Anda di halaman 1dari 68

PEMARKAHAN 2.

ESEI: (a) (b) FORUM JUMLAH

3.

SEMESTER 1 SESI 2013 / 201 KBK 3073 MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS TAJUK

TUGASAN 2
Pilih satu rakaman berkaitan kanak-kanak berkeperluan khas yang diambil daripada youtube atau berdasarkan gambar statik, bincangkan kategori keperluan khas dari aspek; a. Definisi b. Faktor penyebab kecacatan c. Ciri kognitif, sosial dan tingkah laku d. Peranan dan tanggungjawab kementerian kesihatan,Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan wanita keluarga dan masyarakat e. Mereka bentuk satu Rancangan Pendidikan Individu (RPI) awalan atau program intervensi awal untuk mengatasi masalah bahasa,tingkah laku dan emosi kanak-kanak berkeperluan khas yang dipilih. KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

KUMPULAN GROUP UPSI-03 (A131PJJ) DISEDIAKAN OLEH

NAMA AZRIZA AZWA BT ZAKARIA


NAMA TUTOR E-LEARNING TARIKH SERAH : :

NO. ID D20121061710
KWAY ENG HOCK 15 NOVEMBER 2013

NO. TELEFON 0185723444

ISI KANDUNGAN Gambar kanak-kanak pintar cerdas 1.0 2.0 Pendahuluan Definisi pelajar pintar cerdas 2.1 Definisi kanak-kanak pintar cerdas dalam konteks pendidikan di Malaysia 3.0 4.0 Jenis kanak-kanak pintar cerdas Faktor penyebab kanak-kanak terbentuknya pintar cerdas 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 5.0 Faktor genetik Faktor Emosi Faktor kognitif / mental Faktor luar atau persekitaran Faktor bakat 14 15 13 12 4 5 6 10

Ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 Ciri-ciri fizikal Ciri-ciri Kognitif Ciri-ciri tingkah laku Ciri-ciri emosi dan sosial Ciri-ciri personaliti Ciri-ciri pemikiran kreatif / produktif 16 19 20 22 24

6.0

Ciri-ciri unik kanak-kanak pintar cerdas 6.1 Personaliti

6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.7 6.8 7.0

Kebolehan kognitif yang tinggi Sifit ingin tahu Perkembangan akademik yang maju Perkembangan fizikal Bakat yang istimewa Gaya pembelajaran Perkembangan moral

25 27 28 29

30 31 33

Jenis-jenis kanak-kanak pintar cerdas 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 Domain personaliti Domain interlek Domain emosi Domain kreativiti Domain moral

35 37 40 43 45

8.0

Peranan dan tanggungjawab 8.1 8.2 Kementerian Kesihatan Kementerian Pendidikan 8.2.1 8.2.2 8.2.3 Jabatan Pendidikan Khas Jenis-jenis Sekolah Pendidikan Khas Pendidikan untuk kanak-kanak pintar cerdas

47 49 51

8.3 9.0

Kementerian Pembangunan Waniti Keluarga dan Masyrakat Program Intervensi

53 55

9.1 9.2 9.3 9.4 10

Definisi Intervensi Awal Pentingnya Intervensi Awal Perlaksanaan Penyaringan dan pengujian dignostik 56 58 61 63

Penutup

Bibliografi

PENDIDIKAN DI MALAYSIA KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS PINTAR CERDAS

Nurussyahamah Taqiah bt. Nurunnajmi ( Pintar Al-Quran Qhatam Al-Quran seawal usia 5 tahun dan merupan tahfizah termuda di Malaysia, mahir 3 bahasa Melayu, Inggeris dan Arab )

Adi Putra bin Abdul Ghani ( Pintar Matametik berupaya menyelesaikan masalah matametik tambahan secara congak dengan tepat seawall usia 6 tahun )

1.0

PENDAHULUAN

Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Walau bagaimanapun, golongan ini tidak bebas daripada masalah, tidak selalu berjaya mengikut kehendak dan ada kalanya menghadapi cabaran dalam kehidupan. Realitinya, mereka tidak menghadapi sebahagian masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang, tetapi mereka menghadapi masalah lain yang tidak dihadapi oleh orang kebanyakan. Masalah mereka menjadi bertambah rumit kerana masalah tersebut tidak difahami dan ini menjadikan mereka seolah-olah menghadapi masalah ini seorang diri. Keadaan ini sudah tentu memberi tekanan yang berlebih-lebih lagi kepada mereka. Salah faham dan stereotaip selalu menghantui golongan ini. Mereka selalu merasakan hidup seorang diri di dunia ini. Seperti kanak-kanak yang lain, mereka yang pintar cerdas belajar melalui interaksi. Pengalaman yang diperolehi akan digunakan sebagai proses mengumpul maklumat untuk mencari identiti mereka sebagai pelajar. Adakalanya, kanak-kanak pintar cerdas mengandaikan bahawa kanak-kanak lain juga adalah seperti mereka, sehinggalah mereka masuk ke alam persekolahan dan mendapati bahawa mereka mempunyai keupayaan yang tersendiri. Sewajarnya, kesedaran mengenai perbezaan kanak-kanak ini dari kanak-kanak yang lain boleh juga bermula dari awal lagi. Adalah penting untuk mempertimbangkan bagaimana cara kita bertindak atau respon pada kanak-kanak di bawah jagaan kita yang berbeza kerana ini merupakan impak yang besar terhadap identiti kanak-kanak itu sendiri. Hal ini demikian kerana pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Dalam konteks ini, pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Justeru itu, suatu program pendidikan khas perlu dilaksanakan segera dengan tujuan mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan kerana mereka merupakan aset pembangunan negara. Sekiranya, kita mempersia-siakan kepintaran yang dimiliki oleh mereka, ini akan mendatangkan kerugian kepada negara. Dari sudut perspektif perkembangan pelajar pintar cerdas ini, kegagalan membantu pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian

yang besar kepada negara dan masyarakat keseluruhannya. Sekiranya penekanan sebegini tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat pelajar pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang. Malahan, pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat belajar. Dalam konteks ini, personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi pengjaran yang sesuai. Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat memperkemas dan memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada mereka. Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan dan mendidik anak pintar cerdas. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan yang membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar cerdas. Salah satu kemahiran yang perlu digarap oleh ibu bapa adalah mengisi ruang kasih sayang sekeluarga. Hubungan yang erat, suasana keluarga yang harmoni adalah antara perkara dan keperluan yang perlu wujud dalam memberi sokongan kepada anak-anak pintar cerdas. Ini menepati teori Ethiologi yang mementingkan hubungan yang rapat antara keluarga, rakan-rakan dan guru mempengaruhi perkembangan mereka ke arah pembentukan insan yang berkualiti dan cemerlang.

2.0

DEFENISI PELAJAR PINTAR CERDAS Pintar cerdas boleh membawa maksud yang pelbagai mengikut persepsi seseorang

individu itu, berbeza juga dari pandangan masyarakat dan pandangan kanak-kanak itu sendiri. Mengikut negara barat, maksud pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan mempunyai bakat dalam bidang muzik dan seni yang mengkagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti dan perkhidmatan lain dari yang lain yang tidak terdapat di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akademik dan potensi mereka (Rujukan Laman Web). Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini. Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai The Stanford-Binet Test telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis

Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Marland (1972), telah mengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas yang diterima pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara, Amerika Syarikat pada tahun 1972. Definisi Marland, (1972), dalam S.Deborah, (1998: hal. 277) iaitu: Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children who require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to self and society. Children capable of high performance include those with demonstrated achievement and/or potential ability in any of the following areas singly or in combination: a. b. c. d. e. General intellectual aptitude Specific academic aptitude Creative or productive thinking Leadership ability Visual and performing arts

Persekutuan Amerika Syarikat memberi maksud pintar cerdas ditujukan kepada kanakkanak pelajar atau belia mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka. Defenisi bagi Negara Kanada, pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akedemik dan potensi mereka. Negara England pula mendefenisikan, pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di dalam bidang akedemik manakala cerdas pula adalah 5 peratus

teratas dari semua bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan tinggi untuk 1 atau lebih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk semua subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan, muzik , lukisan atau seni persembahan. Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas mengikut Public Law 91-230, seorang yang pintar cerdas dan berbakat adalah golongan yang dikenali sebagai seseorang yang layak secara professional yang secara kebajikannya mempunyai kebolehan yang terserlah. Golongan seperti ini memerlukan program pembelajaran yang berbeza dengan / atau perkhidmatan yang bertahap lebih tinggi berbanding dengan program-program yang dianjurkan oleh sekolah untuk pelajar-pelajar normal yang biasa. Program yang khusus adalah perlu bagi menyedari sumbangan mereka terhadap diri sendiri dan negara. Kanak-kanak yang mempunyai pencapaian yang cemerlang termasuk individu yang berpotensi serta berkebolehan dalam mana-mana enam bidang kecerdasan yang dinyatakan. Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys and Challenges Of Raising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya. Umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu yang dikatakan pintar cerdas ini. Mereka mempunyai kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya. Ahli biologi mendefinisikan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh seseorang individu untuk melakukan adaptasi dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran. Pakar psikologi mendefinisikan istilah pintar cerdas sebagai kanakkanak yang berupaya melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan berfikir dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Kanak-kanak pintar ini berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap sesuatu fenomena yang abstrak. Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), kanak-kanak pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai interaksi tiga kelompok sifat manusia iaitu kebolehan intelek umum yang atas purata (murid yang mempunyai IQ melebihi 120 dikategorikan sebagai kanakkanak pintar cerdas), aras yang tinggi di dalam tanggungjawab kepada tugas dan aras kreativiti

yang tinggi. Porter (2009) menyatakan kanak-kanak pintar cerdas memiliki domain kebolehan dalam intelektual, akademik, verbal, kemahiran bersosial, muzik, kemahiran fizikal, mencitrakan seni dan kecerdasan emosi (emotional intelligence). Beliau turut menerangkan cara untuk mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas yang berdomain intelektual, akademik, verbal, kecerdasan emosi dan kemahiran bersosial. Manakala menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010), pintar bermaksud cekap, pandai, banyak akal, cerdik, licin dan mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan dan maksud cerdas pula adalah sempurna akal untuk berfikir dan mengerti. Oleh itu, kanak -kanak pintar cerdas ini dapat ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang pandai dalam sesuatu perkara dan mempunyai pemahaman yang tinggi berbanding kanak-kanak normal. Dalam konteks ini, Edward Dr. Gardner menyatakan bahawa individu yang pintar cerdas mungkin menguasai dan mempunyai kemahiran luar biasa dalam salah satu tujuh kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) dan mungkin sederhana dalam bidang-bidang yang lain. Malah Dr. Stemberg dalam bukunya (Conception of Giftedness) pula berpendapat bahawa kepintaran terdiri daripada 3 faktor iaitu kepintaran sintetik atau kebolehan kreatif, kepintaran analitik atau kebolehan kreatif dan kepintaran analitik atau kebolehan melakukan analisis dan kepintaran praktikal iaitu menggunakan kepintaran yang dimiliki menghasilkan sesuatu ataupun digunakan dalam kehidupan seharian. Hassan Mohd Alik (2006) turut menjelaskan bahawa konsep pintar cerdas sebenarnya tidak tertakluk kepada kejayaan akademik semata-mata malah kebolehan berkreatif dan bereksperiman termasuk menghasilkan bahan ataupun teori, kebolehan seni yang hebat juhga adalah manifestasi kepintaran dan kecerdasan individu. Nasca (1978) seterusnya menggambarkan pelajar-pelajar pintar cerdas sebagai mempunyai tiga kebolehan yang unik iaitu mampu menerima lebih banyak maklumat daripada persekitaran mereka, malah berupaya menyimpan lebih banyak maklumat dan berupaya menggunakan pelbagai teknik untuk memproses maklumat yang mereka telah diperoleh. Oleh yang demikian, individu pintar cerdas ini bolehlah dikategorikan sebagai penjana maklumat. Bagaimanapun, menurut Nasca, rakan-rakan sebaya mereka lebih cenderung untuk bersikap mengumpul dan mengingati maklumat serta mengeluarkan semula maklumat tersebut tanpa

memprosesnya secara analitik. Itulah yang membezakan antara pelajar-pelajar pintar cerdas ini dengan pelajar normal.

2.1

Definisi kanak - kakak pintar cerdas dalam konteks pendidikan di Malaysia Di dalam sistem pendidikan di Malaysia, murid pintar cerdas dan berbakat didefinisikan

sebagai murid yang mempunyai keupayaan berprestasi cemerlang disebabkan kebolehan mereka yang tinggi berbanding dengan murid yang seumur dengannya. Mereka juga lulus penilaian tahap kecerdasan atau keupayaan yang ditetapkan oleh KPM dan mereka memerlukan pendekatan khusus dalam pendidikan. Justeru, pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan seorang pelajar yang terbukti cemerlang atau seorang yang berpotensi dalam bidang akademik atau dalam bidang-bidang lain seperti muzik, bahasa, kepimpinan dan lainlain. Pendidikan pelajar pintar cerdas di Malaysia bermula semula pada tahun 2007 apabila seorang kanak-kanak pintar cerdas matematik, Adi Putra Abd. Ghani menjadi perhatian media massa. Beliau telah diuji tahap kepintarannya oleh Prof. Madya Dr. Noriah Mohd. Ishak seorang pakar kaunseling dan psikologi dan Dr. Rosadah Abd. Majid seorang pakar bidang bidang pendidikan khas untuk kanak-kanak pintar cerdas dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Adi Putra didapati mempunyai kepintaran yang superior dalam beberapa bahagian matematik. Adi Putra kemudiannya telah ditawarkan beberapa pilihan program pembelajaran berbentuk pecutan dan pengayaan oleh beberapa buah universiti tempatan. Ini merupakan titik tolak kepada permulaan program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas di Malaysia selepas program PTS yang diperkenalkan pada tahun 1996 yang telah ditamatkan selepas 5 tahun

diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Negara kita.

