Anda di halaman 1dari 9

3.

PERANAN

MATEMATIK

DALAM

TEKNOLOGI

MODEN

DAN

AKTIVITI

BUDAYA/HARIAN

Perkataan matematik dipinjam daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu mathematics sebenarnya berasal dari Yunani (mthma), yang bermaksud mempelajari, menimba, sains dan seterusnya menjurus kepada makna yang lebih spesifik dan lebih teknikal iaitu yang bermaksud "bidang matematik". Kata adjektifnya adalah (mathmatiks), yang berhubung dengan pembelajaran atau sesuatu yang dipelajari, yang maksudnya lebih berbentuk matematikal. Dalam perkara tertentu, (mathmatik tkhn), dalam bahasa Latin ars mathematica, bermaksud seni matematik (Wikipedia, 2012). Matematik muncul daripada pelbagai jenis masalah yang melibatkan pengiraan. Pada mulanya masalah ini ditemui dalam bidang perniagaan, pengukuran tanah dan kemudiannya astronomi. Sehingga hari ini matematik memainkan peranan yang amat penting dalam teknologi dan aktiviti seharian manusia. Antara contoh yang dapat diperhatikan mengenai peranan matematik di dalam teknologi adalah pengaplikasian Fibonacci numbers atau juga yang dikenali sebagai golden ratio di dalam pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit yang terdapat pada waktu ini. Bentuk yang dibina berdasarkan golden ratio (1:1.618) dikatakan sangat menarik untuk dipandang selain kestabilan yang sempurna dari segi sifat simetri dan asimetrinya. Dengan binaan yang stabil, sesebuah bangunan itu akan dapat bertahan sekiranya berlaku gempa bumi ataupun bencana alam yang lain seperti taufan dan tsunami. Antara contoh bangunan yang dibina berdasarkan nombor Fibonacci ini adalah Piramid di Giza yang dibina pada BC 2540 dan masih kekal bertahan sehingga kini. Untuk bangunan pada zaman moden pula, bangunan United Nation di New York merupakan contoh bangunan yang menggunakan golden ratio ini dalam pembinaannya. Selain itu, matematik juga digunakan secara meluas di dalam bidang perkomputeran. Hal ini dapat diperhatikan melalui penggunaan sistem binary di dalam komputer. Istilah binary bermaksud dua, oleh itu sistem nombor binary adalah

sistem nombor yang berdasarkan kepada dua nombor sahaja iaitu 0 dan 1. Komputer digital beroperasi berdasarkan kepada dua keadaan iaitu on dan off. Kedua-dua keadaan ini mewakili adanya kehadiran arus elektrik atau tiada arus elektrik di dalam litar. On diberi nilai sebagai 1 dan mewakili kehadiran arus elektrik manakala off diwakili oleh 0 dan membawa maksud tiada arus elektrik. Namun mengapakah sistem binary digunakan dan bukannya sistem decimal sedangkan sistem decimal boleh mewakili nombor yang lebih besar dengan lebih mudah? Jawapannya mudah sahaja, iaitu pada masa kini kita masih belum berupaya untuk menghasilkan komponen elektrik yang dapat mewakili 10 keadaan suis yang berbeza dan oleh yang demikian sistem binary digunakan kerana ianya lebih mudah untuk membezakan keadaan kehadiran dan ketiadaan arus elektrik terutamanya apabila sesebuah sistem itu beroperasi dengan sambungan elektrik yang banyak. Sejak dahulu lagi matematik digunakan di dalam bidang astronomi dan keadaan ini berterusan sehingga kini. Konsep matematik iaitu persamaan pembezaan digunakan di dalam bidang astronomi dalam menganggar dan meramal pergerakan objek langit. Konsep ini digunakan untuk meramal pergerakan objek-objek langit seperti planet, komet dan asteroid untuk membolehkan kita membuat langkahlangkah persediaan sekiranya terdapat ancaman yang datang daripada objek-objek tersebut. Contohnya, meletupkan asteroid yang berpotensi untuk berlanggar dengan Bumi untuk mengelakkan berlakunya keadaan yang lebih buruk. Dengan meramal pergerakan objek-objek di langit, kita juga dapat meneroka alam semesta dengan lebih meluas lagi dan mungkin berpotensi untuk mencari planet baru untuk didiami sekiranya Bumi tidak dapat menampung populasi manusia lagi pada masa akan datang. Kebolehan untuk meramal pergerakan objek langit juga dapat memberikan kita kelebihan untuk memahami sistem cakerawala kita dengan lebih mendalam lagi. Matematik juga sangat berguna dalam dunia permotoran. Dengan menggunakan matematik, kita dapat mencipta sesuatu benda yang baru dan lebih efisien dalam membantu kita menjalankan aktiviti-aktiviti seharian. Sebagai contoh adalah, penggunaan persamaan Navier-Stokes dalam bidang permotoran. Dengan berpandukan kepada persamaan ini, kita dapat mencipta sebuah kenderaaan yang

