Anda di halaman 1dari 15

SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS Tajuk Tujuan :Awan dan Cuaca :Memahami kaitan antara jenis-jenis

awan dan pengaruhnya kepada keadaan cuaca. Hipotesis : Jika suhu meningkat maka hujan akan turun.

Teori

:Awan adalah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera dan kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit. Awan terbentuk daripada udara yang mengandungi wap air. Apabila wap air dalam udara ini meluap menjadi titik-titik air, maka terbentuklah awan. Pemeluapan ini boleh terjadi melalui dua cara iaitu pertamanya apabila udara panas, lebih banyak wap terkandung di dalam udara kerana air lebih cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan air ini akan naik ke atas hingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan terbentuklah awan. Keduanya, apabila suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera lembap. Semakin lama udara akan menjadi semakin tepu dengan wap air. Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air di dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat. Secara perlahan-lahan, daya tarikan bumi menariknya ke bawah.hingga sampai ke satu titik di mana titik-titik air itu akan terus jatuh ke bawah sebagai hujan. Namun jika titik-titik air tersebut bertemu dengan udara panas, titik-titik itu akan meluap dan hilanglah awan itu. Inilah yang menyebabkan awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih berganti meluap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan. Jenis jenis awan Awan Stratokumulus kelihatan kasar Awan Nimbostratus gelap dan mempunyai lapisan-lapisan jelas dan dikenali juga sebagai awan hujan

SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS Awan Stratus sangat rendah, tebal dan berwarna kelabu. Awan ini kelihatan seperti lelangit rendah atau kabusdi tanah. Awan Altokumulus berkepul-kepul, tidak rata dan berlapis. Selalunya awan itu menbayangkan keadaan cuaca yang baik Awan Altostratus lebih padat, berwarna kelabu dan kelihatan seperti air. Awan ini berjurai-jurai. Awan Sirus kelihatan seperti kapas nipis dan awan ini menunjukkan cuaca agak cerah Awan Sirokumulus kelihatan seperti sisik ikan. Awan Sirostratus pula ialah awan putih yang nipis seperti tirai. Awan Kumulus membentuk kelompok-kelompok bulat Awan Kumulonimbus berbentuk kelompok-kelompok besar. Kelompokkelompok yang berwarna putih dan hitam inimempunyai bentuk dan rupa yang beranekaragam. Awan ini membawa hujan yang disertai dengan kilat dan petir

SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Pengenalan :Saya telah menjalankan pemerhatian tentang awan berdekatan kawasan rumah saya di kawasan Taman Manngga, Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar. Pemerhatian tersebut dilakukan bermula pada 19 Ogos hingga 01September 2013 iaitu selama 14 hari. Saya membuat pemerhatian pada pukul 5 petang setiap hari. Sepanjang menjalankan pemerhatian tersebut, saya telah mengambil gambar awan yang kelihatan setiap hari. Keadaan awan yang diperhatikan sentiasa berubah setiap hari mengikut keadaan cuaca. Kadang kala cuaca cerah dan ada kalanya pula cuaca mendung atau hujan. Awan yang kelihatan setiap hari berbeza bentuk dan ketebalannya. Ada pula hari yang langitnya kelihatan seperti tidak berawan. Pembolehubah : Pembolehubah manipulasi : Bentuk Awan Cuaca Masa / Tempat

Pembolehubah bergerakbalas : Pembolehubah malar Radas Prosedur :

:Kamera digital, thermometer dan perisian Weatherpro :1. Maklumat tentang awan dikumpulkan daripada mana-mana buku teks dan internet. 2. Lokasi yang sesuai dipilih dan jenis-jenis awan yang hadir di kawasan tersebut diperhatikan dalam masa dua minggu. Pemerhatian dilakukan pada masa yang sama setiap hari. 3. Kamera digital digunakan untuk mengambil gambar-gambar awan manakala program weatherpro sekeliling. digunakan untuk menyukat suhu

SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS 4 Pemerhatian direkodkan termasuklah perubahan cuaca sama ada berlaku hujan ataupun tidak sepanjang tempoh kajian. 5. Data yang diperolehi dianalisa dan ditafsir. 6. Laporan ditulis berdasarkan data yang diperolehi.

