Anda di halaman 1dari 20

PROPOSAL KAJIAN

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK BAGI TAJUK LOKUS DALAM DUA MATRA TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DIMAKTAB RENDAH SAINS MARA KOTA KINABALU

NAMA NO MATRIK PENSYARAH KOD KURSUS

: Hanafiah Eddy Chong Junairi : M20131000793 : Prof. Dr Mohammad Bin Ibrahim : GRU 6014

Pengenalan Matapelajaran Matematik merupakan matapelajaran yang cukup sinonim dengan penggunaan formula, angka-angka serta bentuk-bentuk yang memerlukan pelajar untuk menghafal serta memahami konsep dengan betul. Dengan perkembangan kurikulum yang semakin kompleks, para pelajar memerlukan kemahiran kognitif yang tinggi untuk menguasai matapelajaran ini. Matematik merupakan matapelajaran yang sangat penting dan merupakan matapelajaran wajib lulus diperingkat sijil pelajaran Malaysia selain matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin maju, seharusnya para pendidik mengambil peluang untuk menggunakan kemajuan ini sebagai satu pemangkin dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Para penyelidik telah banyak menghasilkan alat bantu mengajar dalam perlbagai bentuk contohnya koswer pengajaran ataupun perisian multimedia. Penggunaan perisian multimedia merupakan salah satu cara untuk menumpukan pengajaran berpusat atau berasaskan pelajar. Ini kerana, dengan adanya teknologi ini, ia akan memberikan satu kelebihan kepada pelajar untuk mendalami pengetahuan dan kemahiran dengan hanya menekan tetikus tanpa perlu ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Dalam memastikan keerkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi semua matapelajaran khususnya, penggunaan perisian multimedia sudah tidak asing bagi para pendidik. Menurut Vijaya Kumaran KK Nair (1996), multimedia merupakan gabungan teknologi grafik yang statik, animasi, tayangan video, teknologi bunyi dan audio. Penggunaan teknologi multimedia bukanlah bermaksud untuk menggantikan peranan guru, tetapi untuk menambah menambahbaik peranan guru kepada tahap fasilitator. Teknologi multimedia terbukti Berjaya mewujudkan satu situasi pembelajaran yang berkesan dan menyeronokan. Hal ini terjadi kerana pelajar akan mengingati 20% daripada apa yang mereka lihat, 30% daripada apa yang mereka lihat dan 60% sehingga 70% melalui interaksi.

Menurut Ismail (2002), perisian meldimedia boleh menjadi pemudah cara yang baik bagi pengajaran dan pembelaajran. Para guru sentiasa mencari pendekatan baru bagi mengajar matapelajaranya yang mana pendekatan ini dapat merangsang seterunya memotivasikan pelajar untuk melakukan pembelajaran berpusatkan pelajar seperti penyelidikan, menelaah dan menulis untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Salah satu pendekatan yang dapat menjadikan pelajar untuk melakukan proses pencarian maklumat adalah melalui perisian multimedia berbantukan komputer. Kajian ini ingin meninjau keberkesanan penggunaan koswer Matematik dalam kalangan pelajar tingkatan dua semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di sebuah Maktab Rendah Sains Mara Kota Kinabalu. Sekolah ini terletak di Putatan, Sabah. Kajian ini menumpukan kepada matapelajaran Matematik bagi tajuk Lokus Dalam Dua Matra yang mana tajuk ini terkandung didalam sukatan pelajaran di bawah kurikulum bersepada sekolah menengah (KBSM) bagi pelajar tingkatan dua.

Penyataan Masalah Secara umumnya, terdapat ramai warga pendidik khususnya guru Matematik menghadapi masalah untuk menerapkan kefahaman tentang konsep asas kepada pelajar terhadap tajuk Lokus Dalam Dua Matra di tingkatan dua. Pelajar tidak faham dan tidak berminat terhadap apa yang mereka pelajari adalah kesan negatif daripada kegagalan guru untuk menerangkan konsep ini. Penggunaan perisian multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas merupakan alat bantu mengajar yang dapat membantu guru dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam kebanyakan matapelajaran di sekolah khususnya bagi matapelajaran Matematik. Perisian multimedia dapat memberi motivasi kepada pelajar dengan menjadikan pembelajaran lebih menarik kerana pelajar memahami apa yang dipelajarri dalam konteks yang sebenar (Rozinah , 2002). Perisian koswer yang berkualiti akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Yusuf (1997) berpendapat satu perisian yang baik
2

mestilaj bersesuaian dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, pengkaji inign mengkaji sejauh mana keberkesanan penggunaan koswer Matematik terhadap pencapaian prestasi dan juga minat dalam penggunaan konsep asas tajuk Lokus Dalam Dua Matra terhadap pelajar tingkatan dua di MRSM Kota Kinabalu.

