Anda di halaman 1dari 20

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES SEMESTER MAY 2013

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

ZAINURIN BIN BASRAN 780413016415001 780413016415 013-7503604 winr2045@yahoo.com Universiti Terbuka Malaysia Cawangan Johor Bahru.

PUSAT PEMBELAJARAN :

OUMM3203 Professional Ethics 2013


1.0. Pengenalan Pernahkah anda mendengar istilah tumbuk rusuk atau makan suap ? Apakah yang dimaksudkan oleh istilah-istilah tersebut ? mungkin satu persoalan yang agak remeh, tetapi persoalan inilah yang kini menjadi satu mimpi ngeri yang pastinya bersifat negatif terhadap individu dan masyarakat sekelilingnya. Jadi, apa yang dimaksudkan melalui persoalan di atas adalah satu gejala yang pastinya memusnahkan kesejahteraan cara dan gaya hidup sesuatu masyarakat iaitu gejala rasuah. Berbeza pada zaman terdahulu, jarang sekali kita mendengar berita-berita mengenainya baik di media cetak mahupun media elektronik bahkan jika ditanyakan kepada kanak-kanak sekolah pun ia tidak memberikan sebarang respon. Mereka langsung tidak mengetahuinya apakah itu rasuah. Tetapi kini, rasuah ini menjadi sesuatu yang sangat sensasi. Hari-hari tidak pernah luput berita mengenainya. Pasti artikelnya di muka hadapan akhbar- akhbar dan juga berita berita televisyen di seluruh dunia.

Tetapi, percaya atau tidak ada sumber menyatakan bahawa rasuah ini merupakan antara jenayah yang tertua di dunia di mana ianya merupakan penyebab utama kepada kejatuhan tamadun-tamadun agung dunia. Dinasti Ming dan Dinasti Qing di China juga musnah akibat masalah dalaman yang diakibatkan oleh penularan rasuah dikalangan pemimpin-pemimpinnya. Adakah anda mengingati Pak Suharto ? Bekas Presiden Indonesia yang menjadi dalang terhadap merudumnya ekonomi Indonesia ke tahap kronik di dunia akibat daripada permainan korupsi nya ( bahasa Indonesia ). Maka dapatlah dilihat serba sedikit tentang hubungan rasuah ini dengan pertumbuhan ekonomi. Pada penilaian anda, adakah rasuah ini mendatangkan sesuatu yang positif di dalam pertumbuhan ekonomi atau sebaliknya ? tapi percayalah sekiranya aliaran matawang dunia berjalan lancer tanpa adanya

OUMM3203 Professional Ethics 2013


gangguan rasuah dan sebagainya pastinya ekonomi dunia berada pada tahap yang benar-benar maksimum kestabilan dan keuntungannya.

1.2. Definisi Rasuah

Ada juga pendapat menyatakan bahawa perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi Al- Risywah di mana ianya dimaksudkan sebagai perbuatan jenayah seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Di dalam bahasa latin ianya disebut corruptio daripada kata kerja corrumpee yang bermaksud busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik dan menyogok.

Melalui kamus Concise Law Dictionary, P.G Osborne menyatakan seperti mana berikut : Giving or offering any reward to any person to influence his conduct or receipt of such reward .

Menurut John B. Saunders pula di dalam kamus Mozley And Whiteley Law Dictionary menyatakan , The taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty .

Melalui kamus Dewan Edisi Keempat perkataan rasuah ini dibahagikan kepada 2 bahagian untuk didefinisikan sepertimana berikut :

1. Rasuah didefinisikan sebagai pemberian untuk menumbuk rusuk ( menyogok dan menyuap ). 2. Perasuah pula didefinisikan sebagai orang yang memberi rasuah.

