Anda di halaman 1dari 23

ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

HALAMAN PENGAKUAN














Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

ISI KANDUNGAN


BIL ISI KANDUNGAN M/S
1 HALAMAN PENGAKUAN
2 ISI KANDUNGAN
3 PENGHARGAAN
4 KEMUKJIZATAN AL-QURAN
PENGERTIAN KEMUKJIZATAN AL-QURAN
PEMBAHAGIAN KEMUKJIZATAN AL-QURAN

5 HADITH PALSU DAN IMPLIKASINYA
PENGERTIAN
LANGKAH MENGELAKKAN BERAMAL DENGAN HADIS
PALSU
CARA UNTUK KEPERKASAAN, KEWIBAWAAN, DAN
KEFUNGSIAN INSTITUSI HADIS SEBAGAI SUMBER SYARIAT
KEDUA

6 LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
7 REFLEKSI
8 BIBLIOGRAFI
9 LAMPIRAN





ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan
rahmat-Nya kami sekumpulan berjaya menyiapkan kerja kursus yang diberi dengan
jayanya. Walaupun ketika dalam proses penyempurnaan kerja kursus ini kami
mendapat banyak cabaran, namun kami berjaya mengatasinya dengan berjaya.
Jutaan terima kasih di ucapkan kepada pensyarah bimbingan kami bagi subjek
Ulum Al-Quran dan Ulum Hadis, Ustaz Firdaus Bin Abdullah kerana telah banyak
memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kumpulan kami mengenai tugasan yang
diberi. Jasamu tidak akan dapat dibalas oleh kami sekumpulan
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang turut sedikit sebanyak membantu saya
menyiapkan tugasan ini dengan idea dan cadangan yang cukup bernas.Terima kasih
juga kepada sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung atupun tidak
dalam membantu kami menyiapkan dan menyempurnakan tugasan ini.













ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

KEMUKJIZATAN AL-QURAN
PENGERTIAN KEMUKJIZATAN AL-QURAN
Al-Quran merupakan kalamullah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad melalui malaikat Jibril secara mutawatir dalam bahasa Arab dan
membacanya adalah suatu ibadah. Al-quran telah diturunkan untuk umat seluruh alam
dan sesiapa sahaja yang mengikut apa-apa yang terkandung dalamnya akan mendapat
kejayaan. Al-quran juga meliputi semua aspek kehidupan sama ada dari segi dunia dan
akhirat.
Selain kitab suci Al-Quran, Allah SWT juga telah menurunkan beberapa kitab
yang lain iaitu Zabur, Taurat dan Injil. Kitab Al-quran berbeza dengan kitab samawi
yang lain iaitu Zabur, Taurat dan Injil. Di dalam kitab Al-Quran terdapat 114 surah dan
29 surah daripada 114 surah tersebut bermula dengan huruf al-muqaththaah
(potongan-potongan huruf dalam Al-Quran) seperti alif-lam-mim, berbeza dengan kitab
samawi yang lain tidak terdapat potongan huruf tersebut. Al-Quran terpelihara sampai
akhir zaman, sedangkan kitab samawi yang lain hanya berlaku pada masa dahulu
sahaja.
Dari segi bahasa perkataan mukjizat berasal daripada perkataan ijaz yang
diambil daripada kata kerja ajaza-ijaza yang bermaksud melemahkan atau menjadikan
tidak mampu. Manakala dari segi istilah pula ialah sesuatu yang luar biasa yang dapat
melemahkan manusia dan diluar kemampuan serta tidak mampu dilakukan oleh mana-
mana manusia pun.
Selain itu, mukjizat juga boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang luar biasa
yang dianugerahkan oleh Allah melalui para nabi dan rasul sebagai bukti kenabian dan
kerasulan. Menurut Imam Jalaludin al-Sayuti, mukjizat adalah suatu hal atau peristiwa
luar biasa yang disertai halangan dan tidak ada orang biasa yang sanggup menghadapi
halangan itu.
Menurut Sheikh Mannan al Qattan, mukjizat ialah membuktikan kebenaran nabi
dalam pengakuannya sebagai seorang Rasul, dengan membuktikan kelemahan orang-
ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

orang Arab jahiliyah yang menentang kemukjizatan al-quran
1
. Menurut Quraish Shihab
dalam bukunya yang berjudul Mukjizat Al-Quran, adalah kejadian luar biasa yang
dimkasudkan ialah sesuatu yang berada di luar jangkauan sebab dan akibat yang
terdapat secara umum pada hukum alam.
2

