Anda di halaman 1dari 20

BMP 3093

TUGASAN KERJA KURSUS APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

TAJUK

: PAPAN CERITA

PENSYARAH

: ENCIK KHAIRUL AZAM BIN BAHARI

KUMPULAN

: UPSI 06 (A131PJJ)

NAMA

: NIK ZAWAWI BIN NIK HUSSAIN

NO MATRIKS

: D20102043468

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

PENGENALAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA MELAYU PRINSIP ASAS MULTIMEDIA DALAM BAHASA MELAYU DEFINISI DAN KONSEP PAPAN CERITA CIRI-CIRI PAPAN CERITA FUNGSI PAPAN CERITA KELEBIHAN PAPAN CERITA PROSEDUR PAPAN CERITA CIRI-CIRI PENERAPAN ELEMEN MULTIMEDIA

3 4 6 7 8 9 10 11 12 13 14 16 15-16

10. CONTOH PENYEDIAAN PAPAN CERITA 11. RUMUSAN 12. RUJUKAN 13. LAMPIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PENGENALAN

Penyediaan 'Papan Cerita' ialah langkah pertama dalam pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer. 'Papan Cerita' dijadikan bahan khusus untuk memastikan perisian yang dibangunkan mengikut standard spesifikasi yang telah ditetapkan oleh sesuatu model pembangunan perisian. Komputer merupakan alat elektronik yang sangat kompleks dan mempunyai banyak manfaat kepada manusia. Tambahan pula, alat ini dapat berfungsi sebagai alat bagi membantu golongan profesional dalam kalangan guru-guru terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, komputer perlu digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru supaya alat ini dapat menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran. Hal ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU). Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang, dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PPK, 2001:1). Dengan itu, dapatlah dikatakan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mengambil kira dari segi pendekatan, kaedah dan teknik-teknik pembelajaran terancang serta bersesuaian dengan aktivitiaktiviti di dalam bilik darjah dan sangat berkesan. Menurut Rozinah Jamaluddin (2005:2), istilah multimedia merupakan istilah yang menjadi trend dalam era teknologi maklumat (IT Information Technology). Perkataan multi bermaksud banyak atau pelbagai dan media bermaksud perantara untuk berkomunikasi. Malahan, penggunaan multimedia melibatkan penggunaan pelbagai media sama ada visual atau auditori untuk tujuan interaktiviti dan komunikasi dengan komputer. Dengan kuasa komputer peribadi yang canggih lagi murah, ia membolehkan kita mengakses kepada produk multimedia, bahasa alat pengarangan yang mudah difahami dan digunakan. Penemuaan hipermedia dan teknologi cakera padat yang canggih menghasilkan apa yang dikatakan sebagai multimedia interaktif pada hari ini (Rozinah Jamaludin 2005:2).

MULTIMEDIA DALAM BAHASA MELAYU

Antara fungsi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan multimedia juga dikatakan mampu menjadi medium komunikasi yang positif dan efektif. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui penggunaan teks, audio, video serta animasi yang pelbagai warna dan corak yang mampu dipaparkan di dalam sebuah skrin pada suatu masa yang sama. Mail Elektronik (E-mel) merupakan salah satu perkhidmatan internet yang digunakan secara meluas. Selain itu, listservs, Newsgroups dan Chat juga merupakan perkhidmatan internet yang membolehkan kita berkomunikasi. Hal ini menunjukkan bahawa perkhidmatan ini telah memudahkan kita untuk berkomunikasi antara satu sama lain tanpa batasan dengan menggunakan komputer yang dihubungkan dengan internet. Kewujudan teknologi maklumat kini menawarkan pelbagai pilihan kepada masyarakat. Kini tradisi penyebaran dan penghayatan Bahasa Melayu telah menerima dimensi baru iaitu pembelajaran Bahasa Melayu boleh dihayati dalam bentuk multimedia. Multimedia merupakan proses komunikasi berasaskan teknologi computer yang menggabungkan penggunaan unsur digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.Oleh itu, multimedia telah dijadikan satu medium untuk menyebarkan maklumat berkaitan dengan pembelajaran Bahasa Melayu yang terdiri daripada aspek pemahaman dan penulisan.