Istilah rasuah ini di dalam Bahasa Inggeris menurut Akta Pencegahan Rasuah 1997 adalah gratificationyang bermaksud Suapan dalam konteks rasuah meliputi pemberian wang, derma, hadiah, cagaran, jawatan, pelepasan cukai, pelepasan obligasi, balasan berharga atau tawaran. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan pengertian suapan dalam konteks yang lebih luas, iaitu:
3

OUMM3203 Professional Ethics 2013


a. Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

b. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

c. Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

d. Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

e. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

f. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi.

Melalui definisi-definisi dan pendapat di atas, dapat disimpulkan bahawa rasuah ini adalah merupakan salah satu jenayah kolar putih atau kesalahan undang-undang di mana seseorang itu mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.

OUMM3203 Professional Ethics 2013


1.3. Rasuah Dari Perspektif Islam

Rasuah merupakan sesuatu perbuatan yang amat keji dalam agama Islam. Pengamalnya pasti memperoleh balasan yang setimpal dengan perlakuan mereka ini. Rasuah adalah merupakan harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan di pihak manusia baik dari segi memperolehi keuntungan mahupun menghindari dari kemudaratan yang sepatutnya wajib dilaksanakan dan diselelesaikan tanpa sebarang imbalan atau ganjaran. Rasuah juga bolehlah dikategorikan sebagai upah yang diberi atau diminta setelah selesainya sesuatu yang diinginkan dengan jalan termudah ( mengikut niat pemberinya ). Pengharaman rasuah di dalam agama Islam adalah jelas berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Allah Subhanahu wa Taala berfirman di dalam surah Al Baqarah ayat 188 iaitu :

Yang bermaksud : Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan ( janganlah ) kamu membawa ( urusan ) harta itu kepada hakim,supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan ( jalan ) berbuat dosa, padahal kamu mengetahui.

Disebutkan juga di dalam hadis yang diriwayatkan oleh At- Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih iaitu ;

Yang membawa maksud : Rasulullah S.A.W telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan ( pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan sebagainya ) Penjelasan serba sedikit petikan dari Al-quran dan hadis di atas jelas menunjukkan bahawa amalan rasuah ini adalah satu amalan yang sangat terkutuk dan keji di sisi Allah S.W.T. malah ianya dikuatkan lagi dengan berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amr yang menjelaskan bahawa :
5

OUMM3203 Professional Ethics 2013

Rasulullah S.A.W mengutuk kedua-dua sogokan dan orang yang disogok. ( At-Tirmidzi )

Hadis ini menunjukkan bahawa amalan rasuah ini tergolong di dalam dosa-dosa utama yang tidak dikecualikan dari siksa kubur dan perlu dikutuk dan dikeji keseluruhannya kerana Hanya dosa-dosa besar dan kejahatan demi kejahatan layak untuk dikutuk dan dikeji.

1.4. Sejarah Rasuah

Amalan dan budaya

rasuah ini telahpun bertapak sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. boleh

Pengharaman memberi dan menerima rasuah ini sejak zaman Rasulullah S.A.W dibuktikan melalui hadis-hadis berikut :

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :

"ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)" (Al-Bukhari & Muslim )

Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah S.A.W mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah S.A.W telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum Muslimin. Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan

OUMM3203 Professional Ethics 2013


tugasnya, orang-orang Yahudi datang kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah:

" Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari separuh,"

Abdullah menjawab,

"Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!" Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, "Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!" [Imam Malik, Al Muwattha':1450].

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].

Oleh yang demikian, tidak kira samada itu adalah rasuah mahupun hadiah, kedua-duanya adalah jelas-jelas haram di dalam Islam. Semua harta yang diperolehi dari jalan rasuah adalah haram, menyimpannya adalah haram, membelanjakannya adalah haram. Justeru, setiap penerima, pemberi dan perantara yang terlibat di dalam keharaman ini wajib dihukum, dan hukuman ke atas mereka adalah ta'zir. Ta'zir yang berat perlu dikenakan kepada pesalah-pesalah ini agar ia benar-benar menjadi pengajaran bagi mereka dan menjadi pencegah kepada umat Islam lainnya. Dengan tidak diterapkannya sistem uqubat Islam pada hari ini, kita menyaksikan mereka yang terlibat dengan kes rasuah masih mampu senyum dan kelihatan tenang semasa menghadapi perbicaraan di mahkamah dan langsung tidak kelihatan rasa kesal dan takut pada wajah-wajah mereka dengan kekejian yang mereka lakukan.

