Anda di halaman 1dari 12

Tugasan A: 1.

0 Pengenalan

Dewasa ini, program-program yang berbentuk aktiviti luar telah mendapat perhatian masyarakat. Contohnya, di sekolah atau di institusi pengajian, kelab-kelab atau persatuan semakin kerap menganjurkan program atau aktiviti luar. Kebanyakan sekolah atau pihak institusi pengajian akan memperuntukkan sejumlah wang untuk aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dan sebagainya (Masrina, 2009).

2.0 2.1

Definisi Pendidikan Luar Definisi Pertama (Abu Bakar Sidek, 2004)

Pendidikan luar adalah pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan alam semulajadi di mana ia menyediakan suatu tempat yang merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu. Pendidikan luar juga bermaksud pembelajaran di dalam dan di luar rumah. Ini bermakna tambahan dan pengkayaan kurikulum, menerusi pengalaman di luar. Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan sihat yang boleh memperkayakan pengalaman dan memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan integrasi di kalangan masyarakat ke arah kesepaduan nasional (Abu Bakar Sidek, 2004).

2.2

Definisi Kedua (Knapp, 1990)

Pendidikan luar pada asasnya boleh didefinisikan sebagai penggunaan sumber-sumber luar daripada bilik darjah untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan (Knapp, 1990). Ianya adalah merupakan suatu aktiviti yang menarik yang mana ia boleh dijalankan dengan pelbagai aktiviti seperti rekreasi, aktiviti sosial dan aktiviti ibadah selain untuk pendidikan. Dalam dunia pendidikan, ia disifatkan sebagai merentas kurikulum. Definisi lain yang diberikan oleh beliau tentang pendidikan luar adalah proses pengalaman iaitu pembelajaran dengan melakukan dimana meliputi sebarang aktiviti pendidikan dalam persekitaran terbuka sama ada di bandar atau di pedalaman.

2.3

Definisi Ketiga (Meier dan Mitchell, 1993)

Selain itu pendidikan luar juga merupakan salah satu media yang membekalkan pembelajaran melalui pengalaman. Perkara ini turut diakui oleh Meier dan Mitchell (1993), yang menyatakan bahawa pendidikan luar termasuklah semua jenis pengalaman yang meningkatkan pengetahuan, tingkah laku atau kemahiran luaran dan membantu membuatkan kita lebih menghargai antara satu sama yang lain. Gabungan elemen kognitif, psikomotor dan afektif dalam pendidikan luar akan menyumbang kepada pembinaan penghargaan diri (selfesteem), ke arah pembentukan pelajar yang sihat dari segi mental dan fizikal. Maka, melalui pendidikan luar, ia dapat diertikan sebagai proses pembelajaran dan pengajaran yang menyatakan kepentingan bagi keperluan dan hubungan yang rapat antara pengalaman sebenar dan pendidikan. Selain itu, pendidikan luar turut membantu memperkembangkan fizikal yang diingini, mental, sosial dan semangat yang berkualiti (Meier & Mitchell,1993).

2.4

Definisi Keempat (Brookes, 1994)

Selain itu aktiviti pendidikan luar adalah pembelajaran yang menghasilkan pengalaman yang membolehkan interaksi dan mengetahui persekitaran alam semulajadi (Brookes, 1994). Oleh itu, pendidikan luar didefinisikan sebagai satu medium untuk masyarakat mendekatkan diri dengan alam sekitar. Contohnya, melalui aktiviti perkhemahan termasuk dalam sukatan pelajaran dalam sesuatu pendidikan. Pendidikan luar mempunyai sejumlah besar objektif, di antaranya termasuklah: untuk membantu individu hidup dalam keadaan harmoni dengan alam semulajadi, untuk memperkembangkan asas pemahaman di antara satu sama lain, untuk mempergunakan pendekatan disiplin ke arah pendidikan, belajar menggunakan deria, belajar dalam makmal semulajadi dan untuk membangkitkan perasaan ingin tahu dalam kalangan pelajar.