Konsep

Multimedia merupakan salah satu medium atau pengantara yang digunakan untuk menyebarkan pembelajaran Bahasa Melayu kepada masyarakat umum.Bahasa Melayu dalam konteks ini merujuk sebagai bahan yang akan digunakan untuk disebarkan melalui medium multimedia. Dengan adanya multimedia, kefahaman terhadap ilmu pemahaman dan penulisan Bahasa Melayu akan dapat difahami dengan mudah dan berkesan.

Fungsi

Terdapat pelbagai fungsi multimedia dalam Bahasa Melayu antaranya ialah : Mempelbagaikan medium Bahasa Melayu. Selama ini medium Bahasa Melayu mungkin tidak terlibat secara langsung dalam penggunaan computer dan elemen multimedia yang lain.

Memperjelaskan konsep yang abstrak. Dalam pembelajaran Bahasa Melayu terdapat beberapa konsep yang abstrak. Sebagai contoh jika kita ingin memperjelaskan tatabahasa tertentu seperti kata kerja, multimedia mampu membantu menjelaskan kata kerja tersebut secara grafik, animasi, audio video dan teks. Di situ kita mampu menjelaskan perkara yang nyata dan abstrak sifatnya. Mungkin pada aspek yang lebih abstrak lagi, bahan-bahan Bahasa Melayu akan lebih mudah difahami.

Penggunaan pelbagai indera. Kita sering menggunakan pelbagai indera untuk memahami tentang sesuatu perkara. Oleh itu multimedia mampu menarik perhatian panca indera kita samada melalui pandangan mata, pendengaran, perasaan dan daya sentuh kita ketika berinteraksi secara interaktif dengan bahan multimedia.

Kesan apresiasi yang lebih mendalam. Secara mudah maksud apresiasi adalah kesan penghayatan terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, multimedia mampu memberikan kesan apresiasi yang tinggi jika bahan pembelajaran Bahasa Melayu itu divideo, dilukis dan dianimasikan.

PRINSIP ASAS MULTIMEDIA DALAM BAHASA MELAYU

Terdapat beberapa prinsip asas yang perlu diketahui antaranya ialah : Teks Teks adalah terdiri dari huruf, symbol, abjad, nombor dan statistik. Ia menggunakan pelbagai jenis tulisan dan fon. Teks lazim digunakan dalam multimedia. Warna tulisan dan saiz teks juga memainkan peranan penting dalam persembahan multimedia. Jika elemen multimedia yang lain boleh digunakan ketika bersama teks dan ia akan menjadi lebih menarik. Umpamanya unsur animasi boleh digunakan letika mempersembahkan teks.

Grafik Ia merupakan apa-apa sahaja yang berbentuk tulisan, lukisan, lakaran atau gambar dalam bentuk 2D atau 3D. kadang-kadang grafik juga boleh dipersembahkan dalam bentuk histogram mudah, plot graf, carta dan ilutrasi.

Audio visual Audio secara mudah disebut sebagai bunyi-bunyian. Ia merupakan satu cara yang berkesan untuk menarik perhatian pengguna multimedia. Kadang-kadang ia berbentuk kesan bunyi yang ringkas akan dapat menarik perhatian. Malah kesan bunyi akan lebih menarik jika disertakan pula bunyi muzik dan lagu. Audio juga boleh diambil daripada bunyi alam seperti suara ombak, bunyi unggas, guruh dan lain-lain. Video pula merupakan cara berkesan bagi menyampaikan maklumat yang gagal ditangani oleh media lain. Unsure video dalam multimedia membawa satu perubahan besar di dalam kaedah penyaluran maklumat. Kebanyakkan video mampu membawa unsure menyerupai keadaan sebenar.

Animasi Animasi adalah pergerakkan bagi sesuatu objek. Animasi dalam aplikasi multimedia mampu menarik perhatian khalayak ( penonton, pembaca dan pendengar). Animasi sesuatu yang

mustahil atau kompleks berlaku dalam kehidupan sebenar direalisasikan dalam aplikasi tersebut.