Selain bermulanya di zaman Rasulullah S.A.W, sejarah rasuah juga dapat dikesan sejak bermulanya kehidupan bermasyarakat. Rasuah sudah ada sejak kerajaan Babylon, Mesir kuno dan Romawi kuno lagi. Begitu juga sejak pemerintahan awal India, Cina, Yunani dan Ibrani

OUMM3203 Professional Ethics 2013


lagi. Meskipun begitu modus oprandinya tetap sama. Orang yang punya kuasa menggunakan rasuah untuk mencipta kesenangan hidup.

1.5. Punca Berlakunya Amalan Rasuah

Amalan rasuah ini sebenarnya telah lama wujud dalam masyarakat manusia. Apa yang paling menakutkan, hampir tiada satu bidang pun dalam kehidupan kita yang bebas dari amalan rasuah ini, terutama di negara-negara dunia ketiga. Apakah punca berlakunya amalan rasuah ini ? Berikut merupakan beberapa kesimpulan yang memungkinkan terjadinya amalan rasuah ini di kalangan umat manusia sejak dulu hingga kini ;

i) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Berdasarkan teori Technique of Neutralization oleh Grisham Sykes dan David Matza yang mengatakan, Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadian dan kurang keimanannya.

ii) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi.

Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terdedah kepada penyelewengan khususnya rasuah.

iii) Sosial dan budaya.

Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran atau perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

OUMM3203 Professional Ethics 2013


iv) Modenisasi.

Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran dan sebagainya.

vi) Politik.

Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

2.0. Analisis Ekonomi Terhadap Amalan Rasuah

Sebagaimana yang dicatatkan di bahagian pengenalan penulisan ini, dapat dilihat dengan jelas betapa hebatnya penangan dan kesan daripada amalan rasuah ini terhadap ekonomi sesebuah institusi mahupun terhadap negara. Lihat sahaja di negara jiran kita, Indonesia yang mencapai kepesatan ekonomi yang benar-benar memuncak di suatu ketika semasa era pemerintahan Presiden Suharto. Ekonomi yang gah secara tiba-tiba musnah dan terus malap apabila didapati terlibatnya mantan Pak Presiden tersebut dengan amalan rasuah dalam pemerintahannya. Satu persatu terbongkar yang akhirnya menjatuhkan pemerintahan lebih seabadnya kelembah yang terhina, dicemuh dan dikutuk oleh masyarakatnya sendiri. Begitu hebat penangan rasuah ini, hingga Pak Presiden yang berkuasa pun tidak terkecuali menjadi mangsa dan hambanya.

Pengamalan rasuah di dalam ekonomi pastinya akan menggugat kelancaran dan pertumbuhannya. Sebagaimana yang amat ditakuti oleh pakar-pakar ekonomi di negara kita, kes-kes seperti pelabur asing perlukan kos yang lebih untuk memulakan perniagaan di Malaysia. Hal ini kerana terdapat kos yang terlindung iaitu rasuah atau duit kopi yang perlu diberikan kepada individu berkepentingan untuk memulakan perniagaan. Oleh itu, ianya

OUMM3203 Professional Ethics 2013


telah mendatangkan fenomena negatif kepada para pelabur sehingga mereka hilang minat dan kepercayaan untuk melabur di Malaysia.