2.5

Definisi Kelima (Ford, 1986)

Pendidikan luar boleh didefinisikan sebagai sebarang proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi pelbagai matapelajaran dan dijalankan sama ada di dalam atau di luar bilik kuliah (Ford, 1986). Ia merangkumi banyak subjek yang berkaitan secara langsung dengan alam persekitaran dan situasi hidup sebenar di luar bilik kuliah. Pendidikan luar menumpukan kepada penggunaan teknik pembelajaran secara hands-on untuk mendapat pengetahuan. Buku bacaan perlu disokong dengan pengalaman agar pelajar dapat memahami isi 2

kandungannya dengan lebih mudah. Maka pendidikan luar merupakan suatu pendekatan pembelajaran bersifat realistik yang mengandungi elemen kognitif, psikomotor dan afektif yang berpusat kepada pelajar. Beliau juga menegaskan bahawa konsep definisi pendidikan luar adalah terdiri daripada aktiviti mencabar, aktiviti fizikal, aktiviti mengembara atau aktiviti persekitaran. Pendidikan luar juga adalah proses yang berasaskan pada aktiviti berstruktur yang mana menggunakan alam semulajadi atau persekitaran tiruan untuk menentukan kekuatan individu atau intrapersonal dan interpersonal kumpulan

Kesimpulannya, berdasarkan perbincangan dan kesemua definisi yang dikemukakan, dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan pengkaji mendefinisikan pendidikan luar sebagai satu pendekatan untuk mencapai objektif pembelajaran menerusi pengalaman melakukan sendiri di persekitaran terbuka ataupun semulajadi.

3.0

Perbandingan Aktiviti Pendidikan Luar Pada Zaman Purba Dan Era Moden

Menurut Ikmalhisam (2012), Pendidikan Luar merupakan satu pendekatan untuk mencapai objektif pembelajaran menerusi pengalaman melakukan sendiri dalam persekitaran terbuka atau semula jadi. Aktiviti ini telah dijalankan sejak zaman purba lagi, di mana banyak melibatkan aktiviti semula jadi seperti aktiviti memburu haiwan untuk mendapatkan sumber makanan. Terdapat pelbagai reaksi terhadap kesan penglibatan individu dan kumpulan di dalam aktiviti pendidikan luar terutama yang melibatkan aktiviti yang lasak seperti berkayak, aktiviti tali, meredah hutan dan sebagainya. Ada yang berpendapat aktiviti sebegini tidak perlu dilakukan kerana menyebabkan pelajar terbabit menghadapi risiko terdedah kepada kecederaan dan ancaman-ancaman lain. Selain itu ramai yang berpendapat dan mengatakan menjalani aktiviti pendidikan luar akan mendedahkan pelajar kepada bahaya yang boleh mengundang kecederaan fizikal dan membuang masa tanpa memberi kesan positif kepada bakal guru (Isjoni, 2004). Sungguhpun begitu, tidak kurang juga yang berpendapat bahawa dengan cara memberi pendedahan pelajar kepada pelbagai aktiviti dan persekitaran yang lasak dan cergas akan menghasilkan individu yang tahan lasak, tahan diuji dan bersedia untuk menghadapi dugaan (Normar, 2000).

(cth dan gambar menarik)

Tugasan B:

1.0

Pengenalan

Perubahan budaya rekreasi kepada bersifat pembelajaran dan riadah amat ditekankan dewasa ini. Ini kerana, ia dapat menyeimbangkan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) dalam kalangan pelajar maupun anggota masyarakat sekeliling. Oleh itu, salah satu aktiviti pendidikan luar yang sesuai ke arah tersebut adalah melalui kem perkhemahan. Budaya pembelajaran dan aktiviti sosialisasi yang dinamik boleh dipupuk melalui kem perkhemahan. Secara keseluruhannya, kem perkhemahan dapat menunjukkan beberapa pengaruh yang positif seperti nilai murni yang tinggi, sikap bekerjasama dan budaya bersatu padu dalam pelbagai kaum maupun agama. Di samping itu, membentuk diri yang berdisiplin, yakin diri, berdikari serta bersemangat tinggi dalam menghadapi sesuatu pengalaman yang baru, turut akan diperolehi daripada aktiviti perkhemahan. Semua ini sesuai dengan apa yang diwarwarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di mana beliau menegaskan ciri-ciri utama pelajar atau remaja adalah yang mampu untuk membawa negara ini mencapai status negara maju melalui perpaduan yang kukuh, mempunyai perwatakan yang baik, mempunyai nilai murni dan mempunyai matlamat hidup yang besar (Hatta, 2010).

