Anda di halaman 1dari 24

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 1.

0 PENGENALAN Pertanian merujuk kepada perihal pengeluaran makanan dan barangan pertanian

melalui perkebunan, penanaman, penternakan dan perhutanan.

Sektor

merupakan pembangunan penting kepada kebangkitan tamadun apabila penanaman dan penternakan membawa kepada lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan dalam masyarakat yang semakin ramai dan berkelas. Sektor pertanian, merupakan antara aktiviti ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor utama (primer sektor) selain daripada perlombongan dan kuari. Walaupun proses urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak diberikan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan, namun majoriti populasi di Asia Tenggara masih mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama. Dimana mereka kebanyakkan menjalakan kegiatan pertanian secara sara diri seperti memela ayam, itik, sayur-sayuran untuk kegunaan keluargan sahaja bukan untuk dipasarkan atau dikomersialkan. Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status antara negara-negara membangun dan negaranegara maju. Sektor ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang mana pada masa tersebut, majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan. Namun, dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan turun-temurun. Lebih parah, generasi pelapis yang diharapkan akan meneruskan pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan yang lebih bermaruah dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian. Hal ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih baik. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor pertanian tidak stabil.

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 2.0 PERKEMBANGAN PERTANIAN MALAYSIA PADA MASA KINI Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia. Kegiatan pertanian pada masa itu adalah pertanian sara diri dan tradisional. Tanaman industri iaitu getah mula diperkenalkan pada tahun 1887 apabila benih getah ditanam di Kuala Kangsar, Perak. Penubuhan Institut Penyelidikan Getah pada tahun 1926 telah mengorak langkah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama getah asli di dunia untuk beberapa abad sehinggalah akhir tahun 1980an. Sumbangan terhadap Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) telah meningkat kepada RM6.8 bilion pada tahun 1995, berbanding RM3.6 bilion pada tahun 1985 iaitu peningkatan sebanyak 5.6 peratus. Jumlah kawasan tanaman sawit telah meningkat daripada 1.5 juta hektar pada tahun 1985 kepada 2.5 juta hektar pada tahun 1995. Penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan

pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mencapai matlamat membasmi kemiskinan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA 1965, Bank Pertanian Malaysia(BPM) 1969, MARDI 1969, Lembaga Padi dan Beras

Negara(LPN) 1971, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) 1971, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda(MADA) 1970, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang(LPP) 1973 dan beberapa agensi yang lain telah menyediakan kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian. Sejak pelaksanaan Dasar Pertanian Negara 1 mulai 1984 dan Dasar Pertanian Negara 2 mulai 1992, sektor pertanian telah mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.2%. Jumlah nilai-ditambah pertanian telah meningkat dari RM11.9 bilion pada tahun 1985 kepada RM16.2 bilion pada tahun 1995. Nilai eksport barangan pertanian pula telah meningkat daripada RM 13.9 bilion tahun 1985 kepada RM 35.4 bilion pada tahun 1995 yang merupakan pertumbuhan purata tahunan sebanyak 9.8%.

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 2.1 POLISI DALAM PERTANIAN MALAYSIA 2.1.1 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), pertanian menjadi satu sektor utama yang diberi tumpuan. Sejumlah RM11.4 bilion diperuntukkan bagi

meningkatkan sektor pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan kompetitif. Sejumlah RM4.4 bilion diperuntukkan untuk permodenan sektor pertanian, terutama pembangunan wilayah dan penanaman semula serta program baik pulih tanah. Sementara itu RM2.6 bilion untuk menyokong perkhidmatan pertanian dan RM1.5 bilion lagi untuk program pengairan pertanian. Pertambahan peruntukan dan kadar pertumbuhan ini juga menandakan sektor pertanian akan meningkat dari segi guna tenaga dan pelaburan sektor swasta. RMK-9 turut menyediakan insentif dan peluang yang lebih luas kepada sektor swasta dan komuniti petani untuk mengusahakan pertanian secara komersial berskala besar bagi meningkatkan produk berkualiti dan tambah nilai. Peningkatan ini boleh dilakukan dengan penggunaan kaedah moden, terutama bioteknologi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dengan adanya dasar dan pelbagai insentif yang menyokong sektor pertanian dijangka dapat mengubah imej dan citra sektor pertanian, seterusnya menarik minat lebih ramai usahawan tani dan petani mahir Dari segi perkembangan pada peringkat global, sektor pertanian sebenarnya mengalami pelbagai perubahan dan permodenan drastik. Dengan menggunakan pengetahuan bioteknologi, produk pertanian boleh dipertingkatkan dari segi kualiti dan ketahanan. Sebagai contoh, manipulasi genetik boleh dilakukan untuk mengelakkan tanaman dimusnahkan serangga perosak. Selain itu, produk pertanian juga boleh direka bentuk secara biologi agar tahan lama dan tidak mudah busuk. Biarpun penggunaan bioteknologi sering dikritik terutama di Eropah, khususnya terhadap produk makanan (makanan diolah secara genetik (GMF), permintaan terhadap produk berkenaan terus meningkat. Hal ini begitu ketara di jaringan pasar raya utama di seluruh dunia. Antara strategi dalam perlaksanaan rancangan RMK-9 ialah menambahkan kawasan pengeluaran agro-makanan, memajukan sumber pertumbuhan baru seperti tangkapan ikan laut dalam dan tuna, rumpai laut, ikan

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 hiasan dan bunga-bungaan,meningkatkan industri asas tani, pematuhan Piawaian dan Kualiti Antarabangsa dan Penyediaan Pinjaman dan Insentif.

