Fertigasi 7
• Pembajaan
• Penjagaan Pokok
• Meracun
• Memungut Hasil
• Konsep
• Kepentingan
1) Supaya murid Pendidikan Khas dapat berdikari iaitu menjalankan
aktiviti seharian dalam kehidupan tanpa bantuan orang lain
2) Dapat menyediakan murid Pendidikan Khas dalam menghadapi
pelbagai situasi sebenar dalam kehidupan seharian.
3) Supaya murid Pendidikan Khas dapat mengamalkan kebersihan dan
kesihatan yang baik untuk dirinya dan persekitaran.
4) Supaya murid Pendidikan Khas dapat mengaplikasikan pengetahuan
yang dipelajari dalam bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar.
2) Keusahawanan
Mempelajari tentang pengurusan kewangan, penghasilan dan
pemasaran produk mengikut kesesuaian
.
3) Kemahiran urus diri
Menghasilkan analisis tugasan aktiviti-aktiviti pengurusan diri
seperti amalan kebersihan tubuh badan dan tandas, kemahiran
memakai pakaian dan kasut serta berdandan
.
6) Kemahiran memasak
Mempelajari teknik memasak seperti menggoreng, merebus,
membakar dan memanggang mengikut langkah analisis tugasan.
7) Kemahiran jahitan
Mengenalpasti alat jahitan dan fungsinya, mempelajari asas
jahitan dan menghasilkan prosedur keselamatan menjahit serta
menghasilkan projek jahitan.
8) Kemahiran pertukangan
Mengenalpasti perkatan pertukangan dan kegunaannya serta
menghasilkan projek berdasarkan analisis tugasan.
9) Kemahiran berkebun
Mengenalpasti dan menyenarai perkakas perkebunan,
menghasilkan prosedur keselamatan berkebun dan
mengaplikasikan kemahiran berkebun dalam kehidupan.
1. Polytank 2. Pam
11. Timer digital 1 minit cutoff 12. Tray semai anak benih
PEMBAJAAN
I. Baja yang digunakan dalam teknik fertigasi mestilah larut dalam air.
II. Selain itu, kandungan baja perlulah sesuai untuk pertumbuhan pokok
daripada keadaan pokok yang masih kecil, berbunga dan berbuah.
III. Kandungan baja fertigasi untuk tanaman cili adalah Set A (Kalsium
nitrat, Zat besi) dan Set B ( Kalium Nitrat, Mono-kalium hydrogen
fosfat, Magnesium sulfat, Mangan sulfat, Asid borik, Zink sulfat,
Kuprum sulfat dan Natrium molibdat).
IV. Larutan Set A dan Larutan Set B perlu diasingkan ke dalam bekas yang
berlainan untuk mengelak berlakunya tindak balas kimia dan
terjadinya mendakan.
V. Sedikit larutan Set A dan sedikit larutan Set B dicampurkan ke dalam
air bersih dan diukur dengan menggunakan EC Meter untuk dijadikan
air baja yang dialirkan ke dalam polybag
PENJAGAAN POKOK
I. Pokok cili perlu dipacakkan kayu pancang/sokongan untuk
mengelakkan pokok daripada tumbang jika angin kuat.
II. Selain daripada itu, kayu sokongan juga diperlukan untuk mengikat
dahan daripada melentur dan patah jika buah lebat pada sesuatu
dahan
III. Pokok perlu dipantau setiap hari untuk mengesan jika terdapat penitis
yang tersumbat dan pokok tidak dapat bekalan air baja.
MERACUN
I. Racun yang biasa digunakan adalah racun serangga, ulat dan racun
kulat.
II. Terdapat 2 teknik dalam meracun pokok cili:
• Meracun 3-4 hari sekali dengan mencampurkan semua jenis
racun.
• Melihat pada tanda serangan serangga dan kulat, kemudian
I. Meracun serangga dan kulat yang berkenaan sahaja.
MEMUNGUT HASIL
I. Pokok cili akan sentiasa mengeluarkan pucuk baru, bunga, putik dan
buah.
II. Setiap hari akan ada buah yang masak, tetapi bergantung pada
bilangan pokok.
III. Pungutan buah cili berterusan sehinggalah hasil yang diperolehi
kurang elok untuk dijual.
IV. Terdapat 3 keadaan di masa buah cili boleh dipungut:
a. Semasa buah masih hijau
b. Semasa buah sedikit kemerahan
c. Semasa buah sudah merah
V. Buah yang berwarna sedikit kemerahan akan bertukar merah selepas
beberapa hari dipungut.
VI. Buah hijau dan buah merah boleh dijual terus kepada kedai makan.
RUMAH LINDUNGAN HUJAN
Abdul Murad Hamid, Analisis Tugasan, muat turun pada 30 September 2009,
dari http://www.scribd.com/doc/19743272/ANALISIS-TUGASAn-pendidikan-
khas-UPLOAD-BY-abdul-murad-hamid-smk-sri-rahmat-johor-bahru