Anda di halaman 1dari 46

APG

Sebuah karya pendek oleh: Inche gabbana

[BAIHAQI]
Sebuah kisah chenta antara makhluk bernama manusia. Chenta yang tidak disandarkan pada diriNya yang Esa, pasti manusia-manusia ini akan kecundang, kechiwa. Namun apabila chenta yang suci dan tulus bertaut keranaNya, manusia-manusia ini akan menemukan bahagia, buat selamanya.

APG

[BAIHAQI]

PROLOG

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

APG

[BAIHAQI]

Mariah benar-benar terkejut. Terkesima.


Tidak pernah langsung terlintas di hatinya, lelaki yang dikahwininya itu adalah seorang selebiriti terkenal. Selebriti di alam maya, sekurang-kurangnya. Malah ketika proses taaruf dahulu, licik benar suaminya, Syurahbil berlakon dan menyembunyikan identitinya. Tampak seperti tiada apa-apa yang istimewa pada lelaki berkulit mulus, berambut ikal, hidung sedikit kembang dan sederhana tinggi itu. Dia masih ingat kata-kata Syurahbil ketika bertaaruf dahulu. "Saya ni tiada apa-apa. Biasa-biasa sahaja. Harap ukthi dapat menerima diri saya seadanya.." Dan ya, itulah mentaliti yang ditanam dalam kepala Mariah; terima seadanya. Terima sahaja siapa yang mengetuk pintu hati ini, kerana itu pasti yang terbaik buat diriku. Amin. Walhal suatu ketika dahulu Mariah merupakan seorang perempuan pujaan dan rebutan setiap jejaka yang mengenali dirinya. Berbekalkan pakej tinggi lampai, kulit putih, hidung mancung, lesung pipit dan dagu berlekuk, kemudian bertudung litup moden dan sentiasa mengikuti trend terkini, tiada siapa yang hairan sekiranya ada manamana penerbit filem yang datang untuk meminang Mariah. Mariah pula mengambil kesempatan ini sepenuhnya untuk memuaskan nafsu dan kehendak diri. Yalah, siapa yang tidak teruja, kalau setiap masa ada sahaja lelaki kacak bergaya yang datang mahu mengoratnya..? Ciri-ciri lelaki pujaan hatinya mudah sahaja; tampan, bertubuh tegap, tidak berbulu lebat dan berduit. Wah. Tiga orang lelaki jugalah yang pernah bersama-sama dengan Mariah. Ikmal, setahun dua bulan lamanya. Tampan, tinggi dan anak orang kaya. Tetapi kaki wanita. Tidak
Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana 3

APG

[BAIHAQI]

tahan Mariah dibuatnya! Zairul, paling sekejap, dua bulan setengah. Mulanya Mariah sangkakan dialah putera impian yang dinanti-nantikan, namun sifat Zairul yang pemarah dan mudah menggelabah menjadikan Mariah rimas dan bosan. Akhirnya, yang paling lama, Wafi, selama tiga tahun tiga bulan lamanya mereka bermadu kasih. Pada mulanya Mariah amat skeptikal dengan perhubungan itu. Wafi biasa-biasa sahaja orangnya. Kacak memang kacak, tetapi tidaklah menjadi kegilaan wanita lain. Simple sahaja orangnya. Lama-kelamaan Mariah jatuh hati dengan Wafi. Dia amat tertarik dengan kesederhanaan lelaki itu. Malah dia sudah pon berangan-angan untuk mendirikan rumah tangga dengan Wafi dan menjadi ibu kepada anak-anak Wafi. Tetapi itu dahulu. Sebelum Mariah disentuh dengan tarbiyah. Dia masih ingat ketika dia memberitahu Wafi tentang keputusannya untuk memutuskan perhubungan mereka. Betapa luluhnya hati Wafi, terkedu dengan tekad Mariah. Mariah juga mengalami saat-saat yang sukar menghadapi hari-hari yang mendatang. Hampir seminggu jugalah dia terperosok di dalam bilik, mata lebam dan hingus meleleh. Mujurlah ramai akhawat yang datang menenangkan hatinya, menjadi teman di saatsaat bahu amat diperlukan. Lama-kelamaan, Mariah sudah semakin yakin dengan keputusannya itu. Dia faham bahawa jahiliyyah yang berkarat dan melekat di hati akan menjadi fitnah kepada obor perjuangan yang dipegangnya. Dia juga tahu bahawa sekiranya dia masih berdegil untuk bersama Wafi, dia tidak akan boleh pergi jauh bersama gerabak tarbiyah dan dakwah ini. Awalannya, ada juga usaha Mariah untuk mengusrahkan Wafi. Mariah meminta tolong naqibahnya untuk menghubungi mana-mana ikhwah yang berdekatan dengan Wafi untuk menariknya masuk bersama-sama menelusuri jalan sunnah ini. Harapannya, agar Wafi mengikuti usrah, lantas menjadi penggerak dakwah dan dapatlah mereka mendirikan baitul muslim bersama-sama. Namun akhirnya Mariah tersedar betapa naifnya dirinya, dan rupa-rupanya masih ada jahiliyyah yang bersisa di jiwa. Lantas dia teringatkan kisah hijrah Ummu Qais... Istighfar.

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

APG

[BAIHAQI]

Yang paling lucu, Mariah pernah menghubungi Syurabil melalui emel, ketika itu sebagai seorang peminat kepada pemilik blog, agar diusrahkan Wafi. Dan Syurahbil, atau nama penanya, Saudagar Sorga, membalas emel tersebut dengan mengatakan dia akan berusaha sebaiknya untuk membantu. Mujurlah bantuan tersebut tidak pernah kunjung tiba. Setiap kali mengingatkan peristiwa itu, Mariah pasti tersenyum sendiri, menggelenggelengkan kepalanya. Namun hari ini pecah segala tembelang, terbongkar segala rahsia. Ketika penat bekerja setelah seharian meronda hospital sebagai Houseman Officer, Mariah melepaskan lelah di ruang legar khas yang disediakan untuk para doktor. Sambil duduk-duduk di sofa empuk di hujung penjuru paling kanan, dia mengeluarkan iPadnya dan mula memeriksa emel-emel yang sudah berlambak tersimpan di dalam inbox. Habis dibaca satu-persatu emel yang kebanyakannya berkisarkan tarbiyah dan dakwah, dia membuka pula aplikasi Flipboard yang mengumpulkan laman-laman sesawang kegemarannya. Terlirih di matanya, ada artikel baru di blog Dalam Hati Ada Bunga, tulisan Saudagar Sorga. Terus dikliknya blog kegemarannya itu. 'Buat-Zaujati.' Entah mengapa, sebelum membaca post baru itu lagi, Mariah sudah berasa sedikit berdebar dan resah. Gelisah. Tidak senang duduk dibuatnya. Dan buat pertama kalinya, seingat Mariah, dia memulakan bacaannya itu dengan basmalah. Tidak pernah lagi dibuat sebelum ini! Satu persatu patah perkataan dalam post tersebut dibaca Mariah. Kalaulah bait-bait kata itu ibaratnya seperti biskut, seolah-olahnya Mariah sedang meratah dengan cermat tetapi lahap setiap daripada kepingan biskut itu. Beberapa kali juga air liurnya
Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana 5

APG

[BAIHAQI]

ditelan. Dan entah berapa kali pula anak matanya mengecil dan membesar. Mengecil dan membesar. Seusai menghabiskan 'Buat Zaujati,' Mariah memejamkan matanya. Dalam nafas yang ditariknya. Terukir sedikit senyuman di bibirnya. Tanpa disedarinya, mengalir perlahan air mata membasahi pipinya. Diambil telefon Samsung SII miliknya, hadiah hantaran Syurahbil di hari perkahwinan mereka. Ditekannya butang 'Favourite' dan ditekan pula nama 'My Love' yang tersenarai di tempat yang paling atas. Terpampang wajah Syurahbil yang memejam mata sambil menggelembungkan pipinya. Comel. Kedengaran nada dering 'Ketika Cinta Bertasbih'. Lama juga Mariah menunggu, sehingga hampir-hampir mahu dibatalkan sahaja panggilan itu. "Yesssss sayang...??" Tersenyum. "B..." Senyap. "Yes...?" "Why didn't you tell me...?"