3.0

JENIS-JENIS KANAK-KANAK PINTAR CERDAS Terdapat enam jenis kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang telah dikenal pasti

(Betts & Neihart, 1988). Jenis pertama. merupakan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang paling senang dikenal pasti adalah mereka yang berbakat. Kanak-kanak dari kategori ini disukai guru dan rakan-rakan sebaya serta mencapai hasil tahap yang tinggi. Mereka lebih suka bergantung pada orang lain berbanding berdikari. Dalam pada itu, mereka juga tidak suka

10

mengambil risiko. Mereka juga tidak suka mengembangkan autonomi dan sebenarnya mereka boleh mencapai sesuatu dengan lebih tinggi jika mereka lebih menentukan hala tuju diri sendiri dan juga tidak bergantung pada orang lain dalam kehidupan seharian mereka. Jenis kedua ialah pencabar. Dalam kategori ini kebiasaannya kanak-kanak ini lebih kreatif. Signifikasi daripada kekurangan sokongan untuk kanak-kanak yang kreatif boleh mengakibatkan tingkah laku yang degil dan memberi cabaran-cabaran untuk guru dan ibu bapa. Justeru, para guru dan ibu bapa perlu bijak dalam menguruskan kanak-kanak ini. Cara yang paling baik untuk membantu kanak-kanak kategori ini ialah sentiasa memberi motivasi dan memahami emosi mereka. Ini akan membantu kanak-kanak pintar cerdas lebih memahami diri mereka dan situasi yang dialami. Jenis ketiga ialah kanak-kanak bawah tanah atau bersembunyi di mana kanak-kanak cuba untuk menyembunyikan kepintaran mereka. Kebiasaan kanak-kanak jenis ini adalah kanak-kanak perempuan yang sedang bersekolah. Mereka sering berasa cemas dan tidak selamat. Hal ini terjadi kerana satu konflik dialami antara sosial dan kejayaan akademik. Jenis ini juga sentiasa mengalami kemurungan kerana wujudnya ketidakyakinan dalam jiwa mereka untuk mengetengahkan bakat yang mereka miliki. Kanak-kanak ini perlu dibantu bagi mengembangkan potensi serta bakat yang ada pada mereka. Jenis keempat adalah kanak-kanak yang keciciran. Kanak-kanak ini mempunyai pencapaian rendah sepanjang masa dan memerlukan program sokongan yang cukup banyak untuk meningkatkan pencapaian pendidikan. Pencapaian rendah boleh dihasilkan disebabkan mereka tidak mempunyai dorongan motivasi yang dipengaruhi oleh program-program yang tidak sesuai untuk mereka. Kanak-kanak pintar cerdas jenis ini seringkali diabaikan kerana sering beranggapan mereka adalah kanak-kanak lembab walhal mereka adalah golongan yang mempunyai IQ yang tinggi. Apa yang diperlukan ialah program khas yang bersesuaian dengan bakat mereka. Jenis kelima dipanggil label berganda iaitu kanak-kanak yang mempunyai kesulitan pembelajaran fizikal atau emosional. Oleh itu, mereka kurang diberi perhatian dan potensi serta bakat mereka dibiarkan. Misalnya, seorang kanak-kanak pintar cerdas yang kurang upaya dari aspek fizikal mungkin kecerdikan yang dimilikinya tidak dipeduli oleh orang lain kerana dilabel sebagai seorang kurang upaya dan sering dipinggirkan.

11

Jenis keenam ialah kanak-kanak berautonomi. Kanak-kanak jenis ini ialah kanak-kanak yang mempunyai cara tersendiri dan tidak bergantung pada orang lain. Kanak-kanak ini akan terus berkembang jika terdapat program-program pendidikan yang bersesuaian disediakan untuk mereka (Betts & Neihart, 1988). Kanak-kanak jenis inilah yang seringkali Berjaya seperi Adi Putra, Safiah, Amalina dan beberapa orang lagi.

4.O

FAKTOR PENYEBAB KANAK-KANAK PINTAR CERDAS Perkembangan individu pintar cerdas dan berbakat ini dapat dilihat dan diperhatikan

sejak kecil lagi. Antara perkembangan yang dikaitkan dengan golongan ini adalah perkembangan fizikal, perkembangan emosi dan juga sosial. Pada pandangan mata kasar masyarakat mereka tidak mempunyai masalah dalam setiap peringkat perkembangan, namun pada hakikatnya yang sebenar golongan pintar cerdas dan berbakat ini juga mempunyai masalah berkaitan dengan kehidupan mereka. Mereka juga memerlukan perhatian dan sokongan yang sewajarnya untuk terus menghadapi kehidupan walaupun pada dasarnya, mereka agak berbeza dengan individu biasa. Oleh itu, isu-isu yang berkaitan dengan golongan pintar cerdas dan berbakat ini tidak harus dipandang enteng oleh semua pihak agar masalah perkembangan yang mereka hadapi tidak akan menganggu perkembangan bakat dan potensi yang ada dalam diri mereka. Piirto (1990) menyarankan lima aspek perkembangan pintar cerdas iaitu genetik atau warisan sebagai faktor utama. Faktor kedua ialah faktor emosi diikuti dengan faktor kognitif yang merujuk kepada keperluan kecerdasan minima sebagai faktor ketiga. Faktor keempat dalam perkembangan pintar cerdas ialah sifat pintar cerdas (talent) itu sendiri. Aspek ini dikaitkan dengan sifat dalaman yang semulajadi dan bermisteri. Aspek yang terakhir ialah ialah aspek luaran atau persekitaran kepada individu yang berbakat. Aspek ini lebih merujuk kepada sokongan dan bimbingan ibu bapa dalam memperkembangkan pintar cerdas dalam diri anakanak mereka.

4.1

Faktor genetik Ramai pakar genetik dan psikologi telah berusaha untuk mencari dan menentukan

sejauh manakah kebenaran bahawa tahap kepintarannya diwarisi malahan, kebanyakan pakar

12

juga bersetuju bahawa asas potensi mental seseorang sedikit sebanyak diwarisi daripada ibu bapanya. Boleh dikatakan bahawa kanak-kanak pintar cerdas sudah menjadi pintar cerdas sejak saat kelahiran. Manakala menurut Profesor Howe, kanak-kanak menjadi pintar cerdas mungkin kerana hasil daripada bimbingan dan didikan ibu bapa serta guru-guru yang berada di sekeliling mereka sejak lahir dan semasa waktu kritikal iaitu zaman pra formal di antara kosong hingga enam tahun. Malahan, Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) turut membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan yang berbeza dan perbezaan itu biasanya diturunkan oleh genetik ibu bapa.. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Kebiasaannya, ibu bapa yang pintar cerdas akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. 4.2 Faktor Emosi Menurut Goleman, kecerdasan emosi pula adalah kemampuan seseorang mengatur kehidupan emosinya dengan inteligensi, menjaga keselarasan emosi dan pengungkapannya melalui keterampilan, kesedaran diri, pengendalian diri, motivasi diri, empati dan keterampilan sosial. Menurut Bee (1999), kanak-kanak pintar cerdas adalah satu golongan yang heterogeneous. Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannya berbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain. Goleman (1999) juga menyatakan bahawa kecerdasan emosi adalah kemampuan lebih yang dimiliki seseorang dalam memotivasikan diri, ketahanan dalam menghadapi kegagalan, mengendalikan emosi dan kepuasan serta mengatur keadaan jiwa. Tuntasnya, seseorang akan berada dalam keadaan yang positif apabila memiliki elemen-elemen tersebut. Beliau juga menambah, kecerdasan emosi adalah lebih penting dan berpengaruh daripada kecerdasan intelektual. Seseorang yang mempunyai kecerdasan emosi lebih berjaya dalam mengatur kehidupan dan akhirnya mencapai cita-cita.

4.3

Faktor Kognitif / mental Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mempunyai kebolehan mental yang

mana jauh lebih tinggi berbanding rakan sebayanya. Oleh sebab itu, keperluan motivasi yang

13

setanding juga perlu diberikan supaya tiada konflik timbul dalam kehidupan mereka kerana sudah ada panduan atau sistem pendidikan yang bersesuaian. Ibu bapa berperanan mempengaruhi perkembangan kognitif mereka dengan memindahkan pengetahuan berkenaan melalui maklumat dan budaya dengan memberi tunjuk ajar mereka melalui perlakuan ibu bapa. Francis Galton pula menyatakan kanak-kanak pintar cerdas sebagai seseorang yang mempunyai penaakulan yang tinggi dan melihat sesuatu itu di dalam perspektif yang berbeza daripada orang biasa. Dalam erti kata lain, perkembangan awal mereka dapat dikenal pasti sebagai seorang individu yang mempunyai pemikiran kognitif yang arasnya adalah lebih tinggi daripada individu lain. Pandangan yang dilontarkan oleh Galton adalah amat bernas kerana bukan semua individu mempunyai pemikiran kognitif yang tinggi serta memerlukan penerokaan yang lama untuk diambil oleh seseorang individu yang biasa. Dalam konteks ini, kemahiran kognitif kanak-kanak ini perlu dipantau agar mereka dapat berfikir secara rasional dalam membuat keputusan.

4.4

Faktor luar dan persekitaran Faktor aspek luaran dan faktor persekitaran adalah berkaitan dengan peranan ibu bapa

serta masyarakat dalam memberi dorongan dan sokongan terhadap anak-anak pintar cerdas. Yang lebih utama adalah dorongan dan sokongan dari ibu dan bapa yang berempati dan dapat menyedari keistimewaan anak kecil mereka. I bu bapa yang memberikan ruang kepada anak mereka untuk berkembang sepenuh potensi diri adalah ibu bapa yang boleh membentuk minda genius. Bagaimanapun, kejayaan mereka kelak tidak boleh diambil dan ditiru bulat-bulat kerana semua kanak-kanak amat berbeza dari segi minat dan personaliti mereka. Hanya ibu bapa yang dapat menilai kemampuan anak kecil mereka dan kemudian melakukan apa yang dirasakan perlu untuk membangunkan potensi dirinya. Seseorang ibu atau bapa yang peka terhadap keupayaan anaknya akan memberi pendidikan yang lebih sempurna dan yang terbaik di peringkat awal lagi. Hal ini demikian kerana jika bakat atau kebolehan tidak dikembangkan secara tidak langsung akan mati. Ternyata, keadaan ini akan merugikan banyak pihak terutama kepada negara, kerana negara memerlukan golongan pintar cerdas ini untuk membangunkan negara.

14

4.5

Bakat Aspek seterusnya ialah aspek bakat itu sendiri. Kebanyakan bakat itu diramal daripada

tingkahlaku ramalan. (predictive behaviours). Bakat ini ditunjukkan secara domain dan dianggap bernilai oleh masyarakat. Terdapat bakat domain yang spesifik seperti seni visual, muzik, kesusasteraan, lakonan, tarian, sukan, rekaan, matematik, sains, dan sebagainya. Ini turut disokong oleh Model Gagne yang menekankan proses pembelajaran ataupun proses pembangunan bakat semulajadi yang dirangsang oleh pemangkin luaran dan interpersonal. Pemangkin-pemangkin ini memainkan peranan dalam membantu pengembangan bakat ataupun membantutkan pengembangan bakat.

5.0 5.1

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS Fizikal Ciri-ciri perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini dapat dilihat

sejak kecil hingga ke peringkat yang seterusnya. Biasanya pada umur diantara 0 hingga 11 bulan, kanak-kanak ini mula mengangkat kepala apabila diletakkan secara meniarap, membuat pergerakan menggunakan lengan dan kaki, mengambil objek menggunakan mulut dan berguling-guling ke belakang dan depan. Selain itu, mereka juga mula belajar untuk duduk dan memusingkan kepala sewaktu duduk. Kanak-kanak ini juga mula memegang objek kecil menggunakan sebelah tangan dan seterusnya dua belah tangan. Mereka juga mula merangkak untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju dan pada peringkat akhir, mereka mula belajar berjalan secara perlahan-lahan dengan bantuan daripada orang lain. Pada umur 8 hingga 20 bulan pula, ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini mula menampakkan kemajuan yang semakin baik. Mereka sudah pandai duduk dengan adanya sokongan, mula memegang objek dengan kedua-dua tangan dan merangkak dengan lebih laju. Pada peringkat ini juga, mereka mula memegang perabot untuk belajar berdiri dan mula berjalan dengan bergantung kepada perabot tersebut. Pada umur 16 bulan, mereka mula berjalan sendiri dan cuba untuk memanjat khasnya tangga di dalam rumah. Pada peringkat akhir lingkungan umur ini, mereka sudah mula pandai membongkok untuk mengambil objek walaupun pergerakan tersebut masih belum stabil sepenuhnya lagi.

15

Pada peringkat umur 16 hingga 26 bulan atau juga dikira sebagai dua tahun, kanakkanak ini semakin aktif. Mereka mula berjalan dengan sendirinya dengan lebih stabil, bangun dan duduk dari kerusi tanpa bantuan daripada orang lain, merangkak menggunakan sokongan tangan untuk menaiki tangga dan mula berminat dengan barang permainan yang berbentuk besar dan menarik. Mereka juga sudah mula belajar menendang bola, menconteng kertas menggunakan pensil dan mula belajar untuk menaiki basikal yang mempunyai tiga roda. Seterusnya ciri-ciri fizikal ini dapat dilihat semasa kanak-kanak ini berumur 3 tahun. Pada peringkat ini mereka sudah pandai menolak dan menarik objek besar, berjalan dengan lebih aktif ke serata tempat, mula belajar berlari dan sudah pandai membuat pergerakan seperti menari iaitu respon kepada bunyi yang mereka dengar. Malah, mereka juga sudah pandai menghadapi sesuatu rintangan yang menghalang mereka. Pada peringkat ini juga mereka suka mengulang perbuatan seperti melompat dan sebagainya serta dapat memegang sesuatu objek dengan lebih kuat. Dalam peringkat ini juga, mereka sudah tahu menconteng kertas dengan membuat bentuk bulat secara bebas. Ciri-ciri fizikal yang seterusnya pula dapat dilihat pada peringkat umur 4 tahun setengah. Kanak-kanak ini mula bergerak dengan lebih stabil, melompat dengan lebih yakin tanpa terjatuh dan dapat mengayuh basikal roda tiga dengan baik dan laju. Mereka juga mula berjalan secara berjengket-jengket iaitu kemahiran menguji kekuatan otot kaki dan berminat dengan permainan yang menguji kemahiran motor mereka seperti menguli tepung atau sebagainya. Pada peringkat ini juga, mereka sudah tahu untuk memakai kasut tanpa bantuan orang lain dan dapat mengenakan butang baju yang dipakai dengan betul.