Kerangka Konseptual Kajian ini bertujuan untuk menunjukan keberkesanan kaedah pembelajaran menggunakan koswer Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Lokus Dalam Dua Matra terhadap pelajar tingkatan dua di MRSM Kota Kinabalu. Rajah di bawah merupakan kerangka konseptual untuk melihat peningkatan kefahaman konsep Antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawanalan, pencapaian minat bagi kumpulan eksperimen dann juga peningkatan prestati bagi kumpulan eksperimen. Bagi melihat perbezaan prestasi kefahaman konsep, pengkaji akan

menggunakan ujian pra dan ujian pasca terhadap kedua-dua kumpulan. Boring kaji selidik akan diberi kepada keupulan rawatan untuk melihat tahap minat kumpulan tersebut terhatap kaedah pembelajaran menggunakan koswer Matematik. Untuk menguji pencapaian prestasi, pengkaji akan menganalisa min markah ujian pra dan pasca kumpulan eksperimen.
PERBEZAAN MIN UJIAN PASCA KUMPULAN RAWATAN DAN KUMPULAN KAWALAN

KONSEP ASAS KAEDAH PEMBELAJARAN


PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KOSWER MATEMATIK

MINAT

UJIAN SOAL SELIDIK

PENCAPAIAN PRESTASI
Kerangka Konseptual

PERBEZAAN MIN UJIAN PRA DAN PASCA KUMPULAN RAWATAN 3

Objektif Kajian Kajian ingin menentukan keberkesanan koswer bagi matapelajaran Matematik dalam tajuk Lokus Dalam Dua Matra terhadap kefahaman konsep bagi pelajar di MRSM Kota Kinabalu, Sabah. Dalam melakukan kajian ini, pengkaji inign mencapai beberapa objektif iaitu: i. Mengenalpasti kesan positif keatas minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran didalam kelas yang menggunakan koswer Matematik ii. Membandingkan pencapai pelajar terhadap dua kaedah iaitu kaedah

konvensional(biasa) dan kaedah menggunakan koswer Pengkaji akan menjalanka kajian mengan menggunakan rekabentuk eksperimen dimana sampel dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diajar menggunakan koswer (kumpulan rawatan) manakala kumpulan kedua yang dijadika kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah biasa(konvensional). Kaedah

konvensional bermaksud, guru akan mengajar seperti biasa tanpa menggunakan koswer dan pelajar bertindak sebagai kumpulan penirima pasif.

Persoalan Kajian Berdasarkan kepada objektif kajia diatas, kajian ini dilakukan untuk menjawab beberapa soalan kajian, iaitu : i. Adakah penggunaan koswer Matematik bagi tajuk Lokus Dalam Dua Matra mampu memberi kesan positif terhadap minat pelajar didalam kelas. ii. Adakah pencapaian pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran

menggunakan koswer berbeza dengan perncapaian pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran konvensional.

Hipotesis Kajian Dalam kajian ini, beberapa andaian telah dibuat. Andaian ini adalah berdasarkan beberapa kajian lepas yang dilakukan oleh para penyelidik. Andaian atau hipotesis berhubung dengan penyataan masalah ini ialah : : Tidak terdapat perbezaan pencapaian pelajar yang diajar menggunakan koswer dengan pelajar yang diajar menggunakan kaedah knovensional bagi tajuk Lokus Dalam Dua Matra. : Terdapat perbezaan pencapaian pelajar yang diajar menggunakan koswer dengan pelajar yang diajar menggunakan kaedah knovensional bagi tajuk Lokus Dalam Dua Matra. : Tidak terdapat kesan positif terhadap minat pelajar yang diajar menggunakan koswer dengan pelajar yang diajar menggunakan kaedah knovensional bagi tajuk Lokus Dalam Dua Matra. : Terdapat terdapat kesan positif terhadap minat pelajar yang diajar menggunakan koswer dengan pelajar yang diajar menggunakan kaedah knovensional bagi tajuk Lokus Dalam Dua Matra.

