Anda di halaman 1dari 13

OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

1. “Autoriti karismatik ialah kuasa disahkan kerana pemegang kuasa itu mempunyai
ciri – ciri peribadi yang luar biasa yang meletakkan di atas orang – orang biasa
yang lainnya”.
Kenal pasti DUA orang pemimpin dunia moden yang dianggap karismatik
dan jelaskan mengenai ciri – ciri karismatik yang terdapat pada diri mereka serta
buat perbandingan daripada segi corak pemerintahan dan juga elemen – elemen
tradisi lain yang mereka miliki.

PENGENALAN

Menurut modul OUM HBSS3303 Pengenalan Sains Politik, Karismatik bermaksud ‘Kuasa yang
disahkan kerana pemegang kuasa itu mempunyai ciri – ciri peribadi yang luar biasa, yang
meletakkannya pada tahap yang lebih tinggi daripada orang – orang biasa yang lain’. Menurut
Ghazali Mayudin di dalam buku Teori Sains Politik Pilihan: Aplikasinya Dalam Konteks
Malaysia¹ pula menyatakan karismatik mempunyai teorinya sendiri. Kepimpinan disifatkan
sebagai suatu keupayaan atau kebolehan untuk mempengaruhi orang lain ke arah kejayaan
pencapaian matlamat. Menurut beliau juga, teori kepimpinan kasirmatik yang unggul adalah
daripada Robert J. House yang banyak menulis berkenaan kepimpinan kasrismatik. Menurut
House, karismatik adalah dianggap sebagai gifted. Beliau mengatakan pemimpin – pemimpin
yang berkarismatik mempunyai tingkatan – tingkatan kuasa rujukan yang amat tinggi dan
sesetengah kuasa itu didapati daripada keperluan para pemimpin berkenaan untuk mempengaruhi
orang lain serta dapat meninkatkan keyakinan diri serta kepercayaan teguh tentang kebenaran
moral. Menurut beliau (House), setiap pemimpin karismatik perlu mempunyai ciri – ciri peribadi
yang mampu memberi kesan atau memainkan peranan dalam menentukan kuat atau lemahnya
sokongan pengikut terhadap pemimpin itu. Diantaranya ialah:

1. Keyakinan diri yang tinggi.


2. Dominasi
3. Wujud hubungan yang kuat antara perilaku atau moral pemimpin dengan
kepercayaannya.

_____________________________________________________________________________
_

1
AZMAN BIN SALLEH
750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

¹Tajuk Karismatik telah disusun oleh Wan Idros Wan Sulaiman di dalam buku ini. Beliau dari Jabatan
Sains Politik UKM.
K. Ramanathan(1989) di dalam bukunya ‘Asas Sains Politik’ mendefinasikan karismatik
sebagai sifat karisma ditujukan kepada seseorang yang mempunyai sifat – sifat personaliti seperti
ketabahan peribadi, kebolehan berpidato dan sifat kepimpinan yang baik. Dia adalah seorang
manusia biasa, tetapi diperlakukan atau dianggap seperti orang yang luar biasa atau mempunyai
kuasa atau kualiti semula jadi yang istimewa.

Terdapat ramai antara pemimpin dunia yang boleh disifatkan berkarismatik. Pemimpin
ulung yang tidak boleh dipertikaikan kepimpinannya ialah tentunya Baginda Nabi Muhammad
s.a.w. seterusnya diikuti oleh para sahabat baginda. Namun di era pemimpin dunia moden juga
terdapat pemimpim – pemimpin yang mempunyai ciri – ciri karismatik. Antaranya ialah seperti
Adolf Hitler, Ahmad Sukarno, Mao Tze Tung, Gamal Abdul Nasser, Ayatollah Khomeini dan
mantan perdana menteri kita iaitu Tun Mahathir Muhammad. Menyentuh mengenai tugasan
Kajian Sosial kali ini, pemimpin berkarismatik yang dipilih oleh saya pertamanya ialah
Allahyarham Ayatollah Khomenie.

