Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT / AKTIVITI PRASEKOLAH ( BAHASA MALAYSIA)

Kelas Tarikh Hari Masa Bil murid Umur Modul Tema Tunjang Utama

: Dahlia : 20 Disember 2012 : Khamis : 20 Minit : 25 Orang : 6 Tahun : Bahasa : Buah-buahan tempatan :Tunjang Bahasa dan Komunikasi

Standard Kandungan (BM2.1) Berinteraksi dengan mesra.

Standard Pembelajaran Murid (BM 2.1.3) Berbual menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul.

Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran ini murid akan dapat :1. 2. 3. Mengenal pelbagai jenis buah-buahan tempatan. Mengetahui manfaat buah-buahan. Mengetahui lagu buah-buahan.

Pengetahuan Sedia Ada Mengetahui pelbagai jenis buah-buahan tempatan.

Kemahiran Berfikir (KBKK) Berkongsi pengalaman makan buah-buahan.

Penerapan Nilai (PN) Bersungguh-sungguh, rajin dan bertanggungjawab.

Bahan Bantu Mengajar (BBM) Buah-buahan Kotak misteri Video Pantun Teka teki

Fokus Kecerdasan Pelbagai (MI) Kemahiran bertutur Kemahiran bersosial

MASA/ LANGKAH

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI

CATATAN/ BBM

Set Induksi (3 minit)

BM 2.1 Berinteraksi dengan mesra.

BM 2.1.3 Berbual menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul.

1. Guru masuk ke dalam kelas sambil bertanya khabar dan berinteraksi tentang permulaan hari. Contohnya, - datang sekolah naik apa? -dah sarapan ke belum?

BBM: Jem, roti berjem

2. Guru memberikan murid sepotong roti yang disapu jem.

3. Guru bertanya pendapat murid tentang roti yang mereka makan dan tema tajuk pada hari ini.

4. Guru menunjukkan botol jem nanas kepada murid.

Langkah 1 (4 minit)

BM 2.1 Berinteraksi dengan mesra.

BM 2.1.7 Menamakan objek di persekitaran.

1. Guru menunjukkan bahan maujud iaitu buahbuahan kepada murid. Contohnya : - manggis - durian - rambutan -nanas -pisang -betik

BBM: Buah buahan maujud. Contohnya : manggis, durian., rambutan, nanas, pisang, betik.

2. Guru bertanya dan memperkenalkan nama buah-buahan tersebut dan meminta murid menyebut semula nama buah yang ditunjukkan.

Langkah 2 (5 minit)

BM 2.2 Bersoal jawab melalui rangsangan yang diberi.

BM 2.2.6 Mengemukakan soalan yang sesuai dan mudah difahami.

1. Guru mengedarkan kotak misteri kepada murid dan meminta murid untuk mengambil satu kertas.

BBM:kotak misteri, gambar buah-buahan

2. Guru meminta murid menceritakan tentang buah yang

telah mereka pilih. Contohnya: - Apakah nama buah tersebut ? - Apakah rasa buah tersebut ? 4. Guru meminta murid berkongsi pengalaman membeli buahbuahan dengan keluarga.

Langkah 3 (5 minit)

BM 1.1 Mendengar dengan penuh perhatian.

BM 1.1.5 Mendengar lagu dan cerita serta memberi respon.

1. Guru memperdengarkan murid lagu buahbuahan dan mengajar murid lirik lagu.

BBM: video lagu buahbuahan.

2. Guru mengajak murid menyanyi bersama-sama dengan iringan muzik.

3. Guru mengajak murid menyanyi dengan iringan muzik serta pergerakan badan.

Penutup (3 minit)

BM 2.3 Melafaskan puisi dengan intonasi yang betul.

BM 2.3.2 Melafazkan pantun dengan intonasi yang betul: a. Pantun dua kerat b. Pantun 4 kerat

1. Guru mengemukakan beberapa pantun teka teki. Contohnya,

BBM: Slide pantun teka teki buah buahan.

Naik basikal pergi ke pekan, Singgah membeli periuk belanga, Sungguh manis bila dimakan, Kulitnya merah berambut pula.

Refleksi guru :