Kepentingan Kajian Pengkaji membahagikan kepentingan kajian kepada lima pihak iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Organizasi Mara, sekolah dan juga kepada pelajar. pecahan kepentingan ini akan diterang satu per satu. 1. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bagi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kajian yang dilakukan boleh dijadikan rujukan KPM untuk digunapakai di sekolah-sekolah di seluruh malaysia khususnya di bawah KPM. Selain itu, kajiaan ini boleh menjadi garispanduan
5

untuk melaksanakan

kaedah pengajaran menggunakan koswer bagi matapelajaran

Matematik dalam tajuk Lokus Dalam Dua Matra di tingkatan dua. 2. Majlis Amanah Rakyat (MARA) Bagi MARA, kajian ini dapat dijadikan rujukan bahagian pendidikan menengah MRSM dalam menyediakan asas-asas yang mencukupi bagi melaksanaknakan kaedah pembelajaran menggunakan koswer bagi

matapelajaran Matematik dalam tajuk Lokus Dalam Dua Matra di tingkatan dua 3. Sekolah Pembelajaran berbantu multimedia dijangkan dapat meningkatkan pretasi pelajar di samping memberi pendedahan kepada guru dan pelajar kepada penggunaan teknologi multimedia sebagai bahan bantu mengajar. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan imej sekolah yang terlibat sebagai sebuah sekolah yang memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. 4. Guru Melalui kajian ini, guru-guru Matematik akan mudah untuk manjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seterusnya meringankan beban guru. Oleh yang demikian, pembelajaran yang menggunakan teknologi multimedia

khususnya koswer, akan dapat memovivasikan guru-guru untuk membuat inovasi pada pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih difahami dan diikuti oleh pelajar. 5. Pelajar Pembelajaran yang menggunakan teknologi multimedia khususnya koswer, memudahkan pelajar mempelbagaikan bahan rujukan. Kerana ia boleh diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti teks, video, visual pembelajaran, meneliti gambar dan sebagainya. Selain itu, pelajar tidak perlu terikat dengan sesuatu gaya pembelajaran keran pembelajaran menggunaka
6

koswer multimedia ini dapat menangani masalah perbezaan pelajar dengan mengindividukan pengajaran mengikut kebolehan mereka (Sharifah Alawiah, 1987). Ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan kefahaman pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian mereka.

Difinasi Operational Kajian ini menggunakan bebeapa difinasi tentang kata dan frasa seperti.: Lokus Dalam Dua Matra. Lokus Dalam Dua Matra adalah merupakan satu lintasan set titik-titik yang memenuhi syarat-syarat tertentu (Cheng Chooi Yoon, Khaw Phoay Eng, Yong Kien Cheng, 2003) Multimedia. Multimedia adalah gabungan teks, grafik, bunyi(audio) , animasi dan video yang berasaskan penggunaan komputer atau media elektronik lain. (Tay Vaugh, 2001) Koswer. Koswer boleh didefinasikan sebagai satu set arahan yang terperinci yang dilaksanakan oleh system komputer bagi membolehkan komputer memproses data kepada maklumat bagi mempersembahkan sesuatu tugas tertentu. Pengajaran Pengajaran adalah aktiviti yang rumit dan melibatkan penggunaan bermacam-macam bentuk dan jenis kemahiran. Ianya juga melibatkan perhubungan antara guru dan pelajar dan juga pelajar dengan pelajar yang lain (Omardin, 1997)

Pembelajaran Menurut Baharuddin (2001), pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku kepada pelajar akibat daripada interaksi dengan persekitaran. Secara umumnya, pembelajaran diertikan sebagai proses dengan kaedahkaedah tertentu sehingga orang memperolehi pengetahuan dan cara tingkah laku yang sesuai dengan keperluan.