Selain itu, kemukjizatan Al-quran ialah kelemahan manusia untuk mendatangkan
sesuatu yang sejenis dengan Al-quran dan sebagai bukti kitab ini ialah kitab yang Haq
dan Rasul iaitu Nabi Muhammad SAW adalah rasul yang benar yang diutuskan oleh
Allah SWT. Bukan bermaksud kemukjizatan itu melemahkan. Bahkan ia bermaksud
mencabar manusia namun mereka tidak mencapai kemampuan tersebut.
Dalam kemukjizatan Al-quran mengandungi beberapa aspek iaitu bermukjizat
dengan tahap ketinggian balaghah yang tiada tolok bandingnya. Kemudian
pemberitaannya mengenai alam ghaib yang akan datang dan tidak dapat diketahui
melainkan melalui wahyu. Al quran itu mukjizat kerana terkandung pelbagai ilmu dan
hikmah yang meliputi seluruh aspek kehidupan kita.
Secara kesimpulannya, mukjizat adalah sebuah peristiwa atau perkara luar biasa
yang hadir seiring dengan cabaran dan tidak mampu dilawan dan ditandingi oleh
sesiapapun. Al- Quran mencabar orang-orang Arab dan mereka tidak pula mampu
menentang walaupun mereka merupakan orang yang fasih dalam bahsa arab. Ini
sekaligus membuktikan kemukjizatan al-quran.
PEMBAHAGIAN KEMUKJIZATAN AL-QURAN
Kemukjizatan Al-quran boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah
Al-quran akan sentiasa dijamin oleh Allah daripada ditokok tambah atau dikurangkan
kandungan di dalamya untuk dijadikan pedoman dan panduan umat manusia
sehinggalah hari kiamat. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hijr ayat 9:

1
ANWAR ROSIHAN Drs, M.Ag Ulumul Quran. 2004. Bandung. Pustaka Setia
2
ANWAR ROSIHAN Drs, M.Ag Ulumul Quran. 2004. Bandung. Pustaka Setia
ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

^^) }^4 4L^EO4^
4O^g]~.- ^^)4 +O
4pOOgO4O ^_
Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang
memelihara dan menjaganya.

Ayat ini menunjukkan bahawa Al-quran itu akan sentiasa dijaga dan dipelihara oleh
Allah, Tuhan sekalian Alam. Allah SWT akan memelihara sehingga hari kiamat.
Kemukjizatan Al-Quran boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu Al-Ijaz Al-
Bayani (Kemukjizatan dari segi Bahasa), Al-Ijaz Al-Ilmi(Kemukjizatan dari segi Sains),
Al-Ijaz At-Tashrii (Kemukjizatan dari segi Perundangan), Al-Ijaz Al-Ghaybi
(Kemukjizatan dari segi Perkara Ghaib).
3


Rajah 1 : pembahagian kemukjizatan Al-quran

3
Muhammad Ali Ash-Shabuni, At-Tibyan Fi Ulum Al-Quran, Maktabah Al-Ghazali, Damaskus,1390
Al-I'jaz al-bayani
Al-i'jaz Al-ilmi
Al-i'jaz At-tahsri'
Al-i'jaz Al-ghaybi
kemukjizatan
Alquran
ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

Al-Ijaz Al-Bayani (Kemukjizatan dari segi Bahasa)
Al-ijaz Al-bayani ialah kemukjizatan dari segi bahasa. Bahasa amat penting
dalam komunikasi sehingga bahasa yang baik akan menjadikan kita memahami
kehendak seseorang.
Kehebatan bahasa yang digunakan dalam al-quran begitu hebat dan tinggi
sehingga orang arab sendiri kagum dengan bahasa yang terlalu indah dan tinggi dalam
Al-quran. Ahli-ahli sastera arab pun tunduk mengalah dengan kehebatan dan
keindahan bahasa yang terdapat dalam Al-quran.
Bahasa yang dikandung oleh al-Quran tidak mampu ditandingi dan bahasa itu
tidak pula terkeluar dari gaya bahasa kalam mereka. Setiap manusia memfokuskan
perhatiannya pada al-Quran, ia tentu akan mengenalpasti rahsia-rahsia kemukjizatan
aspek bahasanya tersebut. Kemukjizatan melalui keindahan bunyi melalui nada huruf-
hurufnya ketika diperdengarkan harakat dan sukunnya, madd dan ghunnahnya, fasilah
dan maqtanya, sehingga telinga tidak pernah merasa bosan, bahkan ingin senantiasa
terus mendengarnya. Buktinya hingga kini tiada sesiapapu pun mampu untuk mencabar
al-Quran. Allah berfirman dalam Al-quran:
~ '- geEE4-;_- ^e"-
O}^-4 -O>4N p W-O>4C
uVg) -EOE- p-47O^-
4pO>4C g)-u1g) O4
]~E gO^u4 *u4lg
-LOO)_ ^gg
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan
jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan
Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding
dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri. (Al-Isra,88)
ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

