Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN FARTLEK Latihan fartlek barmaksud speed play adalah sejenis latihan dayatahan yang telah mula diperkenalkan

di negara Sweden. Fartlek merupakan perkataan Swedish yang bererti permainan dengan kelajuan. Pengasasnya ialah gosta Holmer yang menggunakan jenis latihan ini dalam tahun 1930-an. Spark dan Bjorklund (1984) menganggapkan latihan ini sebagai latihan jeda yang tidak berstruktur dan tanpa peraturan. Secara asas latihan ini berdasarkan kepada perubahan kelajuan dalam sesi latihan; variasi fasa lambat, sederhana dan cepat. Secara mendalam ia melibatkan gabuangn larian berterusan uang bertempodengan kelajuan, stamina dan rehat. Katz (1988) mencadangkan untuk mencapai kesan latihan, kadar nadi latihan mencapai tahap hamper 75% semasa fasa cepat. Ia juga dikatakan sebagai latihan berterusan dengan pecutan. Sebagai contoh pecutan selama 5-10 saat setiap 2-3 minit dalam satu sesi latihan. Satu sesi latihan Fartlek boleh mengambil masa 45 minit hingga 2 jam.Latihan ini biasanya dijalankan di kawasan luar dengan keadaan permukaan tanah yang tinggi rendah. Selain meningkatkan keupayaan daya tahan kardiovaskular, latihan ini juga berupaya meningkatkan keupayaan daya tahan otot. Latihan ini boleh dianggap sebagai latihan jeda tidak rasmi dan diperkenalkan penghujung musim persediaan umum sehingga awal musim persediaan khusus. CONTOH LATIHAN FARTLEK 1. Watson Fartlek (sesuai untuk acara 10000m, 5000m, 3000m) 2. Satlin Fartlek (sesuai untuk acara 1500, 3000m, 5000m) 3. Asrtand Fartlek (800m) 4. Gerschler Fartlek 5. Hill Fartlek 6. Whistle Fartlek (jurulatih menggunakan wisel untuk mengawal sesi latihan) JENIS LATIHAN FARTLEK a. Fartlek Terkawal ( Structured Fartlek ) berada dalam grid yang telah ditetapkan dan tidak jauh. Jarak, laluan, tahap, kelajuan larian dan kesukaran telah ditetapkan. b. Fartlek Bebas ( Natural Fartlek )

tiada grid latihan yang khusus dalam satu-satu set latihan dan jarak yang jauh (4 hingga 8 km). Contohnya larian mengelilingi kampung atau merentas desa, larian tepi pantai, sawah dan lain-lain.

Jarak dan laluan boleh ditetapkan tetapi tahap kesukaran dan kelajuan larian tidak ditetapkan. Ianya bergantung kepada kemampuan individu. Namun begitu ianya mestilah mempunyai disiplin yang tinggi agar ia mendapat faedah daripada latihan yang dijalankan (Norman Brook,1987).

OBJEKTIF LATIHAN FARTLEK a. Meningkatkan dan mengekalkan daya tahan kardiovaskular pemain b. Membina daya tahan otot serta meningkatkan keupayaan untuk melakukan aktiviti pada tahap tinggi. c. Membina dan meningkatkan kepantasan, kekuatan dan kelenturan. d. Berupaya menghindarkan kelesuan serta kebosanan semasa latihan. e. Memberi kesempatan tubuh badan berehat sebelum menjalankan aktiviti seterusnya. f. Membentuk disiplin kendiri ketika melakukan latihan. g. Meningkatkan keupayaan untuk pulih dengan cepat daripada aktiviti yang berat.