2.1.2 Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010 Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima dalam sektor ini. Ia meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan nelayan. Secara spesifik, objektif DPN3 adalah untuk meningkatkan sekuriti makanan (food security), meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian, mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain, mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian dan memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampam. Justeru itu, DPN3 memperkenalkan dua pendekatan strategik yang baru iaitu pendekatan perhutani (agroforestry approach) dan pendekatan berasaskan produk (product-based approach). Pendekatan perhutanan bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber-sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. Di bawah pendekatan ini, kegiatan pertanian dan perhutanan dilihat sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling melengkapi. Pendekatan strategik baru yang kedua ialah pendekatan berasaskan produk. Melalui pendekatan ini, produk-produk dan pasaranpasaran utama dikenalpasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa pengguna. Dengan menggunakan pendekatan berasaskan produk, ia akan memberi penekanan kepada keperluan dan cita rasa pengguna serta pasaran khusus di seluruh dunia. Ini akan mewujudkan peluang untuk menambah pengeluaran dan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian. Di dalam tempoh DPN3, pertumbuhan pertanian dijangka akan terus meningkat melalui penggunaan tanah yang lebih intensif. Tanaman getah, padi, kelapa dan koko masing-masing dijangka akan berkurangan iaitu seluas 494,000 hektar, 302,600 hektar, 73,400 hektar dan 30,700 hektar. Kebanyakan kawasan ini akan ditanam semula dengan perhutani, kelapa sawit, buah-buahan dan sayursayuran. Pembukaan tanah baru pula akan hanya dilaksanakan di Sabah dan
4

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 Sarawak di mana masih terdapat kawasan tanah yang luas. Dengan itu, peningkatan keluasan guna tanah dijangka meningkat hanya pada tahap 0.5% setahun iaitu daripada 5.7 juta hektar kepada 6.2 juta hektar.

2.2 DATA DAN STASTISTIK PERKEMBANGAN PERTANIAN MALAYSIA Jadual 1.0: Sumbangan Sektor Pertanian 2000, 2005 dan 2010 No 1.0 Butiran Sumbangan kepada KDNK 1.1 Pertanian (RM juta) 1.2 Pertanian (%) 1.3 Industri Berasaskan Pertanian (RM juta) 1.4 Industri Berasaskan Pertanian (%) 2.0 KDNK (%) Pertanian 3.0 Sumbangan Kepada Eksport 3.1 Pertanian (RM juta) 3.2 Pertanian (%) 3.3 Industri Berasaskan Pertanian (RM juta) 3.4 Industri Berasaskan Pertanian (%) 4.0 Sumbangan kepada guna tenaga 4.1 Pertanian (bil000) 4.2 Pertanian (%) 4.3 Industri Berasaskan Pertanian (bil000) 4.4 Industri Berasaskan Pertanian (%) (Sumber : Buku Perangkaan Pertanian Malaysia ) 1423.0 15.3 844.0 9.1 1405.7 13.3 981.9 9.3 1323.8 10.9 1110.2 9.1 22892 6.1 24686 6.6 37421 7.0 37442 7.0 54992 6.8 60660 7.6 18662 8.9 13584 6.5 1.2% 21585 8.2 16928 6.5 3.0% 27518 7.8 22221 6.3 5% 2000 2005 2010

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 Sektor pertanian, hanya menyumbang 8.9% (RM18,662 juta) pada tahun 2000, menyusut 8.2% (RM21,585 juta) pada tahun 2005 dan disasarkan menguncup 7.8% (RM27,518 juta) pada tahun 2010. Sektor pertanian hanya mencatatkan purata kadar pertumbuhan sebanyak 1.2%, paling rendah dalam tempoh RMKe-7; menokok kepada 3.0% bagi tempoh RMKe-8 dan dalam tempoh RMKe-9 dianggarkan mengukuh pada 5.0%. Sektor pertanian pula hanya menyumbang 6.1% (RM22,892 juta) kepada eksport pada tahun 2000 dan 7.0% (RM37,421 juta) pada tahun 2005. Peratus sumbangannya diunjurkan menguncup kepada 6.8% (RM54,992 juta) pada tahun 2010 Guna tenaga dalam sektor pertanian pula adalah yang terendah iaitu hanya menyumbang sebanyak 15.3% (1.423 juta) pada tahun 2000 dan mengalami penguncupan pula kepada 1.406 juta (13.3%) pada tahun 2005. Sumbanganya dianggarkan terus merosot kepada 1.323 juta (10.9%) pada tahun 2010.