5.2

Kognitif Kognitif adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental yang terlibat dalam beberapa

keupayaan untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah, menaakul, menganalisis, dan membentuk konsep. Biasanya keupayaan kognitif kanak-kanak dalam golongan pintar cerdas ini dapat dikenalpasti seawal peringkat bayi lagi. Perkembangan kanak-kanak ini dapat diperhatikan dan dipantau oleh ibu bapa kerana biasanya mereka akan menunjukkan perkembangan yang lebih jauh berbanding dengan kanak-kanak seusianya. Sebagai ibubapa yang perihatin mereka akan memberikan sokongan dan tumpuan yang lebih bagi membantu perkembangan kanak-kanak ini. Tahap kebolehan kognitif kanak-kanak boleh diuji

16

menggunakan ujian IQ. Kanak-kanak pintar cerdas biasanya akan mencapai tahap pencapaian sebanyak 140, namun kadangkalanya mereka boleh mencapai sehingga 170 mata. Namun demikian, kesahihan ujian ini masih boleh dipertikaikan kerana ada yang mengatakan perbezaan tahap umur akan menjejaskan perbandingan pencapaian dalam ujian IQ ini. Di bawah ini akan disenaraikan beberapa ciri kognitif kanak-kanak pintar cerdas. a) Mempunyai daya tumpuan yang tinggi dalam melakukan sebarang kerja atau aktiviti. Contohnya kanak-kanak yang diberikan permainan blok dan puzzle akan berusaha sedaya upaya bagi melengkapkannya. Mereka akan meninggalkan atau tidak menghiraukan orang atau keadaan sekeliling mereka kerana daya tumpuan mereka terhadap aktiviti yang menarik minat mereka yang terlalu tinggi. Mereka juga kurang berminat dengan permainan yang dimilki oleh rakan mereka. Dalam proses pembelajaran pula, mereka akan memberi sepenuh tumpuan mereka kepada bidang yang mereka minati.

b)

Boleh dan mempunyai minat membaca diusia yang muda. Biasanya kanak-kanak ini akan mula boleh membaca dalam usia kurang daripada 5 tahun. Mereka juga akan fasih bercakap disamping mampu menggunakan laras bahasa dan kosa kata yang tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang seusianya.

c)

Mempunyai kelebihan yang luar biasa dalam mengingat sesuatu. Dengan kelebihan yang mereka ada, mereka tidak perlu menghafal sesuatu fakta atau ilmu yang mereka pelajari. Mereka hanya perlu memahami isi kandungan dan akan meluahkan semula menggunakan bahasa sendiri. Kelebihan yang ada juga dapat membolehkan mereka membaca dengan cepat dan cepat memahami apa yang mereka ingati.

d)

Perasaan ingin tahu Disebabkan perasaan ingin tahu mereka yang kuat, kanak-kanak pintar cerdas biasanya akan sentiasa mengemukakan soalan-soalan yang mencabar dan inovatif yang mana kadangkalanya pemikiran mereka diluar jangkauan akal kanak-kanak normal. Pada peringkat kanak-kanak lagi sifat ini boleh dikenalpasti, contohnya mereka akan membuka kereta mainan mereka untuk mengetahui komponen-komponen yang ada

17

dalam kereta tersebut. Kadangkalanya sifat ini akan dikenalpasti sebagai perosak oleh ibubapa yang kurang memahami anak mereka yang pintar cerdas. e) Kebolehan membuat rumusan, menganalisa dan menaakul Kanak-kanak pintar cerdas bukan sahaja mampu untuk memahamai pelajaran malah mereka juga boleh membuat rumusan ke atas proses pengajaran dan pembelajaran serta boleh menganalisa dan memberi alasan kepada keputusan yang diambil selepas sesuatu analisa dibuat.

f)

Memindahkan apa yang dipelajari ke bidang lain. Contohnya, mereka boleh mengaitkan teori-teori yang dipelajari berkaitan dengan burung dengan mengaitkannya dengan bagaimana terciptanya kapal terbang.

g)

Memahami dua konsep yang seolah-olah sama. Ini bermaksud kanak-kanak pintar cerdas ini mampu memahami atau membezakan dua konsep yang seolah-olah sama contohnya mereka dapat membezakan konsep berat dan ketumpatan, Cahaya dan terang dan menakrifkan perbezaan antara makan dan minum.

h)

Tertarik kepada pemikiran abstrak. Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu memahami pengetahuan yang canggih, abstrak dan kompleks sehingga diluar jangkauan akal kanak-kanak normal yang lain. Umpamanya mereka akan cuba memikirkan alam selepas kematian manusia.

i)

Memahami kebolehan intelek sendiri. Kanak-kanak pintar cerdas ini telah menyedari potensi mereka pada peringkat awal usia mereka lagi, jadi dengan kesedaran itu maka mereka akan cuba untuk melakukan sesuatu mengikut impian dan juga gaya pembelajaran mereka sendiri. Mereka telah menyedari di mana kekuatan yang mereka ada dan akan mengaplikasikannya bagi mencapai matlamat mereka. Mereka juga menyedari bahawa sekiranya mereka tidak mengaplikasikan pengetahuan yang mereka ada mungkin mereka akan lupa. Manakala ciri-ciri istimewa kanak-kanak pintar cerdas yang berkaitan dalam bidang

matematik pula ialah;

18

i) ii) iii) iv) v) vi)

boleh membuat generalisasi kebolehan menaakul kebolehan untuk mengingat berfikir secara logik fleksibel kebolehan dalam menyelesaikan masalah

Sebagai contoh, kanak-kanak pintar cerdas Adi Putra telah dikenalpasti bakat dan kebolehannya dalam bidang matematik sejak berumur tiga tahun lagi. Bermula dari usia yang sangat muda dia telah menunjukkan potensi diri yang luar biasa antaranya ialah; i) ii) Mencipta kaedah menguasai sifir 1 hingga 12 dengan cara baru. Semasa berumur 5 tahun dia mula mencipta kaedah pengiraan cepat bagi 4 operasi asas iaitu, tambah, tolak, darab dan bahagi. iii) Semasa berumur 6 tahun lagi, dia telah menonjolkan dirinya kepada umum dan mampu membuat soalan-soalan algebra, log, trigonometri, bearing dan lain-lain serta mampu untuk menerangkan kepada orang lain bagaimana mendapatkan jawapan tersebut. Dia juga dianggap telah dapat mengatasi bagaimana seorang professor mengajar. Dari segi emosi pula, kanak-kanak yang pintar cerdas mudah merasa tertekan. Keadaan sosial dan emosi kanak-kanak yang pintar cerdas sangat berkait rapat dengan satu sama lain. Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka.

5.3

Tingkah laku Renzulli (1978) menyatakan bahawa pelajar-pelajar cerdas pintar menunjukkan tingkah

laku pintar cerdaspada situasi-situasi tertentu. Beliau mencadangkan tiga trait utama yang bergabung menjadikan seseorang pelajar itu dikategorikan sebagai pintar cerdas. Trait-trait

19

tersebut ialah kecerdasan atau potensi kognitif yang luar biasa, menyelesaikan masalah secara kreatif, dan komitmen yang tinggi dalam melakukan sesuatu tugas. Trait kecerdasan seperti yang telah dihuraikan merupakan ciri-ciri kognitif. Kreativiti pula seperti huraian Piirto (1999) merupakan ciri-ciri personaliti. Komitmen dalam melaksanakan sesuatu perkara pula merupakan sebahagian daripada trait tingkah laku pintar cerdas. Tingkah laku Pintar Cerdas boleh diukur dalam aspek atau domain berikut: Pembelajaran, Kepimpinan, Komunikasi, Perancangan, Motivasi, Kreativiti, Dramatik, Muzikal, dan Seni. Aspek-aspek tersebut terdapat dalam Skala Pemarkatan Tingkah Laku, Scale for Rating the Behavioral Charactersitics of Superior Students (SRBCSS) (Renzulli et al. 2002). Penilaian terhadap tingkah laku boleh dibuat dengan menggunakan skala pemarkatan tingkah laku oleh guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar berkenaan. Guru-guru yang mengajar pelajar pintar cerdas mengenali kekuatan yang ada pada mereka. Guru-guru boleh membuat pemarkatan untuk menilai tingkah laku pintar cerdas dan tahap kekuatan tingkah laku tersebut dalam aspek-aspek yang terdapat dalam SRBCSS (Renzulli et al. 2002).

5.4

Emosi dan sosial (Afektif) Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat afektif berkaitan dengan perasaan mahupun emosi

dan bukannya fikiran atau daya berfikir untuk memperkembangkan minat dan motivasi membaca. Alam kanak-kanak haruslah berkembang serentak dengan alam-alam kognitif mereka. Manakala menurut Krathwohl dan rakan-rakannya (1964) iaitu orang pertama yang menggunakan terminology afektif telah menemukan satu lagi domain penting adalam perkembangan manusia iaitu afektif. Mereka telah mengkategorikan afektif kepada 3 ciri iaitu penerimaan (receiving), tindakbalas (responding), menghargai dan menilai sesuatu idea (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set) dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterization). Antara ciri-ciri emosi dan sosial (afektif) kanak-kanak pintar cerdas yang dapat dilihat pada kanak-kanak ini ialah; a) Karismatik Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya mempunyai gaya tersendiri dan personaliti yang agak berbeza daripada orang lain. Oleh itu mereka biasanya akan menjadi bintang di sekolah di mana mereka akan menjadi perhatian dalam masyarakat di sekelilingnya.

20

b)

Mementingkan kesempurnaan (Perfectionist) Kanak-kanak pintar cerdas ini akan melakukan kerja-kerja dengan penuh minat dan

mereka amat mementingkan kesempurnaan. Walaupun mereka dapat menyiapkan kerja-kerja mereka namun masih mementingkan kepada kesempurnaan dan sikap ini akan menyebabkan mereka meluangkan banyak masa terhadap apa jua kerja yang dilakukan. Kadangkalanya mereka akan melakukannya sehingga berulang kali bagi mendapatkan hasil yang benar-benar memuaskan hati mereka. Sikap ini juga kadangkalanya akan menimbulkan kemarahan dan ketidak puasan hati mereka terhadap orang lain atau rakan-rakan mereka kerana mereka juga akan menjangkakan hasil yang sama seperti yang dilakukannya daripada orang lain.

c)

Berasa tertekan Sebagai seorang yang bersikap teliti dan mempunyai matlamat sendiri semenjak dari

awal lagi, mereka akan mudah rasa tertekan dalam usaha untuk mengatasi orang lain. Sikap ini juga menunjukkan bahawa mereka takut kalah kepada orang lain dan akan mencetuskan kesan sosio emosi yang lain seperti mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Mereka akan berfikir di luar jangkauan kanak-kanak normal dan ini akan menyebabkan mereka mudah terangsang. Contohnya ketika tidur, mereka mudah terjaga kerana terlalu memikirkan imaginasi mereka. Mungkin bila menonton cerita seram, mereka mula memikirkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan rentetan cerita tersebut. Berikutan dengan sikap ini mereka mungkin akan menjadi fobia kepada bencana seperti kegelapan dan kematian kerana mereka akan sentiasa memikirkan. Contohnya mereka akan selalu bertanya mengenai soal kematian, apa yang berlaku kepada manusia selepas mati, boleh tak kalau manusia tak mati. Persoalan-persolan seumpama ini akan menyebabkan mereka menjadi terlalu sensitif dan fobia kepada sesuatu kejadian.

d)

Sentiasa bekerja kuat Kanak-kanak pintar cerdas biasanya telah mengenalpasti matlamat mereka sejak awal

lagi dan mereka akan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat mereka itu. Disebabkan terlalu memikirkan kepada sesuatu yang dilakukan sehingga kadang kalanya mereka tidak tidur. Contohnya kanak-kanak yang bermain puzzle, mereka tidak akan tidur sehinggalah dapat melengkapkannya.

21

f)

Suka menyendiri Disebabkan terlalu menumpukan kepada kerja, kanak-kanak pintar cerdas ini dikatakan

lebih suka menyendiri dan menyebabkan hubungan sosialnya agak kurang baik berbanding dengan kanak-kanak seusia mereka.

5.5

Personaliti Murphy-Meisgeier Type Indicator for Children (MMTIC) adalah satu instrumen

menentukan personaliti yang berkembang daripada The Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). MBTI adalah instrumen khusus mengenal personaliti orang dewasa hasil kerja Carl Jung (1923) manakala MMTIC adalah instrumen khusus untuk menilai personaliti kanak-kanak. MMTIC berkembang hasil usaha Elizabeth Murphy dan Charles Meisgeier pada tahun 1987 untuk menilai personaliti kanak-kanak berumur 8-12 tahun yang bertujuan membantu kanak-kanak mengenali diri mereka dengan lebih baik serta memberikan panduan kepada guru untuk menyediakan platform pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Menurut Ruf (2008), MMTIC telah menyearaikan lapan jenis personaliti yang terkandung di dalam kanak-kanak pintar cerdas yang memberi kesan terhadap tingkahlaku dan gaya mereka belajar. Lapan jenis personalitI telah dikenalpasti ialah, a) Extrovert Kanak-kanak pintar cerdas ini dikategorkan sebagai ekstrovert kerana mempunyai tenaga yang banyak untuk bergaul dengan ramai orang serta berkomunikasi dengan yang lain b) Introvert Kanak-kanak pintar cerdas mendapat tenaga menerusi kaedah bersendirian. Walaupun mereka masih bergaul dengan ramai orang tetapi memerlukan masa untuk bersendirian bagi memulihkan tenaga.

c)

Sensing Kanak-kanak pintar cerdas mengumpul maklumat menerusi penggunaan semua deria. Mereka sangat teliti dan lebih suka fakta berbanding teori. Mereka suka membuat

senarai, arahan yang jelas, jadual dan kadangkala sukar membuat generalisasi.

22

d)

Intuition Kanak-kanak pintar cerdas kategori ini suka menggunakan naluri dalam melakukan sesuatu atau menyelesakan masalah dan bersikap analitikal dan teoritikal. Mereka lebih gemar melihat sesuatu perkara itu secara umum, menerusi generalisasi dan selesa dengan istilah tidak pasti.

e)

Feeling Kanak-kanak pintar cerdas kategori ini pula lebih mementingkan perasaan. Mereka suka bersifat menang dan menang. Mereka juga sangat pemurah dengan pujian. Namun mereka terlalu menjaga kepentingan orang lain dan kadangkala mudah kecewa jika tidak dihargai.

f)

Thinking Kategori kanak-kanak di bawah personaliti ini bersifat praktikal, dan menggunakan logic berbanding perasaan. Mereka melihat perasaan orang lain sebagai perkara kedua setelah sesuatu keputusan diambil dan dilihat kurang sensitive dalam pergaulan dan komunikasi.

g)

Judging Kanak-kanak pintar cerdas di bawah kumpulan ini bersifat sistematik, tersusun, dan membuat sesuatu keputusan yang boleh dijangka oleh orang lain. Mereka berasa terbaik apabila tugas selesai dengan sempurna, tepat pada masa dan kemas.

h)

Perceiving Kanak-kanak kategori ini lebih bersifat fleksibel, berfikiran terbuka dan kadangkala spontan. Kanak-kanak kategori ini juga dilihat berdikari, membuat keputusan berdasarkan perasaan ketika itu (mood), masa, dan dirasakan betul untuk mereka. Walaupun penyenaraian di atas bersifat tunggal setiap satunya, namun realitinya,

kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kombinasi MMTIC yang pelbagai. Hasil penyenaraian MMTIC di atas, membuatkan guru lebih memahami bagaimana kanak-kanak ini belajar pada keadaan terbaik mereka. Guru yang memahami personaliti kanak-kanak pintar cerdas secara menyeluruh akan memberikan ruang yang lebih kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk membentuk perhubungan yang sihat antara guru dan rakan (Paladin; 2006 dalam Ruf; 2008).

