Anda di halaman 1dari 11

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012(SMP AMBILAN MAC 2011)

HBPE1103

PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

NO. MATRIKULASI NAMA

: :

781203135971001 REAGAN MACOB HANNY ANAK EDWARD BOLHAN

NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : :

781203-13-5971 013-5681790 reagan_macob@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

SIBU LEARNING CENTRE

HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI 781203135971001

PENGHARGAAN

Melalui peluang ini, saya Reagan Macob Hanny Anak Edward Bolhan ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tutor OUM untuk Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE 1103), Fakulti Pendidikan dan Bahasa iaitu, En. Yew Yii Hock kerana telah banyak membimbing dan memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Penghargaan dan ucapan terima kasih ini juga ingin saya tujukan kepada ahli keluarga saya yang banyak memberikan sokongan dan bantuan dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga teman-teman sekelas dan juga rakan senior yang banyak membantu yang tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar. Tugasan ini juga telah menjadi salah satu daripada proses mengulangkaji bagi saya, dan saya berharap pencapaian saya dalam matapelajaran ini akan bertambah baik. Tidak dilupa juga kepada tutor Pendidikan Kesihatan di atas kesudian membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada saya dalam bidang ini. Akhir kata, sekali lagi ingin saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan yang tidak disengajakan di dalam tugasan ini. Harapan saya agar menjadi guru yang sihat, cergas dan cerdas bagi melahirkan generasi yang bersatu padu, sihat, dinamis dan cerdas berlandaskan Kehendak Falsafah Pendidikan Negara suatu masa kelak.

Sekian, terima kasih.

HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI 781203135971001

ISI KANDUNGAN:

NO 1.0 2.0 3.0 4.0 4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4 4.1.5 4.1.6 4.1.7 4.1.8 5.0 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.1.4 5.1.5 6.0 7.0

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT 34 47 78 8 9 10 10 10 11 11 11 12 12 13 13 13 14 14 15 15 15 16 16 17 17 20 20 21 22

HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI 781203135971001

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah merupakan suatu usaha yang berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara holistic dan bersepadu untuk menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 1.0 Pengenalan : Salah satu bidang yang terdapat dalam kurikulum sekolah rendah yang wajib diikuti oleh semua pelajar ialah Pendidikan Jasmani. Pelajar seharusnya mengikuti dan menguasai sepenuhnya semua komponen-kompenan dan kemahiran yang telah disusun oleh pihak Pembangunan Kurikulum bagi memenuhi cabaran masa kini untuk melahirkan insan yang insan yang seimbang dan harmonis dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Disamping itu juga melalui pendidikan jasmani akan dapat mencorakkan disiplin yang baik dan tingkah laku yang unik untuk pelajar-pelajar. Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999 menyatakan Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Manakala menurut Asiah Abu Samah, 1993 kerelevanan Pendidikan Jasmani untuk diajar di sekolah juga disebabkan subjek ini memiliki kesepaduan di antara domain psikomotor dan domain kognitif. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamik dan progresif

HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI 781203135971001

Jelas disini dinyatakan bahawa Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi murid melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik disamping memperolehi pengetahuan dan membangunkan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal. Ada banyak sebab mengapa Pendidikan Jasmani perlu diajarkan di sekolah dimana pelajar-pelajar akan dapat mengembangkan kemahiran dalam bidang permainan dan sukan serta memberi peluang kepada pelajar menggunakannya di dalam situasi yang sebenar disamping memperolehi pengalaman dan pengetahuan dalam berbagai-bagai bidang permainan dan sukan, Disamping itu juga, Pendidikan Jasmani dapat memberikan kepuasan dan keseronokan kepada murid-murid menerusi kegiatan yang sihat dan menggalakkan sifat dan sikap sosial yang diingini. Selain daripada itu ia juga boleh menyediakan asas bagi penyertaan dalam kegiatan rekreasi di masa hadapan. Dalam tugasan ini nanti saya akan menghuraikan dengan lebih lanjut lagi mengenai Dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua yang merupakan dokumen pembelajaran untuk satu tahun persekolahan yang diorganisasikan secara modular

mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berdasarkan kurikulum modular, kandungan dikelompokkan kepada bahagian-bahagian yang dinamakan sebagai

modul. Modul merangkumi kandungan pembelajaran dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai dan dicapai. Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua terdiri daripada modul kemahiran dan modul kecergasan yang dibina berasaskan lima aspek iaitu:Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan Aspek 3: Kecergasan Meningkatkan Kesihatan Aspek 4: Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan Aspek 5 Kesukanan 4

HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI 781203135971001

Susunan kandungan kurikulum Tahun Dua ini bertujuan memudahkan pelaksanaan kurikulum Pendidikan

Jasmani. Setiap aspek dalam dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua yang hendak dicapai dinyatakan dalam lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi kandungan yang perlu murid pelajari manakala lajur Standard Pembelajaran menunjukkan apa yang murid perlu kuasai dan capai. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kandungan dalam Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua adalah setara dengan pencapaian objektif psikomotor, kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Bagi tujuan pengajaran kemahiran, guru menggunakan Modul Kemahiran yang terdiri daripada Aspek 1, Aspek 2 dan Aspek 5 secara serentak. Manakala untuk pengajaran kecergasan, guru menggunakan Modul Kecergasan yang terdiri daripada Aspek 3, Aspek 4 dan Aspek 5 secara serentak. Guru boleh membuat pilihan sama ada mengajar kemahiran atau kecergasan terlebih dahulu tanpa mengabaikan gabungan aspek yang telah ditetapkan. Ringkasannya adalah seperti berikut;-

HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI 781203135971001

2.0 Definisi Pendidikan Jasmani

Pendahuluan Untuk mencapai pengajaran yang berkesan haruslah ada menyediakan satu program pendidikan yang tersusun dan terancang demi memberikan sumbangan yang maksima kepada perkembangan optima. Potensi-potensi individu dalam semua fasa hidupnya dengan menempatkannya dalam suatu persekitaran yang akan menggalakan pergerakkan dan tindak balas yang berkaitan atau aktiviti-aktiviti yang akan memberikan sumbangan yang berkesan. Perkara yang juga harus difahami bahawa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tidak pernah wujud sebagai satu bidang tersendiri. Ia menjadi salah satu bidang perancangan manusia dalam memperkaya hidup yang berguna untuk kecerdasan fizikal, kesihatan yang sempurna dan reaksi yang lebih ekonomi, dari penjelasan di atas nyatalah bahawa

pendidikan jasmani bukan sahaja untuk memberikan dan meninggikan kemahiran motor yang tertentu sahaja. Kurikulum harus di rancang supaya pelajar-pelajar mencapai tujuan sesuatu pelajaran, kursus atau rancangan dengan potensi yang beranika dan maksima menerusi pergerakam semasa di dalam persekitaranya. Sebelum saya menerangkan tajuk esai di atas adalah lebih baik saya menerangkan apakah dia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan apakan tujuan ianya diajarkan di sekolah dan apakah falsafah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Definisi Pendidikan Jasmani Pendidikan jasmani ialah satu bentuk penegetahuan yang terdiri daripada berbagai bidang anatomi, fisiologi dan anthoropologia ( Franklin 1961) . 6

HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI 781203135971001

Pendidikan jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan untuk mendatangkan satu kesusahan yang bermakna, aktiviti-aktiviti yang harus dipilih adalah yang menyumbangkan cara hidup demokratik dan menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari, pemarah, murah hati dan memperolehi peribadi yang dinamik (J.F. Williams 1983)

Tujuan Pendidikan Jasmani diajarkan di sekolah Adapun tujuan Pendidikan Jasmani diajarkan di sekolah-sekolah adalah untuk: - Mengajar murid-murid dan pelajar-pelajar supaya menghargai diri sendiri dan memelihara kecergasan diri, - Murid-murid akan dapat memperolehi pengetahuan asas, kemahiran dan perkembangan diri dari segi perkembangan fizikal, mental, sosial dan emosi. - Mereka juga dapat mengetahui dan keupayaan diri sendiri dan rakan sebaya dalam program pendidikan jasmani - Mereka juga dapat menjalin perhubungan yang sihat melalui suasana persekitaran mereka.

