Anda di halaman 1dari 12

1. Kontrak sosial dalam perlembagaan Malaysia.

Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 melalui amalan permuafakatan pelbagai kaum. Proses permuafakatan itu bermula sebelum

kemerdekaan lagi. Ia begitu jelas selepas Perang Dunia Kedua, di mana semangat nasionalisma dan dasar dekolonialisasi oleh kuasa Barat mendorong kepada kerjasama parti-parti politik berbilang kaum. Perkembangan itu dilihat sebagai satu usaha kepada politik permuafakatan di negara kita dan berjaya memperkembangkan politik yang begitu menarik.

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mengambil kira pelbagai aspek. Perkara yang paling mustahak di sini ialah toleransi dan tolak ansur di antara penduduk berbilang kaum telah berjaya membentuk satu pakatan murni dan menerima satu kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Di mana pada dasarnya, kontrak sosial terdiri daripada dua elemen iaitu pertama, penerimaan orang Melayu terhadap sebilangan besar penduduk bukan Melayu sebagai rakyat jus soli bagi negara yang baru merdeka. Kedua, penerimaan penduduk bukan Melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa serta kepentingan kaum Melayu dalam negara bagai aspek yang melibatkan kepentingan kaum yang berbeza. Suruhanjaya Reid telah dipertanggungjawabkan dalam merangka sebuah perlembagaan baru untuk Tanah Melayu menerima pelbagai pandangan, cadangan serta bantahan dari pelbagai pihak. Ia telah memberi penekanan kepada beberapa aspek yang penting termasuklah soal kewarganegaraan, kedaulatan sultan Melayu, kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu.

Idea kontrak sosial bermula di Eropah pada abad ke-17 dan ke-18 dan di pelopori oleh tokoh-tokoh seperti Jaque Rousseau, John Locke and Thomas Hobbes. Pada dasarnya, ia merujuk kepada persetujuan bersama di kalangan rakyat sesebuah negara berkaitan dengan hak dan tanggungjawab mereka. Di mana manusia dikatakan mempunyai nafsu yang tinggi terhadap kekuasaan, kekayaan, kehormatan dan pengetahuan dan ia disifatkan sebagai tidak terbatas. Lantaran itu, perlu wujudnya satu mekanisme bagi mengawal keinginan manusia tersebut dalam usaha mewujudkan keselamatan serta kestabilan dalam negara.

Perkembangan dalam kontrak sosial itu selaras dengan tanggapan Rousseau (1712-1778) yang berpendapat bahawa manusia pada dasarnya adalah sama tetapi faktor moral mencipta ketidaksamaan maka timbullah hak-hak istimewa yang dimiliki oleh golongan tertentu dan ia bakal dipergunakan untuk menindas yang lain.

Istilah kontrak sosial mula mewarnai politik negara pada tahun 1986 dan ia digunakan buat kali pertama oleh ahli parlimen UMNO, Abdullah Ahmad yang menegaskan bahawa kemerdekaan negara serta kesinambungan politik Malaysia berdasarkan kepada sistem politik yang didominasi orang Melayu. Oleh itu kedudukan orang Melayu dalam politik Malaysia perlu dipelihara dan sebarang usaha untuk menghapuskannya mahupun mempertikaikannya bakal mengugat kestabilan negara.

Oleh yang demikian, konsep ketuanan Melayu yang dianggap sebagai pelindung orang Melayu dan dikaitkan dengan hak raja-raja Melayu sebagai pemerintah negara sering menimbulkan perasaan kurang senang kaum lain dan ia jelas bercanggah dengan perlembagaan negara yang menekankan persamaan hak bagi semua warganegara tanpa diskriminasi terhadap mana-mana bangsa mahupun agama. Malahan konsep ketuanan Melayu dilihat sebagai satu elemen yang berunsur negatif yang melemahkan orang Melayu dan ia bersifat perkauman.

Kontrak sosial merupakan satu persetujuan bersama di kalangan pemimpinpemimpin berbilang kaum dalam menentukan hala tuju negara ketika era kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu pakatan murni yang libatkan toleransi antara kaum. Namun begitu kontrak sosial sering dimanipulasi oleh ahli-ahli politik demi kelansungan politik masingmasing. Tindakan sedemikian telah menimbulkan pelbagai permasalahan yang begitu kompleks dan sering mengakibatkan ketegangan hubungan antara kaum.