DEFINISI DAN KONSEP PAPAN CERITA

Papan Cerita adalah skrip yang memberikan panduan iaitu input maklumat dalam proses pemindahan dalam bentuk multimedia. Papan cerita memperincikan kandungan dan keperluan yang diperlukan dalam sesuatu proses pemindahan atau persembahan. Papan cerita juga adalah sebagai lakaran grafik, skrin paparan yang dilihat oleh pengguna bersama dengan maklumat audio, video dan kesan interaktif pada setiap bingkai (frame). Oleh itu, paparan skrin perlu dirancang dengan baik. Dalam melakar papan cerita pembangun perisian perlu mengaplikasikan konsep letak. Papan cerita disediakan di peringkat awal proses reka bentuk. Dengan kata lain, papan cerita merupakan lakaran imaginasi pembangun perisian tentang apa yang hendak dipaparkanya dalam satu persembahan perisisan multimedia. Papan cerita juga merupakan himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi perisian multimedia. Menurut Wikipedia, storyboards are graphic organizer in the form of illustration or images displayed in sequence for the purpose of pre-visualizing a motion picture, animation, motion graphic or interactive media sequence. Setiap papan cerita perlulah mengandungi maklumat berikut : Suatu lakaran atau lukisan di atas skrin, halaman atau bingkai. Warna,penempatan dan saiz grafik Teks sebenar di atas skrin, halaman atau bingkai Animasi, video dan suara.

Terdapat pelbagai jenis papan cerita yang boleh digunakan iaitu : Papan cerita produksi Papan cerita Lembaran Konsep atau lukisan Papan cerita TV. Papan cerita Animatik Papan cerita digital.

CIRI-CIRI PAPAN CERITA

Terdapat empat ciri papan cerita antaranya: Tidak bersifat rigid Papan cerita tidak menetapkan secara khusus formatnya. Apa yang penting,elemen multimedia harus ada dapat dijelaskan di atas lakaran papan cerita. Bentuk format tersebut adalah bergantung kepada kreativiti pencipta papan cerita. Semakin banyak rancangan, maka semakin luas ruang yang perlu disediakan dalam papan cerita.

Mempunyai maklumat yang dicadangkan sama ada huraian teks, grafik, animasi atau audio-visual. Walaupun tidak rigid dari segi format, namun maklumat yang wajib ada dalam sesebuah papan cerita mesti mengandungi teks, grafik, animasi dan audio-visual. Setiap elemen ini perlu diperjelaskan secara detail agar tidak menimbulkan kekeliruan ketika proses membina multimedia.

Sesebuah lakaran papan cerita terdiri daripada sejumlah bingkai. Terdapat banyak bingkai dalam sesebuah papan cerita. Setiap bingkai akan menentukan rancangan aktiviti masing-masing.

Bingkai tersebut adalah penunjuk sesuatu rincian. Setiap bingkai akan mencatatkan perincian yang dapat menjelaskan kepada sesiapa sahaja yang membaca papan cerita tersebut. Jika tiada perincian dibuat, mungkin akan mendatangkan masalah jika proses pembinaan itu dibuat oleh pihak lain.

FUNGSI PAPAN CERITA

Terdapat empat fungsi papan cerita antaranya: Persediaan bahan. Papan cerita ini akan mencatatkan segala keperluan terhadap bahan multimedia yang akan dibina. Misalnya jika penceritaan memerlukan gambar yang dilukis, maka catatan dipapan cerita akan membantu ingatan Pembina multimedia agar menyediakan lukisan berkenaan. Begitu juga jika memerlukan bahan lain seperti bahan video, bahan audio dan visual yang lain.

Penyediaan instrument multimedia. Instrument multimedia mungkin dicatatkan dalam papan cerita sebagai bahan yang berkai dengan hardware dan software. Keperluan instrument ini bergantung kepada kemampuan pihak yang akan membina multimedia. Persediaan software seperti powerpoint, movie maker dan lain-lain adalah perlu. Begitu juga persediaan hardware seperti kamera, alat imbasan, perakam suara dan lain-lain. Semua instrument ini akan dicatat dalam papan cerita.