23

5.6

Pemikiran Kreatif Produktif Antara ciri yang dipamerkan dengan memiliki pemikiran yang kreatif ialah sangat yakin

ketika menjelaskan dan menyatakan idea-idea yang telah difikirkan serta idea-idea yang bernas itu terhasil daripada kebolehan mereka dalam membuat hubung kait antara dua idea yang terpencil yang tidak dapat dilihat dan difikirkan oleh orang lain. Malahan, kanak-kanak pintar cerdas juga boleh meneka dan mengecam akan kewujudan seseuatu masalah dalam sesuatu perkara tertentu dan secara spontan mereka dapat bertindak mengikut daya pemikiran yang kreatif. Relaitinya, idea yang sering dilontarkan dapat dikekalkan dengan hujah-hujah yang boleh menarik minat orang lain. Apa yang lebih penting apabila mereka berjaya mengekalkan idea dalam setiap perbincangan atau kolaborasi dengan mereka yang normal. Dalam pada itu, mereka menunjukkan minat yang mendalam dalam menghasilkan projek tertentu seperti projek sains dan robotik. Hal ini demikian kerana projek-projek seperti ini akan menggalakkan mereka supaya berimaginasi dengan lebih jauh dan mendalam. Jika ada yang cuba menandingi idea yang telah dilakukan oleh mereka, pelbagai persoalan akan diajukan sehingga mereka berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

6.0 6.1 a)

CIRI-CIRI UNIK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS Personaliti Minat Minat yang luas dan mendalam dalam pelbagai topik dan bidang menyebabkan konsep kendiri mereka menjadi positif, yakin dan optimistik (selalu berfikir yang positif). Ini berlaku apabila mereka berfungsi secara sihat. Yang sebaliknya akan berlaku apabila mereka menghadapi cabaran tertentu, contohnya mereka tidak difahami oleh orang biasa.

b)

Berkarisma Karismatik, popular dan ada gaya sendiri yang unik menjadikan mereka bintang dalam kelas. Sikap degil dan tidak fleksibel seperti tidak mahu melakukan sesuatu kerja yang tidak diminati serta yang dianggap di luar bidangnya. Selalu bersifat ekstrim.

24

c)

Teliti Melakukan kerja dengan teliti,serta sukakan projek besar yang mengambil masa panjang dan usaha berterusan. Mereka juga sukakan kepada perincian iaitu sikap perfeksionis.

d)

Takut kalah Selalu berasa tertekan untuk mengatasi orang lain. Sikap takut kalah itu sering membawa kepada sikap cemburu dan masalah sosio-emosi yang lain.

e)

Sentiasa tidak berpuas hati Mereka sering meletakkan permintaan dan jangkaan yang tinggi terhadap hasil kerja sendiri. Selalu tidak puas hati dengan pencapaian sendiri dan orang lain dan terlalu bersungguh-sungguh semasa bekerja, tetapi tetap tidak puas hati apabila kerja disiapkan.

f)

Lebihan tenaga Banyak tenaga, seolah-olah tidak perlu tidur apabila melakukan kerja yang diminati. Motivasi mereka menjadi tinggi pada kerja-kerja yang sangat diminati seperti contohnya main lego sampai larut malam.

6.2 a)

Kebolehan kognitif yang tinggi Mampu memahami konsep yang canggih, abstrak dan kompleks Ahli falsafah, merupakan golongan yang tinggi kecerdasan. Kecerdasan berkait rapat dengan pemahaman abstrak yang tinggi. Kecerdasan juga boleh dinilai apabila mereka memahami apa yang dibaca walaupun membaca secara senyap untuk masa yang panjang. Kanak-kanak pintar cerdas tidak suka diganggu dan mudah menjadi marah apabila diganggu semasa melakukan sesuatu yang diminatinya.

b)

Pengetahuan atau skemata yang luas Memahami banyak konsep yang tidak difahami kanak-kanak yang sebaya. Ini menyebabkan mereka gemar meminati permainan yang rumit dan mencabar seperti mainan ingatan, scrabble, silang kata, catur dan permainan komputer yang menguji minda mereka.

25

c)

Memahami persamaan dua konsep Dapat memahami persamaan dua konsep yang tidak diperhatikan oleh individu yang lain. Contohnya antara persamaan telur dan biji benih adalah kedua-duanya dilindungi cengkerang, mengandungi nutrien untuk tumbesaran bayi, bentuk bujur dan sebagainya.

d)

Memahami perbezaan dua konsep yang seolah-olah sama Dapat memahami perbezaan dua konsep yang seolah-olah sama. Dapatkah anda membezakan konsep berat dan ketumpatan? Cahaya dan terang? Cahaya adalah kata nama dan terang adalah adjektif kepada cahaya. Bolehkan anda menakrifkan perbezaan makan dan minum? Seorang kanak-kanak yang pintar cerdas mungkin menakrifkan makan sebagai kunyah dan minum itu sedut.

d)

Memahami manakah isu yang penting Dapat memahami manakah isu yang penting, idea yang teras atau prinsip asas yang penting. Kanak-kanak biasa hanya memberi perhatian kepada perincian yang kurang penting. Contohnya semasa melakukan hasil seni, mereka mementingkan hasilan kerja yang cantik walaupun tidak mengikut cara yang dicadangkan oleh guru kerana mereka menggunakan cara yang tidak terfikir oleh orang lain. Mereka menyedari dan memahami prinsip asas seni iaitu nilai hasil seni terletak pada kecantikannya bukan kaedah atau cara penghasilan

e)

Menggunakan dan memahami kosa kata yang lebih maju Menggunakan dan memahami kosa kata yang lebih maju, ini menggambarkan mereka memahami lebih banyak konsep dan objek berbanding rakan sebaya. Ianyai boleh dilihat dari tingkah laku kanak-kanak lain menanyakan maksud perkataan yang digunakan oleh kanak-kanak pintar cerdas.

f)

Kebolehan membuat rumusan, menganalisa, menaakul Kebolehan membuat rumusan, menganalisa, menaakul. Contohnya mengandaikan makanan yang dihadam akan menjadi hasil perkumuhan. Mereka juga mampu mengaitkan konsep yang difahami dalam situasi baru. Contohnya burung boleh terbang sebab terdapat sayap. Kapal terbang juga boleh terbang sebab ada sayap seperti burung.

26

g)

Ingatan semulajadi Ingatan semulajadi mereka ialah ingatan cair yang memangpun tinggi, dibuktikan dengan kadar mereka mengumpul maklumat seperti membina kosa kata yang banyak walaupun di persekitaran yang sama dengan adik-beradik yang lain. Akibat pengetahuan sedia ada yang banyak, mereka cepat membina dan menyerap konsep baru dengan mengaitkan apa yang telah sedia difahami oleh mereka sebelum ini.

h)

Memindahkan apa yang dipelajari ke bidang lain Memindahkan apa yang dipelajari ke bidang lain. Semasa penyelesaian masalah, mereka dapat menyelesaikan masalah pada situasi yang berbeza. Contohnya pelajar yang menggunakan teknik untuk mengingati fakta dalam subjek dan situasi yang berbeza. Jesteru itu mereka dengan mudah menyedari hubungan antara konsep yang nampaknya tidak berkaitan. Contohnya Newton mengaitkan kejatuhan epal dengan daya tarikan yang tidak boleh nampak.

6.3 a)

Sifat ingin tahu Suka menanya soalan yang mencabar dan inovatif, menunjukkan pemahaman yang matang dan canggih. Contohnya kenapa bintang suka berkelip-kelip? Kenapa planet Zuhal (Saturn) ada gegelang di kelilingnya? Adakah tumbuhan beremosi / jiwa?

b)

Suka membaca buku yang berdasarkan fakta seperti ensiklopedia, menonton dokumentari dan melawat muzium.

c)

Berminat dengan topik seperti dinasour, makhluk asing, ekologi, apa yang berlaku selepas kematian, cerita dongeng, biografi dan ajaran agama yang lain.

d)

Tidak mudah menerima jawapan yang ringkas dan mudah, ingin memahami sesuatu secara mendalam (Kenapa saya tidak berasa terbalik apabila berdiri di hemisfera selatan bumi?). Menjadi kecewa kalau persoalannya tidak terjawab oleh orang dewasa.

e)

Suka memahami sebab dan akibat sesuatu, seperti bagaimana mesin boleh bergerak. Ingin membuka jam untuk memahaminya, dan memikirkan cara menggunakan prinsip

27

jam untuk tujuan yang lain.

f)

Memberi alasan / andaian (hipotesis) terhadap kejadian tertentu. Bunga matahari menyerap cahaya matahari! Durian ada duri untuk mengelakkannya dimakan binatang lain. Fungsi rambut adalah menyerap cahaya matahari sebab warna hitam boleh menyerap haba. Saya kencing sebab poket dalam badan saya telah penuh! (Tidak penting kalau penemuan, alasan atau hipotesis itu tidak tepat atau salah, yang penting adalah kebolehan memberi alasan dan pemikiran logikal). Kebolehan ini selalu dapat diperhatikan pada ahli teori.

g)

Suka mencipta dan menjalankan eksperimen. Mungkin hanya eksperimen yang ringkas. Contohnya meniup udara ke dalam air gelas untuk memerhatikan buih udara, atau mencampurkan susu dengan Rebena untuk mendapatkan minuman baru yang berlainan rasa.

6.4 a)

Perkembangan akademik yang maju Menonjol dalam pemahaman pembacaan, boleh memahami maksud tersirat.

Pemahaman yang tinggi ini boleh dilihat dari dua segi, iaitu kecerdasan bahasa yang baik dan juga mereka cepat membina maksud daripada apa yang telah dibaca. b) Menonjol dalam matematik, terutamanya pemahaman matematik dan menyelesaikan masalah dengan cara yang kreatif (seperti menggunakan grafik / melukis untuk menggambarkan soalan). Contohnya dapat mengaitkan algebra dengan geometri.

c)

Suka kepada buku, membaca untuk keseronokan / sebagai minat. Ini boleh dilihat dengan tingkah laku seperti suka mengunjungi perpustakaan, membaca surat khabar dengan teliti, membeli buku sendiri. Perlu diingatkan, kecerdasan bahasa adalah kecerdasan yang diiktiraf tinggi dalam budaya kita, tetapi bukan semua individu pintar cerdas adalah canggih dari segi bahasa. Biasanya mereka yang tinggi kecerdasan bahasa, akan mendapat pengiktirafan awal.

d)

Fasih bercakap. Idea yang lancar dan menggunakan bahasa yang lebih rumit, seperti ayat yang lebih panjang dan kompleks.

28

e)

Membaca buku yang lebih susah. Apa yang membezakan mereka dengan pelajar biasa bukan setakat tabiat membaca tetapi yang lebih penting mereka membaca buku yang lebih berkualiti. Ini bermaksud buku yang memerlukan pemahaman yang lebih tinggi. Rakan yang sebaya tidak membaca buku yang disukainya. Adik-beradik tidak menyentuh koleksi bukunya.

f)

Menonjol dalam bahasa bertulis. Boleh membina ayat sendiri pada umur yang muda. Berminat dengan membentuk garisan pada pelbagai permukaan dan memegang pena semasa kecil. Ada gaya yang tersendiri dalam bahasa. Penyampaian yang lebih berkesan, contohnya menggunakan analogi atau gambaran visual untuk menyampaikan maksud secara tepat.

6.5 a) b) c)

Perkembangan fizikal Secara keseluruhannya perkembangan fizikal mereka lebih baik daripada rakan sebaya. Berat badan yang lebih tinggi semasa lahir. Jangkaan hidup yang lebih panjang (akibat sikap mementingkan kesihatan, keadaan status sosio-emosi yang lebih bagus dan mungkin faktor genetik).

d) f)

Kadar penyakit kemerosotan mental seperti Alzheimer yang lebih rendah. Kadar membunuh diri yang lebih rendah (mungkin lebih tinggi bagi mereka yang terlampau pintar cerdas dan berbeza dengan orang lain).

6.6 a)

BAKAT YANG ISTIMEWA Kebolehan artistik yang luar biasa dalam satu atau lebih bidang, seperti muzik, seni dan menari.

b)

Suka berkhayal dan imaginatif. Contohnya Jean Paul Sartre semasa kecil telah menulis sebuah novel yang mengisahkan pengembaraan seorang saintis yang memburu ramarama. Penulisan mereka berbeza daripada orang lain dengan gaya (bahasa) yang

29

tersendiri, dan konsep / tema yang kreatif (yang memberangsangkan secara intelek atau khayalan). c) Kreatif dan suka atau menghargai sesuatu yang berbeza, asli dan unik. Contohnya menarik perhatian ibubapa kepada sesuatu karya yang menarik perhatiannya. Meniru karya yang berkualiti tersebut. d) Pandai berjenaka, pandai memujuk dan berdebat. Mungkin pandai menghiburkan orang dewasa. Dia ada gaya sendiri. Menggunakan dan memanipulasikan bahasa secara kreatif. e) Kebolehan bersukan yang luar biasa, seperti ketahanan dan ketangkasan yang lebih tinggi. f) Kemahiran membina dan rekacipta yang luar biasa. Contohnya semasa bermain blok, membina kota yang besar dan rumit, dengan perincian yang rumit. Menunjukkan kebolehan / kapasiti membayangkan struktur dan ruang yang luar biasa. Contohnya mencipta dunia khayalan dengan sistem dan budaya yang rumit. g) Kemahiran kepimpinan yang luar biasa, dianggap sebagai autoriti oleh rakan lain, popular dan dikagumi h) Boleh berfikir secara lateral dan inovatif. Banyak idea yang pelbagai.

6.7 a)

Gaya pembelajaran Menghabiskan masa yang panjang untuk aktiviti yang diminati. Seolah-olah mengasah bakat yang ada pada sendiri.

b)

Pengetahuan

metakognisi,

digambarkan

menggunakan

strategi

sendiri

untuk

mempelajari sesuatu. Selalu bertukar cara untuk mendapat cara yang paling berkesan. Minat kepada teknik ingatan (mnemonik). Perkembangan metakognisi ini berkait rapat perkembangan intrapersonal (pemahaman diri). c) Menolak tugasan yang ringkas dan mudah, atau tidak mencuba langsung kerja yang biasa. Menghabiskan kerja dengan tidak puas hati dan membuta tuli kalau dipaksa melakukan kerja yang tidak diminatinya. Biasanya mereka cenderung menyempurnakan

30

tugasan mudah yang diberi dengan cara yang kompleks (di mana tidak dijangka oleh orang lain atau dianggap berlebih-lebih). d) Motivasi intrinsik dan kawalan dalaman yang kuat. Melakukan sesuatu demi kepuasan diri. Mengabaikan halangan seperti sindiran orang lain. Mungkin dianggap sebagai angkuh atau mencabar autoriti dengan caranya yang tersendiri. e) Motivasi yang tinggi untuk melakukan sesuatu yang diminati tetapi malas dan suka menangani masalah dengan cara yang paling ringkas dan kreatif. Contohnya menjawab secara lisan supaya tidak perlu menulis jawapan penuh. Suka menjawab soalan matematik tanpa menjalankan operasi matematik, terus memberi jawapan kerana tidak menggemari operasi yang panjang lebar. f) Minat yang mendalam dalam topik yang tertentu. Mereka akan mencari maklumat yang banyak dalam topik tersebut. Membuat nota dan menyusun maklumat sendiri secara sistematik tanpa disuruh. Bertindak sebagai seorang pengkaji. g) Memahami dan menangani masalah baru dengan cepat. Senang menyesuaikan diri dalam budaya dan persekitaran yang baru. Dapat mengatasi halangan dan mencapai apa yang diingininya. h) Tidak suka kerja yang berulangan seperti latih tubi. Ini mungkin menjadikan tulisan mereka tidak kemas, sebab terdesak untuk menghabiskan kerja dengan cepat sejak kecil lagi. Malas menyiapkan kerja rumah, terutamanya kerja yang salin-menyalin yang dianggap remeh dan menjemukan. i) Tertarik kepada ransangan atau cabaran baru. Bagi seorang pelajar, mereka lebih bermotivasi mempelajari bab atau subjek yang baru atau bidang pengetahuan yang tidak pernah atau kurang diterokai.