Pakar ekonomi beberapa buah Negara Asia dan Afrika berpendapat kelembapan ekonomi di negara mereka adalah berpunca daripada pengamalan rasuah yang tidak

terkawal. Kita sedia maklum bahawa negara kita Malaysia kini sedang menuju menjadi sebuah negara maju. Dengan purata pertumbuhan ekonomi seminimum 8 peratus melebihi satu dekad menunjukkan kita berpotensi untuk merealisasikan impian Wawasan 2020. Bagaimanapun, untuk mengekalkan momentum tersebut maka kita perlu mengelakkan pembaziran. Dalam hal ini rasuah merupakan kos tidak langsung kepada semua aktiviti ekonomi (indirect cost to all economic activity). Sebagai contoh, kita memerlukan pelaburan pihak asing yang banyak di negara kita . Bagaimanapun jika pelabur asing menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang dilingkari kegiatan rasuah, maka mereka tidak akan begitu berminat untuk melabur di sini. Secara tidak langsung, daya saing kita berkurangan. Usaha kita menarik pelabur asing, untuk memajukan Multimedia Super Corridor juga akan terjejas kerana mereka akan lebih berminat untuk pergi ke negara yang dianggap bersih dari rasuah.

Moh. Samsudin, 2008 dalam kajiannya menyatakan bahawa banyak kajian telah dijalankan dan terbukti bahawa terlalu banyak kesan dan kos yang terpaksa ditanggung oleh sesuatu institusi atau negara akibat jenayah rasuah dalam ekonomi dan sosial , antaranya seperti :

i. Peningkatan harga

Kajian mendapati bahawa rasuah adalah penyebab kepada peningkatan harga barang dan perkhidmatan antara 10% hingga 20%. Kesan ini telah dijelaskan oleh Dieter Frisch, bekas Director-General Of Development at the European Comminision di mana beliau menyatakan bahawa, Corruption raises the cost of goods and services; it increases the debt-servicing cost in the future; it leads to lowing of standards, as sub-standards goods are provided and inappropriate or unnecessary technology is acquired; and its result in project choices being made rewarding for the perperator of corruption. Than on manpower, which would be more useful for development.

10

OUMM3203 Professional Ethics 2013

ii. Pengaliran Keluar Modal

Wang yang diperolehi secara rasuah selalunya disimpan di bank pesisir pantai bagi mengelakkan daripada dikesan. Keadaan ini mengakibatkan banyak wang mengalir keluar dari negara yang pastinya akan merugikan berkali ganda. P.E. Pederson dalam artikelnya yang bertajuk The Search for The Smoking Gun. (Euromoney, 1996) menyatakan bahawa sebanyak USD 30 bilion bantuan yang diberikan kepada Afrika berakhir dalam akaun-akaun individu tertentu tercatat di Bank Of Swiss. Jumlah ini adalah dua kali ganda Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negara-negara Ghana, Kenya dan Uganda apabila disatukan.

iii. Mempengaruhi Dasar Pembangunan

Akibat jenayah rasuah, keputusan untuk pelaburan dan pembangunan hanya akan lebih dipengaruhi dan dikuasai dengan keuntungan peribadi pihak-pihak atau individu tertentu daripada kepentingan rakyat dan keperluan masyarakat.

iv. Mempengaruhi Kadar Pelaburan dan Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

Jenayah rasuah juga memberi kesan kepada kadar pelaburan dan pertumbuhan KDNK. Paolo Mauro, ahli ekonomi IMF mendapati bahawa rasuah mempunyai kaitan negatif yang kuat dengan pertumbuhan kadar pelaburan, tanpa mengira keadaan red tape yang dihadapi. Model Mauro ini menunjukkan bahawa satu sisihan piawai (standard deviation) pembaikan dalam indeks rasuah akan menunjukkan kepada peningkatan sebanyak 2.9% KDNK.

Jika dilihat akan kesan-kesan buruk yang berlaku akibat pengamalan rasuah di dalam ekonomi ini, jelas menunjukkan bahawa amalan ini perlu dihakis dan diperangi hingga ke akarnya agar pertumbuhan dan kerancakan ekonomi negara kita khususnya tidak akan terjejas dan sekiranya terjejas maka harapan kita sebagai rakyat Malaysia tentunya hancur dalam menikmati kehidupan yang lebih baik dimasa akan datang.