Jadual 2.0 : Pengeluaran Bagi Hasil Tananaman Terpilih 2002 hingga 2008. Hasil Pertanian (tan metrik 000) Getah Asli Minyak Sawit Mentah Isirong Sawit Biji Koko Minyak Kelapa Dedak Kopra Teh Nenas Beras Tembakau 889.8 11909.3 3268.6 47.7 39.1 13.6 20.6 70.1 1415.1 11.3 1168.7 13 976.2 3661.4 33.4 42.4 11.4 15.6 774 1467.1 12.9 1283.6 1580.8 4125.1 31.9 27.8 8.7 11.1 843 1385.3 6.1 1072.4 17734.4 4577.4 28.1 42.3 8.3 11.6 66.3 6.3 2002 2004 2006 2008

(Sumber : Laman web Kementerian Asas Tani)

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 Antara hasil pertanian terpilih ialah minyak sawit mentah, getah asli, biji koko, beras , teh nenas, isirong sawit, dedak kopra, biji koko dan tembakau. Bagi tanaman getah, berlaku peningkatan hasil pertanian sepanjang tahun sehingga 2006. Manakala bagi tahunn 2008, berlaku penurunan kepada 1072.4 tan metrik, berbanding dengan tahun 2006 iaitu sebanyak 1283.6 tan metrik. Berlainan dengan tanaman tembakau yang mengalami peningkatan pada tahun 2008 menjadi 6.3 tan metrik. Namun begitu, hasil pertanian ini adalah lebih baik pada tahun 2002 dan 2004 iaitu masing-masing sebanyak 11.3 tan metrik dan 12.9 tan metrik.

Jadual 3.0 : Jadual Guna Tanah Bagi Sektor Pertanian. Jenis Tanaman 2000 2005 2010 (hektar (hektar (hektar 000) 000) 000) 3317 1431 478 304 159 76 40 15 13 5893 4049 1250 452 330 180 33 64 11 13 6383 4555 1179 450 375 150 455 86 7 14 6891 Target Guna tanah bagi RMK-8 (%) 3.2 -2.7 -0.5 5.1 -0.6 -2.4 4.2 2.5 2.1 1.5 Pencapaian Target Guna Guna tanah tanah bagi bagi RMK-8 RMK-9 (%) (%) 3.7 -2.7 -1.1 1.7 2.5 -15.2 9.9 -6.0 0.0 1.6 2.4 -1.2 -0.1 2.6 0.0 6.2 6.1 -7.4 0.6 1.5

Kelapa Sawit Getah Padi BuahBuahan Kelapa Koko Sayursayuran Tembakau Lada Hitam Jumlah

(Sumber : Laman web Kementerian Asas Tani)

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 JADUAL 4.0 : RINGKASAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI BAHAN MAKANAN PERKARA 2003 (RM Juta) 2004 (RM Juta) 2005 (RM Juta) 2006 (RM Juta) 2007 (RM Juta) 2008 (JanJun) (RM Juta) Jumlah Eksport Sektor Pertanian Jumlah Import Sektor Pertanian Imbangan Perdagangan Sektor Pertanian 53,143 61,797 62,596 71,197 84,936 53,841

25,808

35,412

36,250

40,312

47,194

28,837

27,335

26,385

26,346

30,885

37,742

25,004

Jumlah Eksport 8,348 Bahan Makanan Peratus Eksport 15.7 Bahan Makanan Jumlah Import Bahan Makanan Peratus Import Bahan Makanan Imbangan Perdagangan Bahan Makanan 12,687 49.2

9,942 16.1 16,440 46.4

10,669 17.04 17,733 48.9

11,392 16.0 19,950 49.5

13760 16.2 23,374 49.5

8,241 15.3 13,731 46.3

-4,339

6,498

7,065

8,559

9,614

5,491

( Sumber : Buku Perangkaan Pertanian Malaysia) Jumlah keseluruhan eksport pertanian Malaysia sepanjang tahun 2003 ialah RM 53,143 juta. Manakala pada tahun 2008, jumlah eksport adalah sebanyak RM53,841juta. Ini bermakna terdapat peningkatan eksport yang agak kecil dari tahun 2003 hingga tahun 2008 iaitu sebanyak RM698 juta. Bagi jumlah eksport bahan makanan pada tahun 2003 ialah RM8,348 juta yang mewakili 15.7%. Jumlah eksport bahan makanan meningkat dari tahun ke tahun, walaupun peningkatan hanya kecil
8

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 sehingga tahun 2007. Manakala pada tahun 2008 jumlah eksport bahan makanan berkurangan kepada RM8241 juta yang mewakili 15.3%. Jumlah imbangan sektor pertanian ialah pada tahun 2003 ialah RM2,733 juta, dan pada tahun 2008 pula RM25,004 juta. Manakala jumlah import sektor pertanian pula pada tahun 2003 ialah sebanyak RM25,808 juta. Jumlah import ini meningkat sepanjang tahun sehingga tahun 2007. Manakala pada tahun 2008, jumlah import menurun kepada RM2,8237 juta. Jumlah import bahan makanan bagi tahun 2003 ialah RM 1,2687 juta yang mewakili 49.2%, manakala bagi tahun 2008 pula ialah RM13,371 juta yang mewakili 46.3% dari jumlah keseluruhan import bahan makanan.