Kajian literature
Dalam kajian literatur ini, pengkaji akan membincangkan beberapa perkara seperti ciri-ciri pembelajaran dan teori-teori yang berkaitan dengan koswer multimedia. Selain itu, kajian-kajian yang lepas turut dinyatakan didalam kajian literature ini. Pada peringkat permulaan, penggunaan komputer adalah bagi membantu proses pembelajaran dan pengajaran berdasarkan teori-teori pembelajaran yang dikeluarkan oleh ahli-ahli psikologi tingkahlaku B.F Skinnker dan Parlov. Penggunaan komputer pada masa itu digunakan bagi membekalkan proses pembelajaran berbentuk latihtubi keatas isi pembelajaran yang telah dipelajari sebelum itu. Bentuk pembelajaran latihtubi ini dibina berdasarkan konsep diantara stimulus respon yang hangat diperjuangkan ketika itu. Interaksi bentuk stimulus respon iaitupelajar dengan teknologi adalah satu paradigm yang besar pengaruhnya pada peringkat permulaan (Becker dan Hativa, 1994). Dengan lain perkataan pembinaan perisian multimedia atau laman sesawang pembelajaran pasa peringkat awal menumpukan kepada perhubungan antara stimulus dan respon bagi memastikan proses pembelajaran berlaku. Bentuk pengajaran berpusatkan pelajar serta pendekatan teori

konstruktivisme menjadi pegangan utama ketika membangukan perisian multimedia. Teori kognitif dleksibel iaitu sala satu cabang dari teori

konstruktivisme menjadi pilihan yang semakin mendapat tempat dalam menangani persekitaran pembelajaran bagi dominan ilmu yang kompleks. (Spiro etal, 1991) Multimedia akan mengubah cara pengajaran biasa yang memperlihatkan pelajar pintar akan menemui dan meneroka tahap uang diajar oleh guru melalui kaedah biasa. Guru bertindak sebagai pembimbing sepanjang aktiviti

pembelajaran dan bukanya sebagai pembekal. Teras kepada proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu altenatif dalam mempelbagaikan kaedah
9

pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti. Oleh itu, perisian multimedia(koswer) ini dapat memperkaya proses

pembelajaran. Ia bukan bermatlamat untuk menggantikan guru untuk mengajar, tetapi adlah satu oendekatan baru untuk membantu guru seperti dalam kaedah biasa.

Kajian Lepas
Belum ada kajian yang lepas yang telah dilakukan terhadap kefahaman konsep bagi tajuk Lokus Dalam Dua Matra. Namun ramai pengkaji yang telah mengkaji keberkesanan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Ahmad (1997) telaj menjalankan kajian keatas murid-murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Jabi yang berkaitan dengan keberkedanan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bagi matapelajaran Matematik untuk tajuk operasi asas Matematik. Dalam kajian itu, beliau mendapati terdapat perubahan sikap yna positif dalam kalangan responden yang terlibat untuk mencuba setiap soalan dikemukakan didalam komputer. Selain itu, Poh Swee Hiang (1997), telah menyatakan bahawa multimedia yang moden merujuk kepada perisian pengajaran yang disimpan didalam cakera laser atau CD-ROM dan dibaca dengan menggunakan komputer. Multimedia diserapkan bagi memangkinkan kualiti pengajaran seperti Matematik dan sains. Kanagambal (1997) dalam satu kajianya, meyatakan bahawa situasi dimana komputer digunakan untuk mengajar mendapati pelajar dapat

mempelajari sesuatu dengan lebih cepat, lebih mudah mengingati kembali bahan yang telah dipelajari dan memperolehi sikap positif terhadap komputer. Didapati juga pelajar dapat perinteraksi dengan komputer secara aktif dan fleksibel dalam pengajaran dimana pelaar menentukan cara menggunakan bahan benbantu komputer tersebut.
10

Penggunaan perisian kursus(koswer) pendidikan melalui CD-ROM juga dapat membantu meningkatkan pengajaran guru dan menarik minat pelajar. dalam kajian yang telah dilakukan oleh Rion Sumarji(1997) bertajuk pengaj aran dan pembelajaran sains berbantukan komputer mendapati pembelajaran yang menggunakan kaedah pencarian (exploratory) dan penemuan lebih Berjaya berbanding pelajar yang hanya didedahkan denga kaedah tradisional. Selain itu, kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh Kulik et. al. (1983; 1984; 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer atau dalam erti kata lain penggunaan perisian pendidikan (koswer) telah meningkatkan mutu dan juga prestasi pengajaran san pembelajaran. Satu kajian perbandingan telah menunjukan bahawa pelajar yang menerima pengajaran guru boleh mengingati kembali fakta Matematik 73% lebih daripada pelajar yang diajar guru sahaja( Hasselbring. et.al, 1988) Multimedia dalam pendidikan Multimedia ialah integrasi atau gabungan elemen-elemen teks, audio, grafik, animasi dan video dengan menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan proses pembelajaran secara signifikan. Rekabentuk pengajaran berbantukan perisian multimedia adalah satu disiplin tentang kefahaman dan pembaikan proses pengajaran secara sistematik bagi memperolehi matlamat utama pengajaran. Faedah perisian multimedia dalam pendidikan Menurut Jamaluddin dan Zaidatun (2003), penggunaan perisian

