Anda di halaman 1dari 9

SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 5 BAHASA MALAYSIA Kertas 1 Masa : Lima puluh minit Arahan Am : Tiap-tiap soalan

diikuti tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 17 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. _____________ akan bertolak ke Melaka pada pagi esok, kata Encik Musa kepada anak-anaknya. A. B. C. D. Kamu Kalian Kami Kita

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2.

Yusri _____________ pada pokok itu untuk menghilangkan penat. A. B. C. D. bercangkung bersandar bergayut bergantung

3.

Air tasik itu menjadi __________ kerana orang ramai membuang sampah sarap ke dalamnya. A. B. C. D. deras tohor keruh jernih

4.

Songket yang ditenun oleh gadis itu sungguh __________ buatannya. A. B. C. D. mantap kemas lembut padat

5.

Saroja pergi ke klinik __________ ibunya kerana dia sakit perut. A. B. C. D. dengan oleh bagi untuk

6.

Suria mendapat kad undangan ke majlis hari jadi __________ rakannya __________ hari Isnin. A. B. C. D. oleh ... di daripada ... pada pada ... daripada tentang ... daripada

7.

Walaupun sibuk dengan tugas, dia __________ pulang ke kampung untuk menjenguk ibunya. A. B. C. D. nanti selalu sangat kelak

8.

Ayah dan ibu sudah __________ kad jemputan perkahwinan kakak kepada penduduk kampuing. A. B. C. D. menyebarkan menerbangkan melepaskan mengedarkan

9.

Api yang membakar sampah sarap itu semakin marak __________ ditiup angin kencang. A. B. C. D. sehingga walau apabila lalu

10.

Ketua kampung __________ supaya mangsa kebakaran itu ditempatkan di balai raya. A. B. C. D. mencadangkan bercadang dicadangkan cadangan

11.

Apabila mendengar penjelasan daripada gadis itu, tuan hakim diam __________ . A. B. C. D. terpaku termenung terharu tercengang

12.

Mangsa-mangsa tsunami itu telah lama dipindahkan ke kawasan __________ baru. A. B. C. D. tempat setempat tempatan penempatan

13.

Suasana malam di kampung itu __________ kerana tiada kenderaan yang lalulalang. A. B. C. D. gelap mata sunyi sepi diam membisu kongsi gelap

14.

Keadaan di dalam kelas itu __________ dengan suara murid-murid yang berbual sesama sendiri sehingga menarik perhatian Guru Besar. A. B. C. D. kacau-bilau huru-hara kucar-kacir hiruk-pikuk

15.

__________ orang yang datang ke padang sekolah untuk menyaksikan acara sukaneka itu. A. B. C. D. Berselang-selang Bertubi-tubi Berduyun-duyun Bertalu-talu

16.

Beberapa __________ gambar telah dikireimkan oleh Sabrina kepada saya. A. B. C. D. lembar bidang helai keping

17.

Jangan percaya __________ cakap orang yang lidah bercabang itu, kata Ayu kepada adiknya. A. B. C. D. benar-benar bulat-bulat awal-awal cepat-cepat

18.

Puan Soh menafikan khabar angin yang menyatakan bahawa dia akan berpindah rumah. Perkataan seerti bagi menafikan ialah A. B. C. D. mengakui menyangkal menerima melawan

19.

Sujatha meminta maaf kepada Chee Mei kerana telah memungkiri janji mereka kelmarin. Perkataan berlawanan bagi memungkiri ialah A. B. C. D. menepati mengingkari mengakui melaksanakan

Soalan 20 hingga Soalan 22 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 20. I II III IV A. B. C. D. 21. I. II. III. IV. A. B. C. D. 22. I. II. III. IV. A. B. C. D. Rumah saya agak jauh dari sekolah. Barangan yang dijual di pasar raya itu jauh lebih murah daripada yang dijual di pasar raya lain. Pergilah jauh agar tiada sesiapa pun yang akan mengganggumu, kata Khairil kepada rakan baiknya. Setiap hari, dia berjalan kaki jauh lima kilometer. II sahaja I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II, dan III sahaja Warna dinding bangunan itu hilang kerana selalu terdedah pada matahari. Penoreh getah itu hilang pungca pendapatan semasa musim tengkujuh. Helikopter itu perlahan-lahan hilang daripada pandangan. Kami telah hilang kepercayaan terhadapnya. I dan IV II dan III I, II, dan III II, III, dan IV Murid-murid disuntik untuk melindungi mereka daripada terkena penyakit yang berbahaya. Ayah tidak perasan bahawa poket bajunya terkena dakwat. Orang awam diingatkan oleh pihak polis agar berhati-hati sebelum terkena. Penyakit kulit biasanya terkena orang yang kurang menjaga kebersihan diri. I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II, dan III sahaja II, III, dan IV sahaja

23.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Siapakah yang dibenarkan menggunakan kemudahan gelanggang di sekolah kamu? A. B. C. D. Setiap murid dibenarkan menggunakan sebarang kemudahan di gelanggang sekolah. Setiap murid di sekolah saya dibenarkan menggunakan kemudahan gelanggang. Setiap murid dibenarkan menggunakan gelanggang di sekolah. Setiap mnurid di sekolah saya dibenarkan menggunakan kemudahan selain gelanggang.