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

APG

[BAIHAQI]

PUAN SAUDAGAR SORGA

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

APG

[BAIHAQI]

Sudah lama Mariah mengikuti blog suaminya. Malah, sebelum dia mengikuti usrah
dan berasa selesa dengan tarbiyah lagi, dia sudah pernah mendengar tentang blog Dalam Hati Ada Bunga. Tulisannya yang santai dan bersahaja, namun mempunyai mesej yang menyentuh jiwa, benar-benar mengesankan Mariah yang membacanya. Pada mulanya dia kurang gemar dengan cara penulisan Saudagar Sorga; dengan bahasa rojak caca-marba yang digunakan, juga terlalu banyak karut-marut yang diketengahkan, Mariah merasakan blog itu hanyalah sebuah blog marhaen picisan yang hanya memenuhkan ruang alam maya. Pathetic. Itulah yang terlintas di kepala Mariah apabila memikirkan tentang Saudagar Sorga. Namun segalanya berubah apabila seorang rakan menghantar satu capaian seusai Mariah memutuskan hubungannya dengan Wafi dahulu. Rakannya itu, juga sahabat seusrah, menghantar satu artikel yang ditulis oleh Saudagar Sorga, yang menyentuh tentang soal cinta. Ya, cinta. Pada mulanya, Mariah enggan membacanya. Sudahlah ditulis oleh Saudagar Sorga yang banyak mengarut itu, mahu dibaca ketika hati dan jiwanya sedang bergejolak dan terluka pula..? Haish. Namun setelah dipujuk dan dipujuk oleh rakannya itu, dia mengalah. Itu pun nak tak nak sahaja dia menekan capaian yang dihantar itu. "Cinta: Milik Siapa?" Ya, itulah tajuk artikel tersebut. Masih segar dalam ingatan Mariah, bagaimana air mata menitik tidak terhenti-henti sedang dia menatal ke bawah kata demi kata yang ditulis Saudagar Sorga. Allah.. Allah.. Itulah yang dizikirkan oleh hatinya tatkala bait-bait cinta tulisan Saudagar Sorga memukul dan menampar dirinya.

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

APG

[BAIHAQI]

Paling dia terkesan dengan kata-kata ini: "Cinta. Kita sangka kita pemilik cinta, walhal ia milik Yang Esa. Kita sangka cinta itu kita terjangka, rupa-rupanya ia sering mengejutkan kita. Kita sangka kuasa cinta itu di bawah kawalan kita, walhal ia sungguh luar biasa! Cinta. Kita katakan kita faham apa itu cinta. Kita rasa kita cinta itu kita yang punya. Dan kita fikir cinta itu mudah sifirnya. Namun apabila kita diuji dengan cinta, kita tewas. Kita tersungkur. Kita terluka dengannya. Cinta. Jika benar kita meraikan cinta, maka burulah cintaNya dahulu. Jika benar kita bercinta keranaNya, kita tidak akan kecewa apabila cinta manusia meninggalkan kita. Dan jika benar yang kita dambakan adalah cintaNya, ketahuilah, Dia tidak akan pernah mengecewakan kita." Semenjak itu, Mariah tidak pernah terlepas walau sekali membaca tulisan-tulisan terbaru Saudagar Sorga. Malah artikel-artikel lama yang sudah bersawang di arkib juga dikoreknya. Dia berasa sedikit sesal dan bersalah kerana menuduh Saudagar Sorga dengan tuduhan yang bukan-bukan. Juga sedikit terkilan kerana tidak mengikuti penulisannya lebih awal. Terasa segar dan hidup setiap kali dia membaca bait-bait yang diwarkahkan Saudagar Sorga. Kadang-kadang dia tertawa seperti orang gila, tidak kurang juga mengalirkan air mata seperti memotong bawang merah lagaknya. Kadang-kadang dia tersenyum, seringkali juga dia mengerutkan wajah tidak percaya. Semuanya hanya dengan membaca penulisan seorang penulis misteri yang tidak mahu mendedahkan identitinya. Kemisterian inilah yang menjadikan penulisan Saudagar Sorga lebih berkesan. Menjadikan sesiapa sahaja yang mengikuti blognya kepingin benar berjumpa dengan si pemilik teratak Dalam Hati Ada Bunga. Dan bohonglah sekiranya Mariah bukan salah seorang daripada mereka.
Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana 9

APG

[BAIHAQI]

"Why didn't you tell me, B..?" Mariah menarik lagi nafas yang dalam. Masih tidak percaya. "Told you what..? Eh, anda ok ke ni..?" "Why...?" Lesung pipit di pipi Mariah basah mengumpul air. Pernah suatu tempoh itu Mariah tergila-gilakan Saudagar Sorga. Dirasakannya setiap penulisan Saudagar Sorga yang terbaru ditulis khas buat dirinya. Seolah-olahnya Saudagar Sorga sedang bercakap terus dan berdialog dengannya. Setiap hari jika tidak dibuka blog Dalam Hati Ada Bunga, pasti dirinya akan jadi resah gelisah. Terasa seperti tidak lengkap hidupnya. Malah apabila Mariah berdepan dengan sebarang masalah, selain daripada merujuk kepada al-Quran, pasti blog itu yang akan menjadi penasihat utamanya. Kronik. Ah kepingin benar Mariah mahu berjumpa dan menatap wajah Saudagar Sorga yang sebenar! Dan dia mula memasang angan-angan untuk berimamkan Saudara Sorga... Mujurlah naqibahnya, Kak Suhailah dan rakan-rakan seusrahnya yang menyedari ketagihan Mariah ini segera membimbingnya. "Mariah, istighfar. Syaitan sedang menyerang enti dengan hebat sekarang ni. Kita ni perempuan, memang amat mudah terpedaya dengan mainan hati ni. Syaitan memang pakar benar dengan selok-belok untuk pesongkan kita. Enti masih ingatkan tazkirah akak tempoh hari, bagaimana syaitan memperalatkan Hawa untuk sama-sama menarik Adam melanggar perintah Allah..?

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

10

APG

[BAIHAQI]

Ya, SS tu memang menjadi pujaan ramai akhawat, bukan enti seorang sahaja. Tapi dia hanyalah manusia biasa. Yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Dan ramai lagi ikhwah di luar sana yang akak yakin jauh lebih hebat, jauh lebih faham. Bezanya, mereka tidak sepopular SS. Kita bukan mengejar kepopularitian kan..? Tapi kita kejar keredhaanNya.. Dan kalau enti gagal memperoleh cintanya, adakah enti akan lari daripada tarbiyah dan dakwah ni..? Adakah tujuan enti bersama-sama dengan gerabak ni hanya mahu mencari imam penyejuk hati..? Ingat balik apa tujuan kita hidup di muka bumi. Kenang balik mengapa kita bersama-sama dengan perjuangan ni.. Istighfar Mariah, perbanyakkan istighfar." Mariah tersentak. Terasa seperti ditampar kuat di muka. Ada benarnya nasihat Kak Suhailah dan rakan-rakannya yang lain. Lama juga dia bermuhasabah tentang hal ini. Sehinggakan pernah suatu ketika, dia tekad untuk berpuasa daripada membuka blog Dalam Hati Ada Bunga untuk satu bulan lamanya. Syukur, akhirnya dia dapat membuang ketagihannya yang kronik itu. Ketika tamat tempoh puasanya daripada membaca artikel-artikel terbaru tulisan Saudagar Sorga, berdebar-debar juga rasa hati untuk membuka blog itu semula. Teragak-agak juga tangannya mahu menekan tetikus ke capaian blog tersebut. Namun alhamdulillah, Allah kuatkan hatinya. Dia tidak lagi punya perasaan seperti dahulu. Dia masih terhibur dan terkesan dengan tulisan-tulisan Saudagar Sorga, tetapi dia tidak lagi perasan dan menaruh harapan. Malah tidak lagi membuka blog itu seperti orang yang tidak makan, kelaparan. "Saudagar. Sorga. That's... That's you right..?" Senyap. "B...?"
Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana 11

APG

[BAIHAQI]

Senyap. Kemudian tiba-tiba kedengaran hilai tawa Syurahbil yang boleh tahan kuatnya. "Saudagar Sorga..?? Hahahaha.. Anda rasa..?" Mengetahui bahawa orang yang pernah amat diminati dan digilai rupa-rupanya adalah suami sendiri, amat sukar diterima oleh Mariah. Tidak terpercaya. Seolah-olahnya baharu mengetahui diri adalah seorang anak angkat setelah berpuluh tahun tinggal bersama keluarga. Ibaratnya baru membongkar misteri jiran sebelah rumah adalah seorang perompak dan penjenayah yang amat digeruni. Perasaan Mariah ketika itu seperti baru terjumpa anak kucing yang disangkakan hilang dan hilang arahnya, walhal anak kucing itu tidak ke mana-mana. Kecewa. Gembira. Tertipu. Teruja. Keliru. Semua perasaan bercampur-baur sekaligus. Seperti pelangi. "What made you think, saya ni Saudagar Sorga..?? Uishhh seleb popular tuuuu!" Kedengaran sedikit sinis pada lirih lenggok suara Syurahbil. "Buat Zaujati. It's too obvious. Tapi kenapa sekarang, B..? Why... Why only now..?" Senyap. "B.. Don't do this to me. Talk. Please talk." "Ok ok. Eh.. Anda menangis ke..? Lailahaillallah! Kenapa menangis..? Buruklah! Patut anda tertawa gembira sekarang ni, sebab zauj anda seorang seleb! Hahaha.. Dah dah, gi lap hingus tu!"

