Anda di halaman 1dari 30

SEJARAH BONEKA Boneka berasal dari istilah Portugis boneca memang mainan menarik, apakah barbie atau dakocan.

Boneka di awal masa peradaban dulu berbeda fungsi dengan boneka zaman sekarang. Saat itu boneka lebih berfungsi religius. Beberapa yang di temukan di wilayah Prancis hingga selatan wilayah Uni soviet (dulu) diduga asalnya dari periode terakhir Paleotikum (+/- 40.000 SM). Karena wujudnya perempuan, di duga mereka reprentasi dewi kesuburan.Boneka patung itu di kenal dengan nama Venus. Yang terkenal Venus Willendorf, ditemukan di Willendorf, Jerman.

Banyak boneka antik digali dari kuburan, seperti boneka tanah liat bakar di pekuburan Mesir. Ada kepercayaan, boneka itu akan melayani roh si mati di akhirat nanti. Di Mesir di temukan pula jenis yang masih amat sederhana. Boneka dari masa 3000-2000 SM itu hanya berupa selempeng papan berbentuk seperti alas sandal jepit dengan permukaan di cat pola geometris. Barangkali karena bentuknya demikian itu ada yang menyebutnya boneka pedal.

Namun agaknya boneka sejak dulu sudah menarik perhatian banyak anak. Di lingkungan suku Indian Hopi misalnya. Meski berfungsi religius, boneka kachina mereka kadang di berika pada anak-anak untuk mainan. Boneka juga kadang ditemukan di kubur anak-anak Mesir. Boneka di kuburan Yunani dan Romawi dari tahun 300-200 SM malah memiliki engsel, sehingga tangan kakinya bisa digerakkan. Tidak di ketahui apakah mereka berfungsi sebagai benda religius atau cuma mainan.

Gadis-gadis Yunani menjelang menikah meninggalkan bonekanya di altar Artemis, Dewi Kesuburan, untuk menunjukkan mereka telah membuang kebiasaan kekanak-kanakan.Gadis Syria yang siap menikah menggantung boneka di jendela rumah. Di Afrika Selatan, antara Mfengu dan negara bagian Orange Free, calon pengantin mendapat boneka yang harus di simpan agar cepat punya anak. Setelah anak pertama lahir, ia menerima boneka lagi untuk memancing anak kedua. Namun di abad pertengahan (400-1500), sedikit sekali catatan mengenai boneka yang
1

di tenukan. Hanyalah boneka kain di pekuburan Koptik di Akhmim, Mesir, dari tahun 500-600-an.

Dulu boneka untuk orang dewasa dan anak-anak sama bentuk dan dandanannya. Ini karena kala itu anak-anak masih di anggap sekedar miniatur orang dewasa. Ia diharapkan sudah bersikap dewasa. Baru pada tahun 1700-an, boneka khusus untuk mainan anak-anak muncul. Belakangan, muncul pula boneka bayi yang lahir tahun 1850.

Kemajuan mekanis yang membuat boneka semakin hidup di awali oleh temuan temuan abad XIX. Mata merem dengan bantuan kawat di temukan tahun 1810>boneka bisa mengucapmama-papa di tahun 1830. Bahkan di tahun 1889 Thomas A. Edison membuat boneka yang bisa bernyanyi karena di lengkapi gramafon mini. Tahun 1862, boneka mulai bisa berjalan, meski terus disempurnakan hingga tahun 1950-an. Bahannya pun beragam, mulai dari kayu, porselin, lilin, kertas, hingga muncul boneka plastik tahun 1940-an.

Kalau kita ingin meniti kembali perjalanan boneka, di museum bonekalah tempatnya. Disana di pamerkan berbagai jenis boneka yang pernah ada di muka bumi. Yang terkenal antara lain Bethnal Green Museum di London dan Musee Carnavalet di Paris. Dan juga museum Nasional Jerman di Nurnberg dan museum Mainan Jerman di Sonneberg. Kedua kota memang punya sejarah sebagi pusat pembuat boneka.