Selain itu, orang arab gagal menandingi ayat-ayat al-Quran seperti dalam firman
Allah :
E 4pNO+E44C
4p-47O^- _ O4 4p~E ;}g`
gLgN )OOEN *.- W-E}4O
gO1g LUgu=- -LOOg1 ^gg
Maksudnya: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-
Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan
dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. (An-nisa ayat 82)
Keindahan bahasa Al-Quran sangat menarik perhatian orang Arab pada zaman
dahulu sehingga ramai cerdik pandai ingin mendatangkan seumpamanya, namun tetap
menemui kegagalan. Sebagai contoh, seorang sasterawan terkenal pada masa itu iaitu
Al-Walid Bin Mugirah tertarik dengan dan terpesona apabila mendengar nabi membaca
Al-Quran dengan katanya:

Demi Allah! Perkataan tersebut bukan Syair, bukan Sihir. Bukan Kahanah (Mentera
yang biasa dibaca oleh Dukun.)
Inilah merupakan tanda kemukjizatan Al-quran dari sudut bahasa yang
membuktikan kebenaran Al-quran dan kehebatannya dapat dilihat dari sudut pemilihan
kata, kalimah dan hubungan antara keduanya, kesan fonologi terhadap nada dan irama
dan lain-lain.
Al-Ijaz Al-Ilmi(Kemukjizatan dari segi Sains),
Al-Ijaz Al-ilmi ialah kemukjizatan dari segi sains. Bukan bermaksud ilmu sains
mendahului Al-quran. Akan tetapi, penemuan sains telah wujud di dalam al-quran. Al-
quran terlebih dahulu menceritakan perkara tersebut sebelum ditemui oleh ahli-ahli
ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

sains. Mereka telah banyak meneroka alam semesta ini dengan penemuan-penemuan
baru. Akan tetapi hakikatnya mereka tidak sedari sebenarnya semua perkara tersebut
terkandung dalam al-Quran. Tidak ada satupun kitab-kitab terdahulu di dunia memberi
jaminan seperti al-Quran. Allah berfirman:
_ ............ ElgEOE N_E+^
ge4CE- Og 4pNOO:E4-4C
^gj
Maksudnya: ........Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu
persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).
(surah Yunus ayat 24)
Dalam ayat ini menjelaskan bahawa Allah menjadikan al-Quran agar kita
mengkaji seberapa banyak untuk melahirkan umat yang mampu menjana kemajuan
berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Terdapat beberapa contoh dimana teori-teori sains
sudah wujud dalam al-Quran sejak dahulu.

Permulaan kepada alam diceritakan dalam al-Quran:
4 4O4C 4g~-.-
W-NOEE Ep g4OEOO-
4O-4 44^~ L^>4O
E_E4^4E W E4UEE_4
=}g` g7.E^- E7 7/E*
]/E W E 4pONLg`uNC ^@
Maksudnya: Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa
sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang
ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda
yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (surah Anbiya ayat 30)
Syeikh Tantawi Jauhari dalam kitabnya yang terkenal Al-Jawahi yang ditulisnya
sekitar tahun 1920-1930, telah menyebutkan: Apa yang telah dijelaskan oleh al-Quran
dahulu ialah bahawa langit alam yang ada di dalamnya, adalah semua bercantum lalu
Allah s.w.t pisahkan semuanya
4
. Di sini kita tegaskan bahawa ini adalah mukjizat,
kerana ilmu ini belum diketahui kecuali pada zaman sekarang. Berpandukan ayat ini,
tafsiran yang muktabar menerima hakikat bahawa alam ini pada suatu ketika dahulu
adalah bercantum sebelum dipisahkan mengikut yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.
Seterusnya, kita melihat bagaimana Teori Darwin yang menunjukkan
kebatilannya dan membuktikan bahawa kekuasaan Allah tiada tolok bandingnya. Teori
evolusi yang amat primitif dan hanya berlandaskan minda manusia yang amat terbatas
hampir memesongkan aqidah umat Islam di seluruh dunia. Allah telah berfirman:
^^) E4^UE= =}=Oee"- }g`
OE;C-^ 4=^` gOO)U4-:^^
+OE4UEE OgEc -OO4
^g
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya
dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap
mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan
mendengar dan melihat. Al-Insan(2)
Kemudian di dalam firman Allah:
O 4L^UE= OE;COL-
LOU4 4L^UEC OUE^-
LO4;_N` 4L^UEC O4;_^-