lebih bersifat aerodinamik kerana persamaan Navier-Stokes memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan mekanik bendalir yakni aliran udara di sekeliling kapal terbang ataupun sesebuah kereta. Kebolehan mencipta kenderaan yang bersifat aerodinamik akan memberikan kita kelebihan dalam mengurangkan geseran, pengurangan tenaga yang digunakan serta meningkatkan hadlaju sesebuah kenderaan. Ini secara tidak langsung akan memberikan impak kepada masyarakat dunia, kerana dengan pengaplikasian matematik dalam penciptaan kenderaan bermotor seperti ini, kita akan dapat mencipta sesuatu yang baru dan lebih efisien dengan hanya menggunakan kos yang sedikit. Peranan matematik di dalam teknologi moden juga dapat dilihat di dalam permodelan matematik contohnya penggunaan model populasi matriks dalam pertumbuhan sesebuah populasi. Dengan menggunakan model ini kita akan dapat meramal pertumbuhan populasi di dalam kehidupan liar ataupun populasi manusia sendiri. Populasi matriks merupakan model populasi yang menggunakan matriks algebra yang mengeneralisasikan semua populasi melalui satu persamaan mudah iaitu . Rasionalnya penggunaan permodelan ini adalah untuk membuat anggaran dalam sesebuah populasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan dapatan yang diperolehi. Contohnya, dengan mengambil kira kadar pertumbuhan populasi sejenis virus, kita akan dapat meramalkan kadar jangkitan sesebuah penyakit dan dapat mengambil tindakan pencegahan dengan lebih berkesan lagi. Contoh lain yang dapat dilihat melalui pengaplikasian ini adalah dengan meramal kadar pertumbuhan populasi manusia dan mengambil tindakan sewajarnya dalam menyediakan keperluan asas manusia seperti makanan dan tempat tinggal untuk menggelakkan musibah seperti kebuluran daripada berlaku pada masa hadapan. Selain memainkan peranan penting di dalam teknologi moden, pengaplikasian matematik juga tidak kurang pentingnya dalam aktiviti seharian manusia . Salah satu daripada contoh pengaplikasian matematik di dalam kehidupan seharian adalah seperti memasak. Tidak dapat dinafikan bahawa bukan semua orang mempunyai bakat di dalam masakan, namun semua manusia juga adalah pemakan. Oleh itu akan tiba suatu ketika di mana kita perlu belajar untuk mengikuti resepi untuk menyediakan

keperluan makanan harian kita. Konsep matematik yang dapat diaplikasikan di dalam makanan adalah nisbah iaitu hubungan bahan-bahan yang diperlukan di dalam sesebuah resepi untuk menghasilkan hasil masakan yang baik. Contohnya, jika terlalu banyak tepung semasa membuat biskut sudah pasti biskut itu akan menjadi keras seperti batu dan sekiranya pula kita terlebih meletakkan gula maka biskut itu menjadi terlalu manis dan tidak sedap dimakan. Dengan mempunyai pengetahuan konsep nisbah yang baik kita akan dapat menjadikan sesebuah resepi masakan yang mulanya dibuat untuk hidangan seorang menjadi hidangan untuk 12 orang. Contohnya, bagi resepi membuat sekeping biskut nisbah gula dan tepung adalah 1:3, dan dengan berbekalkan dengan pengetahuan matematik, kita akan dapat membuat 12 keping biskut yang serupa dengan mengubah nisbah tepung dan gula yang setara iaitu 12:36. Dengan demikian, biskut yang dimasak akan tetap mempunyai rasa yang sama. Pengaplikasian matematik dalam kehidupan seharian yang lain adalah seperti menghias rumah. Katakanlah, seseorang itu baru berpindah ke sebuah rumah yang baharu dan ingin menggantikan lapik dinding yang baharu dan lebih menarik. Dengan pengetahuan matematik di dalam bidang pengukuran, sudah pasti kita akan dapat membeli dan menyediakan lapik dinding yang baharu dan sesuai dengan keluasan rumah yang kita diami. Melalui cara seperti ini, pembaziran wang tidak akan berlaku dan bahan yang dibeli juga dapat digunakan dengan semaksimum yang mungkin. Mengambil contoh yang mudah, katakan bahawa keluasan rumah baharu yang ingin diganti lapik dindingnya adalah 22 kaki panjang dan 12 kaki lebar. Untuk membeli lapik dinding yang baharu, kita bolehlah menggunakan persamaan luas iaitu