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

12

APG

[BAIHAQI]

Terukir senyuman spontan pada bibir Mariah. "So betullah..?" Mariah menarik nafas. Jika boleh dia tidak mahu menghembusnya keluar, selagi Syurahbil tidak mengesahkan fakta itu. "Hhhhhmmmm. Kalau saya cakap tak betul, macam mana..?" "B..." "Ok ok. Betul betul betul. Hehe.." "Tapi kenapa baru sekarang..?" "Kenapa tidak sekarang..? Oh, anda lupa eh hari ni hari apa..?" Mariah tersentak. Dilihatnya tarikh pada jam tangannya. Lailahaillallah. 9 September. Ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. "Gosh.. I'm sorry B. I'm so sorry.. Memang betul-betul terlupa..!" "It's ok. Saya tahu awak sibuk. Sebab tu saya tulis artikel tu. Sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan kita yang pertama. I think you deserve to know. After one year. After all this while, saya menyorok dalam almari. Hihihi.. I think it's time." Air mata Mariah mengalir lagi. Aduh, murahnya air mataku ini! "Terima kasih B.." "Untuk..?"
Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana 13

APG

[BAIHAQI]

"Entah. Just feel like saying it. But yes, thank you. Thank you so much." "Kasih diterima. So dengan rasminya, sekarang ini anda sudah bergelar Puan Saudagar Sorga! Wah! Bolehlah anda ikut saya ke hulu ke hilir berniaga saham-saham sorga lepas ni..! Haha.." Mariah tersenyum lagi. "Dinner malam ni..? Dinner spesel. Lepas usrah la tapi. Saya belanja! Anda abis HO kol brapa hari ni..?" Mariah hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Seolah-olahnya Syurahbil bisa melihat reaksinya. Dia terkedu. Terkesima. Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku pada dirinya hari itu. 9 September. Tidak percaya.

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

14

APG

[BAIHAQI]

INIKAH PENGAKHIRAN?

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

15

APG

[BAIHAQI]

"

Anda, kalau saya mati awal, mati dahulu daripada anda, macam mana..?"

Mariah terkejut. Dia menjeling tajam Syurahbil. Mencebik. "Eh anda nak makan saya ke..? Ahahaha.. Eh tak, seriyes ni. Kalau saya mati syahid ke, apa ke, anda pernah fikir tak apa yang anda nak buat nanti..?" Mariah menghadiahkan tenungan maut kepada Syurahbil. Diangkatnya kening sebelah kiri. Kelihatan bergetar-getar bibirnya, seolah-olahnya cuba menahan sesuatu keluar daripada mulutnya. "Why..? Why did you ask that..?" "Saja. Nak bagi anda prepare la for the unexpected. Sebab nyawa tu kan Allah yang pegang..? Saya ni pinjaman je kat dunia ni. Allah bagi pinjam saya pada anda. Bilabila je dia boleh tarik balik.." "Memanglah, tapi tak payahlah.." Syurahbil segera memotong kata-kata Mariah. "Tak payah apa..? Tak payah nak bincang..? Tak payah nak fikir..? Kenalah anda. Orang-orang mukmin sentiasa mempersiapkan dirinya untuk segala sesuatu. Expect the unexpected. Dan anda nak jadi orang mukmin kan..?" Syurahbil tersenyum nipis. Dipandangnya isterinya itu dengan penuh perasaan belas dan sayang. "Saya nak anda tahu sesuatu. It's really hard for me to say this. Tapi.." Anak mata Mariah membesar. Hatinya berdegup kencang. Matanya mula bergenang.
Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana 16

APG

[BAIHAQI]

"Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah... Orang tak cakap apa-apa lagi dia dah nangis..! Haihhh.. Mariah tergelak kecil. Dia segera mengelap matanya dengan hujung bajunya. "What..?" "Kalau.. Kalau saya.. Mati dulu daripada anda... Hmmm... As much as I want you to be my ketua bidadari kat sorga nanti, hmmmm..." Syurahbil menghela nafasnya. "As much as I love you... As much as I want to own you... Tapi.. Tapi.. Untuk tidak berlaku zalim pada anda.. Kalau saya mati dulu... Err.. Saya.. Nak.. Anda.. Kahwin.. Lain..." Mariah tersentak. Seperti ada orang yang mencucuh senapang Tazer ke tubuh badannya. Kedua-dua keningnya terangkat tinggi. Matanya membesar dan mulutnya sedikit terlopong. terpercaya. Mariah bingkas bangun dan meluru ke kamar tidur di tingkat atas. Ketika pantas menaiki tangga, dia sempat menoleh ke arah Syurahbil yang tampak kaget dan terkesima. Dia mengetap kuat bibir bawahnya. Tampak jelas raut kecewa, marah, sedih dan geram pada wajah Mariah. Air mata bercucuran laju di pipinya. "Sayang.." Mariah pantas meneruskan perjalanannya. Thhhaaaaammmm. Pintu bilik dihempas kuat.
Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana 17

Dia memandang Syurahbil dengan penuh perasaan tidak

APG

[BAIHAQI]

*** Berpinar-pinar mata Mariah sesuai meletakkan gagang telefon. Loya. Dia segera meraba-raba kerusi untuk didudukinya dengan tangan kirinya, manakala tangan kanannya memicit-micit kepalanya. Tendangan bertalu-talu makhluk kecil di dalam perutnya langsung tidak membantu keadaan. Mariah seperti tidak percaya dengan panggilan yang baru diterimanya. Dia tidak mahu percaya. Air mata sudah mula membasahi pipinya. Terngiang-ngiang kata-kata Syurahbil beberapa bulan yang lalu: "Kalau saya mati dahulu, macam mana..?" Sejak identiti Syurahbil berjaya dibongkar Mariah, perhubungan suami isteri mereka tidak sama lagi. Pada mulanya, agak sukar Mariah menyesuaikan diri. Malah dia menyimpan rasa dengan Syurahbil kerana merasakan tertipu dengan topeng yang dipakainya. Selama setahun hidup bersama, tidak pernah sekali pun Syurahbil memberitahu apa-apa tentang aktiviti gelapnya itu. Malah, memberi isyarat rahsia pun tidak pernah! Masakan seorang suami boleh begitu berahsia dengan isteri sendiri..?? Apatah rumah tangga yang dibina bukannya seperti rumah tangga biasa; tidak dibina atas dasar nafsu atau kepentingan diri, tetapi didirikan untuk kemaslahatan tarbiyah dan dakwah! Sukar untuk Mariah menerima hakikat, bagaimana seorang akh yang begitu cintakan agamanya, boleh berahsia dengan zaujahnya yang berada di dalam kapal sama. Belum lagi diambil kira cemburunya sebagai seorang isteri, bersuamikan seorang selebriti! Walaupun tidak ramai yang mengetahui identiti sebenar Syurahbil, itu
Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana 18