4
M. Quraish Shihab, Mukjizat Al-Quran, Misan Bandung, cetakan V April 1999
ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

VgN 4^O=O =g^-
V^4O O +O4^4=e UE=
4OE=-47 _ E4O4l4 +.-
}=O;O 4-)UC^- ^j
Maksudnya: Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu
Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging
itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging.
Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat
keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.(surah
Al-Mukminin ayat 14)
Secara keseluruhannya hampir semua teori sains yang telah direka sebenarnya
hanyalah menurut al-Quran namun atas dasar kepentingan pihak tertentu mereka
mengubah maksud untuk memastikan aqidah umat Islam tercalar. Al-Quran juga
sebagai membuktikan bahawa segala yang terkandung di alam semesta adalah milik
Allah dan hanya Allah yang Maha Mengetahui. Pelbagai fakta mengenai Ilmu dalam Al-
Quran di dalam Commission on Scientific Signs in the Qur'an and the Sunnah oleh Dr.
Abdullah ibn Abd al-Aziz al-Muslih

Al-Ijaz At-Tashrii (Kemukjizatan dari segi Perundangan)
Al-ijaz At-tashri bermaksud kemukjizatan dari segi perundangan iaitu
perundangan islam dalam menentukan sesuatu hukum. Al-Quran al-Karim
mengandungi segala sistem yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupan mereka.
Al-Quran juga merupakan perlembagaan hidup yang mengatur hidup manusia dalam
hubungannya dengan dunia, dirinya dan penciptanya Allah s.w.t. Dengan itu, manusia
akan memperolehi ketenangan, kedamaian dan keselesaan hidup di dunia dan
sekaligus menyedari keutamaannya dalam dunia ini berbanding dengan makhluk-
ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

makhluk Allah yang lain. Secara kesimpulannya Al-quran menumpukan 3 aspek penting
iaitu akidah, syariah dan akhlak.
Dari aspek akidah Al-quran al-Karim memperkenalkan akidah yang mudah
difahami yang selaras dengan fitrah kejadian manusia, yang memberikan ketenangan
kepada jiwa, cahaya kepada hati dan kepuasan kepada minda iaitu akidah tauhid yakni
meyakini Allah Yang Satu tiada sekutu bagi-Nya. Sebagai contoh, Al-Quran
membentangkan hujahnya tentang akidah Tauhid seperti firman Allah s.w.t.:


O 4p~E .EjgOg NOE)-47 )
+.- >E=OE _ =}E:OO
*.- p4O +OE^- O4N
4pO4C ^gg
Maksudnya: Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya
rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan
menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka
sifatkan. (surah Anbiya ayat 22)

Dalam aspek syariah pula Al-Quran al-Karim menegakkan tiang-tiang
masyarakat Islam di atas asas asas yang kukuh, di samping menentukan syariat
perundangannya di atas asas akidah yang mendalam bagi menjamin ketenangan dan
kesempurnaan hidup. Justeru itu, ia melahirkan beberapa prinsip utama yang
digariskan oleh Al-Quran, iaitu:
i. Hubungan antara anggota masyarakat Islam adalah hubungan wala kepada
Allah, Rasul-Nya dan orang beriman seluruhnya.
ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

ii. Kedudukan keluarga dalam Al-Quran
iii. Kedudukan negara dan kerajaan dalam Al-Quran
iv. Prinsip-prinsip Islam dalam hubungan Negara Islam dengan negara lain.

Akhir sekali, iaitu aspek akhlak yang mana Al-Quran al-Karim sangat
mengutamakan isu akhlak dan menggalakkan manusia supaya memiliki akhlak-akhlak
mulia dengan segala bentuknya. Sebaliknya melarang mereka daripada melakukan
perbuatan-perbuatan yang keji dengan apa cara sekalipun. Pada perspektif Al-Quran
akhlak juga bertunjangkan kepada pandangannya terhadap alam, kehidupan dan
manusia. Akhlak amat penting dalam menjadikan seseorang itu dapat memberi manfaat
kepada orang lain.
Allah SWT berfirman dalam Al-quran iaitu:

4O> E-^OE =4Og +.-
1E14` LOE)UE LO4:j1C
E4OE4=E `O4ljOC E_U;
e) E_NNO4 O)
g7.EOO- ^gj
EO)u> E_Uq E7 O-gO
p^O)) E_)4O C)O;EC4
+.- 41^`- +EE4Ug
_^UE ]NOEO4-4C ^g)

ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013


Maksudnya: Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah
mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang
pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya
menjulang ke langit. (24) Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin
Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia,
supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (surah Ibrahim ayat 24-25)




HADIS PALSU DAN IMPLIKASINYA
PENGERTIAN
Maudu berasal dari isim maful dari menurut bahasa seperti
(meletakan atau minyimpan)
5

Menurut istilah hadits maudu adalah hadits yang dibuat-buatatau diciptakan atau
didustakan atas nama nabi
6

Dan para ahli hadits mendifinisikan hadits maudu adalah:


hadits yang disandarkan kepada Rasulullah SAW secara dibuat-buat dan dusta,
padahal beliau tidak mengatakan, memperbuat dan mengerjakan [3]
SEJARAH DAN SEBAB-SEBAB TIMBUL HADITH PALSU SECARA RINGKAS.

5
Drs. Munzier suprapto. M. A, dan Drs. Utang Ranuwijaya, Ilmu Hadits, raja grapindo persada, Jakarta, 1993
6
Mahmud abu rayah, adlwa ala sunnah al muhammadiyah, Dar al-Maarif, Meka
ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

Masalah hadits maudhu berawal dari pertentangan politik yang terjadi pada
masa khalifah Ali Bin Abi Thalib yang berujung pada pembuatan hadits-hadits palsu
yang tujuannya adalah untuk mengalahkan lawan dan mempengaruhi orang-orang
tertentu. Akibat perpecahan politik ini, hampir setiap golongan membuat hadits maudhu
untuk memperkuat golongannya masing-masing.
LANGKAH MENGELAKKAN BERAMAL DENGAN HADIS PALSU
Menyebarkan hadis palsu tanpa menerangkan tentang kepalsuannya adalah
merupakan satu dosa yang amat besar. Penipuan dan bersekongkol dengan penipuan
adalah dosa menurut ajaran Islam. Apatah lagi jika pembohongan itu menggunakan
nama Allah dan RasulNYA. Kesannya besar dan bahaya. Mereka yang terpedaya
dengan penipuan tersebut akan mengamalkan sesuatu yang disangkakan bersumber
dari Tuhan sedangkan hakikatnya tidak demikian. Jika isi pembohongan itu sesuatu
yang jelas bercanggah dengan hakikat fakta, ataupun sesuatu yang lekeh maka Tuhan
ataupun RasulNya akan dipersalahkan. Mungkin ia akan menghilangkan keimanan
manusia terhadap ajaran agama.
Justeru itu, Islam mengharamkan sama sekali perbuatan mengadakan hadis
palsu seperti penegasan Nabi s.a.w dalam hadis mutawatir yang bermaksud:
Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta
ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku
dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.
Beberapa langkah yang perlu diambil bagi memastikan hadis palsu tidak
diamalkan oleh sebahagian masyarakat kita. Antara medium paling mudah adalah
pendedahan melalui laman sosial yang mampu membuka minda masyarakat. Kita
sedar masakini ada segelintir anak muda yang selalu share info di facebook atau
Twitter yang akhirnya menjerumus ke arah penyebaran hadis palsu tanpa penelitian.
ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

Kemudian antara langkah yang telah dilaksanakan oleh kementerian pendidikan
kita iaitu dengan memasukkan bidang hadis dalam pembelajaran di sekolah.
7
Ini
merupakan langkah yang terbaik di mana setiap pelajar di sekolah boleh mempelajari
cara mengenal pasti hadis palsu serta mampu mngelakkan mereka untuk
mengamalkannya. Kita tidak menyalahkan mereka yang tidak mengetahui akan tetapi
kita tidak boleh sentiasa tidak mengetahui maka peranan setiap umat Islam sentiasa
mengingati satu sama lain.
Selain itu, kerajaan sebolehnya mencadangkan satu akta penyebaran hadis
palsu bagi memastikan kegiatan ini tidak berleluasa ke seluruh Malaysia. Pernah pada
zaman sekolah rendah di mana guru menceritakan perihal Umar Al-Khattab yang
membunuh anak perempuannya dengan menanam hidup-hidup. Walhal Hafsah itu
yang dikatakan dibunuh setelah dewasa menjadi isteri kepada Rasulullah. Kemudian
kisah Abdul Rahman Bin Auf yang merupakan sahabat nabi merangkak masuk ke
syurga kerana kekayaannya. Semuanya dicipta untuk memburukkan sahabat nabi.
Guru-guru agama, pendakwah, imam dan petugas Islam seharusnya diberi
pendedahan mengenai selok belok ulum hadis dan hadis-hadis maudhu. Ini kerana
mereka merupakan golongan yang begitu dipercayai oleh masyarakat. Golongan ini
seharusnya berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu kepada masyarakat dan
seharusnya melakukan kajian atau meneliti terlebih dahulu sebelum disampaikan.
Buku-buku disekolah, masjid, pondok-pondok atau bacaan umum seharusnya
bebas daripada hadis palsu. Ini kerana ini merupakan rujukan umum masyarakat. Maka
dengan berleluasa buku-buku seperti ini maka kita semakin terdedah kepada
pengamalan hadis palsu.
Kesimpulannya, hadis palsu ini mampu dielakkan sekiranya ilmu hadis didalami
oleh semua masyarakat agar mereka tidak terikat kepada sesuatu tanpa mengkaji serta
mengamalkan sesuatu yang mereka tidak pasti kesahihannya.

