Anda di halaman 1dari 8

Kandungan

Bil 1 2 3 4 5 Tajuk Cukupkah Simpanan Persaraan Anda? Apakah Kepentingan Mempelbagaikan Sumber Pendapatan Persaraan? Apakah Manfaat Skim KWSP? Apakah Simpanan Asas? Apakah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M)? M/S

Donec pede justo, fringilla vel, aliquet nec, vulputate eget, Tarikh arcu. cetakan : 1 November 2012

Berapa yang anda perlukan apabila bersara?

1. Cukupkah Simpanan Persaraan Anda?


TAHUKAH ANDA?
Purata jangka hayat penduduk Malaysia adalah 75 tahun. Pada masa ini, pekerja sektor swasta bersara pada umur 55 tahun. Umur Persaraan Minimum dijangka akan ditetapkan pada umur 60 tahun.
02

Bergantung kepada keperluan, tahap kesihatan dan gaya hidup anda. Jika anda ingin membelanjakan RM8001 sebulan bagi tempoh 20 tahun (55 tahun 75 tahun), simpanan yang diperlukan adalah sebanyak RM192,000. Jika anda ingin membelanjakan RM800 sebulan bagi tempoh 15 tahun (andaian anda bersara pada umur 60 tahun), simpanan yang diperlukan adalah sebanyak RM144,000. Apakah inisiatif KWSP bagi meningkatkan simpanan ahli? Mulai tahun 2007, KWSP telah menambahbaik Skim KWSP untuk meningkatkan simpanan persaraan ahli dan menggalakkan ahli untuk tidak menghabiskan simpanan dalam tempoh yang singkat seperti berikut:Meningkatkan peratusan simpanan persaraan dalam Akaun 1 daripada 60% kepada 70%; Memperkenalkan Pengeluaran Umur 55 Tahun yang lebih fleksibel di mana ahli boleh memilih bayaran pengeluaran sama ada secara sekaligus, bulanan, sebahagian atau kombinasi; dan Tempoh tanggungan mencarum (wajib) dilanjutkan daripada umur 55 tahun kepada 75 tahun, jika ahli masih bekerja.
1

72% ahli KWSP yang berumur 54 tahun pada tahun 2011 mempunyai simpanan RM50,000 dan ke bawah. 50% pesara menghabiskan simpanan KWSP dalam tempoh 5 tahun.

03

Pendapatan Garis Kemiskinan, Rancangan Malaysia ke-10

Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) tahun 2007 mendapati penduduk Malaysia mempunyai purata jangka hayat sihat selama 66 tahun sahaja. Dengan purata jangka hayat 75 tahun, penduduk Malaysia dijangka menjadi warga emas yang lemah dan berpenyakit bagi tempoh 8 ke 10 tahun terakhir sebelum meninggal dunia. Cukupkah simpanan anda untuk persaraan? Kecukupan simpanan persaraan bergantung kepada beberapa faktor seperti :Jangka hayat, umur persaraan, gaya hidup, tahap kesihatan, tanggungan keluarga dan kos hidup; dan Bagaimana anda merancang kewangan sebelum bersara dan merancang penggunaan simpanan selepas bersara.

Bagaimana meningkatkan simpanan persaraan anda? Antara tip yang boleh membantu anda meningkatkan simpanan persaraan adalah: Mempelbagaikan sumber pendapatan persaraan Pelbagaikan sumber pendapatan persaraan dan tidak hanya bergantung kepada simpanan KWSP untuk membiayai persaraan kelak. Mulai menyimpan dari awal Lebih awal anda mula menyimpan, lebih banyak simpanan yang dapat dikumpul apabila bersara. Jadikan tabiat menyimpan untuk persaraan sebagai budaya dalam kehidupan. Rancang keperluan jangka panjang Kenalpasti keperluan utama apabila bersara dan berapakah jumlah dan sumber untuk membiayai keperluan jangka panjang berkenaan. Rancang keperluan kewangan dan perbelanjaan serta simpan sebahagian pendapatan untuk keperluan jangka panjang tersebut. Penjagaan kesihatan Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berterusan dan jalani gaya hidup sihat. Tubuh badan yang sihat akan membolehkan anda terus bekerja dan meningkatkan simpanan persaraan anda. Dengan ini, simpanan persaraan tidak perlu dihabiskan untuk membiayai kos rawatan kesihatan, sebaliknya ia boleh digunakan untuk membiayai kos sara hidup yang lain. Melabur dengan bijak Pelabur yang bijak adalah pelabur yang berpengetahuan. Ketahui risiko dalam pelaburan dan sentiasa membuat penilaian terhadap pelaburan secara berterusan. Jangan melabur ke dalam Skim Cepat Kaya dan syarikat pelaburan yang tidak berdaftar.