APG

[BAIHAQI]

langsung tidak menenangkan jiwa Mariah yang bergelora. Setiap kali ada wanita yang memandang suaminya, terutamanya yang bertudung labuh, pasti Mariah akan panas punggung. Setiap kali Syurahbil dijemput menjadi penceramah memberikan pengisian, pasti Mariah akan menyiasat dan bertanya dahulu siapakah para hadirin yang akan menghadiri ceramah itu; risau benar dia kalau ada mana-mana akhawat yang jatuh hati dengan suaminya itu! Timbul rasa sesal di dalam hatinya kerana mengetahui identiti sebenar Saudagar Sorga. Rupa-rupanya sukar juga bersuamikan seorang yang popular ini! Namun lama-kelamaan, berdikit-dikit, Mariah semakin boleh menerima hakikat bahawa Syurahbil dan Saudagar Sorga adalah orang yang sama. Malah, dia semakin menghargai fakta itu. Sekiranya dahulu dia terlalu memuja penulis blog Dalam Hati Ada Bunga itu, merasakan dia adalah seorang jejaka yang sempurna dan tiada cacatnya, mengenali Syurahbil sebagai Saudagar Sora telah melenyapkan legenda urban itu. Syurahbil adalah seorang manusia biasa. Begitu juga dengan Saudagar Sorga. Kadangkadang dia terlajak juga menunaikan solat Subuhnya. Kadang-kadang pulang dari kerja, dia mencampakkan sahaja begnya merata-rata. Kasut dan selipar kadangkala dibiarkan bercampur aduk begitu sahaja. Selepas minum dan makan, kadangkala dia tinggalkan sahaja gelas dan pinggan yang tidak berbasuh di dalam sinki. Selepas mandi kadangkala tualanya tidak disidai dengan rapi. Tidurnya berdengkur dan keluar air liur basi. Gelaknya kuat dan kadangkala terkentut-kentut di dalam kereta. Awalannya memang sukar Mariah untuk menerima semua itu. Disangkanya Saudagar Sorga adalah malaikat yang turun dari syurga. Dijangkanya Saudagar Sorga adalah manusia sempurna, seratus-peratus salinan dan manifestasi daripada tulisannya setiap hari. Mengenali Syurahbil sebagai Saudagar Sorga banyak memberi pengajaran yang berguna kepada Mariah tentang kehidupan seorang makhluk bernama manusia.

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

19

APG

[BAIHAQI]

"Anda tahu tak sayang..?" "Hmmm..?" "Kenapa lepas setahun saya baru nak cerita pada anda pasal diri saya?" "Uh oh. Kenapa..?" "Hmmmm. Manusia." "Manusia..?" Syurahbil mengangguk. "Haah, manusia. Walau hebat macam mana manusia tu sekali pun, sedar atau tidak, suka atau tidak, dia amat mudah menghakimi seseorang itu berdasarkan kulit luaran dia. Kita tak nak makan kacang yang kulitnya nampak buruk dan tak cantik, walaupun isinya lazat dan rangup. Kan..?" Mariah memandang ke atas, sambil mulutnya sedikit herot. Konon-kononnya sedang berfikir. Syurahbil segera mencubit pipi isterinya sambil tertawa kecil. "Yalah anda. Manusia! Sebab tu saya saya nak anda kenal saya sebagai siapa diri saya yang sebenar, sebelum anda kenal saya sebagai si saudagar yang memperdagangkan saham-saham sorga!" Kedua-dua mereka tertawa bersama. Sejak itu mereka semakin rapat dan semakin memahami. Bibit-bibit cinta mula mekar di dalam hati. Buat pertama kali Mariah dapat merasakan betapa indah dan manisnya cinta. Apatah lagi apabila ia didasari dengan cita-cita dan impian untuk memburu
Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana 20

APG

[BAIHAQI]

redha Allah bersama. Sudah terbayang-bayang dalam kepala Mariah, suatu hari nanti mereka akan berlari-lari gembira di dalam syurga. Saudagar Sorga dan Puan Saudagar Sorma. Bersama. Berdua. Malah dia semakin hormat pada Syurahbil. Setiap kali Syurahbil menghasilkan penulisan yang baru, pasti Mariah akan tersenyum sendirian kerana dia kini amat mengenali suaminya itu. Luar dan dalam. Dia amat faham setiap bait kata yang diungkapkan putera jantung hatinya itu. Setiap kata yang berbaur semangat dan tekad yang tinggi, Mariah turut dapat merasakannya. Setiap kata yang menghamburkan kesedihan dan penyesalan, Mariah turut berkongsi penderitaannya. Yang paling Mariah kagumi adalah sikap Syurahbil yang tidak suka membawa kisah rumah tangga mereka ke dalam alam maya. Kadang-kadang adalah Syurahbil selitkan sedikit kisah rumah tangga mereka di dalam penulisannya, namun jarang sekali asam garam rumah tangga mereka dijadikan sebagai topik utama. Apatah lagi ego seorang lelaki amat sukar untuk diduga. Boleh sahaja Syurahbil mahu menceritakan kisah rumah tangga mereka, terutamanya di hari-hari awan berarak mendung matahari malap sahaja sinarnya. Namun syukur, Syurahbil bukan begitu orangnya. Tidak pernah sekali pun Mariah diaibkan di dalam blog Dalam Hati Ada Bunga, meskipun tidak ramai yang tahu siapa Puan Saudagar Sorga. Mariah lebih selesa begitu. Baginya, biarlah kisah suka duka mereka menjadi rahsia intim antara mereka berdua sahaja. Biarlah hikayat cinta lara mereka berdua diabdikan untuk buku cerita bacaan mereka sahaja. Rumah tangga mereka bertambah seri dan bahagianya apabila Mariah mendapat tahu yang dia mengandungkan anak pertama mereka tidak lama selepas ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Gembiranya Syurahbil bukan kepalang. Mariah masih ingat betapa terujanya Syurahbil mendengar berita itu sewaktu dia memberitahu suaminya yang baharu pulang dari kerja, sehinggakan jiran-jiran sebelah bergegas ke rumah kerana menyangkakan ada kes pecah rumah.
Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana 21

APG

[BAIHAQI]

Dan Syurahbil sering mengusik Mariah tentang kandungan anak pertama mereka itu. "Ohhh anda. Macam nilah.. Dulu dengan Syurahbil anda tak mahu beranak. Dengan Saudagar Sorga baru anda nak ye..?? Ohhh..." Setiap kali Syurahbil mengusik begitu, pasti dia akan dihadiahkan dengan cubitan di perut oleh Mariah. Cubitan manja. Cinta. Kini Mariah tidak pasti lagi dengan masa hadapan mereka. Dengan masa hadapan anak yang akan dilahirkan nanti. Mariah betul-betul tidak tahu. Buntu. Panggilan telefon tadi benar-benar telah memusnahkan segalanya. Mariah memandang ke atas, seolah-olah mengharapkan belas kasihan dan penjelasan daripada Allah. Dikejapnya kelopak matanya kuat-kuat. Air matanya bercucuran laju, habis membasahi pipi dan baju. Betapa dia mengharapkan yang ini semua hanyalah mimpi ngeri. Betapa dia mengimpikan yang dia masih nyenyak dalam lena, hanya menanti Syurahbil mengejutkannya untuk bangkit solat tahajjud pada Yang Esa. Lantas dia membuka matanya semula. Bukan, ini bukan mimpi. Ketika itu Mariah merasakan hatinya sudah layu dihancur lumat. Inikah pengakhirannya? Terketar-ketar dia mencapai gagang telefon. Perlahan-lahan dia mendail. Kosong. Satu. Tiga. Sembilan. Kosong. Kosong. Empat. Tujuh. Lima. Tujuh. Nombor yang didailnya berdering. Tidak lama selepas itu kedengaran suara seorang wanita separuh abad menjawabnya. "Yes, honey..?"

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

22

APG

[BAIHAQI]

"Ma..." Kedengaran suara esakan Mariah memenuhi ruang udara. "Mariah..? You ok sayang..?" "Maa... Syu.. Syurahbil.. Syu...rahbil ma..." "Syurahbil..? Kenapa dengan Syurahbil..?? What's wrong..?" Diam. Sedu-sedan. "Syurahbil... Ma... He's gone..." Senyap. "Go.. Gone..? Gone to where..?" Mariah hanya mampu memejamkan matanya. Dicubanya untuk menarik nafas di tengah-tengah dadanya yang sedang berombak. Kalau saya mati dahulu, macam mana..? *** "B, you dah fikir belum, nak bagi nama apa untuk anak kita ni..?" "Ada la terfikir." "Yeah..? Apa dia?"