A(area)=W(width) X L(length) dan akan memperolehi jawapan A=264 kaki persegi. Oleh yang demikian, kita mengetahui bahawa luas dinding yang perlu dilapik adalah 264 kaki persegi iaitu bersamaan dengan luas lapik dinding baharu yang perlu dibeli nanti. Matematik juga boleh diaplikasikan di dalam kehidupan seharian dengan menganggar masa perjalanan yang perlu diambil untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat. Katakanlah, saya perlu memandu dari bandar A ke bandar B untuk menghadiri sebuah temuduga. Jarak dari bandar A ke bandar B adalah 120 km dan temuduga yang saya akan hadiri bermula pada jam 8:00 pagi. Sekiranya saya

memandu dengan hadlaju 60km sejam, saya akan dapat menganggar masa yang diperlukan untuk sampai ke bandar B dengan menggunakan persamaan masa = jarak/hadlaju. Melalui persamaan tersebut saya akan dapat mengetahui bahawa masa yang diperlukan untuk sampai ke bandar B adalah selama 2 jam. Oleh yang demikian, untuk tiba ke temuduga tepat pada waktunya saya harus memulakan perjalanan pada pukul 6:00 pagi dan dengan cara ini saya tidak akan memandu secara tergesa-gesa dan cuai kerana ingin mengejar waktu. Selain daripada itu, pengaplikasian matematik yang dapat dilihat di dalam kehidupan seharian adalah penggunaan aritmetik mental semasa membeli belah di gedung membeli belah. Dengan mengaplikasikan aritmetik mental, saya akan dapat menganggar jumlah harga bahan yang dibeli dengan duit yang ada pada saya. Melalui cara yang mudah ini, saya akan dapat mengelakkan daripada berbelanja lebih daripada wang yang saya peruntukkan untuk dibelanjakan. Selain daripada itu, saya juga akan dapat memilih bahan-bahan yang menawarkan harga diskaun yang lebih murah dengan menggunakan aritmetik mental itu tadi. Dengan cara ini, bukan sahaja saya akan dapat menjimatkan wang, malahan akan dapat mengelakkan diri daripada ditipu dengan iklaniklan palsu yang ditawarkan oleh kedai-kedai yang bijak berniaga. Pengaplikasian matematik yang terakhir dalam kehidupan seharian adalah melalui simpanan bank dan bayaran kredit kad. Pada masa kini, terdapat banyak bank-bank yang menawarkan pinjaman-pinjaman kewangan serta kelebihan

menyimpan di dalam bank mereka. Namun demikian, jika mempunyai asas matematik yang kukuh, seseorang itu akan dapat memilih bank yang paling baik untuk membuat pinjaman dan menyimpan wang mereka untuk menikmati kadar bunga yang tinggi dan ini akan dapat menambahkan wang simpanan mereka secara tidak langsung. Secara kesimpulannya, matematik memainkan peranan yang sangat penting di dalam kehidupan seharian kita serta di dalam perkembangan teknologi moden. Oleh yang demikian, seseorang itu harus sentiasa berusaha untuk menguasai asas-asas di dalam matematik agar tidak ketinggalan dengan perkembangan dunia masa kini.

6.0 RUMUSAN

Tugasan projek MTE 3114 ini telah mendedahkan kepada pelatih beberapa perkara yang penting di dalam matematik. Antara objektif projek ini adalah mengkaji peranan matematik dalam dunia teknologi moden, menjelaskan pemahaman matematik dan aplikasinya serta pengaplikasian proses matematik dalam menyelesaikan masalah. Melalui tugasan projek ini, pelatih telah membuat pembacaan yang meluas mengenai peranan matematik di dalam dunia teknologi moden dan ini telah sedikit sebanyak membantu pelatih untuk menambahkan pengetahuan sedia ada dalam diri masing-masing. Sebagai contoh, melalui pembacaan yang dilakukan, pelatih telah mengetahui tentang asal-usul nombor Fibonacci serta aplikasinya di dalam binaan bangunan. Selain itu, pelatih juga berjaya menambahkan pengetahuan yang lebih mendalam di dalam sistem binari yang terdapat di dalam komputer. Tugasan projek ini juga telah banyak membantu pelatih dalam memahami model mangsa dan pemangsa secara lebih mendalam lagi. Melalui tugasan projek yang kedua itu, iaitu pembentukan model matematik, pelatih bukan sahaja berpeluang untuk belajar mengenai model-model yang ada di dalam matematik tetapi juga berpeluang untuk membentuk model sendiri dan membandingkannya kepada keadaan yang sebenar. Selain itu, tugasan projek ini juga telah membantu pelatih memahami dengan lebih baik lagi mengenai paradoks Zeno dan penghampiran dan penentuan luas bulatan oleh Archimedes. Selain itu, pelatih juga berupaya untuk menggilap kembali pengetahuan berkaitan dengan GSP melalui penyiapan tugasan projek ini. Secara kesimpulannya, tugasan projek ini sangat releven untuk dilaksanakan memandangkan pelatih banyak memperolehi pengetahuan-pengetahuan baru serta menambah penguasaan mereka dalam subjek MTE 3114 ini semasa menyiapkan tugasan-tugasan projek yang diberikan.