6.8 a)

Perkembangan moral Berusaha menjadi budak baik, membetulkan kanak-kanak lain yang dianggap nakal. Menjadi geram apabila orang lain tidak betul.

31

b)

Idealistik dan berharap dapat menyumbang kepada kebajikan orang lain dan memperbaiki dunia ini. Contohnya meminta ibubapa mengitar semula sampah. Kalau sifat ini menjadi ekstrim, mungkin berasa bersalah dan tertekan sebab merasakan hidupnya tidak bernilai.

c)

Altruistik, dedikasi dan suka menolong orang lain. Simpati dan memahami penderitaan orang lain. Berkaitan dengan rasa bersalah dan bertanggungjawab yang menghantui mereka. Kecenderungan menghukum dirinya, mungkin menganggap dirinya tidak layak mendapat layanan yang baik (bertindak seperti hero yang tragik).

d)

Revolusioner. Suka membawa perubahan dan mencabar status quo. Selalu tidak berpuas hati dengan apa yang sedia ada.

e)

Reaksi yang melampau terhadap kejadian kejam, pembunuhan dan ketidakadilan. Berpegang kepada prinsip keadilan. Tertarik kepada isu-isu seperti peperangan, pemcemaran, Holocaust, kebuluran dan lain-lain. Contohnya, Siti tidak ingin makan selepas menyaksikan kebuluran yang berlaku di tempat A, Siti berasa bersalah untuk memakan.

f)

Bersimpati dengan penderitaan orang dan binatang lain. Akibat perkembangan moral yang tinggi dan sifat sensitif. Menggambarkan kecerdasan interpersonal yang tinggi. Contohnya seorang budak Hinduisme yang mendesak ibubapanya menjadi vegetarian.

g)

Mendukung sistem nilai sendiri, antaranya memilih perkerjaan yang dianggap tidak berprestij oleh orang lain tetapi bermakna bagi dirinya. Berkait rapat dengan perkembangan kecerdasan intrapersonal yang tinggi. Contohnya menjadi penulis cerita kanak-kanak, kartunis, pengkaji serangga dan sebagainya.

h)

Jujur dan ikhlas. Sukar berbohong. Mereka perlu merancang dengan rapi untuk berbohong (susah berbohong secara spontan), dengan itu susah dikesan apabila mereka betul-betul berbohong! Akan bercakap benar apabila dipersoalkan oleh ibubapa. Ibubapa tidak boleh menyalahgunakan sifat mereka ini. Sifat ini adalah ketara terutamanya semasa kecil dan remaja. Contohnya, apabila guru menanya, Siapa yang mengadu? dia akan mengaku.

32

i)

Biasanya kurang terlibat dalam masalah delinkuen atau disiplin. Kalau mereka terlibat dalam masalah jenayah, besar kemungkinan mereka adalah pintar cerdas pencapai rendah di sekolah.

7.0

JENIS-JENIS KANAK-KANAK PINTAR CERDAS Subotnik, seorang pengkaji dalam bidang pendidikan pintar cerdas pernah

mengandaikan kanak-kanak ini ialah mereka yang, Some gifted individuals lives might be too comfortable to push them beyond their limits. Kajian Subotnik terhadap lepasan sebuah sekolah terpilih yang sangat berdaya saing, menunjukkan kebanyakan pelajar mencapai taraf status sosial yang tinggi dan kehidupan yang selesa. Tetapi mereka tidak mencapai apa-apa pencapaian yang luar biasa. Kebanyakan daripada mereka berasa puas hati dengan kehidupan sedia ada dan tidak berminat mendapat nama atau kebendaan yang berlebih-lebih, ataupun penemuan yang penting dalam bidang pengetahuan.

7.1 a)

Domain personaliti Motivasi dalaman Maksud motivasi dalaman di sini adalah kanak-kanak pintar-cerdas melakukan sesuatu

kerana dorongan dari dirinya sendiri. Mereka mungkin tidak suka didorong melakukan sesuatu dengan motivasi luaran terutamanya hukuman, memandangkan sifat sensitif mereka yang suka berdendam untuk masa yang lama. Kanak-kanak yang pintar cerdas mungkin menyedari strategi orang dewasa untuk memanipulasikannya, dan sengaja menggagalkan usaha tersebut. Mereka melakukan sesuatu kerana tertarik kepada aktiviti itu tersebut, bukannya sebab disuruh atau memenuhi jangkaan orang dewasa semata-mata. Motivasi intrinsik ini diperlihatkan oleh tingkah laku mereka yang suka belajar dan mengambil inisiatif dalam memperlajari sesuatu. Mereka mungkin mencabar diri untuk mempelajari sesuatu yang baru dan mendapat kepuasan yang tinggi dalam proses tersebut dan juga hasilnya. Dengan kata lain, disebabkan kecerdasan mereka yang tinggi, belajar itu boleh disamakan dengan main untuk mereka. Tingkah laku ini dapat diperhatikan apabila mereka membaca buku dengan tumpuan yang tinggi dan untuk masa yang panjang atas inisiatif mereka sendiri. Main di situ tidak semestinya bermaksud permainan fizikal yang aktif, tetapi sesuatu yang mereka suka.

33

Contohnya, kanak-kanak pintar-cerdas suka membaca buku di luar sukatan sekolah samada buku cerita atau yang bersifat fakta seperti ensiklopedia. Dengan erti kata lain, motivasi luaran atau ekstrinsik seperti pujian orang dewasa, ganjaran kebendaan, dan hukuman bukan pendorong utama kepada tingkah laku mereka. Berbanding dengan kanak-kanak yang lain, mereka suka belajar dan menikmati proses pembelajaran tersebut. Pembelajaran adalah menyeronokkan kepada mereka, sebagaimana bermain.

b)

Jangkaan yang tinggi dan sikap perfeksonis Perfektionis, secara ringkasnya bermaksud permintaan yang tinggi terhadap hasil kerja

dirinya dan juga orang lain. Seperti yang digambarkan oleh jangkaan diri yang tinggi oleh Freud semasa zaman remaja. Ini dapat diperlihatkan dengan tingkah-laku mereka yang selalu memperbetulkan hasil kerja yang sedia ada. Mereka juga menjangka tinggi pada orang lain dan berasa tidak puas hati apabila rakan sekumpulan mereka tidak mencapai tahap yang dijangka tersebut. Ini selalunya menjadi punca konflik, McClintock yang sangat cerdik dan menjangka tinggi pada pelajarnya, menjadikan calon di bawah penyeliaannya melarikan diri apabila melihatnya. Alasannya McClintock was not about to waste her time on inept students, especially when jobs were scarce for even the best (McGrayne, ms 161). Dia juga dikatakan tidak berminat berbual dengan orang yang tidak begitu cerdik sepanjang hayatnya. Bagi Rita Levi-Montalcini, She places a great importance on intelligence, and she could not tolerate stupidity very well (Ibid, ms219). Disebabkan jangkaan hasil yang terlalu tinggi ini, mereka selalu tidak puas hati dengan hasil atau pencapaian mereka sendiri, walaupun kerja mereka sudah dianggap cukup baik bagi orang lain. Mereka mungkin selalu bertangguh kerja sehingga saat terakhir, sebab belum mendapat idea yang canggih lagi (pada pandangan mereka sendiri). Mereka juga mungkin takut memulakan sesuatu kerja atas sebab yang sama. Pujian orang lain susah mengubah persepsi mereka sebab mereka mendukung penilaian dan sistem nilai sendiri.

c)

Pemikiran yang terbuka Pemikiran yang terbuka bermaksud sikap yang sedia menerima dan memahami dari

perspektif orang lain. Sebaliknya sikap konservatif bermaksud sentiasa menolak, kaku dan

34

enggan mencabar konsep yang sedia ada. Kita perlu memahami menerima tidak semestinya bermaksud bersetuju ataupun mengikut bulat-bulat, tetapi kebolehan memahami kenapa orang lain berpegang kepada pendirian yang tertentu. Pemikiran yang terbuka juga membawa maksud mereka fleksibel mengikut situasi atau keadaan semasa, dan membuat keputusan mengikut pertimbangan yang munasabah berdasarkan pengetahuan dan pemahaman mereka. Kanak-kanak yang pintar-cerdas lebih senang mengambil perspektif orang lain (kurang egosentrik) dan boleh berfikir apakah masalah, idea, dorongan, keperluan orang lain. Sikap terbuka ini boleh diperlihatkan dalam penerimaan (dan menjiwai) perbezaan kebudayaan, kepercayaan, sistem nilai, dan peranan jantina yang fleksibel. Mereka tidak memilih kerjaya mengikut stereotaip jantina, contohnya seorang kanak-kanak perempuan yang pintar-cerdas mungkin berazam menjadi ahli bomba atau jurutera. Mereka suka dan menyenangi budaya kaum yang berbeza dan ingin memahami budaya orang lain, dan menunjukkan sifat ingin tahu seperti seorang anthropologis. Mereka bersikap terbuka dan tidak menghadapi masalah memahami dan menerima golongan yang minoriti seperti orang cacat, homoseksual, pelajar lain yang tidak popular dan lain-lain. Mereka juga sedia menerima idea baru, konsep baru yang berlainan dengan pegangan mereka dengan senang. Mereka fleksibel membawa diri dalam situasi yang berbeza, seperti di organisasi yang tidak biasa. Sifat senang menyesuaikan diri ini juga boleh dilihat mereka senang menyesuaikan diri semasa masa transisi dari sekolah rendah kepada sekolah menengah sehingga peringkat pengajian tinggi. Contohnya cara pembelajaran untuk peringkat yang berbeza ini adalah berlainan, mereka cepat menguasai rahsia tersebut dan senang menjadi cemerlang dalam akademik, contohnya mereka lebih memahami apa yang dikehendaki oleh guru dan menjawab berdasarkan itu. Keadaan ini tidak bermakna mereka dapat menghadapi cabaran hidup dengan senang, sebab mereka menghadapi masalah lain yang tidak dihadapi orang lain. Masalah kanak-kanak pintar-cerdas akan dibincangkan dalam bab yang satu lagi.

7.2 a)

Domain intelek Kebolehan intelek am Maksud kebolehan intelek am ini bermaksud, mereka bukan hanya menonjol dalam satu

35

subjek atau kemahiran yang tertentu sahaja tetapi kelebihan dalam keupayaan mental secara am dan keseluruhan. Contohnya dari segi ingatan, bahasa, mengeluarkan idea, penaakulan, menganalisa dan pemahaman secara am. Mereka nampak lebih faham-faham. Dengan kebolehan mental yang lebih tinggi ini, mereka boleh menguasai kebanyakan subjek. Contoh yang biasa kepada kita adalah pelajar cemerlang dalam SPM. Mereka menunjukkan pengetahuan yang luas, dan mengetahui banyak maklumat yang tidak diketahui kanak-kanak lain, lebih-lebih lagi bagi topik yang menarik perhatiannya. Contohnya, apabila guru menanya apa warna isi buah tembikai, kanak-kanak menjawab warna merah, dan Ali mengatakan Ada tembikai kuning!, keadaan ini menunjukkan Ali lebih berpengetahuan berbanding kawannya. Kanak-kanak yang biasa hanya memahami bapa yang membeli susu, tetapi kanak-kanak pintar-cerdas menyedari susu dari pasarya adalah datang dari lembu! Katakanlah bagi tajuk telur, kita boleh membandingkan pengetahuan dan konsep dua orang kanak-kanak: i) . Pengetahuan kanak-kanak biasa 4 tahun: ii) Boleh makan Ayam menetaskan telur, telur akan menjadi anak ayam

Pengetahuan kanak-kanak pintar-cerdas 4 tahun: Boleh dimakan, terutamanya telur ayam dan telur itik Terdapat binatang yang melahirkan anak dan ada yang lahirkan telur Telur dimasak tidak boleh menetas menjadi anak ayam Telur perlu diperam pada suhu yang sesuai untuk menetas Adanya telur yang elok dan buruk Hanya ibu ayam atau itik boleh mmenetaskan telur Anak ayam atau iktik akan menjadi ibu dan bapa ayam dan menetaskan anak yang lain Kelebihan yang lain termasuklah daya ingatan, daya pemerhatian dan tumpuan yang

baik. Ingatan dan daya pemerhatian yang baik adalah berkait rapat dengan tumpuan yang tinggi itu. Daya pemerhatian yang baik bermakna mereka boleh mengenalpsti perincian yang diabaikan oleh kebanyakan orang lain. Contohnya, kanak-kanak itu mungkin boleh membezakan daun sayur yang berbeza, jenis kereta dan lain-lain. Mereka mungkin bertanya

36

kenapa ikan emas tidak pernah tidur, bentuk bulan boleh berubah dan sebagainya. Daya tumpuan yang tinggi bermaksud menjalankan sesuatu aktiviti untuk satu jangka masa dan tidak senang dipengaruhi oleh gangguan di sekeliling.

b)

Minat yang luas Minat bukan terhad kepada subjek akademik di sekolah sahaja. Ia juga merangkumi

aktiviti-aktiviti, hobi-hobi, topik-topik lain yang tidak dimasukkan dalam sukatan sekolah. Hobi adalah mainan bagi orang dewasa. Kebanyakan daripada kita memiliki hobi yang tertentu, seperti mengumpul, seni lukis, seni muzik, beristirahat dan senaman, memasak dan berkomputer. Golongan pintar-cerdas menunjukkan bakat, minat dan hobi yang luas. Mereka juga terlibat giat dalam aktiviti tersebut itu dengan motivasi yang tinggi, mereka melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan tumpuan yang tinggi. Contohnya melukis dan membaca seorang diri selama beberapa jam. Bacaan mereka adalah meluas dan mereka membaca buku yang lebih baik, atau buku yang lebih susah difahami, lebih banyak maklumat, lebih tinggi tahapnya dan lebih mencabar konsepnya, ini disebabkan pemahaman mereka yang lebih baik berbanding rakan yang sebaya. Topik yang mereka baca juga lebih luas. Mereka membaca sebab naluri ingin tahu yang tinggi bukan sekadar untuk menghadapi peperiksaan atau diminta oleh orang dewasa. Seorang yang pintar-cerdas mungkin berminat dengan banyak subjek dan topik, seperti psikologi, biologi, agama, sejarah, sains dan pengurusan. Bagi kanak-kanak, mereka mungkin berminat dengan topik-topik seperti dinasour, makhluk asing, serangga, magnet, jam, telur, binatang, mengumpul spesimen daun, memasak, api dan bayang. Kalau anak murid anda memperlihatkan tingkah laku yang sangat berminat terhadap kebanyakan topik yang memberangsangkan, dia berkemungkinan seorang yang pintar-cerdas. Dia mungkin

menyimpan sebuah buku nota atau diari untuk merekodkan apa yang diketahuinya dan temubual orang dewasa. Dengan berlalunya masa, dia mencapai tahap kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam dua atau lebih bidang seperti melukis, menyanyi, astrologi, memasak atau dalam bidang perubatan herba. Minat mereka luas dan mendalam, menunjukkan sikap tertarik kepada pengetahuan dan mengasah bakat yang ada pada mereka.

