Anda di halaman 1dari 18

Novel ini memaparkan kisah seorang pelajar bernama Badri yang baru dilantik menjadi pengawas.

Perasaan teruja menjadi pengawas wujud dalam dirinya. Di sekolah dia mempunyai rakan baik bernama Jamil yang berbeza dari segi prinsip hidupnya. Kehadiran pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi pertelagahan pendapat antara Badri dan Jamil mengenai perempuan tetapi berakhir dengan pedamaian.

Peristiwa Badri terserempak dengan Meng Kong dan rakannya di tandas menyebabkan Badri disiram air semasa di tandas oleh pelajar yang tidak dikenali. Badri pulang awal dari sekolah untuk menukar pakaian dan meminta keizinan ibunya untuk ke perpustakaan seterusnya ke rumah Pak alang untuk belajar silat. Apa yang berlaku tidak melemahkan semangatnya malah berusaha menjejaki pelajar tersebut dan akhirnya pelajar tersebut dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru disiplin iaitu Cikgu Jalani.

Semasa pulang dari sekolah Badri mendapati nota kecil di poket seluarnya. Nota tersebut daripada Siew Mei yang ingin menceritakan aktiviti haram Meng Kong serta penglibatan Jamil . Badri kecewa kerana Jamil merahsiakan darinya dan hubungannya semakin renggang. Kakak Nadira menegur pakaian yang dipakainya tetapi Nadira memarahi kakaknya pula. Badri bertemu Nadira di perpustakaan untuk menceritakan tentang Sharul tetapi tidak dipercayai oleh Nadira.

Tatakala Nadira bersama dengan Shahrul dan rakan-rakan rempitnya,pihak polis menyerbu kumpulan tersebut dan menahan Nadira dalam ketakutan ditinggalkan Shahrul, selepas disoal siasat Nadira dihantar pulang dan dia dimarahi pula oleh ibu dan kakaknya. Nadira menyesali perbuatannya dan ingin berbaik pula dengan Badri. Hubungan baik antara Badri dan Nadira dicemburui oleh Shahrul malah menyimpan dendam kepada Badri. R.SRIHAARAN A/L M.RAMESH (3A1) KOMSAS

Jamil menceritakan segalanya kepada Badri setelah dia dituduh mencuri telefon oleh Meng Kong. Badri menasihati Jamil supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti tersebut kerana beliau adalah anak harapan keluarga .Selain itu Jamil sepatutnya membantu Meng Kong dan rakan-rakannya supaya tidak terus bergelumang dengan aktiviti tersebut.

Badri terdengar perbualan Shahrul dan rakan-rakan mengenai jualan telefon semasa berjoging di tepi tasik. Namun Shahrul ternampak kelibat Badri lalu menyerangnya tetapi dapat ditangkis oleh Badri. Dendam Shahrul kepada Badri semakin memuncak dan sentiasa mencari jalan untuk membalas dendam terhadap Badri.

Melalui CCTV ayah Meng Kong dapat mengesan perbuatan anaknya sendiri mencuri telefon bimbit dan beliau menyesal menuduh Idham dan Jamil. Ayah Meng Kong berjumpa pengetua untuk mengenal pasti telefon bimbit yang dirampas pihak sekolah dan memohon Meng Kong ditempatkan di asrama. Ketiga-tiga pelajar telah menerima hukuman rotan oleh pihak sekolah.

Meng Kong telah berubah menjadi baik, manakala Shahrul dan Kumar berusaha supaya Meng Kong dibuang sekolah dengan memasukkan rokok di dalam beg Meng Kong namun perbuatan Kumar telah dapat dihidu oleh Badri dan akhirnya Kumar menyesal atas perbuatannya. Hubungan antara Badri dan Siew Mei semakin akrab dan ini menyebabkan fikiran Nadira terganggu.