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 3.0 ISU DAN CABARAN SEKTOR PERTANIAN

3.1 Masalah Tenaga Buruh Masalah utama dalam pertanian ialah maalah tenaga buruh. Penghijrahan tenaga buruh dari sektor pertanian ke sektor bukan pertanian ini mengakibatkan kekurangan tenaga buruh di sektor pertanian. Mengikut kajian Persatuan Peladang Bersatu Malaysia (UPAM), bilangan ladang di Semenanjung Malaysia yang mengalami masalah tenaga buruh telah meningkat tahun demi tahun. Sektor ini kini masih menghadapi pelbagai cabaran, antaranya ialah tenaga kerja yang semakin tua, iaitu 21.4% adalah berumur 55 tahun ke atas. Saiz tanah yang diusahakan adalah kecil dan kurang ekonomik, iaitu 65% darlpada pesawah padi mempunyai saiz sawah kurang daripada satu hektar.

3.2 Tanah Terbiar Pada tahun 1996, kekurangan tenaga buruh adalah salah satu faktor pengurangan keluasan tanaman getah. Keluasan tanaman getah dijangka berkurang sebanyak 10 ribu hektar, iaitu 6 ribu hektar di kebun kecil dan 4 ribu hektar bagi estet. Sektor pertanian menghadapi masalah tanah terbiar yang serius. Pada 1981, di Semenanjung Malaysia, tanah terbiar adalah seluas 890 000 hektar, iaitu terdiri daripada tanah sawah seluas 160 863 hektar dan tanah bukan sawah seluas 728 127 hektar. Keadaan ini telah berkurang pada tahun 1986, iaitu kepada 553 372 hektar yang terdiri daripada 125 256 hektar tanah sawah dan 428 117 hektar tanah bukan sawah. Pada 1987, tanah terbiar meningkat semula, iaitu kepada 654 413 hektar yang terdiri daripada 89 399 hektar tanah sawah dan 565 014 hektar tanah bukan sawah (Abd. Malik dan Mohaini, 1992). Pada 1990, tanah terbiar telah merosot kepada 57 597 hektar (Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia 1994).

10

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 3.3 Cabaran di peringkat Luar Negara Pada peringkat antarabangsa kedudukan sektor pertanian negara menjadi semakin mencabar dengan terbentuknya WTO di mana liberalisasi perdagangan

antarabangsa menyebabkan persaingan semakin sengit. Sektor pertanian negara terancam sekiranya tidak bersedia meningkatkan daya pengeluaran untuk

memperolehi daya saing yang lebih tinggi. Semenjak krisis kewangan Asia pada tahun 1997, imbangan dagangan makanan telah mengalami defisit sebanyak RM4.7 bilion pada tahun 1997 berbanding dengan defisit RM2.2 bilion pada tahun 1994. Defisit imbangan dagangan ini terus meningkat dari tahun ke tahun, terutamanya pada tahun 2001 yang mencatatkan defisit RM5.7 billon. Penurunan nilai ringgit juga menyebabkan peningkatan harga import bagi input pertanian dan makanan dari setahun ke setahun. Keadaan ini telah menimbulkan kesan yang negatif terhadap perkembangan sektor pertanian negara. Liberalisasi perdagangan di bawah WTO dan AFTA juga akan menyebabkan hasil pertanian negara menghadapi persaingan lebih sengit daripada negara-negara pengeluar yang lain yang mempunyai kelebihan kos pengeluaran yang. Import makanan negara turut meningkat setiap tahun kesan dari pertambahan bilangan dan taraf hidup penduduk. Pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan input pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada 1990. Pada tahun 1997 (Januari-Oktober) importnya adalah RM9.1 bilion. Malaysia mengalami defisit dalam perdagangan makanan (termasuk makanan binatang) dan input pertanian. Ini bermakna terdapat lebihan aliran keluar wang negara bagi membiayai import. Pada tahun 1996 eksportnya adalah sebanyak RM4.2 bilion, dan pada 1997 (Januari-Oktober 1997) adalah RM4.5 bilion. Ini bermakna defisit dalam perdagangan makanan dan input pertanian ialah RM6.3 bilion pada 1996, dan RM4.6 bilion pada 1997.

11

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 3.4 Masalah Pemasaran Hasil Pertanian 1. Ketidakstabilan harga

Oleh sebab penawaran dan permintan tidak anjal maka naik turun harga sentiasa berlaku. Ketidakstabilan harga kerapkali mengugat rancangan pengeluaran dan pelaburan terutamanya di kalangan petani kecil yang kekurangan sumber. Ketidakstabilan harga juga mengakibatkan

ketidakstabilan pendapatan 2. Penawaran dan Permintaan bermusim

Ketidakstabilan harga kerapkali berkait dengan musim penawaran dan permintaan. Permintaan komoditi pertanian boleh dipengaruhi oleh acara perayaan, perubahan pendapatan dan sebagainya. Penawaran sebaliknya dipengaruhi oleh cuaca dan amalan perladangan

3. Kekurangan Saluran Pasaran Terjamin

Selain padi dan beras, hasil petani terdedah kepada gejala pasaran domestik dan luar negara. Dalam kes buah-buahan, sayur-sayuran dan koko, FAMA menyediakan saluran untuk petani tetapi bukti menunjukkan bahawa FAMA lebih bertindak sebagai pasaran terakhir daripada menjadi agen pemasaran. Harga yang rendah dan hasil pertanian yang tidak stabil, membuat petani kurang berminat untuk melibatkan diri dalam pengeluaran yang berterusan.