24.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Projek pembinaan rumah kos rendah itu dianggarkan bernilai RM13 juta. A. B. C. D. Adakah projek pembinaan rumah kos rendah itu dianggarkan bernilai RM13 juta? Siapakah yang mengganggarkan nilai projek pembinaan rumah kos rendah itu? Mengapakah projek pembinaan rumah kos rendah itu dianggarkan bernilai RM13 juta? Berapakah anggaran nilai projek pembinaan rumah kos rendah itu?

Soalan 25 dan Soalan 26 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 25. Perbincangan ini dijangka akan berlarutan hingga petang, kata ketua kumpulan itu. A. B. C. D. 26. Ketua kumpulan itu memberitahu bahawa perbincangan itu diramalkan berterusan hingga petang. Ketua kumpulan itu memberitahu ahli-ahli kumpulannya bahawa perbincangan itu akan ditamatkan pada waktu petang. Ketua kumpulan itu menjelaskan bahawa perbincangan itu telah berlarutan hingga petang. Ketua kumpulan itu mengarahkan perbincangan itu dilanjutkan hingga petang.

Kita perlu mendengar nasihat ibu bapa. A. B. C. D. Nasihat ibu bapa perlu kita dengar. Ibu bapa perlu mendengar nasihat kita. Ibu perlu mendengar nasihat bapa kita. Kita dan ibu bapa perlu mendengar nasihat.

Soalan 27 hingga Soalan 30 Pilih ayat yang betul. 27. A. B. C. D. Perompak itu senjatakan sepucuk pistol Murid-murid yang langgar peraturan sekolah akan diambil tindakan. Pemuda itu tidak daya untuk mengangkat kotak yang penuh dengan muatan. Kaum wanita sibuk menyediakan bahan untuk masakan.

28.

A. B. C. D. I. II. III. IV. A. B. C. D.

Kedai itu ditutup kerana sedang mengubahsuaikan. Sebuah kapal perang berteduh di Pelabuhan Klang. Abang perlu pembaharuan lesen memandunya minggu depan. Ibu dan ayah sedang berehat di anjung rumah. Danial dan Fei Hong hendak menjumpai Muniandy pada petang ini. Kata-kata yang dituturkannya itu menunjukkan bahawa dia terlalu merendah diri. Kanak-kanak itu duduk di pangkuan ayahnya. Di masa itu saya sedang mengangkat pakaian di jemuran. I dan II sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja I, II, dan III sahaja Kita tidak seharusnya mempercayai khabar angin. Carilah sahabat yang bersifat jujur dalam persahabatan. Julia bertepuk dahinya yang dihinggapi nyamuk. Kepetahannya kata-kata memikat hati penonton. I dan II sahaja III dan IV sahaja II, III, dan IV sahaja I, II, III, dan IV

29.

30.

I. II. III. IV. A. B. C. D.

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan serta rakan-rakan sekalian. Saya berasa bangga kerana diberi peluang untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk, 'Kemerosotan Disiplin di Kalangan Pelajar Sekolah.' Peraturan di sekolah patut diperketatkan dalam usaha menangani masalah disiplin. Peraturan sekolah bukan sahaja untuk rnenyekat kebebasan pelajar tetapi berfungsi sebagai garis panduan untuk mengawal tingkah laku seseorang. Ini penting untuk membentuk pelajar yang berakhlak mulia. Antara kemerosotan disiplin yang terdapat di kalangan pelajar-pelajar ialah berambut panjang, rmerokok, merosakkan kemudahan sekolah, pakaian tidak kemas, ponteng dan sebagainya. Mereka yang melanggar disiplin ini beranggapan bahawa disiplin ini mengongkong kebebasan di samping sifat ego mereka. Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekalian, Kejadian pelajar berkunjung ke pusat-pusat hiburan, snooker dan video games sering kedengaran sejak akhir-akhir ini. Pergaulan mereka di tempat sebegitu memang tidak mencerminkan tingkah laku sebagai pelajar. Terdapat juga pelajar yang dipengaruhi oleh iklan yang digemburkan oleh media massa. Pengaruh ini dapat dilihat melalui cara mereka berpakaian, bergaul dan pertuturan mereka. Contohnya mereka berpendapat bahawa dengan berpakaian ala barat, mereka akan kelihatan berbeza daripada orang lain dan menjadi tumpuan ramai. Sikap ini terbawa-bawa ke alam persekolahan dan menyebabkan mereka melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Keadaan ini merupakan penyakit yang melanda pelajar-pelajar. Kita mestilah berganding bahu untuk merawat penyakit ini. Pendedahan di akhbar-akhbar tentang keruntuhan disiplin di kalangan pelajar sekolah diharap dapat menyedarkan masyarakat untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Orang yang berperanan menangani masalah ini ialah ibu bapa mereka sendiri. Mereka menjadi contoh utama dalam mencanai anak-anak rnereka. Ibu bapa digesa supaya memberikan didikan agama kepada anakanak mereka. Namun begitu, guru dituntut unuk memainkan peranan mereka ke arah membentuk disiplin pelajar. Sekian, terima kasih. 31. Antara yang menjadi punca pelajar-pelajar melanggar peraturan ialah A. B. C. D. 32. pergaulan berpakaian ala barat kelonggaran peraturan sekolah murid tidak berperibadi tinggi