Badri pernah ternampak Jamil berbual dengan bernama pemuda Amran dan tiga rakannya yang mati ditembak oleh polis kerana mengedar dadah. Hal ini membimbangkan Badri kemungkinan Jamil juga terlibat. Kematian Amran menyebabkan Shahrul ketakutan kerana rahsianya akan dibongkar oleh Badri. Dia merancang melanggar Badrul dengan motor,malangnya dia yang cedera parah kerana terhumban ke longkang. Dia bernasib baik kerana Badrul serta kawan-kawannya pula segera menghantarnya ke hospital

Tingkah laku Shahrul masih tidak berubah dan tidak disenangi oleh rakan-rakannya. Hal ini demikian kerana ibu bapa tidak mempeduli langsung tentang dirinya. Perbuatannya menyorok telefon di dalam beg Badri akhirnya diketahui oleh Cikgu Jailani. Oleh sebab ketakutan Shahrul hilang fokus seterusnya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Setelah tamat peperiksaan SPM Siew Mei ke Jepun kerana menziarah kakaknya . Kesempatan yang ada memberi peluang Siew Mei mempelajari bahasa Jepun . Badri dan Taufik bekerja sambilan di resort bapa saudaranya di Terengganu. Apabila keputusan SPM diumumkan Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik menperoleh 7A

R.SRIHAARAN A/L M.RAMESH (3A1) KOMSAS

Badri menjadi doktor perubatan di Hospital Besar Kuala Lumpur manakala Siew Mei menjadi doktor gigi. Jamil menjadi pemilik resort di Terengganu setelah menamatkan pengajian dalam bidang hotel dan pelancongan. Sharul dan Kumar mengambil bidang otomotif di politeknik dan mereka berkongsi membuka bengkel kereta di Kuala Lumpur setelah tamat pengajian, Meng Kong meneruskan perniagaan ayahnya yang semakin berkembang manakala Nadira berkelulusan bidang fesyen berkahwin dengan Shahrul dan membuka butik . Jamil berharap hubungan Badri dan Siew Mei berakhir dengan perkahwinan.Bagi Badri pula dia berasa puas kerana kawan-kawannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan yang lalu dan berharap berjaya pula merenang gelora kehidupan mendatang sehingga akhir hayat.

Novel ini bertema cabaran dan tanggungjawab seorang pelajar dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas. Tema ini dijelmakan melalui watak utama, Badri yang merempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya.

R.SRIHAARAN A/L M.RAMESH (3A1) KOMSAS

1) Persoalan ibu bapa yang mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak terlibat gejala sosial. Contohnya, Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya terlibat masalah disiplin sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor.

2) Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Contohnya, Encik Tan memohon kepada pihak pengetua supaya Meng Kong ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisiplin dan berjaya dalam peperiksaan.

3) Persoalan hasad dengki dalam persahabatan. Persoalan ini digambarkan melalui watak Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg Meng Kong supaya Meng Kong dibuang dari asrama.

4) Persoalan melaksanakan tanggungjawab terhadap tugas.


R.SRIHAARAN A/L M.RAMESH (3A1) KOMSAS

Contoh, Badri sebagai seorang pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya pelajar terlibat dengan kes disiplin seperti Jamil.

5) Persoalan semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah. Contoh Siew Mei memberikan maklumat tentang penglibatan Shahrul dan rakan-rakannya dalam penjualan telefon bimbit secara ansurans kepada pelajar.

6) Persoalan sikap gigih golongan pelajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan.

Contoh Badri, Siew Mei dan taufik mengadakan kumpulan belajar dan akhirnya berjaya dengan mendapat 9A dan 7A dalam SPM.

7) Persoalan buruk sangka dalam masyarakat pelajar. Contoh, Shahrul, Kumar, Jamil dan Meng Kong bersangka buruk terhadap Badri sehingga menyimbah air ketika Badri berada di dalam tandas sekolah.

8) Persoalan gejala lumba haram dalam kalangan remaja. Contoh, Shahrul terlibat perlubaan haram sehingga hampir ditangkap oleh pihak polis.