11

OUMM3203 Professional Ethics 2013


3.0. Analisis Undang-Undang Terhadap Amalan Rasuah

STATISTIK TANGKAPAN SPRM SEJAK JANUARI HINGGA OKTOBER 2012

Penjawat Awam Awam

Carta pie menunjukkan statistik tangkapan SPRM sepanjang tahun 2012, Sumber www.sprm.gov.my/statistik-tangkapan-jan-2013.htm

Analisa Carta Pai secara spesifik SEKTOR Penjawat Awam 1. Pengurusan Tertinggi 2. Pengurusan & Profesional 3. Kumpulan Sokongan JUMLAH ORANG 244 0 66 178 39.87 % PERATUSAN

Sektor Awam 1. Sektor Swasta 2. Orang Awam 3. Ahli Majlis 4. Ahli Politik

368 90 274 1 3 60.13 %

JUMLAH

612

100 %

Sumber www.sprm.gov.my/statistik-tangkapan-jan-2013.htm
12

OUMM3203 Professional Ethics 2013


Berikut merupakan statistic tangkapan oleh SPRM terhadap pesalah-pesalah rasuah di negara kita sepanjang tahun 2012. Kesemua tangkapan tersebut adalah di bawah penguatkuasaan akta seperti berikut :

i. Akta Pencegahan Rasuah 1997, ii. Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat No 22, 1970, iii. Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, iv. Kanun Keseksaan dan Akta Kastam 1967. v. Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575).

Akta 575 merupakan Akta yang paling utama dalam menangani rasuah. Akta 575 ini adalah bertujuan menggantikan Akta Pencegahan Rasuah 1961, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 dan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) No 22 tahun 1970 (Ordinan 22). Kesalahan utama penglibatan dalam rasuah adalah dikanunkan di bawah Bahagian III Akta 575. Seksyen 10 Akta 575 memperuntukkan kesalahan menyetuju terima suapan. Seksyen 11 pula berkenaan kesalahan memberikan atau menyetuju-terima suapan oleh ejen. Seksyen 12 memperuntukkan bahawa penerima atau pemberi suapan adalah bersalah walaupun maksud tidak terlaksana atau perkara tidak ada hubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipal. Seksyen 13 pula berkenaan kesalahan mendapatkan penarikan balik tender secara rasuah. Penyogokan pegawai badan awam diperuntukkan oleh Seksyen 14. Seksyen 15 pula berkenaan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan. Seksyen 18 ialah berurusan tentang, menggunakan, memegang, menerima atau menyembunyikan suapan atau faedah berhubung dengan apa-apa kesalahan. Seksyen 20 pula percubaan, persediaan persubahatan dan komplot jenayah.

Sebagai contoh, kes yang berlaku terhadap mantan Ketua Menteri Melaka iaitu Tan Sri Rahim Tamby Chik yang dituduh melakukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa mengikut Seksyen 2(1) Ordinan 22 1970, keterangan dan pertuduhan dikemukakan seperti berikut :-

Tuduhan Pertama: Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembahagi Tanah beliau telah meluluskan permohonan Syarikat Dayamik untuk memecah sempadan Lot 902 dan tidak mengistiharkan kepentingannya serta meluluskan permohonan Syarikat Dayamik untuk menukar Syarat Lot.

13

OUMM3203 Professional Ethics 2013


Tuduhan Kedua: Tidak mengisytiharkan harta seperti yang diarah oleh BPR dan Jabatan Peguam Negara.

Tuduhan Ketiga: Membuat pengakuan palsu kepada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia mengenai pengisytiharan harta yang boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 199 kanun keseksaan (FMS Cap.45) dan boleh dihukum dibawah seksyen 193.