Melalui bukunya, Syed Jaffar Al-Sagoff(1989) ‘Ayatollah Khomene’i – Biografi’ ada


menyatakan bahawa Ayatollah Khomene’i adalah seorang yang bijak berpidato serta amat
mendalam ilmu agamanya. Beliau juga menjadi simbol sejagat bagi kecintaan kepada
kemerdekaan dan kebebasan dari perhambaan. Beliau juga merupkan Pemimpin Revolusi Islam
moden serta Pengasas negara Islam Iran.

Gambar 1.1 : Ayatollah Khomeini


Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Ruhollah_Khomeini

2
AZMAN BIN SALLEH
750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

Menurut Wikipedian di laman http://ms.wikipedia.org/wiki/Ruhollah_Khomeini


menyatakan Ruhollah dilahirkan dalam keluarga Ayatollah Seyyed Mostafa Musavi dan Hajieh
Agha Khanum di pekan Khomein, 300 km dari bandar Tehran. Kelahiran beliau sama ada pada
17 Mei, 1900 atau 24 September 1902. Beliau digelar sayyid dan juga didakwa merupakan
keturunan nabi Muhammad SAW menerusi keturunan Imam Mousa Kazem. Datuk sebelah bapa
beliau, Seyyed Ahmad Musavi Hindi dilahirkan di Kintur, sebuah kampung di Wilayah
Barabanki, Uttar Pradesh, India. Beliau berhijrah ke Iran pada tahun 1834 dan membeli sebuah
rumah di Khomein pada tahun 1838. Datuk sebelah ibu Khomeini pula ialah Mirza Ahmad
Mojtahed-e Khonsari, seorang ulama dari Iran Tengah. Beliaulah yang mengharamkan orang
Islam untuk menggunakan tembakau berikutan pemberian monopoli perdagangan tembakau oleh
Shah kepada syarikat Inggeris. Ini merupakan titik permulaan penglibatan ulama dalam politik
Iran.

Di usia muda, Ayatollah tidak aktif berpolitik namun melalui kajian dan tulisan buku
beliau banyak menyatakan serta membuktikan bahawa golongan ulama haruslah melibatkan diri
di dalam arena politik. Ketika pemerintahan Shah Reza Pahlavi, golongan ulama ditindas melalui
sistem yang diperkenalkan. Ayatollah telah mengkritik pemerintah Iran pada mas itu lalu beliau
telah di buang megeri. Ketika di buang negeri di Iraq, beliau banyak memberi ceramah malah
menulis buku Hokumat-e Islami yang menjadi asas kepada Republik Iran. Setelah berlakunya
Revolusi Iran dan kejatuhan pemerintah Shah Mohammad Reza, Ayatollah Khomeini pulang ke
Iran dan disambut meriah oleh penduduk Iran. Seterusnya bermulalah pembentukan Republik
Islam di Iran yang amat digeruni oleh negara Barat sehingga ke hari ini.

Antara sifat – sifat karismatik yang terdapat pada Al marhum Ayatollah Khomeini ialah
pertamanya kedalam ilmu agamanya yang mana melalui ceramah dan penulisan bukunya banyak
menyentuh hal keagamaan yang boleh dimasukkan kedalam politik dan sistem pemerintahan.
Keduanya, ketika beliau pulang semula ke Iran, waktu itu keadaan di Iran terpecah kepada dua
namun dengan kepandaian beliau, satu referendum telah di usul dan dipersetujui oleh 98% rakyat
Iran lalu terbentuk Republik Islam Iran serta menutup mulut Barat yang menyatakan Iran akan
hancur. Kelantangannya terhadap Barat serta kehebatan berpidato menjadikan beliau seorang
yang sangat berkasimatik sehingga mampu menyatukan Iran daripada berpecah.Walaupun beliau
telah meninggal dunia namun jasanya terus berkembang serta menakutkan musuh – musuh Islam

3
AZMAN BIN SALLEH
750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

di seluruh dunia. Kelancaran pelantikan penggantinya menjadikan satu tanda muktamad pada
sebuah kestabilan yang wujud pada sistem politik Iran.

Pemimpin kedua pada pendapat saya ialah mantan perdana menteri Malaysia iaitu Tun
Mahathir Muhammad. Tun Mahathir dilahirkan pada 20 Disember 1925 adalah merupakan
Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Bermula daripada dilantik menjadi Menteri Pelajaran
pada tahun 1974 oleh Tun Abdul Razak, tokoh kepimpinan beliau mula terserlah dan pada tahun
1981, beliau telah dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Semenjak itu
bermulalah empayar beliau membangunkan Malaysia di mata dunia.