Boneka Di Barat Di Barat, boneka telah dijadikan permainan kanak-kanak semenjak abad ke 15 iaitu di Kota Nurembergm, Augsburg, dan Sonnneberg Jerman. Boeka tersebut diperbuat daripada kayu, lilin, dan tanah liat yang dipakaikan dengan pakaian bagi menggambarkan wanita di zaman itu. Sementara di British, Perancis, Itali, dan Belanda, membuat pakaian khas mengikut daerah bagi boneka daripada jenis yang sama. Boneka-boneka ini biasanya dijual sebagai cenderahati.

Belanda kemudiannya, telah maju setapak dengan mencipta mata boneka yang diperbuat daaripada kaca dan dapat digerak-gerakkan menjadikannya lebih hidup. Pada tahun 1675, penciptaan boneka maju setapak lagi dengan mengenakan rambut sebagaimana boneka hari ini. Pembuatan boneka mengorak maju apabila sebuah

kilang telah Berjaya mencipta boneka yang dapat menangis pada 1710, manakala boneka yabg dapat berjalan pada 1735. Amerika telah Berjaya muncul sebagai Negara pengeluar boneka terbesar di dunia pada akhir perang dunia pertama. Antara tahun 1925 dan 1941 industri pembuatan boneka akhirnya telah Berjaya mencipta boneka yang hampir sama dengan objek yang ditirunya iaitu dengan mengenakan mata yang dapat mengerdip lengkap dengan bulu matanya, mulut yang dapat dibuka hingga memperlihatkan barisan giginya dan terdapat juga boneka yang dapat makan dan minum sendiri. Boneka Di Malaysia Suatu ketika dahulu, penggunaan boneka di Malaysia lebih kepada bentuk pemujaan, namun tidak dapat dinafikan boneka juga adalah merupakan alat mainan yang sangat popular di kalangan kanak-kanak, namun kedapatan juga yang dijadikan hiasan atau sebagai koleksi orang dewasa. Boneka seringkali dijadikan hadiah atau cenderahati kepada kanak-kanak terutamanya pada majlis hari jadi. Ia merupakan satu alat mainan yanag digemari oleh kanak-kanak semua bangsa di Malaysia. Terdapat banyak boneka yang hampir menyerupai menusia sehingga kedapatan kanak-kanak yang menjadikan boneka teman mereka. Boneka sebenarnya bukan saja menjadi barang mainan kanak-kanak, malah juga turut menjadi kegemaran sebahagian orang dewasa. Boneka dijual secara meluas di kedai-kedai alatan permainan dalam berbagai bentuk dan rupa, samada dalam bentuk manusia atau haiwan. Boneka yang terdapat di Negara ini diperbuat daripada pelbagai bahan misalnya, kayu, plastic, kapas, kertas, kain dan seumpamanya.

PENGENALAN.

Seluruh dunia menggunakan boneka dalam bercerita, menyampaikan mesej serta hiburan.Boneka mempunyai nilai-nilai estetikanya yang tersendiri.Namun ia memerlukan manusia untuk menghidupkan atau menggerakkan wataknya dalam menyampaikan informasi kepada penonton sekaligus membawa mereka ke dalam dunia fantasi atau situasi sebenar sesuatu cerita. Boneka ialah benda bukan hidup atau figura berupa manusia, haiwan atau apaapa jenis benda lain yang dianimasikan atau dimanipulasi oleh sekurang-kurang seorang dalang untuk dipersembahkan dalam teater, filem atau televisyen.Boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digeraklakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej.Pelbagai objek boleh dijadikan boneka sekiranya objek tersebut digerakkan oleh pemain.Semasa menggerakkan boneka itu, pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain aksi boneka tanpa suara. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka digunakan untiuk

menyampaikan cerita agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya menarik perhatian kanak-kanak. Di samping itu permainan boneka dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi , melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, meransang daya imaginasi dan menggalakkan kerjasama dalam kumpulan.. Jackman (1977) berpendapat boneka adalah salah satu cara yang menghiburkan dan dapat menarik minat kanak-kanak ke arah pemikiran kreatif dan imaginatif. Menurutnya lagi, penggunaan boneka afektif, kognitif dan fizikal. Nillie Mc Caslin (1984) pula menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasana yang lebih menyeronokkan, menarik minat, seterusnya dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar. dapat membantu perkembangan kemahiran

