Anda di halaman 1dari 3

(Untuk mengenang pahlawan anti-Jepun Lai Raifel, seorang rakan seperjuangannya Jang

Chang yang meringkuk dalam penjara bersama beliau menulis sebuah sajak. Sajak
tersebut telah diterbitkan oleh NAN DAO PUBLISHER dalam buku berjudul Tugu
Darah tulisan Jang Chang pada tahun 1997.)
BERSEMADI UNTUK KAWAN RAIFEL *1
Oleh Jang Chang

Di tengah jalan di Pusing


Musim panas tahun 1943,
Tiba-tiba disergap musuh *2
Beliau menyerbu dengan berani.

Sebab tak mahir alam sekeliling


Beliau terjerumus ke dalam paya
Terjatuh ke tangan musuh
Diseksa dipaksa menyerah diri

Rela putih tulang, tak rela putih mata


Mendakwa mengutuk musuh terlaknat
Cita-cita kesateria tinggi mengawan
Darah pahlawan menyirami medan pembunuhan
Askar dan polis musuh keparat
Terpaksa menitiskan air mata kerananya *3

Keterangan dari penulis sajak:

*1. Sebelum ditangkap oleh fasis Jepun, Lai Raifel adalah anggota Markas Besar
Rejimen Ke-5 Negeri Perak, Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya, semasa korban,
beliau baru berusia 21 tahun.

*2. Beliau ditangkap musuh di sebelah pagi pada bulan November 1943.

*3. Semasa korban, semangatnya telah mengharukan tidak sedikit anggota tentera
dan polis sehingga mereka menitiskan air mata secara diam-diam.

Anda mungkin juga menyukai