Anda di halaman 1dari 6

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS APRESIASI PELAJAR CEMERLANG PMR 2013

BIL 1.

AGENDA Ketibaan jemputan Nyanyian lagu Negaraku

TEKS Diumumkan ketibaan Yang Berusaha Tn. Hj. Abdul Aziz bin Abdullah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan diiringi Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok serta barisan pentadbir. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Lagu Negaraku Lagu Negeri LAgu Sekolah PARA HADIRIN DIMOHON BERDIRI **************************** Para Hadirin dimohon duduk

2. BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM ASSALAAMUALIKUM WRT WBT ROBBISROH LI SODRI, WAYYASSIRLI AMRI, WAH LUL UKDATAN MIN LISAANI YAFQAHU QAULI

Yang Berusaha, Tn. Hj. Abdul Aziz bin Abdullah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Yang Berusaha Puan Hajah Sabariah binti Haji Sair Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok Yang Berusaha Tn. Hj Abdul Rahman bin Wanik Yang Dipertua PIBG Sek. Men. Keb. Bachok Yang Berusaha Puan Madiah binti Hassan Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Berusaha Puan Nor Azizah bt Ismail Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang Berusaha Encik Suhaimi bin Awang Penolong Kanan Ko Kurikulum Yang Berusaha Tn. Hj Wan Amri Faizal bin Wan Hamad Penolong Kanan Tingkatan Enam Yang Berusaha Pn. Roslina binti Mansor Penolong Kanan Pendidikan Khas Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG , Tetamu jemputan, Guru-guru, Para Ibu Bapa dan seterusnya warga pelajar yang dikasihi sekalian. Jejaran mengkudu berbias kesuma Di celah angsana di Bandaraya Ucapan Aluan pembuka bicara Di dewan indah kita bersua Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian ke Dewan Warisan, SMK Bachok. Alhamdulillah, Bersyukur kita ke Hadrat Allah SWT, Kerana dengan Berkat Limpah Kurnia-Nya yang amat Banyak. Dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini di Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang PMR 2013. PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN

Dengan berlangsungnya Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang PMR 2013, pihak sekolah menghargai pencapaian pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan PMR 2013. Diharap agar dengan penghargaan yang diberikan akan mencetuskan lagi semangat para pelajar untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Bacaan doa

Hadirin Hadirat yang dihormati sekalian Bagi memakmurkan lagi majlis pada pagi ini, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Razali Hadi bin Abd. Rahman untuk memimpin bacaan doa Majlis mempersilakan, Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al- Fadhil Ustaz Razali Hadi bin Abd. Rahman atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Aluan

HADIRIN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN Dayung sampan dulu-duluan Singgah berlabuh di Tanjung Jati Ucapan sebagai alu-aluan Mari tuan sama-sama amati Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YANG BERUSAHA PUAN HAJAH SABARIAH BINTI HAJI SAIR PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BACHOK Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

***********************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada YANG BERUSAHA, TUAN PENGETUA PUAN HAJAH SABARIAH BINTI HAJI SAIR atas ucapan aluan sebentar tadi.

Ucapan Perasmian oleh

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN Pergi ke kota beli selasih Sayang si dara senyum tertawa Kata azimat simpulan kasih Sulamkan mesra satukan jiwa

Majlis dengan sukacitanya MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA, Tn. Hj. Abdul Aziz bin Abdullah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

Majlis merakamkan UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA

YANG BERUSAHA, Tn. Hj. Abdul Aziz bin Abdullah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan atas ucapan perasmian itu tadi.
PENYAMPAIAN ANUGERAH Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian Berkebaya batik bewarna merah Diserikan dengan permata berlian Tibalah masa penyampaian anugerah Penerima teruja menunggu giliran Acara diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar yang mendapat semua A dalam PMR 2013. Bagi menyempurnakan acara ini, Majlis dengan segala hormatnya menjemput

YANG BERUSAHA, Tn. Hj. Abdul Aziz bin Abdullah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
dengan diiringi oleh Yang Berusaha, PUAN HAJAH SABARIAH BINTI HAJI SAIR Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok untuk menyampaikan anugerah kepada para penerima. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan. ********************************************************* ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR YANG MENDAPAT SEMUA A DALAM PMR 2013 Dipersilakan *******RUJUK LAMPIRAN*********

Seterusnya ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR YANG MENDAPAT 8A 1B. *******RUJUK LAMPIRAN********* PENERIMA SETERUSNYA ADALAH MERUPAKAN PENERIMA ANUGERAH KHAS BAGI ANUGERAH_______________________

DIPERSILAKAN Wee Soo May tampil ke pentas untuk dibacakan biodatanya. -BIODATA-

Dipersilakan Wee Soo May untuk menerima anugerah. Sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan Wee Soo May menyambung pelajaran ke Permata Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia, pihak sekolah berbesar hati mempersilakan bonda kepada Wee Soo May iaitu Puan Soo Ah Khem untuk menerima cenderahati. Dipersilakan. Tahniah diucapkan kepada Wee Soo May atas penganugerahan tersebut.
Penyampaian Cenderahati Majlis merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada

YANG BERUSAHA, Tn. Hj. Abdul Aziz bin Abdullah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
atas PENYEMPURNAAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PMR 2013 sebentar tadi. Majlis dengan ini menjemput YANG BERUSAHA PUAN HAJAH SABARIAH BINTI HAJI SAIR Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok untuk menyampaikan cenderahati kepada YANG BERUSAHA

Tn. Hj. Abdul Aziz bin Abdullah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Dipersilakan. ************************ Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan cenderahati kepada

Yang Berusaha Tn. Hj. Abdul Aziz bin Abdullah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

Majlis kita sudah sampai ke pengakhirannya : Majlis sekali lagi merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Semoga dengan penganugerahan ini akan sentiasa membakar semangat untuk terus maju dalam pelajaran serta menjadi contoh teladan kepada murid yang lain. Merdu bertingkah alunan suara Kadang tak sedar tersilap kata Andai terlanjur patah bicara Serendah hati kemaafan dipinta Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua tetamu jemputan, ahli jawatakuasa kerja Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang PMR 2013, dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini. Wassalamualaikum WRT WBT Dengan penuh takzim pihak majlis menjemput Yang Berusaha Tn. Hj. Abdul Aziz bin Abdullah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Tuan Pengetua serta para pentadbir menikmati hidangan yang telah disediakan.