2. Sejarah pembentukkan penggubalan perlembagaan sehingga penubuhan Malaysia.

Sejarah perlembagaan Malaysia bermula apabila Sultan menandatangani Perjanjian Pangkor pada 10 September 1877 di Pulau Pangkor. Merupakan perjanjian bertulis antara negeri Perak dengan British. Perjanjian tersebut menjadi kesinambungan kepada pembentukan perlembagaan Malayan Union. Pada tahun 1946, jawatankuasa kerja telah diadakan dan dianggotai oleh 4 orang wakil Raja Melayu, 2 wakil UMNO, 6 wakil pegawai British. Tugas utamanya adalah untuk merangka perlembagaan baru yang boleh diterima orang Melayu. Seterusnya jawatankuasa rundingan juga telah diadakan dan dianggotai oleh 5 orang Eropah, 2 orang Cina, 2 orang India. Peranan jawatankuasa ini adalah untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai draf perlembagaan.

Jawatankuasa kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan yang dicadangkan dan Kerajaan British akhirnya menerima perlembagaan tersebut dan dilaksanakan pada 21 Januari 1948 bagi menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan ini dilakukan melalui perjanjian yang dinamakan Perjanjian Persekutuan. Dalam perjanjian tersebut terdapat beberapa perubahan penting yang dilakukan dalam Perlembagaan Persekutuan 1948. Berikutan perjanjian tersebut Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undangundang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masingmasing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutuan 1948. seterusnya, jawatankuasa hubungan antara kaum iaitu CLC memainkan peranan untuk memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum.

Hasil kegiatan politik dan tuntutan daripada pelbagai parti dan kumpulan politik pada penghujung tahun 1940-an dan awal 1950-an telah memaksa kerajaan Inggeris 3

memutuskan untuk mengadakan satu pilihan raya bagi kawasan Perbandaran Kuala Lumpur pada Jun 1955. Pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan yang mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.

Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan tersebut terdiri daripada 4 orang wakil parti Perikatan, 4 orang wakil Rajaraja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. Wakil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah mencapai persefahaman sebelum mereka tiba di London. Dalam rundingan yang berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956, persetujuan telah dicapai iaitu melaksanakan penubuhan segera Persekutuan Tanah Melayu berpemerintahan sendiri dan kemerdekaan yang sepenuhnya.

Pada bulan Mac 1956, satu Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk bagi mengkaji dan merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat. Jawatankuasa yang diketuai oleh Lord Reid ini turut dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, En. B. Malik dan En. Abdul Hamid. Suruhanjaya ini berfungsi untuk mengesyorkan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen, mengadakan majlis mesyuarat dwi-dewan dan mempunyai Kerajaan Persekutuan yang kuat. Syor Suruhanjaya ini dibuat dengan mengambil kira unsureunsur tradisi masyarakat Melayu di Tanah Melayu pada masa tersebut. Suruhanjaya ini juga diminta menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah kaumkaum lain. Semasa proses merangka rang undang-undang yang dimaksudkan, suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 118 kali persidangan telah diadakan. Selain itu, suruhanyaya juga telah menerima 131 memorandum yang dikemukakan oleh parti-parti politik, pertubuhan dan orang ramai. Antara 131 memorandum yang bertulis, dua daripadanya telah dikemukakan oleh Rajaraja Melayu dan parti Perikatan.

Pada bulan Februari 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan yang pertama diumumkan tetapi ia telah mendapat banyak tentangan. Justeru satu lagi jawatankuasa 4

yang terdiri daripada 11 orang ahli, iaitu 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 4 orang wakil Kerajaan Perikatan, Pesuruhanjaya Tinggi British, Ketua Setiausaha dan Peguam Negara telah dibentuk untuk mengkaji semula perlembagaan tersebut.

Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. Tarikh penguatkuasaannya adalah bersempena pengisytiharan Kemerdekaaan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan terbentuk hasil toleransi pelbagai kaum di negara ini, terutamanya tiga kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India.

Penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan referendum di Singapura terdiri daripada 2 orang wakil British dan 2 orang wakil kerajaan. Tujuan suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak untuk membina satu perlembagaan baru.

Pada bulan Julai 1963, satu lagi perjanjian telah ditandatangani di London, di antara kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.

3. Perbincangan kepentingan kewujudan kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Hari ini, Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa yang hidup dalam suasana harmoni dan aman damai. Keadaan ini adalah hasil daripada sikap toleransi dan persefahaman antara kaum yang wujud semenjak British memberikan kemerdekaan kepada kita sehingga hari ini.

Sebelum itu, untuk pergi lebih lanjut kita harus memahami konsep kontrak ini terlebih dahulu untuk mendalami sosial hubungan etnik di Malaysia. Kontrak ini adalah suatu tindakan yang dilakukan oleh dua atau lebih pihak yang mana masing-masing pihak yang ada didalamnya dituntut untuk melakukan satu atau lebih perjanjian. Dalam pengertian demikian kontrak merupakan perjanjian. Namun demikian kontrak

merupakan perjanjian yang berbentuk tertulis. Ia juga adalah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara 2 pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan.

