Anda di halaman 1dari 2

Terjemahan Teks Ucapan Wakil Peserta KIBAR

Mukaddimah:
Dengan
BismilLah
AlhamdulilLah (Tahmid) dan Selawat.

Pembukan:
Terima kasih kepada Pengacara Majlis.
Yang dimuliakan Tuan Pengetua SMAIP Al-Fadhil Us. Zainuddin Mahmud.
Penolong Kanan Pentadbiran Al-Fadhil Us. Hj. Jasri Bin Hj. Juhor.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Cikgu Maskupah Ag. Limuddin.
Penolong Kanan Bahagian Kurikulum Al-Fadhil Us. Fuad Imamu Wahdan Syamsul Hadi.
Penolong Kanan Bahagian Ko-Kurikulum Al-Fadhil Us. Akbar Bin Husain.
Penasihat Kelab Bahasa Arab Al-Fadhil Us. Hj. Abd. Kadir Bin Abdullah.
Pengerusi Pelaksana Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBAR) Us. Abdin Umar.
Semua Tenaga Pengajar SMAIP.
Serta rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian.

Isi Ucapan:
Saya sebagai Wakil Peserta KIBAR sukacita menyatakan di sini bahawa saya bukanlah
yang terbaik di kalangan kamu dalam segenap bidang. Saya juga bukanlah orang yang
paling fasih bertutur dalam Bahasa Arab. Mungkin ada orang yang lebih fasih daripada
saya dan lebih layak untuk menyampaikan ucapan alu-aluan selaku Wakil Peserta Kibar
pada pagi yang sungguh indah ini. Tetapi setelah semua peserta sepakat memilih saya
untuk menjadi wakil melalui undian, maka saya tidak kuasa untuk menolaknya.

Jemaah Guru dan rakan peserta yang dikasihi sekalian.


Pertama sekali: sukacita saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Tuan Pengetua di atas keprihatinan kometmen serta iltizam beliau terhadap anak-
anak didik beliau yang menyertai Program KIBAR yang sungguh bermanfaat ini.

Yang kedua: saya bagi pihak semua peserta Kibar merakamkan setinggi-tinggi ucapan
terima kasih dan syabas kepada AJK Pelaksana Kursus Intensif Bahasa Arab “KIBAR” di
atas kesungguhan serta kometmen mereka melaksanakan kibar mulai dari awal pagi
hingga hanpir ketengah malam setiap hari selama seminggu tanpa henti, khusus untuk
mendidik, mengajar dan mentarbiah kami anak-anak yang masih “KECIL” sehingga
objektif diadakan kursus ini iaitu men “DEWASA”kan kami dengan agenda-agenda yang
cukup bermanfaat.

Sebenarnya sebelum “KIBAR” dilancarkan kami memang tidak mampu bertutur dalam
Bahasa Arab sekalipun kami telah lulus setiap kali peperiksaan diadakan setiap dua kali
setahun. Setelah diberi pendidikan melalui percubaan dan pengamalan yang berterusan
dalam Bahasa Arab ini selama seminggu, kami merasakan bahawa kami berjaya di
“DEWASA”kan hari demi hari. Kadang-kadang kami tidak menyedari bagaimana
kemampuan kami menuturkan Bahasa Arab bertambah setiap detik yang berlalu. Kami
jadi pembelek dan pengkaji pelbagai jenis kamus tanpa disuruh oleh sesiapa untuk kami
melakukan pekerjaan yang mulia ini. Setiap peserta kursus ini sentiasa melihat dan
merujuk kamus dan kami sentiasa membawa kamus ke mana-mana sahaja tak kira masa.
Kadang kala kami bertukar-tukar mengguna kamus kami masing-masing demi mencari
makna kalimah, kami berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Kami juga berjuang habis-
habisan dalam semua pertandingan yang dianjurkan. Terus terang saya dan kawan-kawan
katakan bahawa Kertas Kerja dan segala Bahan yang disediakan untuk “KIBAR” itulah
yang mendorong kami melakukan kerja-kerja yang berfaedah ini. Sehingga kami merasa
begitu yakin akan kemampuan kami sekurang-kurangnya menyamai kemampuan sebenar
kami sebagai pelajar (SMA atau STAM). Oleh yang demikian kami mengucapkan ribuan
terima kasih kepada AJK Pelaksana kursus ini, semoga Allah akan membalas segala
pengorbanan tuan-tuan semua dengan balasan sebaik-baik ganjaran.

Penutup:
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini saya bagi pihak semua peserta Kursus Intensif
Bahasa Arab “KIBAR” yang terdiri dari calon-calon peperiksaan SMA dan STAM ingin
memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang mengikuti kursus ini mungkin terdapat
perkataan dan perilaku kami yang menyinggung perasaan. Kami semua berharap dan
mendoakan agar semuanya terus berada dalam keadaan sihat, panjang umur dan murah
rezeki.

Wabillahittaufiqi walhidayah wassalmu ‘alaikum warah matullahi wabarakatuh.