2. Apakah Kepentingan Mempelbagaikan Sumber Pendapatan Persaraan?


Anda tidak seharusnya bergantung kepada simpanan KWSP sahaja sebagai sumber pendapatan untuk membiayai kehidupan persaraan.
Apakah Kepentingan Mempelbagaikan Sumber Pendapatan Persaraan? Secara umumnya, simpanan KWSP sahaja tidak mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan. Ini kerana jangka hayat yang panjang, gaji rendah dan bersara awal pada umur 55 tahun menyebabkan simpanan KWSP tidak mencukupi dan habis dalam tempoh yang singkat. Sejak KWSP ditubuhkan pada tahun 1 Oktober 1951, umur pengeluaran kesemua simpanan kekal pada umur 55 tahun walaupun jangka hayat penduduk Malaysia telah meningkat kepada 75 tahun. Ini bermakna, simpanan KWSP perlu digunakan selama 20 tahun selepas bersara. Statistik KWSP tahun 2011 bagi ahli berumur 54 tahun pula menunjukkan:72% ahli mempunyai simpanan RM50,000 dan ke bawah; 47% ahli mempunyai simpanan RM20,000 dan ke bawah; dan Hanya 30% ahli yang masih bekerja pada umur 54 tahun. Jumlah simpanan ini tidak mencukupi untuk membiayai tempoh persaraan lebih kurang 20 tahun. Anda perlu mempelbagaikan sumber pendapatan persaraan supaya:Tidak bergantung kepada simpanan KWSP sahaja; Menerima pendapatan persaraan secara berterusan; dan Mengurangkan risiko kehabisan simpanan persaraan dalam tempoh yang singkat.
05

04

INGAT...
Bagi memastikan simpanan persaraan mencukupi, anda seharusnya:Melewatkan persaraan dan terus bekerja selagi terdaya; Keluarkan simpanan persaraan apabila benar-benar memerlukan; dan Merancang penggunaan simpanan persaraan yang boleh menjana pendapatan sepanjang hayat.

Apakah jenis sumber pendapatan persaraan yang ada? Anda boleh mempelbagaikan pendapatan persaraan melalui sumber berikut:Pertama Simpanan KWSP iaitu skim simpanan persaraan wajib bagi pekerja sektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam. Kedua Simpanan secara sukarela sama ada dalam bank, Tabung Haji, ASB, ASW, insurans, Skim Persaraan Swasta dan sebagainya. Ketiga Bagi melindungi warga emas daripada menjadi miskin, Kerajaan memberikan Bantuan Orang Tua (BOT) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada warga emas yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM1,500 sebulan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Selain itu, terdapat juga bantuan dari Baitulmal, Zakat dan sebagainya. Keempat Bantuan tidak formal seperti bantuan/sokongan keluarga, perkhidmatan kesihatan percuma daripada klinik dan hospital awam, pendapatan daripada sewaan hartanah, dividen/pulangan pelaburan, faedah daripada simpanan tetap, bantuan kewangan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan sebagainya.
06

3. Apakah Manfaat Skim KWSP?


Simpanan KWSP adalah simpanan persaraan untuk hari tua anda. Ia terbahagi kepada dua akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 di mana: Akaun 1 - 70 peratus daripada simpanan dan khusus untuk persaraan; dan Akaun 2 - 30 peratus daripada simpanan dan khusus untuk pengeluaran pra-persaraan yang boleh menambah nilai kepada simpanan persaraan. Bilakah simpanan dalam Akaun 1 boleh dikeluarkan? Simpanan ini hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai umur 55 tahun. Bolehkah anda melaburkan simpanan dalam Akaun 1? Sebahagian simpanan dalam Akaun 1 boleh dilaburkan dalam unit saham amanah melalui institusi pengurus dana yang diluluskan oleh KWSP. Pelaburan yang telah dijual akan dikembalikan semula ke dalam Akaun 1 berserta apa-apa keuntungan daripada pelaburan tersebut. Risiko pelaburan adalah ditanggung oleh ahli. Bilakah simpanan dalam Akaun 2 boleh dikeluarkan? Simpanan ini boleh dikeluarkan bagi menambah nilai kepada keperluan persaraan. Pengeluaran yang dibenarkan daripada Akaun 2 ini adalah:Pengeluaran Perumahan Membolehkan anda memiliki sebuah rumah yang selesa sebagai tempat berlindung apabila bersara.