7
Drs. Abdul Ghani Azmi bin Hj Idris.(1996). Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu, Kuala Lumpur : Pustaka
alhidayah.
ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013


CARA UNTUK KEPERKASAAN, KEWIBAWAAN, DAN KEFUNGSIAN INSTITUSI
HADIS SEBAGAI SUMBER SYARIAT KEDUA
Allah SWT telah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah SAW sebagai
panduan kepada baginda bersama umatnya. Al-Quran sebagai sumber syariat umat
Islam dahulu sehingga kiamat agar perjalanan hidup yang direntasi tidak menjerumus
ke arah yang salah. Selain itu, sumber syariat kedua iaitu hadis tidak terkecuali
kepentingannya dalam kehidupan kita. Ini kerana ia mampu membentuk diri kita serta
masyarakat merangkumi negara untuk benjadi khalifah Allah di muka Bumi ini.
Antara langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan institusi hadis sebagai
sumber perundangan islam yang kedua ialah menjadikan hadis sebagai amalan dalam
kehidupan seharian. Segala pertuturan, perbuatan, sifat dan taqrir yang disandarkan
kepada Nabi Muhammad di anggap sebagai hadis. Maka segala amalan yang datang
daripada nabi hendaklah dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Hal ini bermaksud
hadis-hadis nabi bukan sekadar dipelajari dan hanya terbuku di atas kertas sahaja
malah hendaklah diamalkan supaya kita dapat mengekalkan lagi institusi hadis sebagai
sumber perundangan islam kedua. Pada zaman ini, hadis dianggap telah ketinggalan
zaman sedangkan hadis yang dibawa oleh Nabi Muhammad sentiasa sesuai setiap
zaman sehingga hari kiamat. Contoh hadis dalam kelebihan amal ialah tentang bersugi
gigi. Dari Aisyah radiallahu anha berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya.
(Hadis Riwayat Baihaqi)
Apabila umat islam mengetahui hadis ini dan mengamalkannya maka secara
tidak langsung pengekalan hadis telah terbina dan bertapak dalam diri individu tersebut.
Oleh sebab itu, kaedah seperti yang diterangkan diatas penting untuk diambil perhatian
supaya hadis dapat di jadikan sumber hukum dalam islam dan pegangan bagi umat
islam sehingga hari kiamat.
ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

Selain itu, cara yang lain untuk mengekalkan institusi hadis bagi memperkasakan
lagi fungsi hadis sebagai sumber perundangan islam kedua ialah mempelajari dan
memahami dengan lebih mendalam berkaitan dengan hadis dalam perundangan islam.
Seuruh ulama menerimanya sebagai salah satu daripada sumber atau punca
pengambilan hukum di dalam islam kerana Al-Quran kebanyakannya bercorak ijmal
atau berbentuk umum yang mana ia memerlukan penjelasan atau keterangan yang
selanjutnya. Misalnya, al-quran memerintahkan kaum muslimin untuk menunaikan
solat. Rasulullah SAW menyatakan secara satu persatu berkenaan cara-cara untuk
menunaikan solat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, solatlah kamu sebagaimana kamu
melihat aku solat
(Hr Bukhari).
Melalui hadis kita dapat mengetahui bagaimanakah cara yang dikehendaki oleh
Allah SWT dalam menunaikan solat.
Di samping itu, langkah yang sesuai untuk memperkasakan fungsi hadis ialah
dengan menyampaikan hadis kepada masyarakat islam yang lain sama ada melalui
ceramah, syarahan, berbual-bual, menulis dan sebagainya. Dengan itu, boleh
meningkatkan lagi fungsi hadis sebagai sumber perundangan islam dalam menentukan
hukum syariat islam. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kita hendaklah
meneliti terlebih dahulu hadis yang akan disampaikan sama ada hadis tersebut hadis
sahih atau maudhu. Secara tidak langsung akan dapat mengelakkan tersebarnya
hadis-hadis palsu sebagaimana yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.
Selain itu, kita perlulah bertegas dalam menjalankan hukum Allah seperti hukum
hudud. Iaitu hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dalam Al-quran. Dengan cara ini,
masyarakat islam akan lebih terbuka minda mereka untuk mengetahui apakah hukum-
hukum dalam islam dan bagaimanakah melaksanakannya dalam kehidupan seharian.
Perkara ini juga dapat menguatkan lagi fungsi hadis iaitu menerangkan dengan lebih
mendalam tentang hukum-hukum syariat islam yang sepatutnya di amalkan. Langkah
ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

