Anda di halaman 1dari 13

PRAKATA Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof.

Abu Talib kerana telah memilih arkib sebagai tempat tugasan terakhir untuk projek tugasan kursus HSM 313. Ucapan terima kasih ini adalah sebagai penghargaan saya kerana mungkin kalau tidak disebabkan tugasan ini saya mungkin tidak akan pernah menjejakkan kaki di mana mana arkib yang terdapat di Malaysia. Selama ini, saya menyangka adalah mudah bagi seorang sejarawan untuk mendapatkan bahan atau sesuatu dokumen sejarah di arkib bagaimanapun, bagi saya yang pertama kali menjejakkan kaki di arkib merasa sedikit sukar untuk mendapatkan bahan kerana masih dalam tempoh untuk menyesuaikan diri dengan sistem yang wujud di situ, termasuklah proses yang perlu saya lalui untuk mendapatkan dokumen dan proses untuk mendapatkan pas masuk menuju ke arkib itu sendiri. Saya telah memilih untuk pergi ke Arkib Pulau Pinang bagi mendapatkan bahan tentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

1.0

PENGENALAN Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah bermula sejak daripada 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945 1 . Walaupun, tempoh masa pendudukan Jepun ini dilihat sebagai satu tempoh yang singkat namun, tempoh itulah sebenarnya yang membawa penderitaan yang amat besar kepada penduduk di Tanah Melayu. Padahal, sewaktu awal kedatangan Jepun di Tanah Melayu, penduduk tempatan menganggap bahawa Jepun akan membawa satu pentadbiran yang lebih baik kepada penduduk tempatan dibandingkan dengan pentadbiran British sebelum ini, dan kehidupan penduduk tempatan menjadi semakin sulit sehingga menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat di Tanah Melayu untuk membebaskan diri daripada belenggu Jepun. Penaklukan Jepun di Tanah Melayu bermula dengan proses penaklukan yang dimulai dengan serangan Jepun ke atas Tanah Melayu melalui tiga penjuru di utara melalui Jitra, Jalan Keroh Grik dan melalui Pantai Timur pada 8 Disember 1941 sebelum Jepun benar benar dapat menakluki Tanah Melayu 15 Februari 19422. Tempoh yang diambil Jepun untuk menguasai Tanah Melayu hanyalah 55 hari sahaja. Sebagaimana penjajah lain, pentadbiran Jepun ini turut bertujuan untuk menguasai

sumber semula jadi yang wujud dengan meletakkan pengaruh dan kawalan ke atas penduduk tempatan. Bagaimanapun, kawalan dan pengaruh tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu ini

Kratoska, Paul H, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1942-1945:Kumpulan Esei Sejarah Malaysia oleh Pelajar Pelajar U.S.M, Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia,1989,hlm.5. 2 Mohd Radzi Abd Hamid, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Borneo, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009,hlm.134.

kemudiannya telah menimbulkan kesan kepada penduduk di Tanah Melayu sama ada daripada aspek sosial, ekonomi dan politik. Berdasarkan dokumen yang telah saya peroleh melalui arkib arkib yang telah saya kunjungi kita dapat melihat dengan jelas reaksi masyarakat tempatan terhadap pemerintahan Jepun, cara pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dan kesan kerugian yang terpaksa ditanggung sepanjang pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

2.0

REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PEMERINTAHAN JEPUN. Berdasarkan dokumen yang telah saya peroleh di arkib iaitu risalah lama, ( rujuk lampiran 1 ) dapat kita lihat secara umum reaksi masyarakat yang wujud pada ketika itu, telah dinyatakan dalam risalah tersebut bahawa terdapat sekelompok masyarakat ingin menghapuskan Jepun daripada Malaya dan kelompok masyarakat ini ingin memulihkan kesenangan negeri seperti sebelum kedatangan Jepun. Risalah tersebut turut menyarankan penduduk kampung supaya menjauhkan diri daripada tempat tempat bahaya dan seandainya adalah sukar bagi penduduk untuk menjauhkan diri daripada tempat tempat bahaya, telah dinasihatkan kepada mereka untuk berlindung di kawasan longkang atau parit atau hanya merebahkan diri ke atas bumi sekiranya langsung tiada perlindungan lain yang sempat untuk diambil. Merujuk kepada fakta sejarah yang lainnya, masyarakat tempatan telah menunjukkan pelbagai reaksi yang berbeza terhadap pendudukan Jepun di Tanah Melayu sama ada sewaktu awal kedatangan Jepun, sewaktu zaman kekejaman Jepun atau sewaktu zaman Jepun di ambang kekalahan3. Sewaktu pada awal kedatangan Jepun, sebahagian
3