9) Persoalan berdikari untuk mendapatkan pengalaman bekerja. Contoh Badri dan Taufik bekerja sambilan di resort bapa saudara Badri sementara menunggu keputusan SPM.

R.SRIHAARAN A/L M.RAMESH (3A1) KOMSAS

Badri
Anak sulung kepada Mak Siti. Mempunyai seorang adik lelaki bernama Badrul. Berperawakan kemas dan berwibawa dalam menjalankan tanggungjwab sebagai seorang pengawas. Pengawas sekolah. Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Badri seorang yang bertanggungjawab kerana telah berjaya menyelesaikan masalah disiplin seperti penjualan telefon bimbit di sekolah. Seorang yang berdisiplin. Contoh: Dia tidak pernah melanggar peraturan sekolah sepanjang bergelar pelajar melalui pengetahuan adiknya. Seorang yang menepati masa. Contoh: pada pukul 6.40 pagi Badri tidak pernah terlewat menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah.
R.SRIHAARAN A/L M.RAMESH (3A1) KOMSAS

Seorang yang setia dalam persahabatan. Contoh: Badri berkawan baik dengan Jamil walaupun beliau telah mengetahui bahawa Jamil turut terlibat dalam kes pejualan telefon bimbit di sekolahnya. Seorang yang berani menghadapi cabaran. Contoh: Badri bersikap berani menghadapi cabaran dalam menangani masalah murid yang berlagak ala samseng,dan sengaja melanggar disiplin sekolah. Seorang yang rajin mengulang kaji pelajaran. Contoh: Badri mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar. Seorang yang berpendirian teguh. Contoh, Badri tidak menghiraukan tentang usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.

Shahrul

Salah seorang rakan Badri, anak orang berada Berkawan baik dengan Kumar dan Meng Kong Materialistik - Shahrul tidak betah tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo. Suka berfoya-foya - bercampur gaul dengan budak-budak motor dan melepak di kompleks beli-belah. Berprasangka buruk - menganggap Badri berlagak menjadi pengawas. Panas baran - Shahrul mencekak kolar baju Kumar agar Kumar mengikut arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran. Mudah terpikat dengan gadis cantik - berani membawa keluar Nadira menunggang motosikal.

Nadira
Seorang pelajar perempuan baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah yang mengikut ayahnya bertugas di Kuala Lumpur. Sahabat Badri dan Shahrul dalam kelas 5 Bestari. Tidak berpendirian tegas - Nadira mudah dipengaruhi Shahrul untuk mempercayai kes telefon bimbit yang dijumpai di dalam beg Badri. Mengalami kejutan budaya - setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng. Ego dan sombong - bersikap bena tidak bena akan nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah. Tidak menghormati orang lain - Nadira enggan menerima nasihat kakaknya, Nurul Ain yang menegur tentang penampilannya.
R.SRIHAARAN A/L M.RAMESH (3A1) KOMSAS

Meng Kong
Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit. Rakan kepada Badri Tidak jujur - Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit lalu dijual kepada pelajar di sekolahnya. Mata duitan atau materialistik - Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit. Insaf akan kesalahan yang dilakukan - setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV, dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi. Patuh dan taat kepada ibu bapa - Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah seperti mana yang diarahkan oleh bapanya.

Cikgu Jailani
Guru Matematik dan guru disiplin sekolah. Tegas - dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin. Adil - mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas. Rasional - menyelidiki kes Badri disiram air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg Badri. Bertolak ansur - Meskipun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya cikgu Jailani tidak menggantung persekolahannya.

R.SRIHAARAN A/L M.RAMESH (3A1) KOMSAS

Pengarang memperkenalkan watak utama, Badri yang baru menyandang jawatan pengawas sekolah. Pada bahagian ini juga diperkenalkan watak Badrul iaitu adik kepada Badri yang cuba mengusik abangnya tentang jawatan pengawas yang baru disandang abangnya.Badri merasakan tanggungjawab menjadi pengawas sekolah merupakan tanggungjawab yang berat yang harus digalasnya. Pada bahagian ini diperkenalkan watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri tetapi mereka berbeza dari segi prinsip hidup. Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu perselisihan pendapat tentang personaliti Nadira antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan perdamaian.