multimedia sudah semestinya mendatangkan kebaikan kepada pelajar didalam pendidikan. Penggunaanya dapat mengatasi kelemahan serta masalah yang dihadapi didalam proses pengajaran biasa didalam kelas yang dilaksanakan secara tradisional. Ianya menjadi perangksang kepada guru serta mendaji alat yang dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Antara beberapa fardah pembelajaran dengan perisian multimedia ialah:
11

i.

Menyokong pembelajaran kendiri Penggunaan teknologi multimedia membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar boleh mimilih masa, kandungan, serta hala tuju pembelajaran mereka dengan kasar yang cepat kerana program multimedia memberi peluang serta kebebasan kepada pelajar untuk memilih maklumat yang digemari mengikut kebolehan individu. Pelajar juga berpeluang belajr tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Pembelajaran berbantu multimedia sebagai salah satu media pembelajaran yang dapat digunakan secara berkesan untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza dari segi keupayaan, intelek dan gaya pembelajaran. Pembelajaran individu merupakan satu sisitem yang pelbagai dan prosedur pembelajaran yang fleksibel dimana pelajar diberikan tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan

pembelajaran mereka.

ii.

Membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran Perisian multimedia khususnya koswer telah membukan jalan baru dalam bidang pendidikan. Ciri-ciri perisian multimedia yang lebih mesra tidak menjemukan, tidak memenatkan dan tidak menyakitkan hati menjadiakan ia amat sesuai digunakan terutamanya terhadap pelajar yang kurang cerdas. Contohnya, strategi latih tubi dimana beberapa percubaan perlu dilakukan oleh pelajar. pembelajaran menggunakan multimedia dapat memberikan tindak balas serta merta kepada pelajar. secara tidak langsung ia dapat memberi peneguhan yang sangat positif.

iii.

Membantu imaginasi terhadap perkara abstrak Elemen-elemen media yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia seperti suaralatar, muzik, warna, animasi dan visual boleh menambahkan realism dalam pembelajaran secara latih tubi, ulangkaji dalam makmal, permainan simulasi dan
12

sebagainya. Dengan ini, elemen multimedia dapat menerangkan sesuatu pengajaran yang kompleks menjadi mudah untuk difahami dengan contoh-contoh yang sebenar yang mana contoh-contoh ini tidak dapat diterangkan dengan menggunakan teks.

iv.

Keseronokan belajar dan menjana pemikiran pelajar Menerusi penggunaan multimedia, ianya berbeza dengan

pengajaran dan pembelajaran biasa yang memperlihatkan guru membaca teks di hadapan sambil pelajar mendengar. Penggunaan perisian multimedia menjadikan pelajar lebih seronok belajar apabila perisian tajuk yang digunakan ada menggunakan animasi dan watak-watak tertentu yang dilakonkan mengikut tema kurikulum subjek itu. Selain itu, oenggunaan multimedia ini mampu melahirkan pelajar yang mahir berfikir, kreatif dan kritis. Ciri-ciri inilay yang diharapkan oleh pihak kementerian pendidikan dalam menyediakan pelajar yang cemerlang.

Koswer multimedia dalam tajuk Lokus Dalam Dua Matra. Multimedia dalam tajuk Lokus Dalam Dua Matra melibatkan elemen-elemen multimedia iatu grafik, teks, audio dan interaktiviti. Proses pembelajaran didalam tajuk ini diambil darimapa CD-ROM Mathematic Form 2. Perisian ini dilengkapi bukan sahaja dengan penerangan mengenai definasi Lokus Dalam Dua Matra malah menyediakan paparan yang membolehkan guru serta pelajar membuat simulasi terhadap contoh dan latihan yang berkaitan. Selain itu, terdapat kemudahan butang pautan bagi membolehkan pengguna menggunakan perisian ini dengan mudah. Didalam tajuk ini juga, di sediakan elemen-elemen multimedia seperti audio, teks, penceritaan(narration) dan juga animasi bagi menampakan perisian in lebih menarik.