Pemerhatian : HARI/TARIKH GAMBAR AWAN DATA DAN MAKLUMAT

Jenis awan : sirus Ketinggian HARI KE-1 19 OGOS 2013 ( ISNIN ) Cuaca Suhu Ciri-ciri : awan tinggi : cerah(tiada hujan) : 26 C : Awan ini berbentuk tipis , Lembut dan berumbai-umbai. Awan ini lazimnya membentuk Jalur-jalur di langit.

Jenis awan : Altostratus HARI KE-2 20 OGOS 2013 ( SELASA ) Ketinggian Cuaca Suhu Ciri-ciri : awan pertengahan : cerah(tiada hujan) : 27 C : Awan kelihatan bergumpal dan dasarnya horizontal.

SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Jenis awan : Stratus Ketinggian Cuaca HARI KE-3 21 OGOS 2013 ( RABU ) Suhu Ciri-ciri : awan rendah : Mendung : 31 C : Awan yang berlapis-lapis tipis dengan warna abu-abu Dengan dasar hampir serba sama.Dapat menimbulkan hujan.

Jenis awan : sirus Ketinggian HARI KE-4 22 OGOS 2013 ( KHAMIS /) Cuaca Suhu Ciri-ciri : awan tinggi : cerah(tiada hujan) : 27 C : Awan nipis seperti kapas Berkepul-kepul dan berwarna putih. Langit cerah.

Jenis awan : Stratus Ketinggian HARI KE-5 23 OGOS 2013 ( JUMAAT ) Cuaca Suhu Ciri-ciri : awan rendah : mendung : 29 C : Awan berlapis dan rata. Tidak mempunyai bentuk tertentu.Berwarna kelabu.

SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Jenis awan : Stratokumulus Ketinggian HARI KE-6 24 OGOS 2013 ( SABTU ) Cuaca Suhu Ciri-ciri : awan rendah : cerah(tiada hujan) : 27 C : Awan berkepul-kepul dan berwarna putih, langit cerah.

Jenis awan : Stratus Ketinggian HARI KE-7 25 OGOS 2013 ( AHAD ) Cuaca Suhu Ciri-ciri : awan rendah : Mendung : 29 C : Terletak rendah dan berwarna abu-abu. Menghasilkan hujan gerimis.

Jenis awan : Altostratus Ketinggian HARI KE-8 26 OGOS 2013 ( ISNIN ) Cuaca Suhu Ciri-ciri : awan pertengahan : Mendung : 30 C : Berwarna kelabu. Hampir meliputi seluruh langit.Akan menghasilkan hujan.

SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Jenis awan : Stratokumulus Ketinggian HARI KE-9 27 OGOS 2013 ( SELASA ) Cuaca Suhu Ciri-ciri : awan rendah : Mendung : 30 C : Awan ini merupakan beberapa kelompok awan kelabu yang tersusun.

Jenis awan : Altostratus Ketinggian HARI KE-10 28 OGOS 2013 ( RABU ) Cuaca Suhu Ciri-ciri : awan pertengahan : cerah(tiada hujan) : 27 C : Awan halus berwarna kebiruan. Sering menghasilkan hujan gerimis tetapi jika ada tolakan angin hujan tidak akan terjadi.

Jenis awan : sirus Ketinggian Cuaca HARI KE-11 29 OGOS 2013 ( KHAMIS ) Suhu Ciri ciri : awan tinggi : cerah(tiada hujan) : 28 C : Awan putih terpisah-pisah seperti benang halus atau pecah-pecah atau jalur-jalur sempit atau mata pancing atau bulu ayam atau serabut yang berwarna putih.

SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Jenis awan : Kumulunimbus Ketinggian Cuaca HARI KE-12 30 OGOS 2013 ( JUMAAT ) Suhu Ciri-ciri : awan pertengahan : mendung : 30 c : Awan yang sangat mampat dan padat menjulang tinggi menjadi gumpalan yang besar dan boleh mengangkut 300000 tan air biasa.