Gambar 1.2 : Tun Dr. Mahathir Mohammad

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad

Sifat Karismatik beliau amat terserlah dengan dianggap sebagai seorang tokoh pemimpin
antarabangsa yang suka berterus terang dan lantang menyarakan pendapatnya. Pendirian beliau
terhadap isu antartika amat dikagumi dunia. Isu – isu dunia seperti penindasan Palestine, Kesalah
anggapan terhadap Islam, isu penindasan barat terhadap ekonomi Asia sering diutarakan beliau.
Selain itu, visi beliau amat jelas ketika memegang tampuk pemerintahan Malaysia dengan
berjaya membangunkan Malaysia di kenali seluruh dunia. Projek meganya mendapat tempat di
dunia seperti Projek Kereta Nasional(PROTON), Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Kuala
Lumpur International Airways (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Kehebatan beliau juga terserlah dengan kemampuan berhujah dan berpidato. Hujah –
hujah beliau penuh misi dan pandangan yang jauh ke depan. Kehebatan beliau menangani krisis
kewangan pada 1998 telah berjaya menyelamatkan Malaysia dari terjerumus lebih teruk. Malah
4
AZMAN BIN SALLEH
750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

beliau dianggap antara 50 pemimpin Asia yang berkuasa pada masa itu dan berada di tempat
kedua. Sehingga kini misi beliau pada akan datang terus diterjemahkan pada Wawasan 2020.

Dua puluh dua tahun, bukan satu tempoh yang singkat namun Tun Mahathir terus
menempa nama dengan segala perancangan dan kekuatan beliau sebagai seorang yang begitu
berkarisma menerajui Malaysia menjadi sebuah negara yang maju pada suatu hari nanti.
Walaupun beliau sudah bersara, namun pendapat dan pandangan beliau seringkali di ambil kira.

Kesimpulan

Dirumuskan di sini bahawa tidak ramai pemimpin dunia yang mempunyai sifat
karismatik. Sesungguhnya, sifat karismatik adalah anugerah Tuhan kepada seseorang. Seperti Al
marhum Ayatollah Khomeini yang daripada seorang ulama namun berjaya di mata dunia sebagai
seorang pemimpin politik yang disegani. Tulisan dan ceramah beliau mampu membangkitkan
semangat terutama umat Islam untuk bersatu padu serta menangkis pandangan serong Barat pada
ketika itu. Pendapat beliau bahawa para ulama seharus melibatkan diri dalam politik amat tepat
sekali. Dengan agama kita boleh menjadikan politik itu bersih.

Tun Mahathir pula amat berkarismatik dengan kemampuan berhujah serta mempunyai
pandangan yang jauh kehadapan. Kemapuan beliau meneraju Malaysia tidak dapat diperikaikan.
Malaysia kini terkenal di mata dunia adalah hasil perancangan dan misi beliau. Malah beliau
juga digelar ‘Bapa Pemodenan Malaysia’ kerana membentuk Malaysia untuk menjadi negara
maju dan moden.

Dari segi persamaan, kedua –dua pemimpin ini adalah pemimpin berjiwa rakyat, bijak
berhujah serta lantang mempersoalkan ketidakadilan yang berlaku. Mengamalkan sistem
demokrasi yang terpimpin ketika pemerintahan mereka malah jasa mereka telah menjadikan
negara mereka aman damai sehingga sekarang.

5
AZMAN BIN SALLEH
750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

1. Malaysia adalah sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan


raja berpelembagaan. Berikan contoh sebuah negara lain yang turut mengamalkan
sistem demokrasi.
Sediakan satu laporan dengan membincangkan persamaan dan perbezaan yang
wujud di kedua – dua buah negara ini dari aspek pemerintahan, pentadbiran dan
perundangan.