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

23

APG

[BAIHAQI]

"Uhmmm. Kalau perempuan nak bagi nama... Darra. Darra Wajihah Ok tak..?" "Wow.. Not bad. Apa maksudnya..? Canggih sangat tu!" "Not bad je..?? Penat orang fikir tau! Haish.. Maksudnya..? Ahhh.. Mutiara yang terhormat. Lebih kurang lah. Darra Wajihah binti Syurahbil. Pergh!" Mariah tersenyum. Jelas gigi putihnya yang tersusun rapi. Keningnya turut tersenyum, tanda suka dengan cadangan Syurahbil. "Kalau lelaki..?" *** KUALA LUMPUR, 25 Mac - Seorang lelaki ditembak mati dalam sebuah kejadian rompakan di sebuah bank di Taman Melewati lewat tengah hari semalam. Lelaki tersebut, Syurahbil Ismail, 27 tahun, baru sahaja selesai hitam urusan di bank di tersebut bank ketika dan sebuah Pajero lelaki berwarna berhenti depan sekumpulan

bertopeng menyerbu bank tersebut bersenjatakan senapang dan...

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

24

APG

[BAIHAQI]

BUAT ZAUJATI

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

25

APG

[BAIHAQI]

"

Abiy ah balik! Abiy ah balik!"

Darra berlari-lari mendapatkan ayahnya. Farish tersenyum lantas mendukung Darra. "Assalamu a'laikum sayang. Darra dah makan..?" Dihadiahkan kucupan penuh kasih pada pipi tembam anak kecil yang sedang tersenyum lebar itu. Kelihatan beberapa ruang yang kosong pada gusinya. Anak kecil berpipi merah, berambut kerinting itu mengangguk-anggukkan kepalanya. "Ummi ada..?" "Ade. Alam bilik." Farish memandang ke atas, ke arah kamar utama mereka. Dia menghela nafas. Tekad. Hari ini aku mesti berterus-terang dengannya. Mesti. Hati Farish berkata-kata. "Sayang, sayang duduk sini main dengan lego ni dulu k. Abi nak sembang dengan ummi kejap. Boleh..?" "Oleh!" Farish tersenyum. "Kalau boleh, Darra kena kiss Abi dulu. Kiss, kiss." Darra menghadiahkan kucupan mesra ke pipi ayahnya yang sedikit berambut itu. Kemudian dilap mulutnya kerana geli dengan rambut yang bergesel dengan bibirnya.

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

26

APG

[BAIHAQI]

Farish tertawa kecil melihat telatah anaknya, Darra. Darra Wajhiah. Bukan anak kandungnya, tetapi dicintai sepenuh hatinya ibarat anak yang lahir dari darah dagingnya sendiri. Farish lantas menaiki tangga perlahan-lahan, tidak pasti sama ada keputusannya itu betul. Dua tiga kali juga dia hampir-hampir mengubah fikirannya. Mahu turun kembali dan bermain bersama Darra sahaja. Tetapi akhirnya dia tekad; hal ini perlu diselesaikan hari ini juga. Farish menguak pintu kamar utama. Kedengaran sendi pintu berkeriuk, tanda sudah lama tidak diminyak. Mariah sedang duduk termenung di atas katil, bersandarkan bantal. Seperti biasa. Matanya kosong. Wajahnya pucat. Jasad yang berada di depan mata Farish adalah jasad Mariah, tetapi ruhnya entah ke mana. "Mariah..?" Mariah mengangkat wajahnya. Kelihatan raut wajahnya yang sedikit terkejut melihat kelibat Farish. "Oh.. Abang.. So.. Sorry tak perasan...abang dah balik." Mariah bingkas bangun. Dibetulkan baju yang dipakainya. Disapu-sapunya seluarnya seolah-olah ada habuk yang mengotorinya. "Eh awak nak ke mana..?" "Ahhh.. Saya.. Saya nak buat air untuk abang jap." "Takpe. Takpe. Tak perlu.."
Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana 27

APG

[BAIHAQI]

Mariah seperti tidak mendengar kata-kata Farish itu. Dia lantas berjalan melintasi Farish, menuju ke pintu. Farish sempat menyambar tangan Mariah. Dipegangnya tangan Mariah dengan kejap. Kuat. Mata Mariah menjadi bundar. "Mariah... Abang.. Abang ada benda nak cakap dengan awak ni. Boleh..?" *** Mariah hilang arah selepas kematian Syurahbil. Hidupnya benar-benar jadi tak keruan. Kesihatannya merosot dengan mendadak dek tekanan perasaan yang melampau yang dialaminya. Manakan tidak; lelaki yang paling dicintainya telah meninggalkan dirinya begitu sahaja tanpa mengucapkan selamat tinggal. Lebih sebulan lamanya Mariah hilang selera makan, sehinggakan tubuh badannnya mengecut. Mengeding. Hampir-hampir sahaja Darra tidak dapat melihat dunia. Setiap hari Mariah akan termenung panjang, memikirkan nasib malang yang menimpa dirinya. Apakah dosa aku? Adakah ini kafarah daripada Allah? Adakah kami memang tidak ditakdirkan bersama? Adakah ini ujian buat aku di jalan dakwah? Jika ini ujian, aku tidak kuat ya Allah. Aku tidak mampu.. Aku tidak mampu..! Air matanya sudah kering, tiada yang lagi yang tersisa untuk dihabiskan. Ramai orang yang sudah cuba untuk menghidupkan kembali ruh Mariah yang telah lama nazak. Ramai akhawat yang turun padang, berada di sisi Mariah untuk cuba menguatkan hatinya yang telah hancur dan luluh. Namun semuanya menemukan jalan buntu. Penangan cinta. Sehebat-hebat manusia itu, boleh juga tertewas dengan cinta dunia. Sedangkan Nabi Yusuf a.s. juga hampir-hampir tertewas pada cinta beracun isteri al-

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

28

APG

[BAIHAQI]

Aziz, sehinggakan baginda merayu, terpaksa meminta perlindungan Rabbnya 'Azza Wajal. Mereka yang amat menyayangi Mariah terlalu sedih melihatkan keadaan diri Mariah. Dengan dirinya yang tidak terurus, semangatnya yang entah ke mana, fikirannya yang tidak dapat lagi dibaca.. Mariah bukan lagi insan yang mereka kenali. Jasadnya tetap Mariah, tetapi ruhnya ibarat makhluk asing yang duduk tinggal di dalam dirinya. Seorang ukht yang amat rapat dengan Mariah, Suryati, dialah yang paling terkesan sekali dengan keadaan sahabat dunia akhirat kesayangannya itu. Langsung tidak dijangkanya, Mariah, seorang pejuang kental dan penuh membara di atas jalan dakwah ini, boleh jatuh tersungkur dengan tamparan cinta. Langsung tidak disangkanya, Mariah yang begitu hebat di medan dakwah, menjadi qudwah sebagai doktor yang mampu bertahan di sebalik kerjaya yang membunuh, akhirnya kalah pada kuasa cinta. Setiap kali melihatkan Mariah yang bagai hilang arah, tidak keruan dan tidak punya keinginan lagi untuk hidup, setiap kali itu juga Suryati gagal mengawal perasaan dan emosinya. Jika sudah banyak air mata Mariah berjujuran disebabkan cinta yang tidak kesampaian, banyak juga air mata Suryati yang telah dihabiskan untuk sahabatnya itu. Dia hairan. Dia tertanya-tanya. Dia menggaru kepala. Namun akhirnya dia menerima, betapa gila dan berkuasanya penangan cinta. Menakutkan. Hanya Syurahbil sahaja yang mampu memberi sedikit ketenangan pada jiwa wanita yang sedang berkecamuk itu. Tidak pernah sehari pun sejak Mariah kehilangan Syurahbil, dia tidak membuka blog Dalam Hati Ada Bunga. Hanya bait-bait cinta Saudagar Sorga sahaja yang dapat mententeramkan hati Mariah. Setiap hari akan ditatapnya blog itu berjam-jam lamanya. Ketagihan. Kadang dia tertawa sendirian membaca jenaka Saudagar Sorga. Kadangkala dia menangis keseorangan, membaca nukilan suaminya itu. Seperti orang gila.