Jenis awan : Altokumulus Ketinggian : awan pertengahan HARI KE-13 31 OGOS 2013 ( SABTU ) Cuaca Suhu Ciri cirri : cerah : 27 C : Awan yang seperti bulu domba atau sisik ikan tetapi agak melebar dengan warna putih bersih atau abu-abu atau campuran dari keduanya.

SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Jenis awan : Altokumulus Ketinggian : awan pertengahan Cuaca HARI KE-14 01 SEPT 2013 ( AHAD ) Suhu Ciri cirri : cerah : 27 C : Awan yang seperti bulu domba atau sisik ikan tetapi agak melebar dengan warna putih bersih atau abu-abu atau campuran dari keduanya

SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS Analisis data : HARI TINGGI PERTAMA / JENIS AWAN PERTENGAHAN NAMA AWAN RENDAH Sirus

KEDUA

Altostratus

KETIGA

Stratus

KEEMPAT

Sirus

KELIMA

Stratus

KEENAM

Stratokumulus

KETUJUH

Stratus

KELAPAN

Altostratus

KESEMBILAN

Stratokumulus

KESEPULUH

Altostratus

KESEBELAS

Sirus

KE-12

Kumulunimbus

KE-13

Altokumulus

KE-14

Altokumulus

SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS

PERBINCANGAN : 1. Daripada pemerhatian yang telah saya lakukan, saya cuba untuk mengaitkan bentuk awan dan cuaca yang berlaku.Saya telah

memerhatikan bentuk-bentuk awan selama 14 hari Saya telah membuat pemerhatian di kawasan laoang di Taman Mangga, Jln Alor Mengkudu, Alor Setar.Masa untuk menjalankan kajian ini ialah pada jam 5.00 petang. 2. Hasil daripada pemerhatian dan perolehan data yang dikumpul dalam jadual, saya mendapati bahawa cuaca agak berubah-ubah pada setiap hari.Pada hari pertama, keempat dan kesebelas saya dapat

memerhatikan awan sirus kelihatan. Awan ini adalah awan tinggi dan berada pada ketinggian antara 6100m hingga 12000 m.Awan ini terbentuk tipis, lembut dan merupakan awan putih yang terpisah-pisah seperti benang halus.Awan ini menunjukkan cuaca yang agak cerah dan suhu sekitar 26 C hingga 28 C. 3. Awan Stratus dapat diperhatikan pada hari ketiga, kelima dan ketujuh. Awan merupakan awan rendah tetapi tidak mencecah permukaaan

bumi.Pada ketiga-tiga hari ini cuaca kelihatan mendung dan diikuti pula dengan hujan pada sebelah malam.Sebelah petang suhu agak tinggi antara 28 C hingga 32 C. Pada hari kedua, kelapan dan kesepuluh awan Altostratus dapat direkodkan. Awan ini merupakan awan pertengahan yang berwarna kelabu atau kebiru-biruan dan berbentuk seperti sirostratus yang tebal. Cuacanya cerah dan mempunyai suhu yang sederhana. 4. Awan Stratokumulus dapat diperhatikan pada hari keenam dan kesembilan.Awan ini merupakan awan rendah dan terdiri daripada kelompok awan kelabu yang tersusun. Cuaca pada kedua hari ini mendung dan suhu agak panas.Pada hari keduabelas awan tebal

SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS kumulunimbus kelihatan. Awan ini mempunyai dasar yang rata tetapi mempunyai sifat berkembang secara menegak. Cuaca pada hari ini mendung ,diikuti pula hujan yang turun dengan agak lebat. 5. Akhirnya saya dapat merekodkan awan Altokumulus yang merupakan awan pertengahan. Awan ini berupa lapisan kumpulan awan yang bertompok-tompok tidak rata dan berlapis-lapis. Cuaca pada kedua-dua hari ini adalah cerah. Keseluruhan cuaca adalah sedehana panas pada waktu siang dan malam.