13

Kesimpulan tinjauan literatur Kajian lepas telah banyak menyatakan bahawa penggunaan perisian multimedia mampu menigkatkan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran. Hasilnya, prestasi dan pencapaian pelajar akan meningkat selain motivasi mereka didalam subjek Matematik. Suasana pembelajarn seperti ini akan membantu pelajar untuk menguasai kemahiran kognitif yang diperlukan untuk mendapatkan pengetahuan. Penggunaan kesemua elemen didalam multimedia aldah penting bagi merangsang pemikiran pelajar. Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji berharap untuk mengkaji keberkesanan perisian koswer multimedia danam pengajaran dan pembelajaran bagi menigkatkan prestasi dan minat pelajar tingkata dua di MRSM Kota Kinabalu bagi tajuk Lokus Dalam Dua Matra.

14

Metodologi Kajian Dalam metodologi kajian, pengkaji akan menyatakan tentang kadah perlaksaan ujian bagi mengkaji keberkesanan penggunaan perisian koswer multimedia di dalam tajuk Lokus Dalam Dua Matra. Selain itu, pengkaji akan menyatakan rekabentuk kajian, alat kajian, instrument kajian, populasi dan persampelan subjek, tempat kajian serta tatacara kajian. Reka bantuk kajian Rekabentuk kajian mempunyai dua tujuani iaitu mencari jawapan kepada persoalan-persoalan kajian dan untuk mengawal varian. Kajian ini adalah berbentuk quasi-eksperimen yang mana kajian membuat

pemilihan subjek kedalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan akan diberi ujian pra untuk mengkaji pengetahuan awal pelajar terhadap tajuk Lokus Dalam Dua Matra. Kumpulan eksperimen akan diajar menggunakan pengajaran terus. Isi pembelajaran akan dipersembahkan dengan kaedah tutorial dan teknik penyoalan. Dalam kaedah ini, pengkaji akan menggunakan koswer sebagai alat bnatu mengajar untuk menerangkan konsep lokus. Semasa pembelajaran berjalan, soalan-soalan akan ditanya bagi merangsang minda dan mencetus idea pelajar menggunakan kaedah biasa. Diakhir pengajaran kedua-dua kumpulan, mereka akan diberi ujian pos. ini akan dapat membandingkan prestasi pencapaian kedua-dua kumpulan tesebut.

Instrumen kajian Pengkaji akan menggunakan beberapa jenis intrumen dalam menjalankan kajian ini. Contohnya, soalan kaji selidik, ujian pra, ujian pasca, dan juga perisian multimedia.

15

Soalan kaji selidik Dalam kajian ini, soalan kaji selidik akan digunakan. Menurut Majid (2000), penggunaan boring kaji selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh geraklaku pengkaji. Soalan kaji selidik yang akan digunakan dalam kajian ini dibina oleh penyelidik yang telah melakukan kajian dalam bidang yang sama iaitu Saridah (2006). Menurut beliau, soal selidik ini dibina berpandukan jadual spesifikasi tahap afektif Krathwohl dengan mempertimbangkan kategori penerima,

gerakbals, pengjhargaan, organisasi dan ciri nilai.(Saridah, 2006) Soalan kaji selidik ini akan terbahagi kepada dua bahagian : Bahagian A Bahagian ini mengandungi item yang berkaitan dengan latar belakang pelajar seperti jantina, kaum dan tahap pencapaian akademik terkini. Maklumat keputusan akademik pelajar akan digunakan untuk melihat prestasi pelajar di beringkat awal.

Bahagian B Pada bahagian ini, item akan berkaitan denga factor-faktor yang mempengaruhi perlaksanaan secara berkesan kaedah penggunaan koswer. Solan kaji selidik akan diberikan kepada kumpulan

eksperimen(rawatan) iaitu kumpulan yang akan diajar menggunakan koswer bagi tajuk Lokus Dalam Dua Matra. Terdapat lapan soalan yang perlu dijawab oleh pelajar dengan koswer dan skala likert akan digunakan untuk menilai tahap persetujuan terhadap setiap item yang dikemukakan. Skala likert adalah difikirkan sesuai kerana merupakan pengukuran utama yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

16

Skor Nilai

Sangat Tidak Bersetuju 1

Tidak Bersetuju 2

Tidak Pasti 3

Bersetuju 4

Sangat Bersetuju 5

Skor

Skala Likert

Data-data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan taburan kekerapan dan peratusan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

keberkesanan perlaksanaan kaedah pembelajaran menggunakan koswer.