REFLEKSI (FAIZAL DORIOUS)

Sepanjang proses saya menyiapkan tugasan projek ini, saya telah memperolehi banyak pengetahuan-pengetahuan yang baru dan berguna kepada saya dalam memahirkan dan menguasai subjek MTE 3114 ini. Antara pengetahuan baru yang saya perolehi dalam proses menyiapkan tugasan projek ini adalah mengenai dengan persamaan Navier-Stokes yang diterbitkan dari persamaan Newton dan digunakan di dalam dunia permotoran dan juga kaji cuaca. Melalui pembacaan yang saya lakukan, persamaan ini adalah untuk mengira mekanik bendalir yang berlaku yakni aliran udara yang berlaku di sekeliling kapal terbang dan juga kereta. Selain itu, saya juga telah menambah pengetahuan mengenai nombor Fibonacci yang digunakan dalam pembinaan serta rasional dalam penggunaannya. Melalui tugasan projek ini juga saya telah menambahkan pengetahuan saya berkaitan dengan model-model yang terdapat di dalam matematik seperti model mangsa pemangsa. Selain itu, saya juga berjaya menambahkan pengetahuan saya tentang wujudnya sebuah kajian di Isle Royale berkaitan dengan model mangsa pemangsa ini yang hampir menepati model asal yang diperkenalkan oleh LotkaVolterra. Model mangsa pemangsa yang dijalankan di Isle Royale ini merupakan sebuah kajian mengenai mangsa pemangsa yang paling lama sekali direkodkan iaitu selama 50 tahun. Saya juga berasa bangga kerana melalui tugasan projek ini saya berjaya membina model matematik dan menerangkannya dengan terperinci. Selain itu, pembacaan saya berkaitan dengan model mangsa pemangsa ini juga telah menyedarkan saya bahawa interaksi antara mangsa dan pemangsa sangat penting dalam memastikan keseimbangan sesebuah ekosistem dan harus tidak diganggu sama sekali. Tugasan projek ini juga sedikit sebanyak telah membantu saya membuat ulangkaji berkaitan dengan paradoks Zeno yang pertama di mana saya dapat mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh Zeno semasa membuat teorinya itu. Selain itu, saya juga berjaya mengingat kembali cara untuk membuat penghampiran

dan penentuan luas bulatan seperti yang dilakukan oleh Archimedes. Melalui tugasan yang dilakukan, saya dapat menyimpulkan bahawa, semakin banyak sisi sesebuah poligon itu, semakin hampir nilai yang akan dapat diperolehi kerana poligon yang mempunyai sisi yang banyak akan semakin menghampiri bulatan. Selain itu, kerja projek ini juga telah membantu saya mengingat bahawa untuk luas bulatan merupakan purata luas poligon dalam dan poligon luar. Akhir sekali, saya sedar bahawa apa yang saya perolehi semasa menyiapkan tugasan projek hanyalah merupakan sedikit sahaja berbanding dengan keseluruhan sukatan pelajaran yang terkandung dalam subjek MTE 3114 ini. Oleh yang demikian saya berjanji kepada diri saya sendiri untuk terus belajar untuk memastikan kecemerlangan di dalam subjek ini akan dapat saya capai pada akhir semester nanti.

NIMBioS. (2010). Modeling Predator-Prey Relationships in Soil dilayari pada 30 September 2012 di http://www.nimbios.org/education/predator_prey_module

Insight Maker. (2009). Isle Royale predator prey simulation dilayari pada 30 September 2012 di http://insightmaker.com/insight/2068

Wikipedia. (2012). Wolves and Moose on Isle Royale dilayari pada 30 September 2012 di http://en.wikipedia.org/wiki/Wolves_and_moose_on_Isle_Royale

Vucetich J A & Peterson R O. (2012). The population biology of Isle Royale wolves and moose: an overview dilayari pada 30 September 2012 di

http://isleroyalewolf.org/population_dynamics

United States National Park Service. (2006). The wolves and moose of Isle Royale National Park, MI, USA dilayari pada 30 September 2012 di

http://sitemaker.umich.edu/section5group3/wolf_and_moose_populations_on_isl e_royale__mi

Wikipedia. (2012). Lotka-Volterra equation dilayari pada 30 September 2012 di http://en.wikipedia.org/wiki/Lotka%E2%80%93Volterra_equation