Pengisytiharan harta kepada YAB Perdana Menteri adalah satu pengisytiharan yang dibuat secara Akaun Statutori (Statutory Declaration) yang dibuat secara bersumpah di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah. Oleh yang demikian tertuduh telah membuat satu Pengakuan Palsu kepada YAB Perdana Menteri yang boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 199 Kanun Keseksaan (FMS Cap. 45) dan boleh dihukum di bawah seksyen 193 Kanun yang sama dengan hukuman maksima 3 tahun penjara dan juga denda.

4.0. Analisis Etika Terhadap Amalan Rasuah Sejauh manakah pentingnya penglibatan etika terhapan permasalahan amalan rasuah ini ? persoalan-persoalan seperti berikut sememangnya sangat penting untuk diperbincangkan. Ya, etika sememangnya memainkan peranan yang penting dalam permasalahan rasuah yang melanda masyarakat kini. Berbagai-bagai teori berkaitan etika boleh dilibatkan secara langsung dengan budaya rasuah ini. Antaranya adalah seperti berikut :

4.1. Teori Kemoralan Sosial.

Teori kemoralan sosial ini adalah merupakan

satu teori yang berkait dengan peraturan

masyarakat dari segi tatahukum, tatasusila, tatatertib, norma, tradisi, kebiasaan, nilai dan pantang larang. Iainya juga dikenali sebagai kemoralan konvensional dan tradisionalisme atau konservatisme dalam kemoralan. Peraturan masyarakat berkaitan dengan konsep atau nilai berdikari, bekerjasama, hormat-menghormati, saling tolong menolong, berkasih sayang, dan semangat bermasyarakat. Kewujudan pantang larang adalah untuk menjaga kerukunan sosial. Selain itu, keputusan yang berasaskan teori ini tidak akan menjejaskan keamanan dan keharmonian masyarakat yang perlu hidup bermasyarakat untuk memenuhi keperluan, kehendak dan keinginan masing-masing.

14

OUMM3203 Professional Ethics 2013


Analisis teori ini terhadap perlakuan rasuah jelas menunjukkan ianya sebagai suatu perlakuan yang tidak bermoral dan tentunya dibantah di bawah teori kemoralan sosial ini. Keuntungan adalah impian semua umat manusia tetapi dari hasil manakah keuntungan itu dimiliki. Apalah gunanya keuntungan dari hasil penindasan terhadap individu lain. Sesuatu tindakan terhadap amalan rasuah ini perlu difikirkan sebaiknya dari segi kesan dan bahananya demi memastikan keuntungan dan kesejahteraan yang sama rata di miliki oleh semua ahli masyarakat.

4.2. Teori Teologikal Klasik ( Utilitarianism )

Teologikal adalah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud hasil keputusan atau kesan. Sistem teologi etika ini memberi fokus kepada kesan sekarang berbanding niat seseorang individu. Terma inilah yang dikatakan Utilitarianism. Teori ini bergantung kepada kesan hasil daripada tindakan seseorang. Jika tindakan seseorang atau sesebuah masyarakat itu betul, maka ia akan membawa faedah dan jika tidak ia membawa kepada keburukan kepada ramai orang. Pengagihan kesaksamaan dalam teori ini menggunakan suara majoriti. Namun teori ini masih kurang sempurna kerana ia hanya mengutamakan suara majoriti, dan mengabaikan serta mengekploitasi suara minoriti . Tidak ada keseimbangan faedah yang terima oleh minoriti berbanding majoriti.