4. Kos dan Margin yang Tinggi

Disebabkan oleh harga dan saluran keluaran pertanian adalah tidak pasti, perantara pasaran lazimnya mengenakan kos perniagaan yang tinggi untuk mewajarkan pengambilan risiko.

5. Kekurangan Maklumat Pasaran

Kos dan margin pemasaran yang tinggi boleh dikurangkan juga terdapat pengetahuan untuk mengurangkan risiko pemasaran. Malangnya, terdapat kekurangan maklumat yang komprehensif pada hampir semua peringkat pemasaran. Ramai petani tidak mendapat maklumat yang kemaskini tentang harga dan pasaran. Maklumat yang berkaitan dengan lebihan pasaran dan
12

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 stok jangka pendek dan panjang juga ternyata kurang. Ketersampaian kepada maklumat ini juga dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan kesediaadaan mod untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada petani. Kekurangan pengetahuan menyebabkan petani tidak dapat menggunakan maklumat sedia ada sebaik mungkin dan mengambil peluang-peluang ekonomi yang wujud dalam pasaran. 6. Kekurangan Infrastruktur Pemasaran

Kekurangan infrastruktur terutama sekali di tempat-tempat terpencil juga membawa kepada ketidakcekapan pemasaran. Persaingan pemasaran boleh dipertingkatkan sekiranya lebih banyak pusat penyimpanan, perniagaan dan pemprosesan ditubuhkan untuk menampung pengeluaran yang berlebihan.

13

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 4.0 PROSPEK SEKTOR PERTANIAN 4.1 Pemberian Insentif Kepada Pengusaha-Pengusaha Pertanian Kos pengeluaran telah meningkat dengan ketara mulai tahun 2007. Komponen utama yang mengalami kenaikan ialah baja dan racun, sebagai contoh, dalam tempoh 2003 hingga 2007 sahaja, kos baja sebatian untuk pengeluaran sehektar telah naik sebanyak 85.5%, iaitu daripada RM868/t.m. kepada

RM1,610/t.m. Racun perosak untuk pengeluaran buah-buahan pula meningkat daripada RM96 kepada RM156. Bermula pada bulan Jun 2008, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif pengeluaran kepada yang menghasilkan bahanbahan pertanian bagi menampung sebahagian peningkatan kos. Pelaksanaan pembayaran insentif ini adalah melalui pendaftaran pengusaha-pengusaha dengan pihak Kementerian sahaja. Oleh yang sedemikian, sebanyak RM513 juta telah diluluskan bagi tahun 2008.

4.2 Mengukuhkan FAMA Bagi Memastikan Pasaran Dan Pengagihan Hasil-Hasil Pertanian FAMA akan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian melalui pembangunan pusat pengedaran, pusat pengumpulan dan peningkatan bilangan pasar tani sebanyak 50 buah di seluruh negara sebagai tambahan kepada 230 yang sedia ada. Bagi tujuan ini, sebanyak RM39 juta telah diluluskan bagi tahun 2008. Tambahan lagi, daripada jumlah ini, wang pusingan urus niaga sebanyak RM25 juta disediakan untuk membolehkan pembelian hasil pertanian.

4.3 Pelaksanaan Program Bumi Hijau RM25.9 juta diluluskan bagi program ini bagi tahun 2008. Ia meliputi kawasan bandar dan desa bagi menggalakkan penduduk bercucuk tanam dan menternak ayam serta ikan, atau dengan kombinasi yang sesuai untuk menampung keperluan keluarga dan selebihnya dijual. Ia dilaksanakan di halaman rumah dengan mengambil kira konsep kitchen garden dan edible landscape. Pihak Kementerian akan mengedarkan biji

14

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 benih sayuran terpilih, baja serta manual pelaksanaan kepada seluruh lapisan masyarakat.

4.4 Pengurusan Kawasan Terbiar Untuk Meningkatkan Pengeluaran Komoditi Sekuriti Bagi meningkatkan pengeluaran hasil-hasil pertanian, tanah terbiar boleh

dibangunkan dalam masa yang singkat. Tumpuan diberikan terhadap tanah hak milik perseorangan yang terletak berhampiran di antara satu sama lain melalui kaedah profitsharing dengan pihak swasta yang dikenal pasti. Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi tahun 2008 untuk membangunkan kawasan pertanian dan kolam terbiar. Jumlah peruntukan yang disediakan bagi tahun 2008 sebanyak RM2,500 juta. Oleh yang sedemikian, pelan tindakan pelaksanaan bagi setiap program secara menyeluruh dan terperinci telah digubal agar peruntukan sejumlah RM2,500 juta kepada Kementerian dapat dibelanjakan kesemuanya dalam tempoh lapan bulan dalam tahun ini.