PENGENALAN

Terdapat lebih 33 buah negara di dunia yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan
raja berpelembagaan. Antaranya Malaysia, United Kingdom, Jepun, Belgium, Monaco dan
sebagainya. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_berperlembagaan). Untuk soalan ini, saya
memilih Kerajaan Negara Thai untuk dibuat perbandingan dengan Kerajaan Malaysia. Menurut
Laman Wikipedia Bahasa Melayu (http://ms.wikipedia.org/wiki/Thailand), Kerajaan Negara
Thai atau nama rasminya Pratthet Thai ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang
bersempadankan Laos dan Kemboja di timur, Malaysia dan Teluk Siam di selatan dan Myanmar
dan Laut Andaman di barat. Negara Thai dahulunya dikenali sebagai Siam sehingga 1949.
‘Thai’ bermaksud ‘bebas’ dalam bahasa Thai. Ia merupakan negara ke-51 terbesar di dunia serta
mempunyai anggaran penduduk seramai 63 juta orang yang mana 95% daripada populasi
tersebut beragama Budha. Rajanya sekarang ialah Raja Bhumibol Adulyadej dan Perdana
Menterinya pula ialah Abhisit Vejjajiva. Bentuk kerajaan sering berubah – ubah dari diktator ke
demokrasi namun tetap mengiktiraf Raja sebagai kuasa mutlak.

6
AZMAN BIN SALLEH
750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

Laporan

Persamaan dari segi Pemerintahan

Malaysia Thailand
• Mengamalkan sistem kerajaan • Mengamalkan sistem kerajaan
demokrasi perparlimen berlandaskan demokrasi berparlimen berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan 1997 (Perlembagaan
• Yang Dipertuan Agong sebagai ketua Rakyat.
agama rasmi (Islam). • Raja sebagai ketua rasmi (Budha).
• Yang Dipertuan Agong sebagai ketua • Raja sebagai ketua ketenteraan.
ketenteraan. • Seorang Perdana Menteri – Abhisit
• Seorang Perdana Menteri – Datuk Seri Vejjajiva.
Najib Tun Abdul Razak. • Mengamalkan pilihanraya umum untuk
• Mengamalkan pilihanraya umum untuk memilih parti memerintah.
memilih parti memerintah. • Dikuasai oleh Parti yang memenangi
• Dikuasai oleh Parti yang memenangi majoriti kerusi dalam Pilihanraya.
majoriti kerusi dalam Pilihanraya • Mengamalkan Doktrin Pengasingan
Umum. Kuasa.
• Mengamalkan Doktrin Pengasingan – Eksekutif
Kuasa. – Perundangan (Legislatif)
– Eksekutif – Kehakiman
– Perundangan (Legislatif) • Mengamalkan Sistem Westminster
– Kehakiman
• Mengamalkan Sistem Westminster

7
AZMAN BIN SALLEH
750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

Persamaan dari segi Pentadbiran

Malaysia Thailand
• Diketuai oleh Perdana Menteri. • Diketuai oleh Perdana Menteri.
• 25 Kementerian • 35 Kementerian.
• Bahasa Melayu sebagai bahasa • Bahasa Thai sebagai bahasa
kebangsaan. kebangsaan.
• Sistem persekolah percuma kepada • Sistem persekolah percuma kepada
rakyat. rakyat.
• Kuala Lumpur sebagai ibu negeri. • Bangkok sebagai ibu negeri.
• Mempunyai Dewan Rakyat. • Mempunyai Dewan Rakyat.

Persamaan dari segi Perundangan

Malaysia Thailand
• Diuruskan oleh badan Kehakiman. • Diuruskan oleh badan Kehakiman.
• Mempunyai 3 Mahkamah. (Judiciary of Thailand).
– Mahkamah Agung • Mempunyai 3 Mahkamah.
– Mahkamah Tinggi – Mahkamah Keadilan
– Mahkamah Rendah – Mahkamah Pentadbiran
• Undang – undang dikuatkuasa oleh – Mahkamah Perlembagaan
pihak Polis Di Raja Malaysia. • Undang – undang dikuatkuasa oleh
Polis.