Ujian Pra Dalam ujian pra, soalan adalah terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A : Bahagian ini mengandungi empat soalan. Pelajar dikehendaki menuliskan jawapan berdasarkan gambar rajah yang diberikan. Bahagian B : Bahagian ini mengandungi lima soalan. Empat soalan merupakan soalan-soalan berbentuk aneka pilihan jawapan. Soalan ke-5 pula adalah merupaka soalan yang menguji kemahiran membina lokus. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mengetahui atau mengesan

pengetahuan awal pelajar dalam tajuk kajian.

Ujian Pasca Ujian pasca akan diberikan sebaik sahaja selesai sesi pengajaran berlangsung. Soalan adalah sama seperti yang diberikan dalam soalan pra. Soalan yang diberikan bertujuan untuk menguji sejauh manakah kefahaman pelajar terhadap tajuk yang diajar semasa pengajaran. Skala pengukuran yang digunakan adalah skala sela kerana skor yang akan diperolehi adalah dalam bentuk peratusan.

17

Kedua-dua ujian pra dan pasca yang digunakan pengkaji lepas adalah berpandukan buku teks dan buku rujukan yang digunakan oleh pelajar. soalansoalan ini juga disemak dan mendapat pengesahan daripada guru-guru yang berpengalaman yang mengajar subjek Matematik. Tujuan pengesahan ini dilakukan semula adalah supaya soalah tidak mengandungi kesilapa konsep dan kefahaman. Populasi dan Sampel kajian Populasi sasaran kajian adalah terdiri daripada pelajar tingkatan dua di Maktab Rendah Sains Mara Kota Kinabalu, Sabah. Sampel dipilih dalam kalangan populasi dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar iaitu tiga kelas daripada tingkatan dua. Sampel yang diambil berdasarkan kepada keupayaan akedemik yang hamper sama, tanpa mengira jantina, kaum dan latarbelakang keluarga. Lokasi kajian Kajian dijalanka di negeri Sabah. Lokasi adalah Maktab Rendah Sains Mara Kota Kinabalu, Putatan Sabah. Sekolah ini terletak di pesisir bandar dan merupakan sekolah berasrama penuh dibawah kelolaan MARA. Sekolah ini menawarkan pendidikan bermula tingkatan satu sehingga tingkatan enam. MRSM Kota Kinabalu mempunyai pelbagai kemudahan pembelajaran

terutamanya bagi subjek Matematik seperti makmal Matematik yang lengkap dengan pelbagai alat bantu mengajar seperti projektor dan komputer riba. Pihak pengurusan MRSM Kota Kinabalu, sangat mementingkan

pencapaian pelajar terutamanya pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan awan seperti PMR, SPM dan STPM. Satu kelebihan bagi pelajar sekolah ini ialah sekolah menyediakan asrama kepada pelajar. ini secara tidak langsung memudahkan pelajar untuk membuat perbincangan kumpulan atau menghadiri kelas intensif yang diadakan oleh para guru.

18

Penganalisaan Data Soal kaji selidik, ujian pra dan pasca dianalisa menggunakan kaedah kuantitatif. Data diperolehi daripada soalan kaji selidik dengan menjumlahkan skor untuk setiap item daripada soalan secara manual dan dengan

menggunakan program Stastiscal Pakage For Social Scinece (SPSS 11.5). Dengan menggunakan program SPSS ini, purata dan peratusan dapat ditentukan seterusnya membandingkan ujian pra dan ujian pasca bagi kedua-dua kumpulan. Statistic inferens juga digunakan untuk mengita nilai-t dalam menentukan hipotesis kajian. Bagi menunjukkan persepsi pelajar terhadap kaedah pembelajaran yang digunakan, data akan ditafsir dalam bentuk peratusan dan min skor untuk setiap item. Purata min skor yang tinggi bagi setiap item akan menunjukkan penerimaan yang menggalakan. Manakala min skor yang rendah akan menunjukan persepsi pelajar terhadap pembelajaran menggunakan koswer adalah kurang menggalakan. Penutup Pengkaji telah melakukan perangcangan dalam melakukan kajian yang bakal dijalankan sebaik mungkin dan sistematik seterusnya untuk memastikan perjalan kajian berjalan lancar. Pengkaji berharap perancangan yang teratur dan sistematik ini akan membuahkan hasil data yang tepat, jitu dan sahih.

19