Saya percaya bahawa setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil. Keperluan perlembagaan menjadi lebih ketara dalam sebuah negara yang berbilang etnik seperti negara Malaysia. Pada pendapat saya, perlembagaan diperlukan untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara serta melindungi kepentingan semua kumpulan etnik.

Jika diimbas semula peristiwa sebelum merdeka, dengan adanya kontrak sosial inilah, maka rundingan ke arah kemerdekaan dapat berjalan dengan licin dan teratur melalui semangat permuafakatan yang akhirnya menghasilkan satu perlembagaan yang dapat diterima oleh semua kaum pada tahun 1957. Semangat permuafakatan itu masih dapat dilihat sehingga kini pada prinsip-prinsip asas yang terkandung dalam perlembagaan itu, terutamanya perkara yang menyentuh unsur-unsur tradisi dan peruntukan tentang kewarganegaraan. Secara langsungnya, melalui penerapan unsurunsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan ini boleh juga ditafsirkan sebagai kontrak sosial kepada rakyat Tanah Melayu.

Sebagai contoh, Perlembagaan Persekutuan 1957 juga membuka ruang kepada kaum bukan Melayu untuk diterima menjadi warganegara Persekutuan dengan diberi hak dan kedudukan yang sama dengan penduduk peribumi, serta menikmati semua peluang lain seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini merujuk kepada ketuanan penduduk peribumi Tanah Melayu iaitu orang Melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak. Kedudukan istimewa orang Melayu ini termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini, yang di-Pertuan Agong bertanggungjwab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak, serta kepentingan sah kaum-kaum lain.

Dengan itu, saya amat bersetuju bahawa kontrak sosial memainkan peranan penting di dalam menjaga dan mempertahankan prinsip ketuanan Melayu. Kontrak ini sebenarnya telah dipersetujui dahulu dan ia adalah perjanjian antara orang Melayu dengan orang bukan melayu di dalam kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta pemberian hak kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu. Namun penekanan yang lemah tentang perkara ini telah menyebabkan ramai golongan muda sekarang tidak mengetahui perkara ini. Sepatutnya golongan bukan Melayu dan Bumiputera harus tahu bahawa kontrak sosial ini masih digunapakai dan perlu diikuti setiap masa. Namun dewasa ini, perkara ini telah diambil mudah dan menyebabkan ramai pihak lupa akan perkara ini maka wujudlah pelbagai ancaman dan soal hak keistimewaan orang Melayu dan kaum bumiputera dipertikaikan.

Dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, kontrak sosial ini lebih kepada untuk mencapai perpaduan kaum ketika itu. Kewujudan kontrak sosial ini bukannya menjaga kepentingan ketuanan Melayu sahaja malah kontrak sosial ini bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing-masing. Kontrak ini juga jelas untuk memastikan kepentingan majoriti dan minoriti diambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing. Sehubungan dengan itu, kontrak ini akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak maka amat penting untuk memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun untuk memenuhi kepentingan yang berpanjangan. Setelah dipersetujui, pelaksanaan kontrak ini perlu dipatuhi oleh semua pihak dan memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhinya akan menyampaikannya kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa hadapan. 7

Antara isi kandungan kontrak sosial yang dianggap penting ialah orang Melayu menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara iaitu berasaskan prinsip Jus Soli. Seterusnya, orang Cina dan India mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan dan pengantara tetapi bahasa lain boleh digunakan. Orang Cina dan India mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan dan agama lain bebas untuk dianuti. Kemudian, orang Cina dan India mengiktiraf kedaulatan Raja-Raja Melayu dan mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu. Kandungan kontrak ini tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak kerana perjanjian telah dipersetujui untuk mendapatkan kewarganegaraan di Tanah Melayu ketika itu.

Bagi saya, kontrak sosial ini memang merupakan tindakan bijak yang dilakukan oleh ketiga-tiga pemimpin kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, India, dan Cina dalam menjadikan rakyat Tanah Melayu yang pada masa itu berkerjasama dan hidup sebagai satu komuniti masyarakat yang aman dan harmoni walaupun pada masa itu rakyat Tanah Melayu terlalu bersikap pasif terhadap satu sama lain. Pada masa yang sama, setiap kaum hanya mementingkan keadaan dan keperluan kaum masing-masing

sahaja. Oleh itu, perasaan cinta kepada Tanah Melayu masih belum terpahat dalam diri rakyat bukan Melayu. Ini seterusnya membawa kepada pembentukan perjanjian yang tidak bertulis yang telah membawa kepada permuafakatan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Malah kontrak sosial ini pada dahulunya telah menjamin keamanan negara sehingga ke hari ini.