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

29

APG

[BAIHAQI]

Tiga bulan selepas pemergian Syurahbil, Darra Wajihah selamat dilahirkan. Mujurlah Suryati berada di sisi Mariah ketika saat-saat genting itu. Suryatilah yang banyak menjaga dan sentiasa bersama Mariah, di samping ahli-ahli keluarga terdekatnya. Betapa luluhnya hati Suryati apabila melihat Mariah yang enggan memeluk Darra ketika anak kecil yang masih merah itu keluar dari rahimnya. Mariah hanya mampu memalingkan wajahnya, memendam perasaan. Hanya air matanya sahaja yang menjelaskan segalanya bagi pihak dirinya. Suryati mengambil alih tugas Mariah sebagai ibu kepada Darra. Disusukan bayi itu. Dibasuh kencing beraknya. Dibelainya dan dikasihinya Darra ibarat anak kandungnya sendiri. Dan Suryati akan sentiasa memastikan Darra tahu dan kenal bahawa Mariahlah ibunya yang sebenar. Sekali-sekala dia akan memaksa Mariah untuk mendukung dan memeluk cium anaknya itu. Dan setiap kali itu juga pasti dahi dan pipi bayi suci itu akan dibasahi dengan air mata Mariah. "Maafkan aku, Ti.. I'm so sorry..." "Mariah... Sampai bila kau nak jadi begini...? Dah lebih lima bulan Syurahbil..." Suryati berhenti di situ. Dia mengeluh. Kasihankan Mariah dan tidak mahu melukai lagi sahabatnya itu. Mariah hanya memandangnya dengan mata yang suram. "Mariah.. Aku tahu.. Kau sangat-sangat cintakan Syurahbil. Dan aku pasti, Syurahbil juga amat-amat mencintai dirimu... Tapi, Allah lebih mencintai diri kalian berdua. Allah.. Allah kan ada, Mariah..? Jangan biarkan diri kau terus derita begini. Kasihanilah dirimu. Kasihanilah Darra..." Mariah sedikit pun tidak memandang wajah Suryati ketika kata-kata itu dihamburkan. Tangannya galak memusing-musing cincin perkahwinnya di jari manis tangan kanannya. Telinganya sudah terlalu biasa mendengari kata-kata sebegitu rupa. Namun, sebiasa mana pun Mariah dengan ucapan sedemikian rupa, matanya tidak
Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana 30

APG

[BAIHAQI]

pernah lagi dapat menyesuaikan diri dengan kata-kata penghiris jiwa sebegitu. Setiap kali itu juga matanya akan merah dan basah. "Ti.. Kau takkan faham... Syurahbil... Syurahbil bukan sekadar suami pada aku Ti.. Bukan.. Dia.. Dia adalah segala-galanya..." Suryati hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. "Mariah.. Mungkin di situlah silapnya. Kau mencintai Syurahbil melebihi segala sesuatunya. Di mana cinta kau pada Allah..? Di mana cinta kau pada Rasulullah..? Dan di mana bahagian cinta kau untuk tarbiyah dan dakwah..? Bukankah kau telah berbai'ah..?" Mariah hanya mampu untuk memandang Suryati dengan pandangan yang penuh sayu. Dipeluk erat sahabat dunia akhiratnya itu. "Doakan aku Ti. Doakan... Doakan aku dapat keluar daripada belenggu ni.." Kedua-duanya larut dalam sedu-sedan dan dada yang berombak. Kau tak faham. Kau tak akan faham Ti... *** 9 September. Ulang tahun kedua perkahwinan Mariah dan Syurahbil. Darra, yang kini berusia 3 bulan berada di bawah jagaan neneknya pada hari itu. Hari itu Mariah telah berjanji dengan Suryati untuk makan tengah hari bersama. Yang pertama buat Mariah sejak sekian lama.

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

31

APG

[BAIHAQI]

Selepas bersiap-siap, mengenakan jubah hitam dan tudung labuh yang juga berwarna hitam, Mariah duduk dulu di hadapan komputer ribanya. Dalam Hati Ada Bunga. Ritual hariannya. Bagai mahu tersembul keluar biji mata Mariah apabila melihat ada tulisan terbaru yang diterbitkan. Ya, ia bertarikh 9 September 2008. Mata Mariah tidak berdusta. Buat Zaujati 2.0. "Buat zaujati yang amat ku kasihi, Anda pasti hairan dan terkejut membaca tulisan ini bukan..? Haha.. Ia diterbitkan secara automatik. Sekiranya saya masih hidup pada hari ini, maka tulisan ini tidak mungkin akan diterbitkan sebegini. Namun sekiranya saya sudah tiada, anggaplah ini hadiah ulang tahun perkahwinan kita yang kedua." Mariah tersedu. "Buat Zaujati, Entah mengapa tergerak hati saya untuk mewarkahkan bait-bait ini. Mungkin kerana cinta saya pada anda yang cukup mendalam. Mungkin rindu saya pada anda yang berdendam. Mungkin juga kerana betapa yakinnya saya bahawa mati itu pasti dan maut itu di tanganNya." Mariah teresak. "Buat Zaujati, Pernah saya ungkapkan kepada anda, sekiranya saya tiada lagi di dunia, adakah anda sudah bersedia. Masih ingatkan..? Anda tidak pernah memberikan jawapannya.
Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana 32

APG

[BAIHAQI]

Namun sekiranya anda sedang membaca penulisan ini, maka saya kira, suka atau tidak, anda sedang menghadapinya. Dan saya amat berharap, anda menghadapinya dengan penuh redha dan bersedia. Ketahuilah, cinta itu milikNya. Cinta yang kita semi dan tuai bersama, adalah dengan izinNya. Cintanya saya pada anda, adalah kerana Dia yang membenarkan perasaan itu untuk berbunga. Dan cintanya anda pada saya, adalah kerana Dia yang mahukannya sebegitu rupa. Cinta itu hanyalah ujian buat kita, kerana Dia mahu mentarbiyah jiwa-jiwa kita yang lemah ini untuk mencintaiNya dahulu melebihi segalanya." Mariah rasa seperti ditampar kuat. "Buat Zaujati, Tidak pernah sehari pun saya menyesal kerana dipertemukan dengan anda. Setiap hari, bibir ini tidak pernah lekang mengucapkan syukur kerana dipertemukan dengan seorang bidadari di dunia ini lagi. Tetapi hakikatnya, anda bukan milik saya. Dan saya hanyalah pinjaman daripada Allah untuk anda. Sekiranya suatu hari nanti pinjaman ini diambil kembali, anda perlu terus kuat menjalani hidup ini sebagai hambaNya. Lupakah kita kepada asal tujuan kita diciptakan..? Sekiranya anda benar-benar mencintai saya, ketahuilah, cinta Allah pada anda lebih besar dan mulia. Sekiranya anda benar-benar mengasihi saya, ketahuilah, tiada yang lain saya mahukan melainkan keredhaan Allah untuk diri anda. Dan sekiranya anda menyayangi saya, ketahuilah, saya mahu anda menyayangiNya dahulu melebihi segala sesuatu." Mariah menarik nafasnya sedalam yang mungkin. Tidak pasti sama ada dia mahu menghabiskan bacaannya atau tidak. "Buat Zaujati,
Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana 33

APG

[BAIHAQI]

Sekiranya hari ini saya tiada lagi di sisi, wahai kekasih hatiku, yakinlah dengan sepenuh hati, Allah akan sentiasa menemanimu. Sekiranya anda merindui diri ini, kembalikan rindu itu kepadaNya dan Insha-Allah, rindu itu pasti akan disampaikan kepada saya. Teruskan perjalanan ini. Sambung pengembaraan yang masih panjang ini. Jangan sesekali anda berhenti di tengah jalan. Dan sekiranya anda masih berat, tidak mahu melepaskan cinta duniawi ini, maka sematkan kata-kata Abu Bakr kepada 'Umar ketika mana 'Umar keliru, hilang arah dek cintanya yang mendalam pada Rasulullah: Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul; sebelumnya telah berlalu beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik ke belakang? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak akan merugikan Allah sedikit pun [Ali-Imraan, 3:144] Ya zaujati, saya hanyalah seorang manusia. Dan saya akan pergi. Buat selamanya. Tetapi Allah ada, terus ada, di sisi. Sampaikan salam saya buat mama, papa, abi, ummi dan semua yang pernah mengenali diri ini. Juga kepada mujahid atau mujahidah yang bakal lahir nanti. Katakan kepadanya, abimu sedang menunggu penuh setia di pintu syurga. Salam rindu dan sayang, Saudagar Sorga." Mariah terkedu. Tidak terkata. Yang terdengar hanya rengekan dirinya, ibarat seorang kanak-kanak kecil yang sesat kehilangan ibunya. Dia hanya mampu memejamkan matanya, menelan dan menghadam satu-persatu kata-kata wasiat Syurahbil buat dirinya. Dia bersandar lemah pada kerusi yang didukinya. Didongakkan kepalanya ke atas. Matanya masih terpejam.
Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana 34