Berdasarkan teori ini, pegawai pemilihan sesuatu tender yang dibuka tidak harus memberikan sesuatu projek atau kontrak kepada syarikat yang memberikan keuntungan kepada dirinya seorang ( suapan ) kerana ianya tidak memberikan faedah yang sepenuhnya kepada masyarakat yang memerlukan hasil terbaik tetapi faedah dan keuntungan pada dirinya sendiri sahaja. Jika syarikat yang menyuapnya dipilih maka pegawai tersebut hanya akan disenangi oleh syarikat yang menyuapnya sahaja dan dia telah menyekat peluang syarikat lain yang lebih berkelayakan dari syarikat yang menyuapnya. Tetapi jika pegawai itu memberikan peluang kepada syarikat yang lebih berkelayakan mengikut segala prosedur yang ditetapkan maka dia telah membantu masyarakat dalam keperluan yang terbaik bagi mereka. Dengan penggunaan teori ini , jelas keputusan yang patut di ambil ialah memberikan tempat kepada syarikat dan badan yang memang berkelayakan tanpa mengira status

perhubungan yang terjalin antara pegawai pemilihan.

15

OUMM3203 Professional Ethics 2013


4.3. Teori Wajiban ( Deontologis )

Teori ini diasaskan oleh seorang ahli falsafah Jerman iaitu Immanuel Kant (1724-1804). Ia juga dikenali dengan sebagai teori 'deontologis' iaitu golongan yang tidak percaya dengan akibat. Menurut Immanuel Kant, melakukan tindakan yang betul seperti bersikap jujur, menepati janji, mengikut arahan, serta adil adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan.

Konsep tanggungjawab tidak terikat dengan konsep kebaikan dan tindakan yang betul tidak ditentukan oleh kebaikan yang akan dihasilkan. Sebaliknya, yang menentukan sama ada satusatu tindakan itu betul atau tidak ialah sikap seseorang yang komited dan menepati ajaran agama. Oleh itu, bertindaklah bukan hanya mengikut tanggungjawab yang telah ditentukan tetapi mestilah kerana tanggungjawab tersebut.

Teori ini dilihat menghasilkan 'robot-robot' yang taat mengikut arahan pengendalinya tanpa menilai baik dan buruknya sesuatu arahan. Hal ini dijelaskan dalam Islam apabila konsep taat dan patuh kepada Ibu bapa itu boleh ternafi apabila si ibu atau si bapa mengarahkan anaknya meninggalkan suruhan Tuhan (seperi solat dan sebagainya).

4.4) Teori Keperibadian Mulia

Teori ini juga dikenali sebagai Teori Tindakan Betul. Teori ini menekankan bahawa manusia harus mengamalkan nilai-nilai murni. Sifat-sifat inilah yang akan memandu seseorang itu ke arah kebaikan. Walau bagaimanapun teori ini terlalu umum dan hanya dapat dijadikan panduan secara kasar tentang bagaimana harus kita bertindak. Banyak faktor lain seperti persekitaran, situasi, budaya dan agama yang mempengaruhi tindakan kita. Teori keperibadian mulia ini didasarkan kepada prinsip asas etika iaitu baik untuk semua, kewajipan dan hak asasi manusia.

Contohnya, seorang jurutera awam mendapati penggunaan beberapa kelengkapan dalam pembinaan bangunan tidak selamat untuk digunakan. Oleh itu, beliau telah memberitahu pengurus projek agar alat-alat itu ditukar dengan yang lain untuk menjamin keselamatan. Walau bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh pengurus projek dengan alasan akan bertambah kos dan kemungkinan projek akan tertangguh. Pengurus projek kemudiannya

16

OUMM3203 Professional Ethics 2013


mengugut akan memecat atau mengambil tindakan tatatertib terhadap jurutera terbabit. Secara tidak langsung dapat disimpulkan bahawa pengurus projek itu lebih mengutamakan keuntungan dari kebajikan dan keselamatan para pekerja yang bekerja di bawahnya. Ini merupakan satu etika yang tidak bermoral dan bercanggah dari teori keperibadian mulia ini.