R.SRIHAARAN A/L M.RAMESH (3A1) KOMSAS

Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha mencari pelakunya dan akhirnya pelajar yang terbabit dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru disiplin. Siew Mei menceritakan kegiatan negatif Meng Kong menjual telefon bimbit dan kad prabayar yang dicuri dari kedai ayah Meng Kong kepada pelajar sekolah. Jamil turut terlibat dalam kegiatan tersebut. Hubungan Badri dengan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan tentang kegiatan penjualan telefon bimbit kepada Badri. Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh pihak polis ketika Shahrul keluar dengan Nadira. Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kong menuduh Idham mencuri telefon bimbit di kedai bapanya. Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV yang dipasang dikedai dan di stor milik Encik Tan oleh abang Siew Mei iaitu Ah Meng. Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana keluarga Jamil merahsiakan keberadaan Jamil. Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan telah berubah sikap begitu juga dengan Kumar yang telah insaf dengan kesalahan yang dilakukannya. Badri, Siew Mei, Tauk, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM manakala Sahrul mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan.
R.SRIHAARAN A/L M.RAMESH (3A1) KOMSAS

Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Tauk memperoleh 7A dalam peperiksaan SPM. Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah telefon bimbit yang telah dirampas oleh pihak sekolah. Beliau juga memohon agar anaknya ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisiplin dan memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guruguru di sekolah tersebut. Encik Tan juga meminta anaknya, Meng Kong agar memohonmaaf kepada pengetua atas kesalahan yang dilakukan.

1 0

Meng Kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman rotan sebanyak tiga sebatan setiap seorang. Kumar ditangkap oleh Badri dan Tauk ketika cuba memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong. Tujuannya adalah supaya Meng Kong dibuang dari asrama. Peristiwa mengejutkan telah berlaku apabila cikgu Jailani menemui telefon bimbit didalam beg Badri. Shahrul terlibat dalam kemalangan jalan raya mengakibatkan kakinya tempang sebelah.

Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugassebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM. Tauk mendapat ijazah dalam bidang perniagaan. Jamil dan Tauk berkongsi membuka resort di Terengganu.Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi. Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap berjaya merenang gelora yang akan mendatang.
R.SRIHAARAN A/L M.RAMESH (3A1) KOMSAS

1 1

Nilai Kasih Sayang


o Badri tetap meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira walaupun tahu Nadira tidak akan mempercayai. Hal ini demikian kerana Badri sayang akan masa depan Nadira.

Nilai Ketabahan
o Badri tetap dengan tugasnya sebagai pengawas walaupun berbagai-berbagai dugaan,cemuhan, ugutan dan tindakan yang dihadapi dengan tabah

Nilai Kegigihan
o Badri gigih berusaha sehingga memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan SPM

Nilai bertanggungjawab
o Mak Siti seorang ibu yang bertanggungjawab memasak nasi lemak dan sambal sotong untuk sarapan pagi anak-anaknya

Nilai Prihatin
o En Tan berusaha mendapatkan tempat di asrama untuk anaknya Meng Kong supaya anaknya berubah dan tidak terjebak dengan gejala sosial.
R.SRIHAARAN A/L M.RAMESH (3A1) KOMSAS

Nilai Sayang akan seni bangsa


o Badri mempelajari seni mempertahankan diri iaitu silat dengan Pak alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada.

Nilai keberanian
o Badri tetap ingin berjumpa seseorang yang tidak pasti hanya melalui nota kecil yang terdapat di dalam poketnya.