APG

[BAIHAQI]

"Terima kasih ya Allah. Terima... Kasih..." *** "Mariah... Abang.. Abang ada benda nak cakap dengan awak ni. Boleh..?" Setelah lebih dua tahun, Mariah akhirnya menerima pinangan Farish untuk memperisterikan dirinya. Itu pun selepas didesak hebat oleh Suryati dan ahli-ahli keluarganya yang lain, termasuk ibu dan ayah Syurahbil. Kasihankan Darra, kata mereka. Juga kata-kata Syurahbil yang banyak menyedarkannya. Farish bukanlah orang yang asing dalam hidup Mariah. Farish dan Syurahbil bersahabat baik, sama-sama berusrah dan berprogram suatu ketika dahulu. Malah di hari perkahwinan Mariah dan Syurahbil, Farish lah yang dipilih Syurahbil untuk menjadi pengapitnya. Jika diikutkan hati dan nafsu, memang Mariah tidak mahu bersuami lagi. Cukuplah penderitaan yang ditanggungnya akibat seorang lelaki. Dia amat risau sekiranya perkara yang sama akan berulang lagi. Sekali jatuh, memang amat berat untuk bangkit kembali. Dan dia juga amat khuatir sekiranya dia berlaku zalim pada Farish nanti. Saki-baki cintanya pada Syurahbil masih melekat kuat di hati. Amat sukar untuk dia melepaskan gelaran Puan Saudagar Sorga. Dan jauh di lubuk hatinya, dia masih menyimpan impian untuk menjadi ketua bidadari Syurahbil di mahligai syurga nanti. Namun akhirnya dia akur. Akur dengan hakikat dirinya sebagai seorang manusia biasa. Juga setelah dibaca dan dihadamnya Buat Zaujati 2.0 berkali-kali, akhirnya dia dapat menangkap mesej yang cuba diwasiatkan oleh Syurahbil. Cari seorang imam yang lain. Anda memerlukannya.

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

35

APG

[BAIHAQI]

Farish menepati ciri-ciri lelaki idaman yang pernah didambakan Mariah. Tinggi, kacak, sederhana orangnya dan amat berbudi pekerti. Juga seorang akh yang hebat di jalan dakwah. Tiada keraguan tentangya. Malah Syurahbil pasti gembira dan bersetuju dengan pilihan itu. Farish adalah lelaki yang paling baik untuk menggantikan tempatnya. Namun, semua itu tidak lagi dipandang Mariah. Kalau bukan kerana tarbiyah dan dakwah, Mariah lebih selesa bersendiri. "Err.. Ok bang." Mariah semacam sudah boleh mengagak apakah yang bakal diluahkan oleh Farish. Hatinya tidak tenang. Jantungnya berdegup kencang. Tapi dia sudah bersedia. Farish memimpin tangan Mariah dan mereka dua duduk di bucu katil. Berhadapan antara satu sama lain. "Mariah.. Sudah lebih tujuh bulan kita berumah tangga, tapi belum pernah sekali pun..." Kedengaran keluhan perlahan terbit dari mulut Farish. Dia berhati-hati, tidak mahu Mariah berkecil hati. "Suka atau tidak, abang suami Mariah yang sah sekarang. Abang.. Abang ada hak abang sebagai suami yang.. Yang perlu awak..." Farish terhenti. "Abang tahu yang Mariah masih rindukan Syurahbil. Abang tahu. Even abang pun masih terkenang-kenangkan Syurahbil." Mariah hanya memandang wajah Farish. Tepat.

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

36

APG

[BAIHAQI]

"Dan abang faham yang abang tak akan dapat menggantikan tempat Syurahbil. Sampai bila-bila pun. Yes. Abang terima tu." Mariah tunduk, memandang butir-butir manik pada baju yang dipakainya. "Tapi.. Mariah.." Mariah memandang wajah Farish semula. "Satu perkara sahaja yang abang nak minta pada awak. At least for now..." Senyap. Mariah menanti-nanti kata-kata yang bakal keluar dari mulut Farish. Berdebar. "Abang harap.. Abang harap awak dapat menerima abang seadanya. Sebagaimana.. Uh.. Sebagaimana abang menerima awak, walaupun awak pernah berpunya..." Mariah tunduk lagi. Kata-kata Farish yang akhir itu benar-benar memaku tajam hatinya. Air mata Mariah, tanpa meminta izin menitis laju membasahi pipinya. Farish memegang dagu Mariah dengan perlahan, dan mengangkat wajahnya. "Mariah.. Abang benar-benar ikhlas dan mahu mencintai awak. Abang harap.. Awak sudi menerima cinta ini.."

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

37

APG

[BAIHAQI]

EPILOG

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

38

APG

[BAIHAQI]

Seorang kanak-kanak lelaki, lebat rambutnya, putih kulitnya dan merah bibirnya
berlari-lari tidak jauh dari tempat Mariah berdiri. Sebatang sungai yang mengalirkan air yang cukup jernih dan indah memisahkan antara Mariah dan kanak-kanak itu. Mariah memandang sekeliling. Dia tidak pasti dia berada di mana. Belum pernah lagi dia merasai nyaman sebegitu rupa. Belum pernah lagi dia melihat suatu tempat secantik itu. Ini bukan dunia biasa. Langitnya biru menila. Pokok-pokoknya hijau bersih. Ini benar-benar bukan dunia yang Mariah kenali. Hanya Mariah seorang di situ, memerhatikan kanak-kanak itu dengan penuh perasaan ingin tahu. Entah mengapa, timbul rasa kasih mendalam pada kanak-kanak itu. Tiba-tiba, kelihatan pula kelibat seorang lelaki yang keluar dari pintu gerbang besar tinggi melangit yang cukup indah ukirannya. Belum pernah Mariah menyaksikan ukiran sehebat itu. Mariah cuba mengamati wajah lelaki itu. Lelaki itu berpakaian putih bersih dengan pakaian yang juga tidak pernah Mariah lihat dan ketahui sebelum itu. Putihnya juga luar biasa; bersinar-sinar mengeluarkan cahaya. Wajah lelaki itu juga cerah, berkemilau cemerlang ibarat bintang di tengah malam yang pekat. Dia bagai tidak percaya. Dia cuba memfokuskan pandangannya pada lelaki tersebut. Dia tidak mungkin tersilap. Syurahbil. Kanak-kanak tadi berlari ke arah Syurahbil. Syurahbil menyambutnya dengan penuh rasa kasih dan cinta. Diangkatnya kanak-kanak itu tinggi-tinggi dan dilambungnya ke udara. Kedua-dua mereka tertawa gembira. Alangkah! Alangkah bahagianya!

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

39

APG

[BAIHAQI]

Betapa Mariah amat ingin menyertai mereka berdua. Betapa hati Mariah melonjaklonjak ingin tertawa bersama mereka. Betapa kaki Mariah sudah gatal-gatal mahu berlari ke arah mereka. Betapa..! "Syurahbil...! Syurahbil...!" Syurahbil dan kanak-kanak itu berhenti sebentar, mencari-cari punca suara itu. "Syurahbil...!" Akhirnya Syurahbil mengesan arah suara itu. Dia berdiri tegak. Dia memandang tepat ke arah Mariah. Dia tersenyum. Penuh bahagia. Mariah terjaga dari tidurnya. Berpeluh-peluh dahi dan tubuhnya. Lencun. Mariah beristighfar panjang. Dia memandang kepada sekujur tubuh di sebelahnya. Farish nyenyak dibuai mimpi, tidak sedar dengan apa yang berlaku. Mariah mengusap-ngusap perutnya. Tendangan perlahan dirasakannya, seolah-olah membalas sapaan Mariah. *** Kelihatan dua orang lelaki dan tiga orang perempuan sedang mengambil tempat di sebuah ruang tamu di sebuah banglo besar di atas bukit di tengah ibu kota. Syurahbil mengambil tempatnya. Mariah juga duduk di atas kerusi tidak jauh daripada di mana Syurahbil berada. Bersama-sama mereka adalah ibu Mariah, naqibahnya dan naqib kepada Syurahbil.

