tekan butang uji RCD akan terpelantik dan bacaan yang ditunjukkan mestilah tidak melebihi 200 milisaat. Tukarkan suis pilihan kepada 00 (gelombang -ve) Tekan butang uji RCD akan terpelantik dan bacaannya mestilah tidak melebihi 200 milisaat. Ujian di atas hendaklah dibuat berulang kali sehinggalah mendapat bacaan yang hampir tepat. Rekodkan keputusan ujian. Tukarkan suis operasi kepada Fast Trip dan tekang butang uji RCD akan terpelantik dalam masa tidak melebihi daripada 40 milisaat. Lakukan berulangkali pada 00 atau 1800. Keputusan ujian hendaklah sepertimana dalam jadual Jadual 7.3.

x x x x x x x x

x x

136 X

TOPIK 7

PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

Jadual 7.3: Jadual Ujian Masa Menggunakan Penguji RCD Bil 1 2 3 Kedudukan Suis Operasi Masa Kendalian >200 ms <200 ms <40 ms Keputusan Tidak Terpelantik Terpelantik Terpelantik

No Trip Trip Fast Trip

AKTIVITI 7.4 1. 2. Pada pendapat anda, apakah pembumian? Bincangkan. Ringkaskan tatacara: (a) (b) Rintangan Elektrod Bumi; dan Tatacara Ujian Peranti Arus Baki. tujuan mengadakan ujian

Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, mensyaratkan semua jenis pendawaian harus dijalankan oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Elektrik yang bertauliah. Bertauliah bermaksud, mempunyai kelulusan bertulis dari pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan. Pendawaian elektrik terdiri daripada kelengkapan elektrik seperti kabel, papan suis, suis utama, pemutus litar kenit (MCB) atau fius, pemutus litar arus baki (PAB/RCD), mata lampu, mata kuasa, penangkap kilat dan lainlain lekapan elektrik. Terdapat beberapa alat tambah (aksesori) dalam pemasangan elektrik. Antara yang paling banyak digunakan adalah palam 3 pin, soket alur keluar dan suis. Pemencil merupakan satu alat yang boleh memutuskan bekalan pengagihan kepada pengguna dengan membukakan sambungan kabel hidup dan neutral secara serentak.

x x

TOPIK 7 PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

W 137

Perlindungan arus lebih berfungsi untuk memutuskan litar bekalan dengan sendiri (automatik) apabila berlaku arus lebih (litar pintas dll) daripada yang dihadkan. Umumnya, pelindung arus lebih terbahagi kepada 3 iaitu: Fius; Pemutus litar (circuit breaker); dan Geganti (relay).

Kelengkapan peralatan ujian yang digunakan dalam membuat pemeriksaan dan pengujian talian pendawaian elektrik adalah meter pelbagai, penguji megger dan penguji RCCB. Sebelum tenaga elektrik di bekalkan ke pengguna, pengujian dilakukan ke atas talian pendawaian bagi memastikan pendawaian tersebut siap sedia menerima bekalan tenaga elektrik.

Fius Kabel Papan suis Pemencil (Isolator)

Pendawaian Pengujian Suis utama Soket

Electric Power Around The World. (2009). Retrieved July 12, 2009 from Kropla, S. (2009). Electric power and the world. http://kropla.com/electric2.htm Lawton, K. (2009). Installing metal conduit. Retrieved July 12, 2009 from http://www.rd.com/advice-and-know-how/stepbystep-pictures-andinstructions-to-install-surface-mounted-wiring-andconduit/article118209.html

138 X

TOPIK 7

PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN

RCCD tester. (2009). Retrieved July 12, 2009, from


http://www.scienscope.com.my/sm-rcd250.html Garis panduan pendawaian elektrik di bangunan kediaman. (2009). Retrieved July 12, 2009 from http://www.st.gov.my/