Boleh dikatakan bahawa pemimpin pada zaman dulu telah mengambil langkah yang bijak dengan mewujudkan kontrak sosial yang terus diikuti walaupun tiada bukti hitam putih yang menyatakan perkara tersebut. Permuafakatan antara kaum akan terus terpelihara jika semua orang mengetahui tentang kontrak sosial ini dan terus mengikutinya. Saya juga harus mengingatkan diri saya bahawa kontrak sosial ini masih digunapakai sehingga ke hari ini dan bertanggungjawab untuk memberikan pendedahan kepada generasi yang akan datang.

4. Rumusan

Sebagai kesimpulan, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu cara hidup yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam kepelbagaian berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu.

Formula ini sebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan, yang diamalkan secara bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan inspirasi untuk membawa Malaysia muncul dalam peta dunia sebagai sebuah negara maju.

Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat kontrak sosial ini dengan menolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme, dan pada masa yang sama terus memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini dalam satu ikatan yang erat dan bersatu padu serta mengadunkannya dalam acuan tersendiri yang unik dan menyenangkan.

Dalam kata-kata yang ringkas, kontrak sosial menjunjung semangat keadilan dan perpaduan berasaskan kepada prinsip duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Dan inilah semangat kontrak sosial yang perlu kita pertahankan bersama dalam sebuah masyarakat majmuk di Malaysia.

5. Refleksi

Sepanjang pelaksanaan projek ini, banyak yang telah saya pelajari dan menerapkan nilai tambah bagi diri saya sendiri. Antaranya ialah semangat cintakan tanah air yang lebih mendalam setelah menghayati sejarah lampau Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan. Bukan mudah untuk mencapai kemerdekaan dengan keadaan persekitaran yang tidak mengizinkan dan memerlukan jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengelakkan perpecahan kaum di Malaysia. Dalam penulisan ini, kenapa keharmonian perlu dijaga dan disuburkan sebagai agenda utama terpenting di negara ini. Pada pendapat saya, sebelum kita mencapai keharmonian negara, perpaduan kaum perlu dikukuhkan terlebih dahulu kerana perpaduan merupakan tonggak utama kepada pembangunan nilai murni yang lain.

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai rintangan dan kekangan yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tidak lupus ditelan zaman yang semakin mencabar dalam dunia teknologi sains. Sebagai rakyat Malaysia, saya amat berbangga dengan usaha kerajaan yang berpendirian tetap untuk mencapai kemerdekaan sendiri.

Berbalik kepada persoalan pertama saya iaitu kenapa keharmonian perlu dijaga kerana keharmonian dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar kepada kita,

10

masyarakat Malaysia wajar mengekalkan keharmonian negara demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.

Di samping itu, saya amat menyokong keharmonian negara perlu dijaga kerana dapat membangunkan ekonomi negara. Keharmonian yang ditunjukkan oleh

masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan penuh perpaduan di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, keharmonian yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia setaraf dengan negara lain.

Saya juga ingin mencadangkan pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk keharmonian negara. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk keharmonian supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 56 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.

Dalam nada yang sama, keharmonian amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi pelbagai kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya merungkai satu masalah yang membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah memusuhi kaum yang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak positif daripada formulasi ini, wujud semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar. Intihannya, usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk keharmonian dalam pelbagai kaum. 11

Justeru itu, keharmonian negara kita ini perlu disuburkan lagi dengan mengambil inisiatif atau langkah mengekalkan keharmonian negara. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biar dari rebungnya. Kerajaan perlu menyemai keharmonian bermula dari pendidikan dengan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum sebagaimana jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan menjadi cabaran negara dalam usaha untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Manakala hasrat penubuhan Sekolah Kebangsaan telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan negara.

Selain itu, kerajaan juga telah menyuburkan lagi semangat keharmonian negara dengan mencipta Gagasan 1 Malaysia. Pada pendapat saya, 1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin keharmonian dan kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain 1 Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Di sini dapat saya rumuskan bahawa 1 Malaysia bukan sahaja untuk keharmonian negara sebaliknya 1 Malaysia juga menghargai dan menghormati prinsipprinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti hubungan etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1 Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat yang harmoni dalam satu negara. Di sini saya juga ingin menyatakan rasa kesyukuran saya terhadap keharmonian yang dicapai oleh masyarakat Malaysia.

12