4.5 Konsep Ladang Merdeka Konsep Ladang Merdeka menumpukan kepada usaha perladangan padi secara komersial berteraskan teknologi menerusi proses penyatuan lot-lot tanah sawah kecil menjadi lot-lot besar. Sehingga kini sebanyak 16 projek sedang beroperasi melibatkan sawah seluas 708 hektar dengan penyertaan 2,609 petani. Mini Estet Padi dan perladangan kelompok pula menumpukan kepada pemuafakatan sekumpulan petani mengusahakan sawah di sesuatu kawasan bendang dengan bimbingan intensif daripada KADA dan kemudahan kredit input pertanian daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang dibayar balik setelah selesai musim penuaian. Sebilangan petani maju diberikan bimbingan intensif di bawah projek 10 tan/hektar bagi meningkatkan kadar pengeluaran padi ke arah 10 tan/hektar. Antaranya program yang dijalankan oleh KADA ialah permodenan sistem pengairan rumah-rumah pam dan peningkatan kecekapan dan keberkesanan bekalan air dan penekanan kepada penggunaan teknologi moden dan amalan
15

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 pertanian baik. Program lain termasuklah pengurusan rumpai, perosak dan penyakit tanaman secara bersepadu. KADA mensasarkan pada akhir RMKe-9, kadar pengeluaran padi dari seluruh kawasan KADA akan ditingkatkan daripada 4.28 tan/hektar kepada 5.30 tan/hektar bagi membolehkan sumbangan KADA kepada pengeluaran padi negara ditingkatkan 225,000 tan setahun kepada 307,000 tan setahun. 4.6 Memperluaskan Fungsi Kementerian Pertanian dan Asas Tani Tujuan memperluaskan Kementerian Pertanian dan Asas Tani ialah supaya sektor pertanian dan industri asas tani dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan. Selain itu, bagi meningkatkan pengeluaran dan kecekapan pengeluaran, kerajaan telah merancang pembangunan kawasan-kawasan pengeluaran berteraskan Cluster seperti Zon Pengeluaran Buah -buahan, Target Area Concentration, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti Projek Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Ini bertujuan bertujuan untuk membangunkan komoditi dan produknya yang berteraskan Industrial Districts. Kerajaan, menerusi Kementerian Petanian dan Asas Tani juga memperkenalkan sebuah jenama iaitu Malaysia Best.

4.7 Penyelidikan dan pembangunan (P&P) Pengeluaran bagi tanaman ladang telah mencapai tahap kecekapan yang tinggi, mengikut tahap antarabangsa. Walau bagaimanapun, kemajuan pesat dan pelaburan dalam teknologi baru oleh negara-negara yang bersaing memerlukan kita berusaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan penyelidikan dan

pembangunan(P&P) dalam aktiviti huluan dan hiliran. Di samping itu, rantaian di antara sektor pertanian dan perindustrian perlu diperkukuhkan bagi mengekalkan daya daya saingan dan meningkatkan nilai ditambah. Peluang terbaik bagi meningkatkan produktiviti di sektor pertanian ialah dengan memodenkan pengurusan sektor pekebun kecil. Oleh yang demikian, Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada sektor ini dalam tempoh rangka rancangan jangka panjang kedua (RRJP2). Pembangunan sektor pertanian akan juga digerakkan kearah meningkatkan bekalan bahan makanan dan bahan mentah bagi pasaran tempatan dan luar negeri.
16

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 Ini adalah perlu bagi mengekalkan rekod cemerlang negara dalam mengawal kestabilan harga dalam negeri serta memastikan bekalan bahan mentah adalah mencukupi bagi industri-industri yang berasaskan sumber. Pada masa yang sama, usaha ini akan mengurangkan pergantungan negara kepada import bahan-bahan mentah. Potensi sektor kecil tanaman makanan dan kontan adalah bagi pengeluaran buah-buahan dan sayuran dimana usaha-usaha untuk mendapatkan pasaran eksport telah mula menampakkan hasil. Walau bagaimanapun, ianya masih memerlukan sokongan P&P dalam pengeluaran dan pengendalian selepas menuai serta mendapatkan pasaran baru.

4.8 Teknologi dan Innovasi Di kebanyakan negara membangun, teknologi dan innovasi baru dalam bidang pertanian adalah penting sebagai syarat kepada peningkatkan output dan produktiviti. Dua sumber utama teknologi dan innovasi yang boleh meningkatkan hasil tuaian ialah pengenalan peralatan mekanisasi. Kemajuan dari segi biologikal (kacukan biji benih/baka ternakan) kawalan sumber air dan kimia (racun serangga dan baja kimia). Peralatan mekanisasi untuk menggantikan tenaga manusia dan meningkatkan volume output per pekerja terutamanya apabila melibatkan kawasan penanaman yang luas. Masalah kebanyakan kawasan luar bandar di negara membangun dicirikan dengan pemilikan tanah pertanian yang kecil, kekurangan modal dan buruh yang ramai. Pengenalan atau penggunaan peralatan mekanisasi (peralatan mesin) bukan sahaja tidak sesuai dari segi persekitaran fizikal tetapi juga memberi kesan terhadap pengangguran di kawasan luar bandar. Innovasi dan teknologi kedua membolehkan peningkatan hasil tuaian per hektar melalui peningkatan kualiti tanah sedia ada. Biji benih yang baik, teknik pengairan dan sistem giliran tanaman yang maju, peningkatan penggunaan baja kimia, racun serangga, pembangunan dalam ubatan/rawatan dan bahan makanan ternakan menggambarkan kemajuan saintifik utama dalam pertanian moden. Kemajuan ini bersifat scale-neutral iaitu ia boleh diaplikasikan secara effektif pada semua skala milikan tanah. Tidak semestinya memerlukan input modal yang besar atau peralatan mesin.