Boneka sesuai digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan.Pendengar iaitu kanakkanak akan dapat menghayati dan memahami sesebuah penyampaian dengan

khusyuk di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Melalui permainan boneka juga kanak-kanak akan merasa seronok kerana

mereka dapat meluahkan apa yang terpendam dalam diri mereka dan ini akan menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif.Mereka juga tidak akan rasa segan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan oleh guru. Penggunaan boneka memberikan kesan yang cukup baik ke arah pendedahan kanak-kanak untuk berkomunikasi,melahirkan idea kreatif dalam penciptaan sebenar serta merangsang daya imaginasi.Selain itu, boneka juga dapat memberi pengalaman kepada kanakkanak belajar secara berkumpulan, bekerjasama dan berkongsi pengalaman. Eve-Marie Arce dalam bukunya Curriculum for Young Chidren-An Introduction menyatakan bahawa , boneka adalah sesuatu yang unik. Ia boleh digunakan oleh guru untuk menyalurkan emosi kanak-kanak,kreativiti dan juga menyelesaikan masalah atau kebimbangan mereka. Kanak-kanak mampu menghasilkan boneka mereka sendiri dengan bantuan daripada guru.Pelbagai bahan boleh digunakan untuk menghasilkan boneka sama ada bahan-bahan terpakai, bahan semulajadi dan juga bahan-bahan yang ada kaitan dengan sesuatu pembelajaran.Bahan-bahan terpakai adalah seperti penutup botol minuman, batang aiskrim,bekas dadih, pnggan kertas, stoking lama dan pelbagai lagi.Bahan semulajadi pula seperti daun, batu kecil, ranting, akar pokok, kulit pokok dan bunga manakala bahan-bahan yang berkaitan dengan pembelajaran pula seperti bulu burung yang dikaitkan dengan sains dan lain-lain yang sesuai. Kebiasaannya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang tetapi juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak,situasi dan ceritacerita tertentu.Ketika boneka digerakkan,muzik latar, suara ataupun bunyi bunyian

dimainkan bagi mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri atau sekumpulan kanak-kanak.

DEFINISI BONEKA

Boneka

adalah

merupakan

sebagai

sebarang

benda

objek

yang

digerak,lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpasebarang sebarang dialog. Selain itu, menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yang menyerupai orang: atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula, mentakrifkan boneka

adalah anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan tali atau dengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya. Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas pula, boneka berasal daripada perkataan Portugis iaitu boneca yang bermaksud sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam terutamanya manusia atau haiwan serta tokoh-tokoh fiksi.

JENIS JENIS BONEKA

Terdapat berbagai jenis boneka yang sering digunakan antaranya:1. Boneka Jari 2. Boneka Tongkat 3. Boneka sarung tangan 4. Boneka Wayang Kulit 5. Boneka pinggan kertas 6. Boneka Beg Kertas 7. Boneka Lidi dan 8. Boneka Sudu

1. Boneka Sarung Tangan / Jari. Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. Setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Contohnya: ulat, serangga dll.

Contoh gambar boneka sarung tangan/jari.

2. Boneka Lidi Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka
8

dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.

3. BONEKA WAYANG KULIT Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halusdiletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin.Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang biasanya dimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya ialah wayang kulit.

Contoh boneka wayang kulit.

4. Boneka Tongkat Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut yang bertujuaan untuk menyokongnya. Boneka ini menggunakan konsep wayang. Seperti contoh

rama-rama dan bunga.

Contoh boneka tongkat.

5. Boneka Bertali Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagianbahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditariktarik untuk membuat angota angooota badan itu bergerak. Contohnya robot dan orang.

Contoh boneka bertali.