yang tersebut, iaitu dengan menyebarkan hadis kepada masyarakat islam perlu
diteruskan sehingga menjadi perkara yang biasa di dengar. Kita juga perlulah berhujah
dengan menggunakan hadis-hadis supaya hujah yang diberikan akan memberikan
keyakinan kepada masyarakat berkaitan dengan kenyataan kita. Allah SWT berfirman
dalam Al-quran dalam surah An-Najm ayat 3 hingga 4:

4`4 -gCL4C ^}4N -O4OE-
^@ up) 4O- ) E/4
_/EONC ^j

Maksudnya: Dan ia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung
dengan Agama) menurut kemahuan nafsu dan pendapat sendiri. Segala yang
diperkatakannya (sama ada quran ataupun hadis) tidak lain melainkan wahyu yang
diwahyukan kepadanya. (surah an najm ayat 3-4)

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Saya telah menjalani program Pengalaman Berasaskan sekolah (PBS) di
sekolah kebangsaan Abg Moh Sessang, Saratok. Tugasan untuk program PBS kali ini
ialah mengenal pasti dan seterusnya menyenaraikan kaedah-kaedah yang digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Tilawah Al-Quran. Saya
dikehendaki memerhati cara dan kaedah yang digunakan dalam proses pembelajaran
Tilawah Al-Quran.
Bagi menyempurnakan tugasan tersebut, saya telah dibantu oleh seorang
ustazah pembimbing, iaitu Ustazah Maisarah. Walaupun pengalamannya dalam
pendidikan masih kurang, namun beliau telah berusaha bersungguh-sungguh
ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

menunjukkan kaedah-kaedah yang pelbagai sesama proses pembelajaran diadakan.
Kelas yang saya pilih ialah tahun 3. Hal ini kerana, tahun 3 merupakan tahun yang
baharu menggunakan sistem KSSR.
Berikut merupakan beberapa kaedah yang telah digunakan oleh ustazah
Maisarah dalam sesi pembelajarannya.
1. TALAQI MUSYAFAHAH.
Kaedah ini adalah asas bagi pengajaran ayat tilawah Al-Quran. Murid-murid
dikehendaki mendengar pembacaan guru dengan teliti serta melihat pergerakan mulut
guru. Kemudian, murid-murid mengikut bacaan guru secara individu, atau berkumpulan.
Begitu lah yang telah diaplikasi oleh ustazah Maisarah. Pada mulanya beliau membaca
potongan Ayat Al-quran dan kemudian murid-murid mengikut bacaannya dengan betul
secara beramai-ramai.

2. TIKRAR
Kaedah ini tidak asing lagi bagi semua warga pendidik di sekolah. Guru
memperdengar bacaan kepada murid-murid berulang-kali supaya murid dapat
menangkap sebutan dan bacaan guru dengan betul. Kemudian, murid-murid pula,
berulang-kali juga mengulangi sebutan dan bacaan dibawah bimbingan guru dengan
betul sehingga guru berpuas hati dengan sebutan murid-murid.
Namun begitu, ustazah maisarah telah membuat kepelbagaian dalam kaedah tikrar
tersebut. Anatranya ialah:
- Seorang murid membaca potongan ayat Al-Quran dan diikuti dengan murid-
murid yang lain.
- Murid membaca beramai-ramai mengikut kumpulan dan kumpulan yang lain
mendengar dengan teliti.
- Murid mengulangi bacaan guru
- Murid mengulangi bacaan daripada murid yang lain.
ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013