Nilai Persahabatan
o Walaupun Badri,Jamil,Shahrul,Meng Kong,Siew Mei telah ada kehidupan masing-masing namun ingatan persahabatan tetap kekal di sanubari masingmasing

1 2

Kita perlulah tabah menghadapi cabaran untuk menyelesaikan masalah.


o Contoh, Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas sebagai seorang pengawas sehingga dia berjaya menyelesaikan masalah disiplin pelajar.

Kita haruslah mempelajari seni mempertahankan diri untuk menjaga keselamatan.


o Contoh, Badri dapat mengelakkan serangan Shahrul secara spontan dengan menggunakan ilmu silatnya.

Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.


o Contoh, Badri dan Siew Mei gigih belajar sehingga memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan SPM.

Kita mestilah tegas dan adil menyelesaikan sesuatu masalah agar tidak menganiaya orang lain.
o Contoh, Cikgu Jailani menyelidiki secara terperinci penemuan telefon bimbit di dalam beg Badri.

Kita hendaklah berani memberikan maklumat yang benar untuk mengatasi sesuatu masalah.
o Contoh, Siew Mei membantu Badri memberikan maklumat berkaitan masalah disiplin pelajar.

Kita hendaklah berbincang secara rasional supaya tidak dipengaruhi emosi.


o Contoh, Encik Tan terburu-buru memberhentikan Idham iaitu abang Jamil yang bekerja di kedai telefon bimbitnya setelah percaya dengan dakwaan Meng Kong bahawa Idham yang mencuri telefon bimbit dari kedainya.

Kita haruslah taat kepada ibu bapa demi kejayaan masa depan.
o Contoh, Meng Kong akur dengan tindakan bapanya untuk tinggal di asrama sekolah.

Kita hendaklah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan agar tidak terusmenerus mengalami kesusahan.
o Contoh, Shahrul tidak sedar dan insaf sekalipun terlibat dalam kemalangan dan dikenakan hukuman rotan di sekolah oleh pengetua.

1 3

R.SRIHAARAN A/L M.RAMESH (3A1) KOMSAS

1) Tepi tasik Badri berjoging untuk latihan pertandingan bola sepak 2) Pondok kecil Shahrul, Kumar dan Meng hong duduk berbincang tentang aktiviti menjual telefon bimbit dan kad prabayar.
3) Rumah Badri

Ibu Badri iaitu Mak Siti menyediakan sarapan pagi.


4) Tempat menunggu bas

Badri dan Badrul menunggu bas untuk ke sekolah


5) Blok C bagunan sekolah

Tempat Badri bertugas sebagai pengawas sekolah pada hari yang ditetapkan.
6) Tandas sekolah

Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas.


7) Kelas 5 Bestari

Jamil dan Badri belajar bersama-sama.


R.SRIHAARAN A/L M.RAMESH (3A1) KOMSAS 8) Kedai telefon bimbit Encik Tan

Idham, abang Jamil bekerja sebagai pembantu kedai.


9) Stor dan kedai telefon bimbit

Meng Kong mencuri telefon bimbit


10) Rumah Pak alang

Badri ke rumah pak alang.


11) Kompleks beli-belah

Tempat lepak Shahrul, Kumar dan Meng Kong.


12) Resort Jamil

Badri dan Jamil bertemu semula setelah Badri menjadi doktor .

1 4

1) Waktu pagi Mak Siti memasak nasi lemak dan sambal sotong 2) Waktu selepas rehat Para pengawas diberikan kelonggaran untuk makan selepas tamat waktu rehat kerana bertugas pada waktu rehat. 3) Selepas waktu sekolah Shahrul, Kumar dan Meng Kong melepak di kompleks beli-belah. 4) Hari Sabtu Meng Kong pergi ke kedai telefon bimbit bapanya untuk membantu. 5) Pukul 4.00 petang Badri sampai ke pasar raya untuk menemui Siew Mei. 6) Petang Shahrul berkumpul dengan budak-budak motor.