6. Boneka Beg Kertas. Boneka ini diperbuat daripada beg kertas. Tangan dimasukkan ke dalam beg kertas. Sama seperti boneka tangan cuma pergerakan boneka ini agak terbatas. Contoh: beruang dan rambutan.

Contoh boneka beg kertas

7. Boneka pinggan kertas. Boneka ini diperbuat daripa pinggan kertas. Pinggan kertas boleh diubahsuai mengikut cerita. Contohnya mulut harimau, ular dan lain-lain.

Contoh boneka kertas.

10

8. Boneka penuh. Sejenis boneka yang lengkap iaitu mempunyai kaki, tangan, kepala dan sebaginya seperti patung beruang, patung Barbie, patung arnab dan sebagainya.

Contoh boneka penuh.

9. Boneka tangan. Boneka ini seperti boneka jari. Untuk menggerakkan boneka ini, kita hendaklah memasukkan tangan kedalam boneka. Contoh boneka tangan adalah itik, ayam dan kucing.

Contoh boneka tangan.

11

Kepentingan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran Kanak-kanak dapat mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan serta meluaskan perbendaharaan kata. Mengguna dan memperkukuhkan kemahiran mendengar dan bertutur melalui pengalaman sebenar yang mengembirakan. Mempercepat dan mempermudahkan pemahaman kenak-kanak terhadap sesuatu peristiwa ataupun cerita. Memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi secara berkesan. Memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman. Melahir rasa seronok dan mengekalkan minat untuk belajar. Meredakan tekanan dalam diri kanak-kanak

12

TUGASAN BONEKA. Pada tugasan kali ini, kumpulan kami telah memilih satu boneka untuk dijadikan sebagai tugasan iaitu kami telah memilih untuk membuat boneka jenis boneka tongkat. Ia sangat bersesuaikan dengan skrip yang telah kami reka. Kami telah mereka kisah kehidupan haiwan yang berada di hutan. Dalam tugasan ini,kami telah memilih cerita yang bertajuk siapa si pengawal rimba. Watak-watak untuk cerita ini sebenarnya banyak,ianya adalah watak Sang Gajah,Sang Belang,Sang Burung,Sang Kancil,Sang monyet,Sang Rusa, dan juga Sang Arnab. Namun,kami hanya memilih hanya empat sahaja watak penting untuk kami lakonkan. Ianya adalah Sang Gajah,Sang Kancil,Sang Burung dan juga Sang Belang.

13

Watak : Sang Gajah

Contoh boneka gajah

Proses membuat boneka tangan (Sang Gajah)

1. Sediakan bahan-bahan untuk membuat boneka. Bahan-bahannya adalah seperti berikut: Tali Gam Benang dan jarum jahit Kain felt Pencucuk satay Gunting Pisau

