n oleh keturunan Kesultanan Melaka dan Srivijaya telah mengalami era cabran yang pertama dalam sejarah transformasi yang tragis. Pembunuhan sultan Johor yang terakhir iaitu Sultan Mahmud (II) telah menguji kemurnian konsep daulat dan juga titisan yang dibina sejak dari peradaban Srivijaya. Konflik yang berlaku selama 20 tahun telah memutuskan jurai kesultanan dan digantikan dengan jurai Bendahara dan kesannya berlakunya tuntutan takhta yang kemudiannya berlaku perang saudara yang mana membawa kepada kemasukan kuasa Bugis ke dalam istana dan kerajaan Melayu. Para pembesar Johor telah menabalkan Bendahara Abdul Jalil sebagai sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riwayat Shah IV. Ini adalah cabaran besar kepada konsep kedaulatan dan juga konflik di antara Melayu dan Bugis. Dinasti yang diasaskan oleh Sultan Abdul Jalil (IV) seringkali mengalami keadaan kacau bilau dalam negeri di mana Sultan Abdul Jalil (IV) telah disingkirkan oleh Raja Khecil yang mendakwa berasal dari keturunan Sultan Mahmud (II) dan menduduki takhta Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah (1718 1722). Ketika pemerintahan Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah, putera kepada Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV yang telah digulingkan oleh Raja Kechil telah melancarkan perang dengan bantuan panglima Bugis Lima Bersaudara untuk menegakkan kembali distinasi Bendahara. Beliau telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Johor. Dan dengan ini berterusanlah kuasa Bugis dalam istana Johor sehinggalah ke hari ini.