37

c) Saya : Aini :

Pemikiran logikal dan kritikal Bolehkah kita makan susu? Susu untuk minum bukan makan. Apakah bezanya makan dan minum? Kalau makan kita kunyah! Minum itu sedut. Tapi kalau cikgu makan susu? : Boleh, kalau dia gula susu.

Saya : Aini :

Saya : Aini

Begitulah canggihnya pemikiran seorang kanak-kanak pintar-cerdas yang ditemuduga oleh penulis. Kanak-kanak itu adalah seorang pelajar Melayu perempuan yang berusia 6 tahun di Pra Sekolah Masalah Pembelajaran di sekolah saya. Perbualannya tersebut jelas memperlihatkan pemikiran yang kritikal dan analitikal. Soalan yang ditanya bukan memerlukan kanak-kanak memberi maklumat tetapi mengkehendaki mereka memberi alasan dan menaakul. Kanak-kanak tersebut menjawab dengan baik, contohnya dia dapat memberi definisi makan dan minum untuk membezakan dua konsep ini. Pada pengalaman kita, kadang-kadang adalah susah untuk kita memperjelaskan sesuatu yang kita sudah biasa dan fahami. Memberi definisi kepada konsep-konsep merupakan item bagi sesetengah ujian IQ. Seorang yang logikal cekap mengesan kesilapan pada logik orang lain. Dia memahami keadaan yang tidak munasabah dan pandai menyampaikan konsep ini dengan jelas kepada orang lain. Dia suka menanya kenapa dan bagaimana. Ini mungkin menimbulkan perasaan kecewa bagi pihak ibubapa dan guru. Ibubapa jangan jawab sembarangan kalau tidak faham, sebab jawapan yang tidak betul akan mengelirukan kanak-kanak tersebut. Mereka berasa benci kalau mereka dapat mengesan kesilapan logik pada orang lain. Ahli pidato merupakan golongan yang pandai dalam aspek pemikiran logikal ini.

d)

Pemikiran yang abstrak dan kompleks Banyak golongan pintar-cerdas menunjukkan minat yang mendalam terhadap idea yang

abstrak dan terperinci. Mereka tertarik kepada teori dan falsafah. Pada zaman remaja mereka menjadi kagum kepada ahli pemikir yang terkenal dan suka membaca buku terhadap falsafah,

38

psikologi, pengajian sosial, sains dan matematik pada usia yang muda. Pemikiran abstrak boleh dikatakan satu-satunya ciri-ciri yang paling signifikan membezakan seorang yang pintar-cerdas dengan orang kebanyakan. Pada peringkat kanak-kanak, mereka lebih cepat memahami konsep yang abstrak seperti konsep sifar, nombor negatif, masa. Contohnya dia boleh menyatakan perbezaan antara jam tangan, jam, masa dan tempoh. Jam tangan adalah alat untuk menunjukkan masa, jam jugalah unit masa untuk mengukur panjangnya masa, tempoh adalah berapa lamanya masa itu. Pemikiran yang abstrak bukan setakat melibatkan pemikiran semata-mata, tetapi juga penyampaian idea itu dalam bentuk bahasa. Mereka cekap mendefinisikan sesuatu konsep. Sebenarnya inilah konsep yang digunakan oleh banyak ujian kecerdasan, iaitu keupayaan mendefinisikan konsep. Perkembangan bahasa selalu berkembang selaras dengan

perkembangan konsep.

e)

Kefasihan bahasa dan aliran idea yang lancar Disebabkan perkembangan bahasa mereka yang lebih baik, mereka fasih bercakap dan

banyak idea. Satu aspek yang senang diperhatikan adalah penggunaan perkataan yang tidak diketahui kanak-kanak sebaya, guru perlu prihatin kalau mendapati kanak-kanak lain menanya apakah maksud perkataan canggih yang digunakan oleh seorang kanak-kanak. Ayat yang dipertuturkan juga lebih kompleks dan pelbagai dari segi strukturnya, seperti menggunakan ayat pasif, menyoal serta ayat yang panjang dan lebih lengkap. Bahasa mereka juga lebih teratur, memperlihatkan aliran idea yang jelas dan lancar. Adalah biasa kanak-kanak bercakap dengan menjangkau perkataan dan sukar mengekalkan satu topik perbualan, sebaliknya kanak-kanak pintar-cerdas boleh bercakap dengan orang dewasa berkaitan sesuatu peristiwa dengan jelas.

7.3 a)

Domain Emosi Penyesuaian sosial yang baik Secara keseluruhannya, kanak-kanak pintar cerdas adalah canggih dari segi

perkembangan sosial. Mereka menjadi bintang dalam kelas dan selalu menarik perhatian guru

39

murid. Pada masa yang sama, kita menganggap mereka yang pintar cerdas hanya mementingkan pembelajaran dan pekerjaan tidak pandai bersosial. Keadaan ini terutamanya berlaku pada tempoh mereka paling produktif dan menumpukan segala perhatian dalam kerja.. Kanak-kanak pintar cerdas dari segi pergaulannya menominasi rakan sebaya. Kanakkanak pintar cerdas menjadi pemimpin, kanak-kanak lain berasa kagum dan senang mengikut ideanya. Dengan kata lain, dia ada pengaruh sosial. Tetapi kalau kecerdasannya terlalu berbeza, keadaan yang sebaliknya berlaku.

b)

Konsep kendiri yang positif yang sering berubah Konsep kendiri ini tidak bersifat kekal. Keyakinan mereka senang terjejas kalau mereka

menghadapi persaingan hebat dengan pelajar pintar cerdas yang lain. Mereka akan berasa rendah diri dan seterunya meragui nilai hasil kerja dirinya. Konsep kendiri ini bagaikan pedang dua mata bagi mereka, terutamanya bagi mereka yang bersifat sensitif dam perasan. Konsep kendiri yang positif ini adalah salah satu faktor pelindung kepada masalah dan faktor penggalak kepada kejayaan mereka dalam kehidupan. Keyakinan diri yang tinggi akan memberi kesan kepada perkembangan mereka dari pelbagai segi: i. ii. iii. iv. Berani mencuba perkara yang baru. Menyedari dan yakin merebut peluang yang sedia ada. Ini seterunya memberi lebih pendedahan / pengalaman kepada mereka. Tidak senang diganggu oleh kesan kegagalan.

7.4

Domain Kreativiti Kreativiti menjadi isu yang penting dalam pendidikan pintar cerdas. Ia merupaka satu-

satu ciri yang paling unik bagi golongan ini, walau bagaimanapun ini tidak bermakna semua golongan pintar cerdas kreatif ataupun sebaliknya semua orang yang kreatif adalah pintar cerdas. Perhatikan ciri-ciri seperti berdikari, idea yang tersendiri, keunikan, keaslian adalah berkait rapat dengan ekspresi diri dan kecerdasan intrapersonal yang tinggi.

40

Sifat kreatif ini selalunya membawa kepada sifat lain yang tidak begitu dikehendaki oleh masyarakat, seperti tidak memberi perhatian kepada perincian, cuai, tidak berorganisasi, suka bersendirian, sukar difahami. Mereka yang kreatif mesti menyampaikan kreativiti itu dalam domain yang tertentu seperti seni, sains atau falsafah. Ini bermakna, kreativiti ini mesti disertakan pengetahuan, kemahiran, bakat yang lain. Contohnya penyanyi yang kreatif perlu memiliki suara yang baik terlebih dahulu.

a)

Berdikari Berdikari bermaksud sanggup bekerja keseorangan, memulakan sesuatu dan

menghabiskannya atas usaha sendiri. Seorang yang kreatif perlu menanggung tekanan menjadi berbeza daripada majoriti yang lain di samping sikap tabah kepada pengalaman gagal. Dia menyenangi tidak diterima oleh orang lain ataupun dianggap betul. Kenyataan ini juga sesuai bagi menerangkan mereka yang kritis. Dalam aspek ini, kelebihan golongan pintar cerdas sebenarnya jugalah punca masalah sosioemosi mereka. Seorang yang berdikari suka menyelesaikan masalahnya sendiri, lebih-lebih lagi tugasan yang mencabar. Dia tidak suka panduan atau arahan oleh orang lain. Keadaan ini mungkin menjadi punca kepada satu lagi masalah mereka: sukar bekerja dengan orang lain. Seseorang yang kreatif itu unik, keunikan itu bermakna dia berbeza, perbezaan ini menjadikannya sukar berkongsi idea atau pandangan.

b)

Keaslian Antara kriteria yang paling penting untuk menilai samada seseorang adalah pintar

cerdas dalam bidang yang tertentu adalah menilai keaslian dalam hasil kerjanya. Semua orang boleh mencapai kualiti yang baik, tetapi hanya golongan pintar cerdas boleh mencapai kualiti keaslian ini. Seseorang yang pintar cerdas juga membuktikan keistimewaannya dalam aspek keaslian ini. Dengan kecerdasan yang sama tinggi, keaslian dan kreativiti yang menentukan samada seseorang biasa atau luar biasa. Keaslian adalah antara ciri-ciri pintar cerdas yang paling dihargai. Seorang yang kreatif tidak suka mengikut-ikut jejak kaki orang terdahulu. Ini tidak bermaksud mereka tidak meniru semasa menghasilkan sesuatu kerja. Semasa kecil, mereka

41

cenderung meniru hasil karya yang baik dan kreatif. Peniruan itu hanyalah satu bentuk pembelajaran, apabila mereka sudah cekap dalam ekspresi diri secara bebas, mereka akan berusaha mencipta gaya sendiri. Mereka agak menegaskan setiap hasil kerja itu membawa gaya unik yang tersendiri, dengan kata lain mereka ada gaya.

c)

Mengambil risiko Apabila kita mengkaji biografi pereka yang cemerlang seperti George Westinghouse

yang mendapat beratus-ratus hak paten, mereka tidak suka ke sekolah, sebab kecerdasan mekanikal mereka tidak mendapat sokongan yang secukupnya di sekolah. Bagi individu dengan kecerdasan dan minat yang tidak konvensional, biasanya keputusan sekolah mereka adalah biasa, contohnya Erikson, Maslow, Charles Darwin. Bagi pereka seperti Westinghouse, Thomas Edison dan George Stephenson, mereka tidak dapat menyesuaikan diri dalam sekolah. Mereka juga cenderung mengambil jalan yang bukan konvensional dalam kerjaya. George Stephenson tidak pernah ke sekolah, Edison hanya beberapa bulan. Stephenson adalah buta huruf semasa remaja dan belajar sendiri. Dalam kehidupan yang penuh dengan pelbagai kemungkinan, mereka yang berani mengambil risiko selalu mendapat ganjarannya (walaupun bukan dengan senangnya, atau dengan segeranya). Contohnya dalam dunia keusahawanan, sifat ini dianggap sangat penting. Sifat ini jelas ditunjukkan oleh pereka dan saintis yang membuat pelbagai percubaan sebelum berjaya. Sifat suka mengambil risiko ini mungkin membahayakan diri mereka, ibubapa perlu memberi perhatian kepada isu keselamatan.

d)

Kepelbagaian Kepelbagaian ini boleh dikaitkan dengan sifat kompleksiti yang ada pada mereka. Dalam

karya seni, kanak-kanak pintar cerdas menggunakan pelbagai jenis media (kolaj, cat air etc.), tema dan unsur untuk menyampaikan ideanya. Mereka tidak terkongkong kepada media atau tema yang tertentu. Mereka juga suka mencuba melukis tema yang berlainan berbanding kanak-kanak lain dan mencuba sesuatu yang baru. Kepelbagaian ini jelas diperlihatkan dalam minat mereka yang pelbagai dan potensi yang pelbagai. Ia memungkinkan mereka mensintesiskan apa yang ada dan menghasilkan

42

sesuatu yang baru dengan kombinasi yang tidak terbayang oleh orang lain. Ini memerlukan seseorang melihat sesuatu dari perspektif yang berlainan. Kepelbagaian ini juga dapat dilihat dalam idea mereka yang bergabungjalin dan serba mencakupi pelbagai konsep dari bidang yang berlainan, satu petanda sifat kompleksiti.

e)

Keterbukaan Sifat keterbukaan ini juga bermakna dia sanggup menerima (memahami dan berempati)

idea, pandangan, ideologi orang lain. Ini tidak bermakna dia berdiri di atas pagar, sebab menerima tidak bermakna menyokong atau bersetuju. Menerima hanya bermakna tidak menolak dan memahami kenapa orang lain menyokongnya. Dari segi perkauman, sikap ini sangat penting untuk menjamin keadaan yang harmonis. Sifat ini menunjukkan kualiti fleksibel, mudah lentur, memahami dan bertimbang rasa, sikap ini juga ditunjukkan dalam aspek peranan gender, sikap terhadap status, agama dan budaya. Mereka tidak mendiskriminasi berdasarkan perbezaan status. Ini dapat dilihat dari segi sikap mereka yang sama semasa berbual / berhadapan dengan golongan atasan atau di bawahnya. Sikap ini selalu dikaitkan dengan sifat progresif, dinamik, futuristik dan demokratik. Sikap ini mungkin tidak diterima baik, sebab idea mereka yang terlaku radikal mengejutkan orang lain dan sukar difahami, diterima. Contohnya mereka tidak melihat perbezaan dalam peranan jantina, kenegaraan, perkauman dan agama. Patriotisme mungkin dianggap sejenis diskriminasi yang bodoh bagi mereka. Sikap ini menjadikan mereka prihatin kepada perkembangan terkini sejagat, contohnya kebuluran yang berlaku di negara lain.

7.5 a)

Domain Moral Tingkah laku yang betul Semasa kecil, kanak-kanak pintar cerdas agak prihatin terhadap apa yang betul dan apa

yang salah, mereka memiliki konsep betul dan salah yang kuat, dan berusaha menjadi budak yang baik pada mata orang dewasa. Mereka akan menegur rakan atau orang dewasa yang melakukan sesuatu yang tidak betul pada tanggapan mereka. Mereka menunjukkan pertimbangan sendiri yang unik dan memiliki sistem nilai yang tersendiri. Apa yang dianggap penting oleh mereka mungkin tidak dianggap penting kepada orang lain.