14

Bahan membuat boneka

2. Lakarkan rupa bentuk gajah di atas kertas A4. Dan seterusnya dipindahkan ke atas kain felt untuk digunting.

15

3. Guntingkan kain felt mengikut bentuk gajah yang telah dilukis.

4. Buatkan lubang pada kain felt yang telah digunting bagi memudahkan untuk menjahit.

16

5. Jahitkan sisi kain tersebut menggunakan tali. Sehingga habis.

6. Tampalkan bahagian-bahagian lain pada bentuk gajah yang telah dijahit seperti bahagian mata,belalai dan juga telinga.

7. Masukkan kapas dan seterusnya pasang pencucuk satay kemudian jahitkan.

17

Boneka yang telah siap

18

REFLEKSI Alhamdulillah,pertama sekali saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurniaNya akhirnya saya Berjaya menyiapkan tugasan WAJ 3107 Seni Dalam Pendidikan yang mengkehendaki kami untuk membuat boneka untuk dipersembahkan dalam bentuk lakonan. Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah,Encik Johar bin Jonid kerana telah juga membantu kami dari segi member tunjuk ajar cara dan apa yang perlu dibuat bagi melaksanakan tugasan ini. Dalam tugasan ini,ia merangkumi dua sub-tugasan. Ianya adalah tugasan secara individu dan juga berkumpulan. Dalam berkumpulan,saya melaksanakannya bersama-sama dengan saudara Izzat,Azam dan juga Farhan. Tugasannya adalah membuat skrip,papan cerita dan seterusnya dilakonkan di dalam kelas. Manakala untuk tugasan individu pula,tugasannya berbentuk membuat boneka yang mewakili watak dalam skrip yang telah dibuat. Dalam tugasan ini,saya menghadapi beberapa kesukaran. Antaranya adalah sememangnya masalah kekangan masa. Jadual yang padat pada semester ini tambahan lagi pada bulan ramadhan,adalah sukar untuk melaksanakannya dengan lancar. Malah atas sebab bertukar soalan tugasan juga telah membuatkan saya keliru sementara. Namun,atas komitmen,saya berusaha untuk mengatur jadual bagi memperolehi masa untuk melaksanakan tugasan ini. Dalam tugasan berkumpulan,kami mencari bahan yang sesuai di perpustakaan di institut. Kami telah menjumpai sebuah buku cerita kanak-kanak dan ia amat sesuai untuk kami jadikan cerita yang digunakan untuk dipersembahkan di kelas nanti. Namun,dalam cerita tersebut,wataknya adalah lebih dari empat. Jadi,saya sendiri telah mengambil inisiatif saya sendiri untuk mengubah serba sedikit jalan ceritanya. Dalam tugasan berkumpulan ini juga,saya telah banyak mengubah jalan cerita dan juga watak. Selain itu saya juga telah melaksanakan proses melukis papan cerita serta mewarnanya. Dalam tugasan ini,ia serba sedikit telah membantu saya dalam memahirkan kemahiran saya dari segi melukis dan juga mewarna seperti mana yang saya suka lakukan ketika berada pada zaman persekolahan dahulu. Adalah amat
19

memenatkan juga apabila saya melaksanakannya kerana atas sebab rakan sekumpulan saya tidak pandai untuk melukis. Namun,saya telah bahagikan mereka untuk membuat pentas untuk lakonan cerita ini. Dalam tugasan individu pula,saya telah membuat boneka ini bersama-sama rakan sekumpulan. Mulanya saya kehilangan punca idea untuk membuatnya. Setelah saya memerhati rakan-rakan saya membuat boneka mereka sendiri,saya mula mempunyai idea untuk membuatnya. Alhamdulillah,segala bahan yang perlukan mudah didapati dan ia tidak menyukarkan saya untuk menyiapkannya. Dalam tugasan ini juga,saya telah mempelajari beberapa perkara berdasarkan subjek ini. Ianya adalah saya telah mempelajari bahawa amat penting seni dalam pengajaran. Kerana ia boleh membuatkan sesi pengajaran kita Nampak kreatif dan juga menyeronokkan. Murid lebih berminat untuk belajar jikalau isi

pembelajarannya ada unsur-unsur didik hibur seperti lakonan. Kemahiran seni juga amat penting,kerana tahap kreativiti yang tinggi mampu mencipta bahan bantu mengajar yang baik boleh membezakan kita sebagai seorang guru yang kreatif dan inovatif. Sementara itu,unsur muzik juga memainkan peranan penting bagi menaikkan semangat pelajar untuk mengambil perhatian semasa sesi pengajaran berlangsung. Selain itu juga,saya telah mempelajari tentang salasilah boneka. Boneka merupakan bahan bantu mengajar yang amat popular bagi guru. Ianya adlah kerana boneka amat senang didapati,dan ianya juga mudah dibuat. Boneka mempunyai beberapa jenis. Boneka yang paling senang dibuat adalah boneka tongkat. Akhir sekali,saya berharap agar ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi ini boleh saya gunakan semasa saya menjalani praktikum ataupun semasa saya sudah menjadi seorang guru suatu hari kelak. Sekian.