Muhammad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945:( Tumpuan di Negeri Kedah ), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992,hlm.129.

besar daripada penduduk tidak menentang kedatangan Jepun kerana telah terpengaruh dengan slogan yang telah digunakan oleh Jepun iaitu Asia untuk orang Asia dan rancangan Kawasan Kesemakmuran bersama Asia Timur Raya, tambahan pula orang Melayu pada ketika itu diberikan layanan yang baik. Namun, hal sebaliknya berlaku apabila Jepun telah berjaya menguasai Tanah Melayu, orang Melayu mula memberikan penentangan terhadap pemerintahan Jepun. Hal ini adalah disebabkan oleh Jepun memerintah secara ketenteraan dan dasar dasar yang diperkenalkan Jepun kemudiannya dianggap sebagai menyusahkan rakyat. Slogan Jepun yang pada mulanya digunakan hanyalah muslihat untuk meraih sokongan daripada penduduk tempatan awalnya4. Kemerdekaan yang dijanjikan sebelum ini tidak diberikan sebaliknya status Tanah Melayu sebelum ini telah bertukar menjadi Tanah Jajahan. Manakala, Negeri Negeri Melayu Utara telah diserahkan kepada Siam sebagai ganjaran kerjasama daripada Siam sebelum ini. Tentera Jepun sudah mulai kejam terhadap sesiapa yang dianggapnya sebagai pesalah. Bukan itu sahaja golongan Jepun ini juga tidak mengiktiraf dan menghormati kedudukan raja raja Melayu. Reaksi daripada kaum Cina juga pula, bersifat agresif kerana telah berusaha menentang segala tindakan yang dilakukan oleh Jepun, kerana Jepun sangat kerap melakukan kekejaman terhadap orang Cina yang dianggap selalu memberikan bantuan kepada tentera China sewaktu peperangan antara Jepun dan China berlaku suatu ketika dahulu. Manakala, reaksi yang positif diberikan oleh kaum India terhadap pemerintahan

Barbara, Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia,Petaling Jaya, Macmillan Press, 1989,hlm.53.

Jepun kerana kerajaan Jepun telah berusaha untuk berbaik- baik dengan kaum India bagi mendapatkan sokongan India untuk mengusir British dari Tanah India. Hal yang berbeza berlaku sewaktu zaman kekejaman Jepun, iaitu mula muncul gerakan anti- Jepun 5 di kebanyakan tempat termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengusir Jepun dari Tanah Melayu. Berfikir sejenak, mengapa risalah sedemikian diedarkan secara meluas kepada penduduk tempatan sekiranya pemerintahan Jepun dijalankan secara sepatutnya, jadi jelas di sini dapat dibuktikan bahawa risalah tersebut menjadi salah satu bukti ketidakpuasan hati rakyat terhadap pemerintahan Jepun yang telah dijalankan sebelum ini, justeru itu adalah lebih jelas sekiranya kita merujuk kembali kepada fakta pemerintahan Jepun yang telah dijalankan sepanjang pendudukan mereka di Tanah Melayu.

3.0

PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU Jepun telah melaksanakan pemerintahan bersifat ketenteraan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu kemudiannya telah dibahagikan kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah6. Jepun telah menggabungkan Sumatera dan Tanah Melayu di bawah pentadbiran pusat yang diketuai oleh Pengarah Agung yang berpusat di Singapura. Sewaktu pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, Jepun mengamalkan pelbagai dasar yang hanya menguntungkan pihak Jepun semata mata tanpa memikirkan kesan positif atau negatif kepada penduduk di bawah pemerintahannya. Kebajikan penduduk langsung tidak dihiraukan oleh Jepun dan

Mohd Radzi Abd Hamid, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Borneo, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009,hlm.76. 6 Kratoska, Paul H, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1942-1945:Kumpulan Esei Sejarah Malaysia oleh Pelajar Pelajar U.S.M. Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia,1989,hlm.64.