8
AZMAN BIN SALLEH
750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

Perbezaan:

Perbezaan dari segi Pemerintahan

Malaysia Thailand
• Yang DiPertuan Agong dilantik secara • Raja dilantik secara turun temurun.
bergilir mengikut negeri yang • Bentuk kerajaan sering berubah – ubah.
mempunyai sultan atau raja setiap lima Mengalami 17 perlembagaan dan
tahun. piagam. Demokrasi dan diktator.
• Mengamalkan demokrasi berparlimen • Tidak pernah dijajah. Mengamalkan
semenjak merdeka pada 1957 di bawah dasar berkecuali dan terbuka.
satu Perlembagaan.
• Pernah dijajah oleh Barat dan Jepun.

Perbezaan dari segi Pentadbiran

Malaysia Thailand
• Mempunyai Dewan Negara dan Dewan • Mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan
Rakyat. Senat.
• Dewan Negara mempunyai 30 orang • Dewan Rakyat mempunyai 500 kerusi.
ahli. • Senat mempunyai 200 kerusi.
• Dewan Rakyat mempunyai 222 orang • 35 Kementerian.
Wakil rakyat. • 76 buah daerah (provinsi) yang
• 25 Kementerian. dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu:
• 3 peringkat sistem pentadbiran. – Utara
– Persekutuan – Timur laut
– Negeri – Timur
– Kerajaan Tempatan – Tengah
• Terdapat 13 buah negeri dan 3 wilayah – Selatan
persekutuan. • Pusat pentadbiran terletak di
• Pusat pentadbiran terletak di Putrajaya ‘Government House of Thailand’

9
AZMAN BIN SALLEH
750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

• Pernah diperintah oleh Junta Tentera


melalui rampasan kuasa (2006)

Perbezaan dari segi Perundangan

Malaysia Thailand
• Mahkamah Agung • Mahkamah Keadilan
• Mahkamah Tinggi • Mahkamah Pentadbiran
• Mahkamah Rendah • Mahkamah Perlembagaan
• Mempunyai Mahkamah Syariah • Badan Perundangan lebih merujuk
berlandaskan agama Islam. kepada undang – undang Hindu-
Brahmin.
• Seringkali dikritik kerana undang –
undang yang diguna dan diamalkan
tidak telus.

BAHAN RUJUKAN:

1) http://en.wikipedia.org/wiki/Government_of_Thailand
2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia
3) http://www.malaysiakini.com/news/101993
4) http://ms.wikipedia.org/wiki/Thailand
5) http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_berperlembagaan
6) HBSS1203 Halatuju Pembangunan Negara – Open University Malaysia
7) HBSS3303 Pengenalan Sains Politik – Open University Malaysia
8) Sejarah Thai – Zaman Bangkok oleh Kobkua Suwannathat – Pian
9) Asas Sains Politik oleh K. Ramanathan
10) Perbandingan Sistem Politik – Drs. Mochtar Mas’oed dan Dr. Colin MacAndrews

10
AZMAN BIN SALLEH
750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

RUMUSAN

Dapat dirumuskan keseluruhannya, melalui tugasan Kajian Sosial kali ini telah banyak
memberi input dan pengetahuan yang baru kepada saya. Sesungguhnya perlu kita ketahui
bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan dihormati. Pemimpin
yang berjaya biasanya mempunyai sifat karismatik yang tinggi di mana mereka mampu menarik
pengaruh orang biasa untuk terus menyokong dan memujua mereka.

Di zaman moden ini terdapat ramai pemimpin yang berkarismatik namun dua pilihan
saya di dalam tugasan ini ialah Ayatollah Khomeini dan mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun
Mahathir Mohammad. Kenapa saya memilih mereka? Bagi saya Almarhom Ayatollah adalah
seorang yang hebat. Setelah membaca biografi beliau, saya amat kagum dengan kemampuan
beliau sebagai seorang ulama biasa mampu menulis berkaitan politik malam dapat menyatu
padukan rakyat Iran yang berpecah belah di bawah satu naungan iaitu Islam. Beliau juga
menepis pandangan serong barat serta menutup mulut mereka dengan kejayaan Iran sebagai
sebuah negara Islam yang amat ditakuti barat sehingga kini.