KESIMPULAN:

Setelah kajian dijalankan dilokasi tertentu selama empat belas hari, ia menunjukkan pembentukan awan sentiasa berubah setaipa hari. Jenisjenis awan yang terbentuk sama ada awan Tinggi, awan pertengahan atau pun awan rendah saling berkait rapat dengan suhu dan kelembapan. Pada kajian ini didapati jenis awan rendah akan menghasilkan awan mendung dan diikuti pula oleh hujan. Selalunya jika hujan akan turun kita dapat merasakan cuaca panas yang agak luar biasa daripada hari yang lain. Ini juga petanda menunjukkan bahawa hujan akan turun. Awan berperanan untuk:menghasilkan hujan.

Dengan turunnya hujan ia dapat melengkapkan kitaran hujan. Air hujan sangat penting untuk tumbuh-tumbuhan dan segala hidupan di muka bumi ini.awan juga berperanan mengatur keseimbangan bumi dengan memantulkan dan menyerap sinar infra-merah bumi. Awan diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam kitaran hidrologi. Awan membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku. Contohnya awan cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera. Awan membantu mengagihkan semula haba tambahan dari khatulistiwa ke kutub. Awan diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam kitaran hidrologi.Awan

SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku. Contohnya awan cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera.Awan membantu mengagihkan semula haba tambahan dari khatulistiwa ke kutub. Daripada dapatan yang diperolehi , ternyata hipotesis yang diberikan adalah benar,Jika suhu meningkat maka hujan akan turun.

SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS REFLEKSI

Terlebih dahulu sya ingin memanjatkan rasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T Kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan tugasan ini walaupun pelbagai Halangan terpaksa ditempuhi.Pada semester kelima ini, bagi subjek SCE 3110 Bumi dan Angkasa merupakan subjek major dan saya telah dibimbing oleh dua orang Pensyarah iaitu Pn. Rahimawati bt. Abdul Rahim dan Pn. Hjh Amani bt Abdullah Mubarak. Untuk tugasan kali ini kami pelajar dari sains 1 dan 2 dikehendaki menjalankan 2 Amali Iaitu Awan dan Cuaca serta Terbitnya Matahari. Bagi amali Awan dan Cuaca Kami dikehendaki mengkaji tentang jenis-jenis awan dan cirri-cirinya. Kami dikehendaki Mengambil gambar awan selama 14 hari berturut-turut pada masa dan tempat yang Sama. Tugasan ini agak menarik kerana dari sini saya dapat membuat ramalan sendiri Tentang cuaca berpandukan bentuk awan yang saya lihat. Saya juga telah membuat Rujukan tentang awan melalui buku-buku dan dari internet, Perubahan cuaca mendatangkan implikasi yang besar terhadap aktiviti seharian Manusia. Cuaca boleh dikategorikan kepada cuaca panas, redup, mendung, berangin Dan hujan. Cuaca yang panas dapat membantu manusia menjalankan aktiviti haraian Mereka dengan lebih lancar. Cuaca yang panas membolehkan manusia mengeringkan Pakaian yang sudah dibasuh dengan cepat. Aktiviti lain seperti pergi ke tempat kerja, m Menziarahi saudara-mara dan sahabat handai ,kanak-kanak yang pergi ke sekolah

SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS Serta mengadakan majlis kenduri kahwin dapat dijalankan dengan lebih lancar jika Cuaca pada hari tersebut cerah dan panas. Jika hari hujan kita mungkin agak terlewat Untuk sampai ke tempat kerja kerana jalan raya yang sibuk. Dengan adanya ramalan cuaca dapat membantu kita untuk merancang segala Aktiviti harian kita. Contohnya jika kita hendak merancang percutian bersama keluarga Kita patut memilih hari dan mengikut keadaan cuaca.Lebih-lebih lagi jika kita Merancang untuk pergi ke negeri-negeri di Pantai Timur. Bagi nelayan=nelayan yang hendak ke laut, mereka akan memerhatikan Bentuk-bentuk awan yang kelihatan. Dari situ mereka sudah boleh menjangkakan Cuaca pada hari tersebut. Cuaca panas dan redup memang banyak membantu Manusia dalam aktiviti seharian mereka, namun demikian cuaca yang terlalu panas Juga boleh menyebabkan kemarau dan kematian.Musim kemarau boleh menyebabkan Hutan-hutan terbakar