17

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 4.9 Pengezonan (zoning) Selaras dengan pendekatan pembangunan pertanian berasaskan produk,

pembangunan secara sektoral melalui pengezonan kawasan pengeluaran pertanian akan dilaksanakan. Ini bertujuan bagi membolehkan pembangunan pertanian secara kelompok dapat dihasilkan supaya faedah perbandingan ( comparative advantage) diperolehi. Zon-zon pengeluaran ini termasuklah zon perindustrian akuakultur (ZIA), zon-zon tanaman, zon-zon pengeluaran ternakan clan kawasan integrasi ladang (TAC). Penwujudan zon-zon ini akan membolehkan para pengusaha meningkatkan hasil mereka kerana keadaan agro-klimatik yang sesuai untuk aktiviti tertentu. Selain daripada itu, ia juga membolehkan Kerajaan menumpukan khidmat sokongan mengikut jenis aktiviti pertanian yang dilaksanakan di kawasan tertentu.

4.10 Dayasaing Lebih Tinggi Kualiti produk yang rendah dan tidak seragam menyebabkan hasil pertanian negara tidak dapat bersaing di pasaran global. Dengan harga yang tinggi di pasaran domestik dan jangkaan lambakan hasil pertanian dari luar negara yang lebih murah berikutan pembukaan pasaran di bawah pelaksanaan WTO dan AFTA, hasil pertanian negara akan menghadapi persaingan yang tinggi. Sehubungan itu, hasil pertanian negara perlu berkualiti dan mematuhi piawaian keselamatan makanan antarabangsa bagi membolehkan hasil pertanian dieksport mahupun dipasarkan di dalam negara. Konsep jaminan kualiti daripada ladang ke meja hidang akan diamalkan secara meluas melalui skim akreditasi serta kawalselia dan pemeriksaan veterinar yang ketat di ladang ternakan, kilang makanan haiwan, rumah penyembelihan, kilang pemprosesan, stesen kuarantin clan pintu masuk ke dalam negara

18

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 5.0 KESIMPULAN Secara tuntasnya di sini, pertanian Malaysia sebenarnya semakin merundum sejak akhir-akhir ini. Dengan isu peningkatan harga makanan dan krisis makanan yang melanda ini, sektor pertanian menghadapi cabaran yang lebih besar lagi dalam mencapai keseimbangan dari segi menjamin belakan makanan mencukupi yang memerlukan pertambahan kawasan tanaman dan pada masa yang sama memastikan aktiviti ini tidak memburukkan lagi keadaan iklim dunia. Oleh yang demikian, pemahaman terhadap impak positif dan negatif amalan-amalan pertanian adalah amat penting. Dalam menjana pertumbuhan baru di bidang pertanian, kita juga perlu mewujudkan persekitaran yang sihat. Faktor ini merupakan perkara asas bagi pembangunan sesebuah negara untuk terus maju dalam meningkatkan produktiviti dan hasil pertanian dalam memenuhi keperluan rakyatnya. Persekitaran

pembangunan yang sihat melalui pengurusan sumber alam yang efisyen, terjaga, berterusan dan di lengkapi pula dengan sumber manusia yang terlatih adalah asas kepada pembangunan pertanian yang produktif dan ini sudah tentu menjadi pemangkin dalam menjana pertumbuhan pelbagai industri lain yang diperlukan oleh negara. Dalam dunia yang serba bersaing, kepentingan membangunkan modal insan telah menjadi kemestian. Baik di bidang apa pun yang kita terokai, daya pemikiran, kreativiti dan inovasi rakyat sesebuah negara itulah menjadi penentu untuk kejayaan. Dari pemikiran dan idea maka lahirlah penemuan yang boleh merubah sesuatu keadaan kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna. Dalam bidang pertanian, inovasi yang menambahbaik sesuatu teknologi akan membawa perubahan kepada peningkatan produktiviti dan kualiti hidup tanpa mencemar alam semula jadi. Faktor ini menjadi penentu kepada kelangsungan sesebuah ekonomi dan dapat meletakkannya ke tahap yang stabil dan selamat dalam jangka panjang. Bagi negara yang mementingkan pembangunan pertanian mampan dan kualiti kehidupan yang harmoni akan sentiasa memupuk rakyatnya untuk meningkatkan tahap penguasaan dan penghayatan ilmu demi kebaikan manusia sejagat.

