Anda di halaman 1dari 4

PROJEK KERJA KAYU KOTAK PENYIMPANAN DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

REFLEKSI
NAMA NO K.P : MOHAMAD SOFIAN BIN HAJI HUSIN : 920929-02-6069

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya dan rakan sekumpulan menyiapkan tugasan amali RBT3118 yang diamanahkan ini. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang membantu dari segi fizikal dan mental supaya saya dapat menyiapkan tugasan ini iaitu Encik Sukri bin Salim. Tidak lupa juga kepada rakanrakan yang banyak membantu dari segi perkongsian maklumat sehingga terlaksana tugasan yang telah dipertanggungjawabkan ini. Buat kedua ibubapa juga saya tujukan ucapan terima kasih kerana membantu dari segi kewangan sehingga dapat saya siapkan tugasan ini. Tanpa bantuan anda semua, maka tugasan ini tidak akan terlaksana. Tugasan ini amat bermakna buat saya. Hal ini kerana banyak manfaat yang saya peroleh tidak kira secara langsung mahupun tidak langsung. Antara manfaat tersebut ialah saya dapat memperoleh maklumat berguna berhubung cara melaksanakan sesuatu projek. Dalam ruang lingkup Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), tugasan ini amat bermakna kerana ianya akan dapat menyediakan saya dengan keperluan sebagai seorang guru Kemahiran Hidup pada masa akan datang untuk memahami dan terdedah dengan cara pelaksanaan sesuatu projek kayu yang betul. Ilmu yag diperoleh ini amatlah berguna jika ditempatkan dimana-mana sekolah di dalam negara untuk diajarkan kepada murid-murid tentang pelaksanaan projek yang betul supaya projek yang baik dan berkualiti dapat dihasilkan. Ilmu ini juga dapat digunakan bagi menghasilkan sesuatu projek lain jika perlu terutamanya apabila ditempatkan di sekolah-sekolah yang serba kekurangan kelak dan dengan

PROJEK KERJA KAYU KOTAK PENYIMPANAN DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP ilmu yang dimiliki ini, kekurangan-kekurangan seperti tiada rak, meja rosak dapat saya hasilkan atau baiki sendiri untuk kegunaan sekolah. Dalam pada menghasilkan tugasan ini, kekangan-kekangan tertentu tidak dapat dielakkan. Antara kekangan yang saya dan rakan sekumpulan hadapi ialah kekurangan barangan untuk penghasilan projek. Memandangkan projek yang dicadangkan oleh saya dan rakan menggunakan barangan yang ada sesetengahnya tidak disediakan, kami terpaksa mencari alternatif sendiri dengan membeli barangan tersebut dari luar untuk digunakan pada penghasilan projek. Saya bersyukur kerana barangan yang dicari mudah didapati dan seterusnya memudahkan proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya dan rakan juga mengalami kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Hal ini didorong oleh faktor jadual bagi semester ini yang padat dengan aktiviti-aktiviti seperti Program Bina Insan Guru, Pengalaman Berasaskan Sekolah dan Perkhemahan Unit Beruniform serta jadual kuliah yang padat menyukarkan kami untuk menyiapkan tugasan dengan cepat. Namun, berkat tunjuk ajar yang diberikan oleh Encik Sukri bin Salim dalam usaha menyiapkan tugasan ini dari segi pengurusan masa, cara penghasilan projek yang betul dan mudah dan sebagainya, kami dapat juga menyiapkan tugasan ini pada waktunya. Oleh hal yang demikian, tugasan ini banyak memberikan manfaat berguna dan pengajaran yang baik kepada saya. Akhir kata, tugasan ini banyak mendatangkan faedah kepada saya terutamanya ianya menambahkan lagi pengetahuan saya yang sedia ada. Oleh itu, saya mengharapkan agar tugasan ini dapat memenuhi kriteria yang diingini oleh pensyarah pembimbing tugasan ini iaitu Encik Sukri bin Salim.

PROJEK KERJA KAYU KOTAK PENYIMPANAN DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

REFLEKSI

NAMA NO K.P

: SITI INTAN BADARIAH BINTI ABDUL LATIF : 920809-02-5934

Semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak pengalaman berguna yang telah saya pelajari. Hal ini menjadikan tugasan ini merupakan suatu yang sangat bermakna dalam hidup saya. Walaupun tugasan ini mengambil masa yang lama untuk di siapkan, saya tetap bersyukur kerana akhirnya saya mampu untuk melaksanakan tugasan ini dengan sempurna.

Antara pengajaran yang dapat saya pelajari ialah mengenai cara untuk membuat projek kayu dengan cara yang betul. Ini kerana, semasa di sekolah, saya hanya berpeluang untuk memaku kayu yang telah dipotong mengikut bentuk yang telah ditetapkan. Ketika di sini, kami diberi peluang untuk menentukan segalagalanya, bermula dari pemilihan jenis kayu, reka bentuk yang diinginkan, hiasan serta kemasan yang ingin digunakan, serta segala alatan yang diperlukan perlu dicari dengan usaha sendiri. Hal ini menjadikan projek yang telah dihasilkan menjadi lebih bermakna.

Selain itu, saya juga mempelajari erti semangat kerjasama di antara berkumpulan. Hal ini dibuktikan bahawa apabila kami semua saling bekerjasama dari awal sehingga akhir pelaksaan projek dijalankan. Semasa bermulanya pembentangan, kami telah bekerjasama dengan memberikan idea yang bernas untuk membantu rakan yang lain. Seterusnya, kami banyak bekerjasama semasa menjalankan kerja-kerja pertukangan. Antaranya ialah semasa mengangkat kayu yang besar untuk dipotong supaya menjadi saiz yang lebih kecil, semasa proses menggergaji kayu, semasa proses melakukan kemasan, serta semasa dapat

PROJEK KERJA KAYU KOTAK PENYIMPANAN DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP berkongsi segala kelengkapan yang terhad apabila bekerja. Hal ini menjadikan hubungan antara rakan sekelas menjadi lebih erat. Setelah melaksanakan projek ini juga, saya mendapati bahawa diri saya menjadi seorang yang lebih berkeyakinan. Ini kerana, saya sangat tidak yakin bahawa saya mampu untuk menyiapkan tugasan ini pada mulanya. Namun begitu, saya menguatkan semangat serta berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya dapat melaksanakan kerja yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Hasilnya, saya dan rakan yang lain telah mampu untuk menghasilkan sebuah rak yang cantik, hasil daripada usaha kami sendiri.

Selain itu, tugasan ini juga mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih kreatif. Ini kerana, kami perlu mereka suatu reka bentuk yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi. Masalah yang ingin saya selesaikan ialah keadaan bengkel Kemahiran Hidup yang tidak teratur di setiap sekolah yang kami kunjungi. Oleh itu, saya dan rakan sekumpulan saya, Muhammad Sofian bin Haji Husin telah bersepakat untuk mencipta sebuah rak yang dapat menyelesaikan masalah tersebut. Namun begitu, rak yang direka tidak hanya untuk menyimpan peralatan di bengkel semata-mata. Malahan, rak yang dicipta bersifat serbaguna dan mesra pengguna.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan, pensyarah pembimbing, serta rakan seperjuangan yang lain kerana telah sudi membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang dirasakan suatu yang mencabar bagi diri saya. Namun begitu, cabaran adalah suatu yang perlu dihadapi, bukan untuk dihindari. Dengan memegang semangat tersebut, saya akhirnya mampu untuk menyelesaikan tugas yang diberi dengan sempurna dan jayanya.