2.0

Program Pendidikan Luar

b.

Sebagai seorang guru kokurikulum sekolah, anda dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan satu program Pendidikan Luar yang

melibatkan masa dua hari satu malam. Rancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam program Pendidikan Luar tersebut. Anda hendaklah menyediakan jadual tentatif secara terperinci aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang dua hari tersebut. Aktiviti akan bermula pada pukul 8.00 pagi hari pertama dan berakhir pada pukul 5.00 petang hari kedua. Berikan justifikasi anda bagi setiap cadangan aktiviti. Tarikh Tempat Sasaran : 28 Januari 2014 Hingga 29 Januari 2014 (Dua Hari Satu Malam) : Taman Sepilok Sandakan : Murid Tahun 6 dari:SK. Pekan Beluran - 10 peserta dan 2 orang guru

SK. Sungai Nangka Beluran - 10 peserta dan 2 orang guru SK. Moynod Beluran SK. Sungai Sapi Beluran - 10 peserta dan 2 orang guru - 10 peserta dan 2 orang guru

SK. Sungai Nangka Beluran - 10 peserta dan 2 orang guru SK. Balaban Jaya Tarikh 28.01.2014 Hari S Masa 8.00 pagi - 10 peserta dan 2 orang guru Aktiviti Pendaftaran Peserta Dan Guru Justifikasi Pengurusan pelajar dan penempatan

E L P A G I A S A

8.30 pagi

Sesi mengagihkan peserta dan guru mengikut kumpulan nama-nama pokok buah-buahan tempatan.

pelajar mengikut khemah serta guru pengiring yang ditugaskan bagi setiap kumpulan. Menjaga keselamatan dan memupuk disiplin kendiri.

8.30 pagi 9.30 pagi

Sarapan Pagi Perhimpunan Bersama Peserta Dan Guru Pengiring Nyanyian Lagu:a) Lagu Negaraku b) Lagu Sabah Tanah Airku

Membentuk budaya bekerjasama dan saling menghormati dalam satu

kumpulan. Membentuk berkumpulan. Bertoleransi sambil berkongsi budaya kepimpinan

Menyiapkan Khemah bagi setiap kumpulan yang diagihkan.

pengalaman serta kemahiran. Memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. Saling menghargai dan menyayangi satu sama lain. Menggabungjalinkan estetik, seni dan komunikasi pelbagai hala.

9.30 pagi 10.00 pagi

Sesi Berkenalan Mengikut Kumpulan Nama-nama Pokok Buah-buahan Tempatan Yang Diberikan. Dengan Menyanyikan Lagu Tanya Sama Kawan (Dengan nada lagu Tanya Sama Pokok) Tanya sama kawan, Siapa nama kawan? Nama saya Alfred, Siapa nama kawan?

10.00 pagi 10.30 pagi 10.30 pagi 11.30 pagi 11.30 pagi 12.30 t/hari P E T A N G S E L A S A 12.30 t/hari -

M A L A M S E L A S A 4.30 pagi 29.01.2014 P A R A 6.00 pagi B 6.00 pagi Solat Membersihkan Diri Persiapan Pakaian dan Kemaskan Khemah Senaman ringan dan aerobik. Sukaneka Berkumpulan: 9

G I

8.00 pagi

a) Pertandingan memasang khemah yang paling cepat dan kemas. b) Pertandingan Mengumpul Ranting Kayu paling banyak

8.00 pagi 9.00 pagi 9.00 pagi 9.30 pagi

Memasak makanan mengikut menu yang ditetapkan. Persiapan dan pertandingan makanan secara berkumpulan.

Perhimpunan pagi. Nyanyian Lagu:-

a) Lagu Negaraku b) Lagu Sabah Tanah Airku

9.30 pagi 10.30 pagi

10.30 pagi 11.30 pagi

10

11.30 pagi 12.30 pagi P E T A N G R A B U

11

RUJUKAN Hatta, 2010 Masrina, 2009

12