43

Mereka suka mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan penilaian tentang apa yang betul dan salah, baik atau jahat bagi sesuatu perkara / kejadian dan individu lain. Ini merupakan asas kepada penaakulan moral untuk peringkat yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna penilaian mereka adalah kaku, ia berubah mengikut tahap perkembangan mereka.

b)

Idealistik, altruistik dan emapti Ciri-ciri ini semua berkaitan dengan perkembangan kecerdasan intraperonal,

interpersonal dan moral. Disebabkan sifat keadilan atau righteousness, mereka berasa marah dan kecewa dengan sesuatu yang dianggap tidak betul (tidak adil), mereka akan berusaha untuk membetulkan ketidakadilan tersebut. Sifat ini terutamanya semasa peringkat kecil di mana perkembangan moral berlaku. Katakanlah dia menunjukkan kesedaran sivik yang baik, dia berasa tidak suka kalau kawan mereka membuang plastik di taman bunga. Dia mendapat kepuasan dari nilai hasil kerjanya, bukan untuk tujuan kebendaan semata-mata. Dia bukan seorang yang bekerja untuk status dan duit / untung maksimum sahaja. Motivasi yang lain seperti kesempurnaan diri, simpati, sifat ingin tahu dan hidup yang bermakna lebih menjadi dorongan untuknya. Mereka mungkin menjadi seorang yang revolusener, contohnya menjadi advocate satu hari nanti. Contoh pekerjaan yang idealistik (tetapi bukan semestinya) adalah seperti pekerja sosial, jururawat, doktor, guru (khas), penulis atau pengkritik, seniwan, ahli akademik, saintis, aktivis. Seseorang yang altruistik mementingkan kebajikan orang lain, dia bersifat murah hati, bersimpati dan bersemangat, dia mungkin sanggup mengorbankan (kebajikan) sendiri untuk orang lain pada situasi yang tertentu. Sikap yang berlawanan dengan altruistik adalah sikap dingin, menjaga kepentingan masing-masing dan enggan bertolak ansur. Empati bermaksud kebolehan memahami atau menyelami emosi dan perasaan orang lain. Contohnya kita memahami perasaan cemas semasa dompet hilang sebab kita sendiri pernah mengalaminya, atau kita pernah kehilangan benda penting yang lain. Dengan itu kita dapat memahami perasaan orang lain yang mengalami situasi yang lebih kurang sama, untuk memberi respon yang sesuai.

44

Kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan kelebihan yang lebih tinggi memahami perasaan dan situasi orang lain. Perlu diperhatikan sebab kebolehan mereka untuk memahami orang lain, mereka mungkin cuba memanipulasikan orang lain untuk membuktikan dia lebih superior dan mendapat kepuasan. Sebagaimana yang kita boleh lihat pada banyak kes penipuan dan jenayah kolar putih yang berlaku dalam masyarakat.

8.0 8.1 a)

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB Kementerian Kesihatan Peranan pakar perubatan dan pakar pendidikan khas Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan

menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko dan dikenalpasti sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Dari perspektif perubatan, kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai mengalamai kecacatan atau terdiri daripad kanak-kanak kurang upaya. Oleh itu pendekatan perubatan terhadap kanak-kanak ini adalah untuk memulih atau mengubati kecacatan yang dialami. Pakar perubatan merupakan kumpulan profesional yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) yang dilakukan oleh ahli perubatan berasaskan kepada ciri-ciri perubatan. Pengesahan sama ada seseorang kanak-kanak perlu belajar di sekolah biasa atau sekolah khas dilakukan oleh ahli perubatan. 1. Mengenal pasti kanak-kanak sama ada dari sekolah sendiri, kawasan

berhampiran,melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun hospital. 2. Guru pendidikan khas mengadakan perbincangan dengan ibu bapa untuk mengumpul maklumat awal diri murid dan memberikan borang penapisan kanakkanak pendidikan khas (KP /8530-PP /No 1.111) untuk dipenuhi. 3. Ibu bapa kemudiannya dikehendaki memenuhi segala butir-butir peribadi dan latar belakang murid.

45

4.

Ibu bapa membawa kanak-kanak ke hospital untuk menerima pengesahan masalah kesihatan dan cadangan penempatan.

5. 6.

Borang yang lengkap akan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Khas. Jabatan Pendidikan Khas akan menempatkan kanak-kanak berkenaan ke sekolah atau kelas yang bersesuaian atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

7. 8.

Surat penempatan akan dihantar kepada ibu bapa. Merekod pendaftaran. Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berasaskan kecacatan atau

kekurangan yang dimiliki berdasarkan ciri-ciri perubatan. Pakar perubatan menekankan kepada pemulihan daripada kecacatan atau kekurangan. Sebab atau punca kecacatan atau kekurangan diberi fokus utama dan cadangan untuk mengatasi kecacatan berkenaan diberikan. Pemuliharaan (rehabilitation) dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah perubatan dengan tujuan untuk memastikan kecacatan atau kekurangan yang ada pada seseorang itu tidak bertambah teruk. Pakar pendidikan khas bermatlamat memberi pendidikan sebaik mungkin, yang bersesuaian dengan potensi yang ada pada murid berkeperluan khas dengan mengambil kira bahawa kecacatan yang ada pada seseorang bukan penghalang kepada mereka untuk mendapat dan berjaya dalam pendidikan. Kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai satu golongan manusia yang memerlukan pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai ciri-ciri boleh mengurus diri sendiri dan mempunyai keupayaan untuk menerima pendidikan (educable) seharusnya diterima untuk bersekolah. Dalam pelaksanaan pendidikan khas, tumpuan diberi kepada perkaraperkara berikut: a. b. c. d. Penyampaian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Peralatan Bilangan Pelajar dalam Kelas

46

e. f. g.

Guru Pendidikan Khas Terlatih Pengubahsuaian Kurikulum Aktiviti Kokurikulum

8.2

Kementerian Pendidikan Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an dikalangan

sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas.Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanakkanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran. Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan Pendidikan Untuk Semua di Jomtien, Thailand yang menekankan : Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. Pada tahun 1959, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin . Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini

47

dinyatakan bahawa; sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk muridmurid yang kurang upaya. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak kurang upaya. Kementeriankementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat ( kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan: a) Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah

pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik. b) Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikankanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik. c) Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang

48

menyarankan bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. 41.1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melaluiperaturan-peraturan menetapkan: a. Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas; b. c. Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas; Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan d. Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat. . 8.2.1 Jabatan Pendidikan Khas Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada I Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama dengan status jabatan-jabatan lain. Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat seta melaksanakan Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas itu sendiri.

49

Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas juga menjadi faktor utama yang menyebabkan berkembangnya pendidikan ini. Objektif menaik taraf Jabatan Pendidikan Khas ialah untuk: i. Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan keperluan Khas ii. Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan keperluan khas. iii. Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan keperluan khas. iv. Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini. v. Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. Bagi mencapai kelima-lima objektif yang telah disenaraikan, Jabatan Pendidikan Khas terbahagi kepada tiga bahagian dan satu unit: a. Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan pendidikan khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai pendidikan khas dan menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan membuat perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas. b. Bahagian Pengurusan Sekolah Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola dan menyelaras kurikulum dan kokurikum. c. Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru dan memberi khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat di samping merancang, mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan sekolah, dan mencetak bahan sokongan (seperti bahan Braille).

50

d.

Unit Pengurusan Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui perbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan perkhidmatan warga pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan media elektronik.

8.2.2

Jenis-jenis Sekolah Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua

pendekatan iaitu: i. Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. ii. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala tempoh pelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan Jabatan Pendidikan Khas, 2004, Kementerian Pendidikan Malaysia.

8.2.3

Pendidikan untuk kanak-kanak pintar cerdas Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi individu

pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS). Oleh itu, seluruh usaha dan langkah yang diambil dalam sistem pendidikan mestilah mengambil kira potensi dan keperluan setiap individu pelajar. Setiap individu pelajar yang normal semenjak dari usia bayi telah memiliki potensi dan bakat yang boleh diperkembang dan

51

dipertingkatkan dari segi perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka. Ini berbeza pula bagi pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan-rakan seusia. Mereka dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Biasanya mempunyai IQ melebihi 130. Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.

a)

Kelas Sistem Ekspress 1962 Golongan kanak-kanak pintar cerdas di Malaysia mula diberi perhatian dalam sistem

pendidikan dengan terlaksananya Sistem Kelas Ekspres pada tahun 1962. Dalam Sistem ini, kanak-kanak yang memiliki potensi dan memperolehi pencapaian yang mengatasi rakan-rakan sebaya telah diberi peluang untuk memendekkan tempoh sekolah rendah mereka daripada enam tahun kepada lima tahun sahaja. Namun begitu, perlaksanaan sistem ini telah diberhentikan pada awal tahun 1970an.

b)

MENSA (1984) Pada awal tahun 1980an, satu Simposium Kebangsaan Mengenai Kanak-kanak

Bergeliga telah diadakan. Ekoran daripada Simposium tersebut isu kanak-kanak pintar cerdas ini kembali diperkatakan dan Persatuan Mensa diasaskan oleh Tan Sri Dato Yong Poh Kon setelah beliau mendaftarkan Persatuan Mensa Malaysia pada 22 Mei 1984. Ahli persatuan Mensa Malaysia akan menjadi ahli persatuan Mensa antarabangsa secara langsung. Keahlian Mensa Malaysia dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai IQ yang tinggi dan berada dalam populasi 2% rakyat Malaysia. Ujian saringan seperti ujian IQ perlu dijawab dan Mensa telah menetapkan skala skor yang tertentu untuk seseorang itu diterima menjadi ahli persatuan Mensa.

Ujian kecerdasan ini telah diluluskan oleh International Supervisory Psychologist dimana ia merupakan badan yang mengiktiraf ujian yang dibuat oleh Mensa. Seseorang yang telah terpilih menjadi ahli Mensa mestilah membayar yuran yang telah ditetapkan untuk mereka

52

menyertai program yang dianjurkan oleh pihak Mensa. Antara tujuan Mensa adalah untuk mengenal pasti individu pintar cerdas. Antara faedah yang diperolehi setelah menyertai Mensa adalah memberi kesempatan kepada individu yang mempunyai tahap fikiran yang sama untuk berinteraksi dan berkongsi pendapat antara satu sama lain.

c)

BAKA (1985) Sejarah BAKA bermula sebagai sebuah projek kajian di Fakulti Pendidikan, Universiti

Malaya untuk pembangunan program Superior and Gifted Intellectual Potential pada tahun 1980. Pada tahun 1985, pihak Universiti Malaya telah mula mengorak langkah memulakan Program BAKA khusus untuk kanak-kanak pintar cerdas. Ujian pengesanan untuk kanak-kanak yang pintar cerdas telah dijalankan dan seterusnya pada tahun 1982, program ini menjadi "pullout" program dilakukan selama bercuti sekolah dan masa yang lain apabila diperlukan. Dikenali sebagai Program Baka untuk Tinggi Potensi Intelek (untuk kanak-kanak pintar cerdas) yang telah ditubuhkan oleh Prof Madya Azman Wan Chik. Semangatnya untuk mengembangkan potensi intelektual telah membimbingnya untuk terus menghabiskan masa, tenaga dan wang dalam penyelidikan dan pembangunan Baka.

d.

Ujian Penilaian Tahap Satu (1996) Menyedari tentang kepentingan untuk memberi perhatian terhadap program pendidikan

khusus untuk kanak-kanak pintar cerdas di negara ini, Seminar Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas telah diadakan pada tahun 1990, di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Hasil daripada 33 seminar yang telah dijalankan, didapati bahawa perancangan dan pelaksanaan program yang sistematik perlu diadakan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang pintar cerdas ini.

Pada tahun 1996, satu bentuk penilaian bagi mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas telah dilaksanakan, yang dikenali sebagai Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS). Penilaian ini dilaksanakan keatas kanak-kanak tahun tiga yang belajar di sekolah rendah. Murid yang berjaya memperolehi tahap maksimum serta cemerlang dibenarkan meneruskan persekolahan ke tahun lima, tanpa perlu mengikuti persekolahan tahun empat. Walau bagaimanapun,

53

penilaian ini hanya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sahaja dan berakhir pada tahun 2001 kerana beberapa masalah.

e)

Permata Pintar (2008) Program Permata Pintar telah dimulakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

sejak tahun 2008 untuk mengenal pasti kanak-kanak pintar, cerdas dan berbakat pada peringkat usia awal. Penaung bagi Program Permata Pintar Negara ialah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia. Sebelum ini tiada program khusus untuk kanak-kanak pintar bagi meningkatkan kebolehan mereka. Matlamat dan strategi program ini untuk melahirkan lebih ramai pelajar pintar di negara ini. Selain itu, program ini juga dapat mendidik dan melahirkan pelajar pintar sebanyak mungkin mengikut sistem dan ujian yang lebih efektif. Ujian saringan PERMATApintar UKM1 mula dijalankan bermula pada tahun 2010 berbentuk ujian secara talian merupakan ujian saringan pertama untuk pelajar menyertai program seperti perkhemahan cuti sekolah PERMATApintar (usia 9-15 tahun), program Permata Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (usia 8 tahun), Akademi Permata Pintar untuk pelajar tingkatan 3 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011.

Jika selama ini banyak pelajar pintar tidak diendahkan, kini mereka boleh dilahirkan melalui sistem yang sistematik melalui pengajaran dan pembelajaran serta ujian yang lebih berkesan.

8.3

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini terletak di bawah pengendalian

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah seperti cacat fizikal teruk, terencat akal sederhana dan teruk, pintar cerdas, pelbagai kecacatan dan kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

54

9.0

PROGRAM

INTERVENSI

AWAL UNTUK MENGATASI

MASALAH

BAHASA,

TINGKAH LAKU DAN EMOSI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS PINTAR CERDAS

9.1

Definisi intervensi awal Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas

sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa, mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Salah satu sebab ialah kadar pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda. Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa dan guru tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebaliknya, mereka harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.

9.2

Pentingnya intervensi awal Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada

kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal bermula seawal 3 tahun ke bawah dan diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanakkanak berisiko tinggi seperti pintar cerdas, autism dan lain-lain (IDEA, 1990). Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat

55

kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak-kanak berkeperluan khas (Lerner, 2003). Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak, contohnya, seorang kanak-kanak pintar cerda diajar menggunakan kebolehan mereka secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal yang boleh mengelakkan kanak-kanak tersebut mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang, ini kerana intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat per sekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan.