3. GERAK KERJA INDIVIDU
Gerak kerja individu ataupun lebih dikenali sebagai latih tubi adalah
kebiasaannya dilaksanakan pada akhir sesi pembelajaran. Lebih-lebih lagi bagi
sistem KSSR yang baharu diperkenalkan.
Bagi ustazah Maisarah, beliau mengunakan kaedah ini bagi mengetahui tahap
kognitif murid-murid. Berdasarkan hasil kerja murid itu, beliau akan key-in markah
pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) murid-murid. Beliau mengedarkan kertas
kerja kepada setiap murid. Murid-murid menjawab soalan yang terdapat di dalam
kertas kerja tersebut. setelah menyemak, barulah beliau merekodkan ban murid-
murid di dalam buku pentaksiran.




REFLEKSI RICKISAMAIL BIN SETERIK
Segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan
tugasan yang telah diberikan dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada guru pembimbing kami ustaz Firdaus Bin Abdullah atas dorongan dan
penat lelah beliau dalam membimbing saya sekelas. Tidak lupa juga dengan rakan-
rakan yang turut membantu secara langsung mahupun tidak. Sekalung ucapan terima
kasih saya hulurkan.
Berdasarkan tugasan kali ini, saya dapati banyak pengetahuan yang telah saya
pelajari. khususnya, berkaitan dengan kemukjizatan Al-quran dan pandangan ulama
berkenaan dengannya. Selain itu, saya juga dapat mengetahui tentang hadis-hadis
palsu dan implikasinya. Sehubungan itu, dapat mengetahui cara mengelak beramal
ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

dengan hadis palsu. Tambahan pula, saya dapat melihat beberapa kaedah pengajaran
oleh guru untuk mendidik tilawah Al-Quran di sekolah.
Antara kekuatan yang dapat saya katakan di sini ialah, kajian ini secara tidak
langsung mendekatkan diri saya kepada kemukjizatan dan keagungan kalamullah iaitu
Al-Quran. Sehubungan itu, diri akan mendorong untuk mendalami kalamullah dan juga
kalam al-rasul.
Tidaklah saya melaksanakan kajian ini dengan senang melainkan adanya sedikit
kesulitan dan halangan. Antaranya ialah kesukaran mencari sumber matlumat yang
tepat dan boleh dijadikan bahan ilmiah. Sehubungan itu juga, masa yang cukup padat
dengan pelbagai aktiviti turut memberi impak yang besar dalam melaksanakan kajian
ini. Namun begitu, halangan dan kesukaran yang dihadapi dapati saya atasi dengan
baik.
Berdasarkan kajian ini juga, saya dapat anggarkan, sekiranya guru dapat
mendalami Al-Quran dan Hadis, insya-Allah generasi yang bakal mendatang akan
menjadi generasi yang khairul Ummah.
Kesimpulannya, saya berasa gembira menjalankan tugasan ini dan berharap
agar dapat mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari pada masa akan datang. Sekian.
BIBLIOGRAFI
BUKU/BAHAN ILMIAH
1. Al-Quran terjemahan.
2. ANWAR ROSIHAN Drs, M.Ag Ulumul Quran. 2004. Bandung. Pustaka Setia
3. Muhammad Ali Ash-Shabuni, At-Tibyan Fi Ulum Al-Quran, Maktabah Al-
Ghazali, Damaskus,1390
4. M. Quraish Shihab, Mukjizat Al-Quran, Misan Bandung, cetakan V April 1999
5. Drs. Munzier suprapto. M. A, dan Drs. Utang Ranuwijaya, Ilmu Hadits, raja
grapindo persada, Jakarta, 1993
ULUM AL-QURAN DAN ULUM HADITH 2013

6. Mahmud abu rayah, adlwa ala sunnah al muhammadiyah, Dar al-Maarif, Mekah
7. Drs. Abdul Ghani Azmi bin Hj Idris.(1996). Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu,
Kuala Lumpur : Pustaka alhidayah.
8. Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
INTERNET
1. Kaedah simulasi dirujuk pada 25 Ogos 2013 pada laman sesawang
http://pomizipedagogy.wordpress.com/kaedah/simulasi/
2. Pedagogi Pendidikan Islam, dirujuk pada 28 ogos 2013 pada laman
sesawang:http://www.scribd.com/doc/120031000/PIM3102-Pedagogi-
Pendidikan-Islam
3. Kemukjizatan Al-Quran,. Masaly. Dirujuk pada 29 Ogos 2013 pada laman
sesawang http://masaly.wordpress.com/2008/06/15/kemukjizatan-al-quran/

Anda mungkin juga menyukai