5.0. Kesimpulan

Rasuah merupakan musuh utama kepada pembangunan diri, bangsa dan negara. Ia merencatkan perkembangan dan perjalanan ekonomi sesebuah negara. Rasuah memberi kesan yang sangat dahsyat bukan sahaja kepada individu yang terlibat malah juga kepada masyarakat dan negara. Secara keseluruhannya gejala rasuah merupakan gejala yang kronik dan rumit untuk dihapuskan serta dihindari. Namun, tidak patut tugas untuk mengatasi dan membasmi gejala rasuah ini secara keseluruhan dalam setiap aspek ekonomi, politik mahupun sosial hanya diserahkan sebulatnya kepada pihak SPRM sahaja. Sesungguhnya satu operasional dan evolusi bertindak secara sistematik dan terancang mesti dirangka dan diambil tindakan dengan kadar segera.

Penerapan nilai-nilai murni dalam diri pegawai-pegawai kerajaan seharusnya dibuat secara komprehensif . Kursus-kursus yang dianjurkan bukan hanya untuk melihat kepada pembangunan jati diri berbentuk luaran sahaja bahkan juga melihat kepada aspek pembangunan rohani yang berteraskan agama. Dalam konteks yang sama juga, kerajaan semestinya mengerti bahawa kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan perkara di luar dugaan. Faktor kemiskinan dan penderitaan disebabkan tanggungan keluarga dan sebagainya apatah lagi dalam era yang sarat dengan cubaan dan kos kehidupan yang tinggi semestinya menjadi faktor implisit yang menyumbang ke arah menyuburkan gejala tidak sihat ini. Baja-bajakeimanan sahaja tidak cukup untuk membentengi seseorang daripada menjauhkan diri daripada gejala rasuah jika prasarana atau perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat tidak dipertingkatkan.

Rasuah merupakan barah kronik yang menular dalam masyarakat yang sukar diubati. Gejala ini telah semakin menghimpit masyarakat kita. Maka, kita perlu berganding bahu dan mengorak langkah untuk memerangi jenayah kolar putih ini sehingga ke akar umbi. Kerajaan perlu mengaturkan strategi yang lebih efisien dan efektif untuk membendung

17

OUMM3203 Professional Ethics 2013


masalah sosial ini supaya negara kita bebas daripada amalan rasuah dan menjadi masyarakat sakinah yang beretika. Gejala rasuah merupakan perbuatan terkutuk kerana gejala ini boleh mengundang banyak masalah kepada negara. Marilah kita bersama-sama memerangi amalan rasuah agar Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan akan menjadi kenyataan.

18

OUMM3203 Professional Ethics 2013


6.0. Sumber Rujukan.

Dr Ho Jo Ann, Dr Tee Keng Kok. (2011). OUMM3203 PROFESIONAL ETHICS. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Seri Kembangan. Selangor Darul Ehsan : Open University Malaysia.

Mohd. Janib Johari. (2001). Etika Profesional. Skudai. Johor Darul Takzim : Universiti Teknologi Malaysia.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2011). Laporan tahunan 2011 sprm. Malaysia : Putrajaya (page 59 64)

Institut Integriti Malaysia. (2005) Etika dan integriti di Malaysia, isu dan cabaran. Kuala Lumpur : Siri Penerbitan IIM

http://etikaprof.blogspot.com/

http://hwessay.blogspot.com/2006/03/rasuah-dapat-dibendung-melalui-hukuman.html

http://mutiaraislam.wordpress.com/2009/04/12/rasuah-amalan-terlarang-dalam-islam-dannegara/

http://www.scribd.com/doc/19783285/GEJALA-RASUAH

http://www.sfo.gov.uk/bribery--corruption.aspx

http://politikus.xparte.com/aca1997.pdf

http://blogs.wsj.com/searealtime/2012/12/11/malaysia-tops-bribery-table/

http://www.sprm.gov.my/files/LaporanTahunan2011.pdf

19

OUMM3203 Professional Ethics 2013


http://en.wikipedia.org/wiki/Red_tape

http://www.sprm.gov.my/

http://www.islamweb.net/emainpage/index.php?page=articles&id=178891

Note : All the URLs are visited from 4th to 11th July 2013

20