9.3

Perlaksanaan intervensi awal Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh

kelas bergantung kepada tahap kepintaran kanak-kanak tersebut. Seperti mana guru telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.

a)

Intervensi Berpusatkan Guru Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan

mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998) dan masalah emosi. Intervensi ini amat membantu kanak-kanak pintar cerdas dalam mengawal tingkah laku dan emosi mereka. Atas sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan

56

mereka yang tidak hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudah dewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guru yang menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi arahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya sesuai digunakan pada tahap mengkaji sejauhmana pemerolehan pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak pintar cerdas ini dari segi mengawal tingkah laku dan menangani masalah emosi mereka.

b)

Intervensi Berpusatkan Pelajar Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan menafsir

dengan sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993) terutama kanak-kanak pintar cerdas. Setelah mengenalpasti kebolehan kanak-kanak pintar cerdas dalam menafsir mengawal tingkah laku sendiri dikenalpasti, barulah intervensi berpusatkan pelajar dilaksanakan. Istilah berpusatkan pelajar membawa imej tentang pelajar yang berdikari, bergantung pada diri sendiri dan berjaya mengendalikan proses-proses pembelajaran dalam kelas seperti biasa. Dalam intervensi berpusatkan pelajar, kanak-kanak pintar cerdas inilah yang memainkan peranan utama tetapi mereka masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar untuk berdiri di atas kaki sendiri dan mengenalpasti jenis-jenis kategori pintar cerdas. Intervensi berpusatkan pelajar banyak membantu kanak-kanak pintar cerdas berkomunikasi, dengan ini masalah gangguan bahasa dalat di atasi sepenuhnya. Seperti yang sedia maklum ada antara kanak-kanak pintar cerdas ini tidak mahu bergaul sesame sendiri kerana rasa terancam dengan kelebihan rakanrakan mereka.

c)

Intervensi Berpusatkan Keluarga Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak pintar cerdas dilihat

sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas ini. Ianya turut memperbaiki interaksi di antara kanakkanak tersebut dengan golongan dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung,

57

pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas serta dapat mengatasi masalah bahasa, tingkah laku dan emosi kanak-kanak ini.

9.4

Penyaringan dan pengujian diagnostik

Sebelum program intervensi awal dapat dilaksanakan, penaksiran, sama ada secara formal atau tidak formal perlu dilakukan (Dowker, dalam Gersten dan Jordan, 2005). Penaksiran ialah proses pengumpulan maklumat berkenaan kanak-kanak pintar cerdas yang diajar dengan bertujuan membuat keputusan tentang kekuatan, kelemahan dan keperluan mereka. Daripada penaksiran yang teratur keputusan-keputusan penting tentang strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat dengan lebih tepat. Penaksiran bertujuan untuk mengenal pasti intervensi awal yang sesuai bagi seseorang individu atau kumpulan kanak-kanak pintar cerdas. Penaksiran, sama ada berbentuk formal atau tidak, haruslah bergantung kepada situasi dan instrumen yang digunakan sebagai contoh, Pembelajaran, Kepimpinan, Komunikasi, Perancangan, Motivasi, Kreativiti, Dramatik, Muzikal, dan Seni. Aspek-aspek tersebut terdapat dalam Skala Pemarkatan Tingkah Laku, Scale for Rating the Behavioral Charactersitics of Superior Students (SRBCSS) (Renzulli et al. 2002). Penilaian terhadap tingkah laku kanakkanak pintar cerdas boleh dibuat dengan menggunakan skala pemarkatan tingkah laku oleh guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar berkenaan. Ujian Kecerdasan Weschler digunakan untuk menilai tahap kecerdasan kanak-kanak ini. Penaksiran juga dilakukan untuk menilai keberkesanan sesuatu intervensi awal. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk mengubahsuai strategi pengajaran ke arah memperbaiki lagi kaedah intervensi awal. Secara umum, penaksiran digunakan untuk penyaringan dan diagnosis.

a)

Penyaringan Sebelum bermulanya intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar

cerdas tersebut hendaklah dikenalpasti. Kadang kala, masalah yang dihadapi sesetengah kanak-kanak sangat nyata dan pengujian tidak diperlukan contohnya kanak-kanak pintar cerdas domain intelek. Kanak-kanak ini cenderong menunjukkan minat yang mendlam terhadap

58

sesuatu matapelajaran yang mereka minati. Bagi sesetengah kanak-kanak pula adalah sukar untuk menentukan masalah yang dihadapi contohnya domain kreativiti. Oleh itu, penyaringan (screening) perlu dilakukan bagi mengenalpasti domain kreativiti yang mereka miliki. Proses saringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang sesuatu perkara, contohnya kemahiran bahasa. Lazimnya, teknik saringan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah dengan melibatkan bilangan pelajar yang ramai. Setelah dikenal pasti, guru akan membuat pengubahsuaian pengajaran sesuai dengan pelajar berkenaan. Sekiranya pengubahsuaian tersebut tidak membantu, maka guru akan merujuk pelajar itu untuk menjalani pengujian diagnostik yang lebih terperinci.

b)

Pengujian diagnostik Apabila proses penyaringan menunjukkan bahawa terdapat sesuatu masalah atau

beberapa masalah di kalangan kanak-kanak yang diuji, kanak-kanak berkenaan dirujuk untuk pengujian diagnostik. Ujian diagnostik khusus yang digunakan tertakluk kepada jenis masalah yang dihadapi (McLean, Bailey & Wolery, 1996). Lazimnya, pengujian diagnostik dilakukan terhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu menghadapi masalah yang menghalang perkembangan dirinya (Heward, 2003). i. Perkembangan Motor Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi pembelajaran. Pengujian tentang perkembangan motor dapat menunjukkan tahap kekuatan, kelenturan, ketahanan lasak dan kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak. Pergerakan otot besar (seperti berjalan kaki, berlari and melontar sesuatu objek) dan pergerakan otot halus (seperti mengambil sesuatu objek permainan, mengikat tali kasut) menunjukkan tahap perkembangan motor seseorang kanak-kanak . ii. Perkembangan Kognitif Pengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti kemahiran mengira, mengingat perkara yang mereka telah lakukan pada masa lampau, merancang dan membuat keputusan tentang apa mereka akan buat pada masa depan. Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang baru dipelajari dengan maklumat sedia ada,

59

menyelesai masalah dan menghasil idea-idea baru adalah petanda-petanda perkembangan kognitif. iii. Komunikasi dan Perkembangan Bahasa Komunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan, keperluan, pengetahuan dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan menggunakan bahasa untuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima maklumat daripada orang lain. Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan, frasa, ayat dan bunyi. Komunikasi bukan lisan melibatkan gerak-geri tangan dan anggota badan, penumpuan mata, riak air muka dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap keupayaan komunikasi dan perkembangan bahasa kanak-kanak pintar cerdas. iv. Perkembangan Emosi dan Sosial Kanak-kanak yang telah mencapai kompetensi sosial rela berkongsi barang permainan dan tidak keberatan berkerjasama dengan kanak-kanak lain. Mereka tahu pentingnya mengikut giliran dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka juga dapat meluahkan perasaan dan emosi dengan cara teratur. Pengujian terhadap ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak pintar cerdas.

v.

Kemahiran Adaptif Perkembangan kanak-kanak pintar cerdas juga ditentukan sama ada mereka

mempunyai kemahiran adaptif seperti boleh memakai baju tanpa dibantu orang lain, makan sendiri tanpa disuap, menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi dengan sendiri, membasuh tangan dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian dapat mengesan tahap kemahiran adaptif ini.

Lazimnya, kelima-lima domain ini diperincikan kepada ciri-ciri tertentu yang boleh diperhatikan dan diukur. Sesuatu kebolehan atau keupayaan itu dikaitkan dengan umur tertentu. Contohnya, pada umur 4 tahun, disenaraikan kebolehan dan keupayaan yang patut dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat umur tersebut. Oleh itu, perbandingan boleh dibuat dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang diuji. Perlu ditekankan bahawa kelima-lima domain ini tidak berasingan tetapi banyak bertindih. Contohnya, kanak-kanak yang bermain bola sepak menggunakan kelima-lima domain: kemahiran motor (berlari dan menendang bola), kemahiran kognitif (dapat meramal gerak-geri pemain), kemahiran berkomunikasi (menerima

60

dan memberi arahan), kemahiran sosial (mematuhi peraturan permainan) dan kemahiran adaptif (memakai kasut bola tanpa bantuan).

10.

PENUTUP Kesimpulannya, golongan pintar cerdas mempunyai ciri fizikal yang agak sama dengan

golongan biasa. Namun mereka berbeza dalam aspek emosi dan sosial. Pelbagai aspek boleh diulas dalam ciri-ciri kognitif dan afektif kanak-kanak pintar cerdas. Ciri-ciri seperti sensitif, sukar bergaul dan sebagainya perlulah diambil langkah atau intervensi bagi mengelakkan masalah berpanjangan. Faktor persekitaran seperti ibu bapa, guru-guru dan masyarakat perlulah bijak mengatur strategi dan pendekatan yang bersesuai dengan masalah yang dihadapi golongan ini. Jika masalah ini berlarutan, hilanglah aset berharga negara kita. Menurut Bainbridge, murid-murid pintar merupakan golongan yang memerlukan bantuan khusus. Hal ini bermaksud, mereka memerlukan kurikulum pendidikan yang berbeza dari murid biasa berdasarkan keperluan intelektual, sosial dan emosional mereka. Seperti juga muridmurid biasa, perkembangan minda murid pintar juga akan terbantut dan gagal mencapai potensi mereka yang sebenar sekiranya tidak disokong oleh kurikulum yang betul. Tiga perkara utama yang menjadi nadi perkembangan minda murid pintar ialah 'Schooling Option', 'Extracurricular Enrichment Opportunities' dan 'Motivation and

Underachievement'. Majoriti ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah kerajaan atau sekolah awam. Namun begitu, kurikulum yang dilaksanakan di sekolah awam kadang-kala tidak menepati keperluan tahap murid pintar. Oleh itu, terpdapat pilihan lain bagi murid pintar untuk meneruskan pengajian mereka iaitu dengan 'home-schooling', sekolah swasta dan juga 'gradeskipping'. Artikel ini memberikan cadangan dan inisiatif yang boleh diambil sebagai rujukan kepada sistem pendidikan negara bagi menyelesaikan dilema yang dihadapi oleh para pendidik dalam mencurahkan ilmu pengetahuan kepada murid pintar. Bakat-bakat golongan ini perlulah diasah dan dicungkil agar bakat-bakat ini berkembang dan memyumbang kepada pembangunan negara. Bakat ini tidak akan berkembang sekiranya tidak didedahkan dengan aktiviti dan pengalaman yang bersesuaian dengan bakat-bakat mereka. Dengan pembentukan Pusat Permatapintar Negara di UKM akan memberi sinar baru

61

pada golongan ini.

Memandangkan

Negara kita

agak terkebelakang

dalam

aspek

membangunkat potensi, bakan dan potensi kanak-kanak ini, dengan adanya program yang lebih terancang dengan sistem penilaian yang lebih sistematik akan membantu kanak-kanak ini kekal cemerlang dalam kehidupan mereka.

62

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran: Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd. Ackerman C. M., (2009). The Essential Elements of Dabrowskis Theory of Positive

Disintegration and How They Are Connected. Roeper Review, 81-94.

Allison. S. (2002). Debating with talented and gifted students. School Libraries in Canada 22 (no1) 13-14.

Alvino, J. (1989). Parents Guide to Raising A Gifted Toodler. Boston: Little, Brown and co.

Bee.H.(1999). The growing child : An applied approach (2nd Ed.). NewYork : Longman.

Betts,G.T. & Neihart,M.(1988). Profiles of the gifted and talented. Gifted Child Quarterly, 32(2),248-253.

Bloom, B. (1985). Developing Talent in Young People. New York: Ballantine.

Doherty, J. & Brenon, P. (2008). Physical Education and Development 3-11. New York: Routledge. Gallahue, D. L (1993). Development Physical Education For Todays Children. New York: Wiley.

Goleman, Daniel (1995). Emotional Intelligence: Why It Can Matter More Than IQ. New York : Bantam Books.

Goleman, Daniel (1999). Working with Emotional Intellegence, Bantan, New York.

Hallahan P. D, Kauffman M. J, Pullen C. P. (2009). Exceptional Learners; An Introduction to Special Education Allyn and Bacon. Boston: Pearson.

63

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah Kastawi. (2008). Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ihillip J. Corr and Gerald Matthews, (2009). The cambridge handbook of personality psuchology. New York: Us Cambridge University Press.

Jamila K.A Mohamed, (2008). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, (2007). Buku Panduan Instrumen Penempatan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (IPP): Manual. Selangor: Absolute Master Printers Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Krathwol, D. R., Bloom., and Masia, B. B., (1964). Taxonomy of Educational Objectives: The Classification of Educational Goals. Handbook II : Afective Domain. New York: David Mckay.

Meng, E. A. (2002). Psikologi Pendidikan 1 : Psikologi Perkembangan (Semester 1). Shah Alam, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mook Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nik Azis Nik Pa (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas: Teori dan praktik. Petaling Jaya: Dewan Pustaka Islam.

Nordin Mamat (2005), Asas Sosial Kanak-kanak. Pustaka Salam Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.

Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd. Majid & Siti Fatimah Mohd Yassin (2009) PERMATApintar: Pengalaman UKM Bangi : Pusat PERMATApintar Negara UKM.

64

Prof. Madya Dr. Mansor Fadzil, Prof. Madya Dr. Abdul Razak, Prof. Dr. Khadijah Mohd Yunus. (2003) Asas Psikologi: Pendidikan Khas. OUM.

Porter L. (1999). Gifted young Children; A guide for teachers and parents. Buckingham UK: Open University Press.

Reis, S. (2004). Curiculum For Gifted and Talented Students. Thousand Oaks, California : Corwin Press.

Renzulli, J. S. 2000. The identification and development of giftedness as a paradigm for school reform. Journal of Science Education and Technology 9(2) : 95-114.

Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-Kanak Penilaian Secara Portfolio. UPM Serdang.

Rowlands. P. (1974). Gifted children and their problems. London : J.M Dent & Sons Ltd. 21

Sousa A. D. (2003). How the Gifted Brain Learns Corwin. California USA: Press Inc.

Vacca, J. S. (2007). Autistic Children Can Be Taught To Read. Psychology , 54-61.

Wehmeirer, S. (2006). Oxford Advenced Learner's Dictionary. New York: Oxford Univercity Press.

Zalizan Mohd Jelas. 2009. Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan Amalan Universiti Kebangsaan Malaysia

Jurnal

Chan.D.W. (2003). Dimensions of emosional intelligence and their relationships with social coping among gifted adolescents in Hong Kong. Journal of Youth and Adolescense. Vol 32 (No6). Ms .409.

65

http://www.reocities.com/jpmmpks/jurnal/03vj_autisme.pdf

https://docs.google.com/document/d/1myE2jJyh1ZoMTJfS6ZmcvLYRf0soKKrUnVaP8V08Ow/edit?hl=en&pli=1

https://docs.google.com/document/d/1GtvLSGUtq6S6tTfyO69eR4vYIss1gm94AmeBDH5z56k/e dit?hl=en&pli=1

Website http://www.educ.upm.edu.my/~gradeduc/chemah.pdf

http://file-pdf.com/Tajuk-10:-Kanak-Kanak-Berkeperluan%20%E2%80%93Khas.html

http://anuarsped.blogspot.com

http://noorasheikin.wordpress.com/

66

67