20

RUJUKAN. 1. Boneka : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boneka 2. Sosial Riadah dan Kreativiti: http://epkhas.ses.usm.my/category/bidang/sosial-riadah-dankreativiti/pendidikan-seni?page=3 3. Seni Boneka Presekolah: http://www.slideshare.net/nurulanwar/seni-boneka-prasekolah 4. Kamus Dewan Edisi Keempat. 5. Nota Literasi Bahasa: http://notapismp.blogspot.com/seacrh//label/notaliterasibahasa 6. Panggung Boneka: Http://www.panggungboneka.net/panggung-boneka 7. Panggung Boneka: Http://www.cumilcumil.com/2011/12/panggung-boneka-cumil.html

21

22

SKRIP Siapa Si Pengawal Rimba


Watak :Ismawi Izzat Aiman Muhd Azam Anuar Muhamad Farhan : Sang Gajah : Sang Burung : Sang Kancil : Si Belang

Babak 1 ( audio: bunyi suasana di dalam hutan-burung berkicauan dan cenkerik ) Di sebuah rimba terdapat sekumpulan haiwan yang hidup dengan aman damai dan saling tolong - menolong, tetapi terdapat juga seekor gajah yang suka meminggirkan dirinya. Sang Gajah hidup bersendirian di hujung rimba. Sang Gajah tidak suka berkawan dengan binatang binatang yang lain.

Gajah

: Hmm. Aku besar, gagah dan hebat. Adalah tidak mustahil untuk aku hidup bersendirian.

Kata Sang Gajah lagi. Gajah : Walaupun aku bersendirian, aku mampu hidup sendiri dan tiada siapa yang mampu untuk menggugat hidupku disini. Tiada sebab untukku perlukan
23

bantuan haiwan lain.

Namun , di kaki bukit pula tinggal sekawan binatang iaitu Sang Rusa, Sang Arnab, Sang Kancil dan Sang Burung. Mereka hidup dengan aman dan damai serta hidup saling tolong menolong antara satu sama lain. Namun kini, semenjak kehadiran Sang Belang di kaki bukit itu, mereka sentiasa hidup dalam ketakutan. Pada suatu hari, mereka bersemangat dan bersepakat untuk meminta bantuan Sang Gajah.

Kancil

: Wahai sahabatku sekalian, melihat kepada masalah kita sekarang, kita harus mencari jalan penyelesaiannya secepat mungkin.

Burung : Betul tu Sang Kancil. Kami sudah tak mampu untuk hidup ketakutan seperti ini. Lebih baik engkau fikirkan jalan penyelesaiannya bagi masalah ini. Betul tak kawan kawan sekalian?.... Kancil : Hmm. Saya rasa saya ada idea

Burung : Apa idea kamu Sang Kancil ? Kancil : Hmm.beginikita bersepakat meminta bantuan Sang Gajah. Kita semua kecil. Hanya Sang Gajah seekor sahaja yang berupaya untuk membantu kita mengusir Sang Belang itu. Burung : Betul juga tu Sang Kancil. Esok saya akan pergi berjumpa dengan Sang Gajah untuk menyuarakan idea Sang Kancil ini.

24

Babak 2 ( audio: bunyi suasana di dalam hutan-burung berkicauan dan cenkerik ) Maka, keesokan harinya, Sang Burung bertemankan haiwan lain untuk menemui Sang Gajah di hujung rimba. Lalu Sang Burung memberitahu rancangan mereka itu kepada Sang Gajah.

Burung : Wahai Sang Gajah, saya mewakili rakan rakan sekalian ada membawa Hajat besar kepada Sang Gajah. Diharapkan Sang Gajah boleh membantu. Gajah : Hajat.? Hajat apa Sang Burung?

Burung : Begini.Semenjak dua menjak ni, kehadiran Si Belang telah membuat kami hidup ketakutan. Setelah bermesyuarat, Sang Kancil ingin Sang Gajah untuk membantu kami. Sang Gajah kan besar, kuat dan gagah. Sang Gajah boleh menjadi pengawal di rimba ini.

Sang Gajah menolak rancangan itu kerana Sang Gajah berpegang pada prinsipnya, semakin ramai kawan, semakin bertambahlah musuhnya.