setiap dasar yang diperkenalkan oleh Jepun semuanya mempunyai muslihat tertentu di samping penduduk langsung tidak mempunyai hak untuk bersuara. Bagaimanapun, kekejaman yang dilakukan tentera Jepun terhadap rakyat tempatan ini paling jelas dilihat terhadap kaum Cina berbanding India dan Melayu kerana kebencian melampau Jepun terhadap bangsa Cina yang dianggap telah membantu kerajaan China sewaktu peperangan Jepun dan China dahulu. Hal yang sebaliknya berlaku, apabila Jepun mulai sedar bahawa Jepun berkemungkinan besar akan kalah pada Perang dunia kedua. Jepun mula melaksanakan dasar dasar yang mendatangkan kebaikan kepada semua rakyat di Tanah Melayu bagi meraih semula sokongan penduduk tempatan bagi menghalang kemasukan British ke Tanah Melayu semula 7 . Dasar pemerintahan Jepun yang pelbagai ini dapat dilihat daripada ketiga tiga aspek utama iaitu aspek politik, ekonomi dan sosial. Jika dilihat daripada aspek politik, kedudukan raja tidak lagi menjadi pemerintah di setiap negeri dan Tanah Melayu pula hanya dianggap sebagai tanah Jajahan Jepun. Seterusnya, Majlis Agama Islam hanya ditubuhkan kemudiannya setelah Jepun hampir kalah dalam peperangan. Selain itu, daripada aspek ekonomi pula Jepun telah melaksanakan catuan makanan dan ekonomi sara diri turut digalakkan bagi

pengeluaran untuk makanan harian. Hal ini sangat lah membebankan rakyat di Tanah Melayu tambahan pula semua ekonomi di Tanah Melayu pada ketika itu telah dieksploitasi untuk aktiviti perindustrian dan pembiayaan peperangan. Bukan itu sahaja dasar yang diamalkan Jepun daripada aspek sosial turut harus ditumpukan kerana turut menyumbang kepada pembentukan reaksi masyarakat pada ketika itu, dasar penutupan sekolah Inggeris dan Cina telah diamalkan bagi mengekang
7

Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur, Pustaka Antara, 1981,hlm.87.

pengaruh Cina dan Inggeris dan taat setia rakyat Tanah Melayu difokuskan hanya kepada Maharaja Jepun dan bahasa Jepun kemudiannya dijadikan bahasa penghantar di sekolah sekolah. Bagaimanapun, dasar yang telah dilaksanakan Jepun itu masih gagal untuk mengekang penentangan masyarakat tempatan itu sendiri terhadap Jepun. Tambahan pula, layanan yang diberikan Jepun kepada ketiga tiga kaum juga adalah berbeza dan kaum Cina mendapat layanan yang paling kasar daripada Jepun dan seterusnya membawa kepada penentangan yang keras daripada golongan ini. Berdasarkan dasar dasar pentadbiran yang telah dijalankan Jepun ini maka, tidak hairanlah kiranya masyarakat tempatan kemudiannya bersatu padu untuk menghapuskan Jepun daripada Tanah Melayu.

4.0

KERUGIAN YANG TELAH DIALAMI PENDUDUK DI TANAH MELAYU KETIKA PENDUDUKAN JEPUN Berdasarkan dokumen kedua yang telah diperoleh di arkib cawangan Pulau Pinang ( rujuk lampiran kedua ), telah dinyatakan beberapa kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penduduk di Tanah Melayu disebabkan oleh pendudukan Jepun antara tahun 1942 1945 dan merujuk kepada dokumen yang diperoleh, terdapat beberapa maklumat tentang proses proses yang berlaku sebelum rekod mengenai kerugian tersebut dilaporkan. Laporan pertama menyatakan bahawa pihak Jepun telah banyak menggunakan kawasan tanah untuk tujuan ketenteraan tetapi apa yang menimbulkan permasalahan di sini ialah prosedur pembayaran pampasan bagi tanah yang digunakan hanyalah melibatkan tanaman sahaja. Dinyatakan bahawa kira kira 31 ekar tanah di kampung

Perlis kawasan tanah rizab tanaman pokok api- api telah digunakan untuk penanaman padi. Selain itu, turut dianggarkan bahawa enam peratus daripada kawasan penanaman getah telah digunakan untuk dibuat kayu api dan sebagai kawasan penanaman padi. Seterusnya turut dinyatakan bahawa syarikat Jepun telah memulakan projek arang batu di Pulau Betong dan projek tersebut telah melibatkan penggunaan mesin operasi sebanyak 14 buah namun kilang tersebut kemudiannya telah ditutup tiga bulan sebelum pengunduran Jepun dari Tanah Melayu. Sebelum pengunduran tersebut berlaku syarikat Jepun di bawah milik Kobe Kairiku telah membuat beberapa percubaan pembuatan garam namun percubaan tersebut telah mengalami kegagalan. Anggaran penggunaan tanah oleh pihak Jepun yang telah dibuat ini kemudiannya telah menimbulkan beberapa cadangan supaya pihak kerajaan yang ada pada ketika itu melakukan tinjauan dengan lebih terperinci untuk mengenal pasti dengan tepat berapa kawasan dan ekar tanah yang telah digunakan oleh pihak Jepun bagi mengenal pasti kerugian yang telah berlaku sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Laporan sebelum ini yang menyarankan tinjauan untuk dilakukan telah mendapat kelulusan dan galakan bagi menyelesaikan masalah berkaitan penggunaan tanah oleh pihak Jepun yang melibatkan kawasan penanaman periuk api, aktiviti ketenteraan dan sebarang aktiviti penggunaan tanah yang melibatkan pihak Jepun. Sebarang penggunaan tanah ini kemudiannya harus dilaporkan terus kepada orang atasan di kawasan tersebut sebelum kemudiannya menjadi kewajipan bagi orang atasan yang telah ditetapkan di situ untuk melawat ke kawasan tanah yang telah dilaporkan itu bagi membincangkan dan menyelesaikan segala permasalahan yang wujud dan data yang diperoleh ini tidak perlu