19

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 6.0 REFLEKSI

NAMA I/C OPSYEN

: MOHD FARIS BIN ISMAIL : 900606-03-5667 : PISMP SEM 6 PENGAJIAN SOSIAL

Alhamdullillah bersyukur kehadrat Illahi dengan nikmat dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan PSS 3112 berkaitan dengan nilai dan etika dalam pengajian sosial. Jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing PN. Noor Hniza Bt Hashim yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang menyiakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak memberi sumbangan idea dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Banyak pengalaman yang saya lalui sepanjang menyiapkan tugasan ini memandangkan tugasan ini dilakukan sepanjang saya berada di sekolah melaksanakan praktikum. Pelbagai sumber yang kami rujuk bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan sektor pertanian dimana saya membuat lawatan ke jabatan-jabatan yang mengendalikan sektor pertanian seperti FAMA dan sebagainya selain itu juga saya perolehi maklumat malalui rujukan internet, jurnal, buku-buku di perpustakaan dan keratan akhbar. Sumber yang saya rujuk ini banyak memberikan maklumat yang saya perlukan justeru ia memudahkan lagi kerja saya untuk menyiapkan tugasan. Selain itu saya juga merujuk kepada bahan-bahan yang dibekalkan oleh pensyarah kepada saya semua serta blog-blog yang terdapat di internet. banyak input yang diperolehi. Selain itu tugasan ini juga memerlukan saya membuat lawatan ke jabatanjabatan yang mengendalikan sektor pertanian seperti Pejabat Pertanian, FAMA, KEDA dan sebagainya. Hal ini amat merumitkan kerana ketika tugasan ini dijalankan semasa saya dalam proses menjalani praktikum di sekolah. Hal ini menyebabkan saya mengalami masalah dari segi kekangan masa untuk membuat lawatan bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan bagi menyiapkan tugasan ini. Walaupun begitu, saya masih dapat menyiapkan tugasan ini dengan berbekalkan beberapa maklumat yang saya perolehi hasil daripada lawatan ke jabatan-jabatan
20

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 yang menguruskan sektor pertanian disamping maklumat yang diperolehi dari buku dan internet. Seterusnya saya membuat pemerhatian disekitar kawasan setempat

berkaitan dengan sektor pertanian yang dijalankan dari segi jenis pertanian yang diusahakan sama ada tanaman, ternakan dan perladangan seperti tanaman angur, mempelam harumanis, tebu, padi dan sebagainya. Daripada permerhatian yang saya jalankan menunjukkan sektor pertanian banyak menyumbang kepada ekonomi Negara dan dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Selain daripada mencari maklumat, kajian dan membuat pemerhatian saya juga membuat temubual dengan pengusaha-pengusaha yang menjalankan aktiviti dalam sektor pertanian sama ada secara kecil-kecilan atau secara ladang untuk menambahkan lagi maklumat yang diperlukan. Allahamdulillah semuanya

memberikan kerjasama yang baik kepada saya. Disamping itu juga saya meghadapi masalah dari segi pembahagian masa memandangkan tugasan ini di buat semasa saya menjalankan praktikum. Hal ini menyebabkan saya terpaksa membahagi masa dengan baik supaya tiada kerja yang tertangguh. Kerja-kerja praktikum seperti menyiapkan RPH, melengkapkan potfolio dan menyediakan bahan-bahan banttu mengajar yang banyak menyebabkan saya menggunakan masa yang terluang untuk menyiapkan tugasan ini seperti pada hari yang saya tiada kelas. Sepanjang menyiapkan tugasan ini banyak pengalaman pahit manis yang saya perolehi untuk meningkatkan lagi kefahaman saya mengenai pertumbuhan dan perkembangan ekonomi. Pertumbuhan dan perkembangan ekonomi tidak akan dapat dijana dengan baik tanpa adanya sokongan daripada pelbagai sektor antaranya sektor pertanian, perindustrian, pembuatan, dan sebaginya. Semuanya saling bergantungan antara satu sama lain bagi memacu ekonomi Negara kearah yang lebih baik. Justeru itu semua sektor perlu memainkan peranan bagi memastikan ekonomi Negara berada ditahap yang baik. Banyak pengalaman yang diperolehi sepanjangan menyiapkan tugasan ini dan ia menjadi titik tolak sebelum melangkah ke alam pendidikan nanti. Tuntasnya, saya mengharapkan tugasan yang disiapkan ini dapat memenuhi kriteria-kriteria
21

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 yang di tetapkan oleh pensyarah. Pertanian adalah satu perniagaan kata-kata yang dipetik dari Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia Ke-5. Hal ini ridak dapat disanggal lagi memang terbukti sektor pertanian banyak menyumbang kepada pemangunan ekonomi Negara dewasa kini.

22

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112 7.0 RUJUKAN

Bahagian Hal Ehwal Korporat. Keahlian pertubuhan peladang kawasan. Lembaga Pertubuhan Peladang.

Buku Perangkaan Pertanian Malaysia. (2008). Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Jabatan Pertanian. (2008). Pakej teknologi padi. Jabatan Pertanian Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Rusly Musa & Nurashikin Abdullah. (2009). Teks pra- U STPM geografi alam sekitar manusia. Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis. (2008). Perangkaan sosioekonomi negeri Perlis 2008.

http://www.moa.gov.my/

http://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/4d018864d60bd4e74825 67320025ca84/b0daaaee6b1c98c04825674b0034c6b3

http://www.hum.usm.my/geo/course/HGM340/nooriah.htm

http://banktani.tripod.com/abimusa.htm

http://pertanian.perlis.gov.my

23

[PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI] PSS3112

L A M P I R A N
24