1 5

R.SRIHAARAN A/L M.RAMESH (3A1) KOMSAS

1) Masyarakat yang prihatin terhadap anak Contoh, Encik Tan menguruskan kemasukan anaknya, Meng Kong ke asrama supaya Meng Kong berdisiplin dan berjaya dalam peperiksaan. 2) Masyarakat yang bijak menguruskan masa Contoh, Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6.40 pagi agar tidak tertinggal bas. 3) Masyarakat pelajar yang rajin belajar Contoh, Badri, Siew Mei dan Taufik bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan. 4) Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugas Contoh, Badri sebagai seorang pengawas membuat rondaan di kawasan sekolah pada setiap pagi. 5) Masyarakat guru yang tegas dan adil Contoh, Cikgu Jalani dapat menyelesaikan masalah disiplin pelajar dengan berkesan. 6) Masyarakat pelajar yang terjebak dengan gejala social Contoh, Shahrul, Kumar dan Meng Kong melepak di kompleks beli-belah dan Shahrul bercampur dengan budak-budak motor. 7) Masyarakat yang bekerjasama menyelesaikan masalah Contoh, Lokman dan badri bekerjasama untuk mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti Shahrul dan Kumar. 8) Masyarakat yang emosional Contoh, Shahrul cepat melenting apabila ditegur.
R.SRIHAARAN A/L M.RAMESH (3A1) KOMSAS

1 6

NAMA

: R.SRI HAARAN A/L M. RAMESH

NO. KAD PENGENALAN : 990123-05-6059 HARI JADI TINGKATAN UMUR ALAMAT RUMAH N. SEKOLAH HOBI CITA-CITA ANAK dlm keluarga N. AYAH PEKERJAAN N. IBU PEKERJAAN BIL. ADIK NO. TELEFON RUMAH : 23.01.1999 : 3A1 : 15 : NO. 205, TAMAN MEGAH 72100 BAHAU, N.S : SMK DATUK MANSOR : MAIN PING PONG, MEMBACA BUKU : AHLI SAINS : PERTAMA : M. RAMESH MUNIANDY : GURU : UDAYAMMAH A/P VELLACHAMY : SURI RUMAH : 3 Org (R.Kugeynes-14), (R.Loghanyah-12), (Renuugah-7) : 06 4546143 / 012 6874719
R.SRIHAARAN A/L M.RAMESH (3A1) KOMSAS

1 7

Ruslan bin Ngah dilahirkan pada tahun 1967 di Marang, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Galing, Kuantan, Pahang, Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan, Sekolah Menengah Kebangsaan Marang, Marang, Terengganu dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, Terengganu. Pada awal penglibatannya dalam bidang penulisan beliau menggunakan nama pena Ralan Kazan. Beliau pernah menjadi guru sandaran pada tahun 1987/88. Pada tahun 1989 1990 beliau bertugas sebagai wartawan di Kumpulan Karangkraf, pada tahun 1991 1998 beliau dilantik menjadi ketua editor majalah Gelagat. Beliau kini menjadi Pengurus Projek di World Comm Sdn. Bhd. Beliau menghasilkan puluhan karya dalam genre sajak, cerpen, dan novel. Novel pertama beliau ialah Senandung Anak Laut (1988 DBP). Antara novel yang telah dihasilkan ialah Sahabat Razi (DBP), Mencari Bukti (DBP), Di Hujung Senja (Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.), Keranamu Hani (Alaf 21), Gerimis Di Hati Arini (DBP), Yang Tercinta (Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.). Beliau juga banyak menerbitkan novel kanak-kanak. Beliau mula menceburi bidang penulisan sejak di tingkatan empat. Beliau telah terpilih menyertai Minggu Remaja (kini dikenali sebagai Minggu Penulis Remaja MPR) yang dianjurkan oleh DBP. Beliau memenangi hadiah utama Sayembara Novel Kanak-kanak anjuran Karyanet melalui novel Pahlawan Pintar dan novel Merenang Gelora memenangi tempat ketiga Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.

1 8

R.SRIHAARAN A/L M.RAMESH (3A1) KOMSAS

Anda mungkin juga menyukai