Penyediaan keperluan. Keperluan tambahan yang berkait rapat dengan multimedia juga dicatat di dalam sesebuah papan cerita. Bahan-bahan tersebut akan membantu meningkatkan kualiti sesebuah multimedia. Umpamanya, jika sesebuah papan cerita titu memerlukan aktiviti rakaman, maka sebuah studio yang sesuai perlu disediakan bagi tujuan tersebut. Kadangkala persediaan keperluan lebih lama berbanding proses mencipta multimedia.

Perbelanjaan. Tidak ada catatan perbelanjaan yang khusus perlu dicatat di dalam sesebuah papan cerita. Namun segala keperluan yang dicatatkan tentunya mempunyai kos tertentu. Oleh itu papan cerita akan membantu seseorang Pembina multimedia menganggarkan kadar perbenlanjaan yang akan dikeluarkan. Semakin canggih rancangan di papan cerita, maka semakin tinggilah perbelanjaan yang bakal dikeluarkan.
9

KELEBIHAN PAPAN CERITA

Terdapat beberapa kelebihan papan cerita antaranya : Papan cerita membolehkan pembangun perisian mencambah minda dan idea. Pembangun perisian dapat merancang reka bentuk muka perisian di peringkat awal. Papan cerita membolehkan pembangun perisian menzahirkan idea sebelum dipindahkan di atas paparan computer. Papan cerita membolehkan pembangun perisian merancang dan mengaplikasikan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran dengan mudah. Dengan membuat lakaran awal segala perubahan dapat dilakukan dengan mudah. Penggunaan papan cerita mengurangkan risiko tertinggal maklumat persembahan yang penting. Papan cerita menjimatkan masa kos pembinaan perisian. Papan cerita membolehkan pembangun perisian mengaplikasikan pelbagai teknik reka bentuk perisian.

Elemen yang diambil kira ketika membina papan cerita ialah seperti berikut : Warna latar belakang Jenis font Saiz huruf Warna huruf Format gambar Format video Format audio Format animasi.

10

PROSEDUR PAPAN CERITA

Terdapat lima prosedur antaranya : Perancangan. Menentukan matlamat utama ( siapa penonton dan apa yang hendak mereka pelajari). Topik dan kandungan yang akan dimasukkan. Selain itu hubungan antara topik iaitu bagaimana ia digabungkan. Reka bentuk samada berfungsi kepada pengguna atau tidak. Bagaimana pereka bentuk akan menggabungkan tugas-tugas yang terlibat.

Perbincangan. Mencari dan mengumpulkan maklumat yang sesuai. Memilih dan menginterpretasikan sumber maklumat. Menentukan bagaimana maklumat akan dipersembahkan iaitu dalam bentuk media apa, samada teks, grafik, suara, video atau gambar. Menentukan bagaimana semuanya dapat dihubungkan antara satu sama dengan yang lain.

Pelaksanaan. Bentuk kumpulan yang bersesuaian. Nyatakan matlamat kumpulan. Berunding dan agihkan tugas yang akan dilakukan. Memantau prestasi individu dan kumpulan. Dapatkan persetujuan pendapat dan pendekatan daripada semua ahli demi untuk mencapai matlamat.

Kenalpasti keperluan. Fikirkan apa yang akan dilakukan. Ia dapat digunakan oleh khalayak umum. Perlu teliti dalam memilih maklumat. Perisian yang dipilih mestilah berkualiti dan boleh diguna secara efektif.

11

Elemen multimedia. Memberi kesan dan daya tarikan. Membantu memberikan kefahaman. Tidak menimbulkan sesuatu yang bercanggah atau bertentangan dengan konsep. Mengambilkira elemen sosio budaya dan sentitiviti.

CIRI-CIRI PENERAPAN ELEMEN MULTIMEDIA

Terdapat beberapa ciri penerapan elemen multimedia iaitu : Memberi kesan dan daya tarikan Kesan dan daya tarikan akan dapat diterapkan melalui beberapa kaedah seperti kesan bunyi dan kesan cahaya.

Membantu memberikan kefahaman Kefahaman tidak semestinya melalui persembahan bahasa dalam teks. Ia boleh difahami juga melalui kesan ilutrasi dan gambaran suasana.

Tidak menimbulkan sesuatu yang bercanggah atau bertentangan dengan sesuatu konsep. Percanggahan akan membawa kepada konflik dari sudut pemahaman maksud tentang sesuatu perkara.