Tokoh kedua iaitu Tun Mahatir Mohamad tidak dapar dinafikan sifat karismatik beliau di
mana beliau mampu meneraju Malaysia selama 22 tahun dengan penuh misi dan visinya. Melalui
pemikiran beliau yang mampu menyelamatkan Malaysia terjerumus dalam krisis kewangan serta
projek – projek meganya telah membawa Malaysia ke mercu kejayaan. Bersuara lantang pada
peringkat antarabangsa berjaya mengiktiraf beliau sebagai serang pemimpin yang disegani.

Seterusnya, melalui soalan kedua, terdapat hampir 33 buah negara yang mengamalkan
demokrasi berparliman dan raja berpelembagaan. Saya memilih Thailand kerana kesesuiaan
bersempadan dengan Malaysia malah dapat memberi pengetahuan kepada saya berkaitan dengan
negeri Thailand ini. Walaupun pada dasarnya sama sebagai sebuag negara yang mengamalkan
demokrasi namun terdapat juga jurang perbezaan yang nyata antara Malaysia dan Thailad.
Budaya politik yang berbeza serta amalan yang berlainan membawa kepada ketidaksamaan
antara kedua negara ini. Dari sudut pemerintahan, negara Malaysia lebih mudah kerana keluasan
lebih kecil berbanding Thailand. Raja di Thailand diwarisi secara turun temurun berbanding di
Malaysia yang mengamalkan sistem penggiliran untuk lantikan Yang Di Pertuan Agong. Sistem
pemerintahan kita lebih makmur berbanding Thailand yang kini sedak bergolak dengan suara
parti Taksin Shinawatra yang memaksa Parti Demokrat pimpinan Abshisit meletak jawatan. Di

11
AZMAN BIN SALLEH
750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

Malaysia lebih aman di mana Barisan Nasional lebih menguasai kelebihan kerusi di Parlimen.
Badan perundangan Thailand juga sering dikritik negara luar kerana tidak telus serta tidak dapat
membendung jenayah terutama kegiatan dadah dan pelacuran bawah umur.

Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga dan bersyukur dengan keadaan
yang aman dalam negeri kita. Sesungguhnya kita rakyat Malaysia mengetahui bahawa demokrasi
merupakan satu sistem pemerintahan yang terbaik dan masih mengekalkan hak – hak yang sama
pada setiap orang. Pengekalan sistem ini amat penting untuk menjamin kejayaan sesebuah
negara samada kepada pemerintah dan kepada yang diperintah.

BIBLIOGRAFI

Drs. Mochtar Mas’oed dan Dr Colin MacAndrews (1982), Perbandingan Sistem politik, Gadjah
12
AZMAN BIN SALLEH
750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK

Mada University Press, Yogyakarta Indonesia.


Ghazali Mayudin (1999), Teori Sains Politik Pilihan: Aplikasinya Dalam Konteks Malaysia.
XZ Print. Selangor.
K. Ramanathan (1989), Asas Sains Politik , edisi ketiga, Fajar Bakti Sd. Bhd. Selangor Darul
Ehsan.
Kobkua Suwannthat-Pian (1991), Sejarah THAI – Zaman Bangkok. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
Open University Malaysia (2007), HBSS 1203 Halatuju Pembangunan Negara. Meteor Doc.
Sdn. Bhd. Selangor.
Open University Malaysia (2008), HBSS HBSS3303 Pengenalan Sains Politik. Meteor Doc.
Sdn. Bhd. Selangor.
Syed Jaffar Al – Sagoff (1989), Ayatollah Khomeini – Biografi. Penerbitan Universiti. Kuala
Lumpur.
Wikipedia, Ruhollah Khomeini, Diperolehi pada 29 Jun 2009 dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ruhollah_Khomeini
Wikipedia, Thailand, Diperolehi pada 29 Jun 2009 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Thailand
Wikipedia, Government of Thailand, Diperolehi pada 29 Jun 2009 dari
http://en.wikipedia.org/wiki/Government_of_Thailand
Wikipedia, Malaysia, Diperolehi pada 29 Jun 2009 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia
Wikipedia, Mahathir Bin Mohamad, Diperolehi pada 29 Jun 2009 dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohammad
Wikipedia, Raja Berpelembagaan, Diperolehi pada 29 Jun 2009 dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_berperlembagaan

13
AZMAN BIN SALLEH
750312025163

Anda mungkin juga menyukai