Apakah sumber pendapatan lain untuk pesara? Menjalankan kerja-kerja sampingan seperti membuka perniagaan kecil dari rumah, menjadikan hobi sebagai sumber pendapatan, bekerja separuh masa dan lain-lain lagi. Anda juga boleh membeli anuiti yang akan memberikan pendapatan bulanan tetap sehingga ke akhir hayat.

07

INGAT...
Bak kata pepatah, Sediakan Payung Sebelum Hujan. Mempunyai pelbagai sumber pendapatan akan menjamin keselesaan persaraan anda.

Pengeluaran Pendidikan Membolehkan anda membiayai kos pengajian pendidikan anda dan anak anda di peringkat diploma dan ke atas. Pendidikan yang baik akan dapat meningkatkan taraf hidup dan simpanan KWSP ahli. Pengeluaran Kesihatan Membolehkan anda membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal yang dihidapi oleh anda/keluarga terdekat. Pengeluaran ini dapat meringankan beban kewangan dan membolehkan ahli atau keluarga terus bekerja.

Pengeluaran Umur 50 Tahun Membolehkan anda membuat persediaan dan perancangan persaraan lebih awal. Pengeluaran melebihi RM1 juta Membolehkan ahli yang mempunyai simpanan besar mengeluarkan simpanan melebihi RM1 juta tersebut untuk diurus atau dilaburkan sendiri oleh ahli. Ini kerana simpanan sebanyak RM1 juta telah mencukupi untuk memenuhi keperluan asas persaraan mereka. Bilakah anda boleh membuat pengeluaran kesemua simpanan KWSP? Kesemua simpanan dalam Akaun 1 & Akaun 2 boleh dikeluarkan apabila:Mencapai umur 55 tahun; Meninggalkan negara; Disahkan hilang upaya atau meninggal dunia dengan bayaran dibuat kepada waris terdekat atau penama; dan Anggota perkhidmatan awam yang telah diletakkan dalam taraf berpencen. Caruman bahagian majikan (kerajaan) dipulangkan kepada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).
08

4. Apakah Simpanan Asas?


Diperkenalkan pada Februari 2008, Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan pada umur 55 tahun yang dianggap mencukupi untuk membiayai keperluan asas persaraan seperti makanan dan pakaian. Ia ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya sebanyak RM120,000 (RM500 sebulan untuk tempoh 20 tahun) di dalam akaun KWSP ketika berumur 55 tahun. Kuantum Simpanan Asas diperolehi berdasarkan andaian berikut: Ahli mendapat kenaikan gaji sebanyak 3% setahun; Kadar dividen tahunan KWSP adalah sebanyak 4% setahun; dan Kadar caruman berkanun KWSP adalah 23% daripada upah bulanan. Kuantum Simpanan Asas semasa mengikut umur adalah seperti berikut:
UMUR 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 SIMPANAN ASAS (RM) 1,000 2,000 3,000 4,000 5,000 7,000 8,000 9,000 11,000 12,000 14,000 16,000 18,000 UMUR 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 SIMPANAN ASAS (RM) 20,000 22,000 24,000 26,000 29,000 32,000 34,000 37,000 41,000 44,000 48,000 51,000 55,000 UMUR 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 SIMPANAN ASAS (RM) 59,000 64,000 68,000 73,000 78,000 84,000 90,000 96,000 102,000 109,000 116,000 120,000

Apakah manfaat tambahan menjadi ahli KWSP? Selain daripada simpanan KWSP, waris ahli atau ahli layak menerima bantuan sebagai tanda simpati seperti berikut:Bantuan Kematian sebanyak RM2,500 dengan syarat pengeluaran kematian dimohon dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian ahli; dan Bantuan Hilang Upaya sebanyak RM5,000 dengan syarat pengeluaran hilang upaya dimohon dalam tempoh 1 tahun daripada tarikh ahli hilang pekerjaan disebabkan oleh hilang upaya. Nota: Bantuan KWSP ini adalah hasil pelaburan KWSP dan bukannya daripada simpanan ahli.