Mengambil kira elemen sosial budaya dan sensitiviti. Aspek sosio budaya dan sensitivity ini perlu diambil kira semasa memasukkan elemen multimedia. Kadang-kadang symbol-simbol tertentu sangat sensitive kepada sesetengah penganut agama. Malah kadang kala warna juga memainkan peranan penting kepada sebilangan masyarakat tertentu. Oleh itu menjaga hati dan perasaan sebahagian ahli masyaralat juga perlu diambil kira ketika membina multimedia.

12

FORMAT 1 : CONTOH PENYEDIAAN PAPAN CERITA

Lakaran Rekabentuk Skrin

Maklumat Skrin

Skrip / Naration/ Catatan :

Menjelaskan pengkhususan matapelajaran bagi subtajuk yang disediakan dalam proses pengajaran dan pembela

Elemen Audio / Video : Muzik latar rentak muzik bunyi binatang dan arahan yang perlu dilakukan oleh mur pada ruang paparan. Grafik / Imej / Animasi : Gambaran corak kehidupan komuniti di hutan Transisi Auto/ Manual : Manual Hyperlink : Ada

Skrip / Naration/ Catatan : Bahagian 1 : Memaparkan slot cerita pendek yang disediakan pada ikon cerita.

Elemen Audio / Video : Muzik latar Romantic Guitar Grafik / Imej / Animasi : Gambaran Hidupan Liar Semulajadi Transisi Auto/ Manual : Manual

Hyperlink : Ada

13

FORMAT 2 : BIL Lakaran HURAIAN Teks menjelaskan teks yang akan dipaparkan di bahagian lakaran Catatan : Mencatatkan perkara lain yang boleh dipertimbangkan dalam proses penghasilan multimedia. Grafik menjelaskan grafik yang akan dipaparkan di bahagian lakaran. Animasi menjelaskan animasi yang akan di paparkan di bahagian lakaran. Audio-visual menjelaskan animasi yang akan di paparkan di bahagian lakaran.

RUMUSAN

Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberi banyak manfaat kepada manusia pada hari ini terutamanya dalam kalangan pelajar dan guru. Hal ini demikian kerana, gabungan elemen-elemen yang terdapat pada multimedia seperti teks, audio, grafik, animasi, video telah mnejadikan pengajaran yang dijalankan oleh guru menjadi lebih efektif dan seterusnya dapat menarik minat para pelajar yang mengikuti pembelajaran tersebut. Malahan, para pelajar juga akan dapat belajar pada tahap kendiri dan pada masa yang boleh ditentukan oleh pelajar itu sendiri. Keadaan ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif. Di samping itu, pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos secara efektif iaitu tidak memerlukan tenaga pengajar, sebaliknya hanya bertindak sebagai fasilitator sahaja. Penggunaan media ini bergantung kepada keperluan persembahan papan cerita. Media yang hendak dipersembahkan seharusnya memberi makna kepada penonton. Antara kepentingan yang diharap dapat membantu pelajar dalam penggunaan multimedia adalah keupayaan multimedia membantu pelajar memahami dunia pengarang. Melalui pendedahan dengan bahan bantu secara multimedia pelajar dapat memahami pembelajaran Bahasa Melayu dengan lebih berkesan. Pelajar juga dapat menikmati pembelajaran Bahasa Melayu dengan lebih mudah apabila mereka dapat akses
14

kepada rujukan lain seperti teknik penulisan yang betul, kosa kata dan sebagainya. Pelajar dapat memahami latar dengan mudah melalui foto dan video. Ini membolehkan pelajar dapat menimba pengalaman yang sebenar semasa pembelajaran di jalankan. Bahan-bahan bantu ini antara yang penting untuk menjadikan multimedia lebih releven dengan teks semata-mata. Pandangan ini adalah sebagai dimensi yang harus difikirkan dalam penggunaan multimedia dalam Bahasa Melayu. Meskipun tujuan bahagian ini diketengahkan kepada pelajar adalah untuk membolehkan pelajar menghasilkan bahan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan

multimedia,tetapi pengetahuan tentang kepentingan multimedia dalam pendidikan juga harus diperolehi. Ia sebagai langkah pertama ke arah penghasilan Bahasa Melayu menggunakan multimedia. Kita harus bergerak dalam perubahan ini. Bahasa Melayu harus dinikmati dengan gaya baru dan wahana baru yang lebih berkesan. Kita tidak harus biarkan Bahasa Melayu tertinggal dari arus pembaharuan ini sebaliknya berupaya membina dimensi yang lebih efektif dengan pembaharuan yang ada.