Definisi Pendidikan Kesihatan Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses pembekal atau menggunakan pengalaman bagi memdalam kefahaman,sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti ( Grout, 1968 )

HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI 781203135971001

Tujuan Pendidikan Kesihatan diajarkan di sekolah Menakala tujuan pendidikan kesihatan diajarkan adalah untuk di sekolah-sekolah adalah : - Untuk mengubah tingkah laku kesihatan iaitu dari segi pengetahuan, sikap dan amalan. - Untuk menyumbang ke arah mewujudkan insan yang berpelajaran dengan membekalkan pengalaman-pengalaman kesihatan yang bermakna, yang boleh mengubah tingkah laku kesihatan. - Untuk menolong orang ramai mencapai tahap kesihatan yang diingini dengan tingkah laku dan usaha sendiri melalui pemupukan minat, pembangunan tanggungjawab kendiri untuk pembangunan kesihatan yang lebih baik sebagai ahli keluarga dan komuniti. - Untuk memajukan keadaan komuniti dan meningkatkan tanggungjawab kesihatan kerajaan.

Huraian Jelaslah disini bahawa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlulah diajarkan di sekolah-sekolah daripada tujuan-tujuan yang telah diberikan kita dapat melihat betapa pentingnya Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, banyak usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagai mengembangkan dan menyadarkan orang ramai tentang pentingnya Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam membangun negara yang maju. Banyak perkara-

HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI 781203135971001

perkara telah berubah sejak tempoh sepuluh tahun yang lepas perkara-perkara ini dapat dilihat melalui berbagai aspek, antaranya ialah :-

a. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijadikan matapelajaran penting di dalam kurikulum. Perkara ini dapat dilihat di sekolah rendah dan menengah, disini kita dapat melihat bahawa betapa pentingnya Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, kalau dahulu di sekolahsekolah rendah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan hanya diajarkan pada jangka waktu satu jam dan diajarkan pada waktu tengah hari dimana cuaca pada waktu-waktu tersebut adalah tidak bersesuaian untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan jasmani, sekarang kita dapat lihat waktu bagi pengajaran pendidikan jasmani telah ditambah menjadi satu jam setengah dan sekarang kita dapat lihat pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan juga diajarkan pada waktu pagi. Di dalam sukatan pelajaran juga menunjukan perubahan dan perkembangan dahulu hanya empat bahagian utama yang diajarkan iaitu pergerakkan asas, kemahiran asas sukan, permainan kecil dan pengetahuan asas sukan tetapi sekarang empat bahagian utama yang diajarkan itu di tambah lagi dengan latihan kecergasan yang menjadikannya kepada lima bahagian penambahan ini dilakukan kerana murid-murid terutama diperingkat rendah atas dan menengah sudah mampu melakukan aktiviti yang lebih berat dan lebih mencabar atatu memerlukan ketahanan, keupayaan dan kecergasan stamina yang tinggi. Bagi peringkat menengah pula pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mula diperkenalkan bagi menegah empat dan lima, sebelum ini matapelajaran ini hanya

dimasukkan di dalam menengah satu hingga tiga sahaja Ini membuktikan bahawa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tidak lagi dipandang remeh oleh sesetengah pihak dimana ianya telah

HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI 781203135971001

menjadi satu matapelajaran yang penting di sekolah, tambahan lagi di dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan murid-murid atau penuntut akan dinilai mengikut kecergasan mereka dan penilaian ini juga akan dimasukkan kedalam rekod kemajuan mereka sebagai rujukan guru-guru dan penjaga supaya mereka tahu tahap kemampuan murid-murid dan anak-anak mereka.

10