09

INGAT...
Pengeluaran pra-persaraan (Akaun 2) akan mengurangkan jumlah simpanan persaraan anda kelak. Simpanan KWSP untuk persaraan, bukan untuk keperluan semasa.

Nota: Tertakluk kepada perubahan semasa.

Bila Simpanan Asas terpakai? Simpanan Asas adalah terpakai untuk menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Skim Pelaburan Ahli (SPA). Ahli boleh melabur tidak lebih daripada 20% simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas ke dalam unit saham amanah melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Tujuannya adalah untuk mengehadkan pendedahan risiko pelaburan ke atas simpanan persaraan ahli. Contoh pengiraan kelayakan pelaburan adalah seperti di bawah: Umur ahli Jumlah simpanan Akaun 1 Simpanan Asas pada umur 30 tahun Simpanan Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas Amaun yang layak dilaburkan di bawah
10

5. Apakah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M)?


Orang bekerja sendiri, suri rumah dan mereka yang tiada pendapatan tetap tiada perlindungan persaraan yang formal seperti yang dinikmati oleh pekerja sektor swasta (simpanan KWSP) dan penjawat awam (skim pencen). Apa tujuan SP1M? Saluran untuk golongan orang yang bekerja sendiri atau mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan; dan Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada golongan ini melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka. Siapa yang layak menyertai SP1M?

30 tahun RM25,000 RM18,000 RM7,000

Skim Pelaburan Ahli ialah: 20% x RM7,000 = RM1,400 (Minimum pelaburan RM1,000) Adakah Simpanan Asas akan disemak semula? Simpanan Asas akan disemak semula setiap 5 tahun berdasarkan keperluan persaraan (sosial & ekonomi), kadar inflasi dan kos sara hidup. RM1,400

11

Mana-mana orang yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap seperti pemandu teksi, penjaja, petani, nelayan, perunding bebas, golongan profesional dan lain-lain; Surirumah; dan Kakitangan perkhidmatan awam yang telah diletakkan di bawah taraf berpencen. Berapa kadar caruman SP1M? Caruman SP1M adalah tertakluk kepada kemampuan anda. Anda boleh mencarum secara sukarela pada bila-bila masa dengan amaun minimum sebanyak RM50.

INGAT...
Simpanan Asas adalah simpanan minimum yang perlu ada pada umur 55 tahun.

Apa manfaat menyertai SP1M? Simpanan akan mendapat dividen tahunan tertakluk kepada kadar dividen minimum 2.5%; Layak mendapat Bantuan Kematian (RM2,500) dan Bantuan Hilang Upaya (RM5,000), tertakluk kepada syarat-syarat tertentu;

Boleh mengeluarkan simpanan dalam Akaun 2 bagi tujuan perumahan, pendidikan, kesihatan dan apabila mencapai umur 50 tahun; dan Kesemua simpanan boleh dikeluarkan apabila mencapai umur 55 tahun. Apa insentif Kerajaan kepada ahli SP1M? Mendapat pelepasan cukai sehingga RM6,000 setahun (bersama insurans hayat) bagi orang yang bekerja sendiri; dan Mendapat sumbangan kerajaan sebanyak 5% setahun tertakluk kepada jumlah maksimum RM60 setahun. Sumbangan Kerajaan ini hanya untuk tempoh 5 tahun (tahun 2010 2014). Sumbangan ini terhad kepada ahli yang berumur di bawah 55 tahun sahaja dan akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 iaitu akaun persaraan. Bagaimana menyertai SP1M? Anda perlu menjadi ahli KWSP terlebih dahulu dengan mengisi Borang KWSP 3 dan menyertakan salinan Kad Pengenalan. Selepas itu, anda boleh memohon menyertai SP1M dengan mengisi Borang Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia iaitu Borang KWSP 16G(1M). Apa caruman sukarela lain? Mana-mana orang yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap boleh mencarum secara sukarela ke dalam KWSP; dan Anda boleh menambah simpanan Akaun 1 iaitu akaun persaraan pasangan (suami/isteri) atau ibubapa anda. Nota: Mulai 1 Januari 2013, jumlah maksimum caruman sukarela ke dalam KWSP adalah RM60,000 setahun.

12

INGAT...
Anda mempunyai pilihan untuk menyimpan bagi tujuan persaraan. Buatlah pilihan bijak demi hari tua anda. Simpan sedikit, lama kelamaan menjadi bukit.