2710 patah perkataan

15

RUJUKAN

1.Abd Kadir Arifin (2007). Pendidikan andragogi. Alor Setar, Kedah: Manafad Trading. 2.Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. KualaLumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 3.Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd. 4.Abdul Rasid Jamian & Arbaie Sujud (2001). Integrasi media pengajaran bahasa dan sastera. Selangor: UPM. 5.Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap dan Hasrina Mustafa (2006). Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah: Satu kajian kes di Pulau Pinang. Diperoleh pada Februari 18, 2011 daripada http://web.usm.my/km/2406/KM%20ART%2011.pdf. 6Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2009). Kemahiran interpersonal untuk guru. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 7.Abtar Kaur (2001). Multimedia dan internet dalam peningkatan pemikiran pelajar. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 8.Ab.Rahim Selamat (1990). Teknologi Sistem Pengajaran. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. 9.Open University Malaysia (OUM) (2003). EDUH 3015 Prinsip Teknologi Pengajaran, Pusat Pengajian Pendidikan, Sastera dan Sains Sosial : Malondo Printers Sdn Bhd. 10.Sharifah Alwiah Alsagoof (1992). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

16

LAMPIRAN PAPAN CERITA

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK : Jenis-jenis Haiwan dan Makanannya OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat mengetahui jenis-jenis haiwan dan makanannya. MEDIA : papan cerita ( Power point )

HAIWAN

MAKAN TUMBUHAN MAKAN HAIWAN LAIN

MAKAN HAIWAN DAN TUMBUHAN

Sebelum Seterusnya Seterusnya

Papan cerita 1

Papan cerita 2

Sebelum
Sebelum

Seterusnya

Papan cerita 3

papan cerita 4

17

Pengukuhan

SOALAN 1
Apakah keperluan asas haiwan? A. Pakaian B. Makanan

Sila jawab soalan-soalan di bawah dengan memilih butang A, B, atau C.

SETERUSNYA

C. Kenderaan

Papan cerita 5

papan cerita 6

TAHNIAH!!! JAWAPAN ANDA BETUL.

JAWAPAN ANDA SALAH

SILA CUBA LAGI

Papan cerita 7
SOALAN 2 Ayam boleh dikategorikan sebagai haiwan?
A. Karnivor

papan cerita 8

TAHNIAH!!! JAWAPAN ANDA BETUL.

B. Omnivor
C. Herbivor

Papan cerita 9

papan cerita 10

18

JAWAPAN ANDA SALAH

Soalan 3
Apakah yang dimaksudkan dengan haiwan herbivor?

A.
SILA CUBA LAGI

Haiwan yang hanya makan tumbuhan sahaja

B.
C.

Haiwan yang makan daging sahaja

Haiwan yang makan tumbuhan dan daging

papan cerita 11

papan cerita 12

TAHNIAH!!! JAWAPAN ANDA BETUL.

JAWAPAN ANDA SALAH

SILA CUBA LAGI

papan cerita 13
SOALAN 4
Haiwan apakah yang tidak boleh terbang?
A. Ayam
B. Burung Unta

papan cerita 14

TAHNIAH!!! JAWAPAN ANDA BETUL.

C. Burung merpati

papan cerita 15

papan cerita 16

19

JAWAPAN ANDA SALAH

5. Manakah antara berikut merupakan haiwan karnivor?


A. Harimau

SOALAN 5

SILA CUBA LAGI


B. Panda

C. Kucing

papan cerita 17

papan cerita 18

TAHNIAH!!! JAWAPAN ANDA BETUL.

JAWAPAN ANDA SALAH

SILA CUBA LAGI

papan cerita 19

papan cerita 20

20

Anda mungkin juga menyukai