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

40

APG

[BAIHAQI]

Taaruf. Buat pertama kalinya, Mariah dipertemukan dengan Syurahbil, setelah masing-masing bersetuju untuk dipertemukan setelah melalui proses awalannya. Mereka berbual-bual biasa, bertanyakan perihal diri masing-masing. Kadang-kadang ibu Mariah mencelah, bertanyakan beberapa perkara kepada Syurahbil. Kelihatannya masing-masing selesa dengan proses itu. Cuma Syurahbil sering tertunduk malu. Dirasakannya, tidak layak untuk dia memerhatikan wajah seorang wanita yang belum lagi menjadi miliknya. Sabar Syurahbil, sabar... "Saya ni, tiada apa-apa. Biasa-biasa sahaja. Harap ukhti dapat menerima saya seadanya.." Terpacul kata-kata itu dari mulut Syurahbil. Ah, sudahlah. Lelaki. Getus Mariah. Cuma entah mengapa, dia sememangnya sudah tertarik dengan Syurahbil, hatta ketika pertama kali membaca borang milik lelaki itu. Dan hatinya semakin kuat mengatakan, "Inilah orangnya..", selepas bertemu dua mata dengan Syurahbil. Cinta pandang pertama mungkin? Istighfar. "Oh, saya ada satu soalan." Syurahbil mengangkat wajahnya, dan sekilas memandang Mariah. Ditundukkan kembali pandangannya. Merah mukanya. "Silakan."

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

41

APG

[BAIHAQI]

"Uhm. Dalam borang akhi, akhi ada tulis.. Aahh.. Apa tu, lain-lain maklumat tentang akhi, sebagai seorang perindu tegar. Err.. Kenapa eh..? Macam...pelik je. Care to explain..?" Sudah. Syurahbil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kelihatan dia berbisik-bisik dengan naqibnya. Mukanya bertambah merah. "Err. Ada.. Ada kesilapan di situ. Benda tu tak sepatutnya ada...dalam borang tu.." "Oh. Tapi.. Mesti ada sebab kan kenapa ia ada di situ..?" Mariah mendesak. Dia benar-benar ingin tahu. Syurahbil menghela nafasnya. "Ok ok. Err.. Begini. Saya ni.. Uhmm.. Kalau rapat dan sayang dengan seseorang tu, susah untuk saya lepaskannya." Mariah membuat muka pelik. Ngeri. "Aaahhh.. Jangan salah faham. Bukan maksudnya saya kongkong hidup dia ke, stalk ke apa, tak tak. Tapi kalau saya betul-betul menghargai seseorang tu, fillah, saya... Akan sangat-sangat sayang pada dia. Dan.. Dan saya akan merinduinya setiap masa dan ketika, sampai bila-bila. Ya.. Sampai bila-bila. Sebab tu lah perindu tegar..." Sepanjang itu, Syurahbil hanya tertunduk. Ini benar-benar gila. "Oh."

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

42

APG

[BAIHAQI]

Dan Mariah tersenyum. Jika tidak di wajah sekali pun, tetapi hatinya tersenyum gembira. *** Mariah menunggu di dalam kereta Volkswagen Polo berwarna biru tua yang dibelikan Farish sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga. Kedengaran loceng sekolah berbunyi. Tidak lama selepas itu, kelibat seorang kanak-kanak perempuan berbaju kurung dan bertudung kelihatan di pagar besi sekolah. Dia memandang ke kiri dan ke kanan, seperti mencari-cari sesuatu. Kemudian dia tersenyum. Comel. Dia berlari-lari anak ke arah Polo Mariah. Mariah tersenyum apabila melihat Darra yang semakin mendekatinya. Perlahan-lahan pintu sebelah penumpang dibuka kanakkanak kecil yang kini berusia tujuh tahun itu. "Ummi!" Dihadiahkan Mariah dengan rangkulan mesra beserta kucupan sayang di pipi. "Ummi tak kerja ke hari ni?" "Kerja sayang. Tapi ummi rindu kat Darra. Takpe, Auntie Suryati ada kat klinik tu." Darra hanya tersenyum mendengarkan penjelasan Mariah. Dia amat gembira sekali Mariah datang mengambilnya. Tidak selalu dia punya peluang sebegitu. "Qi mana, Ummi..? Dengan Tok Ma ke..?" "Haah, dengan Tok Ma. We are going there now. Nak amik Qi, then kita pergi dinner dengan Abbi. How's that?"

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

43

APG

[BAIHAQI]

"Awesome!" Mariah hanya tersenyum. Diusapnya kepala anak kesayangannya itu. Bismillah. Disarungkan cermin mata hitam Oakleynya dan keretanya dipandu pergi. *** Di lereng bukit di pinggir ibu kota, sebuah kereta Fiesta putih diparkir di tepi jalan. Kelihatan sepasang merpati dua sejoli sedang duduk-duduk menikmati sinaran bintang bersinar cemerlang, di bawah sebuah pohon rendang. Pemandangan indah seluruh kota metropolitan Kuala Lumpur terbentang di hadapan mata mereka. Di situlah tempat Syurahbil sering pergi untuk merehatkan fikiran atau melepaskan tekanan. Sama ada masalah kerja atau musykilah tarbiyah dan dakwah, tempat itu jarang sekali gagal daripada memberikan ketenangan yang ketenteraman pada dirinya. Dan pada malam itu, dia ditemani oleh isterinya yang tercinta, Mariah. Lama mereka duduk-duduk diam begitu sahaja, menikmati pemandangan yang jarangjarang mereka dapati. Sehinggalah Mariah memecahkan keheningan suasana. "B, you dah fikir belum, nak bagi nama apa untuk anak kita ni..?" Mariah mengusap-ngusap perutnya, penuh kasih. Syurahbil tersenyum. Dia turut menyertai Mariah mengusap penuh sayang perutnya yang membuncit itu. "Ada la terfikir." "Yeah..? Apa dia?"

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

44

APG

[BAIHAQI]

"Uhmmm. Kalau perempuan nak bagi nama... Darra. Darra Wajihah. Ok tak..?" "Wow.. Not bad. Apa maksudnya..? Canggih sangat tu!" "Not bad je..?? Penat orang fikir tau! Haish.. Maksudnya..? Ahhh.. Mutiara yang terhormat. Lebih kurang lah. Darra Wajihah binti Syurahbil. Pergh!" Mariah tersenyum. Jelas gigi putihnya yang tersusun rapi. Keningnya turut tersenyum, tanda suka dengan cadangan Syurahbil. "Kalau lelaki..?" "Kalau lelaki..? Haaa, ada banyak! Qatadah ada, Mikail ada, al-Bara' ada.. Pilih, pilih yang mana suka. Macam-macam adaaaa...!" Mariah tertawa kecil melihat keletah suaminya. Dihulurkan penyepit jarinya untuk mencubit Syurahbil, tetapi sempat dielak Syurahbil. "Tapi.. Dalam banyak-banyak tu.. Ada satu yang paaaaliiinng saya suka." "Uh oh. Apa dia..?" Mariah memandang tepat wajah Syurahbil. Teruja. Syurahbil diam seketika. Dia memandang ke hadapan, menikmati pemandangan indah Menara Berkembar KLCC yang menghunus gumpalan awan. "B...?"

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

45

APG

[BAIHAQI]

Syurahbil tersenyum penuh makna. Jelas matanya bersinar-sinar, penuh dengan pengharapan. Dipandangnya wajah Mariah dengan penuh rasa cinta dan diusapnya sekali lagi perut Mariah, bidadarinya di dunia. Bahagia. "Baihaqi." *** Chenta, Buat mereka yang mengertinya, Pasti akan menanam benih suci di dunia, Dibajainya, Disiraminya, Dibelainya denga taqwa, Penuh sabar dan redha, Menanti masanya yang akan tiba, Untuk menuai buah seharum aroma, Memetik kuntum bunga kembang pesona, Bukan di sini, di dunia yang fana, Tapi di sana, di sana, Sorga hakiki abadan abadaa.

Angel Pakai Gucci. Hak Milik Cipta Terpelihara 2013

Sebuah karya pendek oleh: | Inche gabbana

46

Anda mungkin juga menyukai