Perkataan mencanai dalam petikan di atas bermaksud A. B. C. D. mendidilk menghala mengubah membentuk

33.

Mengapakah pelajar terpengaruh untuk berpakaian ala barat? A. B. C. D. Menukar selera berpakaian Pakaian barat lebih diminati Pakaian barat menggambarkan disiplin ala barat Pakaian barat menjadikan mereka rnendapat tumpuan ramai

34.

Apakah 'penyakit' yang mesti dirawat dalam petikan di atas? A. B. C. D. Penyakit yang tidak diketahui Penyakit yang dialami oleh pelajar-pelajar Penyakit berjangkit yang menyerang pelajar Penyakit yang menjadi punca keruntuhan disiplin di kaiangan pelajar

35.

Apakah cara berkesan untuk mengatasi masalah ini? A. B. C. D. Murid-murid mencontohi orang tuanya Guru-guru mengajar anak muridnya sehingga pandai Memberi anak-anak pendidikan agama yang cukup Mendedahkan perbuatan mereka di dalam surat khabar

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Taman Orkid Antarabangsa Serendah terletak 40 kilometer ke utara Kuala Lumpur. Taman Orkid ini diwujudkan bersempena dengan Persidangan Orkid Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2011. Taman Orkid ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Orkid yang ditanam di kawasan ini mempunyai pokok yang segar dan banyak mengeluarkan bunga. Hal ini disebabkan oleh iklim yang amat menyegarkan di kawasan tanah tinggi. Di Taman Orkid Antarabangsa ini terdapat lebih kurang 500 jenis orkid. Kebanyakan orkid di sini adalah orkid kacukan. Namun, ada juga orkid hutan. Orkid-orkid di sini jarangjarang ditemukan di tempat lain. Peminat orkid banyak mempunyai pilihan jika membeli orkid di sini. Harga yang ditawarkan adalah antara RM5 hingga RM70 bergantung kepada jenis bunganya. Semasa membeli orkid, pegawai yang bertugas akan menerangkan cara-cara menanam orkid yang betul, cara mencegah serangan penyakit, dan cara membaja orkid yang betul. Semenjak taman ini dibuka, kira-kira 25 000 pengunjung telah berkunjung ke sini setiap tahun. Selain pengunjung tempatan, pengunjung dari luar negara, misalnya dari India, Taiwan, China, Afrika Selatan, Scotland, Jerman, dan Perancis tertarik untuk datang ke sini. Di samping berpeluang menikmati keindahan dan kecantikan pelbagai jenis orkid, pengunjung dapat juga menaiki menara tinjau untuk melihat pemandangan yang menghijau di Taman Orkid Antarabangsa Serendah. 36. Kata keistimewaan dalam petikan bermaksud A. B. C. D. 37. keunikan kelebihan kebesaran keindahan

Penyataan yang berikut adalah benar tentang orkid yang terdapat di Taman Orkid Antarabangsa Serendah, kecuali A. B. C. D. pokok-pokoknya segar dan mengeluarkan bunga. jenis orkidnya ialah orkid hutan dan orkid kacukan. orkid di sini tidak perlu dijaga dengan teliti. orkid yang ditanam di sini tidak kurang daripada 500 jenis.

38.

Berapakah jumlah pengunjung Taman Orkid Antarabangsa Serendah dalam jangka masa empat tahun itu? A. B. C. D. 500 orang 25 000 orang 50 000 orang 100 000 orang

39.

Apakah bukti yang menunjukkan bahawaTaman Orkid Antarabangsa mendapat perhatian orang ramai? A. B. C. D. banyak pelancong dari dalam dan luar negeri yang mengunjungi taman itu pelancong banyak membeli pokok orkid sebagai tanda kenangan bilangan pelancong asing yang mengunjungi taman ini melebihi bilangan penduduk setempat pengunjung sering menaiki menara tinjau

40.

Pada pendapat anda, mengapakah Taman Orkid Antarabangsa Serendah diwujudkan? A. B. C. D. untuk memperkenalkan tanaman orkid kepada generasi baru untuk memperindah Bandar Raya Kuala Lumpur untuk mempelbagaikan tanaman yang terdapat di negara kita untuk menanam minat orang ramai terhadap pokok orkid

- KERTAS SOALAN TAMAT -