lagi diragui oleh pegawai tanah yang akan merekodkan data tersebut ke dalam sistem untuk kegunaan pada masa hadapan. Segala data berkenaan penggunaan tanah oleh pihak Jepun yang telah memberikan kerugian kemudiannya, telah dicatatkan secara terperinci dalam laporan termasuklah kerosakan kawasan tanaman secara terus, iaitu melibatkan kerugian tanaman yang telah ditumbangkan secara sengaja dengan merujuk kepada anggaran tanaman yang ditumbangkan dan nilai pokok tanaman yang ditumbangkan mengikut nilai setiap batang pokok. Seterusnya, kerugian kawasan tanaman yang disebabkan oleh kurang penjagaan yang baik bagi kawasan tersebut turut direkodkan. Jika dilihat secara keseluruhan data yang telah diberikan, nyata kerugian yang telah berlaku sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu bukanlah dalam jumlah nilai yang kecil sebaliknya melibatkan nilai yang besar. Merujuk kepada dokumen lampiran dua yang telah dilampirkan itu hanya sebahagian kecil kerugian yang telah dilakukan oleh pihak Jepun sebaliknya jika kita melihat kepada semua fakta yang telah dikemukakan, dan merujuk kepada bukan hanya kerugian kawasan tanaman di sesebuah kawasan kita pasti akan menemukan fakta bahawa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memberikan kerugian besar kepada Tanah Melayu daripada segi kehilangan nyawa termasuk sewaktu pembinaan landasan kereta api 8 dan wang yang terpaksa dihabiskan hanya kerana perlu menyelesaikan penentangan daripada pihak anti Jepun yang kemudiannya muncul selepas Jepun keluar daripada Tanah Melayu dan bagi menyelesaikan masalah ekonomi yang teruk berlaku di Tanah Melayu.
8

Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400 1963, Kuala Lumpur, Utusan Publications, 1983,hlm.23.

5.0

KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 19421945 banyak menimbulkan reaksi yang negatif dalam kalangan rakyat tempatan disebabkan oleh dasar dasar pelbagai yang telah dilaksanakan oleh Jepun hanya menguntungkan pihak mereka sahaja tanpa memikirkan kesannya pada rakyat tempatan dan tanpa memikirkan soal kebajikan rakyat secara berterusan sebaliknya setiap tindakan yang dibuat oleh pihak Jepun sentiasa mempunyai muslihat untuk kepentingannya sendiri. Walaupun, dikatakan kedatangan Jepun ini telah menimbulkan semangat nasionalisme yang tinggi dalam kalangan rakyat tempatan namun melihat kepada data dokumen yang telah dijalankan jelas pentadbiran yang dijalankan oleh pihak Jepun ini mendatangkan kerugian yang besar kepada ekonomi Tanah Melayu dan menimbulkan reaksi negatif dalam kalangan rakyat sehingga mereka bertekad untuk menghapuskan Jepun dari Tanah Melayu.

10

LAMPIRAN

11

BIBLIOGRAFI BUKU BUKU Barbara, Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya. Macmillan Press. 1989. Ibrahim Mahmood. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur . Pustaka Antara. 1981. Kratoska, Paul H. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1942-1945:Kumpulan Esei Sejarah Malaysia oleh Pelajar Pelajar U.S.M. Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia.1989. Lotfi Ismail. Sejarah Malaysia 1400 1963. Kuala Lumpur. Utusan Publications. 1983. Mohd Radzi Abd Hamid. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Borneo. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2009. Muhammad Isa Othman. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945:( Tumpuan di Negeri Kedah ). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992.

12

13

Anda mungkin juga menyukai