Namun, setelah dipujuk rayu oleh Sang Belang, akhirnya Sang Gajah bersetuju untuk menolong mereka. Burung : Tolonglah Sang Gajah. Hanya kamu sahaja yang boleh membantu kami. Kami kecil dan lemah. Kami tidak mampu untuk mengatasi Sang Belang. Gajah : Hmm. Biar saya fikirkan dahulu..hmm. Pengawal rimba ya??..hmm.

25

Burung : Tak apa Sang Gajah. Fikirlah. Tetapi kami mengharapkan pertolongan dari Sang Gajah. Gajah : Hmm. Baiklah Sang Burung. Aku akan tolong kalian.

Babak 3 ( audio: bunyi suasana di dalam hutan-burung berkicauan dan cenkerik,bunyi deraian air sungai ) Sesampainya di kaki bukit itu, mereka terus berbincang dan membuat beberapa pelantikan jawatan sambil dipengerusikan oleh Sang Kancil. Setelah dipersetujui, Sang Kancil dipilih sebagai ketua kerana atas kebijaksanaannya. Sang Burung pula sebagai pegawai pengintip, Sang Gajah sebagai pengawal dan haiwan-haiwan lain juga diberikan tugas juga. Kancil : Wahai Sang Gajah. Kami semua bersetuju melantik kamu sebagai ketua pengawal rimba. Adakah kamu setuju? Gajah Kancil : Baiklah Sang Kancil. Aku setuju. Aku akan membantu kalian. : Terima kasih Sang Gajah.

Babak 4 ( audio : suasana sunyi,hanya bunyi cengkerik yang kedengaran ) Sejak itu, mereka sentiasa bersedia untuk menyerang Sang Belang. Tidak lama kemudian, Sang Burung iaitu pegawai pengintip memberitahu akan kedatangan Sang Belang kepada Sang Gajah.

Burung

: Kawan-kawan sekalian. Sang Belang sedang menuju ke sini.

26

Kancil

: Hah! Baiklah. Kawan-kawan sekalian. Sila bersedia di kawasan masingmasing. Sang Gajah..bersedia ya..

Gajah

: Baiklah.

( audio : bunyian yang rancak dan mendebarkan ) Tanpa berlengah lagi, Sang Kancil mengarahkan kawan-kawannya menyerang Sang Belang. Serangan itu diketuai oleh Sang Gajah.

Belang

: Ha Ha Ha!!! Wahai haiwan di rimba ini, dimana kalian semua? Aku lapar. Aku ingin makan kalian.

Belang

: Hmm. Pelik. Di mana mereka ya? Biasanya ada di sini.

Sang Belang terus mencari. Sang Belang sangat terperanjat, terus berlari ketakutan kerana Sang Belang pasti akan mati dipijak Sang Gajah. Akhirnya Sang Belang ditangkap oleh Sang gajah. Sang Gajah meminta Sang Belang untuk meninggalkan kawasan tersebut.

Gajah

: Hoi Sang Belang. Aku selaku ketua pengawal di sini, inginkan kamu segera tinggalkan kawasan ini dengan segera. Kamu telah menggugat kedamaian di sini.

Belang : Ampunkan aku Sang Gajahampunkan aku. Baiklah, aku setuju. Aku berjanji aku akan tinggalkan rimba ini. Aku tidak akan mengganggu kehidupan haiwan

27

di rimba ini lagi. Maafkan aku Sang Gajah. Tolong lepaskan aku. Gajah : Baiklah. Aku harap, kau pegang akan janji janji kau Si Belang. Belang : Terima kasih Sang Gajah. Baiklah, aku janji.

( audio : suasana tenang,burung-burung berkicauan ) Maka, Si Belang pun telah dilepaskan dan terus menghilangkan diri dari rimba ini. Kini, kehidupan Sang Kancil dan kawan kawannya kembali seperti sedia kala. Sang Gajah pula kini sudah tidak lagi hidup bersendirian. Dan kini, Sang Gajah mendapat ramai kawan serta hidup dengan aman damai. Tamat.

28

papan cerita

29

Boneka dan pentas

Bersama-sama dengan boneka masing-masing

30

Anda mungkin juga menyukai